Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM

EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2
Bahagian A dan C
Ekologi

Hutan Kawasan Tanah
Tinggi / Kawasan Tanah
Tinggi
Flora dan
Fauna

Hutan / Penerokaan
Hutan / Pembalakan
Haram

EKOLOGI
Krisis Air
dan Air
Bawah
Tanah

CABARAN-CABARAN
DAN
LANGKAH PENYELESAIAN
* Skop Kajian :
 Punca-punca
 Manfaat
 Langkah-langkah

Pencemaran Air,
Udara, Laut

Laut

Sampah
sarap

Banjir Meluas /
Kilat

Kejadian Tanah
Runtuh

* Catatan :
 Soalan berkaitan Lautan dan Pencemaran Air terdapat lengkap dalam Buku Bengkel Siri 3
Pengajian Am Skor A Penggal 2 (STPM 2015/2016)
Cikgu SEZALI DIN

Cikgu SEZALI DIN
1991~2015
10 April 2015
3.00 pm

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

1

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Pengajian Am STPM Penggal 2
MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA
 Ekologi
1

Kawasan Hutan Tanah Tinggi / Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi

Soalan :
Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai pelbagai manfaatnya. Kerakusan manusia terhadap kawasan ini boleh
mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar.
Huraikan.
* Disesuaikan daripada soalan Pengajian Am STPM 2009
(S.4 Bahagian B) *

* Skema Jawapan :
a)

Pengenalan :
A1  Kawasan hutan tanah tinggi menjadi kawasan ekologi semula jadi di Malaysia.
A2  Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai pelbagai manfaat, namun penerokaannya telah memberi
pelbagai impak kepada kehidupan dan alam sekitar.

b)

Isi-isi
Isi-isi

Huraian

A.

Manfaat

1.

Sumber
bekalan air
bersih

 Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai kepentingan sebagai sumber bekalan
air bersih.
 Berkeupayaan untuk menyerap dan mengalirkan air secara perlahan-lahan ke
dalam anak sungai.
 Berfungsi sebagai penuras yang menapis hujan bagi memastikan kejernihan
dan kebersihan air yang dialirkan.
 Bebas dripada pencemaran buatan manusia, kesegaran alam semulajadi dan
penyerapan asid / karbon oleh tumbuh-tumbuhan
 Selamat, kesihatan terjamin, air jernih dan sesuai untuk kegunaan harian

2.

Keseimbangan
ekosistem

 Kawasan hutan tanah tinggi boleh menjadi keseimbangan kepada alam sekitar.
 Mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan
udara.
 Hutan sebagai peparu bumi / kolam karbon yang menyerap karbon dioksida dan
mengeluarkan oksigen melalui proses fotosintesis
 Keadaan ini dapat menstabilkan suhu dan mengekalkan kitaran karbon dioksida
dalam alam sekitar.
 Tumbuhan membebaskan gas oksigen untuk organisama hidup
 Satu sistem pernafasan alam semula jadi untuk keseimbangan alam berlaku

3.

Habitat flora
dan fauna

 Kawasan hutan tanah tinggi menjadi kawasan habitat flora dan fauna.
 Terdapat pelbagai spesies hidupan, tempat membiak dan terdapat sumber
bekalan makanan.
 Antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan ini ialah orkid, periuk kera, dan
bunga rafflesia, manakala spesies hidupan meliputi kongkang, kucing batu, dan
tupai.
 Flora dan fauna tersebut merupakan warisan generasi yang dapat menarik
pelancong dan dijadikan bahan penyelidikan.

4.

Sumber
perubatan

 Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai manfaat sebagai sumber perubatan
moden dan tradisional.
 Herba-herba, akar-akar kayu, daun, kulit minyak kayu yang berguna kepada
manusia dalam mengatasi masalah penyakit.
 Hutan yang kaya dengan herba, akar kayu, daun, kulit kayu, getah, dan pucuk
yang sesuai dan berguna dalam perubatan alternatif dan tradisional.
 Sumber hutan ini dapat mengubati penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit
kepala, sakit perut, dan luka.
 Antara jenis tumbuhan yang dapat dijadikan bahan ubat ialah tongkat Ali, kacip
Fatimah, ubi gadung, halia liar, senduduk, dan hempedu bumi.

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

5.

Kawasan hutan  Kawasan hutan tanah tinggi juga boleh menjadi kawasan hutan simpanan
simpan negara
negara.
 Pengekalan jenis-jenis pokok utama seperti meranti, seraya, merbau, keruing,
kempas; - elak kepupusan

* Isi-isi tambahan :

c)

6.

Kawasan
tadahan untuk
menjana
elektrik hidra

 Sesuai untuk pembinaan empangan
Contoh : empangan Kenyir, Bakun, Temenggur dan Cenderoh, Pangi di Tenom
 Kegunaan domestik dan perindustrian

7.

Sumber P&P

 Kajian dan Penyelidikan khazanah flora dan fauna, iklim, struktur tanah,
kehidupan dan ilmu biodiversiti

B.

Impak

8.

Hakisan tanah

 Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlakunya
hakisan tanah
 Penebangan pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar
 Terdedah kepada hujan secara langsung, larian air, dan mengubah keadaan
fizikal kawasan persekitaran

9.

Kejadian tanah
runtuh

 Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlaku kejadian
tanah runtuh
 Kedudukan yang curam dan tiada penghalang menyenangkan runtuhan, contoh:
sepanjang lebuh raya, kawasan Genting Highlands, Cameron Highlands, Lojing.
 Kemusnahan khazanah alam dan harta benda

10. Kemusnahan
habutat flora
dan fauna

 Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka juga boleh memberi impak kepada
kemusnahan habitat flora dan fauna
 Hidupan hutan terancam dan akan pupus
 Menyulitkan R&D
 Gangguan haiwan liar di kawasan sekitar
 Gangguan ekosistem dan rantaian makanan

11. Pencemaran
sungai dan
kawasan
tadahan air

 Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlakunya
kejadian pencemaran sungai dan kawasan tadahan
 Kawasan takungan air akan musnah dan kering
 Sisa-sisa buangan pembalakan serta pembangunan akan mengalir ke dalam
sungai apabila hujan
 Sumber air bersih terjejas
 Hidupan akuatik akan mati

12. Perubahan
iklim

 Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlakunya
perubahan iklim
 Penebangan hutan boleh menghilangkan fungsi hutan menyerap karbon dioksida
dan membebaskan oksigen, pencemaran udara akan berlaku akibat daripada
pembebasan karbon dioksida
 Keadaan suhu setempat akan meningkat
 Pembakaran sisa-sisa hutan akan membebaskan asap dan partikel-partikel
pencemar udara dan menyebabkan kejadian jerebu

Kesimpulan
A1  Kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai sumber alam terutama di kawasan pedalaman perlu
dijaga agar tidak memberi impak buruk kepada kehidupan dan alam sekitar
Skema Jawapan = 3 + 2 / 2 + 3

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

3

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Aktiviti manusia yang menjejaskan kawasan hutan tanah tinggi
1. Pembinaan infrastruktur
 Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, dan laluan untuk pembalakan boleh
mengakibatkan hakisan tanah dan pergerakan tanah secara besar-besaran
 Pembersihan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan seperti angin dan
air mengalir sehingga struktur tanah menjad longgar dan cerun bukit menjadi tidak stabil
2.

Pembangunan penempatan
 Seringkali kawasan tanah tinggi dipilih untuk membina kediaman mewah atau berstatus tinggi.
 Peristiwa keruntuhan bangunan Highland Tower pada tahun 1993 merupakan salah satu contoh
pembangunan di kawasan berbukit yang telah menjejaskan fungsi kawasan berkenaan sebagai
kawasan takungan larian air.
 Kejadian tanah mengelongsor di kediaman Bukit Antarabangsa juga memaparkan aktiviti yang telah
menjejaskan kelestarian kawasan berkenaan.

