You are on page 1of 4

Beguk

Apakah itu beguk?


Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan
dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan
daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau
bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?


Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang
dijangkiti.Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin
menghadapi :

• Demam
• Sakit kepala
• Mulut kering dan hilang selera
• Keletihan
• Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)?


Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang
komplikasi juga boleh berlaku seperti:

• Encephalitis(Pembengkakan pada otak)


• Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
• Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
• Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
• Pekak

[Atas]

Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :

• Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit


• Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
• Sapukan nila serbuk yang dicampur bersama cuka di bahagian yang terkena beguk.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit
( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut
hilang.

Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan
kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu
(mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

HIV / AIDS
Apa itu HIV?
HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system
imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.
AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang
mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel
pertahanan badan turun sehingga 200/µl. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair
badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena
jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.

HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika
melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang
mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).
Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja
bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah
tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda-tanda ?


Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang
gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan system imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan
akan muncul seperti :

• Pembengkakan pada nodus limfa, hati atau limpa


• Ruam pada kulit
• Serawan Mulut(tompok-tompok putih dalam mulut)
• Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan
• Demam yang berpanjangan atau cirit-birit
• Pertumbuhan terbantut
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV.
Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser

Apakah komplikasinya?
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan system
imunisasi badan secara berterusan, hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser .

[Atas]

Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?


Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat
ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal
pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga
efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit

Adakah ia dapat dicegah?


Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :

• Elakkan berkogsi jarum suntikan


• Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara
rambang
o Elakkan berbilang pasangan
o Gunakan Kondom

Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang
jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang
mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.