PENGANTAR FALSAFAH

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Falsafah adalah usaha bagi manusia memahami pengertian interaksi dengan
fenomena-fenomena alam yang wujud dan bagaimana manusia berperanan dalam
mengendalikan dunia secara aman dan sejahtera. Perkara-perkara yang menjadi kajian
falsafah seolah-olah hanya wujud dalam alam nyata. Falsafah dikatakan ilmu yang
berbahaya kerana dapat mendorong individu mempunyai pandangan yang bercanggah
dengan pandangan umum masyarakat dan bertentangan dengan prinsi-prinsip agama.
Penjelasan tentang makna kehidupan dan bagaimana seharusnya kita menjalani
kehidupan merupakan suatu permasalahan yang klasik, yang hingga saat ini
menyebabkan kita sukar untuk menentukan aliran falsafah yang mana yang
seharusnya kita ikuti.1 Falsafah berpunca daripada manusia, dalam hal ini minda dan
jasad manusia yang sihat yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari erti
kebenaran dan akhirnya mendapatkan kebenaran.2 Para filsuf tersebut menggunakan
point of view3 yang berbeza sehingga pada akhirnya menghasilkan falsafah yang
berbeza pula.
Mengenali dan memahami falsafah adalah tanggung jawab manusia yang
dianugerahkan akal bagi menilai hikmah kehidupan yang Allah S.W.T amanahkan
kepada manusia bagi menghargainya dan melaksanakannya dengan sempurna. Justeru
itu, kita selaku pelajar harus berfalsafah. Berfalsafah tidak sama ertinya dengan
berfikir. Orang yang berfikir belum tentu berfalsafah, orang berfalsafah pula sudah
tentu berfikir. Berfalsafah merupakan proses pemikiran dengan menggunakan analisis
dan rasio dalam menemukan sebuah kebenaran, hal ini berbeza dengan berfikir kerana

1

Deden Sofyan dan Febi Febriansyah. ---. Aliran-Aliran Filsafat: “Idealisme, Materialisme,
Eksistensialisme, Monisme, Dualisme, dan Prularisme”.
2
I Nyoman Nelson Giri. 2013. “Filsafat Ilmu dan Metafisika dalam Pengembangan Ilmu”. Universitas
Mataram.
3
Point of view bermakna cara pandang yang digunakan oleh ahli falsafah

1

PENGANTAR FALSAFAH

berfikir merupakan proses memikirkan hal-hal tertentu yang pada akhirnya belum
tentu menemukan sebuah kebenaran.
Dalam memecahkan masalah, para ahli falsafah mempunyai pandangan dan
pendekatan yang berbeza akibat daripada faktor latar belakang, pengaruh zaman,
kondisi dan alam sekitar para ahli falsafah tersebut. Hal ini melahirkan kesimpulan
dan hasil berbeza-beza pula. Dari beberapa aliran falsafah, pengkaji hanya membahas
pengertian metafizik dan ontologi mengikut aliran pluralisme dan idealisme. Antara
aliran satu dan yang lainnya ada yang saling bertentangan dan ada pula yang memiliki
konsep yang hampir sama. Walaubagaimanapun, aliran tersebut bukanlah untuk
dipertentangkan. Justeru, kita sebagai pelajar bukan mempermasalahkan perbezaan
aliran-aliran falsafah yang ada, namun dapat kita jadikan sebagai pilihan dalam
menanggapi pelbagai permasalahan. Kita dapat memilih aliran mana yang sesuai
dalam memecahkan permasalahan yang kita hadapi.

1.2 Permasalahan Kajian
Berdasarkan pengenalan tersebut, pengkaji dapat merumuskan beberapa
masalah, iaitu:
1. Apakah pengertian falsafah?
2. Apakah pengertian metafizik?
3. Apakah pengertian ontologi?
4. Apakah pengertian pluralisme?
5. Apakah pengertian idealisme?

1.3 Persoalan Kajian
Daripada pengenalan dan permasalahan kajian ini, maka pengkaji merumuskan
persoalan sebagai berikut:
1. Mengenalpasti konsep falsafah dan kepentingannya.
2. Mengenalpasti konsep metafizik dan ontologi.
3. Mengenalpasti konsep pluralisme dan idealisme.

2

Mengenalpasti hubungan ontologi dengan pluralisme dan idealisme. falsafah antropologi. metafizik. Oleh kerana komponen kajian falsafah begitu besar. dan falsafah agama. 2. falsafah psikologi. falsafah sosiologi. 1. Untuk mengetahui konsep pluralisme dan idealisme. Untuk mengetahui hubungan metafizik dengan pluralisme dan idealisme. 1. metodologi.4 Objektif Kajian Adapun tujuan daripada kajian ini ialah: 1. Untuk mengetahui hubungan ontology dengan pluralisme dan idealisme. falsafah biologi. 4. Untuk mengetahui konsep falsafah dan kepentingannya. ontologi. pengkaji hanya membataskan kajian terhadap komponen metafizik dan ontologi. Mengenalpasti hubungan metafizik dengan pluralisme dan idealisme.PENGANTAR FALSAFAH 4. Kattsoff (1953) menjelaskan bahawa yang menjadi komponen falsafah ialah logik. kosmologi. epistomologi. 3.6 Manfaat Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan lebih kepada pengkaji dan pembaca mengenai falsafah metafizik dan ontologi mengikut aliran pluralisme dan idealisme. 1. etika. 5. Aspek ini merupakan perkara penting dalam membantu pengkaji menentu dan menetapkan apa yang ingin dijalankan agar tidak tersasar daripada matlamat kajian yang sebenarnya. serta pengertiannya mengikut aliran pluralisme dan idealisme. Untuk mengetahui konsep metafizik dan ontologi. 3 . 5. estetika.5 Skop Kajian Skop kajian bermaksud ruang lingkup kajian yang dijalankan.

