You are on page 1of 19

BAB I

PENDAHULUAN
A.

Latar Belakang
Hadrah berasal dari negeri Parsi. Hadrah juga berasal dari perkataan Arab
iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib
Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur
keagamaan contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah
menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai
lagu 'Talla-an Badrun' alaina'.
Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di
Pulau Pinang.

[1]

Selepas itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an

dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti
Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini
lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali
sebagai 'Rebana Kencang'. Satu kumpulan mungkin mengandungi antara 15 hingga 30
orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul
kompang. Satu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki dewasa
tetapi berpakaian wanita akan keluar menyanyi dan menari di pertengahan
persembahan hadrah ini.

B.

Tujuan
Tujuan dari penyusunan makalah ini adalah untuk menambah pengetahuan
pembaca mengenai kesenian hadrah di negara Malaysia untuk kemudian
diharapkan dapat menjadi tambahan wawasan mengenai kesenian hadrah.

1

BAB II PEMBAHASAN A. Permainan atau persembahan Hadrah ini boleh digolongkan dalam musik paluan. dalam tahun 1960an. Perbezaan ini bukan saja dapat dilihat dari segi sari kata lagu. Menora dan sebagainya dari aspek persembahan. Di Selatan Semenanjung Malaysia. Asal-usul Hadrah Permainan hadrah pada masa dahulu dikenali dengan nama panggilan Noge. Perak dan Pulau Pinang. sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'. corak tarian serta aspek persembahan tetapi yang lebih nyata adalah dalam aspek penekanan nyanyian dan tarian di dalam setiap persembahan. Kedah. seorang lelaki tetapi disebabkan segak dan tampan. Mengikut keterangannya. Tarian Hadrah amat popular pada tahun 1950an dan 1960an. mula terkenal dengan nama panggilan Anika Bangsawan Hadrah. dia telah dipakaikan dengan pakaian perempuan. Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang'. Hadrah adalah sama dengan persembahan teater yang lain seperti Makyong. Terdapat perbezaan persembahan Hadrah di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. iaitu musik yang hanya menggunakan alat-alat gendang dan gong untuk mengiringi nyanyian dan tarian. Walau bagaimana pun. perkataan Hadrah diberi sempena dengan nama Puteri Zahrah. permainan ini dikenali sebagai Hadrah. Menurut Profesor Taib Osman. Buat masa ini. 1 . terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis.

Ini dikatakan bahasa orang sesat yang dikenali bahasa Noge."Razuk" sedang menari bersama-sama penari. Hadrah pula mengutarakan alat musik yang lebih modern iaitu biola. Malang menimpa. dia dapat bertemu dengan kawan-kawannya kembali. Apabila 1 . Permainan Hadrah dimainkan sebagai hiburan di majlis-majlis perkahwinan iaitu di waktu persandingan dilangsungkan. Dalam tarian Noge. Setelah penat mencari jalan keluar. yang berbunyi seperti berikut……"Sa………no……ree!…. Mereka dibekalkan dengan sebilah gergaji. seorang daripada mereka telah sesat semasa berjalan di tengah hutan. beliau terjumpa dengan sepohon kayu besar. Sekembalinya di kampung. Hadrah ini. Mengikut satu lagi cerita dongeng. Menurut sejarahnya. gitar. terdapat hanya lagu dan nyanyian di samping menyelitkan lakonan untuk memeriahkan lagi persembahan. Jika suatu ketika dahulu. tarian Hadrah ini dikenali sebagai Noge. terdapat seorang dewa-dewa di kayangan yang mempunyai 7 orang anak. mereka telah disumpah oleh ayahnya dan dilempar ke dunia. Beliau duduk di atas akar banir pokok kayu tersebut lalu menyanyi sambil memukul banir tersebut dengan hasrat bunyian tersebut dapat didengar oleh kawan-kawannya yang lain. Dengan perbuatan ini. drum dan tamborin. Inilah sebabnya bahasa yang dinyanyikan dikatakan bahasa orang sesat. Terdapat banyak cerita mengenai kemunculan permainan Hadrah ini.Hae!……mere". Alat musik yang digunakan adalah alat musik lama. Selain daripada itu. lalu bermain sambil menyanyi lagu yang dinyanyikan oleh kawannya yang sesat tadi. ianya juga dilakukan sebagai melepaskan nazar. seperti gendang. berasal dari cerita orang sesat dalam hutan rimba. mereka membuat tiap-tiap seorang sebuah gendang. Pemburu yang malang itupun berjalan seorang diri. pergi memburu.. Setelah mendapati mereka membuat salah. Ceritanya bermula dengan seorang tua bersama dua belas orang kawannya. sebilah kapak dan tiga keping belulang kulit kambing. maka terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya.

mereka terjumpa sebatang kayu berlubang. mereka sesat di tengah hutan rimba yang kononnya di sebuah Negeri Arab. Aspek-aspek Persembahan 1 . Hadrah Berekor Nyanyian yang dipersembahkan lebih berunsurkan penggunaan Bahasa Arab dan disertai dengan tarian. Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan terutama puisi Arab yang menyanjungi Nabi Muhammad (s. Bahanbahan yang digunakan dalam upcara tersebut.mereka turun ke dunia. Pada masa dahulu. mereka telah membuat gendang dan menyanyi lagu "Aya he kamper ".a. puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s. Dengan kayu ini.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. 2. Persembahan Hadrah ini boleh dibagikan kepada dua jenis iaitu : Sebagian daripada gendang yang digunakan dalam persembahan. di negeri Arab gendang akan dipalu bersama dengan nyanyian untuk menaikkan semangat para tentera yang sedang berperang. Menurut Profesor Taib Osman. Semasa berjalan di tengah hutan rimba. B. Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil.a. Hadrah Pungguk Nyanyian yang dipersembahkan berunsurkan penggunaan Bahasa Melayu dan persembahan ini lebih kurang sama dengan persembahan Kompang dan Rodat.w) dan sebagai contohnya. 1.

Ia didirikan di atas tanah lapang untuk memudahkan penonton menonton persembahan tersebut tanpa gangguan. orang itu akan balik ke rumahnya dan bersiap-siap untuk membuat pentas atau panggung yang akan digunakan untuk persembahan itu. Minyak kelapa d. Setelah selesai berbincang. Sireh pinang tersebut 1 . Tujuan pengeras juga untuk memberi berkat kepada ahli kumpulan tersebut. Beras Kunyit f. Sireh pinang b. e. Tepung tawar c. Orang yang ingin menjemput kumpulan Hadrah mengadakan persembahan. Dan dalam masa yang sama mereka berdua akan berbincang bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan persembahan. Upacara Membuka bangsal Bahan yang diperlukan a. persembahan akan diadakan setelah siap menuai padi dan tuan punya tanah yang mempunyai pendapatan yang tinggi akan menjemput kumpulan Hadrah untuk menghiburkan para petani atau penyewa tanah mereka yang telah bertungkus-lumus menyiapkan atau mengerjakan tanah sawah mereka. Orang itu akan membawa pengeras sebanyak RM 1. sesebuah kumpulan Hadrah itu akan dijemput oleh pihak penganjur.15 dan diserahkan kepada ketua kumpulan Hadrah.15c (satu ringgit lima belas sen saja). Wang pengeras $1. haruslah berjumpa sendiri dengan ketua kumpulan Hadrah itu. Tiap-tiap wang pengeras mesti ada 15 sen. sireh pinang dan wang pengeras hendaklah disembahkan kepada Ketua Kumpulan Hadrah.Sebelum setiap persembahan. Dian / lilin Sebelum permainan ini dijalankan. Pentas yang didirikan itu adalah berbentuk empat persegi. C. Pada kebiasaannya.

