You are on page 1of 13

11

BAB 2

2.1

SOROTAN LITERATUR

Pendahuluan

Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan tentang kesan penggunaan bahan
multimedia dengan penerapan nilai murni dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
Dalam bab 2 ini juga, penyelidik akan mengkaji dua teori yang berkaitan dengan kajian
ini iaitu teori pembelajaran manusia „Con of oleh Edgard Dale dan teori pelaziman
operan B. F. Skinner. Penyelidik akan mengaitkan kedua-dua teori tersebut dalam
kerangka teoritikal kajian. Selain itu, penyelidik akan membincangkan beberapa kajian
lepas dari dalam dan luar negara. Penyelidik turut akan mengaitkan kajian lepas dalam
kerangka konseptual kajian.

2.2

Sorotan Literatur Umum

2.2.1

Teori Pembelajaran Manusia - ‘Con of Experience’
Teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai „Cone of Experience‟

(Kon Pengalaman) telah diasaskan oleh Edgard Dale (1946). Dale telah
mengemukakan teori yang memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapart mengubah kefahaman murid daripada
sukar kepada yang lebih mudah. Menurut Edgar Dale, 1969 (dalam Noriati A.
Rashid, 2009) pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang absrak,
iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak
maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstak berkenaan. Menurutnya,
penggunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan pengurusan
pelajar. Berikut merupakan paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969) yang

internet dan sebagainya. papan putih. kad-kad imbasan. carta. piring hitam. Bahasa Simbol visual Gambar statik. filem jalur. buku dan sebagainya. radio kaset. ii) Bahan media bukan elektronik seperti suara. papan magnet. . model. rakaman video Gambar bergerak/televisyen Pameran Kajian lapangan Tunjuk cara Pengalaman lakonan Pengalaman tiruan Pengalaman langsung Rajah 1: Kon pengalaman Edgar Dale (1969) Berdasarkan apa yang dinyatakan berdasarkan Kon Pengalaman Dale. surat khabar. papan flannel. radio. komputer. televisyen. gambar. papan hitam. overhead projektor (OHP).12 menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. pita rakaman. slaid. bahan bantu mengajar telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: i) Bahan-bahan media elektronik seperti filem pelajaran. CD. pita video.

bahan maujud dan sebagainya. murid-murid akan mendapat pengalaman apabila mereka dapat merasa. Pemeringkatan ini bermula daripada sesuatu yang bersifat konkrit kepada abstrak dan setiap peringkat dalam kon tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. bahan bantu mengajar yang boleh digunakan adalah media tayang yang akan mempamerkan cara-cara untuk menanam sayur dan penggunaan bahan maujud untuk dijadikan media pengajaran. murid bertindak sebagai . Sebagai contohnya. memegang. pemerhatian dan persimbolan. dalam pengajaran Bahasa Melayu yang bertemakan pertanian. Berdasarkan Kon Pengalaman Dale. melihat. Ianya terdiri daripada. Pada peringkat ini. dapat dikenalpasti bahawa ianya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu bermula daripada penglibatan. Oleh hal yang demikian dapatlah dilihat bahawa pengalaman konkrit atau pengalaman sebenar menjadi asas permulaan dengan penglibatan murid itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar. menghidu dan sebagainya menggunakan pancaindera dalam melakukan aktiviti seperti yang dilihat melalui video yang telah ditonjolkan. projek. ii) Peringkat Pemerhatian Peringkat pemerhatian pula menunjukkan bahawa pengalaman konkrit akan semakin berkurangan sejajar dengan peranan murid sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. pameran. pengalaman tiruan atau pengalaman melalui lakonan atau drama. i) Peringkat Penglibatan Peringkat yang pertama ialah penglibatan yang membabitkan pengalaman konkrit.13 iii) Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan. menyeronokkan dan bermakna. Aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Justeru. lawatan.

