You are on page 1of 14

SOALAN SEMINAR

NAMA

:

LEE YEEN QIAN (UNIMKL-013545)

KUMPULAN

:

KUMPULAN A

KOD MODUL

:

MPU 3113

NAMA MODUL

:

HUBUNGAN ETNIK

SESI

:

INTENSIF 2014

Kadazan dan Cina juga. Selain itu. justeru. hubungan antara kaum terjalin dalam putaran ekonomi. Sebagai contohnya. anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk. Etnik di Malaysia saling bergantung dalam kegiatan ekonomi seharian. sebahagian masyarakat Melayu tetap bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun penganut Melayu bertutur dalam bahasa Melayu. Kesepaduan sosial juga boleh dikaitkan dengan perpaduan dalam kepelbagaian. keluarga dan kelompok.BAB 1 1. Kesepaduan sosial telah menjadi pelekat sosial dalm konteks hubungan etnik. Justeru. konsep “kesepaduan sosial” merupakan fenomena pra-perpaduan dan difahami menerusi konsep ”takrifan harian” (everyday define) dan “takrifan autoriti”. Apakah yang anda faham dengan kesepaduan sosial? Jawapan : Kesepaduan sosial adalah jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok serta perkongsian aktiviti dan elemen budaya masing-masing. Sekiranya timbul sebarang konflik. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam mengaitkan kerelevanan kesepaduan social dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Rakyat Malaysia tidak akan . 2. Iban. kesepaduan sosial di kalangan pelbagai etnik. politik dan sosial senantiasa terjalin dan disulam oleh keperluan kehidupan seharian. “takrifan harian” jauh lebih penting dan berkesan daripada “takrifan autoriti” kerana setiap masyarakat majmuk bebas bertindak dan berperilaku prokeamanan. Jawapan : Contoh yang mengaitkan kerelevanan kesepaduan sosial dalam masyarakat Malaysia ialah pekerja pula mungkin kaum India. akulturasi. kepentingan ekonomi. Oleh yang demikian. amalgamasi dan asimilasi. prokeharmonian dan antikeganasan demi kewujudan/ survivial diri. Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi.

mengorbankan kesepaduan sosial ini demi memastikan semua pihak „menang-menang. khususnya yang bersifat branding. Ada ketikanya secara terbuka dan kebanyakan pada peringkat individu atau kelompok seperti sambil minum teh tarik di kedai mamak. agihan peluang ekonomi dan pekerjaan. Namun apabila kita halusi kebanyakan isu itu didapati bahawa apa yang disuarakan oleh setiap etnik tidak banyak perbezaan. dalam bidang . pada majlis kenduri kendara. hak asasi manusia. Sebenarnya isu-isu ini mempunyai dimensi ekonominya. kerana ianya menjadi „komoditi politik‟ yang didagangkan sebagai sebahagian daripada aktiviti keusahawanan pengiklanan. rangkaian isu yang telah ditimbulkan oleh golongan profesional kelas menengah muda bandar yang hidup selesa dan mempunyai ruang sosial dan waktu. di sebaliknya apa yang lebih kerap berlaku adalah konflik bersifat lisan atau bertikam lidah sesama sendiri. Kebanyakan isu ini berkait dengan peluang mobiliti sosial. Maka bunyinya etnik. menyentuh isu seperti tidak puas hati mengenai sistem pendidikan. masalah masyarakat sivil dan buku daftar pengundi yang banyak kesalahan. Mereka sering „memperjuangkan‟ soal pemusnahan alam sekitar. sebenarnya isu berkenaan bersifat isu sosial dan ekonomi yang lebih umum sifatnya.‟ Konflik terbuka dan ganas tidak berlaku di Malaysia tetapi tidak dinafikan. Yang lebih kerap ditimbulkan oleh sesetengah pihak bukan lagi soal mobiliti sosial. terutamanya. bukan hanya mengesankan sesuatu etnik malah mempunyai kesan yang mendalam dan luas terhadap semua lapisan masyarakat. malah dalam internet dan blog. cuma penyuaraannya kerap bersalut kata-kata yang menjelmakan kepentingan etnik.

Ia merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik. Etnosentrisme dibahagikan dalam kategori cabaran psikologi. Ia dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. kesedaran rasisme dan etnonsentrisme boleh menyebabkan seseorang melihat kelompok lain sebagai inferior dan lebih rendah dari segi taraf sosial dan budaya. tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik lain. rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan. Rasisme didefinasikan sebagai pandangan. pola keluarga dan lain-lain. Etnosentrisme dibentuk daripada konsep etnik. pada tahap institusi. Jawapan : Rasisme berunsur konsep ras. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik yang lain menerusi kaca mata etnik sendiri. . Ras merupakan sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasakan cirri fizikal-biological nyata seperti warna kulit . Etnik dikelaskan melalui perbezaan budaya seperti adat resam. Akibatnya. pembentukan ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza telah wujud. maka keharmonian antara etnik susah dicapaikan. Secara kesimpulannya. dasar dan pelaksanaan pula bersifat diskriminasi. Keadaan akan menjadi lebih gawat apabila masyarakat dengan sikap ini akan melihat nilai dan budaya etnik lain lebih hina dan rendah. Jika konsep ini tidak dihapuskan dalam setiap lapisan masyarakat. pemikiran atau kepercayaan negative oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaaan wajah fizikal-biological. Sebaliknya. Pada tahap individu. warna mata dan lain-lain. Ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan melali diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain. Bandingkan antara konsep rasisme dan etnosentrisme. iaitu : tahap individu dan tahap institusi. Dua tahap wujud dalam rasisme. Individu bersikap dan percaya bahawa ras tertentu lebih berstatus tinggi atau sebaliknya status terendah.BAB 2 1.

TERAJU merupakan Unit Peneraju Agenda Bumiputera yang bertujuan untuk melindung kepentingan ekonomi bumiputera. Sekatan terhadap pekerja mahir asing. Huraikan langkah-langkah yang diambil bagi mencapai objektif ini. MEB terbahagikan kepada 2 fasa. Pertumbuhan telah diutamankan melalui pengumplan modal. pelaksanaan kegiatan KEMAS yang mengumpulkan hasil kraftangan yang dipasarkan di pasar. Model Ekonomi Baru (MEB) bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi.BAB 3 1. Pusat latihan kraftangan dan vokasyenal yang khusus ditubuhkan. Wakil di setiap negeri menlibatkan dalam TERAJU supaya urusan bagi syarikat kecil dan sederhana dapat dimudahkan. Inovasi dan teknolofi terkini akan menjanakan produk. Bagi melahirkan Malaysia berpendapatan tinggi. Jawapan : Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 30 Mac 2010 untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sebagai contohnya. Kemudian. TERAJU telah ditubuhkan oleh kerajaan. MEB menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan bagi memanfaatkan peluang pertumbuhan daripada pemiayaan yang tersedia. . Justeru. Fasa kedua bermula selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-9.perkidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal. TERAJU telah mengadakan pelbagai program seperti makmal INisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan makmal Projek Permulaan (EPP). isu-isu kemiskinan perlu dibasmikan. pembaharuan sector awam. Ini termasuk peningkatan kemahiran dan latihan semula kakitangan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Pelaburan dalam pengeluran dan infrasktruktur fizikal. pasaran dapat diperluaskan. sosial dan institusi. Selain itu. Dengan ini. MEB meyediakan satu platform bagi golongan miskin untuk memastikan supaya mereka mempunyai kemahiran atau mampu membuat sesuatu yang boleh dipasarkan.

