You are on page 1of 7

[KUDIS BUTA(SKABIES)]

PENGENALAN

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh
sejenis hama yang dikenali sebagai sarcoptes scabiei. Hama adalah sejenis makhluk
seperti serangga yang membentuk laluan atau terowong di bawah lapisan luar kulit.
Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta yang
menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Kudis buta adalah berjangkit dan boleh merebak dengan cepat melalui sentuhan fizikal
di rumah, kumpulan penjagaan kanak-kanak, ataupun sekolah. Oleh kerana kudis ini
mudah berjangkit, rawatan haruslah merangkumi seluruh ahli keluarga atau kumpulan
kenalan untuk menghapuskan hama tersebut.

PENYATAAN MASALAH

Setelah beberapa sekolah tadika dan sekolah rendah yang saya lawati untuk
membuat pemeriksaan fizikal, di dapati hampir 35% kanak-kanak tersebut menghidapi
kudis buta. Ini kerana semasa pemeriksaan yang dilakukan, saya mendapati permukaan
kulit kanak-kanak tersebut terdapat gatal-gatal di seluruh anggota badan serta terdapat
bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti. Aduan yang saya
dapati permukaan kulit yang terkena jangkitan sangat gatal apabila pada waktu malam.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[KUDIS BUTA(SKABIES)]
PENCARIAN LITERATUR

"Lubang" atau terowong serta garisan nipis pada kulit kira-kira 2-15 milimeter
(0,08-0,6 inci) menandakan tanda-tanda jangkitan kudis buta ( Dr Mark.Sweden.2006)
Perpindahan hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu
membabitkan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di
situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya berpasangan untuk
membiakkan baka.( Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar.2004)
Kudis adalah disebabkan oleh hama Sarcoptes scabiei var. Hominis. Dianggarkan
bahawa 300 juta kes kudis berlaku di seluruh dunia setiap tahun dan kudis terus menjadi
masalah kesihatan yang utama di kawasan yang kekurangan sumber semulajadi.
Jangkitan kudis boleh menyebabkan morbiditi yang penting hasil daripada jangkitan
bakteria sekunder. ( Peter Watsons. 2011)
Agak sukar untuk mendiagnos penyakit jangkitan skabies berdasarkan tanda dan
gejala sahaja kerana ia mungkin sama dengan penyakit kulit yang lain serta juga terdapat
tempoh jangkitan asimptomatik. Pruritis berlaku akibat kesan tindak balas
hipersensitiviti. ( Medical Swedish. 2001)

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[KUDIS BUTA(SKABIES)]
PENEMUAN

Menurut pengkaji Dr A.Martin dalam Dermatologic Manifestations of Scabies,


Medscape, Jun 2012, Sarcoptes scabiei pertama kali dikenal pasti pada awal tahun 1600an tetapi tidak disahkan sebagai punca utama kepada penyakit kudis buta sehingga tahun
1700an . Sarcoptes Scabies berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang
panjang.Hama ini berukuran 0.4 mm panjang. Hama betina akan mengorek masuk
kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi hama dan
hidup selama 30 hari.
Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan
buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi
berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies
betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari.
Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam
tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula . Hama boleh dilihat melalui
gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.

PERBINCANGAN
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau
bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama
dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis
buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat
asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko
besar untuk dijangkiti.
Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.
Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada
keluarga lain di rumah.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[KUDIS BUTA(SKABIES)]
Antara tanda-tanda jangkitan kudis buta adalah kegatalan kulit yang teramat
sangat, yang mana ianya lebih teruk pada waktu malam dan selepas mandi air panas,
tanda-tanda calar kesan daripada menggaru,bintik merah seperti ruam terutama
dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki,garisan hitam beralun dan pendek pada kulit
(tempat korekkan kutu),muncul garis halus kemerahan di bawah kulit,kehadiran
gelembung kecil berair pada kulit.
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena skabies adalah gatal pada badan
terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair
(vesicles), kesan trak skabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat
pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada
pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit. Antara tempat yang sering menjadi habitat
skabies ini adalah dicelah-celah jari,tapak tangan,bahagian dalam pergelangan tangan,
kawasan kemaluan,punggung,sekitar pusat,celah-celah ketiak,siku,kaki dan buku lali.
Komplikasi yang berlaku sekiranya jangkitan ini dibiarkan dan tidak diambil
serius adalah boleh menyebabkan pengaktifan semula ekzema atau psoriasis. Jangkitan
sekunder seperti ekzema boleh dikaitkan dengan jangkitan bakteria sekunder,
terutamanya staphylococci atau streptococci. Kudis adalah faktor risiko yang
menyebabkan glomerulonephritis selepas streptococcal. Kudis menyebabkan kadar
kematian yang tinggi akibat jangkitan yang melemahkan sistem imuniti badan.
Nodul yang terbentuk memerlukan suntikan kortikosteroid intranodular untuk
sembuh.Mereka yang mempunyai imuniti yang lemah boleh mengakibatkan dermatitis
atau erythroderma. Kudis mengakibatkan stigma sosial dan boleh menyebabkan tekanan
psikologi yang berterusan.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[KUDIS BUTA(SKABIES)]
CADANGAN PENYELESAIAN

Pelbagai rawatan dan kaedah yang dilakukan bagi menyembuhkan jangkitan ini
antaranya adalah cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti
dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian
tersebut. Perabot dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas. Orang
yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus
dirawat pada masa yang sama , tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim Crotamiton (Eurax)
dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk hingga ke
hujung jari tangan dan kaki sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi
dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen.Tempat- tempat
yang sering dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti.
Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada
esok hari.
Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk
mematikan hama.Ubat tahan gatal seperti Piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu
malam. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ianya berbentuk krim atau
losyen disapu pada kulit. Contohnya Permethrin, losyen Malathion, krim Gamma
benzene hexachloride (or lindane), losyen Benzyl Benzoate (EBB)
Untuk mengubati kudis dan tempat bernanah,antibiotik akan diberi oleh doktor
untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan
direndam juga dibekalkan. Untuk menahan gatal,ubat cecair ataupun tablet
(antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream) diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan
digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[KUDIS BUTA(SKABIES)]
Langkah pencegahan pula pesakit yang dijangkiti perlu dikecualikan dari ke
sekolah sehingga selesai rawatan.Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau
taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan
seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi
adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan
yang tercemar dengan penyakit tersebut.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kudis buta adalah satu masalah kesihatan yang harus di pandang
serius dan perlu dikesan dan dicegah dengan awal. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan
stigma terhadap pesakit dan membawa kepada sebarang komplikasi yang teruk. Oleh
kerana penyakit kudis buta ini sering berlaku pada kanak-kanak sekolah, pihak ibu bapa
haruslah memainkan peranan yang penting dengan menjaga kebersihan anak-anak
mereka. Bagi anggota kesihatan pula, tindakan segera dan menyeluruh termasuklah
seluruh ahli keluarga pesakit dilakukan kerana penyakit tersebut amat mudah merebak
terutamanya melalui kaedah sentuhan secara lansung.
Rawatan bukan sahaja kepada pesakit dan ahli keluarga sahaja, malah perlu juga
membasmi peralatan-peralatan yang digunakan oleh pesakit itu sendiri seperti
bantal,baju,tuala dan cadar tilam. Ini kerana hama tersebut boleh juga hidup di tempat
tersebut sebelum berpindah ke badan manusia. Rawatan yang mengikut arahan dan
tatacara yang betul serta kaedah pencegahan yang sempurna sahaja yang mampu
mengelakkan dan mengawal penyakit ini.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[KUDIS BUTA(SKABIES)]

RUJUKAN
1. Habif TP, ed. Clinical Dermatology. 5th ed. Philadelphia, Pa: Mosby
Elsevier;2009:chpat 15.
2. iaz JH. Scabies. In: Mandell GL, Bennett JE, Dolin R, eds. Mandell, Douglas, and
Bennett's Principles and Practice of Infectious Diseases. 7th ed. Philadelphia, Pa:
Churchill Livingstone Elsevier;2009:chap 294.
3. Chosidow O (2006). Scabies. New England Journal of Medicine, 354(16): 17181727.
4. Johnstone P, Strong M (2008). Scabies,

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN