PANDUAN UNTUK IBU HAMIL Dr Mohamad Hussaini Razali, MD Editor Dr Zainab Yahya, MOG Dr Zainur Rashid, MRCOG

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL Dr Mohamad Hussaini DIARI IBU Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali pada tiga perkara: Sedekah yang jariyah (terusmenerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL Diterbitkan oleh: DIARI IBU TAAWUN MEDI RESOURCES (TMR) No. 6, Jalan Angsana 2, Taman Pinggiran Golf, 70400 Seremban, N. Sembilan e-mail: ujangdr@gmail.com ©TMR ®TMR Hak Cipta Terpelihara Melainkan dengan kebenaran pengarang dan penerbit, mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh dihasilkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun. Printer and Sole Distributor:

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL EDITOR: DR ZAINAB YAHYA Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Seremban DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan IMU, Seremban DR FADILAH ASHARI Klinik Iman DIARI IBU

I PENDAHULUAN ngin saya ambil peluang yang masih ada ini untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah memberikan kesempatan untuk saya menyusun ‘Diari Ibu’ ini. Salawat dan salam ke atas Ar-Rasul SAW, keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda SAW sehinggalah ke hari kiamat. Saya berdoa semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada kita semua. Cetusan semangat dan ilham untuk menyusun diari ini timbul setelah acapkali bertemu pesakit dan para ibu yang masih kurang memahami sekitaran fisiologi wanita sendiri dan kehamilan. Ibu-ibu muda terutamanya, masih tercaricari jawapan bagi pelbagai persoalan tentang kehamilan. Mereka seolah-olah menerima sahaja proses kehamilan bagai satu fitrah alam, seperti mana bumi menerima hujan. Sedikit sekali yang mereka fahami tentang proses yang unik dan hebat ini. Satu proses yang telah di atur oleh Allah swt, Tuhan Maha Pencipta dengan begitu teliti dan teratur. Proses yang akan melahirkan makhluk terhebat di muka bumi yang ditugaskan sebagai pemimpin dan peneraju kehidupan di muka bumi. Apakah kita hanya berserah kepada fitrah untuk kelahiran penting ini? Kelahiran zuriat yang bakal meneruskan perjuangan dan cita-cita kita. Bukankah Allah swt memberikan kita segala jalan dan peluang untuk kita berusaha bagi mendapatkan natijah yang terbaik? Kehamilan dan kelahiran boleh dirancang dengan sebaik mungkin agar setiap peringkat proses ini dilalui dalam sekitaran yang terbaik dan selamat. Semoga bayi yang bakal lahir bakal menjadi insan sihat dan kuat bagi meneruskan generasi yang unggul dan cemerlang. Wallahua’lam Dr Hussaini "Ajarkan anak tiga hubungan: SOLAT sebagai pengubung dengan Allah, SELAWAT sebagai penghubung dengan Nabi, serta SILATURRAHIM sebagai penghubung sesama manusia". i

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya tujukan kepada isteri-isteri dan anak-anak yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam setiap usaha yang saya lakukan. Semoga bantuan kalian diberkati dan dirahmati Allah swt. Penghargaan istimewa untuk sahabat-sahabat saya Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Zainab Yahya dan Dr Zainur Rashid atas suntingan yang dilakukan. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada kakitangan Klinik Iman Bukit Changgang, terutama Puan Norlizan yang membantu dalam menyemak ejaan. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap ii

Kandungan Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu Fahami struktur dan organ kehamilan anda Ovulasi Kitar Haid Persenyawaan Penentuan Seks Bayi Trimester pertama Minggu 1 hingga Minggu 12 Tanda-tanda (simptom) awal kehamilan Carta Jangkaan Tarikh Bersalin (Expected Date of Delivery - EDD) Bagaimana mengesahkan kehamilan anda? Anda dan Doktor - Semak Doktor dan Bersiap sedia untuk soalan Bersiap sedia untuk pemeriksaan Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? Ujianujian darah yang perlu di lalui Air kencing akan diuji Ujian yang mungkin perlu Berweaspada dan jauhi perkara-perkara terlarang Hadapi Cabaran Mengandung Kehamilan Bermasalah Plasenta Embrio Rekod Perubatan - Menemui Doktor Kali Pertama Rekod Perubatan Diari trimester pertama Trimester Kedua - Minggu 13 hingga Minggu 28 Berat anda sudah mula meningkat Berwaspada dengan tekanan darah anda Rahim dan abdomen anda Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka. Muka surat 1 5 6 7 8 9 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 23 25 27 30 31 32 33 36 61 62 64 64 iii

Kandungan Mendengar bunyi jantung bayi Ujian air kencing Paras hemoglobin darah Oedema atau bengkak di kaki dan tangan Ultrasound (USG) Suntikan toksoid tetanus Zat besi dan kalsium Ujian-ujian makmal yang mungkin dilakukan Diet anda Adakah hubungan seks boleh dilakukan ketika mengandung? Bolehkah anda bersenam? Menjaga postur badan anda Mari memulakan program senaman antenatal Bagaimana untuk bersantai dan berehat Bagaimana anda mengatasi masalah ini Gusi berdarah Sembelit Buasir Masalah tidur Berpeluh Jangkitan candida/keputihan Vena Varikos Anemia Kehamilan kembar Rekod Perubatan - LAWATAN ANTENATAL Diari Trimester Kedua Trimester Ketiga Minggu 29 hingga Minggu 40 Lawatan Antenatal Bagaimana melakukan hubungan seks Bermusafir atau mengembara Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar. Muka surat 64 65 65 65 65 66 66 66 67 68 68 70 73 76 78 78 78 78 79 79 79 80 80 80 82 86 119 120 123 124 iv

