ETIKA DAN ADAB-ADAB MASJID

Rencana Khas oleh ibn Sultan

ABSTRAK
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam diucapkan untuk Rasul junjungan dan juga untuk sekelian keluarga dan sahabat baginda.

Tujuan rencana ini ditulis untuk mengenalkan cara-cara atau adab-adab Masjid yang mana umat Islam khususnya di Singapura kurang ambil berat tentang adab-adab dan etika di dalam Masjid. Islam adalah agama sejahtera. Ajaran Islam tidak membenarkan umatnya sama sekali melakukan sesuatu hingga boleh menimbulkan perkara- perkara yang tidak disenangi oleh orang lain. Sikap sesetengah mereka yang pergi ke Masjid dan berbuat sama ada perkara baik atau tidak sehingga mengganggu orang lain yang ingin beribadah di dalamnya adalah dilarang. Dari rencana ini mudah-mudahan kita dapat belajar sedikit sebanyak tentang menjaga keharmonian Masjid dan kesuciannya, serta menjaga adab-adabnya dan etika apabila berada didalam Masjid. Oleh kerana itu kita sepatutnya mengembalikan peranan Masjid secara utuh ke arah satu paradigma baru iaitu sebagai tempat ibadah dan muamalat yang berasaskan kepada al- Quran dan as-Sunnah. Dengan itu segala unsurunsur negatif (tidak elok) yang boleh menjejaskan nama baik masjid tertolak dengan sendirinya. Wassalam Hafidus Sultan

KANDUNGAN
1. Abstrak 2. Muqaddimah 3. Masjid 4. Keutamaan Membangunkan Masjid 5. Adab Berangkat Ke Masjid

6. Adab Masuk Ke Masjid 7. Adab Dalam Masjid 9. Adab Ketika Mendengar Azan 10. Adab Keluar Masjid 11. Wanita Di Masjid 12. Kecemaran Di Dalam Masjid 13. Kesimpulan 14. Rujukan

MUQADDIMAH
Masjid adalah merupakan sebuah institusi umat Islam yang unggul. Ia adalah menjadi lambang kepada syiar Islam pusat bagi mengembangkan ajaran Islam, pusat perhubungan dan penyelarasan, pusat penerangan, tempat sumber maklumat, tempat mendapat pertolongan dan sebagainya. Memandangkan betapa pentingnya masjid dalam Islam maka justeru itu usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa berhijrah ke Madinah ialah mendirikan masjid Quba'. Begitulah jejak langkah ini dituruti oleh sahabat-sahabat Rasulullah dimana sahaja mereka berada. Oleh kerana kedudukan masjid yang sangat istimewa dalam Islam dan peranannya yang cukup besar maka amat wajar masjid-masjid dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya. Ini adalah sebagai usaha untuk menjadikan masjid itu benar-benar berperanan sebagai institusi Islam yang unggul dalam masyarakat. Apabila masjid dipelihara dari segi pengurusan, perhubungan awam, keselamatan dan kenikmatan berada di dalamnya maka barulah masjid itu akan berfungsi dengan sebenarnya. Setelah jelas bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap perkembangan syiar dan dakwah Islam maka semestinya masjid itu dipelihara dan dihormati. Dengan itu, menjadi tanggungjawab setiap para jemaah yang mengunjungi masjid memelihara adab-adab atau tatacara yang telah digariskan oleh Islam. Firman Allah SWT yang berbunyi :-

Yang bermaksud :"Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah mereka yang beriman kepada dan hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (surah at - Taubah :18)
Kembali ke Senarai Kandungan

MASJID
Istilah :Tempat sujud. Yaitu tempat ummat Islam mengerjakan shalat, zikir kepada Allah SWT dan untuk hal-hal yang berhubungan dengan dakwah Islamiyah. Pergertian :Masjid ertinya tempat bersujud kepada Allah, dimana diatasnya diletakkan jidat atau kening. Tetapi yang dimaksudkan dalam bab ini, ialah tempa yang khusus yang disediakan untuk manusia berkumpul buat beribadat kepada Allah.

