You are on page 1of 11

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

1.0

PENDAHULUAN
Local Agenda 21 (LA21) merupakan salah satu program yang diputuskan
dalam

sidang

kemuncak

UNCED

(United

Nations

Commission

on

Environment and Development) pada tahun 1992, atau juga dikenali sebagai
Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil. Salah satu aspek penting yang
dibincangkan adalah mewujudkan pembangunan yang seimbang, atau
sustainable development, di peringkat tempatan. Persetujuan ini memerlukan
Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendedahkan kepada masyarkat setempat
dan pihak swasta terhadap isu pembangunan seimbang (ICLEI, 1997).
Pembangunan mampan merupakan salah satu agenda utama dunia amnya,
dan kerajaan Malaysia khususnya, semenjak tahun 1990-an. Konsep
pembangunan

mampan

mementingkan

kesejahteraan

rakyat

yang

bergantung kepada kemakmuran ekonomi, dan pembentukan insan yang
hasratnya adalah keharmonian hidup bermasyarakat; serta penglibatan awam
dalam proses perancangan dan pembangunan. Malaysia menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan prinsip-prinsip pembangunan
mampan

dalam

pentadbiran,

proses

perancangan,

penguatkuasaan,

serta

pelaksanaan

memberi

pembangunan,

kepentingan

kepada

penglibatan dan penyertaan masyarakat setempat dalam proses membuat
keputusan. Bagi menjayakan agenda di atas, penglibatan menyeluruh
masyarakat yang terdiri daripada agensi kerajaan, masyarakat setempat, dan
pihak swasta amatlah diperlukan. Penglibatan secara menyeluruh oleh semua

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

1

Bagi merealisasikan pelaksanaan LA21. 2008). PBT yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ). Empat buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dipilih sebagai perintis bagi memulakan program yang mempunyai agenda besar ini. Majlis Perbandaran Miri (MPM) dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Jawatankuasa. LA21 di Malaysia telah dimulai pada tahun 2000 (Osman. Majlis PerbandaraN Kuantan (MPK). semua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Malaysia telah diarah mewujudkan Jawatankuasa LA21 di peringkat PBT masing-masing LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 2 . Sosial. Di antara contoh jawatankuasa yang dibentuk oleh PBT perintis ini ialah Jawatankuasa Alam Sekitar. Rashid & Ahmad. Jawatankuasa yang dibentuk adalah mengikut isu setempat. Jawatankuasa Kemiskinan.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN pihak mampu mencapai kewujudan Local Agenda 21 (selepas ini dikenali sebagai LA21). PBT yang terpilih perlu terlebih dahulu membentuk jawatankuasa. Jawatankuasa yang terbentuk bertanggungjawab merancang program-program yang bersesuaian dan perlu memikirkan strategi untuk menarik minat masyarakat setempat untuk melibatkan diri dan menjayakan program yang dirancang. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh pihak masyarakat sendiri yang secara sukarela menyertai program LA21. 2002). serta Jawatakankuasa Lalulintas dan Perumahan. Pelaksanaan LA21 telah dijadikan dasar kerajaan dan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Jika dilihat dari aspek pelaksanaan. Kejayaan keempat-empat PBT ini akan dijadikan tanda aras dan rujukan bagi PBT lain di Malaysia (KPKT. Kempat-empat PBT yang terpilih diberikan tanggungjawab besar bagi memastikan pelaksanaan program LA21 di Malaysia mampu memenuhi kehendak dan tujuan penubuhannya.