Kandungan Pemberian Gas Pethidine Kelahiran abnormal Pembedahan Caesarean Kelahiran Forcep / vakum Penjagaan selepas bersalin Diet Penjagaan episiotomi Sakit bahagian abdomen Rehat Lelehan genital Bayi anda Adakah dia bayi saya Rupa bayi ketika lahir Pemeriksaan bayi oleh doktor selepas lahir Menguji tindakan refleks bayi Skor Apgar Susu ibu susu yang terbaik Bengkak payu dara Puting yang merekah Bersendawa Tumbesaran dan penjagaan bayi Imunisasi Pergigian Perkembangan penting Nasihat pencegahan kehamilan Halaman untuk bayi anda Foto bayi anda Muka surat 171 171 172 172 173 174 174 174 175 175 175 177 177 177 181 182 183 184 186 187 187 188 189 193 193 194 195 196 Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. vi

Saya sudah BERSEDIA untuk menimang CAHAYA MATA "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" 1

Jika anda sudah mengambil keputusan untuk menjadi seorang ibu maka semaklah perkara-perkara di bawah: Senarai Semakan Untuk Kehamilan : Umur anda? Umur yang paling sesuai untuk hamil ialah antara 20 hingga 35 tahun. Mengandung dalam usia belasan tahun atau lebih dari 35 tahun akan mengundang risiko kepada kandungan. Walau bagaimanapun di zaman yang serba moden ini, terdapat ramai wanita yang hamil kandungan pertamanya di usia melebihi 35 tahun. Penjagaan yang teliti harus diberikan kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi adalah lebih kerap pada usia sebegini. Adakah anda atau pasangan anda mempunyai masalah penyakit keturunan ? Beberapa masalah perubatan, contohnya Hemofilia, thalasaemia dan kekurangan “G6PD” diwarisi secara keturunan. Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara rapat yang mengidap penyakit keturunan, maka ada kemungkinan penyakit itu akan diwarisi kepada bayi anda. Rujuklah kepada doktor atau kaunselor genetik yang boleh menjangka tahap risiko yang mungkin anda hadapi. Adakah anda imun terhadap Rubela ? Jangkitan Rubela atau German Measles boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam kandungan, terutama pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayi sedang berkembang. Oleh itu sebelum hamil, mintalah doktor menjalani pemeriksaan darah terhadap anda untuk memastikan anda mempunyai imunisasi terhadap penyakit Rubela. Jika tidak ada, doktor boleh memberikan anda vaksin ( suntikan pelalian Rubela ). Anda dinasihatkan agar tidak hamil sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh suntikan tersebut kerana ia boleh membawa risiko kepada janin. "Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai." 2

Adakah anda mengambil atau pernah mengambil pil perancang ? Sekiranya anda ada mengambil pil perancang maka dinasihatkan berhenti mengambilnya untuk suatu jangka masa yang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supaya badan anda mempunyai masa untuk kembali ke kitaran normalnya. Seelok-eloknya, berhenti selama 3 kitaran haid sebelum anda cuba untuk hamil. Ini akan dapat membantu dalam pengiraan masa kandungan dengan tepat. Adakah anda mempunyai masalah kesihatan kronik? Sekiranya anda mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi atau Epilepsi, anda sepatutnya berbincang dengan doktor anda sebelum cuba hamil. Doktor anda mungkin akan mengubah rawatan anda kerana ubat yang anda ambil mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan atau mengakibatkan kesukaran waktu hamil. Bagi penyakit kencing manis contohnya, paras gula darah haruslah terkawal terutamanya beberapa bulan sebelum anda hamil. Paras gula darah yang tinggi pada sebelas minggu pertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Anda dinasihatkan mengamalkan perancang keluarga supaya anda tidak hamil ketika paras gula di dalam darah tidak terkawal. Dalam sesetengah kes memerlukan suntikan insulin beberapa bulan sebelum anda dibenarkan untuk hamil. Berbincanglah dengan doktor anda. Adakah kerja anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko ? Jika kerja anda terdedah kepada bahan kimia, plumbum, ubat bius atau sinar-X, ini mungkin mempengaruhi peluang anda untuk hamil atau mendatangkan risiko kepada bayi. Dapatkan nasihat doktor. Adalah lebih baik anda bertukar pekerjaan sebelum hamil. Anda juga boleh berbincang dengan majikan anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan kerja berat dan membebankan yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda dan bayi. "Anak sepatutnya dididik dengan kaedah 80% belaian positif dan 20% belaian negatif. Malangnya ibubapa kerap menggunakan kaedah negatif yang membenamkan kehebatan anak. 3

Berapakah berat badan anda ? Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada paras normal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda (berat badan unggul), selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda hamil. Dapatkan nasihat doktor bagi mencapai berat badan yang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil, kecuali anda menghadapi masalah berat badan yang serius, kerana ini mungkin menyebabkan badan anda kekurangan zat penting. Adakah anda makan dengan sempurna ? Amalkan tabiat pemakanan yang sihat yang banyak mengandungi makanan segar, ini akan meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapatkan bayi yang sihat. Adakah anda merokok atau minum minuman keras? Anda dan pasangan anda patut berhenti merokok sebaik sahaja anda ingin hamil kerana tembakau mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita di samping boleh memudaratkan bayi sebelum dan selepas bersalin. Adakah anda banyak melakukan senaman ? Untuk memastikan badan anda sentiasa sihat dan cergas, anda perlu bersenam, contohnya berjalan atau berenang selama 20 minit setiap hari. "Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya." 4