KEUTAMAAN MEMBANGUNKAN MASJID

Masjid adalah tempat yang mulia dan yang paling utama disisi Allah. Oleh sebab itu sangat besar pahalanya kalau dibangunkan dengan dasar taqwa kepada Allah. Dalam sebuah hadis dinyatakan yang bermaksud :"Sesiapa yang telah membangukan sebuah masjid, yang sengaja mencari keredhaan Allah, nanti Allah buatkan pula untuknya sebuah masjid sebesar itu pula didalam syurga." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) Memakmurkan masjid atau meramaikan masjid ialah selalu menghidupkan berjamaah di dalamnya, tempat beribadat di dalamnya, berkhidmat kepadanya, memelihara dan mengasuhnya, membersihkannya dan memperbaiki kalau ada yang rusak, mencukupkan mana yang kekuranganan dan berziarah kepadanya untuk beribadat.

Dalam sebuah hadis yang lain pula baginda bersabda yang bermaksud :"Negeri yang paling dicintai Allah ialah masjidnya, sedang negeri yang paling dimurkai Allah ialah pasarnya." (diriwayatkan oleh Muslim) Masjid disukai dan dicintai Allah ialah kerana didalam masjid itu disebut dan dibesarkan nama-Nya, tempat memuji dan menyanjung-Nya. Sedang pasar dimurkai Allah ialah kerana didalam pasar itu terjadi kemurkaan Allah. Seperti mencuri, menipu, berdusta dan lain-lainnya. Masjid adalah tempat menegakkan jamaah. supaya di dalam masjid dikerjakan sembahyang bersama-sama. Sembahyang menjadi tarikan buat berkumpul. Jamaah paling penting buat mengikis hidup yang nafsinafsi, egoistis, mementingkan diri sendiri sehingga putus dengan masyarakat. Kalau sembahyang berjamaah tidak terdapat pada suatu kampong, tandanya syiar agama tidak tegak, tanda agama akan beransur habis. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Sesungguhnya orang-orang yang meramaikan masjid itu, mereka itulah yang sebenar-benar ahli Allah" (Diriwayatkan oleh Abd bin Huimaid dari Anas bin Malik) Dan sabda Nabi SAW pula :"Demi kebesaranKu dan kemuliaanKu; sesungguhnya Aku telah bermaksud hendak mendatangkan azabKu, kepada penduduk bumi. Tetapi setelah Aku lihat orangorang yang meramaikan rumah-rumahKu, dan orang-orang yang bercinta-cintaan sesamanya lantaran Aku, dan kepada orang-orang yang memohon ampunKu di waktu parak saing(sahur), Aku palingkan lah azab itu daripada mereka. (diriwayatkan oleh Ibnu asakir dari Anas bin Malik)
Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB BERANGKAT KE MASJID
Pakailah dengan pakaian yang sesuai dan bersopan apabila hendak berangkat ke masjid serta disunat berwangi-wangian dan mulailah dengan kaki kanan dahulu dan berjalan dengan tenang tidak tergesagesa. Dalam Firman Allah yang berbunyi :-

Yang bermaksud :"Hai anak - anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap kamu memasuki masjid, makan dan minumlah dan jangan kamu berlebih - lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan." (surah al-A'raf : 31) Berkata Ibnu Katsir dalam tafsirnya :"Dalam ayat ini dan dalam erti yang terkandung didalamnya nyatalah bahwa menurut sunnah, sebaiknya lah kita berhias-hias ketika sembahyang, terutama pada hari Juma'at dan Hari-hari Raya. Hendaklah berharum-harum, sebab berharumharuman termasuk perhiasan juga. Hendaklah gigi dibersihkan dengan menyikat gigi(siwak). Kerana gosok gigi adalah penyempurnaan perhiasan, dan yang seutama-utama pakaian ialah yang putih." Berkata Al-Kiya Al-Harrasi :"Kenyataan ayat ini menunjukkan bahwa kita disuruh berhias bila masuk ke setiap masjid, kerana keutamaan yang berhubungan dengan masjid-masjid itu, bagi menghormati masjid dan perbuatan yang terjadi di dalamnya, seumpama I'tikaf, sembahyang dan tawaf." Disunatkan memakai barang barang yang wangi atau harum sebab malaikat sangat suka sekali kepada wangi-wangian dan makruh hukumnya membawa bau busuk ke dalam masjid seperti bau petai, jering, bawang dan lain-lainnya sebab malaikat merasa sakit hati dengan bau busuk itu. Keterangan menyatakan :Dari Jabir r.a. Bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :"Sesiapa yang telah memakan bawang merah, bawang putih dan lobak cina, maka janganlah ia mendekati masjid kami, kerana sesungguhnya malaikat berasa sakit(benci) dengan apa yang dibenci oleh anak adam" (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) Kecuali kalau bau bawang dan lain-lainnya itu dibuangkan lebih dahulu. Kepada bawang diserupakan bau-bau yang dianggap busuk dan keji. Disunatkan pula membaca doa ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid. Doa-doa itu diantaranya ialah apabila Rasulullah SAW itu keluar dari rumah, beliau berdoa :Yang bererti :"Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, Ya Allah, aku mohon dilindungi daripada sesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menganiaya atu dianiaya, bodoh atau diperbodoh oleh orang lain. (diriwayatkan oleh Ummu Salamah) Sabda Nabi SAW yang lain pula:"Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dan membaca :- Bismillah, tawkakkalku 'alallaah, wa laa haula, walaa quwwata illa billah. (Dengan nama Allah, saya bertawkal kepada Allah, dan tiada daya maupun tenaga kecualu dengan Allah), maka Akan mendapat sambutan :- "cukuplah sekian engkau pasti diberi petunjuk, dicukupi serta dipelihara". Juga setan akan menyingkir dari padanya." (diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dan Tarmidzi) Apabila Nabi SAW keluar untuk bersembahyang baginda selalu berdoa yang bermaksud :"Ya Allah, berilah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam penglihatanku, cahaya pendengaranku, cahaya dari kananku, cahaya dari belakangku, cahaya dalam uratsarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya dalam rambutku

Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB MASUK KE MASJID
Apabila seseorang Muslim hendak masuk ke dalam masjid maka hendaklah melangkah dengan mendahulukan kaki kanan dan dalam keadaan tubuh badan yang bersih dan berwuduk serta hendaklah mempunyai imej yang baik. Ketika masuk masjid berdoalah kepada Allah SWT sebagai mana Nabi SAW mengajarkan kita yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Nas'i hadis yang bermaksud :"Ya Allah, Bukakanlah bagiku pintu- pintu RahmatMu." Doa ketika masuk masjid :-

Yang bermaksud :"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Besar, kepada wajahNya yang Maha Mulia dan kerajaanNya yang qadim (azali) dari syaitan terkutuk, segala puji bagi Allah. Ya Allah limpahkan selawat dan sejahtera atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya." "Ya Allah ampuni dosaku dan bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu" Dari Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud pula dari Abdullah bin Amr bin Ash :Nabi SAW bersabda : "Apabila masuk masjid, beliau mengucapkan "Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajah-Nya yang Mulia serta kekuasaan-Nya yang tidak mendahuluinya, dan gangguan syaithan yang terkutuk." Nabi SAW berkata : Apabila ia mengucapkan demikina (doa diatas), syaithan pun berkata : Dipelihara lah ia dari padaku sisa harinya." Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid. Firman Allah SWT yang berbunyi :-

Yang bermaksud : "(Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." (surah ar-Ra'd : 24) Ucapan selamat datang yang disampaikan malaikat, dan kebahagiaan yang mereka rasai, rupanya bertiang kepada sabar jua. Ada beberapa kelebihan mereka telah disusun tadi, meneguhi janji, menghubungkan tali kasih saying kepada manusia, sembahyang, menafikankan harta, tetapi tiang dari semuanya itu adalah sabar. Kalau tidak ada, segala kelebihan dari keistimewaan tadi tidak dapat ditegakkan. Dan sekira tiada saorang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah :"Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih."
Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB DALAM MASJID
Tahiyatul Masjid (Menghormati Masjid) :Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid sebagai menghormati rumah Allah sebelum duduk. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila ada diantara kamu memasuki masjid, maka hendaklah dia rukuk (solat dua rakaat sebelum duduk)." (diriwiyatkan oleh Bukhari dan Muslim) Shalat tahiyatul masjid adalah shalat yang sangat dianjurkan sekali, yang dilakukan bila kita masuk masjid dan belum duduk. Bila khatib sudah naik mimbar tidak ada shalat sunah yang boleh kita lakukan kecuali shalat tahiyatul masjid. Karena ketentuannya pada shalat bukan pada faktor luarnya, apakah ada adzan atau imam sedang khutbah, tetap kita melakukan shalat tahiyatul masjid. Apalagi ada riwayat yang menyebutkan bahwa ada orang datang terlambat dan langsung duduk sementara Nabi saw sedang berkhutbah, lalu beliau menegur orang tersebut agar melaksanakan shalat tahiyatul masjid. Nasiruddin berkata :"Rasulullah SAW telah menyuruh Salik al-Qaftani supaya mendirikan solat alTahiyyah ketika beliau memasuki masjid sedangkan ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah. Ini bermakna Rasulullah SAW telah menyuruh orang lain secara amnya untuk melakukan perkara yang sama." Sempurnakan sembahyang sunat "tahiyatul-Masjid" dua rakaat dengan lafaz niatnya :-

