UNIT 3

:

PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN

Kandungan
Topik Topik Topik Topik Topik 1Takrif Persepsi 2Proses Persepsi 3Persepsi Antara Perseorangan 4Halangan-halangan Persepsi 5Strategi Memperbaiki Kemahiran Persepsi Peribadi

Objektif
Pelajar-pelajar seharusnya mencapai objektif-objektif berikut selepas mempelajari unit ini:  Menerangkan takrif persepsi  Menghuraikan proses-proses persepsi  Menghuraikan proses persepsi antara perseorangan  Mengenalpasti halangan-halangan persepsi  Mengamalkan strategi memperbaiki kemahiran persepsi peribadi.

Pengenalan
Pernahkah anda membuat persepsi terhadap seseorang? Jika ya, apa yang anda katakan tentang orang itu? Jika tidak, mengapa anda tidak membuat persepsi kepadanya. Adakah selama ini persepsi kita benar-benar tepat? Mengapa persepsi kita menjadi silap? Persoalan di atas menggambarkan bahawa persepsi memainkan peranan yang penting bagi setiap individu terutamanya dalam menentukan keberkesanan berinteraksi dengan orang lain. Persepsi mempengaruhi gaya-gaya kita berkomunikasi kerana gambaran awal kita terhadap sesorang akan merangsang kita sama ada mahu meneruskan interaksi kita kepadanya atau sebaliknya. Tanpa persepsi kita mungkin tidak dapat membuat sebarang persediaan mental atau psikologi untuk berbual dengan orang lain. Persepsi amat dipengaruhi oleh kemampuan kita menerima rangsangan dan memberi makna kepada rangsangan itu. Atas kepentingan itu, persepsi wajar dipelajari dan diketahui prosesprosesnya supaya kita menjadi komunikator yang lebih berkesan terutamanya dalam konteks komunikasi antara perseorangan. Apabila membuat persepsi memerlukan kemahiran, kita mesti berusaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran itu dengan mempelajari dan mengamalkan strategi dan teknik-teknik membuat persepsi. Oleh itu, unit ini diharap membantu kita.

Topik 1

Takrif Persepsi

Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria kita. Kita akan memberi makna kepada ransangan yang diterima oleh deria kita. Misalnya, kita akan memberi persepsi kepada apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Persepsi juga dikaitkan dengan pengalaman kita tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara satu fenomena dengan fenomena lain yang diperolehi dengan menyimpulkan maklumat dan menafsirkan makna mesej yang diperhatikan. Persepsi akan memberi kesan terhadap komunikasi antara perseorangan, di mana seseorang akan memberikan tumpuan kepada perlakuan komunikasi diri orang lain bergantung kepada tahap minat dan keperluannya kepadanya. Terdapat dua jenis persepsi iaitu persepsi pasif dan persepsi aktif. Persepsi pasif akan berlaku kerana deria kita memang sentiasa beroperasi. Misalnya, kita sentiasa dirangsang dengan peristiwa yang berlaku di persekitaran kita, dan kita tidak pula memfokuskan peristiwa itu sebagai penting, malah menganggapnya hanya suatu kelaziman. Berbanding persepsi aktif, ianya berlaku apabila kita digerakkan untuk memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan.

Topik 2

Proses-proses Persepsi

Persepsi terdiri daripada 3 peringkat proses. Melalui proses ini kita akan membuat keputusan tentang seseorang atau sesuatu fenomena dengan memberi makna kepada tindakan-tindakan mereka atau insiden yang berlaku. Tiga proses asas persepsi ialah: 1. Pemilihan rangsangan 2. Penyusunan dan dan membentuk struktur ke atas apa yang kita lihat 3. Menginterpretasikan atau memberi makna kepada apa yang diperhatikan. • Pemilihan rangsangan

