You are on page 1of 17

Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

Bab 4
Variasi Bunyi Vokal

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a.

mengenal jenis-jenis vokal dalam bahasa Melayu dan mempelajari cara
membunyikan vokal tersebut

b.

membezakan antara vokal panjang dan vokal pendek

c.

mengenal diftong dalam bahasa Melayu dan cara menghasilkannya

d.

memahami kewujudan konsep triftong dalam bahasa

Garis latar modul
4.1.Pengenalan
4.2.Vokal dalam bahasa Melayu
4.3.Jenis-jenis Vokal
4.4.Bunyi vokal panjang dan pendek
4.5.Bunyi diftong
4.6.Bunyi triftong dalam bahasa
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan

1

1 Pengenalan Aspek penyuaraan bunyi penting dalam bahasa. ada bunyi vokal yang panjang dan ada pula yang biasa.Oleh hal yang demikian. Semua bahasa dunia mempunyai vokal. vokal ialah sejenis bunyi yang bersuara apabila dihasilkannya. mulut khususnya bibir dan lelangit lembut semasa vokal tertentu dilafazkan. 4.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal 4.Bunyi bahasa dihasilkan dalam bentuk ujaran secara terus-menerus dan tidak berputus-putus. dan vokal memainkan peranan utama dalam fonetik bahasa Melayu dan menjadi nadi bunyi dalam urutan suku kata. ada sebilangan dinasalkan seperti perkataan nyanyi [ɲaɲi].Hal ini bermakna vokal boleh dibunyikan pendek dan panjang dalam bahasa.Bunyi bahasa ini dihasilkan apabila arus udara dari paru-paru keluar secara bebas melalui rongga mulut tanpa sekataan atau gangguan.2Vokal dalam bahasa Melayu Apakah maksud vokal?Vokal ialah sejenis bunyi bahasa yang dihasilkan tanpa mengalami sekatan arus udara.Cara pembahagian bunyi bahasa kepada dua jenis ini merupakan kaedah tradisional yang sudah lama digunakan dalam kajian fonetik dan fonologi. bunyi-bunyi yang dihasilkan dapat dibahagikan kepada dua bunyi utama.Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan pula oleh dua lambang vokal.1 Daniel Jones 2 . [oi]. iaitu bunyi yang dikeluarkan melalui rongga mulut.Misalnya.Bunyi vokal yang dihasilkan itu berbeza-beza bunyinya bergantung pada kedudukan organ seperti lidah.Kebanyakan vokal dihasilkan apabila udara keluar melalui rongga mulut.Vokal merupakan bunyi oral. ahli fonetik Inggeris yang Gambar 4.Vokal membentuk suku kata dan biasanya wujud sebelum atau selepas konsonan.Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu. Dalam perkataan nyanyi didapati vokal /a/dinasalkan seperti [ã] apabila dilafazkan perkataan tersebut. dan [au]. iaitu vokal dan konsonan. terdapat gabungan dua jenis bunyi vokal yang disebut sebagai diftong dan triftong. iaitu [ai]. iaitu bunyinyayang pendek. Selain vokal. Namun. Terdapat beberapa variasi dalam bunyi vokal.Secara umumnya. Dengan demikian udara tidak keluar melalui rongga hidung kerana disekat daripada keluar melalui rongga hidung.Kedua-dua bunyi tersebut penting juga dikaji di samping vokal dalam bahasa.Fonem yang dinasalkan ditandakan dengan lambang [~]. iaitu cardinal vowels(vokal kardinal) pernah diperkenalkan oleh Daniel Jones. Salah satu sistem untuk menghuraikan vokal. termasuk dalam bahasa Melayu.

Kaedah pengkelasan ini merupakan sistem terbaik yang pernah dihasilkan. tengah atau belakang ketinggian lidah semasa dinaikkan kedudukan bibir. sama ada depan.Klasifikasi bunyi vokal ditentukan berdasarkan kedudukan lidah dan bentuk bibir. [ɒ] 2.Vokal dalam bahasa Melayu pula dapat dibahagikan kepada tiga jenis. peranan lidah. Rajah 4. vokal depan b. [ɔ] 3. sama ada bundar atau terhampar keluasan pembukaan antara rahang 3 . Melalui sistem ini. [a] 8.1: Sistem vokal kardinal yang diperkenalkan oleh Jones Vokal merupakan bunyi bersuara yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Jones mencadangkan lapan vokal kardinal untuk menjadi titik rujukan bagi ahli fonetik. vokal tengah c. [ε] 7. b. [o] 4. iaitu: a. [i] 5. d. c.1. [e] 6.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal terkenal. [u] Lihat Rajah Kardinal yang diperkenalkan oleh Jones pada tahun 1930 dalam Rajah 4.Vokal kardinal ialah suatu set vokal rujukan bagi vokal yang ditetapkan nilai fonetik (Richard Ogden. Lapan bunyi vokal yang dikenal sebagai vokal kardinal utama terdiri daripada vokal yang berikut: 1. 2009). vokal belakang Kedudukan vokal tersebut ditentukan oleh kriteria yang berikut: a.

[o].youtube.Vokal-vokal ini hanya wujud dalam dielak-dialek Melayu dan biasanya bunyi ini dianggap kelainan bagi vokal [e]. [e]. dan tiga jenis vokal belakang ([u]. [ɔ])dalam bahasa Melayu. vokal tengah dan vokal belakang mempunyai vokal [i]. Layari laman sesawang yang berikut yang menerangkan cara menghasilkan vokal cardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones. Seterusnya. [e] dan [o]. i. [Ə]. dalam pertuturan terdapat sembilan jenis vokal.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal 1. 4 . Jenis-jenis vokal Vokal hadapan. [e]. http://www. o.Huruf /e/ digunakan bagi melambangkan bunyibunyi tersebut. dan u. dan [ε]. Apa itu vokal? 2.Manakala. Hal ini juga bermaksud bahawa bunyi-bunyi tersebut tidak termasuk dalam sebutan baku bahasa Melayu. Rajah 4.2Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu Hadapan sempit [i] Tengah separuh sempit [e] Belakang [u] belakang sempit [o] separuh sempit [ə] separuh luas [ ε] [ɔ] separuh luas luas [ɑ] [ɒ ] luas Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4. untuk melambangkan bunyi [ɔ].[o]. iaitu empat vokal hadapan ([i]. [ɒ].2.[ɔ] dan [u] yang dapat dilambangkan oleh huruf a. [ɑ]. Bagi vokal [e]. Kedudukan vokal tersebut dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 4. dijelaskan cara membunyikan sembilan jenis vokal tersebut dalam bahasa Melayu. e.3.2.com/watch?v=6UIAe4p2I74 4. fonem /o/ digunakan. tidak ada huruf yang khusus dalam sistem tulisan bahasa Melayu. Kriteria apakah yang menentukan kedudukan vokal? 3. [ε] dan [ɑ])satu vokal tengah ([ə]).

[e].4 Vokal depan separuh sempit [e] Contoh penggunaan bunyi vokal depan [e] dalam perkataan Melayu elok [eloʔ] semak [semaʔ] sate [sate] 5 . Rajah 4.  Vokal depan sempit [i] Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian hadapan mulut. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir.Lihat Rajah 4. Lihat Rajah 4. bibir berada pada kedudukan terhampar. Rajah 4.Kedudukan lidah ini adalah pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut.Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak lalu ditutup rongga hidung. hadapan lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti untuk membunyikan vokal [i].3Vokal depan sempit [i] Contoh penggunaan bunyi vokal depan [i] dalam bahasa Melayu itik [itiʔ] pilu [pilu] silu [silu]  Vokal depan separuh sempit [e] Untuk menghasilkan bunyi vokal [e].Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal a.Ketika bunyi ini dihasilkan.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Vokal depan Vokal depan ialah bunyi [i].Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.Lelangit lembut pula dinaikkan rapat ke belakang tekak dan untuk menutup rongga hidung. bibir pula pada kedudukan terhampar.Ketika melafazkan bunyi ini. [ε] dan [a].Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.4 yang menunjukkan cara bunyi vokal [e] dihasilkan.3.Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana.

Lihat Rajah 4. bibir dalam kedudukan terhampar.5 yang menunjukkan cara bunyi ini dihasilkan. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup. Rajah 4.Ketika bunyi ini dihasilkan.6 Vokal depan luas [a] Contoh penggunaan bunyi vokal depan luas [a] dalam bahasaMelayu alat [alat] dagu[dagu] sila [sila] 6 . seperti dialek Kedah). Contoh penggunaan bunyi vokal depan separuh luas [ε] dalam perkataan Melayu elok [εloʔ] leher [lεhεr] modal [modε] (Bunyi vokal separuh luas ini sering digunakan dalam dialek-dialek yang terdapat di Malaysia.Udara pula keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan. Lihat Rajah 4. Rajah 4. Pucak dari depan lidah ditarik ke belakang sedikit.  Vokal depan luas [a] Vokal ini dihasilkan apabila depan lidah diturunkan ke titik yang paling bawah di rongga mulut.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal  Vokal depan separuh luas [ε] Vokal ini dihasilkan apabila depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [e].5 Vokal depan separuh luas [ε].6 yang menunjukkan cara bunyi ini dihasilkan.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika bunyi vokal dilafazkan bibir dalam kedudukan terhampar.

Rajah 4.Apabila bunyi ini dilafazkan.Untuk menghasilkan vokal tengah [ə]. [o].7yang menunjukkan cara bunyi vokal ini dihasilkan.  Vokal belakang sempit [u] Vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin seperti merapati lelangit keras. Vokal belakang Terdapat empat vokal belakang. udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.Walau bagaimanapun tidak ada sekatan udara yang berlaku.7 Vokal Tengah[ə] Contoh penggunaan bunyi vokal tengah [ə] dalam perkataan Melayu emak [əmaʔ] lebah [ləbah] ape [apə] (dalam dialek Johor Riau) c.Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup. bibir berada dalam kedudukan bundar. [ɑ].Udara melalui rongga mulut dan terhasillah bunyi vokal [ə].Bibir terbuka. iaitu vokal [u]. Rajah 4.Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas (Indirawati Zahid dan Maridan Shah Omar. Lihat Rajah 4. lidah diletakkan pada lantai rongga mulut. tetapi tidak terlalu luas. iaitu vokal tengah pendek [ə] dalam bahasa Melayu.Oleh itu.8yang menunjukkan carabunyi vokal ini dihasilkan. dan [ɔ] dalam bahasa Melayu. Lihat Rajah 4. Vokal tengah [ə] Terdapat satu vokal tengah.Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal ini termasuk lidah dan lelangit lembut. 2006).8 Vokal Belakang Sempit[u] Contoh penggunaan bunyi vokal belakang sempit [u] dalam perkataan Melayu ulat [ulat] suka [suka] bisu [bisu] 7 .Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal b.

Rajah 4. 8 .Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup.8 Vokal belakang separuh sempit [o] Contoh penggunaan bunyi vokal separuh sempit [o] dalam perkataan Melayu otak [otaʔ] boros [boros] sos [sos]  Vokal belakang separuh luas[ɔ] Bunyi vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit ketika vokal sempit [o] dihasilkan.Udara pula keluar melalui rongga hidung dengan menggetarkan pita suara. Lihat Rajah 4.Apabila bunyi vokal ini dihasilkan.9 Vokal belakang separuh luas [ɔ] Contoh penggunaan bunyi vokal belakang separuh luas [ɔ]dalam perkataan Melayu berbohong [bɔrak] (dialek Kedah) mati [tumpɔ] (dialek Bota Perak) (Dipetik daripada Fonetik dan Fonologi oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006) (Bunyi vokal ini hanya digunakan dalam dialek seperti dialek Kedah.8 yang menunjukkan cara bunyi vokal separuh sempit ini dihasilkan.Lihat Rajah 4.Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan rongga hidung ditutup.9 yang menerangkan hal tersebut. bibir berada dalam kedudukan bundar. Rajah 4.Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal  Vokal belakang separuh sempit [o] Vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit dari titik paling tinggi ketika menghasilkan bunyi [u]. Perak).Bibir dalam keadaan bundar.

10 Vokal belakang luas [ɑ] Secara ringkasnya. Vokal depan sempit [i] Bunyi vokal depan sempit dihasilkan kerana hujung lidah dinaikkan setinggi yang boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir berada dalam keadaan leper dan dibuka sempit.Fonetik dan Fonologi. Kedudukan bibir semasa menghasilkan vokal dalam bahasa Melayu dihuraikan seterusnya. Misalnya. 9 .11. bibir akan menjadi leper semasa bunyi vokal [i] dihasilkan. kedudukan bibir akan berubah mengikut bunyi yang akan dihasilkan.Rongga hidung ditutup.Ketika bunyi vokal ini dihasilkan.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal  Vokal belakang luas [ɑ] Vokal belakang luas [ɑ] dihasilkan apabila belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan jauh ke belakang secara terus-menerus.11 Kedudukan Lidah Ketika melafazkan Bunyi Vokal Sumber: Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. Lihat Rajah 4. bibir berada dalam kedudukan bundar.10 yang menunjukkan cara vokal belakang luas [ɑ] dihasilkan. kedudukan lidah ketika bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah4. Rajah 4. Rajah 4. Apabila bunyi vokal dihasilkan.Udara pula keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan. dan bibir akan dibundarkan apabila bunyi [ɔ] dihasilkan.Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang tekak. a. 2006.

Vokal belakang separuh sempit [ e ] Bunyi vokal separuh sempit dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke tahap yang sama dengan kedudukan hujung lidah untuk menghasilkan bunyi vokal separuh sempit semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan dibuka separuh sempit. Vokal belakang separuh luas [ ε] Bunyi vokal separuh luas dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke tahap yang sama dengan kedudukan hujung lidah untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas semasa kedua-dua bibir dibundarkan dan dibuka separuh luas.12. e. vokal ini disebut vokal tengah. Vokal belakang luas [ ɑ] Bunyi vokal belakang luas dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan sedikit ke belakang semasa kedua-dua bibir dileperkan dan dibuka luas. Vokal depan separuh luas [ɔ] Bunyi vokal depan separuh luas dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan dua per tiga ke hadapan semasa kedua-dua bibir berbentuk separuh luas. Vokal tengah [ə] tidak termasuk dalam jenis vokal kardinal. cara vokal tengah dihasilkan dapat diterangkan. h. d. Vokal depan separuh sempit [e ] Bunyi vokal depan separuh sempit dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan satu per tiga ( di antara jarak kedudukan lidah bagi menghasilkan vokal depan sempit dengan vokal depan luas) ke hadapan semasa kedua-dua bibir berbentuk leper dan dibuka separuh sempit. Namun.Kedudukan organ lain tidak dapat diperhatikan.Oleh itu. Vokal depan luas [o] Bunyi vokal depan luas dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan serendah yang boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir yang berbentuk leper dan dibuka luas.Udara keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. vokal tengah dihasilkan dengan lidah terhampar di lantai rongga mulut. g.Kedudukan bentuk bukaan bibir apabila bunyi vokal dilafazkan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 4. seperti lelangit lembut dan lidah tidak dapat diperhatikan semasa vokal-vokal dihasilkan. f.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal b. Huraian bunyi vokal yang berdasarkan kedudukan rongga mulut khususnya kedudukan bibir dapat diperhatikan secara langsung semasa bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan. 10 . c. Bahagian tengah lidah diangkat sedikit. Menurut Abdullah Hassan (2001). Vokal belakang sempit [u ] Bunyi vokal belakang sempit dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke atas setinggi yang mungkin semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan dibuka sempit.

Vokal dalam bahasa Melayu dibahagian kepada …………………. Lengkapkan rajah di bawah ini dengan bunyi vokal yang sesuai: Jenis vokal sempit separuh sempit separuh luas luas 3. 1.. dan ………………………… 2.12Bentuk Bukaan Bibir Sumber: Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. depan tengah Terangkan bagaimana vokal tengah [Ə] dihasilkan? 11 belakang . 2006.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal Rajah 4. Fonetik dan Fonologi. ………………….

Dalam bahasa Inggeris terdapat banyak bunyi vokal pendek and lima vokal panjang. bunyi vokal [i] dipanjangkan.Jadi. Misalnya. Walau bagaimanapun unsur bunyi vokal panjang dan pendek tidak wujuddalam bahasa Melayu standard.Perhatikan hal ini dalam Rajah 4.Ada kalanya vokal panjang disebut sebagai mora.13 Bentuk gelombang dan spektrogram vokal panjang dan pendek SumberPaitoon M. vokal [i:] lebih panjang daripada vokal [i] dan vokal [u:] lebih panjang daripada vokal [u].Dengan demikian.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal 4.Unsur mora juga tidak wujud dalam bahasa Melayu. seperti dalam pasangan beat [bi:t] dan bit [bɪt]. Contohnya seperti dalam kata Inggerispiece [piːs]. iaitu unit bunyi dalam fonologi yang membentuk tekanan dalam bahasa. Prosodi ialah pola tekanan dan intonasi dalam sesuatu bahasa. foot /fʊt/ dan food food [/fuːd/:]. lafaznya boleh dipanjangkan. vokal dapat dibahagikan kepada dua jenis. Rajah 4. bunyi vokal panjang dan vokal pendek digunakan dalam bahasa Inggeris.Namun dalam dialek 12 . biasanya lebih pendek daripada satu suku kata.13 yang menunjukkan bentuk gelombang dan spektrogram vokal panjang dan pendek. Pengenalan Fonetik dan Fonologi.Vokal panjang dibunyikan lebih panjang berbanding dengan bunyi vokal pendek yang dibunyikan pendek. Bunyi vokal panjang dan pendek Dalam bahasa terdapat unsur bunyi yang panjang dan pendek.3. Apabila bunyi vokal lebih nyaring dan lantang. manakala vokal panjang dihasilkan dengan jarak waktu yang lebih panjang. Vokal pendek dihasilkan dengan waktu yang sederhana. 2006. Adakala untuk membezakan antara pasangan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Chaiyanara. Vokal panjang biasanya ditandai oleh lambang vokal dan disusuli oleh tanda dua titik [:]. vokal pendek dan vokal panjang. termasuk dalam vokal. mora merupakan unit terkecil untuk mengukur kuantiti atau kepanjangan dalam sistem prosodi.

vokal [Ə:] tiga [tigƏ:] dialek Pahang. Terangkan secara ringkas tentang mora.iaitu bunyi vokal yang dipanjangkan bunyi seperti vokal [a:] dalam dialek Johor besar [besa:]. 1. dan vokal [ɔ:] sayur [sayɔ:] dialek Perak. 2. Apakah prosidi dan intonasi? 3. 13 . terdapat vokal panjang. Walaupun mana-mana bunyi dalam bahasa Melayu standard boleh dipanjangkan.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal Melayu. Nyatakan perbezaan antara vokal pendek dan vokal panjang. namun hal ini tidak membawa apa-apa kepentingan fonemik.

Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal 4. bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak benar-benar sampai ke kedudukan seperti membunyikan bunyi [i].Contohnya. Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya.1 Diftong [ai] Bunyi diftong [ai] dihasilkan apabila kedudukan lidah secara anggaran pada kedudukan ketika menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan cepatnya beralih kepada bunyi vokal depan [i].3. [ai] dalam pandai dan [au] dalam pulau. Contoh bunyi diftong [au] dalam bahasa Melayu kalau [kalau] surau [surau] pulau [pulau] 14 . Hujung lidah hamper-hampir sentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas.3.2 Diftong [au] Bunyi diftong [au] dihasilkan apabila lidah dalam kedudukan seperti membunyikan bunyi [a] dan beralih cepat kepada bunyi vokal belakang [u].Bibir berubah dari kedudukan bundar menjadi bundar.4.Hal ini juga bermaksud dua bunyi vokal dibunyikan secara berturut-turut. Bunyi diftong Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.Bibir pula dalam kedudukan neutral dan pembukaan rahang pula dalam keadaan antara sederhana dan luas. iaitu bunyi vokal pertama menggeluncur ke atas bunyi vokal yang kedua.Oleh hal yang demikian. 4. Contoh bunyi diftong [ai] dalam bahasa Melayu tupai [tupai] sampai [sampai] gulai [gulai] 4.Walau bagaimanapun bahagian lidah tidak benar-benar naik seperti membunyikan bunyi [u]. Walau bagaimanapun. diftong merupakan bunyi geluncuran. Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar.

Adakah yang berikut termasuk dalam bunyi diftong? gulai. hairan. naik. sakai. misai. dan kemudian ke vokal yang ketiga dengan pantas tanpa sebarang sekatan udara. Contoh bunyi diftong [oi] dalam bahasa Melayu sepoi[sƏpoi] sekoi [sƏkoi] amboi [amboi] 1.Bibir dalam kedudukan bundar pada geluncuran pertama berubah menjadi hampar apabila hampir selesai membunyikannya. Nyatakan tiga jenis diftong bersertakan dengan dua contohnya sekali.3. nilai. Walau bagaimanapun. Bunyi triftong Selain diftong. baik 4.Bunyi triftong dilafazkan dalam satu suku kata. Apakah maksud bunyi diftong? 2.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal 4.5. terdapat satu lagi bunyi dalam bahasa yang disebut triftong.Triftong berlaku dalam bahasa apabila berlaku geluncuran dari satu vokal ke vokal lain. 3.Bunyi kompleks ini terdapat bahasa Inggeris seperti dalam kata hour [aʊər] dan power [paʊər]. 15 .Triftong ialah gabungan tiga vokal yang merupakan bunyi yang kompleks dalam bahasa. Bunyi triftong tidak terdapat dalam bahasa Melayu.3 Diftong [oi] Bunyi diftong [oi] dihasilkan apabila lidah mula menggeluncur pada kedudukan vokal belakang separuh tertutup [o] cepat beralih kepada bunyi vokal depan tertutup. semai. bangkai. lidah tidak betul-betul sampai ke kedudukan tinggi lidah seperti membunyikan vokal [i].

dan empat vokal belakang.  Diftong merupakan gabungan dua vokal yang dilafazkan sebagai satu suku kata akibat geluncuran vokal pertama ke atas vokal kedua. dan [ɔ] dalam bahasa Melayu. seperti dalam bahasa Inggeris. satu vokal tengah. iaitu [ai]. Bagaimana bunyi triftong berlaku? ISTILAH PENTING  Vokal ialah bunyi yang bersuara apabila udara dkeluarkan melalui rongga mulut. Jenis bunyi tidak terdapat dalam bahasa Melayu. ada yang dibunyikan pendek dan panjang. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga diftong. iaitu bunyi [Ə]. [ɑ]. Unsur bunyi vokal panjang dan pendek tidak terdapat bahasa Melayu kecuali dalam beberapa dialek Melayu.  Terdapat sembilan jenis vokal dalam bahasa Melayu pada kedudukan vokal depan. [oi] dan [au].  Dalam kalangan vokal. [e].  Triftong merupakan gabungan tiga vokal secara berturut-turut dalam bahasa. [ε] dan [a]. [o]. iaitu vokal [u]. 16 .  Terdapat empat vokal depan. tengah dan belakang.Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal 1. iaitu bunyi [i]. Apakah maksud triftong? Adakah bunyi bahasa ini wujud dalam bahasa Melayu? 2.

Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal Abdullah Hassan. Yunus Maris. Kuala Lumpur: PTS Professional Kamus Linguistik. Penerbit Fajar Bakti Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. English Phonetics and Phonology. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Roach. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka M. Kuala Lumpur. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Paitoon M. 2006. Chaiyanara. 2009. The Malay Sound System. Cambridge University Press 17 . Linguistik Am Kuala Lumpur: PTS Professional Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Peter. 2006. 1980.