iii) Peringkat Persimbolan Peringkat tertinggi dalam Kon Pengalaman Dale ialah peringkat persimbolan iaitu yang paling abstrak. Segala perancangan yang direncanakan sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun mendapat risiko. video dan multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positi dan kondusif. semakin banyak penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual). penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti cakera padat. Dalam hal ini. objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. Oleh yang demikian. Konklusinya. semakin ia disifatkan sebagai “fast but risky”. pameran. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran konvensional yang amat menitikberatkan teks.14 pemerhati terhadap peristiwa sebenar sesuai dilaksanakan dalam bentuk lawatan. Hal ini telah dijelaskan oleh Dale . berdasarkan Kon Pengalaman Dale. murid akan mengalami pengalaman yang abstrak iaitu mereka mentafsir simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa tersebut. murid akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka masih belum mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut. Lazimnya. tunjuk cara. pengajaran berbentuk multimedia masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan murid untuk memahami konsep kerana strategi pengajaran yang dijalankan masih lagi berpusatkan murid. gambar bergerak seperti televisyen dan gambar kaku seperti filem. Kedua-dua peringkat ini iaitu penglibatan dan pemerhatian diaplikasikan secara beransur-ansur kerana ianya bersesuaian dengan pemerolehan objektif pembelajaran yang kandungan amat sedikit atau tidak diketahui oleh murid. Selaras dengan era teknologi maklumat.. Lazimnya.

F. Beliau juga telah banyak melakukan kajian untuk membuktikan teori ini dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati.2. hukuman (hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran). Ciri-ciri pujian atau motivasi yang memberikan . Ianya melibatkan peneguhan (peneguhan positif dan peneguhan negatif). Dalam bilik darjah. Kajian yang dijalankan telah membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. gerakbalas boleh dikuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan. Peneguhan merupakan perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakukan itu diulangi dengan tujuan untuk memuaskan kehendak. prinsip premack dan pelupusan.2 Teori Pelaziman Operan Mengikut Teori Pelaziman Operan yang dikemukakan oleh B. mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner (1953) dalam buku Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). memberikan senyuman. ianya adalah suatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. ianya merupakan motivasi yang berbentuk kata-kata pujian selepas melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan.15 bahawa prasyarat setiap pelajar telah mempunyai banyak maklumat konkrit sebelum mereka mampu memanfaatkan dan memanipulasikan aktiviti pembelajaran bagi mentafsir konsep yang abstrak. Skinner telah menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkahlaku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya dihitungkan. Skinner sependapat dengan Pavlov tetapi beliau telah menyatakan bahawa perlakuan haruslah diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Bagi peneguhan positif. menepuk bahu pelajar. memberi hadiah dan sebagainya. 2.

Sebagai contoh. Oleh kerana takut dimarahi. Mengikut Skinner. a) memuji secara ikhlas. Sebagai contoh. ibu bapa atau pihak guru tidak memberikan kemudahan apabila anak atau muridnya . murid tersebut menyiapkan tugasan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh guru (gerakbalas yang betul). Hukuman persembahan berlaku apabila sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku diri sesorang murid seperti ketuk ketampi dan penambahan kerja rumah. e) memuji tanpa kasih sayang. d) memuji usaha dan cuba jaya. Peneguhan positif ini boleh diberikan secara berterusan dimana ianya diberikan selepas setiap reaksi yang diingini ditunjukkan atau dalam bentuk berkala yang diberikan selepas satu jangka masa yang ditetapkan. Hukuman pula merupakan satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkahlaku yang tidak diingini. Melalui peneguhan positif yang diberikan. Ransangan tidak selesa ini akan dapat dielakkan sekiranya seseorang dapat membuat gerakbalas yang betul atau gerakbalas yang dikehendaki. b) memuji dengan cepat. hukuman dibahagikan kepada dua iaitu hukukan persembahan dan hukuman penyingkiran. Peneguhan yang diberikan juga mestilah jelas dan bersistematik. Manakala. Tegasnya sesuatu hukuman yang diberikan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkahlaku tersebut. Tindakan murid tersebut (menyiapkan tugasan) telah menghapuskan rangsangan yang tidak diingini (amarah guru). Peneguhan negatif pula merupakan rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang ingin dielakkan.16 kesan ialah. hukuman penyingkiran pula merujuk kepada penyingkiran rangsangan. pihak guru akan dapat mendorong murid-murid yang menghasilkan kerja atau bertingkahlaku yang positif seperti yang diingini dan ditetapkan. c) memuji tingkahlaku yang spesifik. seorang guru sering memarahi anak muridnya (ransangan tidak selesa) kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. dan f) memuji jawapan atau respon yang spontan.

