You are on page 1of 24

LDK 1: Taaruf

LDK 2: Kejelekitan kumpulan serta mind setting
LDK 3: Potensi diri dan motivasi diri
LDK 4: Matlamat dan hala tuju
LDK 5: Muhasabah dan kesedaran diri
LDK 1 - TA'ARUF
Objektif
1. Memberikan impresi pertama kepada peserta.
2. Peluang untuk mengenali sesama mereka.
3. Membentuk kerjasama dan kesefahaman dalam kumpulan.
4. Membentuk satu semangat kekeluargaan dan menunjukkan bahawa
mereka saling memerlukan sesama sendiri.
1. Inilah Gayaku!
Tahap : Rendah / Menengah
Masa : 30 minit
Alatan : Tiada
Pelaksanaan:
1. Pertama fasilitator dikehendaki memberikan arahan kepada adik-adik
supaya mengenalkan diri mereka dengan gaya mereka tersendiri.
2. Tetapi sebelum mereka memperkenalkan diri mereka, mereka hendaklah
meniru gaya peserta yang terdahulu.
3. Pilih peserta secara rambang supaya mereka lebih peka dan memberikan
penumpuan sepenuhnya terhadap kawan-kawan mereka.
Perbincangan:
1. Fasilitator hendaklah membuka peluang kepada adik-adik yang lain apa
yang mereka boleh lihat dan gaya kawan-kawan mereka.
2. Tanya pula kepada adik yang memperagakan wataknya tadi apakah yang
cuba dia tonjolkan kepada adik-adik yang lain supaya yang lain faham
tentang perwatakan beliau.
3. Tanya mereka tentang perwatakan, tingkah-laku dan cuba kupaskan diri
mereka yang sebenar supaya kerahsiaan di antara mereka dengan adikadik yang lain semakin mengecil.
Kesimpulan:
1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya.
2. Manusia itu unik dan pelbagai ragam serta perwatakan. Oleh itu kita
hendaklah cuba saling mengenali sesama sendiri.

3. “Hai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu dari seorang
lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dari
suku-suku bangsa supaya kamu mengenali salu sama lain”
(Al-Hujurat: 13)
4. Jangan kita membuat tafsiran salah jika kita tidak mengenali diri
seseorang itu dengan dekat.
2. Apa punya turr...
Tahap : Rendah / Menengah
Alatan : Kertas A4, pen
Masa : 30 minit
Pelaksanaan:
1. Fasi rnembahagikan peserta kepada dua kumpulan dan setiap peserta
diberi sehelai kertas A4
2. Kumpulan pertama diminta membuat ayat bermula dengan "Kenapa"
3. Kumpulan kedua diminta membuat ayat bermula dengan "Kerana"
4. Fasi mengumpulkan semua hasil kerja dan membaca secara rawak
"kenapa" dan "kerana".
5. Fasi merninta peserta yang ayatnya dibaca memperkenalkan diri dengan
menyebut nama penuh, nama timangan, tarikh lahir, bilangan adik-beradik
dan lain-lain.
Perbincangan:
1. Mengingati nama rakan adalah penting utk membina ikatan ukhuvvwah.
2. Kepentingan ta'aruf sebagai satu keperluan bagi memudahkan proses
interaksi antara satu sama lain.
Kesimpulan:
1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya.
2. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada konsep
TAFAHHUM, TA'AWUN, TAKAFUL.

TA'ARUF,

3. Namaku Namamu Jua
Tahap : Rendah / Menengah
Alatan : Tiada
Masa : 30 minit
Objektif:
1. Mewujudkan tafahhum, ta'awun dan takaful serta membentuk kerangka
berfikir di kalangan peserta
2. Sebagai persediaan untuk menerima input seterusnya.

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah laksana sebuah bangunan. 4. Konsep kesatuan. Kemudian peserta dikehendaki bergabung membentuk dua kumpulan dan mencantumkan nama-nama tadi menjadi satu nama baru. 3. 2. saling menerima pendapat. Peserta dibahagikan berpasang-pasangan dan setiap pasangan untuk mencantumkan nama mereka menjadi satu nama yang ringkas. Salah seorang sebagai pesakit dan seorang lagi sebagai penyelamat. Langkah terakhir. c. 3. Kali ini keempat-empat dalam satu kumpulan. Keputusan pada peringkat awal biasanya akan berubah pada peringkat seterusnya 2. Fasilitator pilih 4 peserta (sama jantina) 2. Tolong! Tolong! Kawanku sakit! Tahap : Rendah / Menengah Masa : 40 minit Alatan: Tiada Pelaksanaan: 1. 3. peserta diminta bergabung membentuk satu kumpulan dan mencantumkan nama kumpulan tadi menjadi satu nama yang unik dan menarik. Suruh adik yang sebagai penyelamat tadi mengangkat pesakit. satu sisi saling menguatkan sisi yang lain. Aktiviti pertama: a. Kesimpulan 1. Peserta yang tidak terlibat dikendaki memberikan idea bagaimana cara mengangkat pesakit. Bahagikan lagi peserta supaya mereka berpasangan. bekerjasama sangat penting dalam sesuatu tindakan. . Kekuatan diri sebenarnya bergantung kepada kekuatan sesebuah kumpulan. Seorang sebagai pesakit dan 3 lagi sebagai penyelamat.” LDK 2 .KEJELEKITAN KUMPULAN DAN MIND SETTING 1. Keputusan yang dibuat tanpa perbincangan akan menghasilkan satu tindakan yang kurang menarik dan berkesan. Aktiviti kedua: a. b.Pelaksanaan 1.

satu lebih sakit dan mana satu lebih selesa ketika diangkat. 2. Tanya perasaan si pesakit yang mana. Tanya kepada peserta yang tidak terpilih yang mana satu lebih mudah. Autograf Panas Tahap : Rendah / Menengah Masa: 30 minit Alatan: Lampiran 1 Pelaksanaan: 1. 2. Kita hidup di dunia perlu tolong-menolong dan saling bantu-membantu 2. Jika kita hidup bermasyarakat kita hendaklah mengambil tahu ahli masyarakat yang sakit. tanya salah seorang tentang diri mereka dan tanya dia siapakah dalam kumpulan itu mempunyai perwatakan yang sama sambil menunjukkan individu tersebut. Kita perlulah saling tegur-menegur dan saling peka terhadap keperluan masing-masing. “Seorang Mukmin adalah cermin bagi saudaranya sendiri” 5. Mula-mula suruh adik-adik baca dan tandakan ( / ) pada ruangan yang mewakili diri mereka. Kesimpulan: 1. seorang angkat seorang atau tiga orang angkat seorang. .b. Perbincangan: 1. 3. Tanya pula perasaan orang yang terpilih. Aktiviti pertama tadi: seorang sudah mencukupi untuk bantu kawannya yang lain namun usaha yang lebih perlu dicurahkan daripada aktiviti yang kedua. 4. Kedua suruh mereka pergi kepada setiap seorang dan dapatkan autograf mereka jika diri mereka adalah sama dengan diri adik itu sendiri serta mendapatkan sedikit kisah ringkas tentang persamaan diri antara mereka berdua. 3. 2. Setelah masa yang diberikan tamat. 6. Jika adik ini lemah (contoh: dalam pelajaran) adik-adik yang lain-lain yang ada keupayaan untuk membantu hendaklah membantu adik tersebut. Suruh adik-adik ceritakan semula apakah persamaan kisah hidup mereka. 2. Pastikan penerangan yang akan diberikan tidak sarna dengan konsep jaga tepi kain orang lain. Arahan yang sama iaitu angkat pesakit Perbincangan: 1.

Mula-mula perlahan dan semakin cepat.10 ranting kayu yang tidak mudah patah. 7. Kita mampu dan berupaya membuat keputusan sendiri dengan cepat dan tepat. merugikan atau merosakkan. Pondok Usang di tengah Bendang (Mind setting) . Apabila wisel ditiup. 3. di mana garisan untuk permainan Silang Pangkah berada di tengah-tengah antara 2 kumpulan tersebut. Kesepakatan Membawa Kejayaan. seorang wakil dari setiap kumpulan hendaklah mengambil tempat (berdiri) di ruang-ruang garisan permainan Silang Pangkah tadi. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya berdiri dalam satu garis lurus untuk mencapai kemenangan. Fasi mulakan permainan dengan meniup wisel.Kesimpulan: 1. 2. 3. sebatang kapur tulis. 5. 8 . Minta semua peserta bersama-sama menyediakan garisan untuk permainan Silang Pangkah dengan kapur tulis atau menggunakan tali rafia. Seseorang itu mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Masa: 40 minit Pelaksananan: 1. ranting kayu dan batu yang disediakan. bahagikan peserta kepada 2 kumpulan (contoh: Kumpulan Pangkah dan Kumpulan Bulat). beberapa ketul batu yang sederhana besar sebagai penukul. Silang dan Menang Tahap : Menengah Alatan: Wisel. 6. tali rafia yg agak tebal. 3. 2. Fasi terangkan cara permainan Silang Pangkah. Untuk merapatkan ukhuwwah dan menunjukkan walaupun kita berbeza pasti ada sedikit kesamaaan dalam diri kita dengan diri orang lain yang kita tidak tahu. Kemudian. fasi mencatat kedudukan peserta sebagai data yang dipaparkan. 4. Kedua-dua kumpulan diminta berdiri secara menghadap di antara satu sama lain. Perbincangan: Bagaimanakah pendapat dan perasaan peserta terhadap permainan tadi? Kesimpulan: 1. Semasa melaksanakan aktiviti. 4.

2. cermin kecil. 3. pita pelekat Pelaksanaan: 1. Penekanan kepada konsep yakin boleh. MOTIVASI Objektif: 1. Fasilitator menyatakan bahawa sesungguhnya di dalam kotak ajaib itu terkandung makhluk yang sebenarnya paling istimewa. Jika jawapan adik adalah YA? Ini menunjukkan adik-adik ada perasaan positif dalam diri adik dan mampu untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin di ceburi walaupun bukannnya cemerlang dalam bidang pelajaran. . 3. Kesimpulan: 1. Adakah adik merasakan adik mampu melakukan tugas tersebut? 2. KEYAKINAN DIRI. Mind setting / objektif adik-adik hadir dalam program ini. BUDAYA ILMU. Memberi kesedaran kepada setiap peserta yang mereka memiliki kelebihan yang boleh dijana ke arah masa depan yang lebih persis dan mantap. 1. Kotak Ajaib (Potensi Diri) Tahap : Rendah / Menengah Masa: 15 minit Alatan: Kotak mancis. Jika jawapan adik TIDAK? Ini menunjukkan adik seorang yang suka melakukan kerja secara bersama dan ini menunjukkan adik mementingkan kerjasama di dalam masyarakat. Tekankan mengapa adik-adik berada di sini 2. Di sini adik-adik dikehendaki membaiki rumah tersebut tanpa memerlukan bantuan dari orang lain. Mengenalpasti dan menghargai potensi diri yang ada pada setiap peserta. Bayangkan diri adik keseorangan di dalam sebuah rumah yang usang. Peserta diminta supaya memikirkan seseorang yang paling mereka sayangi dan memberikan sebab-sebabnya. 3.Tahap : Rendah / Menengah Masa : 15 minit Alatan : Tiada Pelaksanaan: 1. LDK 3: POTENSI DIRI.

3. 5. ‘Batman’ dan ‘Power Rangers’ (apa-apa sahaja watak yang disukai) 2. Peserta dikehendaki melihat di dalam kotak itu secara bergilir-gilir tanpa memberitahu rakan-rakan mereka yang lain. Memberi kesedaran kepada peserta yang mereka sering menganggap orang lain mempunyai kelebihan tanpa menyedari kelebihan diri sendiri. Kesimpulan 1. Membantu memperkukuh dan memperkembangkan sahsiah diri. 2. Kesimpulan: 1. 3. Minta peserta untuk menerangkan kelebihan masing-masing dan meyakinkan orang ramai bahawa merekalah penyelamat dunia. Lubangkan Kertas (potensi diri) Objektif: Mengenali dan menghargai potensi yang ada pada diri kita Tahap : Rendah / Menengah Masa : 20 minit Alatan : Kertas A4 .. 3. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Potensi atau kelebihan diri hanya wujud apabila kita merealisasikanya. Heroku! (Potensi Diri) Objektif: 1.. Fasilitator dikehendaki menghangatkan suasana. Perbincangan: 1. Sebagai pelajar kita harus yakin pada diri sendiri dan tidak mudah mengharap pada orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing sama ada jelas atau tidak. Memupuk semangat sayangkan diri sendiri. Tahap : Rendah / Menengah Masa : 30 minit Alatan : Tiada Pelaksanaan: 1. Bandingkan kelebihan-kelebihan yang ada pada hero-hero pujaan mereka dengan diri masing-masing. 2. Konsep saling melengkapi antara satu sama lain (modul koyak kertas). 2. Ohh. 2. Di dalarn kotak itu diisi dengan cermin dan peserta diminta melihat ke dalamnya. Membina potensi diri peserta. 2.4.

Kertas A4 merupakan cabaran dalam hidup. FC tanya peserta yang duduk dahulu apakah perasaannya apabila dimaklumkan sebagai orang pertama yang duduk dahulu. 4. Peserta yang sudah yakin masa telah tamat boleh duduk semula dan membuka mata mereka. Setiap individu ada potensinya sendiri. 5. bakat kita. Fasi diminta mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta. depan. Lumba kereta Kancil dan Mercedes. 2. dan beri arahan kepada peserta supaya tidak meniru cara peserta lain. Fasi diminta supaya memantau peserta. Perbincangan: 1. belakang. Peserta diminta supaya membuka lipatan kertas mereka dan mempamerkan hasil kerja mereka. 2. Samada setiap koyakan peserta dan kedudukan hasil kerja mereka itu berbeza. 4. Koyakan yang berbeza itu menandakan potensi manusia yang pelbagai untuk meneruskan kehidupan ini. 2. 6. Kemudian. mana-mana ajelah!) 3. Pencuri yang berjaya. Potensi individu itu adalah berbeza.Pelaksanaan : 1. 3. Two Minutes Too Late (Keyakinan Diri) Objektif:Membina keyakinan diri peserta Tahap : Rendah / Menengah Masa : 20 minit Alatan : Tiada Pelaksanaan: 1. FC meminta peserta berdiri dan membuat kiraan sebanyak 2 minit sambil pejam mata. Setiap manusia mempunyai perbezaan di antara satu sarna lain. FC tanya peserta yang duduk kemudian apa perasannya apabila dimaklumkan sebagai orang terakhir duduk. 49. Fasi diminta untuk melipat dan melubangkan kertas A4 pada sudut-sudut bebas (tepi. 4. . Altematif: 1. Analogi: Lubang itu adalah potensi untuk terus hidup dan dengan kata lain. Perbincangan: 1. 2. Kesimpulan: 1.

FC hendaklah melakukan kesilapan begini 4-5 kali dan permainan ditamatkan. sifat ini penting untuk memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang yang diceburi. FC mengarahkan semua peserta berdiri menghadap FC... Ilmu penyuluh hidup : Ilmu pengetahuan yang luas dapat membantu dan memandu kita untuk menilai sesuatu perkara. Sebagai seorang pelaiar. Contoh: garu kepala. tapi 5. 3. Apakah perasaan orang yang berjaya mengikut pergerakan dengan tepat. tampar paha 4. 2. Tiru Macam Saya (Budaya Ilmu) Tahap : Rendah / Menengah Masa : 30 minit Alatan : Tiada Pelaksanaan: 1. 6. Setiap orang kena ada sifat yakin dan percaya pada diri sendiri. Perbincangan 1. 5. Apakah perasaan orang yang gagal mematuhi pergerakan. Penku Mahal 0oo.). melakukan perkara yang merugikan atau merosakkan diri sendiri. cuit hidung. kita akan dihormati dan dipandang mulia.. Kesimpulan 1. Sekiranya kita mempunyai ilmu. 2.. FC membuat pergerakan dan mengarahkan peserta mengikut setiap pergerakan yang di!akukan oleh FC. FC tepuk tangan. membuat perancangan dan keputusan. Sesiapapun boleh melakkan apa saja tetapi mesti menilai baik buruk perbuatan tersebut sebelum melakukannya. tepuk tangan. 2. 2. Kemudian cuba kelirukan pergerakan seperti arahan hentak kaki. kita dapat membantu orang lain. 1. peserta yang melakukan kesilapan (tak ikut pergerakan FC dikeluarkan daripada kumpulan. 6. kita takkan mudah terpengaruh atau ditipu (Tipah tertipu bang. 3. Dengan ilmu juga. 2. peluk tubuh. 7. Keyakinan diri membezakan antara tahap kemampuan seseorang dalam sesuatu perkara.Kesimpulan: 1. (Motivasi) .

