Marinah Ahmad 651103-04-5316 10 Konsep Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada

persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995] Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks Negara Malaysia yang berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan

13 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999] Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia memberi jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas dibawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa berkaitan jawatan didalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan juga kemudahan khas lain yang diberikan. Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain dimana menjadi tangunggjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukkan lain. Selain daripada itu, termasuklah peruntukkan didalam Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. 14 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” [Perkara 3(1): Perlembagaan Persekutuan] Selain daripada Perkara 3(1), Perkara 11(4), 12(2), dan 121(1A) juga meletakkan garis panduan yang berkaitan dengan agama Islam. Perkara-perkara ini menyokong antara satu sama lain. Sebagai contohnya, perkara 11(4) ada menyebut “ undangundang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undangundang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam. Ini di jelaskan lagi didalam kes Teoh Eng Huat mlwn Kadi Pasir Mas Kelantan di mana Teoh Eng Huat ingin anak nya Suzie kembali kepada ajaran buddha selepas dia mengetahui pengislaman Suzie. Akan tetapi rayuannya di tolak berdasarkan Perkara 11(4). Maka dengan adanya perkara ini, tiada mana-mana pihak boleh mempertikaikan mengapa Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan juga mana-mana undang-undang yang berlawanan dengannya adalah di angaap terbatal dan tidak boleh di gunakan. Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan. 20 Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur tradisi yang pertama ialah Agama Islam. Perkara 3(1) menyatakan “ Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Akan tetapi Perkara 11(1) menyatakan

14 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal(4), mengembangkan ugamanya”. Perkara 11(4) menytakan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam”. Antara contoh kes yang popular di Malaysia ialah Teoh Eng Huat v Kadhi of Pasir Mas, Kelantan & Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan [1990] 2 MLJ 306,di mana Suzie Teoh telah melarikan diri dari rumah dan telah memeluk agama Islam. Perkara ini menyebabkan bapanya marah dan meminta Mahkamah untuk menyuruh anaknya kembalai kepada ajaran buddha. Pihak mahkamah membuat keputusan berdasarkan perkara 11(4). Unsur yang kedua ialah Bahasa Kebangsaan. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, “ Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apapapa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Perlimen”. Akan tetapi penggunaan Bahasa lain adalah tidak di larang. Unsur yang ketiga ialah Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Unsur ini terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan perkara 153 yang menyebut mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. Menurut perkara 153(1) didalam Perlembagaan Persekutuan pula menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini, dan perkara 153(2) pula menyebut walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan 14 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. Secara keseluruhannya, unsur tradisi ketiga yang terkandung di dalam Perlembagaan ialah berkaitan dengan kedudukan dak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menjadi kepentingan untuk dijaga, dilindungi dan tidak boleh dipertikaikan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia ini juga memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga hak keistimewaan berikut termasuk kerajaan dengan mendirikan kuota kemasukan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga boleh dianggap sebagai sebuah Kontrak Sosial yang menjaga dan mempertahankan hak ketuanan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Malaysia. Unsur Tradisi yang terakhir ialah Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 38(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, ’’ Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut jadual kelima.’’ Di dalam Perlembagaan Persekutuan juga melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182. Mahkamah Khas ini bertujuan bagi menjamin hak-hak Raja Melayu. Perkara 32 didalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya adalah di gelar sebagai Yang di-Pertuan Agong. Perkara 32(2) menyatakan , ” Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang di gelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.”

Perkara 32(3) didalam Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan Yang diPertuan Agong boleh dipilih melalui mesyuarat dan tempoh bagi seseorang Yang di-

14 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 Pertuan Agong memegang jawatan adalah selama 5 tahun tetapi boleh meletakkan jawatannya.

3.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DI WUJUDKAN. Berdasarkan pemerintahan perisytiharan makna masa Negara perlembagaan, kini. dan kita dapat memerhatikan satu bahawa perlembagaan mempunyai peranan, tujuan dan kepentingan yang besar dalam moden cita-cita Perlembagaan juga merupakan manifestasi formal menggariskan struktur-struktur

pemerintahan Negara. Perlembagaan boleh mengawal kerajaan dan rakyat dalam menjalankan peranan-peranan mereka dalam kehidupan bernegara. Perlembagaan sekali gus dapat memberikan legitimasi kepada sesuatu tindakan kerajaan atas nama negara dan juga dapat mengawal serta mengelak penyalahgunaan kuasa oleh intitusiintitusi kerajaan. Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya. Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia. Antaranya ialah mengikat rakyat dan kerajaan iaitu untuk patuh kepada undang-undang dan rakyat hidup dalam kesejahteraan, aman dan damai. Kepentingannya juga banyak mengekalkan perpaduan dan keistimewaan orang melayu di Malaysia ini. Antara keistimewaannya ialah, menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran ketua atau Perdana Menteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan. Perlembagaan dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Dengan mengambil kira perlembagaan semasa merangka dan membentuk pentadbiran, kestabilan sesebuah negara dapat dinikmati dengan baik. Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin kecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis panduan bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah 14 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 negara. Kerana disinilah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni. Perlembagaan juga menjadi panduan kepada pemimpin semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini kerana masa hadapan rakyat dan negara terletak di atas bahu seorang pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supaya segala kemudahan dan kesenangan dapat dikecapi oleh semua golongan masyarakat. Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan inilah rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat. Dengan tertubuhnya perlembagaan ini juga menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kerakyatan kewarganegaraannya dan boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Malaysia secara khususnya tidak memerlukan golongan yang derhaka pada negara yang akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan yang disebabkan tiada kesetiaan pada negara. Oleh itu dengan perlembagaan ini rakyat Malaysia akan terus mempertahankan hak mereka supaya tidak mudah dicabuli. Bagi mereka yang tidak ada kesetiaan mereka akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Akhir sekali, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan orang Melayu tidak akan dipersoalkan lagi. Ini kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang melayu. Selain itu juga orang melayu hendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang dibangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum. Sebagai kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa perkembangan

Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengaburi pandangan dan pendirian orang melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia di bawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neocolonialisme.

14 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agenda untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkan negeri-negeri ini di bawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Malayan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu terlaksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbirannya sendiri tetapi masih lagi di dalam Komanwel. 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, 1Malaysia adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat perpaduan antara kaum dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Tambahan pula media massa banyak menyiarkan rencana mengenai isu Perlembagaan dan juga 1Malaysia. Pengisian gagasan 1Malaysia menuntut transisi dan transformasi budaya yang menyentuh fungsi budaya dalam konteks perubahan sikap serta pandangan seluruh rakyat terhadap kesatuan bangsa di negara ini, memerlukan rakyat memahami aspirasi Perlembagaan Negara di samping makna kontrak sosial. Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A Aziz Deraman menyarankan gagasan 1Malaysia menjadikan falsafah dan adat budaya

15 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Marinah Ahmad 651103-04-5316 Melayu sebagai antara pedoman yang boleh dikutip seperti diungkapkan dalam pantun Melayu.

Kalau duduk disuruh berguru dalam tegak, tegak bertanya dalam merantau mencari guru .jika berdagang mencari ilmunya

Ini membuktikan gagasan 1Malaysia dan juga Perlembagaan Persekutuan adalah adil serta ia menjaga kebajikan semua bangsa dan ia juga tidak bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka 1Malaysia adalah konsep dan juga merupakan satu transformasi Malaysia harini.

16 WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful