You are on page 1of 3

PEMASARAN

Pemasaran ialah suatu strategi, kaedah, rancangan dan aktiviti yang mengagihkan
barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Proses pemasaran
meliputi membeli, menjual, menyimpan, mengangkut, mengagih, membungkus,
menggred serta sanggup menanggung risiko yang mungkin berlaku.

TUJUAN PEMASARAN
Membantu menyelesaikan masalah pengguna.
Alat-alat yang direkacipta dan dipasarkan akan dapat membantu dan
memudahkan tugasan harian pengguna.
Contohnya alat memanaskan makanan ini yang dapat menjimatkan masa
masyarakat.
Memperluas pilihan pengguna
Pengguna mendapat pelbagai pilihan terhadap barang yang mereka sukai.
Mereka akan memilih barang yang akan dapat memberi mereka kepuasan.
Meningkatkan jualan dan keuntungan pengeluar
Pemasaran yang berkesan akan membolehkan barang yang dikeluarkan
dapat dijual di banyak kawasan. Ini akan menambahkan jualan pengeluar
tersebut dan seterusnya keuntungan pengeluar akan meningkat.
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pengeluar memerlukan lebih banyak
sumber pengeluaran untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin
bertambah.

RANCANGAN PEMASARAN

Jenis Produk
Seseorang pengeluar perlu merancang terlebih dahulu jenis barang yang
akan dipasarkan. Pengeluar perlu merancang untuk memasarkan barang
yang dikehendaki oleh pengguna iaitu barang pengguna.

Kualiti
Kualiti

sesuatu

barang

tidak

boleh

diketepikan.

Dalam

merancang

pemasaran, kepentingan kualiti barang itu perlu dititkberatkan. Barang yang


berkualiti tinggi akan menggalakkan pengguna untuk membeli barang
tersebut.

Kuantiti
Pengeluar membuat kajian terlebih dahulu tentang permintaan yang akan
dibeli oleh pengguna. Ini menentukan beberapa banyak yang sepatutnya
dihasilkan dan dipasarkan supaya pihak pengeluar dapat memaksimumkan
keuntungan dan meminimumkan kos.

Saiz
Pengeluar harus memikirkan kemampuan pengguna semasa mereka bentuk
peralatan. Ini kerana kemampuan pengguna adalah ebrbeza. Oleh itu,
pengeluar harus mengeluarkan peralatan ini dalam pelbagai saiz untuk
memenuhi keperluan pengguna.

Jaminan dan Keselamatan

Pihak pengeluar harus menyediakan buku panduan bersama dengan barang


sebelum ia dipasarkan. Pihak pengeluar akan memberi jaminan bahawa
barang tersebut selamat digunakan jika ia digunakan mengikut arahan yang
terdapat di dalam buku manual/panduan itu.

You might also like