Beliau turut mengingatkan bahawa ada diantara hukuman yang diberikan mampu mengganggu emosi sesorang. terdapat beberapa perkara yang perku diambil kira seperti hukuman dilakukan dengan segera sejurus perlakuan yang tidak diingini dipamerkan. maka ianya boleh membentuk tingkahlaku yang negatif seperti pengasingan diri. Menurut Skinner. guru perlu bijak dalam menggunakan prinsip premack ini bagi menggabungjalinan aktiviti yang kurang menarik dengan aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. prinsip ini turut dikenali sebagai “Grandma‟s Rules” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habiskan sayur-sayuran ini”. Sebagai contoh. murid tidak akan diberikan ganjaran atau bintang untuk tempoh seminggu.17 tidak berkelakuan yang diingini seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu. . hukuman yang diberikan mestilah berasas dan tidak berketerlaluan. Konsep utama prinsip premack adalah dengan mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang paling diminati untuk mengukuhkan tingkahlaku terhadap aktiviti yang kurang diminati. selepas mengakhiri pembelajaran. Dalam melaksanakan hukuman. satu aktiviti bermain komputer dijalankan. rasa rendah diri dan mengganggu perkembangan emosi dalam jangkamasa yang panjang. orang yang menerima hukuman mesti tahu mengapa dia dihukum. Jika di prasekolah. dan hukuman yang dikenakan mestilah adil (kalau si A menerima tiga rotan untuk kesalahan yang dilakukan. Menurut Skinner. maka si B juga mestilah menerima denda yang sama untuk kesalahan yang sama). dalam sistem pendidikan. pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberikan peneguhan akan terlupus dengan sendirinya. hukuman tersebut boleh dianggap sebagai deraan dan jika hukuman tersebut diberikan secara berterusan. Jika ianya berketerlaluan. Terakhir adalah pelupusan. Oleh itu. Oleh itu. hukuman mestilah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya.

peneguhan itu tidak lagi digunakan.3 Kerangka Teoritikal Kajian Pembolehubah Bersandar Penerapa n nilai murni Simbol visual Pengalaman langsung Pengalaman tiruan Gambar statik / rakaman video Gambar bergerak / televisyen Bahasa Pengalaman lakonan Pameran Tunjuk cara Kajian lapangan Pembolehubah Tidak Bersandar Rajah 2: Kerangka Teoritikal Kajian . 2.2.18 Keadaan tersebut akan dapat diatasi apabila peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenalpasti. dan guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan kerana hasilnya tidak akan datang dengan serta merta.

Sampel kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pembangunan DVD-ROM multimedia interaktif yang menggunakan seni bunyi soundscape.3 Kajian Lepas yang Berkaitan 2. Metodologi kajian beliau pula adalah melalui borang senarai semak yang diisi oleh pakar penilai yang berpengalaman. Sampel kajian beliau terdiri daripada sampel-sampel kajian lepas yang dijalankan di beberapa buah negara termasuk negara kita.1 Penggunaan Bahan Multimedia Vivi Aisyah Saudi (2011) mengkaji pembangunan DVD-ROM multimedia interaktif: seni bunyi soundscape sebagai bahan bantu mengajar untuk pendidik prasekolah. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa secara umumnya multimedia interaktif adalah sesuai digunakan bagi tujuan bahan bantu mengajar. ianya juga menunjukkan bahawa murid sekolah rendah dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah dan cepat. Metodologi kajian beliau melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama.3.19 2. Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Nasir Ahmad (2009) mengkaji kesan bahan intervensi berdasarkan satu reka bentuk bahan multimedia yang bertujuan untuk mengurangkan masalah ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid di sekolah rendah. Selain itu. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penggunaan teknologi maklumat dapat mengurangkan masalah tumpuan dalam aktiviti membaca. . ia turut menyenaraikan elemen seni bunyi soundscape yang boleh digunakan oleh pendidik prasekolah bagi pendedahan awal kemahiran mendengar dan muzikal di kalangan kanakkanak prasekolah. pengujian bahan multimedia yang melibatkan pengumpulan data dalam bentuk temubual dan cerapan dan fasa kedua adalah proses penulisan laporan. Selain itu.

Metodologi kajian ini berasaskan analisis deskriptif bagi mendapatkan latar belakang pelaksanaan penerbitan CD-ROM multimedia dan pemerhatian telah dilakukan terhadap syarikat yang menangani penerbitan tersebut. 2.20 Rahemah Ahmad (2009) mengkaji tentang perkembangan penerbitan CDROM multimedia dengan tumpuan terhadap penerbitan elektronik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kanak-kanak. Sampel kajian beliau adalah 80 orang murid-murid prasekolah.2 Penerapan Nilai Murni Rozaimi Ramli (2010) mengkaji penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah.3. Sampel kajian terdiri daripada bahan-bahan penerbitan CD-ROM multimedia dalam Bahasa Melayu untuk peringkat kanak-kanak dengan tumpuan kepada DBP sejak tertubuhnya Unit Multimedia pada November 1998 sehingga tahun 2005. ianya juga mempunyai potensi untuk menambahkan bilangan bahan terbitan yang dapat membantu kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini mendapati penerbitan CD-ROM multimedia ini penting untuk pembelajaran kanak-kanak. Ini membuktikan bahawa penggunaan Latihan Berasaskan Komputer (CBT) Multimedia interaktif membantu meningkatkan mutu pembelajaran Pendidikan Seni Prasekolah.38) berbanding dengan pencapaian kanak-kanak yang diajar melalui kaedah konvensional (min10. yang merangkumi tempoh Sasaran Kerja Utama DBP tahun 2001-2005. Sampel kajiannya terdiri daripada dua . Metodologi kajian beliau adalah menggunakan pendekatan kaedah penyelidikan kuasi-eksperimental dan persampelan berstrata. Siti Zuraida Maaruf (2005) mengkaji keberkesanan penggunaan Latihan Berasaskan Komputer (CBT) Multimedia interaktif terhadap proses pembelajaran pendidikan seni prasekolah.77) berdasarkan markah penuh iaitu 18 markah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Latihan Berasaskan Komputer (CBT) Multimedia interaksi menghasilkan pencapaian lebih baik (min:14.

dua dan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-laki) Methodist Sentul. Metodologi kajian beliau adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptifkorelasi dan temu bual separa berstruktur. Metodologi kajian beliau adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Teh Siew Hui (2007) mengkaji mengenai kepentingan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan satu. kedua responden bersetuju bahawa teknik bercerita sesuai dilaksanakan untuk mengajar murid-murid prasekolah kerana ianya dapat membuktikan bahawa terdapat kesinambungan penerapan nilai murni dengan teknik bercerita. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa kedua-dua responden menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur. Kajian yang dijalankan oleh beliau berlangsung di dua buah sekolah di Slim River yang telah dipilih secara rawak. Metodologi kajian beliau adalah menggunakan rakaman melalui kamera digital berkapasiti 8.2 megapixel dan juga melalui kaedah temu bual. Mohamad Khairi (2013) mengkaji mengenai penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa sebanyak 90.6% pelajar lelaki . Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru tentang amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran bagi memastikan penghayatan nilai murni pelajar meningkat. Sampel kajian beliau terdiri daripada 460 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan harian di Semenanjung Malaysia. Selain itum terdapat nilai murni sampingan yang turut diterapkan oleh guru secara langsung atau tidak langsung. Kajian ini juga memperlihatkan betapa pentingnya elemen-elemen dalam kaedah dan teknik penerapan nilai murni yang boleh meningkatkan penghayatan nilai murni pelajar.21 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar prasekolah di Zon Slim River. Bahasa Inggeris dan Metematik dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Sampel kajian beliau terdiri daripada 235 orang murid lelaki tingkatan satu. dua dan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-laki) Methodist Sentul. Juga. Sejarah.

2.3. dua dan empat sekolah berkenaan yang memahami nilai-nilai murni.2%.22 tingkatan satu. Tahap amalan nilai-nilai murni masih berada dalam tahap yang perlu diperbaiki lagi. Manakala tahap penghayatan nilai-nilai murni adalah lebih tinggi daripada tahap pemahaman nilai-nilai murni iaitu 91.3 Kerangka Konseptual Kajian Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar Penggunaan bahan multimedia Penerapan nilai murni hormatmenghormati Seni bunyi soundscape Penerapan nilai murni Bahan intervensi Penghayatan nilai murni CD-ROM multimedia Latihan Berasaskan Komputer (CBT) Multimedia interaktif Kepentingan nilai murni Memahami nilai murni Rajah 3: Kerangka Konseptual Kajian .

dan pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan kanak-kanak mendapat segala maklumat yang diperlukan. kaedah.23 2. Antaranya adalah dengan menggunakan bahan multimedia kerana dengan menggunakan bahan multimedia yang mempunyai pelbagai elemen sememangnya akan mampu untuk memberi kesan ke atas penerapan nilai murni dalam diri kanak-kanak. strategi. . sebagai sorang tenaga pengajar mestilah tahu mengenai teknik.4 KESIMPULAN Secara keseluruhannya.