Persepsi bermula dengan pemilihan rangsangan. Proses pemilihan rangsangan berkaitan dengan perhatian yang kita buat. Perhatian berlaku apabila kita menumpukan sesuatu dengan menggunakan hanya satu indera dengan mengabaikan deria lain (mesej lain) yang juga merangsang deria kita dalam masa serentak. Misalnya kita memberi perhatian kepada gaya pakaiannya tanpa menimbangkan bau badannya, atau kita memberi perhatian kepada wajah seseorang dan mengabaikan pakaian yang dipakainya. Rangsangan yang kita terima akan menjadi perhatian jika rangsangan itu mempunyai sifat-sifat yang menonjol seperti gerakan, intensiti rangsangan, sesuatu yang baru, sesuatu yang berulang. Misalnya dari segi gerakan; kita akan tertarik dan memberi perhatian kepada objek-objek yang bergerak seperti dalam iklan racun nyamuk, kita lebih memberi perhatian kepada cara nyamuk terbang dan terhoyong hayang lalu jatuh berbanding dengan tin racun nyamuk yang bersifat statik. Dari segi intensiti rangsangan pula; kita lebih memberi perhatian kepada warna merah berbanding warna latar putih, atau orang kurus di tengahtengah orang gemuk, suara nyaring ketika waktu malam yang hening atau suara teriakan penjual yang paling tinggi ketika di pasar malam. Kita juga memberi perhatian jika kepada sesuatu yang baru (novelty), misalnya, contohnya, suami lebih menyenangi atau suka kepada isteri muda berbanding isteri kedua apabila suami berkahwin dua. Manakala dari segi sesuatu yang berulang; kita akan menerima secara bawah sedar sesuatu perkara yang diulang-ulang kerana konsep perulangan akan menanamkan (memaksa) kita untuk menerima rangsangan supaya kita memberi perhatian. Bagaimanapun, bilangan ransangan yang boleh ditumpukan adalah terhad. Ini disebabkan semakin banyak rangsangan yang kita terima untuk diberi perhatian, maka semakin kurang tajam persepsi kita kepada rangsangan yang tertentu. Dalam proses pemilihan rangsangan ini juga, kita sebenarnya sering gagal untuk menumpukan perhatian kita kepada maklumat lain yang lebih penting. Fenomena ini disebabkan kita sering meringkaskan segala rangsangan yang kita terima. Jika keadaan ini berlaku, kita sebanrnya telah melalukan persepsi terpilih (selective perseption) di mana kita lebih menumpukan segala perhatian kita kepada rangsangan tertentu dan mengabaikan yang lain. Kita sengaja mencari rangsangan tertentu dan mengarahkan perhatian kita kepadanya. Kadang-kadang kita mengalihkan perhatian kita dari satu rangsangan ke satu rangsangan yang lain. Kita cenderung memerhatikan hal-hal tertentu yang penting, menonjol atau melibatkan diri kita. Kita menaruh perhatian kepada hal-hal tertentu sesuai dengan kepercayaan, sikap, nilai, kelaziman, dan kepentingan kita. Kita cenderung meneguhkan apa yang kita percayai, sikap, nilai dan kepentingan yang ada dalam mengarahkan perhatian kita. Kita cenderung mempersepsi apa yang mahu kita persepsikan. Ini bermakna dalam proses pemilihan rangsangan, intensiti perhatian kita tidak konsisten. Kita juga meringkaskan rangsangan dengan mengkategorikan maklumat dan mencipta stereotaip. Apabila kita melakukan stereotyping kepada orang, kita meletakkan mereka sebagai kategori tidak fleksibel dan sama di mana-mana. Misalnya seorang wanita pernah

dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya, lalu dia membuat kesimpulan bahawa semua laleki memang suka mengecewakan wanita. Atau apabila kita bertemu dengan seorang rakan bernama John, kita membuat tanggapan bahawa dia orang yang menepati masa, suka bercakap terus terang, memiliki kemahiran teknikal dan mengamalkan seks bebas. Tanggapan itu wujud kerana kita ada pengalaman bahawa orang dari negara barat lazimnya seperti itu. Ini menunjukkan stereotaip telah berlaku. Ketika memberi persepsi juga, kita akan membuat pilihan rangsangan berdasarkan du kesan utama yang kita alami. Kesan itu ialah Kesan Halo dan Kesan Horn. Kesan Halo berlaku apabila kita memberi sifat-sifat positif kepada orang lain kerana kita sukakan mereka. Misalnya, saya suka kepada kekasih yang juga isteri saya, saya akan menyatakan bahawa isteri saya cantik, pandai memasak, rajin mengemas rumah dan segala sifat-sifat positif menjadi miliknya. Manakala Kesan Horn pula berlaku apabila kita memberi sifat-sifat negatif kepada orang lain kerana kita tidak sukakan mereka. Pernahkah anda mendengar ayat ini? Kalau hendak mengetahui sifat-sifat positif seseorang, carilah sahabat karibnya, dan jika ingin mengetahui sifat-sifat negatifnya, carilah musuhnya, nescaya musuhnya akan menceritakan segala keburukan yang dimiliki olehnya. • Penyusunan dan Membentuk Struktur Ke Atas Apa Yang Kita Lihat

Setelah memilih rangsangan yang diberi tumpuan, kita menyusun rangsangan tersebut dalam bentuk yang cekap dan mudah untuk difahami. Misalnya, apabila kita melihat dan memberi tumpuan kepada pakaian seorang pengemis di pinggir jalan, kita membuat tanggapan bahawa pengemis itu jahat. Tetapi, dalam masa yang sama juga kita melihat pengemis itu sedang memberi makan kepada seorang kanak-kanak cacat yang ada di sisinya. Walhal kanak-kanak itu bukanlah anaknya. Dari pemerhatian atau rangsangan itu kita membuat pesepsi lain bahawa pengemis itu barhati mulia. Ini menunjukkan kita sebenarnya telah menyusun kembali atau membentuk struktur persepsi yang baru terhadap pengemis itu berdasarkan dua rangsangan yang kita terima. Persepsi kita juga mungkin akan kukuh lagi apabila kita berkesempatan berbual dengan pengemis tadi, atau mungkin juga akan mengabaikan beberapa persepsi lain sebelumnya. Sebenarnya kita menyusun rangsangan yang kita terima supaya kita lebih memahami seseorang atau objek yang kita lihat. Aktiviti 1: Cubalah huraikan apa yang anda lihat? Adakah anda telah mengalami proses persepsi • Menginterpretasikan Makna Yang Diperhatikan selepas memerhatikan 3 gambar tadi? Peringkat akhir persepsi ialah menginterpretasikan iaitu memberikan makna kepada apa Gambar 1: yang diperhatikan. Kita akan mengumpulkan segala rangsangan yang kita terima untuk Berapakah kaki Gajah ? diinterpretasikan secara menyeluruh supaya makna sebenar dari rangsangan itu dapat kita fahami dan membentuk persepsi kita.

Gambar 2: Ini wajah siapa?

Gambar 3: Gambar apakah ini?

