You are on page 1of 27

DI PUSAT LATIHAN AADK SUNGAI PETANI, KEDAH

BERTARIKH 14/08/2014
OLEH ASP MUSTAFA KAMAL BIN RASHID
PEGAWAI TURUS BAHAGIAN PERLUCUTHAKAN HARTA
JSJN KEDAH

DEFINASI SERBUAN
Serbuan adalah satu serangan mengejut
yang sah disisi undang-undang ke atas
satu premis, bangunan atau tempat bagi
tujuan membuat tangkapan dan rampasan
bahan bukti.

TUJUAN SERBUAN
 Menangkap suspek yang terlibat dalam
aktiviti
pengedaran,
pemilikan,
penanaman,
menggunakan
atau
mengilang dadah berbahaya.
 Merampas bahan bukti yang terdiri
daripada dadah berbahaya dan barang
bukti kes lain yang bersangkut dengan
aktiviti dadah berbahaya serta yang
menyalahi undang-undang

CARA SERBUAN
 Menggunakan teknik DA (Deliberate
Action) atau IA (Immediate Action)
 Memperhatikan elemen 3S sebagai
panduan serbuan iaitu :a. Surprise (Kejutan)
b. Speed (Kepantasan)
c. Secure (Kawalan / Penguasaan)

ASAS SERBUAN
3 Elemen
 Sebelum Serbuan
 Semasa Serbuan
 Selepas Serbuan

TEMPAT SERBUAN
 Tempat bebas yang berlaku di luar
rumah spt kebun2, ladang2 atau tempat
bebas spt perhentian bas, teksi dll
 Dalam bangunan / rumah / kilang /
pejabat
 Dalam kereta

KEPERLUAN ASAS SEBELUM
MENJALANKAN SERBUAN
 Maklumat – bentuk maklumat yang diterima
 Tinjauan – untuk mengenalpasti persekitaran
kawasan dan sasaran.
 Pengawasan –
 Perancangan- sesuai dengan maklumat yang
diterima dan tinjauan yang dilakukan

 Persediaan – mengikut maklumat yang
diterima dan tinjauan yang dilakukan
 Perintah

disediakan
mengikut
kesesuaian serbuan
 Perlaksanaan – seperti yang diarahkan
mengikut perintah pegawai serbuan.

TINDAKAN SEMASA SERBUAN
 Pegawai
dan
anggota
diarahkan
menjalankan serbuan seperti mana yang
diperuntukkan dalam SOP atau mengikut
arahan
pegawai
yang
mengetuai
pasukan serbuan itu.
 Kuasa memasuki premis Sek. 27 (4) ADB
1952 – SI keatas.

TINDAKAN SEMASA TANGKAPAN
Prosedur Tangkapan Dibawah KPJ
Sek. 15 (1) – apabila Peg. Polis hendak melaksanakan
tangkapan, hendaklah ia menyentuh / mengurung badan
orang hendak ditangkap, melainkan jika ia menyerahkan
dirinya melalui percakapan / tingkah lakunya.
Sek. 15 (2) – sekiranya orang yg hendak ditangkap melawan
dgn kekerasan / cuba lari dari tangkapan, maka orang
yang hendak melaksanakan tkpn itu boleh menggunakan
kesemua langkah yang perlu.
Sek. 15 (3) – tiada apa didalam seksyen ini yang memberi
hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang yang
tidak dituduh berkenaan dengan kesalahan yang boleh
dihukum mati atau penjara seumur hidup.

TAKLIMAT SERBUAN
 Taklimat diambil oleh Peg. Kanan /
anggota yang paling kanan yang
menerima maklumat daripada orang
awam atau pegawai atasannya.
 Membincangkan perancangan serbuan
dan pembahagian tugas setiap pegawai
dan anggota
 Menyiapkan keanggotaan dan logistik
yang diperlukan untuk memastikan
kejayaan serbuan itu

 Kekuatan anggota setiap
pasukan
serbuan samada pasukan pengawasan /
pemerhatian, pengepungan, serbuan,
pemeriksaan,
jurugambar
serta
kenderaan.
 Menyediakan peralatan logistik yang
diperlukan seperti alat pecah pintu atau
kenderaan, baju kalis peluru, senjata dan
peluru serta jurugambar.
 Semua
peralatan
logistik
yang
digunapakai dikembalikan secukupnya
dalam keadaan baik setelah selesai tugas
yang dijalankan

 Mengingatkan pegawai dan anggota supaya
menjaga disiplin dan keselamatan sebelum,
semasa dan selepas serbuan dijalankan.
Penekanan harus diberikan kepada :a.
mengingatkan tentang penggunaan
senjata
api mengikut PTKPN Bhg.
D222.
b. mengingatkan peg / anggota supaya
tidak menggunakan kekerasan secara
sewenang-wenangnya dan hanya boleh
digunakan
semasa
melaksanakan
tangkapan mengikut Sek. 15 KPJ.