Yang bermaksud :"Sahaja aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah Taala". Beriktikaf dalam Masjid :Setelah selesai sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid iaitu :-

Yang bermaksud :"Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala". Iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah. Di waktu iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran, zikir, selawat ke atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain. Kesemuanya hendak lah dilakukan dengan sopan dengan suara perlahan agar tidak mengganggu jemaah yang lain yang sedang beribadat juga.
Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN
Ketika pendengar azan hendaklah berdiam diri dan mendengarnya. Orang-orang yang mendengarkan azan, mereka hendaknya menjawab seruan azan itu sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin itu, kecuali ketika kalimat :-

Yang bermaksud "Marilah shalat (2x) . Marilah capai kejayaan (2x)" Mustami (pendengar) menjawab :-

Yang bermaksud "Tidak ada daya dan kekuatan. Kecuali dari Allah yang

maha tinngi dan maha agung". Sabda Nabi SAW :Yang bermaksud "Apabila kamu sekalian mendengar azan, hendaklah kamu mengucapkan seperti yang diucapkan oleh muazzin." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) Dari Umar bin Khattab r.a. ia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Bila dikatakan oleh orang yang azan : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, lalu kamu katakan pula : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Kemudian orang yang azan itu mengatakan : Saya bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, maka kamu mengatakan pula : Saya bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah. Kemudian orang yang azan itu berkata pula : Saya bersaksi, sesungguhnya Nabi Muhammad itu utusan Allah, maka kamu berkata pula : Saya bersaksi, sesungguhnya Nabi Muhammad itu utusan Allah. Kemudian orang yang azan itu berkata pula : Marilah kita bersembahyang, lalu kamu menyahut : Tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Kemudian orang yang azan itu berkata pula : Marilah mencari kemenangan. Lalu kamu berkata : Tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Kemudian orang yang azan itu berkata pula : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, lalu kamu berkata pula : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Kemudian orang yang azan itu berkata pula : Tidak ada tuhan melainkan Allah, kamupun mengatakan : Tidak ada tuhan melainkan Allah. Perkataan itu betul-betul datang dari hatimu, maka masuklah kamu ke dalam surga." (diriwayatkan oleh Muslim) Pada azan subuh, jika mendengar kalimat :-

Yang bermaksud "Shalat itu kebih baik dari tidur (2 kali)". Hendaklah dijawab : -

Yang bermaksud "Benarlah engkau telah berbuat baik, dan sayalah diantara orang-orang yang menjadi saksi yang demikain itu (2 kali)." Setelah selesai mendengar azan, disunnatkan membaca doa sebagai berikut : -

Yang bermaksud "Ya Allah, Tuhan yang memperkenankan seruan yang sempurna dan shalat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kelebihan dan darjat yang tinggi dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan. (diriwayatkan oleh Imam yang empat) Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan. Dan kerjakan solat sunat Rawatib sebelum shalat wajib. Dari Abu Qatadah, ia berkata : "Tatkala kami sedang shalat bersama Nabi SAW, tiba-tiba beliau mendengar suara berisik orang-orang (yang datang). Maka ketika Nabi telah selesai shalat, ia bertanya : "Ada apa urusan kamu tadi (berisik) ?". Mereka menjawab : "Kami terburu-buru untuk turut (jama'ah)", Nabi SAW berkata "Janganlah kamu berbuat begitu !. Apabila kamu mendatangi shalat, hendaklah kamu berlaku tenang ! Apa yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah !" ( diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Bukhari ) Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW beliau bersabda : "Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat shalat itu, dan kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan/terhormat, dan janganlah kamu tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah". (diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i & Ahmad) Kedua-kedua hadits ini mengandung beberapa hukum : Kita diperintah berlaku tenang dan bersikap sopan/terhormat apabila mendatangi tempat shalat/masjid. Kita dilarang tergesa-gesa/terburu-buru apabila mendatangi tempat shalat, seperti berlari-lari, meskipun iqamat telah dikumandangkan. Kita dilarang berisik apabila sampai di tempat shalat, sedang shalat (jama'ah) telah didirikan. Ini dapat mengganggu orang-orang yang sedang shalat jama'ah. Imam masjid perlu menegur (memberikan pelajaran/nasehat) kepada para jama'ah (ma'mum) yang kelakuannya tidak sopan di masjid, seperti berisik, mengganggu orang shalat, melewati orang yang sedang shalat, shaf tidak beres, berdzikir dengan suara keras, yang dapat mengganggu orang yang sedang shalat atau belajar atau lain-lain. Apa yang kita dapatkan dari shalatnya Imam, maka hendaklah langsung kita shalat sebagaimana keadaan shalat Imam waktu itu. Setelah Imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah kita sempurnakan apa-apa yang ketinggalan.