II Iin

Topik 3

Persepsi Antara Perseorangan

Persepsi antara perseorangan berlaku apabila kita menerima rangsangan dari seseorang yang berinteraksi dengan kita. Persepsi Antara Perseorangan melibatkan tiga proses: Proses 1: pembentukan impresi atau gambaran terhadap seseorang: Impresi atau gambaran adalah kumpulan-kumpulan persepsi mengenai orang lain yang disimpan dan digunakan untuk menginterpretasikan perlakuan mereka. Kita memilih, menyusun dan menginterpretasikan semua persepsi untuk membentuk impresi atau gambaran umum. Kita cenderung membentuk gambaran ini dengan mudahnya tetapi kadang-kadang agak keberatan. Misalnya, kita menganggap orang yang cantik itu baik hati, tetapi di dalam hati kita masih ada rasa was-was terhadap persepsi seperti itu kerana kita ada pengalaman bahawa tidak semua orang cantik itu baik hati. Ini bermakna gambaran yang mudah dibuat selalunya menyebabkan kita teragak-agak untuk membuat kesimpulan. Apabila gambaran awal yang kita bentuk mengenai seseorang memberi kesan kepada interpretasi setiap persepsi kemudiannya, kita katakan kesan primacy telah berlaku. Misalnya, jika ibu kita menyatakan bakal tunang kita adalah seorang yang cerdik, rajin, kreatif, pandai mengambil hati, cemburu buta dan kepala batu. Apabila kita mengalami kesan sifat-sifat yang awal dinyatakan tadi dalam membuat persepsi terhadap tunang kita itu, maka kesan primacy sebenarnya telah telah berlaku ke atas kita. Sebaliknya jika kita banyak memberi tumpuan kepada perkara terakhir mengenai seseorang maka kita katakan kesan recency telah berlaku. Misalnya, dalam sifat-sifat yang dinyatakan tadi, kita lebih menumpukan kepada perkataan cemburu buta dan kepala batu sebagai asas kita membuat persepsi terhadap tunangan kita. Kita memberi persepsi bahawa bakal tunang kita tidak baik. Ini bermakna kesan recency telah berlaku ke atas kita. Proses 2: Penyusunan maklumat mengenai orang lain. Proses ini mengaplikasikan teori personaliti implisit. Di samping membentuk gambaran mengenai diri seseorang, kita juga membina persepsi kita melalui pembentukan teori implisit untuk menerangkan perlakuan orang ramai.

Teori persoanaliti implisit merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai orang secara amnya. Misalnya kita yakin bahawa apabila rakan kita itu mengerjakan solat kita memberikan satu set andaian kepadanya bahawa dia itu jujur, beriman, bermoral tinggi dan baik perilakunya. Andaian kita secara am ini mungkin benar dan mungkin salah, sebab tidak semua peribadi yang mengerjakan solat itu begitu sifatnya. Teori ini juga dikaitkan dengan konstrak peribadi. Konstruk peribadi mewakili sifat-sifat yang membolehkan kita mengkategorikan orang ke dalam dua kumpulan yang mempunyai polar berlawanan, contoh, baik atau jahat, pandai atau bodoh dsb Proses 3: Memahami makna perilaku seseorang Dalam proses ini, pembentukan teori-teori atribusi akan membantu kita untuk menerangkan mengapa orang mempunyai perlakuan tertentu. Teori atribusi merupakan teori yang menyatakan kecenderungan untuk menyesuaikan sesuatu motif atau sebab perlakuan-perlakuan yang kita perhatikan. Kita cuba untuk memahami apa yang menyebabkan seseorang itu berperilaku sedemikian apabila kita melihat dia bertindak demikian. Misalnya, kita memerhatikan seorang pelajar yang kurang motivasi apabila kita baru saja memulakan kuliah, kita cuba memahami diri pelajar berperilaku demikian kerana pelajar itu mungkin tidak sarapan pagi, pelajar itu ada masalah keluarga, atau mungkin pelajar tersebut memang tidak suka kepada kita. Oleh itu kecenderungan kita menyesuaikan perilaku pelajar itu dengan motifnya menggambarkan teori atribusi telah beroperasi ke atas diri kita. Matlamat proses atribusi ialah membentuk satu penerangan yang paling kredibel bagi perlakuan orang lain. Misalnya, dalam dewan kuliah seorang pensyarah sedang meneka perilaku mahasiswa menghadap ke depan. Mahasiswa menghadap ke depan sedang menulis nota kuliah, atau menghadap ke depan tetapi berbual dengan rakan di sebelah, atau menghadap ke depan sambil membaca majalah “Mangga” atau menghadap ke depan sambil tidur atau menghadap ke depan tetapi menghayal. Dalam konteks ini pensyarah akan membentuk satu persepsi untuk menerangkan perilaku mahasiswa menghadap ke depan sebagai mencatat nota kuliah kerana perilaku itu lebih kredibel berbanding dengan perilaku lain. Bagaimanapun, agak sukar persyarah berkenaan untuk memastikan motif perilaku mahsiswa menghadap ke depan Teori Atribusi dibahagikan 2 jenis: i. Teori Correspendent Inference. Menurut teori ini, kita cuba menentukan niat seseorang yang menyebabkan kesan daripada melakukan sesuatu- iaitu menentukan darjah kesengajaan perlakuannya. Misalnya kita memerhatikan seseorang itu sengaja bercakap terlalu laju, kita mentafsirkan niatnya adalah hendak menipu kita. Kita pun mengambil tindakan untuk tidak mempercayainya. ii. Teori Causal Attribution. Menurut teori ini terdapat tiga sebab yang dikenalpasti mengapa seseorang membuat sesuatu tindakan. Sebab itu ialah: a. keadaan (circumstances) b. rangsangan (stimulus) c. orang itu sendiri Walaupun Teori Atribusi membantu kita menentukan sebab-sebab seseorang mempunyai perlakuan tertentu, tetapi terdapat 3 yang menganggu ketepatan atribusi kita. Faktorfaktor itu ialah: AKTIVITI 2: a. kemampuan kita melaksanakan pemerhatian yang berkesan dan lengkap b. darjah kemampuan kitakepada siapa? Anda simpati melakukan pemerhatian terus ke atas sebab dan kesan c. lengkap atau tidak maklumat yang diterima d. kemampuan kita untukGadis B, jika Gadis A atau menolak sebab-sebab lain Gadis A adalah gadis yang cantik, walaupun tidak setia, Gadis B adalah gadis yang tidak setia, walaupun cantik. Adakah anda mahu kahwin kalau saya katakan: Kahwin itu berat tetapi bahagia Atau, Kahwin itu bahagia tetapi berat Jawapan: ________ Jawapan: ________

