You are on page 1of 13

Konsep ilmu dalam Tamadun Islam

PENDAHULUAN
Persoalan ilmu telah menjadi agenda utama dalam sejarah manusia sejak pemilihan Nabi
Adam a.s lagi. Peristiwa pengiftirafan Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi adalah
bersandarkan ilmu pengetahuan yang ada padanya. Ini jelas Allah s.w.t meletakkan kekuatan
akal fikiran dan ilmu pengetahuan sebagai keutamaan yang mampu mengatasi kekuatankekuatan lain yang ada pada manusia. Kesinambungan budaya ilmu berterusan sampai
kepada rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. peristiwa bersejarah penurunan wahyu
yang pertama di Gua Hira adalah berhubung dengan keilmuan1. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah,
yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa
yang tidak diketahuinya.
Ayat ini, menunjukan bahawa Islam mengkehendaki umatnya supaya berilmu dan
mementingkan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa keunggulan sesuatu bangsa adalah
bergantung kepada ketinggian ilmu masyarakatnya. Mana-mana umat yang mementingkan
ilmu akan bangkit sebagai umat yang ulung di mata dunia. Benarlah segala seruan Allah s.w.t
dan rasulnya bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan. Oleh itu, proses menuntut ilmu
adalah satu usaha yang berterusan sepanjang hayat seseorang insan. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda yang bermaksud: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
KONSEP ILMU DALAM TAMADUN ISLAM
Islam amat mementingkan ilmu dalam pembangunan ummah. Pada masa ini terdapat
beberapa ideologi besar yang dianuti oleh kumpulan-kumpulan manusia yang tertentu.
Hampir semua ideologi-ideologi itu lahir dari permikiran manusia semata-mata. Tidak ada
siapa yang akan terlindung dari cuba dipengaruhi sama ada secara kabur atau secara terang.
Satu-satunya benteng yang dapat mempertahankan seseorang dari pengaruh ideologi ini ialah
ilmu pengetahuan.
Ilmu dalam pengertian yang mudah ialah sistem penelitian, cara berfikir yang sistematik dan
radikal yang mampu merumuskan jawapan yang aktif dan cekap. Perkataan ilmu berasal dari
kalimah Arab iaitu Alima yang bermaksud telah mengetahui. Kata asalnya ialah al-Ilm
yang membawa erti pengetahuan. Masyarakat kita menggabungkan kedua-dua makna ini
menjadi ilmu pengetahuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
Barang siapa menghendaki dunia, wajiblah baginya ilmu dan barang siapa menghendaki
akhirat, wajiblah baginya ilmu dan barang siapa menghendaki kedua-duanya, wajiblah
baginya ilmu.
Keterangan ini memberi maksud jelas kepentingan ilmu dalam erti kata yang luas. Ia
memberi panduan jelas bagi membolehkan manusia menimbang dengan wajar di antara ilmu
yang manfaat atau tidak dalam pembangunan tamadun Islam.

