You are on page 1of 8

BAB 1

MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka Perpaduan ialah Kesamaan atau kesatuanan. Satu bangsa, agama,
bahasa dan negara. Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan
kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam
unsur budaya masing-masing.
Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara „Perpaduan‟ atau
„Kesepaduan‟
Maksud „perpaduan dalam kepelbagaian‟ (unity in diversity) dari perspektif :



Psikologi Sosial - rasa kesatuan merentas pemisahan fizikal dan psikologikal.
Antropologi-sosiologi (aspek epistemology)- ialah bagaimana manusia
mengurus abstrak dan nyata serta perbezaan sosial sedia ada.
Aspek Ontologi- mengurus dan menyusun perbezaan untuk mewujudkan
keadaan aman dan stabil bagi meraih kesenangan dan kemewahan material.
Konsep „kesepaduan sosial‟ - fenomena praperpaduan dan difahami menerusi
konsep „takrifan harian‟ (everyday defined) dan „takrifan autoriti‟ (authority
defined).

Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota
masyarakat dan ia menjadi pelekat sosial dalam konteks hubungan etnik tanpa campur
tangan daripada pihak negara.

Perubahan governans: Unitari ke Federalisme-Ketidakstabilan dan keadaan tidak aman ini berlanjutan setelah kerajaan kolonial British pada 1 April 1946 mengisytiharkan Malayan Union sebagai kerajaan baharu selepas perang di Malaya. atau Jookidam.Hubungan Etnik di Malaysia Era Konflik (1945-1960) Pasca Perang Dunia Kedua (PD2) : Selepas Perang Dunia Kedua tamat. Kesan kepada Melayu dan Cina selepas terjadinya perisitiwa ini pernah diungkapkan sebagai timbulnya perasaan “distant and distrust” antara kedua-dua kelompok etnik ini. memburu etnik Melayu yang pernah bersubahat dengan Jepun kerana mereka menjadi anggota polis Jepun. pada 16 Ogos 1945. akibat konflik selama 14 hari ini banyak nyawa terkorban dari kalangan etnik Melayu dan Cina.. Masalah yang paling besar ketika itu ialah konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun. . Rusuhan etnik : Walau apa-apa pun alasannya. Membawa berlakunya konflik etnik yang berlaku pada 13 Mei.

Cina dan India ketika itu bagi „mencari kejernihan dalam kekeruhan‟. Menggunakan konsep yang sama Pakatan Rakyat ditubuhkan oleh beberapa parti pembangkang di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum 2008. Anggota CLC terdiri daripada ketua etnik Melayu. Prinsip ini juga telah menjadi kerangka perundingan antara British dengan para pemimpin etnik dan ketua parti politik Malaysia sebelum Merdeka termasuk perundingan antara Tunku Abdul Rahman Putera dengan Chin Peng. Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara. Darurat dan Pengganas : Penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang dalam rusuhan tersebut dan juga tindakan ganas mereka membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput pada 16 Ogos 1948 akhirnya telah menyebabkan pemerintah kolonial British mengisytiharkan Darurat pada 23 Julai 1948. melalui Perjanjian Persekutuan 1948. Semua yang terlibat dengan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan. Cina dan India. Cina dan India – dengan menubuhkan Communities Liaison Committee (ClC) pada 1949 dan dipertanggungjawabkan kepada Malcolm MacDonald. pada awal 1974 Perikatan dibesarkan menjadi Barisan Nasional. Pada 31 Januari 1948. di Baling pada 1955 dalam usaha membolehkan anggota PKM kembali ke dalam politik arus perdana. Pilihan Raya Umum pertama di Malaya pada 27 Julai 1955 sebenarnya telah merealisasikan cita-cita ClC diwujudkan. Huru-hara Buruh : Rusuhan dan mogok oleh pekerja-pekerja ladang telah berlaku secara besar-besaran di Malaya ketika itu. ketua Parti Komunis Malaya (PKM). yang hanya tamat 12 tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1960. Idea dan konsep CLC ini dikatakan mengasaskan perkongsian kuasa di Malaysia dan wujudnya konsep Perikatan sebagai suatu institusi dan sebuah parti yang menggabungkan parti politik Melayu. Cina dan India.‟ atau tolak ansur etnik yang digunakan dalam analisis politik mengenai Malaysia. Badan ini boleh dianggap sebagai yang bertanggungjawab meletakkan kerangka dan sempadan untuk perbincangan terbuka dari hati ke hati antara elit Melayu. pemerintah kolonial British telah juga berusaha meredakan ketegangan etnik dan membina suatu badan perunding yang boleh mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan tiga kelompok etnik di Malaya – Melayu. Akhirnya. setelah Malayan Union dibubarkan. Perundingan Etnik Dalam suasana ekonomi.Parti Melayu UMNO yang dibentuk pada 11 Mei 1946. . sosial dan politik yang sungguh mencabar ini. Peranan dan kesan CLC terhadap usaha membina kesepaduan Bermula dari sinilah wujudnya konsep serta kegiatan „ethnic bargaining.

merupakan satu lagi kejayaan pengaplikasian prinsip „tolak ansur etnik‟ yang diamalkan semenjak CLC ditubuhkan pada 1949. biarpun masih memerlukan banyak pembaikan. Konflik etnik terbuka 1964 & 1969: Peristiwa yang majoriti rakyat Malaysia lupa atau tidak tahu ialah tercetusnya rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964. sistem perundangan dan tadbir urus serta penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi.Strategi perundingan etnik ini juga telah digunakan semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan. terpaksa berhati-hati menghadapi ancaman keganasan komunis yang masih mengorbankan nyawa.” Semenjak itulah “perpaduan nasional” menjadi sebahagian daripada idiom popular dalam kehidupan rakyat Malaysia yang telah disisip dalam ucapan. Dalam buku merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2) Tun Razak telah menyatakan bahawa “the overriding aim of the Second Malaysia Plan is to create national unity. di samping perlu menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang telah mula mekar. Akibatnya kira. yang dipimpin Sukarno. Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). yang hanya tamat pada 31 Julai 1960. tetapi dalam pemerintahan orang tempatan sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi atau mengganyang Malaysia. sistem pemerintahan. iaitu. Rusuhan ini kemudiannya diikuti oleh satu rusuhan lain yang lebih besar kali ini di Kuala lumpur. pada 13 Mei 1969 dan di beberapa tempat lain. selepas suatu referendum di Sarawak dan Sabah.kira 40 nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan lagi ditangkap. iaitu sebuah koloni baharu. Pembentukan Malaysia 1963: Sepuluh tahun selepas tamat Darurat. melalui Jawatankuasa Reid. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Development Plan 1950-55 pun terhasil daripada perundingan. terutamanya. Malaya yang merdeka pada 1957 dengan Malaysia terbentuk pada 1963. keadaan „stabil tetapi tegang. ketika Singapura masih dalam Malaysia. Implikasinya. Boleh dirumuskan bahawa Era Konflik 1945-1960 di Malaya adalah sebenarnya era yang cukup kritikal dari semua segi. Majlis Perundingan Rakyat. khususnya di Sarawak. Dengan kata lain. . waktu itu Malaya masih dalam Darurat. Wujudnya Malaysia pada 16 September 1963. kira-kira 30 tahun selepas Malaya merdeka dan 26 tahun selepas terbentuknya Malaysia. pengagihan kuasa. dalam meletakkan asas pembentukan negara Malaysia. iaitu. Beliau menganggap Malaysia sebagai „neocolony‟. rusuhan etnik Melayu-Cina. Perang Dingin masih terus terjadi dan hanya berakhir pada 1989.‟ bermaksud pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat. lirik lagu dan puisi. Konfrontasi 1963-66: Walau bagaimanapun idea/konsep Malaysia itu tidak diterima oleh Indonesia. Jabatan Perpaduan Negara.

Pengalaman pahit ini sebenarnya telah mematangkan rakyat Malaysia. Kesepaduan berlaku dalam suasana yang umumnya stabil dan aman. Kemudahan Internet. Dari sudut takrifan harian. pihak swasta dan para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan psikososial sihat. selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969.” Maksudnya. rakyat Malaysia tidak segan silu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia bahawa bukan faktor politik. SMS dan pelbagai lagi saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka. iaitu “they talk conflict. stabil dan harmoni. umpama „campak batu sembunyi tangan‟. khususnya dalam kalangan anggota kelas bawahan. kecuali selama lima hari dari 4 hingga ke 8 Mac 2001 apabila berlakunya rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan. sama ada dalam hal peribadi. Keadaan ini memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal yang tersirat di kalbu masing-masing. Suasana terus aman.Perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional dan idaman semua. mereka sedia berdebat habis-habisan tentang segala perkara yang difikirkan tidak betul atau tidak sempurna yang dilakukan oleh pemerintah. tetapi tersentak tegang oleh kerana keganasan etnik dan juga keganasan serangan „Ganyang Malaysia‟ oleh angkatan bersenjata Sukarno semasa Konfrontasi. sebuah kawasan kediaman setinggan kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10 nyawa. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011) Selepas 40 tahun tragedi rusuhan etnik Mei 13 1969. etnik ataupun kualiti hidup. Hal ini merupakan satu lagi ciri prilaku rakyat Malaysia pada peringkat everydaydefined di Malaysia. Selangor. they walk cohesion. . Apatah lagi komentar boleh disampaikan dalam suatu konteks yang selesa dari segi peribadi.Malaysians prefer tongue wagging to parang wielding. tetapi faktor ekonomi. seperti kesukaran hidup dan persaingan mencetuskan pergeseran etnik. tanpa rakyat Malaysia menyedari bahawa mereka sudah menikmati kesepaduan sosial. iaitu lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan senyap sehingga „meletup‟ dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan. Keterbukaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan hal-hal ini telah menimbulkan salah sangka besar oleh pemerhati dari dalam dan luar negara. Dalam suasana ini terbuhul suatu pola yang jelas iaitu rakyat Malaysia sangat “suka bertikam lidah. tetapi tidak bertikam menggunakan parang” . iaitu penulis yang mengkritik dapat bersembunyi di sebalik nama samarannya.

Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia .

. Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri etnik. maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita. ekonomi dan sosial yang baik. bahasa.Potret Hubungan Etnik di Malaysia Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh. Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting. agama seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masingmasing. Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik Terdapat pandangan .masyarakat yang memiliki kerencaman budaya. Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti. Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik. Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.

Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan. akulturasi.defined ) . dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu . masyarakat hidup dalam aman dan stabil. Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan. Memahami Kesepaduan Melalui Akomodasi. amalgamasi dan asimilasi – mekanisme untuk mengekalkan toleransi. saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Takrifan Autoriti ( authority. . amalgamasi dan Asimilasi Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah – membina struktur sosial. Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi. Takrifan Harian ( everyday-defined ) -Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian. ekonomi. Akulturasi.Cenderung bersifat tetap. Contoh: Melayu-sebahagian bertutur dalam bahasa Inggeris.Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif Untuk Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat. Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya. politik dan budaya. bertutur dlm bahasa Melayu. Contoh : Melayumenganut agama Islam.