3. 3. depan meja study. buku atau sebarang objek yang boleh dijatuhkan Masa : 30 minit Pelaksanaan: 1. Perbincangan: 1. Motivasi ialah dorongan. Setiap kumpulan hendaklah menghantar seorang wakil untuk melihat senarai barang runcit. (ketika ini pastikan setiap ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti) . apabila kita sentiasa diingatkan dengan matlamat. Contoh: cermin muka. 7. untuk melihat senarai barang runcit tersebut. kita akan berusaha mencari jalan untuk mencapat impian dan cita-cita yang diharapkan. 2. Kemudian tanya peserta apakah cara terbaik untuk untuk menjatuhkan pen tersebut. 4. tanyakan kepadanya bagaimana dia boleh bertindak sedemikian? Apakah yg mendorongnya? 2. Jika ada ahli yg bertindak menjatuhkan pen. 2. kertas A4. bersungguh-sungguh dan bermotivasi. 2. Dengan dorongan dan motivasi yang ada. 5. impian. Kebiasaannya. Tegakkan sebatang pen di tengah-tengah kumpulan. Mak Suruh Pi Market (Motivasi) Tahap : Rendah / Menengah Alatan : Lampiran 2 (senarai barang runcit). FC membahagikan peserta kepada 3 kumpulan. 4. Masa yang diberi untuk melihat senarai hanyalah sebanyak 5 minit sahaja bersamaan dengan 4 kali peluang melihat. mengapa mereka tidak didorong untuk bertindak? Kesimpulan: 1. Kemudian wakil tadi kembali kepada kumpulan dan cuba menyenaraikan barang-barang runcit tadi dengan seberapa banyak yang boleh diingati.Tahap : Rendah / Menengah Alatan : Pen. Jika tiada tanya mereka. PMR) kita akan terdorong untuk mencapai matlamat tersebut. Wakil kumpulan hanya diberi masa 30 saat bagi peluang pertama. Cara untuk sentiasa mengingati matlamat: tuliskan matlamat dan lekatkan pada tempat yang selalu dilihat. pen. Apabila kita telah menentukan matlamat kita (score dalam SPM. Masa : 30 minit Pelaksanaan: 1. cita-cita kita dan ganjaran yang bakal dipreolehi. kita akan lebih bersemangat.

3. Setiap orang dibeii peluang yang sama. Permainan ditamatkan selepas keempat-empat peluang telah digunakan 8. 5.. 8. d. Perasaan ingin berjaya dan daya saing mendorong kita melakukan usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten (istiqomah) 2. 7. bukan sekadar untuk dipelajari sahaja. c. b. Apakah perasaan peserta dalam permainan? 2. InsyaAllah kita akan berjaya. enjoy. akan membuatkan kita semakin mahir dalam bidang tersebut. Apakah pendapat peserta terhadap permainan ini? Kesimpulan: 1. Libatkan peserta ketika aktiviti penyemakan. Semak jawapan yang diperolehi. maka gunakanlah peluang tersebut sebaiknya. Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersemangat. Yakinlah dengan rahmat Allah bahawa kita boleh menjadi insan cemerlang.6. “Practice Makes Perfect”. (Kaitkan dengan pembelajaran seharian) 4. berkat keazaman dan kesungguhan kita. Maksud hadis: "Celakalah ke atas seseorang apabila harinya pada hari ini adalah sama dengan hari semalam” 6. Ilmu hendaklah diamalkan. tidak putus asa dan berulang-ulang. Aku Seorang.? (Motivasi) Tahap : Menengah Alatan : Kertas A4 Masa : 40 minit . ke-3 dan ke-4 utk kembali kepada FC untuk melihat semula. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan berulang-ulang. Sebagai contoh: a. Perbincangan: 1. Peluang 1: 30 saat Peluang 2: 1 minit Peluang 3: 1 minit 30 saat Peluang 4: 2 minit 5 minit *(Nota: Wakil kumpulan boleh ditukar ganti jika kumpulan tersebut mahu) 7. Setiap wakil akan diberi peluang ke-2.. Apakah perasaan wakil yang ditukar? (sekiranya ada) 3. senarai barangan di mana setiap peluang akan ditambah 30 saat dari waktu peluang sebelumnya.

4. Dengan dorongan dan motivasi . minta rakan-rakan menandatangani kertas tersebut sebagai tanda bahawa mereka akan bersama-sama berusaha menjadikan ia realiti (boleh tampal di rumah) Perbincangan 1. cita-cita kita dan ganjaran yang bakal diperolehi. 2. Faci meminta adik-adik memberikan respon tentang pentingnya cita-cita seseorang. 4. kita pastinya akan berusaha mencari jalan ke arah mencapai cita-cita yang diharapkan. Tanpanya pelajar akan kabur untuk meneruskan kehidupan seterusnya Cita-cita adalah satu motivasi (pendorong) untuk berjaya. Mari Masuk Kandang Tahap : Rendah / Menengah Masa : 40 minit . 5. Meminta rakan-rakan mereka untuk memberikan sedikit kata-kata pendorong kepada adik yang mempersembahkan cita-cita itu untuk berusaha mencapai cita-cita mereka. Fasi meminta anak buahnya menulis cita-cita masing-masing dalam kertas (cantik. HALA TUJU DAN CABARAN 1. LDK 4: MATLAMAT.cantik). Kesimpulan: 1. Cita-cita yang hanya di atas kertas tidak akan jadi realiti jika kita tidak selitkan dengan usaha dan tawakkal kepada Allah. 2. 6. Seorang pelajar hendaklah mempunyai satu matlamat atau cita-cita. Pentingnya sokongan dan dorongan sekeliling untuk mencapai cita-cita. 3. Kebiasaanya apabila kita sentiasa diingatkan dengan matlamat . impian. bersungguh-sungguh dan bermotivasi. kita lebih bersemangat. 3. 7. Senaraikan juga orang-orang yang penting dalam menjadikan cita-cita tersebut menjadi realiti. 2. Contoh: ibu bapa. Minta adik-adik menggayakan watak mengikut cita-cita masing-masing tanpa mengeluarkan suara ( lakonan tanpa suara) 5. Minta adik-adik membuat plan dan andaian mereka dari sekarang hingga tercapainya cita-cita tersebut. Sebelum habis. Apa yang mendorong seseorang untuk mencapai cita-cita? 3.1.