SUMBER-SUMBER ILMU DALAM TAMADUN ISLAM


Dalam Tamadun Islam, espistemologi adalah diasaskan oleh prinsip-prinsip yang terkandung
dalam al-Quran dan al-Hadith juga al-Sunnah. Istilah epistemologi merupakan gabungan dua
perkataan Greek-Yunani iaitu episme bermakna ilmu dan logos bermakna sains,
kajian atau teori. Oleh itu, espistemologi ilmu adalah satu perbahasan mengenai makna ilmu,
sumber ilmu, bentuk ilmu, termasuk juga aktiviti-aktiviti berfikir yang berpunca dari otak
manusia. Dalam tamadun Islam epistemologi adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya sumber ilmu Islam ialah Allah s.w.t. Rujukannya ialah nas al-Quran yang
menyebut Allah sebagai yang maha mengetahui. Jadi jelas Dia adalah segala sumber
ilmu. Dalam menghuraikan bagaimana memperolehi ilmu dan mencapai tahap menyakinkan,
ini bermakna kita perlu membincangkan fakulti-fakulti kognitif (mengetahui) yang ada pada
manusia serta proses yang membabitkan penggunaan setiap fakulti seperti pancaindera dan
deria batin, Walaupun begitu, perlu diingat kebergantungan kepada kemampuan kognitif
semata-mata adalah merbahaya. Ia mesti bertindak berdasarkan panduan wahyu Ilahi.
Rumusnya sumber-sumber ilmu dalam Islam datangnya dari :
AL-QURAN
Sumber utama ilmu dalam tamadun Islam datangnya dari Al-Quran1. Dari segi bahasa AlQuran berasal dari perkataan al-qiraah yang bererti bacaan, tetapi lafaz Al-Quran bermaksud
yang dibaca. Dari segi istilah Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab dan sampai kepada kita secara mutawir.
Di dalam Al-Quran terkandung ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan,
pengetahuan tentang alam ghaib, asas perundangan, muamalah, tauhid akidah dan panduan
hidup manusia dialam ini.Al-Quran menunjukkan bagaimana hubungan antara makluk dan
Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana manusia harus berinteraksi sesama manusia
dengan makluk yang lain. Al-Quran merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w
yang kemukjizatnya berkekelan sepanjang zaman. Ia merupakan daya penggerak kepada
umat Islam untuk melakukan sesuatu urusan dan menjadi sumber dan pencetus kebanyakan
bidang ilmu yang lain. Oleh itu, adalah wajar dikatakan Al-Quran sebagai sumber inspirasi
dalam membina tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama umat Islam ialah AlQuran.
Pelopor-pelopor Ilmu Ulum Al-Quran ialah :
i) Khalifah Al-Rasyidin yang empat, Ibnu Abbas, Ibnu Masud, Zaid bin Tabit,Udai bin Kaab,
Abu Musa al-Asyari dan Abdullah bin Zubir
ii) Di kalangan tabiin ialah Mujahid, Ata bin Yasar, Ikrimah, Qatadah, Hassan Basri, Said
bin Jubir, Zaid bin Aslam dan Malik bin Anas.
iii) Kemudian muncul Ibnu Jarir al-Tabari, dengan Tafsir al-Tabari yang merupakan suatu
tafsir yang lengkap.
Walaupun Al-Quran menyentuh berbagai-bagai tajuk, namun tiga topik yang terpenting yang
menjadi tema utama di dalam al-Quran ialah tauhid, pedoman hidup yang dibawa oleh Rasulrasul dan pembalasan di dalam akhirat. Al-Quran menegaskan bahawa segala amalan di dunia
ini tiada ertinya jika tidak mengikut petunjuk dan jalan yang benar. Dengan berteraskan
tauhid dan kepercayaan adanya pembalasan yang setimpal pada hari akhirat, al-Quran
meletakkan asas-asas kepada sistem akhlak, sosial, politik, ekonomi yang menyeluruh untuk
dijadikan panduan hidup1.
Firman Allah yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang mencipta (sekalian makluk). Dia
mencipta manusia daripada (darah) yang menempel; Bacalah, dan Tuhanmu adalah Maha
Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena, Ia mengajar menusia apa yang tidak mereka
ketahui.
Ayat ini adalah lima ayat lima al-Quran pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad.
Pertama-tama sekali ditekankan bahawa Tuhan adalah pencipta dan yang lain adalah makluk.

Juga dinyatakan bahawa Tuhan adalah maha pemurah, penyayang dan tidak memusuhi
makluknya. Kemudian al-Quran menekankan bahawa Tuhan mahu umatnya memberi
perhatian tentang kepentingan pena dalam penyebaran ilmu. Akhir sekali segala ilmu
datangnya dari Allah s.w.t .Manusia boleh berusaha untuk mendapatkan ilmu melalui
penyelidikan, pemikiran dan sebagainya tetapi pada hakikatnya ilmu yang sebenar datingnya
dari Allah s.w.t.
AL-SUNNAH DAN AL- HADITH
Al-Sunnah dan Al-Hadis merupakan sumber ilmu yang ke 2 selepas Al-Quran dalam
tamadun Islam1. Dari segi bahasa AI-Sunnah ialah jalan. Manakala dari segi istilah ialah
jalan atau cara hidup Nabi Muhammad s.a.w yang berkaitan dengan perbuatan (Fiil),
pengakuan (Taqrir), perkataan (Qaul) serta sirah hidupnya samada sebelum atau selepas
menjadi rasul.
Maksud Al-Hadis pula dari segi bahasa ialah Hadatha yang bererti percakapan, bahasa dan
perkhabaran. Dari segi istilah ialah suatu yang diriwayatkan daripada Rasullulah s.a.w sama
ada perkataan, perbuatan, kelakuan dan pengakuan baginda. Para ulama telah membuat
kesimpulan bahawa Al-Sunnah dan Al-Hadith merupakan sutu perkara yang sama. Sebagai
sumber ilmu dan perlembangan dalam tamadun Islam, Al-Sunnah dan Al-Hadith melengkapi
Al-Quran dengan 3 cara iaitu :
i) ia menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam Al-Quran
ii) ia menjelaskan apa yang tidak diperincikan di dalam Al-Quran, dan
iii) ia menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Quran tetapi hukum ini
bertepatan dengan prinsip umum dalam Al-Quran.
Kebanyakan hadis yang dikumpulkan oleh ulamak hadis adalah berbentuk Ahad.
(Khalaf,1998:42). Dari segi penerimaannya pula, hadis dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
Sahih, Hassan dan Dhaif mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulamak hadis.
(Al-Khatib, 1987:127). Diantara ulamak-ulamak hadis yang masyhur di kalangan mereka
mengikut tempat (Ahmad Shalaby,1968:107) ialah Ibn Juraih (Makkah), Imam Malik
(Madinah), Sufian At-Thauri (Kufah), Hammad b. Salamah (Basrah), Laits b. Saad (Mesir),
Muammar b. Rashid (Yaman) dan Ibnu Mubarak (Khurasan).
Ulamak hadis telah mengkaji hadis dari segi matan iaitu teks hadis dan riwayatnya bagi
memastikan kesahihannya. Mereka membukukan hadis sama ada mengiket susunan nama
sahabat yang menjadi perawi (Kitab Musnad) ataupun mengikut tajuk masalah fiqah (Kitab
Sunan).Kitab hadis yang paling sahih ialah Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim yang
ditulis dalam bentuk Sunan. Empat lagi sunan yang terkenal ialah Sunan At Tirmizi, Sunan
Ibn Majah, Sunan Abu Daud dan Sunan An- Nasai. Keenam-enam kitab ini digelar Kutub
As-Sittah.
IJTIHAD
Ijtihad ialah kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh para ulama (mujtahid) bagi
menentukan kedudukan sesuatu perkara dari segi syara. Di dalam tamadun manusia, banyak
perkembangan baru yang berlaku dari masa ke semasa. Sebahagian deripada pembaharuan ini
tidak jelas dari segi hukumnya, kerana tidak dijelaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Dengan yang demikian para ulama dibenarkan menggunakan akal mereka dengan
bersungguh-sungguh berdasarkan ilmu yang ada pada mereka untuk mengeluarkan hukum.
Inilah yang dikatakan ijtihad.
Dalam sejarah hukum Islam, Ijtihad bermula sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Dapat
dirumuskan bahawa ijtihad merupakan sumber ilmu dalam ajaran Islam selepas al-Quran dan
al-Hadith. Ia merupakan sesuatu usaha yang gigih oleh para ulama (mujtahid) untuk
menyelidik dan menentukan hukum berdasarkan kemampuan serta kemahiran dari segi ilmu
pengetahuan dan kecerdasan akal fikiran mereka.Walaupun para mujtahid diberi kebebasan
untuk mengeluarkan hasil ijtihad mereka, al-Quran tetap menjadi panduan asas dalam

menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak ada nas (dalil) atau tidak jelas hukumnya dalam
al-Quran dan al-Sunnah/al-Hadis. Ijtihad memungkinkan Din Islam terus hidup sesuai
untuk semua bangsa, tempat dan masa. Tanpa ijtihad tamadun Islam akan beku dan lapuk,
yang memungkinkan ia ditinggalkan sama sekali. Oleh itu, kepentingan ijtihad sebagai
sumber ajaran Islam zaman kini sangat diperlukan dengan satu pendekatan baru kepada
prinsip yang sama dalam menyelesaikan permasalahan semasa.
Kebenaran dan Permulaan Ijtihad
Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman
sebagai pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah
menemuduganya dengan sabdanya :
"Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya
orang?" Jawab Muaz ,"Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab
Al-Quran." Tanya Rasulullah lagi; "Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?" Kata Muaz;
"Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith). "Rasulullah bersabda lagi : "Jika
sekiranya tidak ada dalam hadith?",

Jawabnya; "Aku akan berijtihad." Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz
sambil bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan
Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya."
(Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi)
Pengakuan Rasulullah mengenai ijtihad.
Mengenai penerimaan tuhan dengan hasil ijtihad, jelas dalam sabdanya yang bermaksud :
"Barangsiapa berijtihad dan betul ijtihad maka ia memperolehi dua pahala. Dan barangsiapa
berijtihad dan salah ijtihadnya, maka ia dapat satu pahalanya sahaja".
Perlunya Kepada Ijtihad
Manakala kehidupan manusia semakin hari semakin luas dan bercabang-cabang, dan manusia
sendiri bertambah-tambah ramai dari semasa ke semasa, maka bidang ilmu fiqh dengan
sendirinya menjadi luas, kehidupan orang-orang Islam semakin maju. Ajaran-ajaran Islam
telah tersebar luas ke seluruh dunia. Maka banyaklah peristiwa-peristiwa dan kejadiankejadian yang berlaku, sedangkan nas-nas hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith nabi ada
masa dan batas-batasnya. Tetapi peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian tetap berkembang
dengan luasnya tanpa berhenti-henti. Justeru itu maka tidak dapat tidak, perlu adanya
perbincangan hukum dan ijtihad.
AL-IJMA DAN AL-QIYAS
Al-Quran dan Al-Hadith adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada
permulaannya ialah di zaman Rasulullah S.A.W., sumber-sumber ini bertambah mengikut
peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.1
Selain daripada Al-Quran dan Al-Hadith ialah pendapat Rasulullah S.A.W. yang sama
dinamakan ijma. Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas
satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan Al-Hadith pada satu-satu masa.
Di sana terdapat juga "Al-Qiyas" kerana bahawasanya hukum syara pada gholibnya
mempunyai beberapa ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum
yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika
terdapat sama ilahnya. Seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum,
kerana terdapat sama pada ilatnya, iaitu mengeyangkan dan tahan disimpan.
Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijma dan Al-Qiyas
merupakan sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang
besar yang membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan,
kekuatan dalam hukum-hukum Islam.