garis pusat sebelah bawah 53cm. ditebuk dengan pahat. Terdapat 13 gendang semuanya : a. Gendang penganak Gendang penganak merupakan ketua kepada semua gendang. dan tebal belah bagi gendang besar ini ialah 2cm. kerana ia merupakan sebagai permulaan satu-satu lagu dan merupakan gendang yang menghasilkan bunyi yang paling nyaring. garis pusat sebelah atas 56cm. manakala sebelah tangan lagi akan memegang gendang. Pemainnya merupakan seorang yang mahir kerana gendang ini akan memulakan semua lagu-lagu yang hendak dinyanyikan dalam semua 1 . lilitan sebelah bawah 160cm. D.sekiranya dimakan oleh ketua tadi maka ini menunjukkan bahawa ia boleh bermain. Dibuat daripada kayu sanai. Dua buah gendang kecil c. Tanpa gendang ini. Gendang besar ini mempunyai ukur lilit muka sebelah atas 180cm. Sepuluh buah gendang pengibu (Pengerum) Gendang Besar Badan gendang digelar Baluh. Persediaan alat-alat Alat-alat musik : Gendang memainkan peranan yang penting dalam persembahan ini. Sebuah gendang besar b. maka dengan sendirinya menunjukkan bahawa dia tidak akan melakukan persembahan permainan tersebut. permainan tidak dapat dipersembahkan. Manakala sebagai muka gendang pula kulit yang digunakan ialah kulit belulang lembu dikering dan dililit dengan rotan yang dibelah. Sekiranya ini tidak dilakukan oleh ketua mereka. panjangnya 30cm. Nada pukulan gendang itu akan berubah sama ada cepat atau lambat mengikut irama lagu yang dimainkankan. Gendang besar ini dipukul oleh dua orang pemain dan setiap orang daripada mereka akan memukul gendang ini dengan sebelah tangan.

Ini dilakukan untuk menegangkannya agar dapat menghasilkan bunyi yang nyaring. Gendang ini dibuat daripada kulit kambing yang dipadukan dengan kayu nangka dan ada juga yang memadankan kulit kambing dengan kayu sanai. Dalam usaha membuat gendang ini. Proses ini tidak termasuk mengeringkan kulit kambing. Perlu diperlihatkan pada masa dahulu. biola dan Tamborin Masa berlalu. Gendang berbentuk drum. paku yang digunakan dibuat daripada kayu. kulit kambing kering digunakan dan kayunya ialah kayu sanai. Gendang ini juga dipukul dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi akan memegang gendang penggerum ini pada bagian bawahnya. Gendang Pengibu (pengerum) Didendangkan oleh 10 orang pemain musik sambil menyanyi. semua gendang tersebut dipaku dengan paku besi berbentuk paku payung.persembahan tersebut. manakala ketinggiannya kira-kira 33cm. Ia dibuat daripada kulit kambing dan dipadankan dengan kayu nangka. Penggunaan gendang ini di dalam persembahan tidak akan menjejaskan persembahan. Gendang ini berbentuk bulat dan hampir sama dengan gendang yang digunakan di dalam permainan kompang. Ukuran gendang penggerum ini adalah antara 30cm hingga 45cm. Proses menyiapkan gendang ini biasanya memakan masa seminggu. Tetapi malangnya pada masa kini. biola dan tamborin digunakan dalam usaha menambahkan lagi 1 . Permukaannya berukuran 40cm. Permukaan gendang ini berukuran 30cm dan ketinggiannya ialah 15cm. alat musik bertambah mengikut peredaran zaman. Drum. Untuk menghasilkan bunyi yang menarik. sejenis rotan halus akan diselitkan di antara kulit dengan baluh gendang tersebut. Kulit itu akan diikat dengan rotan yang telah dibelah dan kemudiannya dipaku pada baluh gendang yang sudah siap dipahat untuk mengukuhkannya. Bunyi gendang ini akan berbeza mengikut tebal atau nipis kulit yang digunakan pada permukaan gendang.

Oleh itu. Keadaan ini berlaku kerana bunyi yang terhasil daripada alat musik ini akan tenggelam oleh bunyi gendang ibu. sering diadakan raptai atau latihan yang meliputi keseluruhan persembahan. Puteri ini akan bergaya serta berlagak lemah lembut seperti seorang wanita tulen. Tetapi kini. hijau muda dan merah muda bagi pemain gendang manakala bagi watak puteri pula pakaian yang dipakai ialah baju kebaya labuh dan berkain songket atau berbaju kurung labuh dan berkain batik. Mereka ini bukan saja akan memakai pakaian wanita tetapi mereka juga akan memakai segala perhiasan yang biasanya dipakai oleh kaum wanita seperti rantai leher. ia kurang menonjol. baju yang dipakai oleh mereka ialah baju Melayu sepasang dan di antara warna-warna yang dipakai ialah warna hitam. Namun. subang dan juga cincin. E. sari kata lagu dan tarian.irama lagu yang didendangkan. Pada kebiasaanya. Bagi kumpulan yang mampu memiliki pakaian seragam sendiri. Hadrah mementingkan aspek-aspek seperti lagu. Walaupun keseragaman pakaian amat penting tetapi ketidakmampuan ahli-ahli kumpulan menyebabkan mereka tidak mempunyai atau mampu untuk memiliki pakaian seragam mereka sendiri. Watak-watak puteri ini sebenarnya dimainkankan oleh penari lelaki yang memakai pakaian wanita dan mereka ini iaitu puteri akan menunjukkan sifat-sifat kewanitaannya. 1 . puteri hanya memakai skaf yang dililitkan di kepala dan dipadankan dengan benang hitam yang dijalin menjadi rambut. skaf yang dililitkan benang hitam ini sudah tidak dipakai lagi dan digantikan dengan bunga atau mahkota. Pakaian Hadrah ialah satu kesenian yang mementingkan hiburan dan kepuasan kepada penonton. biasanya menggunakan atau memakai pakaian tersebut di majlis-majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat. Untuk mencapainya. Pada peringkat awal. gendang penganak dan gendang besar. setiap persembahan haruslah diperbaharui dan ditingkatkan mutunya.

Keadaan ini menjadi faktor penarik kepada penonton untuk menonton persembahan tersebut. F. ahli musik terdiri atau para pemain gendang pada keseluruhannnya terdiri daripada pemain-pemain musik laki-laki. Kipas. Mereka memakai pakaian baju kurung atau kebaya labuh. Ia akan memberi isyarat memulakan dan mengakhirkan lagu dan juga perubahan rentak-rentaknya. Ketua Kumpulan Noge/ Hadrah Ketua kumpulan boleh disamakan dengan konductor orkestra modern. Hadrah mempunyai barisan pemain yang terdiri daripada kaum 1 . Ahli-ahli / Anggota Apa yang menjadi tradisi dan masih dipertahankan oleh Kumpulankumpulan Hadrah sekarang. dilatih dan dihias seperti perempuan. selendang dan saputangan juga digunakan ketika menari. para puteri itu adalah terdiri daripada orang-orang lelaki yang dipilih. Ini terbuka kepada siapa yang berminat. Biasanya. Penari lelaki yang masuk menari bersama 'peteri-peteri' ini dikenali sebagai "rasuknya". Watak puteri akan memegang sapu tangan yang akan dilambaikan mengikut pergerakan tangan dan perbuatan mereka ini seolah-olah melambai kepada penonton. 'rasuk' akan mengenakan solekan yang mencomotkan mukanya agar kelihatan lebih kelakar atau melucukan. penggunaan ketiga-tiga bahan tersebut adalah bergantung kepada kesesuaian lagu-lagu yang dinyanyikan. Rasuk menjadi unsur kelucuan di dalam persembahan Hadrah kerana gelagat-gelagat mereka yang cuba meniru dan mengganggu tarian puteri-puteri walaupun gangguan mereka itu tidak berjaya. Namun.Satu lagi perkara yang amat penting ialah penggunaan sapu tangan dalam persembahan ini. Rasuk berperanan mematahkan langkah puteri-puteri atau penari wanita supaya tarian mereka menjadi sumbang. Jumlah ahli dan had umur ahli tidak ditetapkan. Walaubagaimanapun.

Ku panggil segala rakyat kau jaga permainan ku. Sesebuah kumpulan Hadrah mempunyai seorang pegurus dan ahlinya adalah terdiri daripada 10 sehingga 12 orang yang bermain gendang. Jin kuning Hulubalang belang. Beliau akan mencari tempat yang sesuai dan duduk berhadapan dengan gendang besar. Ahli kumpulan ini dikenali sebagai 'anak ardad'. beras kunyit tepung tawar akan ditabur kepada alat-alat musik dan juga kepada pemain-pemain itu sendiri dengan menggunakan sejenis rumput yang dinamakan rumput 'samsut'. Pemain musik akan bertindak sebagai penyanyi dan akan mengiringi tarian puteriputeri tersebut.. Gendang akan dipalu tiga kali tanpa lagu dan tanpa nyanyian. Minyak kelapa pula akan dimantra dan ianya akan digunakan untuk disapu sekiranya berlaku apa-apa kemalangan seperti terpatah atau tersalah urat semasa bermain.lelaki. G. Istiadat menepung Tawar Amalan ini dilakukan apabila pemain hendak turun atau pergi ke tempat persembahan." Selesai saja mantra dibaca. Tok Guru atau ketua kumpulan akan menmantra beras yang telah dicampurkan dengan kunyit halus (beras kunyit) dan tepung tawar (dadar). Tujuan istiadat ini diadakan adalah untuk menjaga keselamatan diri pemain 1 . Dalam istiadat ini. Satu batang lilin dipasang dan diletak di dalam gendang besar sebelah tepi. Jangan bagi rosak binasa pada ku…. empat orang penari dan seorang atau dua orang rasuk. Engkau jaga empat penahap aku. Di antara kata-kata yang terdapat dalam mantra tersebut :"Hey jin hitam raja di bumi Jin putih.

1 .dan alat-alat musik daripada terkena sihir yang datang daripada musuh mereka. Unsur-unsur modern dimasukkan apabila permainan Noge ditukar kepada permainan Hadrah. Palu di tepi mengeluarkan bunyian yang lebih tinggi daripada paluan di tengah gendang itu. apabila dipalu di tepi dan di tengah. Sirih yang merupakan salah satu daripada bahan yang diperlukan sebelum persembahan. Rentak atau bentuk tarian Hadrah ini hampir-hampir sama dengan tarian Melayu Asli di mana gerak tari tangan. "Rasuk" ini masuk dan menari bersama-sama penari tidak kira apa lagu yang dimainkankan. Lagu yang dimulakan ialah lagu "Sanore". Satu perkara yang istimewa dalam persembahan ini ialah kemasukan orang luar dalam persembahan tarian tersebut. Selain daripada menggunakan alat-alat musik persembahan bangsawan juga dilakunkan. berfungsi sebagai penyeri muka kepada pemain dan dapat menghilangkan darah gemuruh. Adalah difahamkan bahawa lagu ini ialah lagu permulaan setiap kali bermain. Cara persembahan Dilakukan setelah selesai pembukaan panggung oleh Tok Bomoh. Sirih ini hanya akan dimakan oleh pemain setelah dimantra oleh Tok Guru atau ketua kumpulan. jari dan badan dihayun dengan lembut sekali. Jika istiadat ini tidak dibuat mungkin pemain akan berada dalam keadaan keluhkesah ketika membuat persembahan. Ini dipanggil "rasuk". Tempo dan rentak tarian termasuk dalam variasi paluan gendang tersebut. Penari keluar menari mengikut rentak lagu yang dimainkankan. Lagu / Rentak Terdapat dua jenis bunyian Hadrah. H. Apabila satu-satu lagu itu berakhir 'peteri' akan memberi hormat kepada penonton dengan meletakkan kedua-dua belah tangan rapat dan bertentangan dengan dada.