3.

Kemajuan industrian pelancongan
 Banyak kawasan hutan tanah tinggi diteroka untuk dibangunkan sebagai kawasan untuk industri
pelancongan seperti Genting Highland dan Bukit Bendera.
 Dapatan kajian melaporkan suhu di kawasan peranginan Cameron Highland telah meningkat muktahir
ini berbanding dengan dekad yang lalu. Hal ini bermakna fungsi kawasan hutan berkenaan telah
terjejas dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

4.

Aktiviti pertanian dan pembalakan haram
 Aktiviti pertanian dan pembalakan haram telah menyebabkan banjir lumpur seperti yang berlaku di
Lembah Bertam, Cameron Highland sehingga meragut empat nyawa.
 Aktiviti pertanian haram tidak terkawal berhampiran dengan kawasan Empangan Sultan Abu Bakar
Ringlet, menjadikan empangan itu cetek kesan kehadiran lumpur.
 Aktiviti pembalakan haram menyebabkan ranting dan sisa kayu dibawa arus ke dalam sungai Bertam
dan dibawa bersama semasa limpahan air di empangan berlaku.
 Fungsi sebagai kawasan tadahan air gagal dilestarikan dengan aktiviti tersebut.

 Soalan Latihan Intensif :

1. Malaysia mempunyai muka bumi yang pelbagai termasuk kawasan hutan tanah tinggi yang mempunyai
manfaat tersendiri, namun aktiviti manusia secara langsung mencabar kelangsungan fungsinya.
Jelaskan.
2. Aktiviti pembangunan di kawasan-kawasan tanah tinggi di Malaysia terus dijalankan walaupun kesan
akan mungkin dialami jika pembangunan tetap dijalankan.
Ulaskan.

Catatan :
 Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.
Catatan PENTING :

Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan.

Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.
NOTA

Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

4

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

2

Tanah Runtuh

Soalan :
Fenomena tanah runtuh terus meningkat di Malaysia sehingga membawa impak kepada hidupan keseluruhannya.
Bincangkan
* Skema Jawapan :
a)

Pengenalan :
A1  Tanah runtuh atau sering juga disebut gelongsoran tanah merupakan kejadian runtuhan besar-besaran
bahagian cerun bukit secara tiba-tiba. Runtuhan tanah sering kali bermula di cerun yang curam,
bergerak dan menggelongsor ke bahagian bawah akibat tarikan daya graviti.
A2  Tanah runtuh berpunca daripada pelbagai faktor dan fenomena bencana alam ini memberi impak
kepada manusia dan alam sekitar.

b)

Isi-isi
Isi-isi

Huraian

A.
1.

Punca-punca
Bencana alam

2.

Aktiviti
pembalakan
yang tidak
terkawal

 Fenomena tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak
terkawal.
 Penebangan hutan untuk tujuan pembalakan menyebabkan tanah terdedah
kepada agen hakisan.
 Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman
penutup bumi.
 Tiada / kekurangan tanaman tutup bumi yang bertindak sebagai pengikat tanah
dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

3.

Pembangunan
yang tidak
lestari

 Tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembangunan yang tidak lestari yang
dijalankan di kawasan cerun dan tanah tinggi.
 Pembangunan tidak menepati standard kualiti alam sekitar.
 Pengubahsuaian cerun dan pemotongan cerun di jalan raya, pembinaan
kejuruteraan dan pembinaan landskap.
 Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun –
menyebabkan tanah runtuh.
 Penarahan bukit juga mengundang risiko berlakunya hakisan pada cerun.

4.

Pertanian di
kawasan tanah
tinggi

 Tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan
tanah tinggi
 Pokok-pokok akan ditebang untuk aktiviti pertanian.
 Penebangan pokok akan menyebabkan kestabilan terganggu.
 Akar-akar tumbuhan akan mengurangkan kestabilan cerun yang mengikat zarahzarah tanah.
 Sokongan tanah akan menjadi longgar dan memudahkan berlakunya tanah
runtuh.

B.

Impak kepada kehidupan

5.

Perubahan
landskap
permukaan
bumi /
topografi

 Tanah runtuh berpunca daripada bencana alam.
 Kejadian banjir / hujan lebat yang berterusan mengakibatkan tanah cerun
menjadi tepu dan longgar – mengakibatkan runtuhan tanah di cerun-cerun bukit
atau di lereng-lereng bukit.
 Gempa bumi menghasilkan gegaran dan ketenangan yang menyebabkan
struktur cerun yang lemah runtuh mengalami runtuhan.

 Tanah runtuh boleh memberi impak kepada perubahan landskap permukaan
bumi di kawasan kejadian.
 Timbunan tanah dan lumpur menyebabkan kawasan tanah tinggi menjadi rata.
 Pemendapan sedimen menjadi tebal dengan pantas – sungai-sungai atau
empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak.
 Aras air sungai menjad lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjad kawasan
berair.
 Cerun tanah atau batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil.
 Turut memusnahkan kawasan pemendapan yang semulajadi.

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

5

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

6.

Merosakkan
harta benda
dan kehilangan
nyawa

 Fenomena tanah runtuh turut memberi impak kepada kerosakan harta benda
dan kehilangan nyawa.
 Kemusnahan kawasan tempatan penduduk dan prasarana – rumah, bangunan,
dan jalan raya atau struktur lebuh raya mengalami kerosakan.
 Kerugian kos untuk baik pulih.
 Banyak nyawa yang terkorban – kecederaan dan kematian timbusan tanah.

7.

Pencemaran

 Kejadian tanah runtuh boleh menyebabkan berlaku pencemaran alam.
 Runtuhan tanah dicerun yang berhampiran dengan kawasan tadahan / punca air
seperti sungai atau tasik boleh menyebabkan kualiti air menjadi keruh –
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air.
 Runtuhan tanah turut memusnahkan tumbuh-tumbuhan di kawasan lereng atau
cerun – kekurangan tumbuh-tumbuhan boleh mengurangkan fungsi tumbuhan
menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen – pencemaran udara dan
peningkatan suhu setempat.

Isi tambahan impak :
 Menjejaskan flora dan fauna.
 Hakisan tanah

c)

Kesimpulan
A1  Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kelongsoran tanah dan boleh
menyebabkan kematian.
A2  Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan bencana ini berlaku.

Langkah-langkah mengatasi kejadian tanah runtuh 
 Aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
 Penguatkuasaan undang-undang.
 Meningkatkan kesedaran / pengetahuan alam sekitar
 Penggunaan teknologi moden untuk pembinaan sistem saliran.
 Peranan Jabatan Alam Sekitar.

 Soalan Latihan Intensif :

1.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan kejadian tanah runtuh terus meningkat. Pelbagai usaha boleh
dilakukan untuk mengelakkan kejadian berulang.
Bincangkan.

2. Tindakan manusia dan fenomena alam disedari merangsang bencana tanah runtuh.
Jelaskan.

Catatan :
 Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.
Catatan PENTING :

Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan.

Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.
NOTA

Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

6

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

3

Hutan

Hutan merupakan sumber utama kepada pembangunan amat berguna kepada kehidupan, namun pemusnahannya
mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar.
Bincangkan.
a)

Pengenalan :
A1  Hutan merupakan sumber penting kepada pembangunan negara dan kehidupan manusia.
A2  Hutan mempunyai pelbagai kepentingan dan pemusnahan hutan boleh memberi kesan kepada alam
sekitar.

b)

Isi-isi
A.
I.1.
H.I.U.
H.1.
H.2.

H.3.
H.4.

I.2.
H.I.U.
H.1.
H.2.

H.3.
H.4.

B.
I.3.
H.I.U.
H.1.
H.2.

H.3.
H.4.