AKAL DAN PANCAINDERA


Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dari kalangan makluknya. Selain
kesempurnaan fizikal, manusia juga dikurniakan akal. Dengan akal dan pancaindera, manusia
boleh berfikir, merancang, mengkaji dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
Islam jelas mengiftiraf akal manusia berdasarkan kebenaran mengambil hukum syarak
melalui kaedah Ijtihad, Ijmak dan Qiyas.
Walau bagaimanapun akal dan pancaindera semata-mata tidak mampu untuk menemui
kebenaran yang mutlak. Oleh kerana akal merupakan ciptaan Allah s.w.t kepada manusia,
maka sebagai makhluk ia bersifat terbatas. Mustahil bagi akal merumuskan jawapan tentang
persoalan-persoalan metafizik tanpa panduan pencipta (Allah s.w.t). jadi fungsi akal tidak
boleh berdiri sendiri secara mutlak tanpa berpandukan wahyu. Orang-orang yang tidak tahu
menggunakan akal dan pancaindera mereka untuk mencari ilmu kebenaran disifatkan aleh
Allah s.w.t sebagai orang yang bodoh dan dungu. Justeru itu mereka tidak mendapat ilmu.
FENOMENA TABIIE
Kita telah mengetahui bahawa Allah s.w.t menciptakan alam ini sebagai anugerah kepada
umat manusia. Alam ini menjadi sumber ilmu yang penting untuk manusia. Disinilah peranan
akal manusia perlu dimainkan dengan semaksimum yang mungkin berserta bimbingan dari
al-Quran dan al-Sunnah. Khazanah alam yang kaya raya ini telah melahirkan banyak ilham
kepada manusia untuk menerokai pelbagai bidang ilmu dari masa ke semasa. Contohnya
ialah tentang biologi, kimia, fizik, astronomi dan sebagainya.
ILHAM /INTUISI /MIMPI
Ilham dan intuisi merupakan satu daripada sumber-sumber ilmu bagi manusia. Ia berlaku
kepada sesiapa yang dikehendaki aleh Allah s.w.t dari kalangan umatnya yang bertaqwa.
Sumber ini berkait rapat dengan deria batin seseorang. Ilham ialah idea yang diberikan oleh
Allah s.w.t kepada seseorang untuk melakukan sesuatu. Instuisi ialah kelebihan yang
diberikan kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu dengan cepat secara semulajadi. Ia
tidak memerlukan aktiviti berfikit terlebih dahulu. Ia diberikan Allah s.w.t kepada mereka
yang bertaqwa dan taqarrub denganNya. Mimpi juga merupakan sumber ilmu dalam Islam.
Islam mengakui mimpi merupakan sumber ilmu para rasul seperti mimpi Nabi Ibrahim a.s
dan Nabi Yusof a.s. walaupun begitu sumber ilmu ini merupakan sumber khusus kepada
golongan-golongan yang tertentu sahaja dari kalangan hamba-hamba yang beriman.

KESIMPULAN
Sebernarnya ilmu merupakan unsur yang mesti diletakkan sebagai unsur pertama dan utama
dalam proses pembinaan tamadun Islam. Tetapi apabila al-Quran dan as-Sunnah dijadikan
sumber dan akidah, syarak dan akhlak sebagai asas pembinaan tamadun Islam. Ini bererti
ilmu yang berasaskan wahyu merupakan sumber dan asas utama dalam tamadun Islam. Oleh
itu kedudukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama dalam tamadun Islam tidak
boleh dipertikaikan lagi. Kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing yang akan
memberi panduan kepada manusia untuk memperkembangkan lagi ilmu mereka.