Fahamilah bagaimana organ dalaman anda bersedia dan berfungsi untuk kehamilan. Ketahuilah bagaimana hebatnya Allah swt menjadikan bayi yang bernyawa dari dua jenis sel (ovum dan sperma) yang amat kecil yang bercantum dan bertemu dalam tiub fallopian. FAHAMI STRUKTUR DAN ORGAN KEHAMILAN ANDA Dengan memahami struktur dan fisiologi organ pembiakan anda, akan menolong menyingkirkan segala ketakutan dan salah faham. Anda akan lebih bersedia dalam meneruskan kehamilan anda. Sistem pembiakan anda terdiri dari rahim (uterus), ovari, tiub fallopian, serviks dan faraj. Rahim adalah tempat di mana bayi membesar dan dilindungi sehinggalah dia dilahirkan. Di dalam bidang perubatan ianya dinamakan uterus. Uterus adalah sebuah organ berbentuk pir dan terletak di bahagian bawah abdomen. Jika tidak hamil, saiznya hanyalah 3” X 2” X 1”. Uterus boleh terus mengembang perlahan-lahan untuk memuatkan seorang bayi. Bahagian bawah uterus yang sempit dipanggil serviks. Bahagian ini mempunyai bukaan dihujungnya yang dipanggil “os” (pintu rahim). Bahagian bawah serviks bercantum dengan faraj. Semasa persenyawaan, cecair semen yang mengandungi sperma mengalir melalui faraj, serviks, uterus dan menuju ke tiub fallopian. Tiub fallopian adalah dua tiub panjang di kiri dan kanan yang akan bercantum dengan bahagian atas uterus. Setiap tiub akan berakhir di bukaan yang berbentuk jari dan dipanggil fimbria. Ia berdekatan dengan ovari kiri dan kanan. Ovari adalah organ yang berbentuk oval dan mempunyai saiz seperti walnut. Ovari menghasilkan hormon yang mengawal kitaran haid wanita dan juga mengeluarkan telur yang dipanggil ovum. Ovari juga mengeluarkan hormon yang penting untuk kehamilan. "Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" Al Hadis 5

Ovulasi Setiap wanita dilahirkan dengan ovari yang berisi beribu folikel. Setiap folikel berupaya mengeluarkan sebiji telur matang (ovum). Sepanjang usia subur wanita, setiap ovari hanya akan mengeluarkan 400 ovum. Ovum hanya akan mula dikeluarkan apabila seorang wanita itu mencapai baligh. Setiap bulan, sebiji folikel matang dan sebiji ovum akan dikeluarkan melalui pemecahan lapisan luar ovari. Ini dipanggil ovulasi. Ovum akan bergerak ke tiub fallopian dan kemudian ke rongga uterus. Ovulasi berlaku di pertengahan kitar haid iaitu lebih kurang hari ke 14 selepas haid pada wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari. Fakta di atas penting untuk menentukan waktu subur anda bagi menambahkan lagi kebarangkalian untuk mengandung. "Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu" 6

Kitar Haid Kitar haid adalah satu proses yang berlaku setiap 28 - 30 hari. Kitar haid yang pertama biasanya berlaku di antara umur 11 - 15 tahun. Kitar haid akan terus terjadi kecualil semasa kehamilan sehingga masa putus haid. Haid adalah aliran darah yang terjadi pada masa tertentu berlaku setiap bulan. Aliran darah ini biasanya berlaku selama 3 hingga 8 hari. Pada separuh pertama kitaran haid, iaitu semasa folikel matang, ovari akan mengeluarkan hormon estrogen. Hormon ini akan merangsang dinding dalam rahim/uterus (endometrium) untuk menjadi tebal dan berongga bagi persediaan proses kehamilan. Setelah berlaku ovulasi, ovum yang matang akan melalui fimbria masuk ke dalam tiub fallopian. Folikel yang mengandungi ovum ini akan menghasilkan hormon progestron. Hormon ini akan mengekalkan ketebalan dinding dalam uterus. Jika tiada penghamilan berlaku, kedua-dua paras hormon estrogen dan progestron akan menurun. Di akhir kitaran haid apabila paras hormon-hormon tadi benar-benar turun, terjadilah pendarahan dan penyingkiran dinding dalam rahim sebagai darah haid. Inilah yang dikatakan ‘rahim yang tidak hamil akan menangis setiap bulan’ "Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anakanak menjadi liar" 7

Persenyawaan Persenyawaan adalah percantuman satu ovum yang matang dengan satu sperma. Jika persetubuhan terjadi dalam masa 12 24 jam semasa ovulasi, maka salah satu daripada berjuta sperma yang dimasukkan ke dalam faraj akan bergerak melalui saluran ‘os’ dan rongga uterus sehingga tiba di tiub fallopian di mana ia akan bersatu dengan ovum untuk mempersenyawakannya. Ovum yang telah disenyawakan ini akan bergerak sepanjang tiub fallopian ke rongga uterus. Di sini ia akan terbenam di dalam lapisan dinding rahim. Kehamilan terjadi dan penghasilan hormon estrogen dan progestron terus berlaku. Dinding dalam uterus akan menjadi lebih kukuh dan tiada berlaku pendarahan. "Layanilah anak-anak sebagai kanak-kanak. Usah mengharapkan mereka melakukan kerja atau tugas sehebat prestasi ibu-bapa. Nilai kemampuan mereka sesuai dengan peringkat umur." 8

Haid tidak terjadi dan wanita tersebut dikatakan mengandung. Ovum yang telah disenyawakan ini akan terus membesar menjadi fetus. Soalan: Kenapa terjadi pendarahan di awal-awal kehamilan? Ianya sering dikelirukan sebagai turun haid. Penentuan Seks Bayi DNA dari sperma suami akan menentukan seks bayi anda. Ianya ditentukan ketika proses persenyawaan dan ianya tidak boleh ditukar lagi selepas dari ini. Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom. Sel-sel pembiakan seperti sperma dan ovum hanya mengandungi separuh dari bilangan kromosom ini. Kromosom mempunyai kod genetik atau maklumat yang menentukan ciriciri yang akan diwarisi oleh individu tersebut. Maklumat mengenai seks bayi terkandung di dalam kromosom seks. Dua jenis kkromosom seks adalah kromosom X dan kromosom Y. Semasa persenyawaan, satu sperma akan bersatu dengan satu ovum untuk menghasilkan satu sel yang mengandungi bilangan kromosom "Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga." 9

yang lengkap. Semua ovum membawa kromosom X tetapi sperma mungkin membawa kromosom X atau koromosom Y. Maka, seorang wanita sentiasa menyumbangkan kromosom X tetapi seorang lelaki boleh menyumbangkan kromosom X atau Y. Sekiranya satu ovum berpadu dengan sperma membawa kromosom Y, anaknya menjadi lelaki. Sebaliknya satu ovum yang berpadu dengan satu sperma membawa kromosom X akan melahirkan anak perempuan. Sperma dan ovum bertemu Ovum lima hari selepas persenyawaan "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" Al Hadis 10