Fasi dikehendaki memerhatikan pergerakan ahli kumpulan yang sedang menuju ke bulatan. 3. fasi akan meminta ahli kumpulan bermain sekali lagi. atau berpandukan suara ketua kumpulan atau irama tepukan tangan. Analogikan kegelapan itu dengan sebuah kehidupan tanpa matlamat dan hala tuju. Pelaksanaan: 1. Kesimpulan: . Minta mereka nyatakan perbezaan yang dirasakan di antara permainan kedua dan pertama. Setelah rehat selama 2 minit. kenapa mereka bertindak begitu? Dan jika ada yang terus meluru dengan yakin atau mengambil masa yang sangat singkat. Minta adik-adik bayangkan hidup mereka dalam kegelapan. dan mereka perlu melangkah dalam kegelapan itu. kain tutup mata atau tudung sebanyak bilangan ahli kumpulan Obiektif: 1. Sebuah bulatan dilukis menggunakan kapur tulis. tanyakan juga kenapa. 3. 2. Setelah semua ahli selesai.Alatan: Kapur tulis. Fasi meminta semua ahli kumpulan menutup mata masing-masing menggunakan kain yang diberikan. tetapi kali ini dengan konsep bantuan. 4. Membina kesedaran bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai cita-cita mereka. Andaikan dalam keadaan mata mereka tertutup itu. bagaimana keyakirian mereka? Analogikan gangguan itu sebagai anasir-anasir yang tidak baik dan juga halangan yang menanti mereka. Perbincangan: 1. Adakah mereka rasa yakin untuk melangkah atau memerlukan bantuan dari sesiapa. Seorang demi seorang dilepaskan menuju ke bulatan. jarak. Membantu pelajar menyedari kepentingan matlamat dalam kehidupan mereka. 2. Fasi bertanya kepada adik-adik yang banyak membuat putaran atau mengambil masa yang lama untuk berhenti (kalau ada). dan satu garisan permulaan digaris di satu tempat yang dipilih oleh fasi. keadaan sekeliling dan sebagainya dalam masa 30 saat atau mengikut budi bicara fasi. apa perasaan mereka. 4. 5. Contohnya: bergerakan dalam kumpulan. 2. fasi akan meminta mereka membuka balutan mata masing-masing dan meminta mereka melihat sama ada mereka sampai ke bulatan atau tidak 6. ada orang datang mengganggu. Setiap ahli kumpulan diberi peluang melihat bulatan tersebut.

1. Setiap manusia memerlukan bantuan daripada orang lain. tanpa matlamat dan arah tuju. Bermakna satu kumpulan LDK mempunyai 2 set nombor yang berlainan. usaha dan cara yang betul. Apa matlarnat mereka ketika mereka bermain BINGO BANG? 3. 2. sama ada sebagai penclorong atau penasihat ataupun sebagai rakan seperjuangan. Membina kesedaran tentang kepentingan matlaniat dan hala tuju. Pelaksanaan: 1. Apa perasaan mereka ketika bermain? 2. 3. 2. 2. Dalam menuju impian. tetapi jika tidak disertai dengan keyakinan. BINGO BANG Tahap : Rendah / Menengah Masa: 30 minit Alatan: Lampiran 3 Objektif: 1. Perbincangan: 1. 3. Sebagai salah satu panduan bagaimana untuk mencapai matlarnat mereka. Setiap kumpulan dikeliendaki mengisi kotak-kotak kosong di dalam Lampiran 3 bermula daripada 1 hingga 81 secara rawak dan berterabur. Gangguan-gangguan di sekeliling dan persekitaran yang tidak sihat akan mengganggu objektif hidup kita. Walaupun hala tuju dan arah hidup telah jelas. Seseorang mungkin menunjukkan ke mana kita harus melangkah. Apakah strategi yang mereka gunakan untuk memenangi permainan ini? 4. Setiap ahli di dalam setiap kumpulan akan mempunyai set nombor yang sama. tetapi langkah seterusnya adalah bergantung pada kita untuk memecahkan kegelapan itu menuju ke arah cahaya yang menanti. 4. Mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan BINGO BANG terlebih dahulu dikira pemenang. Apa perasaan mereka yang kalah? . Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. 2. kita mungkin tidak akan sampai kepada matlamat kita. Ahli-ahli dalam kumpulan akan bergilir-gilir menyebut nombor kumpulan mereka berselang seli dengan kumpulan yang lagi satu. Objektif permainan ini ialah untuk mendapatkan 9 garisan lurus yang mengandungi 9 nombor dalam setiap garisan. 4. Setiap manusia bermula dengan sesuatu yang kosong dan gelap. jarang ada manusia yang tidak tersesat jika bertindak sendirian.

