You are on page 1of 14

PRAKATA

KETUA PENGARAH
PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
MALAYSIA

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai di


Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam
memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu,
handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai
oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas
perhubungan perusahaan.
Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk
dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif
di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka,
maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk
perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan
dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan
Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.
Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM
yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.

Fong Khei Por J.S.M, A.M.K


Ketua Pengarah
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

KANDUNGAN
Prakata

1.
Pendahuluan

2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja

3. Perundangan Mengenai Skop Perwaki|an Kesatuan Sekerja

4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan

5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan



6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A)

7. Aduan Mengenai Skop/Kapasiti Keahlian Kesatuan Sekerja

8.
Proses Undi Sulit

9. Tindakan-Tindakan Yang Dilarang Semasa Prosiding
Tuntutan Pengiktirafan

10. Penalti Bagi Kesalahan Bersabit Tuntutan Pengiktirafan

11. Proses Kerja Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan


Kesatuan Sekerja

12. Lain-lain Peruntukan Yang Berkaitan



13. Carta Aliran Kerja Proses Tuntutan Pengiktirafan

4
4
5

6
7
7
8

10
11

1. Pendahuluan







Pengiktirafan kesatuan sekerja merupakan aspek penting di


bawah sistem perhubungan perusahaan di Malaysia. Sesebuah
kesatuan sekerja mesti mendapatkan pengiktirafan daripada
majikan sebelum kesatuan berkenaan boleh mempelawa majikan
untuk memulakan perundingan kolektif. Prosedur dan proses
tuntutan pengiktirafan adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 9,
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) dan PeraturanPeraturan di bawahnya.

Handbook ini diterbitkan sebagai panduan khususnya kepada


para majikan dan pekerja bagi memahami proses pengendalian
tuntutan pengiktirafan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan,
keterangan lanjut mengenainya boleh didapati daripada mana mana pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di
seluruh negara.
2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja
2.1


Pengiktirafan oleh majikan terhadap sesebuah kesatuan


sekerja merupakan pra-syarat sebelum kesatuan berkenaan
boleh menjemput majikan untuk mengadakan perundingan
kolektif.

2.2



Pengiktirafan ke atas kesatuan sekerja membolehkan


sesebuah kesatuan itu berfungsi sebagai badan atau ejen
yang mewakili para pekerja dalam meningkatkan hubungan
kerjasama serta perhubungan perusahaan yang harmoni
dan kondusif di tempat pekerjaan.

3. Perundangan Mengenai Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja


3.1 Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut
pengiktirafan berkaitan pekerja-pekerja yang digajikan
dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau

keselamatan sekiranya majoriti daripada keahliannya terdiri


daripada pekerja-pekerja yang bukan digajikan dalam manamana kapasiti tersebut.

4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan


4.1 Pengiktirafan kesatuan sekerja melibatkan kriteria-kriteria
berikut:
4.1.1 Kelayakan (competency) kesatuan sekerja iaitu sama
ada kesatuan berkenaan layak untuk mewakili
pekerja-pekerja di sesebuah tempat pekerjaan
(establishment) atau di dalam tred atau jawatan
(occupation) atau industri.
4.1.2 Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang
ditetapkan di bawah perlembagaan kesatuan.
4.1.3 Kekuatan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut
mempunyai majoriti (50% + 1 orang pekerja) di
kalangan pekerja-pekerja yang hendak diwakilinya.
5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan
5.1 Sesebuah kesatuan sekerja berdaftar boleh menuntut
pengiktirafan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen
9(2), APP 1967. Tuntutan hendaklah dikemukakan dalam
Borang A.
5.2 Satu salinan asal Borang A berserta satu salinan
Perlembagaan Kesatuan hendaklah dihantar secara pos
berdaftar akuan terima atau kurier atau secara kediri
kepada majikan dan satu salinan kepada Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM).

6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A)


6.1 Majikan hendaklah mengambil satu daripada langkah langkah berikut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis
tuntutan pengiktirafan :
(i) Mengiktiraf kesatuan sekerja secara sukarela (voluntarily);
atau
(ii) Jika pengiktirafan tidak diberi, memaklumkan pihak
kesatuan secara bertulis sebab-sebab mengapa
pengiktirafan tidak diberi; atau
6.2 Apabila sesebuah kesatuan sekerja menerima makluman
di bawah perenggan 6.1 (ii) atau majikan gagal memberikan
sebarang jawapan, kesatuan hendaklah dalam tempoh 14
hari dari :
(i) Tarikh penerimaan maklumbalas majikan di bawah
perenggan 6.1 (ii); atau

(ii) Berakhirnya tempoh 21 hari di bawah perenggan 6.1,
mengemukakan aduan secara bertulis kepada KPPPM.

Kegagalan
kesatuan
berbuat
demikian
akan
menyebabkan tuntutan pengiktirafan ini dianggap telah
ditarik balik.
6.3 Setelah menerima aduan di bawah perenggan 6.2, KPPPM
boleh mengambil langkah-langkah yang dianggap perlu atau
wajar bagi menyelesaikan tuntutan pengiktirafan tersebut
sejajar dengan peruntukan Seksyen 9 (4A), APP 1967
seperti berikut :
(i) Kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili semua
pekerja atau golongan pekerja tertentu yang menuntut
pengiktirafan; dan

(ii) Menentukan peratusan ahli melalui undi sulit (secret


ballot).
6.4 Untuk tujuan menyelesaikan kemusykilan di perenggan 6.3
di atas, KPPPM boleh mengambil langkah-langkah berikut :
(i) Meminta pihak majikan supaya mengemukakan senarai
nama pekerja pada tarikh tuntutan pengiktirafan dibuat
(Borang B) serta apa-apa maklumat yang dianggap perlu
dan relevan.
(iii)
Merujuk kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
(KPKS) bagi menentukan kelayakan kesatuan untuk
mewakili pekerja-pekerja syarikat;
(iii)
Memasuki premis majikan bagi tujuan memeriksa
rekod atau dokumen atau mengendalikan undi sulit.
7. Aduan Mengenai Skop/Kapasiti Keahlian Kesatuan Sekerja



Sebarang aduan berhubung skop/kapasiti keahlian kesatuan sekerja


bolehlah dikemukakan kepada KPPPM di bawah Seksyen
9(1A), APP 1967 supaya langkah-langkah yang sewajarnya
dapat diambil untuk menyelesaikannya.

8. Proses Undi Sulit


8.1 Proses undi sulit merupakan proses penting dalam menentukan
sesebuah kesatuan sekerja itu mempunyai sokongan majoriti
(50% + 1 orang pekerja).
8.2 Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan proses
undi sulit termasuk menentukan tarikh, masa dan tempat undi
sulit dijalankan. Satu memorandum persetujuan akan
ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

9.
Tindakan-Tindakan Yang
Tuntutan Pengiktirafan

Dilarang

Semasa

Prosiding

9.1
Majikan adalah dilarang mengisytiharkan sekat-masuk
(lock-out) atau menamatkan pekerjaan mana-mana
pekerjanya kecuali atas alasan-alasan tatatertib (misconduct).
9.2 Pihak kesatuan pula dilarang daripada melancarkan apa-apa
tindakan perusahaan seperti mogok atau piket.
10. Penalti Bagi Kesalahan Bersabit Tuntutan Pengiktirafan
Seksyen 60, APP 1967 menetapkan penalti yang membawa
hukuman penjara untuk tempoh tidak melebihi dua tahun
atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya
atas perlanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta
tersebut; atau atas ketidakpatuhan terhadap apa-apa saman,
perintah atau arahan yang diberi atau dibuat di bawah Akta
berkenaan.

11. Proses Kerja Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan


Sekerja

12. Lain-Lain Peruntukan Yang Berkaitan


12.1 Apabila sesebuah kesatuan sekerja telah mendapat
pengiktirafan daripada majikan atau diputuskan oleh Y.B.
Menteri
ke
atas
mana-mana
pekerja
atau
kelas pekerja, maka kesatuan lain tidak boleh
menuntut pengiktirafan ke atas mana-mana pekerja atau
kelas pekerja yang sama sehingga tempoh tiga tahun
berakhir.
12.2 Apabila sesebuah kesatuan yang menuntut pengiktirafan
telah menarik balik tuntutan pengiktirafan selepas aduan di
bawah Seksyen 9(4) APP 1967 dibuat kepada KPPPM
atau Y.B. Menteri telah membuat keputusan bahawa
pengiktirafan tidak diberikan, maka kesatuan tersebut
tidak boleh membuat tuntutan semula untuk mendapatkan
pengiktirafan sehingga tempoh enam bulan berakhir
daripada tarikh surat tarik balik atau tarikh keputusan
Y.B. Menteri.

10

13. Carta Aliran Kerja Proses Tuntutan Pengiktirafan

11

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan
dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a
retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical,
photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the
Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

12