621208-03-5678 Soalan 2

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020.

Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.

Pengenalan

Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.

1

621208-03-5678 Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.

2

621208-03-5678 Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabah terhadap persoalan yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kita bertanya apa signifikannnya pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat dan negara dapat diikat dengan adanya permuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama.

Pendidikan di Malaysia Pendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikan mempunyai nilai ekonomi, nilai politik dan menjamin kemajuan sosial sesebuah negara. 1. Pendidikan sebelum merdeka Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar ‘pecah’ dan ‘perintah’. Kerajaan British mengamalkan dasar ‘ laissez-faire’ dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

3

621208-03-5678 2. Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.

Bagaimana Penyata Razak dapat mewujudkan penyatuan kaum Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin. Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistem bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap kanak-kanak di negara ini.

4

621208-03-5678 Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu: Mewujudkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas Mewujudkan satu jenis sekolah, iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Mewujudkan sistem pendidikan yang mampu membentuk satu rupa bangsa

Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

Bagaimana dasar dan rangka kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan negara. Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanaya selepas merdeka telah dirangka bagi pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep ‘Malayanization’ ialah membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai dan taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa.

5

621208-03-5678 Dasar Pendidikan Kebangsaan Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat dengan dengan aspek perpaduan dan pendidikan ialah Perpaduan Negara dan Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap: (i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M); (ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982; (iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1989 Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk melahirkan pelajar seperti yang disarankan di atas diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN): “ PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

6

621208-03-5678 Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat direalisasikan ke arah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Perpaduan kaum dan polarisasi kaum; Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan; Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; Penerapan nilai-nilai Islam dan Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang

Kesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara yang mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang bersatu padu, demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana aman dan makmur. Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah atas kesedaran bahawa: (i) Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita; (ii) Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang kita cita-

7

621208-03-5678 citakan. Justeru, adalah penting bagi kanak-kanak diserapkan nilainilai murni dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum. Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormatmenghormati, bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untuk diterapkan dalam jiwa dan sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankan dalam kurikulum KBSR yang menekankan konsep perpaduan kaum.

Hemah Tinggi Baik hati

Keadilan Kerajina

Berdikari Kejujura n NILAI TERAS PENDIDIKAN (NILAI-NILAI MURNI) Kebebasan Rasional Kebersihan Fizikal & Mental Kerjasama Kasih sayang Kesyukuran Keberanian

Hormat

Kesederhanaan

Semangat bermasyarakat

8

621208-03-5678 Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah berdasarkan matlamat Pendidikan Kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci dan membentuk sikap positif yang berguna kepada diri agama dan bangsa. Nilai moral ini sebenarnya di ambil dan dipetik daripada pelbagai seperti ajaran agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Confucious.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007. PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan Enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam teras itu adalah: 1.Membina Negara Bangsa 2.Membangunkan Modal Insan 3.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 4.Merapatkan Jurang Pendidikan 5.Memartabatkan Profesion Keguruan 6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

9

621208-03-5678 Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Membina Negara Bangsa Matlamat PIPP dalam Membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama, penyayang, demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu. Antara strategi perlaksanaannya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional Memperkasa Bahasa Kebangsaan Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah Teras strategik yang ketiga di dalam PIPP 2006-2010 bermatlamat iaitu: (i) Sekolah Kebangsaan sebagai aliran perdana dan menjadi pilihan utama masyarakat (ii) Sekolah Kebangsaan sebagai wahana yang paling sesuai untuk perpaduan kaum Kedua-dua matlamat ini perlu didokong bersama kerana kita yakin bahawa Sekolah Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak didik kita.

10

621208-03-5678 Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan pendekatan seperti berikut: (i) (ii) Semua sekolah pelbagai aliran di bina dalam satu kompleks Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/ Kerajaan Negeri serta

Sekolah ‘Missionary’ selaras dengan sistem pendidikan negara (iii) Memberi penekanan kepada tema dan fokus perpaduan di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum (iv) (v) Sekolah Wawasan SBP Integrasi

Hasrat murni kerajaan dapat dicapai sepenuhnya melalui: Penubuhan Sekolah Wawasan Matlamat menubuhkan Sekolah Wawasan adalah bertujuan memperkukuh hubungan dan perpaduan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Dengan menempatkan ketiga-tiga sekolah ini akan dapat menjadi landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaumpada peringkat premier lagi. Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan adalah: (i) (ii) (iii) Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan; Merapatkan hubungan antara kaum; Integrasi nasional;

11

621208-03-5678 (iv) (v) Melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan Menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020.

Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) Rancangan Malaysia Ke 9 merupakan Misi Nasional 2006-2020. Rancangan ini meliputi Perpaduan Nasional, Modal Insan dan Nilai-nilai Murni. Lima teras utama di dalam Rancangan Malaysia Ke 9 adalah: 1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; 2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”. 3. Menangani ketidaksamaan sosial-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. 4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan 5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan

12

621208-03-5678 yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan. Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Hal

13

621208-03-5678 ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang(caring), progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini juga bermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju menjelang abad ke-21. Sembilan Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti:

1.Pembentuka n Masyarakat yang Bersatu padu 9. Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur 2. Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang

8.Pembentuka n Masyarakat Keadilan EkonomiSosial

Sembilan Cabaran Wawasan 2020

3. Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang

7. Pembinaan Masyarakat Penyayang 6.Pembanguna n Masyarakat Saintifik dan Maju 14 5.Pembentuka n Masyarakat yang Toleran

4. Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.

621208-03-5678 Sebagai memenuhi hasrat ke arah perpaduan kaum, cabaran yang pertama merupakan matlamat yang dicita-citakan untuk membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dapat dikongsi bersama. Menurut cabaran ini, bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi di peringkat wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, duduk dalam keadaan harmoni berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Cabaran-cabaran di atas sebenarnya membangkitkan rasa kepada para pendidik untuk melahirkan insan yang dapat memenuhi kehendak negara dan seterusnya memperkasakan sesebuah sekolah. Bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju isu pembentukan satu negara bangsa Malaysia mempunyai makna yang mendalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan antara kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Maka sebarang bentuk kerjasama ke arah kemajuan negara tidak akan terhasil. Bagi mengisi konsep ini, para pendidik perlu menekankan istilah-istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

15

621208-03-5678 Masalah perpaduan kaum Walaupun sistem pendidikan selama ini mendokong Dasar Wawasan Negara (DWN) yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapat segelintir pelajar yang masih menghadapi masalah dalam perpaduan kaum dalam kalangan mereka. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah

mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum atau pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidak dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai

kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakanrakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya “.

16

621208-03-5678 Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Adakah kita mahu melihat negara kita hancur angkara sikap para pelajar kita sekarang? Menyedari hakikat ini, langkahlangkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

Bagaimana mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasrat kerajaan melalui dasar, pelan dan program yang sistematik ini perlu difahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaum akan dapat diwujudkan melalui beberapa aktiviti di sekolah. 1. Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum Dalam hubungan ini, peranan guru-guru sangat penting. Para guru mesti menunjukkan contoh yang baik. Guru-guru harus menyedarkan para pelajar betapa pentingnya perpaduan kaum. Pertentangan antara kaum tidak

menguntungkan sesiapa. Para pelajar harus sedar, “ Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh”. Hakikat ini perlu disedari dan dihayati bersama. Di dalam kelas, semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira

17

621208-03-5678 kaum. Mereka harus digalakkan berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, diskusi, forum dan kegiatan akademik yang lain perlu disertai oleh semua pelajar. Para guru tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan memperlihatkan sikap perkauman. Mereka harus membimbing pelajar-pelajar agar bermesra dan berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen para guru dan sekolah merupakan faktor utama yang dapat membendung masalah perkauman antara pelajar. 2. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti kokurikulum. Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi bidang sukan dan permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit beruniform. a. Aktiviti permainan dan sukan Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan dan moral, misalnya melalui permainan bola sepak dan bola tampar, pelajar berpeluang: (i) (ii) (iii) (iv) Berinteraksi dengan pelbagai kaum. Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan. Bekerjasama dalam pasukan. Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan.

