Sejauhmana kesedaran literasi nombor boleh menjadikan insan yang peka dan bijak

dalammenjalani kehidupan seharian anda?

Tugasan 2
Sejauhmana literasi nombor menjadiakn insan yang peka dan bijak dalam kehidupan.
Literasi nombor merupakan satu kemahiran yang digunakan oleh guru ataupun murid-murid
untuk memahami dan menggunakan matematik dalam menyelesaikan masalah matematik,
asas atau rumit dalam kehidupan harian. Menurut Numerasi asas di bawah Program LINUS
pula literasi bermaksud Keupayaan menyelesaikan operasi asas matematik, serta memahami
idea matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.Contoh kemahiran dalam literasi nombor ialah membaca,
menulis, mengira dan menyusun (ikut susunan) nombor bulat/Operasi Asas dan Aplikasi) Oleh
itu, kita selau menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dengan lebih
sistematik dan membolehkan kita membuat keputusan yang bijak.
Melalui tugasan 1, saya telah sedar bahawa literasi nombor sememangnya telah membantu
saya dalam membuat keputusan yang bijak dan matang. Sebelum saya belajar literasi nombor,
saya hanya mampu membuat keputusan dengan pemikiran logik tanpa menggunakan cara
pengiraanyang betul dan juga penganggaran dalam masalah. Menurut penyataan daripada
Groves (2006), menyatakan bahawa penggangaran adalah sangat penting untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian di mana ia menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk
membolehkan kita membuat satu keputusan yang baik tanpa melakukan pengiraan yang tepat.
Penyataan tersebut telah menyedarkan saya bahawa pengiraan dan penganggaran dalam
masalah membantu saya dalam membuat keputusan dengan lebih baik dan tepat berbanding
dengan membuat keputusan dengan hanya mendengar kepada pandangan orang lain sahaja.
Pengetahuan ini telah saya mempelajari daripada tugasan 1 seperti mana masalah yang
dihadapi dalam memilih pelbagai kaedah yang sesuai untuk menjadualkan hasil dapatan dari
nombor pendaftaran kereta yang diambil. Di sini, saya telah belajari sesuatu yang baru bahawa
adanya cara yang mudah untuk mengkelas nombor pendaftaran dengan menggunakan kaedah
yang betul iaitu dengan menggunakan jadual dan hasil jadual tersebut kita boleh bina jadual
untuk melihat bagaimana perbezaan yang ada pada setiap nombor pendaftaran yang telah kita
kaji itu tadi.Oleh itu daripada tugasan tersebut saya boleh mengira dan menganggarkan mana
nombor pendaftaran yang boleh dimasukan dalam jadual dengan betul dan bolehuntu dianalisa

datanya untuk dibuat graf dan dapat membantu saya membuat keputusan yang bijak, tepat dan
logik. Apabila saya membuat refleksi kendiri tentang pengalaman saya, saya telah terfikir
bahawa saya selalu mempunyai masalah dalam menguruskan belanjawan mingguan atau
bulanan saya diamana saya susah untuk melihat sebanyak mana perbelajaan saya pada bulan
atau minggu tersebut. Oleh itu, selepas saya membuat penilaian kendiri melalui pengalaman
saya tadi , saya telah faham dan sedar bahawa kepentingan analisa data dalam pengurusan
perbelanjaan adalah sangat penting iaitu dengan menjadualkan semua perbelanjaan saya
dalam kelas yang betuk kemudian membina sebuah graf yang sesuai seperti graf gaaris yang
boleh kita lihat adakah belanjaan saya pada bulan itu semakin menaik atau semakin menurun
dengan hanya berpanduakn graf yang telah dibina itu tadi.Demikian, saya juga terfikir daripada
perspektif lain bahawa analisa data yang saya buat haruslah betul dan tiada unsur
penipuan,agar

saya dapat mengetahuai belanjawan saya pada setiap bulan dan ini akan

memudahkan lagi perkerjaan saya dalam kehidupan seharian saya Dengan ini juga saya dapat
mengurus perberlanjaan saya dengan lebih teratur dan sistematik dengan menggunakan
analisa data dan graf sahaja. Kesilapan dalam pengiraan dan pententuan kelas analisa data
dapat menyebabkan graf kita salah dan tidak menepati ciri-ciri analisa yang baik. Oleh itu, saya
tidak menyesal mempelajari pelbagai cara pengiraan dalam literasi nombor bagi membuat
pengiraan yang lebih baik dan menolong saya membuat keputusan dengan bijak dan pandai.
Secara langsungnya, saya juga belajari tentang kepentingan membuat perancangan terlebih
dahulu sebelum proses pengkelasan data dan graf dibuat hal ini kerana untuk meneroka
strategi yang sesuai untuk saya melaksanakan tugasan ini. Selepas belajar tentang strategi
membuat perancangan, saya menyedari bahawa betapa pentingnya membuat perancangan
dalam proses pelaksanaan tugasan ini malah kita dapat menyelesaikan pelbagai keputusan
dalam kehidupan harian kita. Melalui tugasan 1, saya telah belajar bagaimana untuk
mengumpul data-data yang saya ambil kemudian membentuk graf yang sesuai mengikut jadual
yang saya bina.Dari situ saya telah mengetahui betapa pentingnya literasi nombor ini dalam
kehidupan kita dalam menjadikan kita seorang guru yang bijak dan peka.Selain itu,apa yang
saya perolehi dari pembelajaran literasi nombor ini saya telah mepelajari pelbagai kaedah
penyelesaian masalah dalam matematik yang boleh saya aplikasikan dalam kehidupan
seharian saya dan menjadikan saya seorang guru yang bijak dan peka dengan persekitaran.
Antaranya CONTOH PENYELESAIAN MASALAH ialah MENCUBA KES LEBIH MUDAH,CUBA
JAYA MENGENAL PASTI POLA ,MEMBUAT SIMULASI DAN sebagainya.Teknik penyelesaian
masalah ini juga boleh diterapakan dalam kehidupan seharian kita Contohnya jika kita
mempunyai masalah dalam menentukan keluasan tanah di kawasan rumah kita kita boelh guna

kan strategi penyelesaian masalah mencuba kes yang lebih mudah,dengan ini kita kan lebih
mudah untuk mencari keluasan tanah itu tadi.Tambahan lagi dengan literasi nombor juga
menjadiakn kita sebagai seorang guru yang bijak merancang sesuatu perkara kerana dalam
pembelajaran literasi nombor kita didedahkan dengan pelbagai kaedah serta teknik yang sesuai
untuk menyeleaiakan sesuatu permasalahan.
Selain itu, saya juga belajar tentang menegenai analisis maklumat melalui literasi nombor untuk
membuat satu keputusan yang bijaksana. Saya telah menyedari maklumat adalah penting dan
sebagai asas untuk saya membuat pilihan atau keputusan. Oleh itu, saya menyerdari bahawa
maklumat yang dikumpul mestilah benar, tepat dan sahih agar dapat membuat graf yang tepat
dan membolehkan membuat keputusan yang bijak.

Pada masa yang akan datang, jika saya

membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah banglo, saya akan mengumpulkan
maklumat berkenaan daripada pelbagai sumber seperti iklan, media, atau daripada rakan-rakan
terdekat. Dengan ilmu pengetahuan sedia ada mengenai literasi nombor, saya akan
menganalisis dan menginterpretasikan maklumat yang saya kumpulkan sebelum saya dapat
membuat satu keputusan yang muktamad. Namum, jika maklumat yang dikumpul tidak dianalisi
dengan baik, maka saya akan membuat satu keputusan yang merugikan dan membuangkan
masa sahaja. Oleh itu, dengan menguasai kemahiran menganalisis data dan pengiraan serta
menghasilakan graf dalam literasi nombor,
Sebagai kesimpulan saya yakin sepanjang pembelajaran literasi nombor ini telah melatih diri
saya untuk menjadi seorang guru yang bijak dan peka dalam menjalani kehidupan
seharian,saya malah dengan iilmu pengetahuan ini juga saya dapat aplikasikan ketika saya
berada di sekolah nanti untuk menyelesaiakan segala cabaran yang bakal saya hadapi.Selain
itu,saya juga boleh melahirkan suasana belajar

yang menarik dengan berpanduakan iilmu

numberasi yang telah saya pelajari dalam literasi nombor ini.