jawabannya adalah antropologi. A. jawabannya adalah etika. yang menjadi ruang lingkup falsafah ialah terbahagi kepada 10 isu. sifat keingin tahuan dan ketertarikan. Manakala Plato (427-347 SM) dan Aristoteles (384-322 SM) pula menganggap falsafah sebagai kajian berkenaan perkara-perkara azali dan abadi bagi mengharmonikan kepercayaan mistik ataupun agama dengan menggunakan akal bagi berfikir. (c) sampai di mana harapan kita. Tafsir. Bagi Socrates (469-399 SM). Telah kita pahami bersama bahwa falsafah merupakan permulaan atau awal dari sebuah pengembangan ilmu pengetahuan.5 Sedangkan menurut Mardzelah Makhsin (2006). (b) apa yang seharusnya diketahui. Jakarta: PT Bumi Aksara. hal. Tabii alam semesta (umum dan unsur-unsur makhluk) 4 5 Surajiyo. 4. yaitu : (a) apa yang dapat diketahui.PENGANTAR FALSAFAH BAB II PERBINCANGAN 2.1 PENGENALAN FALSAFAH Berbicara tentang falsafah. Bandung: Pustaka Martiana 4 . keraguan. (1981). Pengantar filsafat. yang mengkaji segala sesuatu (all thing) secara mendalam (sampai puncanya) dengan menggunakan minda sampai pada hakikatnya.4 Hal ini menyebabkan falsafah menjadi suatu ilmu yang penuh akan dugaan. jawabannya adalah agama dan (d) apa itu manusia. Oleh itu. Mardzelah Makhsin (2006) menjelaskan bahawa kita seharusnya mengetahui apa itu falsafah terlebih dahulu. iaitu: 1. Falsafah berasal daripada cantuman dua perkataan Greek iaitu philo dan sophia. jawabannya adalah metafizik. atau hikmah (wisdom). 2005. Philo bererti cinta dan suka (loving) manakala Sophia pula membawa maksud pengetahuan. Filsafat Ilmu Suatu Pengantar. falsafah ialah kajian alam tabii secara teori bagi mengenal diri sendiri. philosophia ialah cintakan kebijaksanaan atau cintakan hikmah. Menurut Immanuel Kant falsafah adalah pengetahuan yang menjadi pokok pangkal segala pengetahuan yang tercakup di dalamnya empat persoalan.

adab. Minda dan jirim 10. Roh ataupun nyawa dan kematian 9. Isi sebenar sesuatu benda 13.html 5 .Sekadar tinjauan ringkas. Manusia dan pendidikan (tabii ilmu. Nasib dan ikhtiar (qadak dan qadar) 8. Konsep jahat dan baik (moral. http://philosophisme. Metafizik Akhirnya sesuai dengan kepelbagaian dan perbezaan fikiran manusia terdapat pelbagai-bagai aliran Falsafah. epistemologi) 6. Tabii kewujudan 12. Apa itu falsafah. Manusia dan Negara 5. Aspek 6 Ontologi/Metafizik: Abu Ahmad.blogspot. Kedudukan manusia dalam alam semseta 4.com/2007/04/apa-itu-falsafah. dan etika) 7. Tabii Tuhan (hubungan manusia dan tuhan) 3. 2007. Idea dan pemikiran 11.antara aliran Falsafah itu ialah:6 1.PENGANTAR FALSAFAH 2. akhlak.

Hal.7 Jadi.blogspot.2 METAFIZIK Aliran falsafah terdiri daripada metafizik. dan pengobatan jarak jauh yang bersifat tinggi dan lebih kuasa.PENGANTAR FALSAFAH -Aliran naturalisme -Aliran pluralisme -Aliran Supernaturalisme -Aliran pantheisme -Aliran spritualisme -Aliran monisme -Aliran dualisme 2. Aspek Epistemologi: -Aliran rasionalisme -Aliran realisme -Aliran positivisme -Aliran idealisme -Aliran empirisisme 3.9 2. 19 9 Abu Ahmad. 2007. Metafizik merupakan salah satu daripada 3 aliran falsafah yang selalu dikaitkan kepada sesuatu diluar fizik iaitu kearah yang ghaib. epistimologi dan akseologi. Ilmu Filsafat suatu Pengantar. Hal-hal ini merupakan 7 Surajiyo. Apa itu falsafah. falsafah membantu pertanyaan asas manusia tentang erti kenyataan dan ruang lingkupnya. Jakarta: PT Bumi Aksara. Hal. ilmu nujum. PT Remaja Rosdakarya. 2009.html 8 6 . 2005. kemampuan berfikir ini akan membantu memecahkan persoalan dalam kehidupan secara berkesan dan menemukan punca sebenar daripada permasalahan secara mendalam. perbintangan. Filsafat Umum (Akal dan Hati sejak Thales sampai Copra). 17 Ahmad Tafsir.com/2007/04/apa-itu-falsafah.8 Namun falsafah juga mengandungi keterbatasannya sendiri. http://philosophisme. Aspek Aksiologi: -Aliran hedonisme -Aliran vitalisme Belajar falsafah merupakan salah satu bentuk latihan untuk memperoleh kemampuan berfikir jernih dan teliti.Persoalan-persoalan Falsafah terlalu luas tanpa ada batasannya tetapi kemampuan akal sentiasa terbatas untuk menyelesaikannya secara pasti dan meyakinkan.

2013. Antropologi Metafisik. Hal. 2004. Yogyakarta: Penerbit Kansius 13 Jewelry Irton Madika. Manusia memahami keadaan alam semesta diciptakan oleh Tuhan namun manusia sering bertanya bagaimana sebetulnya wujud Tuhan itu? Apakah Tuhan itu ada? dan bagaimana dengan keberadaanNya ? Hal ini lah yang mendasari bahawa adanya hubungan antara manusia dan metafizik. Metafisika Sistematik. dimana isi daripada pengetahun tentang minda dan budi lebih pasti dibandingkan pengetahun duniawi yang senantiasa selalu berubah. sehingga meletakkan realiti material tidak penting. fizik.10 Sebagai contoh sederhana adalah beriman terhadap agama yang kita anut atau ikuti.11 Dengan berfikir secara metafizik dapat meredam hedonisme dan materialsme. Hal. 2012. dimana didalamnya menjelaskan tentang keberadaan atau kenyataan. 4 7 . Apa sebenarnya metafizik itu? Metafizik adalah salah satu aliran falsafah yang mempelajari dan memahami mengenai penyebab segala sesuatu sehingga hal tertentu menjadi ada. 13 12 Anton Bekker. Kata metafizik diperkenalkan oleh Andronicus pada tahun 70 SM ketika mengumpul karya-karya Aristoteles. Meta ertinya sesudah atau dibalik sesuatu dan pyisika artinya nyata. dan menemukan suatu bidang diluar bidang fizik atau disiplin ilmu lain.12 Metafizik berasal dari bahasa Greek. Belajar metafizik turut membantu manusia untuk berusaha mengerti lebih mendalam tentang keberadaan. Hal ini kerana sifat metafizik menekankan kepada pengetahuan minda dan budi. Universitas Mataram. yang dapat diukur oleh jangkauan panca indera. Kebenaran dibalik sesudah fizik perlu dikaji. Yogyakarta: Taman Pustaka Kristen. 1994. metafizik membantu sesorang untuk mempergunakan minda untuk mencapai realiti rohaniah sebagai realiti haqiqi sang pengatur seluruh alam. Justeru. 11 Joko Siswanto. yang terdiri atas dua kata iaitu meta dan pysika.PENGANTAR FALSAFAH fenomena diluar dunia fizik. “Filsafat Ilmu dan Metafisika dalam Pengembangan Ilmu”.13 Jewelry (2012) menyenaraikan 8 manfaat metafizik dalam ilmu pengetahuan. Makassar: Universitas Indonesia Timur. Filsafat Metafisika. iaitu: 10 I Nyoman Nelson Giri.

mainstream seperti: Monisme. sehingga hasil sebuah ilmu selalu terbuka untuk temuan dan kreativiti baru. Metafizik mengajarkan pada peminat falsafah untuk mencari prinsip pertama (First Principle) sebagai kebenaran yang paling akhir. antara lain: metafizik. Metafizik menuntut kebenaran berfikir. Kepastian ilmiah dalam metode skeptic Descartes hanya dapat diperoleh jika kita menggunakan metode deduksi yang bertitik tolak dari premis yang paling kuat (Cogito ergo sum) Skeptis-Metodis Rene Descartes. kerana setiap penganut metafizik menyalurkan cara berfikir yang cenderung subjektif dan menciptakan terminology falsafah yang khas. 6. terutama dalam menjawab permasalahan yang bersifat enigmatif (teka-teki). 3. Pluralisme. sesama. maka ia harus dipasok dari luar. sehingga memperkaya pemahaman atas realiti keilmuwan. keadaan semacam ini diperlukan untuk pengembangan ilmu dalam rangka menerapkan heuristika. Perdebatan dalam metafizik melahirkan pelbagai aliran. sains yang lain. 7. 4. dan dunia. 2. tidak hanya antar ilmuwan sejenis. artinya manusia memiliki kebebasan untuk merealisasikan dirinya sekaligus bertanggungjawab bagi diri. 5. kejadian personal dan historis. 2. Metafizik mengajarkan sikap open-ended.3 ONTOLOGI 8 . tetepi juga antar disiplin ilmu. Dualisme. Kepentinga metafizik terletak pada awal terbentuknya paradigma ilmiah. 8. Metafizik mengajarkan cara berfikir yang serius. Aplikasi dalam ilmu berupa komunikasi antar ilmuwan mutlak diperlukan. Manusia yang bebas sebagai kunci bagi akhir pengada. Metafizik mengandung potensi untuk menjalin komunikasi antara pengada yang satu dengan pengada yang lain. ketika kumpulan kepercayaan belum lengkap pengumpulan faktanya. sehingga melahirkan sikap dan rasa ingin tahu yang mendalam.PENGANTAR FALSAFAH 1. Penghayatan atas kebebasan di satu pihak dan tanggung jawab di pihak lain merupakan sebuah kontribusi penting bagi pengembangan ilmu yang sarat dengan nilai.