TUJUAN DAN KESAN KONSEP ILMU DALAM ISLAM


1. Mewujudkan masyarakat berilmu
Dari sini maka lahirlah masyarakat yang berilmu cintakan ilmu dan sentiasa berlumba-lumba
untuk memiliki ilmu. Fenomena ini akan melahirkan masyaarakat yang berilmu dan
meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam sistem hidup mereka.
2. Melahirkan generasi yang berwibawa
sekarang kita menjadi umat yang dipersendakan oleh umat lain tentang kekurangan ilmu dan
penguasaan ilmu yang tidak berkonsep, maka dengan adanya atau mengikut konsep yang
betul maka akan lahirlah generasi yang berwibawa.
3. Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmonis.
Oleh kerana konsep ilmu yang digunakan syumul dan dan sepadu maka akan wujudlah satu
masyarakat yang sejahtera dan harmonis
4. Menjana kekuatan ummah
setelah semua diatas berjaya maka akan membantu dalam menjana kekuatan ummah, iaitu
yang tidak boleh diperlekeh-lekehkan oleh umat lain.
BUDAYA ILMU
Pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi obor menerangi kehidupan
manusia. Tanpa ilmu, manusia senang ditipu dan dipesongkan dalam kehidupan mereka.
Sesuai dengan konsep ilmu untuk kesempurnaan kehidupan manusia, maka gerakan secara
berwibawa dan berterusan harus ditingkatkan oleh kerajaan dan NGO supaya matlamat
keharmonian hidup mestilah terpelihara, aman dan tenteram. Bagi NGO
budaya,kecemerlangan ilmu dunia dan akhirat hendaklah diprogramkan dan dilaksanakan.
Mengadakan kursus tentang kehidupan dunia dan akhirat secara berterusan kepada NGO
budaya.
Mengadakan program latihan yang selari dan selaras dengan Islam kepada aktivitis
kebudayaan dan kesenian. Aspek-aspek kesenian ini bukan sahaja boleh meningkat taraf
ekonomi setelah dimanipulasikan ilmu ke dalam diri mereka, malah kesenian ini juga dapat
memberi kepuasan dii dan kefahaman mereka terhadap pencipta sebenar(Al Khaliq).
Mengadakan program ceramah tentang kepentingan ilmu kepada masyarakat satu budaya
yang perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan harian.
Menerbitkan buku, jurnal dan risalah untuk menggalakkan perkembangan ilmu dalam
masyarakat.

Mempertingkatkan budaya membaca dikalangan masyarakat.

Kamus Dewan (2000) mendefinisikan budaya sebagai tamadun , peradaban , kemajuan


fikiran , akal budi , cara berfikir atau cara berkelakuan .
Wikipedia Indonesia pula menyatakan bahawa perkataan budaya sebenarnya berasal dari
bahasa Sanskrit yang bermakna hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia , atau
sebuah sistem pengetahuan yang meliputi sistem idea manusia yang mana idea tersebut
diamalkannya sehari-hari .
Perkataan ilmu pula memiliki definisi yang sangat luas dan susah untuk didefinisikan .
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak
bersifat neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza mengenai ilmu
walaupun ada persamaan mengenainya . Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring
mengenai konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat . (Wan Mohd. Nor, 1998)
Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din mendefinisikankan ilmu itu kepada daya
membuat generalisasi , konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan memperoleh
kebenaran intelektual . (Hamid Fahmy Zarkasyi , 1990)
Maka budaya ilmu yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu digabungkan boleh
diertikan sebagai segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat
dan diterima sebagai nilaitara utama dalam amalan mereka . (Mok Soon Sang , 2000)

PEMBANGUNAN TAMADUN MANUSIA BERTERASKAN BUDAYA ILMU


Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekaligus membuktikan
bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya
intelektual yang tinggi dalam zaman mereka .
Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia
atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi
berpandukan dari sejarah tamadun manusia , seringkali kita saksikan bahwa sesebuah bangsa
yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik , akan memeluk dan menganut
nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu (Wan Mohd. Nor,1997)
Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah
menyerang Baghdad , menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumbersumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekaligus paling menyedihkan dalam sejarah
(Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi,1996) kemudiannya telah memeluk Islam
dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari ini (Wan Mohd.
Nor,1997)
Kejayaan intelektual dan peradaban tinggi yang dicapai oleh kaum-kaum Yunani , Yahudi ,
China , India dan umat Islam di zaman silam serta betapa canggihnya pencapaian sains dan
teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga adalah bukti nyata di mana sesebuah

golongan manusia itu jika ilmu dan budaya ke arahnya dimartabatkan di kedudukan yang
tinggi di dalam masyarakat mereka .
Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuan terkenal seperti Socrates , Plato dan juga
Aristotle yang banyak mempelopori ilmu falsafah , logik serta geometri . Albert Einstein ,
Karl Marx dan Sigmund Freud dilihat sebagai diantara tokoh intelektual berketurunan Yahudi
yang berpengaruh besar di dalam pelbagai bidang keilmuan moden . Mazhab Konfuciunisme
Baru yang mewarnai tamadun China klasik di mana kecenderungan amali telah memberi
sumbangan besar kepada manusia sejagat melalui penghasilan kertas , sutera , percetakan ,
kompas serta ubat meriam . Budaya India Kuno pula yang lebih memberikan penekanan
kepada ilmu yang paling abstrak telah memberikan sumbangan bernilai terhadap bidang
astronomi , geometri serta perubatan . Fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila
agama Kristian yang menguasai negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah
menyebabkan ilmu itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular sekaligus mempengaruhi
setiap aspek kehidupan dan pemikiran manusia moden hari ini . (Wan Mohd. Nor, 1997)

