Kek Lapis Malim kundang

bahan-bahan :
10 biji telur
450g mentega
300g tepung hong kong atau tepung gandum
180g gula kastor (+/-)
300g susu pekat manis
150g horlicks
190g jem strawberi
100g kelapa parut kering (saya guna 50g santan serbuk)
Coklat Crispy secukupnya
1 sudu besar ovallete
pewarna merah, kuning dan coklat
cara-cara :
Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.
Dalam bekas yang lain, mentega dan susu pekat diputar sampai putih.
Kemudian satukan adunan mentega dengan tepung tadi. Sebatikan.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan coklat.
Untuk adunan merah, masukkan jem strawberri dan kacau rata-rata.
Adunan kuning dimasukkan serbuk horlick. Kacau sampai sebati.
Manakala adunan coklat dimasukkan kelapa parut kering.
Sediakan loyang 8" x 8". Griskan dengan mentega. Ambil sedikit adunan kuning dan
ratakan. Kemudian bakar/grill hingga masak (guna api atas sahaja) lebih kurang 5
minit.
Kemudian, masukkan adunan coklat dan susunkan coklat Crispy tadi di atasnya
(atau boleh juga bakar lapisan coklat terlebih dahulu lepas tu barulah disusunkan
coklat Crispy di atasnya seperti dalam gambar). Bakar hingga masak.
Kemudian, masukkan pula sedikit adunan merah dan bakar. Ulangi proses hingga
habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar selama 5-6 minit atau hingga kek keperangan. Dan
bakar lagi selama 10-15 minit dengan menggunakan api bawah supaya kek masak
sempurna.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum
dipotong.