dan Logos: ilmu. Hal.17 Aliran-aliran dalam ontologi iaitu terdiri daripada aliran monoisme (materialisme dan idealisme). Filsafat Ilmu. 3 Susanto. ontologi ialah ilmu yang mempelajari tentang yang berada. Hal. Menimbulkan sifat pemikiran kritis. Untuk menamai teori tentang hakikat yang ada.PENGANTAR FALSAFAH Ontologi merupakan kajian utama falasafah.4 PERBEZAAN METAFIZIK DAN ONTOLOGI Pada abad ke 17 dan 18.18 2. yang merupakan ultimate reality baik yang berbentu jasmani/konkret mahupun rohani/abstrak. ontology adalah ilmu yang mempelajari tentang hakikat yang ada. Jakarta: PT. Menumbuhkan semangat sesorang untuk mengetahui. 3. Oleh Christian Von Wolff. 15 Ontologi pertama diperkenalkan oleh Rudolf Goclenius pada tahun 1936 M. Bandung: Binacipta 16 Jalaluddin dkk.pd. Filsafat komunikasi. Jadi ontologi ialah ilmu tentang yang ada. 18 Muhammad Hamdi. A. 2011. dan membina kesedaran terhadap kejadian dialam raya sebagai suatu hakikat kebenaran. Susanto. Epistemologis. Manusia. S. Bumi Aksara. dan aliran agnotisisme. Ontologi. (1976). memahami dan menelaah secara mendalam terhadap sesuatu perkara. 11 15 9 . Istilah Ontologi berasal dari Bahasa Greek iaitu On/Ontos: Ada. Suatu Kajian dalam Dimensi Ontologis. S. Sedangkan menurut istilahnya.16 Oleh itu. aliran pluralisme. Christian Von Wolff (1679-1714) mulai membezakan antara metaphysica generalis (ontologi) dan metaphysica special (metafizik). Membimbing seseorang untuk memahami reality. Aliran-aliran ontologi barat. dan Aksiologis. Hal. disamping epistimologi dan axiologi. aliran nikhilisme. Maanfaat mempelajari Ontologi ialah sebagai berikut: 1. aliran dualisme. Filsafat Pendidikan. 2.14 Sedangkan dalam hal pemakaiannya. metaphysica generalis diistilahkan dengan menggunakan Ontologi yang membahas tentang sesuatu yang ada secara asas-asas atau prinsip- 14 Marison. 19 17 A. ontologi dilihat sebagai teori apa yang ada. Bandung: Ar-ruzz Media. Filsafat dan Pendidikan.

PENGANTAR FALSAFAH prinsip umumnya. Permenides menawarkan solusi yang berbeza dengan Heraklitos. 2002. Gramedia. jenis.5 PLURALISME Makna „pluralisme‟ yang bererti „jamak‟. 853 21 M. Jadi. Hal. 2. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Bandung: Mizan. 10 . Oleh itu. Pluralisme berarti banyak. ontologi mempelajari yang ada atau segala sesuatu yang ada. pendapat orang tentang istilah ini juga jamak pula. 68. et. pelbagaihal. atau kepelbagaian. sedangkan metaphysica special membahas penerapan asas-asas atau prinsip-prinsi tersebut kedalam bidang yang khas. Ontologi berasal daripada perkataan ta onta dan logia (Greek). Konflik dan Perdamaian Studi Bersama Antar Iman. begitu pula pendapat Plato tidak sama dengan apa yang dinyatakan Aristoteles. Dinamika Islam Kultural: Pemetaan Atas Wacana Islam Kontemporer. Amin Abdullah.19 Pluralisme ialah gagasan atau pandangan yang mengakui adanya hal-hal yang bersifat banyak dan berbeza-beza (heterogen) di suatu komuniti masyarakat. 19 Syafa‟atun Elmirzanah. Dikatakan istilah lama kerana perbincangan mengenai plural telah diteliti secara lebih jauh oleh para ahli falsafah Yunani secara konseptual dengan aneka ragam alternatif memecahkannya. Hal. metafizik bermakna mempelajari tentang hakikat yang ada setelah fizik. Kamus Filasafat. al. Meta bermakna sesudah atau melampaui sedangkan physic pula bermakna alam. 2000. Oleh kerananya sesuatu dikatakan plural pasti terdiri dari banyak hal. Pluralisme. Atau dengan erti kata lain ialah sesuatu yang diluar daripada alam. Hal. Jakarta. Ta onta berarti segala sesuatu yang ada dan logia itu bererti ilmu pengetahuan. pelbagai sudut pandang serta latar belakang. 2000. 7 20 Lorens Bagus.21  TOKOH-TOKOH PLURALISME Adapun tokoh-tokoh dari aliran pluralisme ini ialah Empledokles 490 – 430 SM). Anaxagoras (500 – 428) dan Leibniz (1646 – 1716). sedangkan metafizik berasal daripada kata meta dan physics. beberapa.Para pemikir tersebut mendefinisikan plural secara berbeza-beza.20 Istilah pluralisme sendiri sesungguhnya adalah istilah lama yang hari-hari ini kembali mendapatkan perhatian penuh dari semua orang.. Metafizik dan Ontologi itu memiliki perbezaan dalam bidangnya.

Setiap monade saling berhubungan dalam suatu sistem yang sebelumnya telah diselaraskan Harmonia prestabilia.22 Nous adalah zat yang paling halus yang memiliki sifat pandai bergerak dan mengatur. a. pikiran kekal yang bersifat Ilahiyah tempat segala bentuk mengaktualisasikan diri sehingga boleh ditemukan dan dimengerti atau pikiran manusia-manusia yang meliputi pemahaman intelek atas idea-idea yang bersifat fundamental. 728). 2005. Dagun. tidak terbagi.24  KESUAIAN ALIRAN DALAM KEHIDUPAN Pluralitas dan pluralisme memang sudah seepatutnya ditanamkan pada diri setiap manusia. dan tidak dapat rusak. sebanyak jumlah sifat benda dan semuanya itu dikuasai oleh suatu tenaga yang dinamakan nous. Pluralisme Sosial 22 Nous berasal dari bahasa Yunani yang berarti pikiran atau minda. selalu bergerak. dan tanah. Aliran-aliran Filsafat: Refleksi filsafat. Penganut aliran ini adalah Empledokles (490 – 430 SM) yang menyatakan bahwa hakekat kenyataan terdiri dari empat unsur yaitu: udara. Hal. 121 24 Maria Sofia Jaflean. Menurut Anaxagoras yaitu pikiran universal yang mengatur dan membuat alam semesta menjadi suatu sistem yang rasional dan boleh dimengerti. 1997. Monade adalah substansi yang tidak berluas. Sedang menurut Aristoteles. Aliran pluralisme yang sesuai untuk diterapkan kedalam kehidupan ialah berupa aliran terdiri daripada pluralisme sosial dan pluralisme ilmu pengetahuan. Universitas Negeri Yogyakarta http://bit. api.PENGANTAR FALSAFAH  PERBEZAAN PENDAPAT MENURUT TOKOH PLURALISME Pluralisme adalah aliran yang tidak mengakui satu substansi atau dua substansi melainkan mengakui banyak substansi. Yogyakarta: Universitas Gadjah Mada. Mengenal Filsafat Sosial Di Indonesia: Pokok-pokok Pikiran Keadilan dalam Sistem Hukum Pancasila. air. 2012. hal. 23 Surajiyo. Hal ini mengingat bahwa kedua hal tersebut merupakan hal utama yang mendasari sikap kerukunan dalam masyarakat. Anaxagoras (500 – 428) menyatakan bahwa hakekat kenyataan terdiri dari unsur-unsur yang tak terhitung banyaknya. (Save M.ly/1rf1YNM 11 .23 Leibniz (1646 – 1716) menyatakan bahwa hakekat kenyataan terdiri dari monademonade yang tak terhingga banyaknya.

Pluralisme.PENGANTAR FALSAFAH Menurut Sahrun (2011). masyarakat dan perkembangan ekonomi. Contoh Kumpulan-kumpulan di mana pluralisme adalah penting ialah: Syarikat. Dalam ilmu sosial.25  25 KEKURANGAN ALIRAN PLURALISME Wikiedia Indonesia. perhimpunan ilmiah. pertumbuhan pengetahuan dapat dikatakan menyebabkan kesejahteraan manusia bertambah. Pluralisme Ilmu Pengetahuan. Pada masanya. ada konsentrasi kekuasaan politik dan keputusan dibuat oleh hanya sedikit ahli. kerana. dalam masyarakat plural. Sebaliknya. lebih besar kinerja dan pertumbuhan ekonomi dan lebih baiklah teknologi kemudahan. dan oleh kerana itu hasil yang lebih baik. pluralisme adalah sebuah kerangka dimana ada interaksi beberapa kumpulan-kumpulan yang menunjukkan rasa saling menghormati dan toleransi satu sama lain.wikipedia. Pluralisme juga menunjukkan hak-hak individu dalam memutuskan kebenaran universalnya masing-masing. dan mungkin merupakan pengemudi utama kemajuan dalam ilmu pengetahuan. kekuasaan dan penentuan keputusan (dan kemilikan kekuasaan) lebih berpengaruh.org/wiki/Pluralisme 12 . 2014. Mereka hidup bersama (koeksistensi) serta membuahkan hasil tanpa konflik asimilasi. Dipercayai bahwa hal ini menghasilkan keikutsertaan yang lebih tersebar lebih luas dan komitmen dari ahli masyarakat. Bisa dikatakan bahwa sifat pluralisme ilmu pengetahuan ialah proses ilmiah adalah faktor utama dalam pertumbuhan pesat ilmu pengetahuan. b. parti-partipolitik dan ekonomi. misalnya. Pluralisme dapat dikatakan salah satu ciri khas masyarakat moden dan kelompok sosial yang paling penting. http://id. Dalam sebuah masyarakat otoriter atau oligarkis.

yang perlu diketahui bahawa tidak semua hal boleh dipluralisme kan. adat dan lainlain. Namun. Islam mengakui adanya perbezaan dan menerima perbezaan. perbezaan ini terletak pada bidang kajiannya. Dari pelbagai pertanyaan tersebut makan menimbulkan beberapa sudut pandang mengenai ontologi dan metafizik. terutama sekali ialah agama Islam. namun bukan penyamarataan agama. sikap menghargai dan toleransi kepada pemeluk agama lain adalah mutlak untuk dijalankan.  HUBUNGAN METAFIZIK DAN ONTOLOGI MENGIKUT ALIRAN PLURALISME Apa yang telah diungkap oleh para ahli nampak jelas adanya perbezaan dua aliran ini iaitu ontologi dan metafizik. bukan bererti semua agama itu ialah sama. Dalam konsep pluralisme ini ialah mengakui dan menerima keanekaragaman. Ini bermakna apapun agama yang kita anut pada akhirnya akan kembali kepada Tuhan yang sama. Metafizik bidang kajiannya kepada objek yang tidak bisa ditangkap oleh panca indera. etnik. muncul beberapa pertanyaan yang kemudian melahirkan aliran-aliran dalam falsafah. Kerana hal yang terkait aqidah tidak boleh disamakan dengan hal yang lain. Begitu juga terhadap aliran pluralisme ini. Namun yang membuat kedua aliran ini terlihat sama kerana sama-sama mempunyai prinsip kenyataan (segala sesuatu yang ada). dan bukan bererti semua agama itu benar. Islam mengakui ada hal-hal yang tidak sama. Ini jelas sekali tidak sesuai dengan aqidah agama Islam. mulai dari keanekaragaman agama. Dalam pandangan Islam. sedangkan ontologi pula terhadap objek yang boleh ditangkap oleh panca indera. 13 . Pada dasarnya. Aliran Metafizik dan Ontologi. Pertanyaan itu ialah “What is being?” (apakah yang ada itu?) yang dijawab dengan aliran monism. Dalam pluralisme agama sebagai mana aliran yang cuba dibawa oleh agamawan liberal iaitu agama hanya sebagai jalan menuju Tuhan yang sama. namun bukan berarti mengakui kebenaran semua agama. Namun.PENGANTAR FALSAFAH Setiap aliran mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Konsep pluralisme teologis atau pluralisme agama merupakan salah satu yang mendapat tanggapan kontra dari pelbagai agama.