I.4.
H.I.U.
H.1.
H.2.
H.3.
H.4.
I.5.
H.I.U.
H.1.
H.2.
H.3.

Idea kepentingan hutan.
Keseimbangan ekologi alam sekitar.
Hutan adalah sumber yang penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar.
Hutan berfungsi mengekalkan kualiti udara setempat
Hutan berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Hal ini kerana pelbagai
spesies tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen serta peningkatan gas
oksigen di atmosfera boleh menyegarkan kualiti udara.
Selain itu, hutan juga boleh memelihara ekologi alam sekitar dari segi mengurangkan pencemaran laut.
Hutan paya bakau di kawasan persisiran pantai boleh mengurangkan pencemaran laut. Hal ini kerana
struktur fizikal akar hutan paya bakau boleh memerangkap lumpur dan bahan pencemar seperti minyak
dan sisa kilang tidak mengalir ke laut.
Kawasan tadahan air.
Hutan juga boleh berfungsi sebagai kawasan tadahan air.
Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan.
Kawasan hutan yang mempunyai pelbagai tumbuhan boleh menghalang penyejatan dan memerangkap
air hujan ke dalam tanah. Dengan ini hutan boleh berfungsi menyediakan bekalan air kepada air bawah
tanah atau sumber mata air.
Seterusnya, hutan boleh berfungsi sebagai kawasan tadahan perlindungan permukaan tanah daripada
agen-agen hakisan tanah.
Hutan yang mempunyai pelbagai tumbuhan di permukaan tanah boleh mengurangi kadar pengaliran air
di permukaan dan lereng-lereng bukit. Dengan ini, hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan yang boleh
mengelakkan bencana alam seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan banjir meluas.
Idea kesan-kesan pemusnahan hutan.
Bekalan dan kualiti air terjejas.
Pemusnahan hutan boleh menjejaskan bekalan dan kualiti air.
Pemusnahan hutan boleh mencemarkan kualiti air.
Aktiviti pembalakan dan pencerobohan hutan boleh menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada
agen-agen hakisan dan permukaan tanah yang terdedah kepada air hujan akan menyebabkan kelodak
tanah berlaku. Bahan kelodak ini akan mencemarkan kualiti air sungai.
Seterusnya, pemusnahan hutan boleh menyebabkan bekalan air akan terjejas.
Pemusnahan hutan turut memusnahkan fungsi akar pokok menyerap air hujan ke dalam tanah sebagai
sumber air bawah tanah. Oleh sebab itu, bekalan air bersih akan berkurangan dan krisis bekalan air juga
akan turut berlaku.
Memusnahkan habitat flora dan fauna.
Pemusnahan hutan juga boleh memusnahkan habitat flora dan fauna.
Pemusnahan hutan turut memusnahkan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan yang termusnah akan mengurangkan rantaian makanan kepada fauna dan proses
tumbesaran akan terjejas.
Seterusnya, pemusnahan hutan boleh merosakkan habitat pembiakan semulajadi hidupan liar.
Pemusnahan hutan boleh menyebabkan kematian, kepupusan, dan kejatuhan kadar pembiakan binatang
berikutan kemusnahan tempat perlindungan dan kekurangan sumber makanan dalam hutan.
Bencana alam
Penerokaan kawasan hutan yang tidak terkawal menjadi punca bencana alam.
Penebangan pokok yang berleluasa menyebabkan kawasan hutan terdedah kepada agen-agen hakisan.
Pemendapan bahan-bahan hakisan mengakibatkan muara sungai menjadi cetek sehingga tidak dapat
menampung kuantiti air yang banyak.
Fenomena ini menjadikan air sungai melimpahi tebingnya lalu menyebabkan banjir.

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

7

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

H.4.

H.5.

c)

Pemusnahan hutan juga boleh menyebabkan berlakunya bencana tanah runtuh. Pemusnahan pokokpokok di dalam hutan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan tanah di hutan tidak lagi
dicengkam oleh akar pokok.
Apabila hujan turun akan berlakulah pergerakan tanah dan menyebabkan berlakunya kejadian tanah
runtuh.

Kesimpulan
A1  Hutan amat penting kepada pembangunan manusia dan ekologi alam sekitar.
A2  Usaha-usaha berterusan hendaklah dilakukan supaya hutan sedia ada tidak dimusnah dan diteroka
sewenang-wenangnya.
Skema Jawapan = 3 + 2 / 2 + 3
 Isi tambahan impak pemusnahan hutan 

1.

Perubahan cuaca dan iklim :

Pemusnahan hutan boleh menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan iklim setempat dan sejagat.

Penerokaan hutan yang berlebihan menganggu keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di atmosfera.
Penebangan pokok boleh menyebabkan proses fotosintesis terjejas. Kesannya, berlaku gangguan ekologi
iklim persekitaran iaitu kandungan oksigen di udara berkurangan dan berlaku penambahan kepada
kepekatan karbon dioksida. Peratusan penambahan karbon dioksida telah memerangkap cahaya matahari
dan suhu di persekitaran akan meningkat.

Di samping itu, pemusnahan hutan melalui aktiviti pembakaran juga boleh menganggu iklim persekitaran.
Pembakaran hutan meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera. Keadaan ini akan
menyebabkan berlaku kenaikan suhu kerana karbon dioksida adalah penyebab utama kesan rumah hijau.

2.

Habitat flora dan fauna

Penerokaan hutan yang berlebihan turut memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna.

Pemusnahan hutan akan turut memusnahkan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan
yang termusnah akan mengurangkan sumber makanan kepada fauna dan proses tumbesaran akan terjejas

Pembukaan kawasan hutan telah merosakkan habitat pembiakan semula jadi hidupan liar. Hal ini
menyebabkan kematian, kepupusan dan kejatuhan kadar pembiakan binatang berikutan kemusnahan
tempat perlindungan dan kekurangan sumber makanan di hutan.

3.

Kekurangan sumber hasil hutan

Pemusnahan hutan juga boleh menyebabkan kehilangan pelbagai hasil hutan.

Kerosakan hutan mengurangkan bekalan sumber makanan bagi orang asli dan penduduk pribumi yang
menetap di kawasan hutan belantara, seperti buah-buahan, paku-pakis, rebung, dan buah petai. Begitu
juga binatang buruan, terutamanya rusa dan babi hutan yang merupakan sumber protein kepada mereka.
Mereka juga kehilangan hasil hutan yang lain, contohnya rotan, buluh, damar. dan kayu gaharu.

Pemusnahan hutan juga mengakibatkan kehilangan tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ramuan
perubatan kerana ubat-ubatan moden dan tradisional juga diperbuat daripada akar-akar kayu, buahbuahan, kulit, dan daun tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai spesies flora yang terdapat di kawasan hutan,
seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Kemusnahan hutan akan mengancam sumber-sumber perubatan
tradisional dan moden.

4.
5.

Bekalan kayu balak berkurangan
Kawasan petempatan, pertanian, dan perindustrian bertambah

 Punca-punca pemusnahan / penyahhutanan dilakukan 
I.1.
I.2.
I.3.
I.4.
I.5.
I.6.

Proses urbanisasi,
Aktiviti pelancongan,
Pembinaan jalan raya / lebuh raya,
Pembalakan haram,
Aktiviti pertanian,
Aktiviti pembangunan perindustrian dan petempatan.

Catatan :
 Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.
Catatan PENTING :

Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan.

Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.
NOTA

Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

8

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

 Impak aktiviti pembalakan haram 
I.1.
I.2.
I.3.
I.4.
I.5.

Merugikan negara (ekonomi),
Membahayakan keselamatan awam,
Kejadian tanah runtuh, hakisan tanah, dan banjir kilat,
Menjejaskan tadahan air,
Mengurangkan kawasan hutan negara.

 Langkah-langkah melindungi kawasan hutan 
1.