Membina minda yang kreatif. Allah menjadikan kita bukan sia-sia. Membina kesedaran bahawa banyak cara boleh digunakan untuk mencapai 2.Kesimpulan: 1. Cita-cita dan matlamat perlu bersih dan halal. benda yang nampak remeh pun sebenarnya kalau diambil kira. 3. Perbincangan: 1. kita tiada hala tuju. Fasi bercerita kepada adik-adik kisah Gagak Dahaga seperti yang terdapat di dalam Lampiran 4 2. Pelaksanaan: 1. Minta setiap orang ahli kumpulan membacakan kesudahan cerita mereka. besar peranannya dalam kehidupan kita. Adakah hanya itu sahaja cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan air tersebut atau ada alternatif lain? . Kenapa itu cara yang mereka pilih? 2. "Matlamat tidak menghalalkan cara" 4. 4. Contohnya ialah matlamat kita ialah sebatang pokok di sebelah utara kelas. 3. sekecil-kecil zarah atau jisim atau habuk pun ada tujuannya. Gagak Dahaga Tahap : Rendah / Menengah Masa: 30 minit Alatan: Lampiran 4 Objektif: 1. Menyedarkan mereka tentang konsep berkorban dalam perjuangan dan konsep menghargai orang lain. 3. 4. 2. Matlamat penting sebagai faktor dorongan dan tanpa matlamat. Matlamat. Fasi perlu mengambil perhatian pada setiap apa yang mereka ceritakan terutama bahan yang digunakan oleh gagak-gagak itu dan juga jika ada antara mereka yang menyebut tentang Gagak E dan Gagak A serta tentang jasa Gagak C. 3. maka hala tuju kita ialah arah utara itu. Adik-adik diminta membayangkan diri mereka adalah gagak tersebut dan minta mereka lengkapkan cerita tersebut.

2. Menyedarkan peserta pentingnya niat dalam menentukan matlamat serta pentingnya persediaan awal dalam mencapai matlamat.. Pelaksanaan: 1. Kita perlu kreatif dan berani dalam mencuba sesuatu yang baru untuk mencapai kejayaan. Bawakan kisah Topi dan Monyet dari Lampiran . 2.3. Kesimpulan: 1. Kejayaan orang terdahulu boleh digunakan sebagai panduan tapi kadang-kadang ada situasi di mana cara itu tidak sesuai digunakan. A dan C. . jangan dilupa pada jasa orang lain terhadap kita. Jangan cepat lupa jasa orang pada kita. kita perlu berusaha keras. 3. Untuk mencapai matlamat. rakan-rakan. mungkin ada antara abang mereka yang terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk bekerja bagi membolehkan mereka meneruskan pelajaran dan menjadi orang yang berguna. Contohnya. Kita perlu menggunakan semua sumber yang ada untuk mencapai matlamat kita selagi sumber tersebut tidak menyalahi agama dan peraturan kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Kadang-kadang kita perlu mengorbankan sesuatu yang kita hargai dan sayangi demi matlamat kita.. tanya kenapa dan jika tidak tanya juga kenapa. 4. 6. Roketku Kertas A4 Tahap : Rendah / Menengah Alatan : Kertas A4 Masa : 20 minit Objektif: 1. Suruh adik-adik membuat sebuah kapal terbang kertas tak kira apu jua bentuknya. Fasi dikehendaki membantu adik-adik yang tidak tahu membuat kapal terbang tersebut. Menyedarkan peserta bahawa matlamat dan hala tuju perlu ada seiring dengan kehidupan mereka. Jika ada yang membicarakan tentang Gagak E. 5. 4. Contoh sumber dalam kehidupan pelajar: guru. hargailah sepatutnya. 2. Apabila telah berjaya. ibu bapa. kakak dan abang fasi.

5. 2.. Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan / menuju ke arah objek tersebut? 2.3. kita mesti boleh mencapainya jika kita membuat persediaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Kalau kita hendakkan sesuatau. 5. Perbincangan: 1. Membuka minda peserta tentang realiti sebenar (kesukaran dan dugaan) dalam mencapai matlamat mereka. Arahkan peserta tadi supaya menuju ke arah objek tersebut dengan dihalangi oleh 2 orang rakannya yang lain. Kuatnya aku. . 3. Kapal terbang adik-adik perlu mengenai pada sasaran tersebut. 2. 3. Cabaran dalaman lebih kuat dari cabaran luaran. Matlamat tidak menghalalkan cara. Setiap matlamat itu mudah dicapai tapi penuh dengan cabaran. jangan mimpilah hendak capai segalanya. 3. Niat dan persediaan secara sistematik membantu kita menentukan dalam 2. Beri sokongan dan provoke mereka jika perlu di kedua-dua pihak. 4. mencapai matlamat hidup. Pelaksanaan: 1.. 4.. Sediakan seorang peserta di satu sudut dan letakkan satu objek di satu sudut lain. Tanpa usaha dan ikhtiar. Kesimpulan: 1. Tahap : (Rendah / Menengah) Alatan : Tiada Masa : 30 minit Objektif: 1. Menyedarkan peserta tentang matlamat dan cabaran yang ada dalam kehidupan. Mana lebih mudah? Halangan atau tanpa halangan? Kesimpulan: 1. Buat satu garisan dan suruh adik-adik baling kapal terbang tersebut kesecara bebas. 2. Akhir sekali suruh adik-adik baling ke arah satu objek atau bulatan yang terdapat di dinding. Kemudian suruh adik-adik baling kapal terbang tersebut ke arah dinding.