Diantara hikmahnya kita diperintahkan tenang dan sopan serta tidak boleh tergesa-gesa, Nabi SAW pernah bersabda. :"Karena sesungguhnya salah seorang diantara kamu, apabila menuju shalat, maka berarti dia sudah dianggap dalam shalat". (diriwayatkan oleh Muslim)
Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB KELUAR MASJID
Apabila keluar dari masjid hendaklah membaca doa yang bermaksud:"Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu kelebihan Engkau untukku". Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar dan berniat untuk datang kembali. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa ia itu :-

Yang bermaksud :"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung daripada Mu daripada Iblis dan tenteratenteranya. Ya Allah aku bermohon kurnia daripada Mu". Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.
Kembali ke Senarai Kandungan

WANITA DI MASJID

Para wanita boleh pergi ke masjid dan ikut melaksanakan shalat berjama'ah dengan syarat menghindarkan diri dari hal-hal yang membangkitkan syahwat dan menimbulkan fitnah, seperti mengenakan perhiasan dan menggunakan wangi-wangian. Sabda SAW yang bermaksud :"Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud) Dan beliau juga bersabda :"Perempuan yang mana saja yang memakai wangi-wangian, maka janganlah dia ikut shalat Isya' berjama'ah bersama kami." (diriwayatkan oleh Muslim) Pada kesempatan lain, beliau juga bersabda :"Perempuan yang mana saja yang memakai wangi-wangian, kemudian dia pergi ke masjid, maka shalatnya tidak diterima sehingga dia mandi." (diriwayatkan oleh Ibnu Majah) Beliau juga bersabda :"Jangan kamu melarang isteri-isteri kamu (shalat) di masjid, namun rumah mereka sebenarnya lebih baik untuk mereka." (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan AlHakim) Dalam sabdanya yang lain : "Shalat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di bagian tengah rumahnya dan shalatnya di kamar (pribadi)-nya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya." (diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim) Beliau bersabda pula :"Sebaik-baik tempat shalat bagi kaum wanita adalah bagian paling dalam (tersembunyi) dari rumahnya." (diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Baihaqi)
Kembali ke Senarai Kandungan

KECEMARAN DI DALAM MASJID
Ajaran Islam memang melarang umatnya dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah lebih-lebih lagi kata-kata keji, lucah dan sebagainya. Larangan tersebut perlu diberi perhatian terutama sekali di dalam masjid dan kawasannya. Berbual perkara keduniaan yang tidak berfaedah langsung dan tidak ada kaitanya dengan kebahagiaan hidup di akhirat, perlu dihindarkan sama sekali semasa kita berada di dalam masjid. Juga Islam melarang umatnya berkumpul di dalam masjid semata- mata untuk memperkatakan keaiban orang lain lebih-lebih lagi mengumpat, menghina, menuduh, mengejek, menjatuhkan maruah orang lain juga mengangkat suara dengan tinggi. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :-