Pemulihan hutan

Pemulihan hutan merupakan langkah berkesan untuk melindungi kawasan hutan.

Pemulihan hutan melibatkan proses penanaman semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah
dieksploitasi, terutama di kawasan pembalakan. Penanaman semula hutan menggunakan kaedah sainstifik
dan teknologi terkini. Ini termasuk menanam benih pokok bermutu tinggi yang mudah tumbuh, cepat
matang dan tahan serangan penyakit atau serangga perosak.

Rawatan Silvikultur juga harus dijalankan untuk meningkatkan mutu pokok, sebagai contoh spesies pokok
yang kurang bernilai dibuang secara berperingkat untuk membantu pertumbuhan pokok dan kayu jaras
yang bernilai.

Kerajaan dan pengusaha industri pembalakan juga perlu menubuhkan ladang-ladang hutan untuk
menanam spesies pokok yang cepat membesar, seperti Acacia Mangium. Program penghutanan semula
itu dapat mengurangkan kadar penebangan pokok atau pengeluaran kayu dari hutan asli.

2.

Perancangan pembangunan :

Aktiviti pembangunan dan pembukaan tanah yang melibatkan kawasan hutan perlu dirancang dengan teliti.

Projek pembangunan itu harus dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan, di
samping mengambil kira impak negatif terhadap kawasan hutan yang dimajukan.

Dalam hal ini laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) wajib disediakan bagi setiap projek
pembangunan yang melibatkan kawasan hutan. Tujuannya untuk memastikan aktiviti pembangunan itu
tidak menjejaskan kawasan hutan, di samping memberi cadangan untuk memulih dan meminimumkan
kerosakan hutan. Kaedah pembalakan yang dapat mengurangkan kesan negatif terhdap hutan digalakkan,
seperti penggunaan helikopter.

3.

Penyelidikan dan pembangunan :

Aktiviti penyelidikan dan pembangunan perlu dilakukan untuk melindungi kawasan hutan.

Penyelidikan baka tumbuhan atau bioteknologi untuk menghasilkan pokok yang hampir pupus untuk
dibiakkan semula. Program penghutanan semula telah dijalankan di Hutan Simpan Paya Laut di Larut,
Perak.

Menjalankan aktiviti program kitar semula. Kaedah ini akan mengurangkan permintaan terhadap kertas dan
hasil kayu. Oleh itu, hutan dapat diselamatkan.

4.

Penanaman hutan semula :

Program penanaman hutan semula juga penting bagi melindungi kawasan hutan.

Program penghutanan semula dijalankan dengan menanam semula pokok-pokok yang ditebang.

Pokok-pokok yang berharga dan semakin pupus perlu ditanam semula seperti pokok jati, keruing, rentang,
merbau dan cengal. Kaedah ini menyebabkan proses pertumbuhan hutan berlaku dengan cepat.

Penanaman semula hutan membantu pembinaan habitat semula dan kemusnahan hutan dapat dihindari.

5.
6.

Kesedaran alam sekitar
Penguatkuasaan undang-undang

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

9

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

4

Kepupusan Fauna

Kepupusan fauna kini semakin terancam dan ancaman ini menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar.
Bincangkan.
a)

Pengenalan :
A1  Fauna merupakan salah satu komponan penting dalam eko-sistem semulajadi.
A2  Habitat fauna mengalami kepupusan berpunca daripada pelbagai faktor dan kepupusannya telah
memberi impak yang pelbagai kepada alam sekitar.

*Skema Jawapan*
b) Isi-isi
A
I.1

Isi
Punca
kepupusan
Kemusnahan
habitat

Huraian

H.1
H.2
H.3

Penyahutanan, penerokaan kawasan baru untuk pembangunan dan pembakaran
hutan.
Mengganggu rantaian makanan / habitat musnah.
Menyebabkan kematian dan pengurangan populasi.

I.2 Pencemaran

H.1
H.2
H.3

Pencemaran air dan alam sekitar (udara dan daratan).
Kegiatan carigali dan tumpahan minyak di laut menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik.
Pencemaran akan mengganggu rantaian makanan contoh pengurangan pokok buluh
mengurangkan populasi panda di China.

I.3 Perubahan suhu
dunia

H.1
H.2
H.3

Perubahan suhu yang tidak menentu – fenomena El-Nino.
Sesetengah spesies tidak dapat bertahan / sesuai dengan perubahan suhu panas
yang melampau.
Hal ini menyebabkan kematian kerana kekurangan air.

I.4 Pemburuan
haram

H.1

Permintaan yang tinggi untuk haiwan eksotik seperti tenggiling, musang untuk
dijadikan makanan dan perubatan tradisional.
Bahagian badan fauna dikatakan dapat membantu meningkatkan tenaga manusia
dan mengubati penyakit kronik.

H.2
B

Impak / kes

I.1 Menjejaskan
sumber makanan

H.1
H.2
H.3

Sumber protin terjejas.
Sumber makanan eksotik untuk menguatkan tenaga berkurangan.
Sumber alternatif makanan sedia ada seperti rusa, ayam hutan, landak sukar
diperoleh.

I.2 Menjejaskan
sumber
perubatan

H.1
H.2

Spesies fauna menjadi sumber perubatan seperti badak sumbu untuk menyejukkan
badan.
Gamat boleh memulihkan kesihatan seperti merawat luka dan menambat antibodi.

I.3 Kepupusan
genetik

H.1
H.2
H.3

Generasi baka asal terus pupus seperti burung kakak tua, dugong, merak.
Proses pembiakan terjejas.
Gangguan ekologi.

c)

Kesimpulan
A1  Peredaran zaman dan aktiviti pembangunan menyebabkan antara punca kepupusan fauna.
A2  Kepupusan fauna memberi pelbagai impak, justeru pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatasinya.

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

10

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

d)

Langkah-langkah mengatasi kepupusan
I.1 Menambah
pewujudan
taman rekreasi,
taman laut atau
taman negara

H.1
H.2
H.3
H.4

Mewujudkan tempat kehidupan fauna dalam bentuk semulajadi.
Membantu proses pembiakan dan tumbesaran lebih sempurna.
Boleh dijadikan tempat kajian.
Tempat makanan yang banyak.

I.2 Pemeliharaan

H.1
H.2
H.3

Proses pemeliharaan dan pembiakan di kawasan pusat jagaan khas – zoo dan pusat
jagaan.
Kajian pembiakan.
Tempat kehidupan semulajadi.

I.3 Penyelidikan
dan
pembangunan

H.1
H.2
H.3

Kajian melalui teknologi pengklonan – kajian kepelbagaian baka / genetik bagi
meningkatkan populasi fauna
Penyelidikan mengenal punca kepupusan – menghasilkan vaksin meningkatkan daya
tahan penyakit.
Kajian sains dan teknolofi oleh FRIM, PERHILITAN dan Jabatan Alam Sekitar.

I.4 Teknologi
maklumat

H.1

Pengguna satelit – mengesan kedudukan dan pergerakan spesies yang terancam
atau kawasan semulajadi habitat yang terancam melalui penggunaan Sistem Penentu
Kedudukan Global (GPS) atau Teknologi Remote Sensing
Pemantauan satelit boleh menjamin kelangsungan hidup fauna.
Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengenalpasti fauna bermasalah
– memudahkan usaha dan proses bantuan.

H.2
H.3

Contoh Soalan Perbincangan
Kepupusan fauna menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar. Dalam keadaan ini, pelbagai usaha perlu
dilakukan bagi menanganinya.
Ulaskan penyataan di atas.
Catatan : Skema Jawapan 2 + 3 / 3 + 2
Calon perlu menghuraikan isi dan huraian dalam bentuk karangan

Catatan :
 Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.
Catatan PENTING :

Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan.

Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.
NOTA

Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

11