Topik 4

Halangan-halangan Persepsi

Kita mungkin bertanya mengapa kadang-kala kita membuat tanggapan yang salah terhadap seseorang atau sesuatu peristiwa? Ini ada kaitannya dengan halanganhalangan yang kita hadapi ketika membuat persepsi. Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh halangan dalam membuat persepsi yang lengkap: 1. Tidak mengendahkan perkara-perkara yang lebih terperinci Persepsi kita menjadi tidak lengkap apabila kita hanya menumpukan kepada perkara yang yang nyata dan superficial sahaja. Kita membuat tanggapan yang bias apabila kita tidak mengambil kira perkara yang tersirat sebaliknya menumpukan kepada yang tersurat. Misalnya, kita hanya melihat pakaian seseorang tetapi tidak mengendahkan pewangi yang digunakannya. 2. Membuat generalisasi umum Persepsi kita juga akan silap apabila kita mengambil kesimpulan dari maklumat yang sedikit sebagai wakil keseluruhan maklumat. Atau kita mengambil kesimpulan dari satu dua orang untuk menggambarkan keseluruhan populasi. Misalnya, kita menganggap kebanyakan pelajar sekolah jahat kerana kita pernah dirompak oleh seorang pelajar yang telah mencuri barangan kita yang bernilai. 3. Berpegang kepada konsep awal (pre-conception) Apabila kita tidak boleh menerima maklumat yang mungkin tidak menyamai konsep atau kepercayaan awal kita, persepsi kita tidak akan lengkap. 4. Terlalu yakin kepada perlakuan yang konsisten Kita akan terperangkap dengan persepsi yang statik jika kita tidak mengambil kira kemungkinan berlakunya perubahan. Misalnya, kita membuat tanggapan terhadap seorang anak jiran kita yang nakal ketika kecil dulu kerana anak itu telah melempar tingkap rumah kita sehingga pecah. Ketika anak itusudah berumur 25 tahun pun kita terlalu yakin bahawa anak itu masih anak yang nakal lagi. 5. Meyakini idea awal mengenai sebab musabab sesuatu perlakuan yang diperhatikan Kita terlalu yakin bahawa kawan kita merasa sedih kerana ditinggalkan kekasihnya, sedangkan sebenarnya kawan kita itu kesedihan kerana ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Idea awal kita tentang sebab kesedihan itu berdasarkan perlakuan yang kita perhatikan terhadap diri kawan kita yang masih membujang sekian lama. Jika demikian, persepsi kita menjadi tidak lengkap disebabkan idea awal yang kita yakini itu. 6. Memilih penjelasan atau penerangan mudah terhadap sesuatu yang kompleks. Sesuatu perkara yang berlaku mungkin kompleks dan sukar untuk ditafsirkan tanpa perhatian yang sepenuhnya dan menyeluruh. Bagaimanapun, apabila kita mengambil jalan mudah untuk menjelaskan perkara atau peristiwa itu, ini bermakna persepsi kita tidak menjadi lengkap kerana memilih untuk menerangkannya secara ringkas sedangkan perkara itu perlu dijelaskan dengan terperinci. 7. Mengenepikan situasi yang menyebabkan perlakuan itu dilakukan oleh seseorang Kita selalu gagal membuat perbandingan mengenai perlakuan seseorang dengan orang lain dalam situasi yang sama. Kegagalan membuat perbandingan ini menunjukkan ketidakmampuan kita untuk menggunakan pengalaman dengan orang lain untuk mempersepsikan seseorang yang lain berdasarkan situasi yang sama. Ini menghalang persepsi yang lengkap. 8. Menjadikan maklumat yang tidak memadai sebagai memadai Apabila kita menerima maklumat yang ringkas, kita sering menganggap bahawa maklumat itu sudah mencukupi untuk menjelaskan perkara yang kita perhatikan. Ini menyebabkan kita membuat persepsi berdasarkan maklumat yang sedikit dan menganggapnya sebagai sesuatu. Keadaan seperti ini akan menyebabkan kita terhalang untuk membuat persepsi yang lengkap. 9. Memberikan penekanan kepada maklumat negatif sahaja Ramai orang lebih menumpukan keburukan orang lain berbanding kebaikan yang dilakukan oleh mereka. Kita menekankan kepada maklumat yang negatif sehingga kita mengabaikan maklumat yang positif terhadap seseorang. Apabila ini berlaku, kita sebenarnya bias dan ini menghalang kita membuat pertimbangan dan persepsi yang lengkap.

10. Mengubah atribusi kita untuk memenuhi selera kita kepada seseorang yang kita suka atau tidak suka. Kita membuat persepsi yang tidak lengkap apabila kita mentafsir perlakuan seseorang berdasarkan minat dan kecenderungan kita kerana kita suka atau tidak suka kepada peribadi itu.

Topik 5 Strategi Peribadi

Memperbaiki

Kemahiran

Persepsi

Kemahiran persepsi peribadi juga bukan kemahiran semulajadi. Latihan amat penting untuk memperbaiki persepsi kita dalam konteks komunikasi antara perseorangan. Persepsi yang lengkap dan menyeluruh akan memudahkan intekarsi kita dengan orang lain. Terdapat 7 strategi meningkatkan kemahiran persepsi antara peseorangan iaitu: 1. Meningkatkan kefahaman tentang proses persepsi. Banyakkan membaca buku-buku berkaitan dengan kemahiran persepsi. Kemudian selalulah persoalkan persepsi kita dan analisislah mengapa kita membuat persepsi seperti itu. 2. Meningkatkan kebolehan membuat pemerhatian Kita boleh tingkatkan bilangan maklumat yang diproses melalui deria kita dengan cara menumpukan perhatian kepada input itu secara sedar. Misalnya, apabila berinteraksi dengan orang lain, cuba kenali input yang terperinci sementara memahami gambaran sebenarnya secara keseluruhan. 3. Mengenali unsur-unsur yang memberi makna Berlatihlah mencari elemen-elemen yang tersirat untuk dipastikan maknanya apabila bergaul atau berinteraksi dengan orang lain. Jangan lupa untuk bertanya sesuatu simbol yang kita tidak fahami dengan orang yang berinteraksi dengan kita. 4. Periksa persepsi kita Kenal pasti persepsi kita sama ada a) persepsi tidak terus (indirect) – iaitu mencari maklumat tambahan melalui persepsi pasif sama ada untuk mengesahkan atau menolak interpretasi kita, atau persepsi terus (direct) – iaitu membuat pertanyaan secara terus sama ada interpretasi mengenai persepsi kita adalah betul atau tidak. Memeriksa persepsi amat penting untuk mengelakkan kita salah faham atau salah persepsi. 5. Tingkatkan kesedaran tentang ketidaktepatan persepsi kita dan perbaiki Sentiasalah menyedari bahawa persepsi kita mungkin tidak tepat dan berusaha untuk membaiki persepsi itu dengan sedaya upaya berdasarkan sensitiviti kita kepada persekitaran. 6. Tingkatkan kesedaran mengenai persepsi orang lain ke atas diri kita dan dapatkan maklumbalas yang membina dan ikhlas. Ambillah perhatian terhadap tindakbalas orang lain terhadap diri kita supaya kita tahu persepsi orang lain mengenai diri kita. Kesedaran terhadap persepsi orang lain kepada kita membantu kita membuat persepsi terhadap orang lain. 7. Bentuk orientasi decentrering, empati dan other-orientation Cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai keadaan atau situasi yang mempengaruhi tindakan seseorang itu. Ini membantu kita mengaitkan perlakuan seseorang dengan konteks di mana dia berperilaku demikian. Latih diri untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang diri orang itu.

Rumusan
Dalam unit ini anda telah mempelajari bahawa: • Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria dan kemudiannya kita memberi makna kepada ransangan yang diterima itu. Terdapat dua jenis persepsi iaitu persepsi pasif dan persepsi aktif • Persepsi terdiri daripada 3 peringkat proses iaitu 1) pemilihan rangsangan, 2) penyusunan dan dan membentuk struktur ke atas apa yang kita lihat, dan 3) menginterpretasikan atau memberi makna kepada apa yang diperhatikan. • Stereotaip berlaku apabila kita meringkaskan rangsangan dengan cara mengkategorikan maklumat. • Kesan Halo berlaku apabila kita memberi sifat-sifat positif kepada orang lain kerana kita sukakan mereka. • Kesan Horn berlaku apabila kita memberi sifat-sifat negatif kepada orang lain kerana kita tidak sukakan mereka. • Persepsi Antara Perseorangan melibatkan tiga proses iaitu 1) pembentukan impresi atau gambaran terhadap seseorang, 2) penyusunan maklumat mengenai orang lain, dan 3) memahami makna perilaku seseorang. • Kesan primacy berlaku apabila gambaran awal yang kita bentuk mengenai seseorang memberi kesan kepada interpretasi setiap persepsi kemudiannya. • Kesan recency berlaku jika kita banyak memberi tumpuan kepada perkara terakhir mengenai seseorang dan mengabaikan gambaran awal. • Teori persoanaliti implisit merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai orang secara amnya. • Teori atribusi merupakan teori yang menyatakan kecenderungan untuk menyesuaikan sesuatu motif atau sebab perlakuan-perlakuan yang kita perhatikan. • Terdapat sepuluh halangan dalam membuat persepsi yang lengkap. Halanganhalangan ini meliputi faktor personal dan situasional. • Kemahiran persepsi peribadi bukan kemahiran semulajadi. Oleh itu, terdapat 7 strategi untuk meningkatkan kemahiran persepsi antara peseorangan supaya persepsi kita menjadi lengkap dan berkesan.