"Dari Ibn Mas'ud r.a Nabi bersabda: akan datang di akhir zaman umatku datang ke masjid lalu mereka duduk berkumpul-kumpul dan yang dibincangkannya hanya masalah dunia dan kegemaran akan dunia. Janganlah mereka engkau dekati sebab Allah tidak memerlukan kepada mereka." (diriwayatkan oleh Ibn Hubban dan AlHakim) Apabila seorang muslim memasuki masjid, janganlah sekali-kali melangkah kepala-kepala orang lain dan duduk dimana ada ruang kosong. Dia juga perlu meraikan kesempurnaan saf-saf serta dilarang melintas orang-orang yang sedang solat kecuali jika hendak mengisi tempat kosong di saf pertama kerana kecuaian orang yang berada di saf kedua (kerana tidak mengisi ruang saf yang kosong). Apabila seseorang itu berada di dalam masjid, maka dilarang meninggikan suara sebagaimana Imam Ibnu al-Haj berkata yang bermaksud :"Hendaklah dilarang sesiapa yang mengangkat suaranya di masjid ketika khatib sedang berkhutbah atau sebagainya daripada berbuat demikian." Sabda Rasulullah bermaksud: " Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada (gangguan) kanak-kanak kecil, orang gila, jual beli, pedang yang terhunus, meninggikan suara kamu dan tidak boleh melaksanakan hukum hudud (dalam masjid), tangguhlah perlaksanaan hukuman itu pada hari-hari kamu berkumpul." Imam Malik dan al- Baihaqi daripada Salim bin Abdullah bahawa Umar bin al-Khattab r.a telah membina satu ruang dinamakan al-Butaiha, yang dibina bersebelahan Masjid Rasulullah s.a.w. Setelah siap beliau berkata : "Barang siapa yang ingin berucap atau mendeklamasikan sajak atau meninggikan suara maka silalah keluar daripada masjid dan masuklah ketempat ini." Malah meninggikan suara ketika membaca al-Quran atau berzikir di masjid ditegah oleh Islam. Namun ada juga pengecualian iaitu mengangkat suara kerana mengajar yang merupakan fardu ain atau perkara wajib dengan syarat tidak semasa sembahyang berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Ahmad) Satu riwayat lain mengatakan: Nabi sedang beriktikaf di dalam masjid dan baginda mendengar mereka membaca al-Quran dengan nyaring maka baginda membuka tabir dan berkata yang bermaksud : "Perhatikan, bukankah kamu semua bermunajat kepada tuhan kamu maka janganlah kamu mengganggu antara kamu dan jangan meninggikan suara ke atas orang lain dengan bacaan al-Quran." (diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasaii) Melihat kepada asas pembinaan sesebuah masjid, jelas ia bertujuan supaya umat Islam bertakwa kepada Allah dan penyatuan umat. Masjid bukanlah tempat menanam bibit-bibit kebencian satu golongan kepada

golongan yang lain dan ia bukan tempat mewujudkan perpecahan di kalangan umat. Dan ia juga bukan tempat menabur fitnah atau gelanggang untuk mencaci pihak yang di benci. Al-Ouran menceritakan orang-orang munafik juga telah membina masjid bertujuan menabur fitnah dan merosakkan perpaduan di kalangan umat Islam. Rasulullah s.a.w dapat memahami niat buruk mereka, lalu baginda memerintahkan supaya meruntuhkan masjid tersebut dan membakarnya. Berikutan dengan peristiwa itu Allah menurunkan ayat khusus berhubung dengan membina masjid dan memuji Masjid Quba sepertimana firman Allah SWT yang berbunyi :-

Yang bermaksud :"Sesungguhnya masjid yang berdasarkan takwa (Masjid Quba) semenjak ia didirikan lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid ada orangorang yang ingin supaya dirinya bersih, sedangkan Allah kasihkan orang-orang yang bersih". (surah at-Taubah : 108)
Kembali ke Senarai Kandungan

KESIMPULAN

Jelas bahawa pembinaan masjid sejak dari peringkat permulaan hendaklah berlandaskan takwa kepada Allah dengan disertai keikhlasan dan bertujuan menghimpun umat Islam mengikuti jalan yang diredai Allah, berkenalan sesama umat Islam di samping berbincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap umat. Masjid adalah segala-galanya dalam kehidupan individu Muslim. Namun begitu, perlu diingat masjid mempunyai adab-adabnya tersendiri dan umat Islam perlu mengikut adab-adab tersebut. Sebenarnya, banyak lagi adab-adab masjid seperti cara masuk, duduk, iktikaf, shalat, ketika keluar dari masjid, menjaga kebersihan, tidak boleh berjual-beli dan lain-lain lagi. Umat Islam seharusnya sedar akan hakikat fungsi masjid itu sebagai pertemuan kecintaan, keharmonian, toleransi dan tolong-menolong. Mereka bertaut erat seperti saf-saf dalam shalat mereka menuju keredaan Allah SWT dengan membuang segala sifat iri hati atau dengki dan hanya mengharapkan keampunan dan keredaan serta serta kebaikan daripada Allah SWT. Malah, itulah tanggungjawab dan kewajipan hakiki masjid, iaitu tempat sujud dalam setiap kegiatan kehidupan, mendekatkan diri individu Islam dengan khaliqnya. Maka berhubung dengan masjid inilah dapat difahami dengan sepenuhnya firman Allah SWT yang berbunyi :-

Yang bermaksud : "Ingatlah! Janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)." (surah al-Alaq : 19) Wallahu A'lam