TRIMESTER PERTAMA Minggu 1 hingga Minggu 12 "Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya" 11

TANDA-TANDA (SIMPTOM) AWAL KEHAMILAN Jika kitar haid anda tetap setiap bulan, simptom paling awal kehamilan adalah tiadanya haid pada bulan tersebut. Kebanyakan wanita mengalami sekurang-kurangnya beberapa simptom awal kehamilan, bermula dari minggu pertama selepas haid berhenti atau 5 minggu selepas haid yang terakhir. Perhatikan simptom-simptom di bawah. Tidak semua wanita hamil akan mengalami simptom yang sama: • Payu dara yang lembut dan membesar • Rasa mual dan loya • Rasa keletihan dan lesu • Pening kepala • Lelehan faraj • Perubahan rasa pada makanan tertentu • Kerap buang air kecil • Emosi yang tidak menentu Hormon seperti progestron dan human chorionic gonadotrophin (HCG) bertanggungjawab di atas gejala/simptom di atas. Hormon-hormon ini dihasilkan oleh badan untuk menyokong kehamilan dan menjaga pertumbuhan embrio. “Senggugut boleh dikurangkan dengan mengandung dan melahirkan anak” "Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun" 12

"Suami yang tidak mahu terima isteri, seadanya akan mudah membenci dan menyalahkannya walaupun perkara remeh. Berlapang dada dan terimalah isteri sebagai teman untuk segala-galanya" 13 CARTA JANGKAAN TARIKH BERSALIN (EXPECTED DATE OF DELIVERY - EDD) Untuk menentukan tarikh kelahiran, pastikan hari pertama turun haid yang terakhir (Last Menstrual Period). Tarikh di bawahnya adalah tarikh EDD. Sebagai makluman, bayi yang cukup bulan boleh dilahirkan 2 minggu sebelum atau selepas EDD.

BAGAIMANA MENGESAHKAN KEHAMILAN ANDA? Sekiranya haid anda masih tidak datang selepas seminggu dari tarikh yang sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kencing bagi mengesan kehadiran hormon HCG yang mengesahkan anda telah mengandung. Ujian ini boleh dilakukan oleh anda sendiri di rumah tetapi sekiranya ianya di lakukan oleh doktor di klinik akan memudahkan anda mendapat nasihat dari doktor anda. Apabila menjalankan ujian ini sendiri, anda mesti mengikuti arahan yang diberikan dengan betul dan berhati-hati. Air kencing pertama di awal pagi paling baik digunakan untuk ujian kencing. Ujian yang positif adalah dikira hampir tepat. Ujian negatif mungkin disebabkan ianya dilakukan terlalu awal dari haid terakhir. Selepas sahaja ujian kehamilan anda didapati positif maka pergilah berjumpa dengan doktor anda. UPT Salah satu jenis alat ujian kencing bagi mengesan HCG Selepas haid anda tidak datang, walaupun anda tidak pasti anda telah hamil: • Jangan ambil apa-apa ubat tanpa nasihat doktor • Jangan melakukan ujian x-ray • Jika berjumpa doktor untuk apa-apa tujuan, maklumkan kepada doktor tersebut anda tidak didatangi haid pada tarikh yang sepatutnya. "Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial." 14

ANDA DAN DOKTOR SEMAK SENARAI BERIKUT SEBELUM ANDA MEMILIH KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN ANTENATAL ATAU HOSPITAL UNTUK BERSALIN • Jarak klinik dari rumah anda serta hospital di mana anda akan bersalin • Masa rawatan klinik tersebut dan kemudahan ketika kecemasan • Sama ada doktor ini menjalankan operasi klinik secara sendiri atau secara berkumpulan. Dapatkan juga pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan klinik atau hospital tersebut. • Sama ada kemudahan yang ada cukup sempurna untuk pemeriksaan antenatal, bersalin dan post natal • Kemampuan anda untuk menanggung segala pembayaran pemeriksaan kesihatan dan bersalin • Sama ada dalam kes yang rumit, klinik atau hospital tersebut mempunyai doktor pakar yang boleh dirujuk pada bilabila masa. Temujanji pertama bersama doktor penting untuk menilai kesihatan dan persediaan anda untuk meneruskan kehamilan anda. Pemeriksaan antenatal sebenarnya boleh dilakukan selepas 12 minggu kehamilan. "Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" Al Hadis 15

DOKTOR DAN ANDA BERSIAP SEDIA UNTUK SOALAN-SOALAN INI: Tarikh hari pertama kitar haid terakhir. Doktor akan membantu menentukan tarikh anda dijangkakan bersalin. (Rujuk mukasurat 13 - Carta Jangkaan Tarikh Bersalin) 2. Tempoh kitar haid terakhir, jumlah pendarahan, jangkamasa haid. (Contoh catatan doktor: 4 / 30 bermakna pendarahan selama 4 hari dan setiap kitar haid mengambil masa 30 hari) 3. Tempoh perkahwinan 4. Bilangan kehamilan sehingga kini 5. Cara pencegahan kehamilan yang digunakan, jenisnya, masa mula pakai dan masa berhenti. 6. Sejarah kehamilan yang sebelum ini: • Tarikh kelahiran • Cara kelahiran dan tempat bersalin • Masalah ketika mengandung dan bersalin. • Berat dan jantina bayi serta tempoh penyusuan • Keguguran 7. Sekiranya pernah menjalani pembedahan atau sedang menjalani apa-apa rawatan 8. Sejarah kesihatan anda - jika anda mengidap kencing manis, darah tinggi, lelah, epilepsi atau penyakit jantung. Anda mungkin ditanya sejarah kesihatan ahli keluarga anda. 9. Jika anda atau suami mengalami apa-apa penyakit keturunan 10. Jika anda terdedah kepada dadah, x-ray atau radiasi Jika doktor anda tidak bertanya isu-isu yang anda rasa penting beritahu doktor dan jelaskan keraguan anda. 1. "Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan" 16

DOKTOR DAN ANDA BERSIAP SEDIA UNTUK PEMERIKSAAN DOKTOR 1. Ketinggian: Ketinggian anda akan dicatitkan pada hari pertama lawatan anda ke klinik. Jika anda mempunyai ketinggian kurang dari 145cm, anda mungkin mempunyai rongga pelvis yang kecil, menyukarkan anda untuk bersalin normal. Bersiap sedia untuk kemungkinan pembedahan Caesarean ketika bersalin nanti. Berat anda akan dicatitkan secara berkala pada setiap kali lawatan antenatal. Peningkatan berat yang sesuai penting bagi gambaran tumbesaran bayi di dalam kandungan Kadar nadi anda akan dikira 2. Berat: 3. 4. Nadi: Tekanan darah: Dalam setiap lawatan antenatal, tekanan darah akan diambil. Tekanan darah melebihi 140/90 amat membahayakan anda juga kandungan anda. Keadaan ini akan menyebabkan pre-eclampsia. Ikutilah nasihat doktor dengan sepenuhnya. Pemeriksaan Lain: Kebersihan mulut Tanda anaemia Jantung dan paru-paru Payu dara Sekiranya ada bengkak kaki atau tangan Pemeriksaan Uterus: 12 minggu pertama kehamilan, uterus 5. 6. "Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan" 17

tidak boleh dirasa melalui pemeriksaan abdomen. Bagaimanapun pemeriksaan dalaman pelvis boleh dilakukan untuk memastikan kehamilan atau menentukan jangkamasa kandungan berdasarkan saiz uterus. Ini paling baik dilakukan dalam minggu keenam hingga minggu ke sepuluh. Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? Berbaring di atas katil pemeriksaan dengan membengkokkan kaki dan tapak kaki mendatar di atas katil. Doktor anda akan memasukkan satu alat (spekulum) ke dalam faraj anda. Bernafas secara perlahan dan mendalam dengan merehatkan bahagian pelvis sebanyak yang boleh. Spekulum ini tidak akan mencederakan anda. Alat ini memegang dinding faraj dan membukanya supaya saluran faraj boleh diperiksa untuk memastikan tiada keabnormalan. Alat spekulum kemudiannya ditanggalkan dan doktor akan memasukkan dua jari tangan yang telah dipakai sarung tangan ke dalam faraj anda. Dia akan menekan abdomen anda dengan satu lagi tangan untuk merasai uterus dan menentukan saiz uterus anda. Berapa kerap saya perlu berjumpa doktor? Untuk 28 minggu pertama kehamilan, anda perlu berjumpa doktor sekali setiap bulan. Untuk 8 minggu seterusnya, perlu berjumpa doktor sekali setiap 2 minggu. 4 minggu terakhir, anda perlu berjumpa doktor setiap minggu. Jika perlu, doktor akan meminta anda datang lebih kerap. "Antara umur satu hingga tujuh belas tahun, setiap anak akan terima sekitar148 000 kali teguran negatif. Teguran tersebut akan memberi kesan buruk pada perlakuan anak kelak." 18

DOKTOR DAN ANDA UJIAN-UJIAN DARAH YANG PERLU DILALUI: 1. Paras Hemoglobin (Hb) untuk mengesan sebarang kekurangan zat besi. Ujian akan diulang jika perlu. 2. Kumpulan Darah (A, B, O, Rh) untuk menentukan kumpulan darah anda. Penting bagi persediaan kelahiran. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui sama ada anda Rhesus positif atau Rhesus negatif. Tidak mencukupi dengan hanya mengetahui kumpulan darah sahaja. (Rujuk m/s 28). Sekiranya anda mempunyai Rhesus negatif, kehamilan anda akan memerlukan perhatian yang khusus 3. VDRL ujian untuk mengesan sebarang penyakit bawaan seks yang boleh mengancam bayi anda jika tidak dirawat dalam masa 20 minggu kehamilan. Ujian ini akan dilakukan oleh doktor sekali sepanjang kehamilan. Jika positif ujian akan diulang selepas menjalani rawatan. 4. Ujian Gula (dua jam selepas makan) membantu mengesahkan penyakit kencing manis bagi mereka yang mempunyai paras gula darah yang tidak normal. 4. MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) Ia dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda "Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan." 19

mengidap penyakit kencing manis semasa hamil. Lazimnya ia dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Anda akan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi hari keesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2 jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun minum. DALAM SETIAP LAWATAN ANTENATAL, AIR KENCING AKAN DIUJI UNTUK: 1. Kehadiran Protein boleh mengesahkan kehadiran jangkitan kuman pada salur kencing. Jika kehadiran protein amat tinggi disamping anda mempunyai tekanan darah yang tinggi, anda mengalami keadaan bahaya yang dipanggil pre-eclampsia. 2. Sel nanah jika positif anda sah mengalami jangkitan di saluran kencing 3. Gula Jika gula positif dalam dua kali ujian air kencing, satu ujian yang lebih terperinci (ujian glukosa darah) perlu dilakukan. ________________________________ * Apabila mengumpul sampel air kencing, pastikan aliran tengah diambil (beberapa saat selepas aliran bermula) dan takung adalah bersih, tidak disentuh bahagian dalamnya. "Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut". Al Hadis 20

