EDUCATION of ELAKSAMANA

1.2

KONSEP BUDAYA

1.2.1 DEFINISI BUDAYA 1.Secara umumnya kebudayaan dalam bahasa inggeris sebagai culture iaitu berasal dari perkataan latin cultura, dalam bahasa mandarin disebut Wen Hua dan dalam bahasa arab disebut Thaqafah. 2.Sukukata Bu membawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala ‘Daya’ mengandungi akal, jalan fikiran, atau penciptaan. DEFINISI UMUM Segala hasil dari akal dan pemikiran manusia yang asli. EDWARD B. TAYLOR (Primitive Culture) Keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat. RALPH LINTON, 1947 (The Cultural Background of Personality) Budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini digunakan bersama dalam masyarakat. RUTH BENEDICT (1947) Budaya sebagai unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok kebudayaan. 1.2.2 KONSEP NILAI DAN KEPERCAYAAN 1.2.3 KONSEP SIMBOL, BAHASA, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI 1.2.4 NORMA DAN KAWALAN SOSIAL 1.Norma sosial merupakan perlakuan yang standard yang dikongsi bersama anggota masyarakat dan dipatuhi. 2.Ini merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar masyarakat. 3.Norma sosial terbahagi kepada dua iaitu : • Norma sosial formal ialah norma-norma yang telah ditulis dan melibatkan hukuman berat kepada individu yang mengingkarinya. • Norma sosial non formal iaitu norma yang tidak ditulis tetapi difahami masyarakat 1.Graham Sumner (1959) mengutarakan 2 konsep berbeza bagi norma sosial iaitu : • Folk-ways iaitu peraturan yang berkaitan tingkah laku seharian yang diterima masyarakat dan ia berasaskan adat resam yang diwarisi oleh masyarakat itu. Folk-ways merupakan kelakukan yang diwarisi dalam masyarakat melalui proses sosialisasi. Contoh folk-ways ialah bersopan santun, tertib ketika makan dan sebagainya • Mores adalah tingkah laku standard. Merupakan tingkahlaku yang dianggap penting dalam masyarakat bagi kestabilan sesuatu masyarakat. Sebarang
Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

percanggahannya akan membawa kepada hukuman berat. Contohnya ialah pantang larang berkahwin adik beradik.

Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2009

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times