wakl bukan Muslim dijemput untuk menyandang jawatan dijawatankuasa imigresen yang meluluskan permintaan visa. mengamalkan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkan agama tersendiri. pada tarikh 16 Februari . Akhirnya. kerajaan perlu menjauhi pengagihan berasaskan pertalian politik atau keluarga. Selain itu .Kerajaan akan memastikan bahawa MEB dilaksanakan secara meritokrasi dengan telus tanpa sebarang penyelewengan. Kerajaan secara umum menghormati hak ibadah bukan-Muslim. gereja dibuka pada tarikh 10 September 2005. BAB 4 1. Visa bagi pendeta asing tidak lagi terhad dan sebahagian besar visa diluluskan. Perkara 11 menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan. kaum-kaum lain bebas untuk mengamal agama. budaya dan bahasa masing-masing dalam damai dan harmoni. namun kerajaan negeri berhati-hati mengawal pembangunan tempat ibadah bukan Muslim dan peruntukan lahan untuk pemakaman bukan Muslim. Jawapan : Sungguhpun Islam adalah agama rasmi dan Melayu adalah bahasa rasmi. Kebebasan agama diperkenalkan dalam Perlembagaan Malaysia. Bincangkan. Di samping itu. permit dan dana kerajaan untuk usahawan Bumiputera dilaksanakan dengan cekap dan telus dan menepati ciri ciri meritokrasi. Bermula tempoh Mac 2000. langkah-langkah diatas merupakan strategi yang dilaksanakan oleh Model Ekonomi Baru. Pengagihan kontrak. Kebebasan beragama di Malaysia terjamin dalam perlembagaan. Kesimpulannya. Masyarakat Katolik Shah Alam telah melobi kerajaan negeri untuk izin untuk membina sebuah gereja di bandar itu selama lebih dari 10 tahun.

bagi penganut Hindu. kerajaan Malaysia juga melaksanakan dasar-dasar tertentu untuk menrealisasikannya. Perubahan ini berlaku ketika masa colonial Inggeris ketika Inggeris mula mendatngkan pendatang non-muslim ke nagara ini. Strategi ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa . perayaan merupakan Deepavali serta Thaipusam. ketika solat Jumaat jemaat diadakan. termasuk Hari Raya Puasa.2005. Hari Raya Haji serta Maulidur Rasul bagi orang Muslim. Jawatankuasa Bangunan Gereja Katolik Putrajaya ditubuhkan pada tarikh 3 Oktober 2005. Jawapan : Di Malaysia. Hari Ahad merupakan hari cuti trandisional Kristian. Kesimpulannya. Sebahagian besar Muslim di Malaysia menerima hal ini. Hari Wesak bagi penganut Buddha. Uskup Agung Murphy Pakiam mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah murah hati memperuntukkan sebidang tanah di Putrajaya ke Keuskupan Agung Kuala Lumpur untuk membina sebuah pusat pengurusan komuniti gereja Katolik. perkara-perkara di atas menjelaskan agama bebas diamalkan di Malaysia serta ia ternyata dalam Perlembagaan Malaysia. Hari perayaan beberapa agama diiktiraf sebagai hari cuti rasmi. BAB 5 1. Bincangkan usaha yang diambil oleh parti politik untuk mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia. Krismas dan Jumaat Agung (di Sabah dan Sarawak) bagi Kristian. Cuti rasmi ini dilaksanakan di Wilayah Persekutuan serta negeri kecuali Kedah. Di samping itu. Kelantan dan Terengganu (hari Jumaat dan Sabtu). parti politik telah mengamalkan politik permuafakatan atau consensual politics. walaupun beberapa telah menyatakan keresahan sejak masa paling suci dalam seminggu Muslim adalah antara Khamis malam dan hari Jumaat petang. Politik permuafakatan berlaku di negara yang mempunyai masyarakt yang berbilang bangsa atau majmuk.

Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik sehingga kini melaui Barisan Nasional yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum. Pada masa depan. setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang diperlukan oleh mereka. Sebagai contoh. Kesannya. sistem pemerintahan negara dikuasai oleh wakilwakil kaum dengan nisbah tertentu. Seterusnya. Dalam sistem pemerintahan. pada 13 Mei 1969 rusuhan kaum tetap berlaku. diskriminasi terhadap kaum tertentu dapat dielakkan. Kuasa Veto didefinasikan bahawa setiap kaum berhak menguarakan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya keputusan tudak memenuhi kepentingan kaum. Autonomi Segmental diperkenalkan dalam politik permuafatan. MCA serta MIC telah bergabung dan dikenali sebagai Parti Perikatan. Secara ringkasnya. Di samping itu. setiap ketua dan pemimpin daripada setiap etnik kongsi kuasa mereka. Walaupun dasar politik permuafakatan dilaksanakan. UMNO. politik permuafakatan tentu dapat menjaya perpaduan yang diinginkan. keberkesanan politik permuafakatan tetap berjaya sehingga kini. Ia terbukti dengan penubuhan Barisan Nasional sebagai penerusan daripada Parti Perikatan. bahasa dan budaya. Kemudian. kuasa Veto memainkan peranan yang penting dalam usaha parti politik bagi memantapkan perpaduan rakyat Malaysia. Dengan ini. Dengan elemen ini. konsep proposional diperkenalkan. Unsur utama yang terdapat dalam politik permuafakatan adalah perkongsian kuasa. agama. wakil-wakil kaum perlu mencapau kata sepakat dan bertolak ansur semasa membuat keputusan tanpa mengikis hak-hak kaum yang lain.persidangan politik antarabangsa di Brussel. Konsep ini merupakan nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan. Tetapi. . isu-isu pendidikan.

agama berperanan memberi pandangan kepada dunia tentang sesuatu budaya manusia. Selain itu. mereka akan berpegang teguh kepada nilai agama yang diajar. Contohnya. Contohnya. Jawapan : Kehidupan satu-satu masyarakat itu akan berkualiti dan harmoni jika ianya berlandaskan ajaran Tuhan. Falsafah agama mentaksirkan penerangan agama. Di samping itu. Melalui adat resam serta amalan agama yang diamalkan oleh masyarakat. Dalam setiap agama. Sesetengah soalan yang sentiasa timbul dalam pemifiran manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri.w.t). Kebanyakan masalah sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti dan mematuhi kod moral dalam dalam agama seperti Rukun Iman dalam Islam dan Ten Commanments dalam ajaran Kristian. Di samping itu. matlamat hidup. penganut diseru kepada pendamaian serta kerukunan hidup sesama manusia.BAB 6 1. soal nasib dan sebagainya. Dengan . agama merupakan alat yang menjelaskan nilai pegangan yang dipraktikkan dalam setiap lapisan masyarakat. Agama dapat menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Ketika masyarakat menaati Tuhan. kedudukan manusia di dalam dunia dapat diterangkan dengan agama.w. agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s. maka mereka akan mematuhi segala ajaran Allah teruntamanya keharmonian dalam masyarakat. Justeru. Bincangkan peranan agama dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Malaysia.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s. Agama menerangkan bahawa dunia sebagai satu keseluruhan. Agama dikatakan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengasaskan pembentukkan tamadun kerana agama mampu mengubah corak kehidupan masyarakat selain mempengaruhi cara pemikiran dan pandangan semesta mereka. kehidupan selepas mati. mereka lebih cendurung kepada hubungan yang harmoni antara etnik di Malaysia.