UJIAN YANG MUNGKIN PERLU 1. ULTRASOUND / USG (Ultrasonography) Janin Kebanyakan doktor akan menasihati anda untuk pemeriksaan ultrasound sebagai rutin dalam tempoh antenatal. Selepas dilakukan pemeriksaan ini pada awal trimester kedua (16 -20 minggu) ianya boleh diulangi apabila menghampiri akhir kehamilan. Banyak kajian menunjukkan pemeriksaan ultrasound ini tidak membahayakan bayi malah memberikan banyak maklumat yang berfaedah. Pemeriksaan ini selamat dan tidak menyakitkan ibu mengandung. Ianya berdasarkan gelombang bunyi ultrasonik (gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan tidak boleh didengar oleh manusia) yang dihantar bergerak masuk ke dalam abdomen dan kemudian dipantul semula dari pelbagai permukaan. Gelombang yang dipantul balik kemudian diterima dan dipancarkan ke atas sebuah monitor. Doktor anda mungkin memperolehi maklumat berguna "Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik" 21

mengenai bayi anda seperti tahap tumbesarannya, kedudukan bayi, kedudukan plasenta, cecair mentuban dan lain-lain lagi. Sebab-sebab ujian ini dilakukan pada awal trimester pertama adalah 1. 2. 3. 4. wanita tersebut tidak pasti akan kitar haidnya yang terakhir. dalam kes pendarahan atau kesakitan di bahagian bawah abdomen. USG boleh membantu mengesan keadaan kehamilan. bukti klinikal mengesyaki akan berlakunya kandungan di luar rahim (kandungan ektopik) pemeriksaan pelvis menunjukkan uterus besar dari yang sepatutnya. Bagaimana pemeriksaan ultrasound dilakukan Anda akan diminta untuk memenuhkan pundi kencing anda supaya rahim anda akan dapat dilihat dengan jelas dengan USG. Anda mesti minum banyak air dan jangan membuang air kencing untuk 2 - 4 jam sebelum USG. Pemeriksaan ini hanya mengambil masa 10 - 15 minit. Selepas menyapu lapisan gel di atas abdomen anda, sejenis alat kecil (prob) akan dilalukan secara perlahan di atas abdomen anda. Gelombang yang dipancarkan boleh diimbas di atas skrin monitor. "Janganlah suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budakkan isteri" 22

BERWASPADA DAN JAUHI PERKARA-PERKARA TERLARANG 1. Menghisap Rokok Ini boleh mengancam bayi anda. Lebih kerap menghisap rokok maka kesannya lebih buruk ke atas bayi dalam kandungan. Apakah kesannya? • Berat bayi anda berkurangan • Bayi mungkin mengalami kecacatan • Pertumbuhan bayi di peringkat awal kanak-kanak akan terganggu. Hubungan seks Hubungan seks boleh diteruskan sepanjang masa mengandung. Namun ianya perlu dielakkan bagi wanita yang kerap mengalami keguguran, pendarahan dari faraj atau sakit di bahagian abdomen Pergerakan Yang Tersentak-sentak Mesti dielakkan Perjalanan Jauh Perjalanan yang tersentak-sentak mesti dielakkan. Perjalanan yang licin dalam jarak yang berpatutan tidak akan mengancam kehamilan. Sekiranya terjadi pendarahan dari faraj, anda mungkin mengalami keguguran oleh itu anda perlu berehat di atas katil. X-ray Adalah membahayakan dalam trimester pertama dan kedua. Kalau ianya sangatsangat diperlukan maka ‘abdominal shield’ akan digunakan untuk mengelakkan kandungan dari terkena sinaran. 2. 3. 4. 5. "Nyatakan rasa sayang pada anak supaya mereka yakin bahawa mereka dicintai walaupun ketika dimarahi. Usah timbulkan rasa ketakutan yang berpanjangan dalam diri mereka." 23

6. Ubat dan dadah Mesti berhati-hati terutamanya dalam tiga bulan pertama kehamilan di mana segala sistem organ bayi anda dalam proses pembentukan. Kesan dari ubat dan dadah pada peringkat ini akan menyebabkan kecacatan. Sesetengah ubat mesti dielakkan. Dapat nasihat dari doktor anda tentang ubat-ubat ini. Berhati-hati dengan ubat-ubatan ini: • • • • • • • • • • • • • antibiotik - tetracycline, doxycycline dal sulphas yang mempunyai jangkahayat yang panjang dalam badan kita Sesetengah ubat yang menghalang pembekuan darah seperti warfarin Anti-thyroid Anti-diabetic Anti-epileptic Pil tidur Anti-kanser Steroids Narcotics (LSD, Cocaine, Heroin - boleh menyebabkan kecacatan yang serius ke atas bayi) Ubat Migraine Ubat tahan sakit (NSAIDS) Hormon Ubat bius 7. Sentuhan dengan binatang Terutamanya kucing dan burung. Binatang ini mungkin mengalami penyakit tooxoplasmosis. Mungkin menyebabkan keguguran atau kelahiran awal. Rehat dan tidur Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. 8. "Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah." 24

HADAPI CABARAN MENGANDUNG 1. Rasa mual dan muntah (Morning Sickness) Kebanyakan wanita hamil akan mengalami keadaan ini. Dikenali sebagai ‘morning sickness’ walaupun ianya berlaku juga pada waktu lain dalam sehari. Ianya merupakan keadaan meloya dan diikuti muntah tanpa amaran. Selepas berhenti, seseorang itu akan berasa baik semula sehingga rasa mual kali kedua muncul. Rasa mual dan loya ini akan berkurangan di trimester kedua. Pada awal kehamilan, morning sickness adalah disebabkan oleh kenaikan paras hormon yang tertentu (hCG) dan pengurangan pergerakan perut dan usus dalam abdomen. Walaupun kebanyakan wanita hamil tidak rasa terganggu, namun sesetengahnya mengalami gejala yang teruk. Biasanya mual berlangsung dari minggu ke 5 hingga minggu ke 12 dan berakhir pada minggu ke 14. Jika ia sangat teruk, doktor mungkin memberikan ubat tahan muntah yang jika boleh, baik dielakkan. Kemasukan ke hospital dan rawatan glukos secara intravenous mungkin diperlukan jika muntah berterusan dan anda kehilangan banyak cecair dalam badan. Di antara sebab-sebab lain berlakunya gejala loya dan muntah yang teruk adalah kandungan anggur (molar) dan kandungan kembar. Kemungkinan juga anda bernasib baik dan tidak berasa mual atau muntah sepanjang tempoh kehamilan anda. "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah." Al Hadis 25

MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH • Makan lebih kerap, kurangkan kuantiti makanan daripada kuantiti biasa. Jika perlu makan 5 hingga 7 kali sehari dengan makanan yang seimbang. Ambil beberapa minit masa untuk bangun dari katil. Tarik nafas secara mendalam untuk menyedut udara bersih Jangan minum banyak kopi dan teh Jauhkan dari benda yang berbau kuat Tambahkan pengambilan makanan yang sesuai dengan selera anda. Minum air limau atau teh cair tanpa susu mungkin boleh menolong Elakkan memakai baju ketat Kurangkan makan makanan berlemak dan berminyak • • • • • • • • 2. Lesu dan Keletihan Kelesuan dan keletihan adalah biasa dalam peringkat awal kehamilan. Ini adalah tindak balas ke atas perubahan hormon untuk menolong anda mempunyai rehat yang cukup. Ini akan berkurangan setelah memasuki trimester kedua Cara mengatasinya: Pastikan tidur secukupnya; selalu rehatkan kaki dengan meletakkannya pada paras pinggang dan elakkan berdiri terlalu lama. "Perancangan yang teliti memainkan peranan penting dalam hidup manusia anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat" 26

KEHAMILAN BERMASALAH 1. Keguguran 10 - 15% daripada kebanyakan kehamilan berakhir dengan keguguran. Kebanyakannya berlaku dalam masa tiga bulan pertama. Di antara penyebab utama adalah kerana fetus yang tidak normal. Tiga jenis keguguran utama: a. Keguguran Yang Mengancam (Threatened Miscarriage) Ini berlaku apabila terdapat sedikit pendarahan di pembukaan rahim dengan atau tanpa rasa sakit di abdomen. Pendarahan ini boleh dihentikan dengan rehat dan sedikit sedatif Keguguran yang tidak boleh dielakkan (Inevitable Miscarriage) Ini berlaku apabila pendarahan dari rahim terjadi berterusan dan sakit abdomen bertambah sehinggalah keguguran lengkap berlaku (kandungan gugur dengan sepenuhnya) Keguguran yang tidak lengkap (Incomplete Miscarriage) Berlaku apabila rahim cuba mengosongkan kandungannya tetapi ada sebahagian dari kandungannya (tisu dari fetus) tertinggal di dalam rahim. Perdarahan berterusan akan berlaku. Dalam kes sebegini, pesakit perlu menjalani D&C (Dilatation & Currettage). Bahagian dalam dinding rahim dicuci perlahan-lahan untuk mengeluarkan sebarang tisu yang tinggal. b. c. 2. Kehamilan Luar Rahim / Kehamilan Ektopik Kehamilan ektopik berlaku apabila ovum yang disenyawakan tidak berjaya melekat ke dinding rahim. "Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anakanak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya. 27

Sebaliknya ianya mungkin tertanam di tiub fallopian, dalam ovari atau kadangkadang di ruang abdomen. Dalam kebanyakan kes, oleh kerana tiub fallopian tidak boleh menampung tumbesaran fetus akhirnya ia pecah dan berlaku pendarahan di bahagian dalam abdomen. Sakit abdomen yang amat sangat diikuti rasa pening dan wajah menjadi pucat akibat kehilangan darah merupakan tanda penting masalah kehamilan ektopik ini. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera, dan pembedahan perlu dilakukan untuk membuang kandungan di luar rahim ini di samping menghentikan pendarahan dalaman. Sekiranya darah yang hilang banyak, transfusi darah mungkin perlu dilakukan. 3. Kehamilan Rhesus Negatif Jika darah anda mempunyai antigen Rhesus (sejenis protein khusus darah) anda dilabel sebagai Rhesus positif. Sekiranya tiada, anda adalah Rhesus negatif. Jika anda mempunyai Rhesus negatif dan suami anda Rhesus positif, bayi anda mungkin mewarisi Rhesus negatif atau Rhesus positif. Masalah akan timbul sekiranya anda mempunyai darah Rhesus negatif dan bayi anda mempunyai darah Rhesus positif. Dalam kes ini, apabila sedikit darah daripada bayi anda memasuki sistem darah anda ketika bersalin, sistem pertahanan badan anda akan membentuk sejenis antibodi yang akan bertindak ke atas mana-mana darah Rhesus positif. Ini adalah kerana badan anda mengenali protein Rhesus positif sebagai benda asing. Antibodi ini boleh merosakkan darah fetus dalam kandungan. Kehamilan pertama mungkin tidak menimbulkan masalah kerana bayi anda sudah dilahirkan ketika antibodi baru hendak terbentuk. Masalah akan timbul dalam kehamilan yang berikutnya. Antibodi ini akan memasuki darah fetus Rhesus positif dan merosakkan darahnya. Ini akan menyebabkan gejala anemia, penyakit kuning (jaundice) "Sekali-sekala jika anak-anak bertengkar atau berbalah sebaiknya usah campurtangan. Biar mereka cuba selesaikan sendiri supaya kepimpinan dapat dipupuk sejak kecil lagi." 28