BUDAYA ILMU DI DALAM AGAMA ISLAM


Dr. Hasan Langgulung (1979) berpendapat bahawa dengan turunnya ayat al-Quran yang
pertama di Gua Hira kepada baginda Rasulullah s.a.w adalah tanda akan bangkitnya satu
peradaban baru di dunia .
Ini kerana apabila manusia itu disuruh membaca (Surah al-Alaq :1-5) maka proses
membaca itu sendiri akan melibatkan berbagai proses mental yang tinggi seperti proses
pengenalan (cognition) , ingatan atau hafalan (memory) , pengamatan (perception) ,
pengucapan (verbalizing) , pemikiran (reasoning) serta daya cipta (creativity).
Jika dilihat dari segi psikologi , proses pembacaan itu sendiri akan melibatkan keseluruhan
struktur mental manusia itu sebagai kecerdasan seseorang individu (intellegence) . Dari aspek
sosial pula proses pembacaan tadi akan menghubungkan perasaan , pemikiran dan
tingkahlaku seseorang manusia kepada manusia yang lain . Pembacaan yang terhasil dari
simbol yang dapat dibaca iaitu tulisan akan menjadi alat sistem perhubungan yang akan
mewujudkan suatu sistem sosial , di samping penggunaan bahasa itu sendiri akan dijadikan
sebagai gudang (storage) tempat penyimpanan nilai-nilai budaya yang akan berpindah dari
satu generasi ke generasi selanjutnya .
Perubahan sikap individu yang suka membaca atau aktiviti ke arah keilmuan ini akan
menular kepada keluarga individu tersebut dan seterusnya akan menular lagi ke dalam
masyarakat . (Hasan Langgulung , 1979)
Daripada impak pembacaan , oleh kerana manusia dikurniakan akal maka manusia akan
memikirkan apa yang dibacanya .
Adalah jelas di sini bahawa , al-Quranlah punca kepada proses keilmuan . Darinya akan
lahirlah budaya keilmuan yang diamalkan oleh individu dan setiap anggota masyarakat dan

menyebabkan perubahan tamadun manusia sekaligus punca tercetusnya pembangunan


tamadun umat Islam .
Hasan Langgulung melihat terjadinya perkembangan dan tersiarnya kebudayaan Islam ke
serata tempat adalah berpunca daripada agama Islam sendiri kerana Islam adalah agama yang
pertama sekali mengakui bahawa setiap manusia itu berhak malah diperintahkan untuk
menuntut ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran mengikut kecenderungan
masing-masing . (Hasan Langgulung , 1979)
Hal ini dimanifestasikan oleh baginda Rasulullah s.a.w apabila baginda mendirikan sebuah
masjid yang pertama di dalam Islam iaitu Masjid Quba. Pembinaannya sama seperti
pembinaan masjid-masjid lain iaitu bukanlah semata-mata untuk beribadah solat sahaja tetapi
juga menjadi tempat pertemuan , perpaduan dan markaz yang strategik di mana umat Islam
boleh berjumpa , berbincang dan mempelajari ilmu .(Kamarudin Ahmad dan Azman Md.
Zain , 2002)
Di dalam masjid juga baginda akan mengajar dan memberi khutbah dalam bentuk halaqah di
mana para sahabat akan duduk mengelilingi baginda untuk mendengar dan bersoal jawab
berkaitan dengan urusan agama atau kehidupan seharian .
Berlainan dengan tamadun Kuno seperti China dan India , proses keilmuan hanya terbatas
kepada golongan tertentu sahaja seperti golongan aristokrat , golongan lelaki sahaja atau
khusus untuk golongan pendeta atau ahli agama (Wan Mohd Nor , 1997)
MASYARAKAT YANG BERBUDAYA ILMU
Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah setentunya akan memiliki
beberapa ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dengan masyarakat yang tiada
berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan .
Wan Mohd Nor (1997) antara lain menggariskan ciri-ciri tersebut adalah seperti ;
1. Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan
2. Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat , diputuskan
dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu pun
syura .
3. Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan
masyarakat di setiap peringkat .
4. Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan ,
bantuan , kemudahan , dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang
melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan
5. Dalam diri dan masyarakat , tidak akan mengiktiraf sifat jahil , bebal dan anti ilmu .
6. Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan menolak dan membenci
pandangan , pernyataan , serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran .
7. Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami , mendalami dan menghayati
sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam
pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar
pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat

Justeru itu , Wan Mohd. Nor (1997) selanjutnya menambah bahawa masyarakat yang
berbudaya ilmu seharusnya memiliki beberapa nilai tertentu , iaitu ;
1.