Justeru. Agama dapat menyalurkan pengajaran yang baik dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Dalam ajaran agama masing-masing. Sebagai contohnya. masyarakat berpeluang menambah pengetahuan agama secara langsung dan tidak langsung. Secara tidak langsungnya. Setiap lapisan rakyat akan dilatih untuk mematuhi dan mengamalkan nilai prinsip agama masing-masing. pandangan dunia dan nilai yang sama. Selain itu juga. Agama berpotensi dalam menaikkan kefahaman kepada masyarakat dan penyelesaian yang efektif melalui sistem pendidikan Justeru. Secara tidak langsung. ajaran agama menyampaikan mesej saling menghormati antara kaum. Justeru. Seterusnya. Melalui agama. penganut-penganut agama akan menghormati golongan masyarakat yang berlainan kaum. agama juga berperanan dalam memberikan rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia. .ini. India dan Cina boleh menghadiri serta bersama-sama menyambut perayaan dan festival masingmasing tanpa mengira agama. mahupun tingkah laku. masyarakat akan lebih konsisten dengan prinsip agama masing-masing yang dianuti. penganut akan bersyukur dengan keadaan mereka terkini. kesepaduan sosial dapat dipupukkan. agama berperanan kepada sistem pendidikan agama. Agama mendidik penganut mengamalkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. agama juga berfungsi mengawalkan sosial. agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini dijelaskan melalui penglibatan badan-badan agama dan kerajaan. Oleh itu. Seluruh ajaran agama adalah mementigkan kepada kebaikan antara satu sama lain. etika yang wajib dilakukan oleh penganut telah digariskan. Kaum Melayu. perpaduan dan kesefahaman antara kaum akan diwujudkan. perasaan keseragaman serta kepercayaan yang seiras dapat ditimbulkan. Melalui sistem pendidikan agama. mereka akan menpratikkan dan mengekalkan hubungan yang harmoni antara etnik. Seterusnya.

PLKN merupakan latihan serta kursus selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi pelajar lepasan SPM. Selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Demikianlah. penggubalan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu bangsa. JPNIN membahagikan buruh dalam sistem ekonomi berdasarkan pemisahan etnik dalam masyarakat dengan mengikuti fungsi ekonomi yang tersendiri. Rukun Tetangga diteraskan dalam program ini. PLKN(Program Latihan Khidmat Negara) yang berteraskan Rukun Negara telah dilancarkan pada tahun 2004. Selain itu. dasar kebudayaan kebangsaan. kesepaduan sosial serta integrasi nasional dapat dipupukkan dalam remaja. BAB 7 1. kerajaan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan perpaduan kaum. Ahli-ahli Rukun Tetangga akan melakukan amalan kunjung-mengunjung semasa perayaan. semangat perpaduan dalam kalangan etnik telah diutamakan. semangat patriotisme. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Walaubagaimanapun. sukan telah digunakan bagi menyampaikan mesej patriotism seperti SUKMA. MAGERAN menwujudkan Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969 yang bertujuan menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. agama memainkan peranan yang mustahak dalam merealisasikan hubungan yang harmoni dalam kalangan etnik. Pelbagai dasar atau strategi kerajaan telah dilaksanakan seperti Perlembagaan dan Pukun Negara. . Konsep 1Malaysia yang bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat telah diperkenalkan. Jawapan : Sejak kemerdekaan.Secara kesimpulannya. Rumah terbuka telah diperkenalkan. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah ditubuhkan. Nilaikan peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia. Dengan ini.

sistem pendidikan menwajibkan semua murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam serta kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Dalam akta ini. Perpaduan hendaklah dipupuk sejak awal. perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa persefahaman dalam kalangan kaum tanpa menimbulkan rasa curiga. sistem pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina perpaduan masyarakat. Dalam Laporan Rahman Talib. Sekolah Pusat dan Sekolah Model Khas telah didirikan. Dasar Pendidikan Negara (DPN) telah diperkenalkan. Akta Pelajaran 1961 telah diperkenalkan. pendidikan diwajibkan bagi pendidikan rendah. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM Ke-8). Sekolah kebangsaan yang mengaplikasi sistem pendidikan yang setara telah dilancarkan bagi menyatupadukan rakyat di Malaysia.Sekolah Wawasan telah diperkasakan. Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat. Laporan tersebut telah dicatatkan serta dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sekolah Menengah Teknik dan Volasional telah ditubuhkan. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat. Sekolah Wawasan . Sebagai contohnya. Dalam sistem pendidikan di Malaysia. BAB 8 1. Penggunaan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) telahpun dikemukakan. Pada tahun 2001-2010 (era Dasar Wawasan Negara). . Bincangkan peranan sistem pendidikan dalam merealisasikan proses penyatuan antara etnik di Negara ini. membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Akta tersebut menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk pelajar telah disediakan.Batuan kewangan akan diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Jawapan : Dalam Malaysia.

Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia setiap kaum di Malaysia hampir sama serta tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. Program RIMUP (Rancangan integrasi Murid Untuk Perpaduan) diperkenalkan pada tahun 1986. sistem pendidikan memainkan peranan yang mustahak dalam proses pembentukan perpaduan antara etnik. Pendidkan Islam dan Moral. peperiksaan awam yang seragam diperkenalkan agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk masuki tahap yang lebih tinggi. sukatan pelajaran dalam sistem pepeirkasaan telah diseragamkan serta pengenalan mata pelajaran yang baru dalam kurikulum selkolah iaitu Pendidikan Sivik. Melalui bengkel. mesej perpaduan dapat disampaikan kepada guru. KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) telah diperkenalkan. semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum.Pendidikan Sivik. Di samping itu. nilai-nilai dan norma. agama dan adat resam dapat dibina. Objektik program tersebut adalah mengutamakan penjalinan hubungan yang rapat dalam kalangan murid pelbagai kaum. Melalui pelajaran Sejarah. Dengan ini. unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan. . bagi menrealisasikan pembentukan masyarakat berbilang kaum. Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan. mereka boleh menyalurkan semangat kekitaan dan patriotisme kepada pelajar-pelajar. Ceramah dan kem latihan bertemakan perpaduan wajib dihadiri oleh guruguru di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pada tahun 1983. nilai-nilai murni disalurkan dalam setiap naluri pengajar.Pembinaan sekolah di luar bandar. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran. Pengajar ataupun kakitangan kerajaan terdiri daripada rakyat Malaysia. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting untuk matlamat ini. Selain itu. Kesimpulannya.

0%) dan The Star (15. Wajah-wajah pelbagai etnik yang meraikan perayaan masing-masing boleh dipaparkan di muka hadapan media cetak. Di samping itu.BAB 9 1. Media cetak dikeluarkan setiap hari. manakala isu-isu di media elektronik dimuat semula setiap masa. TV3 adalah saluran utama yang ditonton dan TV1 adalah saluran yang paling kurang ditonton. . Media massa tidak memerlukan kos pengeluaran yang banyak. Utusan Melaysia menjadi akhbar pilihan ramai dan mesej perpaduan Negara telah membawa impak yang positif kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. Televisyen adalah sumber utama bagi penyampaian mesej perpaduan. Terangkan keberkesanan media cetak dan media elektronik dalam memupuk semangat perpaduan di Malaysia. Isu berkaitan memupuk semangat perpaduan dapat disebar secara meluas tanpa batasan melalui media elektronik. Akhbar Melayu . Berita dan isu semasa yang disiarkan dengan media elektronik lebih menarik perhatian orang ramai terutamanya generasi muda.fm adalah pilihan utama dan akhbar Utusan Malaysia pula menjadi akhbar pilihan ramai (21. Dengan in. Jawapan : Media massa merupakan salah satu media yang menyampaikan maklumat atau mesej terkini kepada pengguna. Stesen radio Era. diikuti Berita Harian (16. Media massa harus bersandarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai pembimbing kepada laporan berita agar konsep perpaduan dipelihara. masyarakat akan mendapat mesej yang terkini melalui media massa. Kajian telah membultikan bahawa televisyen merupakan sumber utama mesej berbanding radio dan akhbar. rancangan yang berkaitan dengan semangat perpaduan dapat disiarkan dengan cepat dan mudah. Mesej-mesej “Perayaan-perayaan di Malaysia dirayakan oleh semua kaum” serta “Laut Cina Selatan bukan penghalang Integrasi Nasional” telah disebarkan melalui media cetak dan media elektronik. Justeru.2%).1%). idea perpaduan dapat ditanam dalam kalangan pemuda. Media massa berkesan dalam meniupkan semangat perpaduan rakyat Malaysia kerana mereka senang didapati.