LDK 5: MUHASABAH DAN KESEDARAN DIRI 1. Pelaksanaan: GEMBIRA DULU SEKARANG AKAN DATANG UMUR SEDIH . Sentiasa menghitung dan menghisab diri. 2. Mengimbas kembali sejarah kehidupan lepas pelajar. 5. Konsep amalan muhasabah sebelum tidur. 3. Menjadikan para pelajar dapat memahami bahawa segala kesilapan dan kesulitan hidup yang lalu akan menjadi pengajaran yang berguna serta jangan sekali-kali mengulanginya. Penekanan bahawa "experience is the best teacher". 4. Belajar daripada pengalaman. 6. Graf kehidupan Tahap : Rendah / Menengah Masa : 1 jam Alatan : Kertas A4 Objektif: 1. Menyedarkan para pelajar tentang pahit manis kehidupan yang telah mereka lalui sebenarnya banyak memberi hikmah dan panduan dalam meneruskan kehidupan yang mendatang supaya lebih kuat dan gigih. Mengambil ikhtibar dan memberi sokongan untuk cuba menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

4. keruntuhan akidah dan akhlak. Pilihan hidup masing-masing selepas ini : belajar / kerja / lain-lain 6. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (contoh:lumba motor haram-jadi pelumba professional) 5. FC menyuruh peserta supaya meramal graf kehidupan yang akan datang (impian mereka) 3.1. Kehidupan yang diimpikaan: BAIK atau SEDERHANA 5. Hendak seribu daya. 4. Masalah umat Islam 12. 2. vandalisme. 10. 4. Cabaran mendewasakan kita. serta apakah perasaan mereka setelah membuat graf ini? 2. Fasi diminta supaya bijak dalam mem'provoke' pelajar dan pandai mengawal suasana dan keadaan. Perbincangan 1. 2. 7.. Peserta seterusnya diminta menceritakan kisah hidup mereka kepada fasi dan juga ahli kumpulan. Mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah hidup yang lalu. Tanya para pelajar : Adakah mereka pernah terfikir untuk membuat graf ini?. FC meminta pelajar melukis graf mengenai perjalanan kehidupan mereka. 3. 9. Kesimpulan 1. Naikkan semangat adik-adik: KALAU BUKAN KITA. SIAPA LAGI YANG AKAN MEMBANTU. 11. Kehidupan di dunia ini berubah-ubah dan sentiasa dipenuhi dengan ranjau dan halangan-halangan yang telah ditakdirkan. 8. Jadi. Kaitkan dgn kisah-kisah: Bill Gates / Boon Siew HONDA/ Maradona. 3. Kaitkan dengan keadaan semasa yang memerlukan anak-anak muda untuk meningkatkan taraf hidup. Ahli kumpulan boleh berkongsi cerita dan juga bertanya jika mahu mengenai kisah hidup rakan mereka. Melahirkan sifat keterbukaan dan ketelusan di kalangan pelajar serta menghormati kisah hidup ahli kumpulan. Setiap yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan serta pengajaran. 13. 5. Pilih lapangan yang sesuai dengan kemampuan kita dan potensi masingmasing. Fasi meminta pelajar supaya mengaitkan kisah hidup pelajar dengan perancangan masa hadapan. tak hendak seribu dalih. (suka atau duka). kena tabah dalam mengharunginya. Selitkan gambar-gambar baik dan buruk. Dorong peserta dan beri semangat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Masalah sosial. .

2. jawapan tersebut bolehlah dibaca dalam bentuk cerita bersambung-sambung. Jika diberi peluang untuk lahir semula. Sepanjang hidup adik-adik hingga kini. Fasi boleh bertanya beberapa soalan lain yang berbentuk kesedaran kepada pelajar. 4. Untuk lebih menarik. tapi biar jadi Impian Mat Jenin.? Tahap : Rendah / Menengah Masa : 40 minit Alatan : kertas A4 Pelaksanaan: 1. Who Am I. Jika diberi peluang untuk lahir semula. Experience is the best teacher. Kesimpulan: . Fasi akan bertanya secara rawak pelajar yang sudi menjawab soalan tersebut.. 2. 7. 3. mengapa? b. siapakah insan yang adikadik ingin jumpa dahulu? 2. Jika ditakdirkan lahir semula.. Semoga impian adik-adik boleh menyinari impian orang lain. 8. Adakah adik-adik berpuas hati dengan diri adik-adik sendiri? Jika tidak.6. Sepanjang hidup adik-adik hingga kini. Soalan tersebut adalah: a. dengan siapakah adik-adik paling banyak berbakti? Dan apakah bakti adik-adik tersebut? f. Berbincang dengan para pelajar. Fasi akan meminta pelajar menjawab beberapa soalan di atas kertas. Perbincangan: 1. Jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin. Menyedarkan para pelajar bahawa mereka adalah sebaik-baik insan yang telah diciptakan oleh Allah sebagaiman yang terkandung dalam Al-Quran. mengapa mereka tidak suka pada diri sendiri. 3. adakah adik-adik ingin menjadi diri adik-adik seperti sekarang? c. dengan siapakah adik-adik paling banyak berbuat salah? Dan mengapa? e. Kepentingan memuhasabah diri sendiri dan memperbaiki diri. adik-adik ingin jadi siapa? Dan mengapa ingin menjadi seperti insan tersebut? d.

Menghargai dan mensyukuri nikmat Allah atas kesempurnaan yang telah dikurniakan. 3. Kesedaran yang diperolehi jangan disia-siakan dan juga mempraktikkan segala ilmu yang ada. 3. diconteng dan lain-lain. Setelah selesai. Perbincangan: 1. Fasi perlu pandai mengawal keadaan ketika sesi perbincangan. 4. Kesimpulan: 1. Dalam memajukan diri. Kita juga perlu menyayangi saudara seIslam (masyarakat) sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri. Walaupun kasih sayang tersebut tidak terlihat oleh mata kasar. direnyok. Sikap pandai dalam menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Tetapi dalam mensyukuri apa yang ada pada diri. Menghargai kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa terhadap kita. Barang Kesayangan. 2. (Pastikan suasana tidak. barang tersebut akan diambil dan cuba dirosakkan oleh fasi. 4. Bersyukur dengan suasana aman di Malaysia berbanding kesengsaraan dan kesempitan hidup rakyat di negara lain. Pelajar diminta melukis / mencipta / mengubah / membuat satu barang yang sangat berharga untuk diberikan kepada orang yang tersayang. 5. 3. (alternatif lain: tulis cita-cita) 2. Maksud hadis: “tidak dikatakan beriman seseorang kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sama seperti dia menyayangi dirinya sendiri” *Tambahan . perlu melihat orang yang lebih susah dan lebih sengsara dari kita. 2. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam agama Islam dan juga menghargai diri sendiri. Tahap : Rendah / Menengah Masa : 30 minit Alatan: kertas A4 Pelaksanaan: 1. tegang). dikoyak. perlu melihat orang yang lebih maju dan lebih baik daripada kita.1. Contoh dikeromot. Minta pelajar menyatakan perasaan masing-masing dalam situasi tersebut. Ada kaitan antara keduanya. 2.