KEPERLUAN JURUGAMBAR
Adalah disarankan seorang jurugambar
menyertai pasukan serbuan. Ini adalah
untuk membolehkan gambar-gambar
diambil berkenaan tempat di mana
dadah
berbahaya
dijumpai
dan
dirampas. Gambar2 sedemikian boleh
menyokong keterangan lisan anggota2
pasukan serbuan seandainya saspek
mempertikaikan kebenaran keterangan
tersebut

PENGAWASAN
Pengawasan bermaksud pemerhatian
secara sulit / rahsia terhadap orang,
kenderaan, tempat atau objek-objek
untuk memperolehi maklumat atau bukti
melalui cara fizikal atau teknikal.
Pengawasan fizikal adalah dilaksanakan
oleh sumber manusia / anggota.

Pengawasan hanya merupakan satu cara
pengumpulan maklumat untuk membantu
dalam penyiasatan dan anggota pengawasan
tidak boleh menganggap dirinya sebagai I.O
tetapi hanya sebagai pengumpul maklumat.
Pengawasan boleh digunakan sebelum,
semasa dan selepas serbuan dengan
memerhati tindakan, tingkahlaku serta
perbuatan suspek yang boleh digunakan
untuk menunjukkan dia ada pengawalan ke
atas barang kes atau ada pengetahuan
bahawa barang itu adalah dadah berbahaya.

PEMERHATIAN YANG BAGAIMANA PERLU
DILAKUKAN
1. Bentuk rupa seseorang dari segi fizikal.
2. Jenis serta warna pakaian yang dipakai
dari kepala hingga ke tapak kaki.
3. Gerak geri suspek itu berjalan, berlari,
berjalan dengan cepat/perlahan, duduk
(bersila, mencangkung atas bagku dll),
kepala (kerap pandang ke atas ke
bawah ke kiri/kanan atau memerhati
kawasan sekitarnya.

4.

Sekiranya suspek memegang apa-apa
bungkusan, diskripsi atau huraian tentang
bungkusan, cara dia mengawal bungkusan
itu, ada dia memegangnya atau meletak di
bawah serta menjauhi dari bungkusan itu
seolah-oleh bungkusan itu bukan dalam
miliknya atau di bawah kawalannya.
5. Adakah dia ada membuang apa-apa, enggan
membuka pintu rumah / bilik keretanya
apabila diminta oleh pihak Polis.
6. Reaksi suspek semasa ditahan, diperiksa
dan ditangkap, adakah dia merasa curiga,
cemas, terkejut atau minta pertolongan
untuk dilepaskan dengan pelbagai alasan
dan lain2.

CATATAN ID
 Setiap pengawasan dan pemerhatian
yang dilakukan hendaklah dicatatkan
didalam bentuk diari, didalam buku saku
serta dimaklumkan kepada I.O didalam
percakapan
saksi
supaya
dapat
digunakan
sebagai
keterangan
di
mahkamah nanti.

TANGKAPAN DALAM PREMIS
 Pemerhatian hendaklah dilakukan dengan
awal lagi.
 Serbuan dalam premis , orang yang
menjalankan serbuan perlu kenalkan diri
dengan menunjukkan kad kuasa.
 Pemerhatian terhadap reaksi OKT apabila
ditahan / disoal, contoh : ada merasa
ketakutan, cuba melarikan diri, cuba
merasuah
 Jika dadah yang dijumpai dalam jumlah yang
besar, bau / deria rasa perlu terutama ganja.
 Setiap tangkapan perlu diberitahu sebabsebab ianya ditangkap.

 Semasa tangkapan, peg. serbuan hendaklah
mencatatkan setiap pergerakan OKT didalam
ID, samada sebelum, semasa dan selepas.
 Pemeriksaan premis mesti disaksikan oleh
tuanpunya premis, penghuni setiap bilik.
 Dalam pemeriksaan, perlu cari saspek, dadah,
peralatan memproses, bahan kimi a berkaitan,
dokumen2 penting, pakaian,
 Jika pemilik enggan memberi kerjasama, dan
ketua pemeriksa ada sebab untuk
mempercayai bahawa pemilik premis akan
melarikan diri atau memusnahkan barang
bukti, maka tindakan pecah masuk boleh
dilakukan.
 Borang bongkar hendaklah dikeluarkan

 Keadaan dalam premis – cahaya terang /
gelap

PEMERIKSAAN DALAM KERETA
Tindakan Sebelum Pemeriksaan
 Enjin dimatikan
 Pemandu / penumpang diarahkan keluar
 Pembahagian tugas sebagai pemeriksa dan
sebagai pengawasan
 Setiap pemeriksaan hendaklah direkodkan.

PEMERIKSAAN TUBUH BADAN
 Pemeriksaan tubuh badan lelaki / wanita
 Pemeriksaan hendaklah dijalankan
dihadapan dua orang saksi.
 Jangan mendatangkan aib
 Dadah yang ditemui di badan OKT jelaskan

Tindakan Semasa Pemeriksaan
 Sarung tangan
 Cermin kereta diturunkan
 Pegawai pemeriksa harus laporkan kepada
ketua pasukan
 Dadah yang ditemui, ambil gambar
 Setiap pemeriksaan, OKT hendaklah hadir
bersama
 Jika ditemui special compartment, gambar
diambil sebelum dan selepas.
 Kenderaan tsbt dihantar ke jurutera sykt
kereta utk pengesahan special compartment

Tindakan Selepas Pemeriksaan
 Barang kes dadah, atau exhibit lain,
pemandu / penumpang dan kenderaan
hendaklah ditahan.
 Laporan polis dibuat
 Serahkan saspek, dadah dan kenderaan
kepada I.O

27