18

621208-03-5678 b. Aktiviti kelab dan persatuan (i) (ii) Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan. (iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan mereka. c. Aktiviti Unit Beruniform (i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat,

berkhemah, gotong-royong, latihan kecemasan dan lain-lain. (ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan

semangat kemasyarakatan. (iii) Mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu menghargai pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum. 3. Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar mereka boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, pelajar perlu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancang

19

621208-03-5678 program sambutan Hari Guru, temasya sukan tahunan dan pesta-pesta kebudayaan lain. Penglibatan pelajar ini sudah tentu mendorong mereka untuk berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukar-tukar idea dan saling memahami. Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil belajar, perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu menggalakkan mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musimmusim perayaan seperti Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar Islam patut mengadakan jamuan Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan perayaanperayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Merayakan perayaan kaum-kaum lain, memberikan impak yang kukuh dalam hubungan persahabatan antara kaum. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapat menjalinkan hubungan mesra antara pelajar berlainan kaum tanpa perasaan curiga dan prasangka. 4. Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi. Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat mewujudkan semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan memupuk semangat muhibah antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula seperti mengadakan pungutan derma bagi mereka yang memerlukan bantuan dan melancarkan tabung kebajikan sekolah adalah satu usaha murni. Hal ini sangat sesuai untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang

20

621208-03-5678 berguna kepada pelajar dalam perkara-perkara kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. 5. Memupuk kesedaran sivik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM. Melalui pendidikan Sivik, pelajar dididik supaya menghormati hak orang lain, membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan,

mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat dan negara. Contohnya mereka tidak akan membuang sampah merata-rata te,pat di sekolah demi menjaga keselesaan orang lain dan alam sekitar. Hal ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesame insane dan secara tidak langsung hubungan dapat dipererat. 6. Melalui Pendidikan Sejarah Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah menengah. Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru, perlu menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu peka bahawa asas-asas pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada pendidikan Sejarah. Sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan dalam kurikulum sekolah. Pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan bangsa Malaysia. Mengajar mata pelajaran sekolah mempunyai

21

621208-03-5678 kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di negara ini. Jelaslah, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk mendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa. Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya celik sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu

mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara. Contohnya pelajar digalakkan menyambut Hari Kemerdekaan melalui kempen mengibarkan jalur gemilang. Hal ini, dapat melibatkan penyertaan semua pelajar untuk menyertai perarakan sekaligus memupuk nilai perpaduan. 7. Melalui program Bahasa Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah. Contohnya dengan mmenganjurkan Minggu Bahasa, pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

22

621208-03-5678 Kesimpulan

Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, para pendidik merupakan ‘role model’ dan ‘uswatun hasanah’ bukan sahaja kepada anak-anak didik tetapi juga kepada keseluruhan anggota masyarakat. Peranan guru amat berat dan mencabar dalam mencanai dan membentuk anak bangsa agar aspirasi negara menjadi kenyataan. Dalam hal ini, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan dasar-dasar dan programprogram negara yang terbaik mengikut acuan kita sendiri adalah kejayaan kepada bangsa dan akan menjadi kebanggaan masyarakat seluruhnya. Aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan amat penting dan berkesan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

23

621208-03-5678 Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat

menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Keadaan ini dapat meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang mampu mengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia. Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia pendidikan khususnya para guru amatlah diperlukan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah sekaligus memenuhi wawasan negara.

24

621208-03-5678 Rujukan 1. Aziz Mahmood, Nilai Teras Pendidikan, Nota Kursus PTK untuk PPP Siswazah DG48, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu. 2. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am, Petaling Jaya: International Law Book Services. 3. Mingguan Malaysia, Wawancara. Ahad 8 April 2007 4. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K), Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd. 6. Pendidik,Bil 25 /2006. 7. Pendidik, Bil 26/2006, “Perutusan Tahun Baru”, Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein. 8. Sejarah Malaysia Tingkatan 5, (1992). Kuala Lumput: Dewan Bahasa Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. 9. Sinar Rohani, Bil 34/2005, JAKIM. 10. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP,

Kementerian Pelajaran Malaysia. 11. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)2003, Kompetensi (Teras dan Profesional), Penerbit Femina. 12. http://www.karangkraf.com/dewan 13. http://vlib.unitarklj/.edu.my/htm/wawasan.html

25

621208-03-5678

26