You are on page 1of 7

PENGENALAN

Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam sejarah
Islam.Peristiwa ini disambut pada bulan Rejab setiap tahun untuk memperingati dan
mengambil pengajaran daripadanya.

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada


malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .
ISRAK ialah Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada waktu malam dari
Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid al- Aqsa di Baitul-Maqdis, Palestin.
MIKRAJ ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Masjid Al-Aqsa naik ke
langit hingga ke Sidratul-Muntaha dan terus ke Hadziratul- Quds.
Mengikut pendapat yang masyhur, peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab tahun ke 11 Kerasulan, bersamaan dengan tahun
612M, lebih kurang setahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.
Ketika itu Nabi Muhammad berumur 52 tahun.
Peristiwa ini juga berlaku selepas Tahun Dukacita iaitu setelah kewafatan
isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Sebelum peristiwa ini, Nabi dihina, dicaci dan dicederakan di Taif ketika cuba
menyebarkan dakwah Islamiah di sana.
MENGAPA ISRAK DAN MIKRAJ BERLAKU ?
Salah satu mukjizat Nabi Muhammad.
Salah satu cara Allah menunjukkan kekuasaanNya.
Menghibur dan menenangkan hati Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi menerima perintah solat secara langsung dari Allah di tempat yang
paling tinggi dan suci (Hadziratul Quds)

PERISTIWA SEBELUM ISRAK


Nabi Muhammad dibedah oleh Malaikat Jibril dan Mikail a.s. untuk menyucikan
hati. Ketika itu Nabi sedang tidur di Masjid Al-Haram bersama Hamzah dan
Jaafar bin Abu Talib.
Setelah dibedah, seekor Buroq membawa Nabi untuk di Israkkan.
TEMPAT-TEMPAT PERSINGGAHAN NABI SEMASA ISRAK
1. Kota Toiyibah @ Yathrib (Madinah)- Tempat Nabi akan berhijrah dan
menegakkan negara Islam.
2.

Madyan - Tempat Nabi Musa berteduh.

3. Bukit Tursina - Tempat Nabi Musa bermunajat dengan Allah.


4. Baitul-Laham- Tempat Nabi Isa dilahirkan.
5.

Baitul- Maqdis- Tempat yang menjadi kiblat yang pertama bagi umat Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. solat sunat 2 rakaat di semua tempat yang


disinggahi.
BEBERAPA GAMBARAN YANG DIPERLIHATKAN KEPADA NABI
MUHAMMAD S.A.W. KETIKA DIISRAKKAN
1. Jin Afrit membawa obor dan mengejar Nabi dari belakang dengan
tujuan untuk menghalang perjalanannya.
Setiap usaha kebaikan pasti ada halangan, gangguan dan ujian.
Musuh utama manusia ialah syaitan dan sekutunya.
Manusia dilarang bersahabat dan mendekati syaitan dan sekutunya.
2. Petani bercucuk tanam dan dapat memungut hasilnya dengan segera
tanpa henti-henti.
Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang berjihad pada
jalanNya dan suka bersedekah.
Orang yang buat kebaikan pasti akan menerima ganjaran dari Allah.
Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal dan
membuat kebajikan.
3. Bau wangi kubur tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah) dan
anaknya.
Iman yang teguh perisai utama dari sebarang ujian dan dugaan Allah.

Allah akan mengurniakan kepada orang yang berani mempertahankan


keimanan.
Kemuliaan seseorang terletak di atas keimanan.

4. Manusia memecahkan kepalanya sendiri dengan batu.


Balasan orang yang berat atau malas mengerjakan solat fardu.
Solat fardu ibadah yang wajib diutamakan bagi setiap muslim.
Setiap muslim mesti menjaga solatnya walau dalam keadaan apa sekalipun.
5. Manusia makan duri daripada bara api.
Orang yang tidak mengeluarkan zakat akan diazab di akhirat nanti.
Zakat perlu dikeluarkan bagi orang yang telah cukup syarat untuk
kepentingan orang Islam.
Zakat juga merupakan perisai orang Islam di alam barzakh dan di akhirat.
6. Manusia makan daging busuk.
Perbuatan zina adalah dosa besar dan azab yang menanti di akhirat.
Zina merosakkan institusi masyarakat.
Zina, homoseks, lesbian dan seumpamanya boleh membawa kepada pelbagai
penyakit seperti AIDS, Siplis dan sebagainya.
7. Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan batu.
Amalan riba adalah haram dan punca penindasan dan kezaliman dalam
masyarakat.
Orang yang mengamalkan riba termasuk pemberi, penerima, pencatat dan
saksi akan menerima azab Allah.
Islam menggalakkan sifat tolong-menolong, bermuafakat dan kasihmengasihani dalam hidup bermasyarakat.
8. Kayu berduri mengait orang yang lalu.
Orang yang suka mengganggu atau menhalang orang lain membuat
kebajikan akan dibalas dengan siksa yang pedih.
Islam menggalakkan umatnya menjaga ketenteraman awam.
Islam juga melarang umatnya membuang masa dan membuat kerja yang
tidak berfaedah.

9. Manusia yang tidak mampu mengangkat beban (kayu) yang dipikul


tetapi terus ditambah.
Siksaan yang pedih bagi orang yang menerima amanah tetapi tidak
melaksanakannya.
Amanah mesti ditunaikan kepada orang yang berhak.
Sikap tamak, pentingkan diri sendiri gila kuasa (pangkat) adalah sifat yang
dibenci oleh Allah.

10.Manusia yang menggunting lidah dan bibirnya dengan gunting api


neraka.
Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa
yang dicakapnya.
Orang Islam mestilah bercakap benar dan merialisasikannya.
Bercakap dusta adalah di antara ciri-ciri orang munafik
11.Manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga.
Mengumpat adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi.
Fitnah boleh merosakkan diri sendiri dan hubungan masyarakat.
Siksaan yang pedih kepada orang yang suka mengumpat dan suka
mendengarnya.
12.Anak lembu yang keluar daripada lubang yang sempit dan bila besar
ia bersusah payah hendak masuk semula ke dalam lubang yang
sempit itu.
Sikap angkuh dan menyombong diri adalah ditegah oleh Islam.
Sifat sombong dan angkuh juga punca permusuhan dan menutuskan silatur
rahim.
Amalkan cara hidup Islam dengan sifat-sifat mahmudah.
13.Mendengar panggilan daripada sebelah kanan (Yahudi) dan kiri
(Nasrani).
Yahudi dan Nasrani adalah musuh tradisi orang-orang Islam.
Golongan ini akan sedaya-upaya cuba menghancurkan Islam dan umatnya.
Setiap muslim mesti sentiasa berwaspada dengan tektik dan gerakan Yahudi
dan Nasrani dengan memantapkan akidah dan perpaduan ummah.

14.Suara panggilan wanita yang sangat cantik dengan penuh perhiasan


di tubuhnya.
Kemewahan dunia digambarkan dengan wanita yang cantik dan penuh
dengan perhiasan yang boleh menggoda manusia menunaikan tanggugjawab
sebagai khalifah Allah.
Orang yang kurang mantap akidahnya akan diperalatkan untuk merosakkan
masyarakat.
Setiap Muslim mesti menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
15.Orang tua yang menghalang di tengah jalan untuk mengemukakan
pertanyaan kepada Nabi.
Iblis sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal penat dan putus asa
untuk menggoda manusia dengan pelbagai cara.
Setiap muslim mesti sentiasa berwaspada dengan tipu muslihat syaitan.
Sikap istiqomah dalam ibadah dapat menyekat godaan syaitan.
16.Perempuan yang terlalu tua (bongkok) memanggil Nabi Muhammad
untuk bertanya.
Bumi telah terlalu tua, hampir berlaku kiamat.
Setiap Muslim hendaklah memanfaatkan masa dengan kerja yang berfaedah
di dunia dan akhirat.
Membanyak dan menyegerakan taubat kepada Allah dan memohon maaf
sesama manusia.
PERISTIWA-PERISTIWA YANG DIALAMI OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W.
KETIKA DIMIKRAJKAN.
1. Menemui para Nabi dan malaikat yang menyambut kedatangannya
dengan penuh penghormatan dan kemuliaan pada setiap pintu langit
yang dilaluinya serta mendoakan untuknya. Di antara Nabi-nabi yang
ditemui oleh Baginda ialah :
Langit Pertama Bertemu dengan Nabi Adam a.s.
Langit Kedua Bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
Langit yang Keempat Bertemu dengan Nabi Idris a.s.
Langit yang Kelima Bertemu dengan Nabi Harun a.s.
Langit yang Keenam Bertemu dengan Nabi Musa a.s.
Langit yang Ketujuh Bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s ada berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar
umatnya memperbanyakkan tanaman syurga dengan membaca zikir
seperti berikut :





2. Setelah melalui lapisan langit yang ketujuh, Nabi Muhammad melihat
pelbagai keajaiban sehingga Baginda dibawa ke Sidratul-Muntaha. Di
sini Nabi dapat melihat rupa Malaikat Jibrail a.s. yang sebenar.
3. Nabi Muhammad s.a.w. juga dibawa melihat syurga yang mempunyai
8 tingkat dan neraka 7 tingkat serta penghuni-penghuninya. Nabi
melihat kebanyakan ahli syurga terdiri dari orang-orang miskin.
Manakala neraka kebanyakan terdiri dari kaum wanita.
4. Nabi terus diMikrajkan sehingga ke Mustawa hingga Nabi
mendengar Qalam yang menulis di Luh- Mahfuz. Seterusnya naik
hingga ke Arasy dan di sinilah Nabi bermunajat dengan Allah.
5. Kemuncak dari Israk dan Mikraj ini adalah kefarduan ibadah solat.
Pada mulanya sebanyak 50 waktu, tetapi atas nasihat Nabi Musa a.s.
, Nabi berulang- alik menemui Allah, akhirnya solat fardu hanya
tinggal 5 waktu sehari semalam sahaja yang difardukan kepada umat
Nabi Muhammad s.a.w.

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


1. Peristiwa ini adalah bukti kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah yang
boleh melakukan sesuatu dengan qudrat dan iradatNya yang ditunjukkan
kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umatnya.
2. Solat ialah satu-satunya ibadah yang diwahyukan secara langsung kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu solat merupakan tunggak segala ibadah dan
sebagai penentu penerimaan amalan-amalan lain.
3. Peristiwa ini juga menguji keimanan manusia sama ada menyakini tentang
apa yang disampaikan oleh Nabi atau menolaknya.
4. Gambaran-gambaran yang dipaparkan dalam peristiwa ini banyak yang boleh
dijadikan pengajaran supaya manusia menjauhkan maksiat dan sifat-sifat
mazmumah (terkeji) dan mengerjakan perintah Allah serta mengamalkan
sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam kehidupan seharian. Ganjaran yang
besar bagi orang yang beriman dan siksaan yang pedih bagi mereka yang
ingkar.
5. Setiap Muslim juga mesti berwaspada dari godaan-godaan syaitan di samping
perancangan-perancangan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menghapus
umat Islam di bumi ini hingga hari kiamat.
6. Setiap Muslim hendaklah melakukan Tazkiyatul-Nafs iaitu penyucian jiwa
dan hati dengan solat, zikrullah, membaca Al-Quran, infaq harta, muhasabah,
mengingati mati dan sebagainya.

You might also like