air. iaitu sesuatu yang hadir dalam jiwa. dan agama. Dengan kata lain bahawa alam dan manusia merupakan buah pikir daripada idea manusia itu sendiri 14 . Kata idealis itu dapat memberi makna bahawa seseorang itu mempunyai ukuran moral yang tinggi. Manusia ada kerana ada elemen yang tidak terlihat yang mengandung sikap dan tindakan manusia. estetika. namun memerlukan jiwa dan minda (rohani) terlebih dahulu untuk menggerakkan jasmani. Kata idealisme dalam falsafah mempunyai erti yang sangat berbeza dari erti sebagaimana biasanya yang digunakai dalam keseharian. Aliran ini berpendapat bahawa apa yang ada itu terdapat dalam idea sehingga melahirkan aliran idealisme. “Where is being?” (Dimanakah yang ada itu).6 IDEALISME Didalam falsafah. Fahaman idealisme ini beranggapan bahawa jiwa adalah kenyataan yang sebenarnya. Idealisme subjektif: Segala sesuatu yang timbul dan terjadi di alam atau di masyarakat adalah hasil daripada buah pikir minda manusia atau idea manusia.PENGANTAR FALSAFAH dualisme dan pluralisme. Aliran ini beranggapan bahwa segenap macam bentuk merupakan kenyataan. Hal ini dikeranakan bahawa manusia tidak hanya menggunakan pancaindera (jasmani) sahaja. idealisme adalah fahaman yang mengajarkan bahawa hakikat dunia fizik hanya dapat dipahami dalam kebergantungannya pada minda dan roh. Tokoh aliran ini pada masa Yunani kuno adalah Anaxagoras dan Empedcoles. Ada beberapa jenis idealisme: 1. Pluralisme tertolak dari keseluruhan dan mengakui bahawa segenap macam bentuk itu semuanya nyata. api dan udara. Idealisme menekankan minda sebagai hal yang lebih dahulu daripada materi. yang menyatakan bahwa substansi yang ada itu terbentuk dan terdiri dari empat elemen. Perkataan idealisme berasal dari “Idea”. iaitu tanah. 2. Manusia lebih dipandang sebagai makhluk kejiwaan/kerohanian.

Plato menghasilkan tulisan yang banyak. 3. yang berkembang dari tulisan-tulisan teori dan etika Immanuel Kant. etika. Baru-baru 15 .  Immanuel Kant (1724 – 1804) Ia merupakan seorang ahli falsafah Jerman yang secara meluas dianggap sebagai tokoh utama falsafah moden. ajaran yang paling besar pengaruhnya adalah dari nama Ariston dan ibunya bernama Periktione. epistemologi. Sebagai orang yang di lahirkan dalam alam sekitar keluarga bangsawan. Ia lahir di Athena. Beliau berhujah bahawa struktur konsep asas pengalaman manusia. Heracleitos dan Elia. Fichte sering dilihat sebagai tokoh yang falsafah membentuk jambatan antara idea-idea Kant dan orang-orang Jerman idealis Georg Wilhelm Friedrich Hegel. Idealisme personal: nilai-nilai perjuangannya untuk menyempurnakan dirinya. Segala sesuatu yang terdapat di alam mahupun masyarakat merupakan hasil dari ciptaan udea universal. terutamanya bidang metafizik. dan sebab itulah yang menjadi sumber moral. ia mendapatkan pendidikan yang baik dari seorang bangsawan bernama Pyrilampes. Namun. dengan nama asli Aristocles. Plato juga dikenal sebagai seorang sastrawan yang popular. dan estetika. Pemikirannya terus mempunyai pengaruh yang besar dalam pemikiran kontemporari.PENGANTAR FALSAFAH 2. G. falsafah politik. Fichte (1762 – 1914 M) Ia merupakan seorang ahli falsafah Jerman. Beliau adalah salah seorang tokoh pengasas gerakan falsafah dikenali sebagai idealisme Jerman.  J. Pythagoras.  TOKOH-TOKOH IDEALISME  Plato (477 – 347 SM) Plato merupakan pengikut Socrates yang taat di antara para pengikutnya yang memiliki pengaruh besar. Ia belajar falsafah daripada Socrates. Idealisme Objektif: Akal menemukan apa yang sudah terdapat dalam susunan alam.

ia didorong oleh masalah subjektiviti dan kesedaran. Ia berusaha menghubungkan yang mutlak dengan yang tidak mutlak. W. W. Pada tahun 1798 M. tetapi ia mengemukakan falsafahnya thesis dan antithesis.  F. Hegel (1770 – 1031 M) Hegel belajar teologi di Universiti Tubingen dan pada tahun 1791 memperoleh gelar Doktor. Yang mutlak itu roh atau jiwa.  PERBEZAAN PENDAPAT MENURUT TOKOH IDEALISME Ahli-ahli sering bertentangan pendapat dalam banyak perkara namun bersetuju jiwa dan kerohanian amat penting.PENGANTAR FALSAFAH ini. dalam usia 23 tahun.  G. S. a) Scheling menanamkan idealisme subjektif dan juga obyektif. b) Hegel menerima pendapat Scheling iaitu idealisme subjektif dan juga objektif. Hegel juga mendirikan pemikirannya sendiri yang disebut idealism absolute 16 . suatu istilah yang diilhamkan oleh agamanya. menjelma pada alam dan dengan demikian sadarlah ia akan dirinya. Roh itu dalam intinya idea (berfikir). F. Scheling berpendapat bahawa alam sekitar adalah sekadar visible intelegence. Kebanyakan aliran pemikiran ini adalah golongan ahli muzik dan seni. Inti dari falsafah Hegel adalah konsep Geists (roh atau spirit). ia telah menjadi guru besar di Universiti Jena. Dia merupakan ahli falsafah Idealis Jerman yang telah meletakkan dasardasar pemikiran bagi perkembangan idealisme Hegel. Schelling (1775 – 1854 M) Schelling menjadi seorang ahli falsafah disaat dia masih amat muda. ahli-ahli falsafah dan cendekiawan telah mula menghargai Fichte sebagai ahli falsafah penting dalam haknya sendiri kerana wawasan asal ke dalam sifat kesedaran diri atau kesedaran diri. dan dunia adalah suatu tempat untuk memahami subjek. Seperti Descartes dan Kant hadapannya. Fichte juga menulis karyakarya falsafah politik dan dianggap salah seorang bapa nasionalisme Jerman. Idealisme subjektif bagi ficher. Sedangkan dari segi objektifnya.

17 . Tokoh falsafah tidak berupaya untuk menjelaskan kepercayaan baharu atau idea baru yang sering berubah dan berlaku dari semasa ke semasa. menyuburkan roh dan menguasai idea. Mohamed.27 kelebihan falsafah ini berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenalpasti apa yang benar.1979. Haas. Foundation of Education: Social Perspectives. Idealisme juga menganggap manusia mempunyai sama ada jasad & akal atau jasad.Karft. D. Adanya dua unsur yang sepenuhnya berbeza iaitu unsur spiritual dan material yang terhimpun dalam pikiran yang dipandang sebagai kekuatan tertinggi yang menggerakkan segala sesuatu. pengetahuan dan nilai26 Oleh kerana idealisme mempercayai tentang kepentingan akal dan idea.PENGANTAR FALSAFAH sebagai sintesis tertinggi dibandingkan denggan idealisme subjektif (tesis) dan idealism objektif (antithesis). Zulkifli B. d) Locke sebagai penganut idealisme epistimologi yang mengatakan bahwa seseorang hanya dapat berinteraksi dengan idea-ideea  KESUAIAN ALIRAN DALAM KEHIDUPAN Ia menekankan bahawa jiwa atau kerohanian manusia adalah penting sekali dalam kehidupan / alam semesta. Perspektif falsafah pendidikan (idealisme). c) Immanual Kant memiliki falsafah idealism transendental atau idealism kritis (critical idealism). Universiti Malaysia Sabah 27 Van Scotter. Meningkatkan daya pemikiran dari segi menghasilkan idea yang bernas dan boleh diterima pakai  KEKURANGAN ALIRAN IDEALISME Kelemahan anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang masa. akal & roh. Ia merupakan proses konseptual daripada pecahan akal mutakhir dalam usaha mencari kewujudan. Richard J. Kelemahan Logik adalah alat untuk menentukan apa yang harus dilakukan dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam semua situasi. Fungsi akal manusia ialah fikiran mengenai sesuatu perkara. Falsafah ini lebih bersifat 26 Profesor Madya Dr. maka tumpuan dalam bidang ini ialah melatih akal.

stabil dan sukar berubah. Hal. yang berada didunia idea. iaitu sesuatu yang tidak terbentuk dan menempati ruang.re/1CD73ki Marison. fikiran individu subjektif dapat mengetahui diri yang lain. dan boleh menafsirkannya. Falsafah idealisme dan pengenalan. Walaupun sesuatu benda itu didapati wujud secara fizikal tetapi kewujudannya adalah tidak muktamad secara nyata. berfikir memberi bukti kewujudan intelek atau fikiran. Ia juga kurang berminat terhadap inovasi. Fikiran adalah kekuatan hayati yang memberi manusia daya hidup dan dinamisme. diri spiritual.pd. Dengan kata lain. segala sesuatu yang tampak dan terwujud nyata dalam alam indrawi hanya merupakan gambaran atau bayangan dari yang sesungguhnya. individu menyedari bahawa apa yang berlaku di dalam semesta juga berlangsung di dalam diri. diri individu berjalin dengan diri yang lain. Dalam metafizik. Dalam menjelaskan fitrah manusia. Fikiran membuktikan kewujudan dengan meragukan sesuatu.28  HUBUNGAN METAFIZIK DAN ONTOLOGI MENGIKUT ALIRAN IDEALISME Aliran idealisme menganggap bahawa hakikat kenyataan yang beraneka raga itu semua berasal daripada roh atau sejenis dengannya. S. Untuk mengenal dan mentafsir diri yang lain. 6 18 . Melalui prinsip hubungan. menuju andaian bahawa semesta raya merupakan berasal dari hakikat non-material yang sama dan juga merupakan diri spiritual yang lebih besar dan lebih menyeluruh. bukan dalam bentuk fizikal atau material.PENGANTAR FALSAFAH statik. Ontologi. fikiran lain. Sebagai diri. Kerohanian unsur terpenting dalam kehidupan. idealis berpendapat bahawa intipati spiritual manusia itu berlangsung lama dan kekal. harus ada suatu perintah keterpahaman 28 29 Siti Zulaikha. Ini menghantar kepada pengakuan bahawa hanya pikiranlah yang boleh mengetahui fikiran. http://slidesha. falsafah idealisme menetapkan bahawa asas kewujudan sesuatu itu adalah dalam bentuk rohani atau pemikiran. Sedangkan menurutu Rapar dalam Marion29 bahawa bagi aliran ini. seperti fesyen pakaian yang sentiasa berubah. Metafizika Idealis melibatkan peralihan dari gagasan mengenai seorang individu. meragukan sesuatu sama halnya berfikir. 2012.

