You are on page 1of 9

FIZIK

TINGKATAN

TAJUK : DAYA DAN GERAKAN


SUBTOPIK : MEMAHAMI KESAN DAYA
KONSEP
Hukum Newton Kedua menyatakan , daya adalah merupakan kadar perubahan
momentum . Hukum ini menjelaskan pecutan sesuatu jasad berkadar langsung
dengan daya bersih yang bertindak terhadapnya dan berkadar songsang dengan
jisim jasad tersebut. Perkaitan antara Daya bersih F, pecutan,a , dan jisim ,m boleh
dinyatakan dalam persamaan F = ma
STIMULUS

GAMBARAJAH 1.0
Gambarajah 1.0 menunjukkan gambar foto dua orang cuba menolak kereta yang
rosak. Mereka mendapati kereta itu bergerak dengan perlahan, bagaimanapun
kereta itu bergerak dengan lebih laju bila ditolak dengan tiga orang. .
SOALAN MENGUJI MINDA
1
2
3
4

Berdasarkan situasi di atas, nyatakan mengapakah kereta itu bergerak lebih


laju bila tiga orang menolaknya ?
Berdasarkan jawapan anda dalam (1) di atas nyatakan satu inferens yang
boleh dibuat.
Seterusnya nyatakan satu hipotesis yang bersesuaian dengan situasi di atas.
Nyatakan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan
pembolehubah yang dimalarkan.

MODUL AMALI SAINS 1

FIZIK
TINGKATAN

PROSEDUR
Berikut adalah prosedur eksperimen yang anda akan lakukan untuk menguji
hipotesis anda tadi.
Alat radas
Troli
Jangkamasa detik
Pita detik
Pemberat beslot
Bekalan kuasa
Landasan
Langkah-langkah eksperimen
Susunan radas

RAJAH 1.2
1
2
3
4
5

Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2 di atas.


Gantung pemberat beslot berjisim 100 g .
Hidupkan jangmasa detik dan lepas pemberat.
Dengan menggunakan pita detik ,kirakan pecutan troli itu.
Ulang eksperiment dengan menambahkan jisim pemberat 200 g, 300 g,
400 g dan 500 g.
Jadualkan keputusan anda bagi setiap nilai jisim pemberat berpadanan
dengan pecutan troli itu.
Berdasarkan jadual anda plotkan graf pecutan troli melawan jisim pemberat.
Nyatakan 2 langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan kejituan eksperimen.

6
7
8
2

MODUL AMALI SAINS

FIZIK
TINGKATAN

SOALAN LANJUTAN
1
2
3

Jika jisim pemberat berslot dalam rajah 1.2 ditetapkan pada 200 g dan jisim
troli ditambah dengan meletakkan pemberat berslot di atasnya, nyatakan
pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas.
Seterusnya tuliskan satu rangka kerja eksperimen untuk menerangkan
situasi tersebut.
Nyatakan dua contoh di mana hubungan daya dengan pecutan digunakan
dalam situasi harian.

MODUL AMALI SAINS 3

FIZIK
TINGKATAN

TAJUK

: DAYA DAN GERAKAN

SUBTAJUK : KEKENYALAN
Rajah 1.0
Rajah 1.0
menunjukkan satu
spring yang serupa
tanpa beban dan
dengan beban.
Apakah yang anda
jangkakan apabila
beban dialihkan?
Kekenyalan ialah sifat bahan yang membolehkan ia kembali kepada bentuk @ saiz @
panjang asal apabila beban dialihkan.
Sifat kekenyalan adalah disebabkan oleh daya tolakan dan daya tarikan antara molekul atau
atom dalam bahan pepejal. Bentuk pepejal tidak berubah jika tiada daya luar bertindak
kerana daya tolakan antara moleku diimbangi oleh daya tarikan antara molekul. Apabila
pepejal diregang, daya tarikan antara molekul bertindak untuk mengembalikan pepejal
kepada kedudukan keseimbangan. Apabila pepejal dimampat, daya tolakan antara molekul
bertindak untuk mengembalikan pepejal kepada kedudukan keseimbangan.

Rajah 1.1
Rajah 1.1 menunjukkan keadaan buaian spring yang serupa apabila diisikan dengan bayi.

MODUL AMALI SAINS

FIZIK
TINGKATAN
1
2
3
4

Berdasarkan situasi di atas, nyatakan mengapakah pemanjangan spring berbeza?


Berdasarkan jawapan anda dalam (1) di atas nyatakan satu inferens yang boleh
dibuat.
Seterusnya nyatakan satu hipotesis yang bersesuaian dengan situasi di atas.
Nyatakan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan
pembolehubah yang dimalarkan.

PROSEDUR
Berikut adalah prosedur eksperimen yang anda akan lakukan untuk menguji hipotesis anda
tadi.
Tujuan eksperimen.
Menyiasat hubungan antara daya dengan pemanjangan spring.
Alat radas
Kaki retot, pembaris meter, spring, jisim berslot, pin optik dan benang.
Langkah-langkah eksperimen
Susunan radas

Rajah 1.2

Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2 di atas.

MODUL AMALI SAINS 5

FIZIK
TINGKATAN

4
2
3
4
5
6

Ukur panjang spring semasa tanpa beban digantung, lo


Gantung jisim berslot berjisim 50 g
Hitungkan daya, F. (F = mg)
Ukur panjang spring. l1
Hitung pemanjangan spring, x
Pemanjangan spring, x = l1 - lo
7 Ulang eksperiment dengan menambahkan jisim berslot 100 g, 150 g,
200 g dan 250 g.
8 Jadualkan keputusan anda bagi setiap nilai jisim pemberat berpadanan dengan
pemanjangan spring itu.
9 Berdasarkan jadual anda plotkan graf daya melawan pemanjangan spring.
10 Nyatakan 2 langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan kejituan eksperimen.

CUBA DAN FIKIR


1

Dengan menggunakan spring-spring yang serupa, ukur nilai pemanjangan spring, x


bagi susunan spring-spring seperti dalam Rajah 1.3, Rajah 1.4 dan Rajah 1.5.
Nyatakan satu kesimpulan bagi nilai kekerasan spring (pemalar spring) bagi
susunan spring tersebut.

Rajah 1.3

MODUL AMALI SAINS

FIZIK
TINGKATAN

Rajah 1.4

Rajah 1.5

MODUL AMALI SAINS 7

FIZIK
TINGKATAN

MODUL AMALI SAINS

FIZIK
TINGKATAN

MODUL AMALI SAINS 9