Kesimpulan: 1. 2. .a. Ketua kumpulan diminta membawa ahli kumpulan kepada fasi masingmasing dengan memberi arahan kepada mereka. Semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan betul. Amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh orang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh supaya orang tetap percaya dengan diri kita. Kerjasama antara ahli amat penting. Kepentingan menjalankan amanah. Semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata kecuali ketua kumpulan. Ketua memainkan peranan yang penting dalam kumpulan. Bom Tahap: rendah Masa: 30 minit Pelaksanaan: 1. Ahli kumpulan yang menutup mata dikehendaki memegang kertas mahjong yang mempunyai telur diatasnya. 4.w sebagai Al-Amin. Kumpulan yang lambat bertindak atau ahli menyebut nama negara dengan silap atau tidak sama akan dikeluarkan dari permainan. 2. perasaan melaksanakan tugas tanpa pancaindera yang sempurna. 3. 5. Dan kumpulan yang diserang perlu menyerang kumpulan lain dengan pantas. 3.Hajarul Aswad Tahap: rendah dan menengah Masa: 1jam Alatan: telur. *nota: permainan ini dimainkan diluar dewan. Kesimpulan: 1. kertas mahjong. Permainan dimulakan dengan kumpulan pertama menyerang kumpulan dua dengan menggunakan ayat: Contoh:China bom China bom China bom to India bom 3. 5. Perkongsian tentang peristiwa hajarul aswad. 2. 4. Perbincangan(dalam kumpulan): 1. Arahan mestilah mudah difahami oleh rakan yang lain. kepentingan bekerjasama dan pemimpin serta keistimewaan kehidupan Nabi Muhammad s. beri analogi hidup 2. Telur tidak boleh jatuh ke tanah dan kertas mahjong tidak boleh koyak. kain hitam(penutup mata) Pelaksanaan: 1. Setiap kumpulan perlu memilih nama sebuah negara.

............. kita hendaklah berada di dalam satu kumpulan dan cuba mengenali sesama sendiri ............................. Kerjasama antara satu sama lain akan menguatkan sebuah negara atau kumpulan untuk menghadapi masalah atau serangan............. gambar haiwan........ pensil Prosedur/ Pelaksanaan Objektif/Perbi ncangan Kesimpulan -pelajar perlu membuka fail yang diberi semasa pendaftaran -setiap pelajar diminta untuk membuat satu kumpulan berdasarkan gambar haiwan yang diberi -pelajar perlu mencari kulpulan mereka hanya menggunakan gaya dan bunyi haiwan tersebut -setiap fasi dan pelajar akan berta’aruf dan melakukan cheers berdasarkan nama haiwan -membentuk kumpulan -menyuntik keyakinan diri dalam pencarian kumpulan -meningkatkan tahap kecekapan pelajar dalam sesuatu perkara -manusia itu unik dalam pelbagai ragam serta perwatakan........... Kita perlu bertindak dengan pantas apabila menghadapi masalah atau kesusahan..... Contoh Modul Baktisiswa Tema :... 3........ Sesi Aktiviti Perunt ukan Masa Grouping (wajib) Haiwan Pelihar aanku 30 minit Ice 1 jam Item yang diperluk an Kertas A4.............. Oleh itu.........2...

-Fasilitator menyatakan bahawa sesungguhnya di dalam kotak ajaib itu terkandung makhluk yang sebenarnya paling istimewa. “seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah laksana sebuah bangunan. -Membantu memperkukuh dan memperkemba ngkan sahsiah diri. -Memberi kesedaran kepada peserta yang mereka sering menganggap orang lain mempunyai kelebihan tanpa menyedari kelebihan diri sendiri. -kerjasama adalah tunggak utama dalam melaksanaka n sesuatu matlamat. -Pelajar dikehendaki melihat di dalam kotak itu secara bergilir-gilir tanpa memberitahu rakan-rakan mereka yang lain. cermin kecil. satu sisi saling menguatkan sisi yang lain” Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT ada kelebihan yang tersendiri. Gunting. pita pelekat (untuk kegunaa n fasi) -Pelajar diminta supaya memikirkan seseorang yang paling mereka sayangi dan memberikan sebab-sebabnya. Gam -setiap kumpulan diberi 3 barang (surat khabar.Breaking (wajib) LDK 1 (wajib) 30 minit (bergantu ng kepada masa) Kotak Ajaib LDK 2 (wajib) 1 jam 30 minit Modelli ng 15 minit Surat khabar. -Di dalarn kotak itu diisi dengan cermin dan peserta diminta melihat ke dalamnya. gunting & gam) -fasi memilih seorang pelajar untuk dijadikan model -mereka perlu mencantikkan model berdasarkan kreaviti tersendiri -model tersebut perlu dipersembahkan di hadapan pelajar lain -memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar -melatih kepimpinan diri pelajar dan semangat kesukanan dalam diri -meningkatkan keyakinan pelajar Kotak mancis. .