Gendang penganak ini seolah-olah menjawab paluan gendang pengerum. adakala lambat daripada rentak gendang biasa. Aspek yang menarik sekali ialah rentak-rentak paluan gendang .adakala cepat. Antara lagu-lagu tersebut :- Selamat datang Cantik manis Cik minah itu Tabek Inchik Terang bulan 1 .ada yang cepat dan ada yang lambat. dan adakala serentak. Lagu-lagu Hadrah Lagu-lagu asal Noge : Sanore Pare melayang Sa masom kumar (Shamsul Kumar) Da wa leg Ka ni jo Om pasa ya rey Ampun tuanku Lagu-lagu Hadrah tersebut mempunyai seni kata dalam bahasa Malaysia. Gendang penganak dipalu berasingan daripada gendang pengerum .Nyanyian dinyanyikan dengan sekuat-kuatnya agar tidak tenggelam dalam paluan gendang yang gemuruh. Ia disesuaikan pula dengan perkembangan serta kemajuan negara.

Tawa Tara Fasa 1 . Untuk kedaulatan dan kemajuan. Marilah kita hidup kesenian. Pembangunan negara sedang dikembangkan. Supaya terhindar dari kemiskinan. Lima prinsip terkandung dalamnya. Tak kira bangsa dan agama.Pembangunan negara Merak hijau Berikut adalah contoh sari kata lagu Wahai Kawan yang didendangkan di dalam permainan Hadrah : Wahai Kawan Wahai kawan handai dan taulan. Di samping teknologi menuju haluan. Masyarakat adil di mana-mana. Tumpukan masa teguh keazaman. Marilah kita amal bersama. Kemakmuran negara milik bersama. Semoga bahagia rakyat jelata. Rukun negara dasar utama. Perpaduan rakyat azam semua. Agar ekonomi dapat disamakan.

Ragit waspi ohe la. Lach rawa la lo rinya. A heh peryopanih ti. Hiya mirah ohe la. Sadka ti ala kunliha Ya lil ya lil.Tawa Tara Fasa. Ala maku liks ya lil ya lil. 1 .

1 . Wak Billah c. Darul Johari d. Jelok Saga Fungsi Hadrah Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Fungsi Hadrah yang paling penting adalah sebagai alat hiburan. Gerum Dua Di dalam permainan Hadrah juga turut diselitkan dengan lakonan. Hikayat Abdullah f.Lagu-lagu dan rentak iramanya Lagu-lagu dan irama mempunyai nama dan rentaknya yang tersendiri. Gerum Pendek (irama rancak) c. tetapi setiap persembahannya memerlukan kepuasan sama ada daripada pihak pemain sendiri atau penonton. Walaupun pada peringkat awalnya Hadrah sebagaimana musik tradisional yang lain mempunyai unsur-unsur ritual dan keagamaan. boleh ditemui alat-alat seperti gendang. Pertarungan dan Jelok Saga e. Melalui persembahan Hadrah itu. Cang Gantung d. Dalam hal ini didapati bahawa fungsi Hadrah sebagai alat hiburan itu lebih berperanan dari fungsi-fungsi yang lain. Di antara rentak-rentak tersebut ialah : a. a. Di antara ceritacerita lakonan yang dimainkankan dalam Hadrah ialah seperti berikut : I. Gerum Satu e. Kebar Hitam b. Berdasarkan kecenderungan permainan semata-mata untuk dijadikan alat hiburan inilah yang menjadikan Hadrah dengan mudah menukar dan mengubah fungsi awalnya. Gerum Panjang (irama lambat dan perlahan) b.

berminat untuk mempelajari musik tradisional. Ia menjadi penghubung antara individu. Hadrah juga memainkan peranan penting dalam adat istiadat Melayu. rombongannya akan diiringi oleh paluan gendang Hadrah. wujud hubungan antara pemain dan penonton. Hubungan ini akan menjadi lebih jelas apabila ada yang berminat untuk mempelajarinya. Kumpulan Hadrah terdiri daripada para pemukul gendang. dan biola yang dapat menerbitkan irama atau bunyi yang merdu. Di samping itu. persembahan Hadrah ini akan bersambung dengan satu 1 . Iringan musik Hadrah akan lebih memeriahkan persembahan silat tersebut.gong. Kedatangannya tentulah lebih mengeratkan perhubungan antara sesebuah kampung yang mana suatu ketika dulu dipisahkan oleh hutan rimba yang tebal. Sewaktu pihak lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan. maka berlakulah hubungan mereka sebagai pengajar yang diajar. Hadrah dapat digolongkan sebagai musik tradisional yang memberikan unsur hiburan. Kepada masyarakat tani dan nelayan. pada hari perkahwinan pemain-pemain Hadrah ini diperlukan untuk menjadi pengarak pengantin. aspek persembahan dan kandungan persembahan itu. Oleh itu. Hadrah sebagai musik tradisi dalam komunikasi. Apabila terdapat seorang yang menjadi penonton. Ketika inilah berlaku penyebaran antara mereka terutama bila seorang yang menjadi murid itu datang dari kampung yang lain. Seterusnya dapat menghiburkan orang yang mendengarnya. Misalnya. Apabila diadakan upacara pencak silat di hadapan pengantin. misalnya menjadi alat komunikasi antara pemerintah dengan mengeratkan rakyat serta mengeratkan perhubungan antara rakyat. Fungsi yang seterusnya ialah. Begitu juga dengan adanya unsurunsur nyanyian dan tarian akan memberikan kepuasan kepada penonton. berdasarkan penggunaan alat-alat solek. Seterusnya. Hadrah bertujuan untuk menghilangkan kesusahan hidup. gendang Hadrah akan dipukul untuk mengiringinya.

Misalnya. Hadrah yang dipersembahkan dalam majlis-majlis ini hanyalah dipetik sebagian dari struktur persembahannya iaitu penyertaan musik dan nyanyian yang bercorak zikir saja. hari pertabalan atau hari ulangtahun keputeraan di samping menceriakan majlis Musabaqah membaca al-Quran. Ketika persembahan ini diadakan ia lebih berfungsi sebagai kugiran. peranan Hadrah juga ditemui dalam majlis bercorak rasmi. dalam majlis atau perayaan menyambut tetamu-tetamu kehormat. pembesar-pembesar. 1 . Corak persembahannya berbeza daripada persembahan pada waktu siang kerana waktu malam ia diiringi oleh para penari dengan pakaian yang menarik. Di samping itu.persembahan pada sebelah malamnya. ketua-ketua negara luar.

BAB III PENUTUP A. Kesimpulan Kesimpulannya. Hadrah adalah sejenis musik tradisional Melayu yang mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi itu bergantung kepada keadaan masyarakat itu sendiri. Dengan ini. terpulanglah kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk mengekalkan kegiatan kebudayaan ini dengan memperkenalkannya ke merata tempat dan ianya boleh berpanjangan hingga ke generasi-generasi yang akan datang. Hadrah semakin berkembang di Utara Semenanjung dan di meratarata tempat lain di Malaysia. Kerajaan Negeri Perlis misalnya telah mengadakan pertandingan Hadrah yang bertujuan untuk mempopularkan kembali Hadrah ini dan terbukti mendapat sambutan yang hangat sekali. Kini. pertandingan di antara kumpulankumpulan Hadrah adalah suatu hal yang paling wajar. 1 . Dalam usaha untuk meningkatkan mutu permainan dan mengembangkannya dengan lebih luas lagi.

org/hadrah http://ms.wikipedia.mykedah2.wikipedia.DAFTAR PUSTAKA http://www.org/wiki/Tarian_Hadrah 1 .com/10heritage/105_1_p3.htm#sub8 http://www.