Kepentingan Ilmu
Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai asas segala kebaikan.
Ilmu yang dipelajari bukanlah tiket untuk mendapatkan kemewahan material , melahirkan
pekerja yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan tetapi lebih kepada penanaman
sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara menuntutnya dan seterusnya menghayatinya
seumur hidup .
Pendidikan menurut Ibnu Khaldun , dapat membantu individu dan masyarakat menuju
kemajuan dan kecemerlangan . (Dr. Gamal Abdul Nasir Zakaria , 2003)

2.

Hasil Ilmiah Yang Berkekalan


Berkekalan di sini bermaksud bahawa sebarang usaha dan hasil yang berteraskan ilmiah
itu seharusnya merupakan sumbangan dan amal kebajikan penting bagi diri sendiri dan
juga manusia , dan sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang bersifat kekal .
Bagi ilmuan non-Muslim , mereka pasti mendapat kemasyhuran nama sepanjang zaman
manakala bagi ilmuan Muslim pula percaya kepada ganjaran pahala amal jariah di
akhirat .

3.

Usaha Keilmuan Yang Berkekalan


Di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu , anggota masyarakatnya perlu maklum
bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari buaian
hingga ke liang lahad .

4.

Hormat-Kritis Terhadap Ilmu


Masyarakat berbudaya ilmu juga mesti berani mencari kebenaran dan memperbaiki hasil
pemikiran tokoh ilmuan terdahulu . Perkara ini dapat disaksikan melalui rentetan sejarah
dimana Imam Syafii serta Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam Malik .
Contoh lain pula Imam al-Ghazali mengkritik kekeliruan ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan unsur dan pemikir Yunani tetapi tetap mengakui sumbangan dan
keagungan para pemikir Yunani tersebut .

5.

Kesinambungan Tradisi Keilmuan


Peka dan sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sejarah ilmu atau keilmuan juga
sebuah nilai yang amat mustahak dimana ilmu itu sendiri tidak terbatas kadarnya serta
manusia itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik kosong . Khazanah
keilmuan generasi terdahulu dan juga semasa seharusnya diketahui dan seterusnya
direkodkan .

6.

Kepimpinan
Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin mereka setentunya terlebih
dahulu mesti memahami dan menghayati budaya ilmu itu sendiri sebelum menilai ,
memilih dan mengukuhkan pemimpin yang berilmu , adil , bijaksana , berwawasan jauh
dan tegas . Ini juga bermakna , mana-mana individu atau kumpulan pemimpin yang mahu
memimpin masyarakat , semestinya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dasar dan

kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa bersesuaian dengan


keperluan zamannya .
7.

Bermusyawarah
Seseorang individu setentunya tidak akan dapat mengetahui semua perkara yang
diperlukan untuk hidup secara sendirian apatah lagi sebagai sebuah masyarakat kerana
ilmu bersifat tidak terbatas . Solusinya ialah dengan cara bermusyawarah. Ini kerana di
samping proses itu sendiri merupakan suatu jelmaan ciri budaya ilmu , syura juga
merupakan amalan Rasulullah saw dimana baginda sendiri seringkali bermusyawarah
dengan para sahabatnya yang berwibawa dalam hal yang berkaitan dengan maslahat
orang ramai serta seringkali juga menerima pandangan mereka .

8.

Pengiktirafan Peranan Wanita


Wanita memang berperanan besar di dalam menentukan dan membina budaya ilmu dan
ketinggian tamadun manusia . Zaman pramoden menyaksikan kaum wanita secara tidak
rasmi telah berpengaruh besar di dalam peringkat rumahtangga khususnya mengenai
urusan penerusan adat resam , penjagaan keluarga dan kemahiran hidup berkeluarga .
Ahli sejarah melihat pengabaian pendidikan kaum wanita seperti di dalam tamadun
Yunani Kuno dilihat sebagai punca kepada kejatuhan tamadun masyarakat Yunani itu
sendiri .
Agama Islam pula bersumberkan dari wahyu atau hadis , memerintahkan kepada kaum
Muslimin , lelaki dan juga perempuan untuk sama-sama menuntut ilmu pengetahuan dan
menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah SWT di muka bumi ini .
Isteri-isteri Rasulullah saw sendiri terutamanya Siti Aisyah adalah sumber rujukan para
sahabat khususnya mengenai al-Quran , hadis , fekah selain syair , sejarah Arab , nasab
keturunan (silsilah) dan juga perubatan .
Jelas di sini bahawa , kaum wanita memberi kesan kepada sesebuah institusi keluarga.
Manakala kekeluargaan pula merupakan paksi kekuatan sesebuah masyarakat .(Hasan
Langgulung ,1979)
CABARAN BUDAYA ILMU MASA KINI
Terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani agar hasrat untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang berbudaya ilmu pada zaman sekarang . Diantaranya ialah ;

1.

Salahtanggap masyarakat terhadap ilmu


Masyarakat melayu silam melihat ilmu dan usaha kearahnya itu hanya sebagai
memenuhi kepada keperluan peribadatan sahaja . Contohnya mempelajari ilmu
astronomi hanya untuk memastikan waktu-waktu solat atau ketibaan bulan-bulan
penting sahaja . Ilmu matematik hanya khusus untuk mengira fidyah , zakat atau
pembahagian harta pusaka (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997).
Masyarakat pada hari pula melihat aspek pendidikan sebagai syarat untuk lulus
peperiksaan sekaligus sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang lumayan ,

kurikulum yang tersedia juga kurang memberi peluang untuk para pelajar untuk
berfikir secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui pengkhususan dan
pengelasan , ilmu tidak dapat kaitkan dengan iman dan amal serta terpinggirnya kesan
ilmu terhadap aspek akhlak . (Dr. Tajul Ariffin Nordin dan Dr. NorAini Dan,2002)
Oleh itu , set minda masyarakat yang sempit yang berkemungkinan diakibatkan oleh
pelbagai aspek seperti pengaruh sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan oleh
pentadbiran kolonial silam misalnya perlulah diubah melalui pendidikan Islam agar
konsep ilmu yang luas dapat memberi impak yang sempurna kepada masyarakat .
2.

Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem
pendidikan. (Dr. Tajul Ariffin Nordin dan Dr. NorAini Dan,2002)
Apabila manusia hanya asyik memikirkan keuntungan material sahaja dengan cara
memperniagakan kegiatan intelektual secara komersial secara tidak langsung akan
menyebabkan terpinggirnya budaya ilmu itu sendiri kerana ia sudah tidak lagi
diasaskan oleh konsep ibadah dan keikhlasan

3.

Tiada wujudnya kesinambungan usaha intelektual di alam karier .(Prof. Dr.


Azyumardi,1999) . Usaha membuat kajian dan penyelidikan (research and
development) di dalam sektor kerajaan serta swasta sebenarnya memberikan impak
besar terhadap kemajuan negara . Tanpa adanya dapatan daripada penyelidikan dan
kajian yang berterusan , produktiviti yang dikecapi hanyalah bersifat minima sahaja .

4.

Institusi informal dan non-formal dalam masyarakat yang pincang .


Perkara ini dapat dilihat melalui kurangnya peranan ibu bapa yakni kekeluargaan di
dalam budaya ilmu (M.Wasiullah Khan,1989)
Realiti zaman sekarang menyaksikan para ibu bapa kurang berperanan sebagai ejen
sosialisasi dan role model penting kepada keluarga mereka . Hal ini sama sekali
berbeza dengan masyarakat zaman silam yang tidak begitu terdedah dengan pengaruh
negatif dari budaya luar kerana utuhnya sistem kekeluargaan yang rapat walaupun
para ibu bapa selalunya tiada berpendidikan tinggi .

5.

Kurangnya imbalan atau insentif pihak kerajaan kepada para ilmuan dan kegiatan
intelektual .
Ibn Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya ada menceritakan tentang kepesatan dan
kemajuan ilmiah yang dicapai oleh wilayah Islam semasa pemerintahan amir-amir
Turki dimana sekolah-sekolah (zawiyah) dan wakaf-wakaf banyak didirikan sebagai
industri pelaburan di mana keuntungan yang diperolehi akan digunakan sebagai upah
dan insentif serta motivasi bagi para pendidik dan pelajar .

6.

Kurangnya usaha mempublisitikan ilmu , tokoh keilmuan dan karya intelektual


kepada masyarakat (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997) yang disebabkan oleh
pendedahan berlebihan terhadap dunia hiburan dan sukan melalui media massa serta
gadget elektronik .

7.

Khazanah karya intelektual yang dilupakan .


Usaha mengkaji dan menyelidik karya-karya intelektual tokoh-tokoh keilmuan zaman
silam perlulah dijalankan , diperkembangkan dan didedahkan kepada pelbagai lapisan
masyarakat dari masa ke semasa agar segala pengajaran , nilai tujuan , kandungan dan
kejayaan atau kegagalan para tokoh ilmuan tersebut dapat dimanfaatkan secara
hormat-kritis (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997) .

Berbalik kepada tema , konsep dan budaya ilmu ; apakah yang akan terjadi sekiranya
masyarakat kita tidak berbudaya ilmu? Masyarakat yang tidak berbudaya ilmu pastinya akan
berbudaya jahil atau bebal , bukan kerana ketiadaan maklumat atau fakta yang betul tetapi
kerana rendahnya sifat rohaniah dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan
cukup . (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997)

You might also like