2. Falsafah berasal daripada cantuman dua perkataan Greek iaitu philo dan sophia. suatu entiti yang menyelubungi segalanya.PENGANTAR FALSAFAH yang boleh difahami. atau hikmah (wisdom). Ontologi memiliki hubungan dengan idealisme iaitu bahawa ontologi itu benar jika adanya proses berfikir dan pemikiran itu muncul dalam bentuk idea. fikiran manusia individu itu berkait dengan. Philo bererti cinta dan suka (loving) manakala Sophia pula membawa maksud pengetahuan. Idealisme. Idealisme berasal dari kata ”Ideal” yaitu suatu yang hadir dalam jiwa. yang mengkaji segala 19 . Jadi. Materi atau zat ini hanyalah suatu jenis dari penjelamaan ruhani BAB III KESIMPULAN 1. Sebagai lawan dari materialisme yang dinamakan spriritualisme. diri semesta / universal. Aliran ini beranggapan bahwa hakikat kenyataan yang beraneka ragam itu semua berasal dari ruh (sukma) atu sejenis dengannya. di mana segala realiti berpunca dan terselenggara. dan bersubstansi sama dengan. Ontologi menghasilkan falsafah idealisme. Telah kita pahami bersama bahwa falsafah merupakan permulaan atau awal dari sebuah pengembangan ilmu pengetahuan. iaitu hakikatnya berdasarkan kepada nilai-nilai ketuhanan. Ontologi pada dasarnya bersifat transenden. yaitu sesuatu yang tidak terbentuk dan menempati ruang. Ini memunculkan andaian akan adanya Diri Universal.

3. Bumi Aksara. Jadi. 2007. RUJUKAN Abu Ahmad. Yogyakarta: Penerbit Kansius A. Jakarta: PT. beberapa.PENGANTAR FALSAFAH sesuatu (all thing) secara mendalam (sampai puncanya) dengan menggunakan minda sampai pada hakikatnya. Susanto. Atau dengan erti kata lain ialah sesuatu yang diluar daripada alam. 19 Anton Bekker.blogspot. Filsafat Umum (Akal dan Hati sejak Thales sampai Copra). Ontologi berasal daripada perkataan ta onta dan logia (Greek). metafizik bermakna mempelajari tentang hakikat yang ada setelah fizik. Antropologi Metafisik. Metafizik berasal daripada kata meta dan physics. Ta onta berarti segala sesuatu yang ada dan logia itu bererti ilmu pengetahuan. Makna „pluralisme‟ yang bererti „jamak‟. 6. Apa itu falsafah. 4. 2009. http://philosophisme. Meta bermakna sesudah atau melampaui sedangkan physic pula bermakna alam. atau kepelbagaian. ontologi mempelajari yang ada atau segala sesuatu yang ada. Epistemologis.html (diakses pada 18/12/2014) Ahmad Tafsir. dan Aksiologis. Idealisme adalah fahaman yang mengajarkan bahawa hakikat dunia fizik hanya dapat dipahami dalam kebergantungannya pada minda dan roh. Suatu Kajian dalam Dimensi Ontologis.com/2007/04/apaitu-falsafah. Hal. Pluralisme berarti banyak. 1994. Oleh itu. 20 . 2011. pelbagaihal. PT Remaja Rosdakarya. Filsafat Ilmu. 5.

Bandung: Arruzz Media. Elements of philosophy. Jakarta. “Filsafat Ilmu dan Metafisika dalam Pengembangan Ilmu”. Gramedia. Monisme. 11 M. Dinamika Islam Kultural: Pemetaan Atas Wacana Islam Kontemporer. 2012.html. 13 Kattsoff. Ilmu Filsafat suatu Pengantar. Jakarta: PT Bumi Aksara. Pengertian Pluralisme. L. Manusia. New York: Ronald Press Co Lorens Bagus.re/1CD73ki (diakses pada 18/12/2014) Surajiyo. Hal. 2012. 4. Bhd Maria Sofia Jaflean. Sains Pemikiran dan Etika. Jalaluddin dkk. 2012. 2005. 2011.pd. Hal. Metafisika Sistematik. Bandung: Mizan. 2006. I Nyoman Nelson Giri. Amin Abdullah. 19 Jewelry Irton Madika. Hal. Eksistensialisme. Hal.blogspot. 2000. Surajiyo.com/2011/03/pengertian-pluralisme. http://slidesha. dan Prularisme”. Kamus Filasafat. Jakarta: PT Bumi Aksara. Aliran-aliran Filsafat: Refleksi filsafat. ---. Materialisme. 2000. 2004. Filsafat dan Pendidikan. (diakses pada 18/12/2014) Siti Zulaikha. 17 21 . Hal. Universitas Negeri Yogyakarta http://bit. 3 Muhammad Hamdi. Aliran-aliran ontologi barat.PENGANTAR FALSAFAH Deden Sofyan dan Febi Febriansyah. S.ly/1rf1YNM (diakses pada 18/12/2014) Marison. Aliran-Aliran Filsafat: “Idealisme. Hal. (1953). Falsafah idealisme dan pengenalan. 2013. Hal. O. Filsafat Pendidikan. hal. Dualisme. Makassar: Universitas Indonesia Timur. Sharun. 853 Mardzelah Makhsin. Hal. Yogyakarta: Taman Pustaka Kristen. http://sahrunalpilangi. 68. Universitas Mataram. 4 Joko Siswanto. Filsafat Ilmu Suatu Pengantar. Ontologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. 2005. Filsafat Metafisika.

Richard J. et. A. (1976). Bandung: Binacipta Syafa‟atun Elmirzanah. S. Haas. Pluralisme. http://id. (1981). 2014. Pengantar filsafat. 121 Susanto. al. Pluralisme. D. A. 7 Tafsir. Mohamed. Konflik dan Perdamaian Studi Bersama Antar Iman. Hal. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.wikipedia. 2005. Hal.1979. Wikiedia Indonesia. Universiti Malaysia Sabah 22 . Perspektif falsafah pendidikan (idealisme). 2002.org/wiki/Pluralisme (diakses pada 18/12/2014) Zulkifli B. Yogyakarta: Universitas Gadjah Mada. Mengenal Filsafat Sosial Di Indonesia: Pokok-pokok Pikiran Keadilan dalam Sistem Hukum Pancasila. Foundation of Education: Social Perspectives. Bandung: Pustaka Martiana Van Scotter. Filsafat komunikasi.PENGANTAR FALSAFAH Surajiyo.Karft.

Related Interests