Rujukan
Beebe, S.A., Beebe, S.J., and Redmond, M.V. (1999). Interpersonal communication: Relating to others. Boston: Allyn and Bacon Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. & Towne N. (1999). Interplay: The process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace. Adler, R.B. & Towne N. (1999). Looking out, looking in (9th ed.) Forth Woth: Harcourt Brace

Soalan-soalan Ulangkaji
1. Huraikan makna persepsi dengan memberikan beberapa contoh yang pernah alami sendiri. 2. Apakah proses-proses yang berlaku semasa kita membuat persepsi terhadap seseorang? Mengapakah kita perlu memahami proses-proses tersebut? 3. Bezakan antara kesan halo dengan kesan horn dengan memberi contoh-contoh yang relevan dengan diri anda. 4. Huraikan halangan-halangan yang menyebabkan persepsi anda tidak lengkap. 5. Apakah strategi-strategi yang boleh anda laksanakan untuk meningkatkan kemahiran persepsi anda? 6. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenalpasti beberapa proses dan konsep-konsep yang berkaitan dengan persepsi. Dalam satu pertemuan pertama di antara Sopia dan Ahmad di sebuah restoran makanan ala Thailand, Sopia tersenyum dan memuji Ahmad kerana berpakaian kemas. Ahmad merasa was-was untuk membalas senyuman Sopia itu kerana Sopia baru kali pertama ditemui. Semasa mereka duduk berhadapan, Ahmad hanya menundukkan kepalanya sambil melihat bucu kasutnya yang tidak berkilat. Sopia tidak mempedulikan tindakan Ahmad. Sopia terus memulakan perbualan dengan menanyakan khabar kesihatan Ahmad. Ahmad hanya menjawab “baik” tanpa memberi sebarang kata-kata lanjutan. Ahmad merasa dirinya pada hari itu seperti orang yang serba tak kena, walhal sebelum dia menghadirkan diri ke pertemuan itu, dia amat berharap agar orang yang ditemui itu seorang yang jelita, baik hati, berpendirian, tegas, cerdik, bertoleransi dan periang sebagaimana yang diceritakan oleh Muthu. Muthu adalah kawan baik Ahmad dan juga kawan baik Sopia. Muthu memang sukakan Sopia kerana Sopia selalu belanja dia makan Capati setiap hari di kantin kolej. Tetapi harapannya tidak kesampaian apabila melihat Sopia hanyalah “gadis biasa” sahaja yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan walaupun tutur bahasa dan senyuman Sopia cukup manis pada pandangan orang yang pernah menyayanginya. Apabila Sopia menyedari perlakuan Ahmad yang dingin itu, Sopia segera membuat kesimpulan bahawa lelaki hanya tahu mengambil kesempatan untuk bertemu sahaja sebagaimana orang-orang yang pernah mengecewakannya. Lantas Sopia membuat andaian bahawa, kalaupun “pertemuan pertama” dilakukan sebaik mungkin dengan orang yang baru dikenali, tidak semua perilaku baik akan ditunjukkan oleh orang itu. Sopia membuat kesimpulan itu kerana dia melihat Ahmad pada mulanya sebagai orang yang baik, bertanggungjawab, berbudi bahasa, peramah tetapi amat pemalu sebagaimana yang diceritakan oleh Sui Lan teman sebiliknya di kolej. Selain hanya menundukkan kepala, Ahmad hanya melihat bucu kasutnya, Ahmad tidak pernah sekalipun memulakan perbualan. Soalan hanya datang dari Sopia dan dijawab oleh Ahmad tanpa sebarang perasaan. Disebalik perilaku Ahmad itu, Ahmad mencari-cari apakah niat Sopia sentiasa bertanya dan melontarkan senyuman diawal perjumpaan mereka itu. Ahmad juga kurang memberi respons ketika pertemuan itu kerana dia cukup kekok berada di dalam restoran yang serba mewah itu. Tempat pertemuan itu diatur oleh Muthu dan Sui Lan dengan persetujuan Sopia yang sanggup membayar segala perbelanjaan pada ketika itu. Bagaimanapun, selepas seminggu dari pertemuan pertama itu, mereka bertemu secara tidak sengaja di perpustakaan kolej. Dalam pertemuan itu, Ahmad tidak lagi bertindak seperti yang kerap ditanggap oleh Sopia. Ahmad berperlaku mesra dan sentiasa memberi senyuman kepada Sopia. Sopia amat gembira dengan perubahan itu.