saya telah memilih pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual sebagai metod kaedah pertanyaan dan berbincang dengan rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulisan kertas kerja ini. jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan. Beberapa buah buku. sehingga kini. persoalan utama yang wujud ialah. melalui pelaksanaan program LA21. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik tugasan ini.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN mulai tahun 2004. 2. Keperluan mewujudkan jawatankuasa LA21 adalah bertujuan untuk membolehkan aspirasi kerajaan. Untuk menghasilkan kertas kerja ini. Namun. Dalam mengkaji aspek-aspek tersebut. masih terdapat PBT yang dilihat gagal menyahut arahan dan cabaran KPKT.0 METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. di mana wujudnya kelewatan di kalangan PBT untuk mewujudkan jawatankuasa LA21 dan merancang secara menyeluruh pelan tindakan program LA21 di PBT masing-masing. perhatian dan penelitian akan difokuskan LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 3 . dapat disemarakkan di seluruh negara.2 Objektif kajian Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti peranan PBT dalam pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan. 1.

1992). keperluan manusia asas. 2. pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting. Justeru itu.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN kepada peranan PBT dalam pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan. (White & Whitney. (David Drakakis-Smith. Pembangunan bandar yang mapan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya. kesihatan awam. Pembangunan bandar yang mapan perlulah mengambil kira keadilan sosial. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 4 . 1995). aktiviti ekonomi. kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa.0 PENGENALAN Pihak berkuasa tempatan Konsep Pembangunan Mapan Pembangunan mapan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. pengambilan sumber.

perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan. pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. 2. pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN Tujuan PM: 1. Membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut. Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 5 . Pembangunan Fizikal Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. resolusi isu global. Pemuliharaan Sumber Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif.

Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan. Kesaksamaan Sosial Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan. Kualiti Alam Sekitar Mengelakkan pencemaran alam. LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 6 . 5. Mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Mengurangkan pembaziran tenaga manusia. 3. Penyertaan Politik Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. 4.

0 PERBINCANGAN 5. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke21.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN 5. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro. Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992.1 LOCAL AGENDA 21 KE ARAH PEMBANGUNAN MAPAN Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 7 .

Penyertaan Dan Ketelusan Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta. Kebertanggungjawaban Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. 5. 4. Pendekatan Menyeluruh Menangani punca masalah-masalah sosial. Oleh yang demikian. LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 8 . LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan 5. Peka Kepada Keupayaan Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar. Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.1 PRINSIP-PRINSIP LA21 Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:1.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN masing-masing. pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. 3. 2. Usahasama Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program LA21.

umur. PBT berperanan untuk membina. 8. Kesaksamaan Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan. jantina.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN 6. Hasil daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan mampan bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat. Maka. tanpa membezakan kaum.3 Peranan PBT dalam LA21 PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan mampan menerusi LA21. 7. keupayaan. 5. memproses dan mewujudkan polisi dan peraturan alam sekitar tempatan dan membantu melaksanakan polisi alam LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 9 . taraf sosio-ekonomi atau latar belakang. Oleh yang demikian PBT perlu tahu isu berbangkit di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat menarik minat masyarakat setempat dan pihak swasta bersama-sama menangani segala isu dan permasalahan seperti masalah kesihatan dan sosial di kawasan tersebut. diwakili dalam program LA21. Mementingkan Masa Hadapan Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21. Hasil Yang Nyata Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan. pengetahuan yang mendalam mengenai kaedah dan mekanisme pelaksanaan Program LA21 perlu wujud di kalangan PBT tersebut agar Program LA21 dapat direalisasikan secara berkesan.

sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan PBT. Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus) iii. PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti mana dibawah iaitu:i. Bagi proses perlaksanaan LA21. Disamping itu juga. Memandangkan PBT adalah peringkat kerajaan yang terdekat dengan orang ramai.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN sekitar di peringkat separa kebangsaan dan kebangsaan. Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan viii. maka mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik. LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 10 . mengerakkan dan memaklumkan kepada orang awam untuk menggalakkan pembangunan mampan. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan Antara Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara PBT. Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini v. Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek vii. Melibatkan masyarakat tempatan iv. Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu vi. pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada keperluan tempatan. sosial dan alam sekitar bersama ii. Selain itu. Menangani keperluan ekonomi.

sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan.GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat. LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 11 .