atau kecacatan otak. Dalam kes yang serius, bayi mungkin mati dalam kandungan. Untuk mengelak dari terjadinya kes sebegini, anda perlu mengetahui kumpulan darah anda dan jenis Rhesus anda semasa mengandung. Jika kumpulan darah anda Rhesus negatif sama dengan suami anda maka tidak perlu bimbang. Jika suami anda Rhesus positif dan bayi anda juga Rhesus positi, anda boleh mendapat suntikan anti-D gammaglobulin yang akan melindungi kehamilan berikutnya. Suntikan ini perlu diberikan secepat mungkin selepas bersalin (dalam tempoh 72 jam). 4. Penyakit Darah Tinggi Pada kebanyakan wanita, buat pertama kalinya, tekanan darah akan diperiksa dengan lebih kerap semasa hamil. Anda mungkin mengidap penyakit darah tinggi tanpa pengetahuan anda. Ketika pemeriksaan doktor di trimester pertama dan tekanan darah anda didapati tinggi, anda akan dinasihatkan supaya dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin sememangnya mengidap penyakit darah tinggi yang tidak dipengaruhi oleh kehamilan seperti disebabkan oleh sebab-sebab sekundar atau keturunan. Biasanya penyakit ini tidak memudaratkan kehamilan anda jika dibandingkan dengan pre-eklampsia (rujuk ms 64) Penyakit Kencing Manis Bagi wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis, ujian MGTT (rujuk ms 19) akan dilakukan pada awal kehamilan. Penyakit kencing manis semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi terutamanya apabila paras gula darah terlalu tinggi di trimester pertama. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayi anda lebih besar dari biasa. 4. "Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai." 29

Plasenta (Uri) Plasenta adalah umpama sebuah stesyen pertukaran di antara fetus dan ibunya. Di sini fetus menerima makanan berkhasiat dari darah ibunya dan membuang bahan buangan kembali ke dalam darah ibu. Plasenta yang melekat di dinding rahim dihubungkan kepada fetus melalui tali pusat (umbilical cord). Satu lapisan membran melindungi darah ibu dan fetus daripada bercampur tetapi hanya membenarkan pergerakan masuk dan keluar bahan-bahan berkhasiat dan bahan buangan. Sesetengah bahan berbahaya dan dadah boleh melalui membran ini dan masuk ke dalam darah fetus. Plasenta dipenuhi oleh salur-salur darah dan terbentuk dari tisu rahim dan tisu fetus. Pembentukannya akan sempurna pada minggu ke 4. Ia juga menghasilkan hormon yang perlu semasa kehamilan. Selepas bayi dilahirkan, plasenta akan terpisah dari dinding rahim dan keluar selepas keluarnya bayi anda. "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" Al Hadis 30

Embrio Ovum yang tersenyawa bergerak sepanjang tiub fallopian dan tertanam ke dalam dinding rahim. Pada minggu ke 6, embrio adalah 1.25cm panjang dan tidak kelihatan seperti bayi. Walau bagaimanapun satu kepala yang besar, ekor dan tonjolan mata sudah kelihatan. Pada minggu ke 12, bayi anda adalah: • 9 cm panjang dan 9 gram beratnya • kelihatan seperti manusia • Kebanyakan organ dalam terbentuk dan berfungsi • Mempunyai kelopak mata • Mempunyai cuping telinga, tangan dan kaki • Mempunyai kuku jari • mempunyai otot yang sedang membesar dan boleh bergerak. "Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian" 31

Rekod Perubatan Menemui Doktor Kali Pertama (Anda boleh meminta bantuan doktor anda untuk mengisi dan mencatatkan maklumat di rekod anda ini) " Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati. 32

Rekod Perubatan Nama No I/C Umur Pekerjaan Alamat : : : : : Nama Suami : No I/C Umur Pekerjaan : : : : : : : : Jantina Komplikasi Tempoh Perkahwinan Kitar Haid Terakhir (LNMP) Jangkaan Tarikh Bersalin (EDD) Gravida(Hamil kali ke..) Para (Bersalin kali ke..) Sejarah Kehamilan Tahun Hasil kandungan Rungutan kehamilan semasa: Mual Keletihan Muntah Masalah buang air kencing Sebarang kesakitan Discaj/Pendarahan "Anak-anak yang kurang bijak sebenarnya bukan kerana sifat mereka, tetapi kerana mereka melakukan perkara yang kurang bijak. Samalah seperti anak yang bijak melakukan perkara yang bijak." 33

Sejarah Kesihatan Masa Lalu Darah Tinggi Diabetik Cacat Keturunan Merokok Ubat yang sedang diambil Pembedahan Alergi Sakit jantung Alkohol Sejarah Kesihatan Keluarga Datuk nenek Alergi Barah Diabetik Darah Tinggi Sakit Jantung Sakit Buah Pinggang Sakit keturunan Kelahiran Kembar Kematian bayi sewaktu lahir Ibu Ayah Adik Beradik Penggunaan Kaedah Perancang Keluarga Kaedah Mula digunakan Tarikh Berhenti "Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya." 34

Pemeriksaan Fizikal Pemeriksaan Umum Tinggi Nadi Kepucatan Kebersihan Gigi Oedema Berat Tekanan Darah Kardiovaskular Paru-paru Abdomen Pemeriksaan Pelvis Pemeriksaan Makmal Hemoglobin Kumpulan Darah ABO Rhesus VDRL Ujian Urin Gula Protein Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya. Al Hadis 35

Diari Trimester Pertama (Alangkah indahnya kiranya kita dapat menuliskan pengalaman kehamilan kali ini untuk tatapan di masa hadapan. Ianya menjadi kenangan 10 tahun akan datang bila bayi kita telah meningkat usia) "Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu" 36

ISNIN Tarikh: Minggu: Bulan: SELASA Tarikh: RABU Tarikh: KHAMIS Tarikh: "Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri" 37

JUMAAT Tarikh: Minggu: Bulan: SABTU Tarikh: AHAD Tarikh: NOTA "Biarkan anak berdikari. Kalau anak silap memakai kasut, puji dahulu kemudian beritahu akan kesilapannya. Gunakan hikmah dalam teguran supaya mereka boleh terimanya." 38

ISNIN Tarikh: Minggu: Bulan: SELASA Tarikh: RABU Tarikh: KHAMIS Tarikh: "Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya". 39

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful