You are on page 1of 16

reminicenceoflife.blogspot.

com

Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu

Pada masa ini ada dua teori asal usul orang Melayu. Teori pertama
mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori kedua pula
mengatakan bahawa bangsa Melayu memang berasal dari kepulauan Melayu
atau Nusantara.

Penyokong teori pertama yang paling terkenal ialah Geldern H.R. Beliau
menggunakan alasan kapak tuan, atau beliung batu yang dijumpai di Nusantara.
Menurut beliau, kapak tuan juga dijumpai di sungai-sungai di India Utara, China,
Burma dan Nusantara. Jadi beliau mempercayai kapak-kapak itu itu mula-mula
berasal dari Asia Tengah dan dibawa pindah ke Nusantara.

* Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika
dan Eropah pada zaman yang sama.

Bukti-bukti lain yang menolak teori Geldern ialah bukti-bukti daripada kajian
bahasa di kawasan Benua Asia. Bahasa-bahasa di Asia terdiri daripada tiga
keluarga besar, iaitu:

1. Di Asia Tenggara, bahasa-bahasa kawasan ini berasal daripada
keluarga Cina –Tibet,yang melahirkan bahasa-bahasa Cina,
Tibet dan Siam.
2. Di kawasan Benua India, bahasa- bahasa di situ berasal
daripada keluarga Dravidia, yang melahirkan bahasa Tamil,
Telegu dan Malayalam.
3. Di Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara, bahasa-
bahasanya berasal daripada keluarga Austronseia, dari mana
bahasa Melayu dan bahasa–bahasa kepulauan Polinesia
berasal.

Di sini jelas bahawa Melayu tidak berasal daripada keluarga bahasa- bahasa
di Asia Tengah. Oleh itu orang Melayu tidak mungkin berasal dari sana.

Antara penyokong teori kedua ialah Gorys Keraf. Beliau menyatakan bahawa
bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan
bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah
daerah Indonesia dan Filipina.

Asmah Hj.Omar mengatakan kepulauan Melayu atau Nusantara memang
mempunyai penduduk aslinya tersendiri. Ada ahli sejarah memanggil penduduk
asli itu sebagai Melayu Negrito .Mereka telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M .
Mereka ialah nenek moyang orang - orang Melayu Asli iaitu Jakun atau orang-
orang Biduanda, Temuan, Orang Laut, Orang Karak dan lain-lain. Zaman
mereka dinamai Zaman Batu Pertengahan.

Sultan Takdir Ali Syahbanna mengatakan bangsa-bangsa Melayu terdiri
daripada bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu terdiri daripada bangsa-
bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu di negara Thai Selatan, Malaysia,
Singapura, Indonesia dan Filipina Selatan. Bangsa-bangsa ini mempunyai ciri-ciri
tubuh badan yang berlainan daripada bangsa Cina di Asia Utara dan bangsa-
bangsa India di Asia Barat.

Bahasa keluarga Nusantara juga dikenali sebagai bahasa Melayu purba.
Bahasa Melayu purba mula-mula mengalami perubahan pada abad pertama,
iaitu akibat kedatangan para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari
Kepulauan India ke Kepulauan Melayu. Mereka memperkenalkan pengaruh
bahasa sanskrit kepada bahasa Melayu Purba dan dengan itu membuat bahasa
tersebut berkembang dan menjadi bahasa Melayu Kuno.

Bukti bahasa Melayu kuno terdapat pada batu bertulis yang diisytiharkan
sebagai prasasti dan batu bersurat . Antara batu-batu bersurat yang penting
ialah batu bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat
Batu Kapor dan Batu Bersurat Karang Berahi. Kesemua batu bersurat itu ditulis
mengunakan huruf palava dan mengandungi banyak perkataan pinjaman
daripada bahasa sanskrit. Huruf palava oleh para pedagang dan penyebaran
agama Hindu dari India.

Teori pertama, yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah
percaya bahawa orang-orang Melayu mula berpindah dari Yunan ke Nusantara
pada 2500 S.M. Mereka dipanggil Melayu Deutro. Zaman mereka dinamai
Zaman Logam. Kedatangan Melayu Deutro telah membuat Melayu Negrito lari
ke daerah pedalaman.

Kerajaan Melayu yang pertama dipercayai terletak di daerah Jambi di
Sumatera Selatan. Bukti sejarah yang paling tua mengandungi perkataan
“Melayu” ialah dalam catatan Cina yang ditulis sekitar 644 Masihi. Pengembara
Cina yang terkenal, I-sing (675-678 M) di dalam diarinya mencatatkan ada
kerajaan Melayu yang besar di Sungai Batang, tidak jauh dari Palembang,
Sumatera.

Kitab Sejarah Melayu pula menyebut adanya sungai yang dipanggil Sungai
Melayu di Palembang. Sebelum orang-orang India memperkenalkan huruf
Palava, orang-orang di Nusantara mempunyai tulisan sendiri iaitu tulisan Lontara
di Sulawesi, tulisan Batak di Sumatera Utara dan tulisan Rencong di Sumatera
Selatan.

Bahasa Melayu purba digunakan hingga abad pertama. Sesudah itu bahasa
Melayu Purba berkembang menjadi bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno
digunakan sehingga abad ke- 13. Setelah itu bahasa Melayu Kuno berkembang
menjadi bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik kekal sehingga abad ke-
19.

Puncak kegemilangan bahasa Melayu Klasik ialah pada masa Kesultanan
Melayu Melaka dan zaman kerajaan Johor- Riau. Bahasa itu menjadi bahasa
pemerintahan dan hubungan diplomatik dengan dunia luar. Dipercayai ribuan
karya kesusteraan ditulis pada zaman itu.

Bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik hasil
sumbangan pedagang dan penyebar agama Islam yang datang ke Nusantara.
Mereka memperkenalkan tulisan Arab dan tradisi pemikiran intelektual yang
tinggi kepada bahasa Melayu.

Antara karya-karya penting yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik ialah
Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat
Abdullah.

Zaman Sebelum Merdeka

Proses perancangan bahasa di Malaysia boleh di bahagikan kepada dua
zaman, iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka.

Sebelum merdeka perancangan bahasa menjadi sebahagian penting
daripada perjuangan kebangsaan orang-orang Melayu. Pada waktu itu pihak
kerajaan Inggeris tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh yang
demikian, usaha perancangan bahasa datang daripada keinsafan individu-
individu tertentu. Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan
mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu.

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi ialah orang Melayu pertama dan yang paling
lantang (pada abad ke-19 dalam zaman pemerintahan British) menyatakan
pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bangsa
Melayu.

Sikap dan pandangan Abdullah mempengaruhi fikiran orang Melayu pada
zaman-zaman selepasnya. Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang
sikap dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap kehidupan
menyebabkan dia dianggap oleh orang Melayu sebagai Bapa Kesusasteraan
Melayu Moden, di samping itu dia juga dianggap sebagai seorang yang
membawa pembaharuan kepada bahasa Melayu.

Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka
bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan
kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung . Tindakan mereka itu pada
dasarnya dapat dibahagikan kepada dua cara: pertama secara perseorangan
,dan kedua melalui pertubuhan-pertubuhan. Dalam kedua-dua cara itu surat
khabar Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan
pendapat dan pandangan mereka terhadap bahasa Melayu.

Orang perseorangan yang mengunakan ruang akhbar terdiri daripada para
wartawan dan guru-guru Melayu.Tulisan mereka menitikberatkan soal keelokan
bahasa Melayu dan cara karang-mengarang.Tulisan itu sesuai dengan tujuan
akhbar yang menghidupkan bahasa Melayu pada masa itu.

Tindakan orang Melayu melalui pertubuhan bermula apabila Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor. Angkatan
Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan untuk
mempelajari dan mengubah atau mencipta hal-hal yang berkaitan dengan
pengetahuan dan kebudayaan. Asas 50 juga bertujuan untuk menyatukan dan
memajukan setiap usaha karang-mengarang, dan bahasa dalam sastera
Melayu.

ASAS 50 bergerak dengan sekuat tenaga untuk merasmikan
penggunaan tulisan rumi. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1
pada tahun 1952 di Singapura dan Semenanjung, ASAS 50 mencadangkan
supaya tulisan rumi dirasmikan.Tetapi kongres itu hanya dapat memutuskan
bahawa kedua-dua tulisan rumi dan jawi dipakai dalam persuratan Melayu pada
masa itu sehinggalah suatu keputusan lain dicapai dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu ke-2 kemudian.

Pada tahun 1956,Kongres Bahasa dan Persuratan ke-3 telah diadakan
dan ASAS 50 menyediakan sebuah memorandum kepada kerajaan tentang
Balai Pustaka, penyatuaan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia,
perkembangan bahasa Melayu sekarang dan akan datang, dan peranan bahasa
Melayu di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Pada tahun 1956, ASAS 50 menyerahkan memorandum kepada
kerajaan tentang Laporan Pelajaran 1956. Dalam memorandum itu, ASAS 50
terus memperjuangkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam
pelajaran. Mereka menganjurkan supaya akhirnya cuma wujud satu jenis
sekolah sahaja, rendah, menengah dan tinggi yang mengunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.

Berkenaan kekurangan guru untuk mengajar bahasa Melayu, ASAS 50
bersetuju supaya Maktab Perguruan Bahasa dibina untuk menjamin kedudukan
bahasa Melayu.

Tokoh-Tokoh Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi
Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854), menghasilkan karya pertamanya
pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau melihat
bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan
pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke atas
bahasa Melayu .

Karya -karya Abdullah ialah : Syair Singapura Terbakar (1830, Hikayat Kalilah
Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu
Dalam Segala Negeri (1837), Dawai-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke
Kelantan (1838), Hikayat Abdullah(1843), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah
(1854).

Raja Ali Haji

Raja Ali Haji (1809-70), merupakan salah seorang sasterawan yang
sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza.
Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu
Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Antara karya beliau yang penting berjudul Bustanul-Katibin. Sebuah lagi
karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab
Pengetahuan Bahasa. Raja Ali Haji pernah mengarang sebuah gurindam yang
sangat terkenal dalam bidang sastera lama, iaitu Gurindan Dua Belas.

Dalam bidang sejarah, terdapat dua belas karya Raja Ali Haji yang penting
iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Thufat- Al-Nafis. Kitab Salasilah
Melayu dan Bugis dihasilkan pada tahun 1890, sementara kitab Taufat al-Nafis
pula dihasilkan pada tahun 1865. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal
yang berkaitan dengan raja-raja Bugis., asal usul mereka dan pergolakan politik
yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa
diraja tradisional dan Kepulauan Riau. Tuhfat al- Nafis pula merupakan hasil
sejarah Melayu yang penting.

Za’ba

Tan Sri Pendeta Za’ba ( 1895 – 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin
bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu.

Za’ba muncul sebagai seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak
tahun 1920-an lagi. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan
Jawi, Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu: Jawi –
Rumi dan Pelita Bahasa Melayu.

ASAS 5O
Nama ASAS 50 ialah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50.
Ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950.

Anggota-anggota ASAS 50 yang aktif terdiri daripada penulis, wartawan dan
guru-guru Melayu. ASAS 50 ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling
besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu.
Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 di Seremban pada 1 dan 2
Januari 1954, ASAS 50 menyokong usul kesatuan guru-guru Melayu Singapura
supaya tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi. Pada tahun 1954, ASAS 50
menghantar memorandum mengenai tulisan rumi sebagai tulisan rasmi kepada
kerajaan. Pada 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar memorandum kepada
kerajaan, supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa umum dan bahasa pengantar
bagi semua peringkat, dari sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi.
Apabila Laporan Razak 1966 dikeluarkan ASAS 50 sekali lagi menghantar
memorandum mendesak supaya bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa
Kebangsaan.

Pada tahun 1956 juga, di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ke-3 di Singapura dan di Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956,
ASAS 50 mengemukakan memorandum yang sangat penting, iaitu antaranya:

1. Ditubuhkan Balai Pustaka ( kini Dewan Bahasa dan Pustaka).
2. Disatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Asal Usul Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul
bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ,
daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar
675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu’‘ bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia)
yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa
Austronesia ini.

<!--[if gte vml 1]> <![endif]--><!--[if !vml]--> -[endif]-->

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun
bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa
Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama
iaitu:

• Bahasa Melayu Kuno,
• Bahasa Melayu Klasik dan
• Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya,
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

• Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
• Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
• Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal
pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan
(kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

• Pengaruh agama Hindu
• Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai
hierarki yang tinggi.
• Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf
Pallawa:

• Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
• Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
• Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
• Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis
dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
• Susunan ayat bersifat Melayu
• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
• bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan – dngan atau dangan)
• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat –
niparwuat)
• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia
Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalam

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa
Austronesia ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun
bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa
Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama
iaitu:

• Bahasa Melayu Kuno,
• Bahasa Melayu Klasik dan
• Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya,
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

• Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
• Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
• Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal
pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan
(kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

• Pengaruh agama Hindu
• Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai
hierarki yang tinggi.
• Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf
Pallawa:

• Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
• Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
• Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
• Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis
dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
• Susunan ayat bersifat Melayu
• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
• bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -
niparwuat)
• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia
Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

• ditulis dalam huruf India
• mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
• bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

• masih memakai abjad India
• buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat
nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

• ditulis dalam tulisan Jawi
• membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada
abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

• Zaman kerajaan Melaka
• Zaman kerajaab Acheh
• Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

• ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
• banyak ayat pasif
• menggunakan bahasa istana
• kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih)
• banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula,
alkisah, hatta, adapun.
• ayat songsang
• banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan
Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum
Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada
bahasa Austronesia ini.
iceburn
06-28-2009, 12:40 PM
http://www.tutor.com.my/stpm/New%20Folder/asal_u2.gif

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu
rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun
bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera
bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias,
Lampung dan Orang Laut.
iceburn
06-28-2009, 12:41 PM
Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap
utama iaitu:

* Bahasa Melayu Kuno,
* Bahasa Melayu Klasik dan
* Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

* Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
* Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
* Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian
dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri
keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

* Pengaruh agama Hindu
* Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan
mempunyai hierarki yang tinggi.
* Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
huruf Pallawa:

* Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
* Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
* Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
* Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M)
ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

* Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
* Susunan ayat bersifat Melayu
* Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
* bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
* Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
* Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -
niparwuat)
* Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
(Contoh: sukhatshitta)
* Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:
sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap
di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa
kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

* ditulis dalam huruf India
* mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
* bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

* masih memakai abjad India
* buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat
nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

* ditulis dalam tulisan Jawi
* membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu
pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
iceburn
06-28-2009, 12:41 PM
Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

* Zaman kerajaan Melaka
* Zaman kerajaab Acheh
* Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin
al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

* ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
* banyak ayat pasif
* menggunakan bahasa istana
* kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih)
* banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula,
alkisah, hatta, adapun.
* ayat songsang
* banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''