1.

0 PENGHARGAAN

1

PENGHARGAAN

‫السلم عليكم ورحمة ال تعالى وبركاته‬
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran

kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Salmawati Mohd Diah Pensyarah Matapelajaran Pengantar Pendidikan, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2

2.0 PENGENALAN

3

PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam Rancangan Malaysia Ke-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara. Antaranya ialah : • • • • • • Teras 1 Membina Negara Bangsa Teras 2 Membangunkan Modal Insan Teras 3 Memperkasakan SekolahKebangsaan Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan KPM

Dalam kerja kurusus pendek kali ini, analisis dibuat berdasarkan PIPP dan hubungkaitnya dengan guru sebagai sebagai satu profesion bagi mencapai Misi Nasional..

4

3.0 E S E I

5

DEFINISI memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan

MEMARTABA T PROFESION PERGURUAN

LANGKAH-LANGKAH MARTABAT PROFESION PERGURUAN

KENAIKAN JAWATAN / PANGKAT

KEMUDAHAN KEDIAMAN DAN BILIK GURU / KELAS

SYARAT PENGAMBILAN GURU DI PERKETAT

MELAHIR GURU PENDIDIKAN ISLAM BERKUALITI

MENAIK TARAF MAKTAB KEPADA IPG

6

Dalam

teras

ke-5

terkandung

penyataan

’Memartabatkan

Profesion

Keguruan’. Mengikut Kamus Dewan, ’profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat. Secara khususnya, maksud memartabatkan profesion keguruan adalah memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Ia juga dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. Oleh yang demikian, pelbagai inisiatif telah diambil oleh beberapa pihak tertentu yang berperanan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta perlu bersama-sama mengambil peranan masing-masing dalam meningkatkan martabat profesion keguruan ini. Antara peranan yang jelas digerakkan adalah dari pihak kerajaan yang melaksanakan dasar kerajaan iaitu Misi Nasional. Dalam teras kedua Misi Nasional berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan martabat profesion keguruan. Sehubungan dengan itu, usaha dipergiatkan bagi membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah keupayaan ilmu pengetahuan . Teras dalam Misi Nasional ini diperincikan melalui PIPP untuk mengangkat martabat profesion keguruan. Pelbagai langkah diambil seperti membuka peluang peningkatan kerjaya. Melalui langkah ini, kerajaan mewujudkan beberapa garis panduan bagi menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat guru-guru seperti meningkatkan quota Guru Cemerlang PPP, Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG32 ‘Martabat’ pula

7

serta menambah gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang PPPLD sehingga ke Gred DGA34. Kesannya, pemantapan kerjaya guru terhasil melalui kenaikan ini. Selain itu, syarat pengambilan guru diperketatkan untuk melahirkan tenaga pengajar yang berwibawa. Terdapat tiga program kursus yang ditawarkan dan calon yang memohon mestilah menduduki menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga. Tambahan lagi, KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. Langkah ini diambil bagi memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi latihan serta menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Ia juga melahirkan guru siswazah yang memahami keperluan dan cabaran sekolah ke arah mencapai sasaran kementerian untuk mengisi 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010. KPM juga mengambil langkah bagi melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI). Ia merupakan usaha untuk memberi ilmu dan pendidikan berteraskan wahyu kepada penganutnya supaya dapat memahami dan dapat menghayatinya dalam kehidupan demi untuk kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelaksanaan j-QAF juga inisiatif untuk memartabatkan profesion keguruan. Kemudahan kediaman guru juga dinaik taraf supaya guru boleh

melaksanakan tugas dengan selesa terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman. Kemudahan bilik guru dan bilik darjah juga turut dinaik taraf bagi melahirkan suasana yang kondusif.

8

Perlu pendidikan tinggi dan khas

melewati ruang tempat, masa dan ketika

guru mementingkan perkhidmatan untuk muridnya berbanding kepentingan dirinya

GURU SEBAGAI PROFESION

pekhidmatan guru penting pada masa kini untuk mendidik golongan anak muda

MARTABAT PROFESION PERGURUAN

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Tanggungjawab terhadap pelajar

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

tanggungjawab tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

9

Guru merupakan satu profesion kerana ia memerlukan pendidikan tinggi dan latihan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Sebab kukuh guru adalah satu profesion adalah kerana pekhidmatan guru penting pada masa kini untuk mendidik golongan anak muda. Ia merupakan salah satu ciri-ciri profesion. Selain itu, guru sentiasa mementingkan perkhidmatan untuk muridnya berbanding kepentingan dirinya. Contohnya, pada cuti sekolah guru-guru akan mengorbankan masanya untuk menghadiri kursus KBSR serta menyediakan alat bantu mengajar. Dengan alasan di atas, maka jelaslah bahawa perguruan adalah satu profesion. Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta menaikkan lagi martabat mutu profesion, satu kod etika telah disediakan. Kod ini dinamakan Kod Etika Perguruan Malaysia. Kod etika ini telah tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru. Kod etika ini juga di sediakan dalam bentuk ikrar. Setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam Tatasusila Profesion Keguruan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: 1. tanggungjawab terhadap pelajar; 2. tanggungjawab terhadap ibu bapa; 3. tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan 4. tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakantindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Ini bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan meningkatkan martabat sesuatu profesion.

10

Dalam Kod Etika Perguruan Malaysia menyarankan guru bertanggungjawab terhadap pelajar. Dengan kata lain, guru harus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar ,bersikap adil terhadap setiap pelajar, merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar, menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik, dan membimbing atau mengajar seseorang pelajar. Kod etika itu juga menerangkan tentang tanggungjawab terhadap ibu bapa. Guru perlu menghormati tanggungjawab utama ibu bapa, mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga, memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar, dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan katakata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Dalam kod etika menjelaskan bahawa seorang guru harus menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama , menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat, menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat, dan mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan juga turut membantu dalam meningkatkan martabat guru. Dalam tatasusila ini, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru, sentiasa bersedia membantu rakan sejawat, mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan, dan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. pelajar

11

TINGKAT TAHAP PROFESION GURU

Mempunyai ciri-ciri profesionalisme

Latihan dan pendidikan guru

Gaji yang tinggi MARTABAT PROFESION PERGURUAN

Pengiktirafan dan penghargaan

Pengesahan pelantikan guru

Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif

Naik taraf maktab kepada Institut Pendidikan Guru

Mengamalkan kod etika guru

12

Sebagai seorang guru pada masa kini, bukan sahaja perlu bertanggungjawab di bilik darjah tetapi di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, profesion perguruan perlu mempunyai ciri-ciri profesionalisme untuk meninkatkan tahap profesion tersebut seperti mana dalam profesion lain. Profesional bermaksud seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti. Merujuk kepada teras Memartabatkan Profesion Keguruan, seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka juga perlu mengambil ujian semasa temuduga. Langkah ini bagi memastikan bakal guru yang akan dihasilkan bermutu tinggi dan berkualiti. Guru seharusnya tidak mementingkan soal gaji sebaliknya mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. Tetapi ini tidak bermakna gaji tidak penting kepada guru. Dari rujukan yang yang dilakukan, gaji yang tinggi dapat membantu guru meningkatkan lagi tahap profesion mereka dan memberi motivasi kepada mereka. Walaupun begitu, tugas dan amanah kepada pelajar dan masyarakat perlu diberi keutamaan dan perkhidmatan yang cemerlang tanpa memikirkan keuntungan semata-mata. Pengiktirafan dan penghargaan yang diterima mendatangkan kepuasan kepada guru. Seseorang guru yang menjalankan tugasnya sebagai seorang guru seharunya diberi anugerah, hadiah dan pengiktirafan. Guru yang berasa puas dengan kerjayanya akan mendorong guru tersebut untuk memajukan dirinya dalam profesion serta dapat menghasilkan murid yang cemerlang.

13

Di samping itu, usaha yang dapat meningkatkan lagi tahap profesion perguruan ialah pelantikan guru yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang mengesahkan pelantikan tersebut. Secara tidak langsung, usaha tersebut menyatakan tahap profesion perguruan berkualiti dan kenaikan itu adalah kerana mutu dan kualiti. Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif juga mendorong kepada peningkatan profesion perguruan. Keadaan sekeliling seperti bilik guru, kelas dan sekitar sekolah memberi keselesaan kepada guru untuk menjalankan tugasnya. Guru yang selesa mengajar akan dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan pengetahuannya untuk menjadi guru yang berkualiti. Seperti profesion lain, profesion perguruan juga mempunyai kod etikanya yang perlu dihayati oleh setiap guru dan diamalkan dalam kehidupan. Oleh yang demikian, setiap guru harus mengamalkan tingkah laku selaras dengan kod etika guru. Guru juga hendaklah menghormati dan tidak melanggar segala kandungan yang terkandung di dalam kod etika. Dengan ini, etika perguruan bukan setakat menghiasi kulit buku persedian mengajar sebaliknya dihayati dan diamalkan oleh guru. Peningkatan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti. Dengan pengiktirafan ini, IPG dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi latihan serta mampu menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil merupakan guru yang perguruan. menyempurnakan misi pendidikan negara dan meningkatkan tahap profesion

14

4.0 KESIMPULAN

15

KESIMPULAN Peningkatan martabat profesion keguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini InsyaAllah akan dapat menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan melangkaui masa-masa selepasnya. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan, menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia ini.

16

5.0 REFLEKSI

17

REFLEKSI Sebagai seorang bakal guru, saya tidak terlepas daripada mempelajari segala ilmu untuk menjadi seorang guru. Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dipikul bukan sahaja kepada pelajar malah juga kepada rakan sejawat satu profesion, ibu bapa, masyarakat, dan negara. Memahami dan menjalankan tugas guru bukanlah perkara yang mudah sebenarnya, semudah kita hanya melihat tetapi apabila melakukannya adalah sukar. Walaupun hanya sekadar seorang bakal guru, saya terpanggil untuk menerapkan segala ilmu mengenai konsep perguruan serta memartabatkan profesion perguruan. Kini saya sedar bahawa tugas sebagai seorang guru adalah sangat penting kepada masyarakat khususnya dalam mendidik anak bangsa. Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan. Jadi, saya perlu berusaha sedaya upaya untuk menerapkan segala ilmu perguruan dalam diri supaya dapat memenuhi hasrat untuk memartabatkan profesion perguruan. Timbul kesedihan pada diri saya apabila saya dapati masih ada dalam kalangan segelintir pelatih guru masih mengendahkan tentang martabat profesion perguruan ini. Mereka hanya mempelajari dan mendalami tentang perkara ini tetapi tidak mengamalkannya. Saya juga tertanya-tanya mengapa perkara demikian berlaku walaupun pelbagai cara sudah dijalankan oleh kerajaan dalam pengambilan calon pelatih guru.

18

Di sini ingin saya cadangkan supaya latar belakang calon sejak dari sekolah rendah yang ingin menjadi pelatih guru diselidiki dengan terperinci. Perkara ini untuk memastikan bahawa calon tersebut benar-benar calon yang sesuai untuk menjadi pelatih guru. Supaya calon yang lain tidak kehilangan peluang, cadangan ini harus diambil kira sebagai penting dalam pemilihan calon pelatih guru yang berkualiti. Dengan niat yang ikhlas, saya pastikan cita-cita sebagai seorang guru akan saya penuhi dengan ilmu yang telah pelajari. Saya juga tidak nafikan bahawa profesion perguruan kini semakin melonjak naik atas usaha semua pihak. Saya sebagai seorang bakal guru juga tidak akan mengenepikan usaha ini dan akan turut membantu dalam membawa naik imej profesion perguruan.

19

6.0 RUJUKAN

20

RUJUKAN • • • Ee Ah Meng, 1998. Pendidikan di Malaysia : Guru Sebagai Satu Profesion. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Esah Sulaiman, 2003. Amalan Profesionalisme Perguruan : Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Choong Leon Keow, 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kumpilan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. • • • Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.scibd.com/doc/296829/Pn. Salma

http://74.125.153.132/search? q=cache:_dJ5S6bCd98J:eprints.utm.my/2342/1/Profesion_Kerguruan_Pilihan _Terakhir.doc+profession+perguruan&cd=9&hl=en&ct=clnk&gl=my

• • •

http://skdarau.tripod.com/tatasusila.html http://www.scribd.com/doc/14587250/Guru-sebagai-satu-profesion http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion

21

7.0 LAMPIRAN

22

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful