You are on page 1of 6

960711-01-5451

METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Kaedah kajian merupakan faktor penting dalam menjalankan sesuatu kajian.
Dengan menggunakan kaedah-kaedah yang dirancang, maklumat yang dikumpul
dapat digambarkan dengan jelas dan mudah. Terdapat beberapa kaedah telah
digunakan dalam menjalankan kajian ini supaya mendapatkan maklumat yang teratur,
tepat, dan sahih. Kaedah kajian dikenal pasti dahulu sebelum kajian ini dijalankan
supaya prosesnya lebih teratur dan berjalan dengan lancar.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah
menggunakan instrumen borang soal selidik, temu bual, pemerhatian dan sumber
rujukan. Kajian ini juga dijalankan secara kuantitatif, iaitu maklumat yang dikumpul
dipersembahkan dengan menggunakan angka-angka, data-data numerikal atau
menggunakan statistik yang melibatkan pengiraan peratusan.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan secara kualitatif, iaitu kajian ke atas
stiuasi atau individu supaya mendapat maklumat yang lebih terperinci dan mendalam.
Kajian ini juga dijalankan dengan menggunakan kaedah mengumpul maklumat
dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang terpilih
daripada satu populasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
manakah pengamalan adat resam Tahun Baru Cina oleh penduduk.
4.3 Persampelan Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang
melibatkan 40 orang penduduk yang diklasifikasikan dari segi jantina, umur, status
perkahwinan, tahap pendidikan, perkerjaan dan tempoh responden menetap di lokasi
kajian seperti yang ditunjukkan dalam bahagian A boring soal selidik yang mengenai
data demografi responden. Bilangan sampel yang bersesuaian dengan kajian
kuantitatif memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang
dikaji.

960711-01-5451
4.4 Instrumen Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan sumber rujukan dari internet serta surat khabar.
4.4.1 Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
mengenai tahap pengamalan adat resam Tahun Baru Cina dan punca-punca adat
tersebut kurang diamalkan di kawasan kajian. Kaedah ini menggunakan sebanyak 40
set borang soal selidik yang diedarkan kepada respoden di lokasi. Kaedah soal selidik
ini amat penting kerana dapatan kajian kebanyakan bergantung kepada dapatan soal
selidik.
Para responden yang terlibat dalam kaedah ini merupakan penduduk di Taman
Dato Amar Diraja. Responden yang disoal selidik ini ditemui di lokasi-lokasi
berdekatan seperti di rumah-rumah penduduk dan di kedai. Borang soal selidik yang
diedarkan ini merangkumi dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian
A mengandungi data demografi responden termasuklah jantina, umur, status
perkahwinan, tahap pendidikan, pekerjaan dan tempoh responden menetap di lokasi
kajian. Bahagian B pula mengandungi tahap pengamalan adat resam Tahun Baru Cina
di Taman Dato Amar Diraja . Dalam bahagian B, terdapat 10 pernyataan yang
menunjukkan tahap pengmalan adat resam Tahun Baru Cina dan 10 pernyataan yang
menjelaskan punca-punca adat tersebut kurang diamalkan.
Skala Likert telah digunakan dalam bahagian B borang soal selidik ini. Bagi
pernyataan yang menggunakan skala likert, poin diberi seperti berikut:
Persepsi

Sangat tidak

Tidak

Tidak

Skala

setuju
1

setuju
2

pasti
3

Setuju

Sangat

setuju
5

4.4.2 Kaedah Temu Bual


Data-data juga dikumpul dengan cara menemu bual secara tidak formal
kepada responden yang terdiri daripada 5 orang penduduk lokasi kajian bagi
mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan maklumat yang lebih sahih tentang tahap
pengamalan adat resam di lokasi kajian dan punca-punca adat resam tidak diamalkan.

960711-01-5451
4.4.3 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat
data. Kerja pemerhatian dapat memperlihatkan keadaan di lokasi kajian. Melalui cara
ini, situasi sebenar yang hendak digambarkan oleh para responden dapat difahami.
Pemerhatian telah dijalankan di Jalan 9, Taman Dato Amar Diraja. Beberapa aspek
tentang pengamalan adat resam Tahun Baru Cina telah ditekankan dalam kerja
pemerhatian seperti tidak tidur pada waktu malam, membakar mercun, tidak menyapu
lantai dan memakai pakaian baru.
4.4.4 Kaedah Rujukan
Maklumat yang berkaitan kajian juga dikumpul melalui rujukan ke internet
dan surat khabar. Pendekatan ini memperoleh serba sedikit latar belakang aspek yang
dikaji iaitu adat resam Tahun Baru Cina secara umum. Maklumat daripada kajian
pustaka seperti kamus, surat khabar dan kajian internet telah memberi maklumat
mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik
terdahulu bagi mendapat idea untuk menjalankan kajian ini.
4.5 Prosedur Pengumpulan Data
Surat pengesahan telah didapatkan daripada pengetua Sekolah Tinggi Kluang,
iaitu Tuan Haji Rozali bin Jamali untuk menjalankan kajian. Sebelum kajian
dijalankan, kebenaran tuan pengetua telah diminta. Data dan maklumat dalam kajian
ini dikumpul dengan menggunakan cara seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian
dan rujukan.
4.5.1 Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang tahap pengamalan adat resam Tahun Baru Cina di Taman Dato Amar Diraja.
Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama. Responden
diberi masa lima hingga sepuluh minit untuk menjawab semua soalan.
4.5.2 Kaedah Temu Bual
Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan untuk meninjau pendapat
penduduk terhadap pengamalan adat resam Tahun Baru Cina. 5 orang penduduk, iaitu

960711-01-5451
Shawn Leow Tze Hong, Wong Lee Lee, Kio Sian Ling, Ng Lee Chu dan Ng Swee
Choon telah ditemu bual dengan menggunakan alat perakam suara untuk merakam
perbualan. Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang 3 minit.
4.5.3 Kaedah Pemerhatian
Kerja pemerhatian membolehkan keadaan lokasi kajian dapat diperhatikan
secara langsung dan menyeluruh. Pemerhatian dijalankan selama 1 hari pada dua
masa yang berbeza iatu pada pukul 12.30 tengah malam dan pada pukul 10.00 pagi 19
Februari 2015. Kerja pemerhatian telah dijalankan di sepanjang Jalan 9, Taman Dato
Amar Diraja. Lantaran itu, gambaran yang lebih jelas mengenai pengamalan adat
resam Tahun Baru Cina dapat dikenal pasti.
4.5.4 Kaedah Rujukan
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan yang diterbitkan
seperti akhbar dan sumber dari internet bagi mendapat maklumat berkenaan lokasi
kajian dan pengertian perkataan.
4.6 Penganalisisan Data
Pada peringkat akhir kajian ini, data dan maklumat telah dianalisa secara
deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk
menghasilkan laporan kajian. Semua maklumat yang dikumpul melalui empat kaedah
di atas akan dianalisakan dengan menggunakan kaedah pengiraan peratusan dan min.
4.6.1 Peratusan
Bagi menganalisis data Bahagian A dalam borang soal selidik, kaedah
peratusan mudah digunakan berdasarkan formula berikut:
Peratusan( )=

Jumlah kekerapan
100
Bilangan responden

4.6.2 Min
Bagi menganalisis data bahagian B, min diperoleh berdasarkan skor pada
jawapan yang digunakan. Pengiraan min perlu dilakukan terlebih dahulu supaya ujian

10

960711-01-5451
taburan boleh dilaksanakan. Formula bagi pengiraan skor dan min adalah seperti
berikut:
Jumlah skor=Kekerapan setiap skala Skor setiap skala

Min=

Jumlah skor
Bilangan responden

Persepsi

Skor

Bil. Kekerapan

Jumlah Skor

Peratus

(a)
1
2
3
4
5

(b)

(a x b)

(%)

Sangat tidak setuju


Tidak setuju
Tidak pasti
Setuju
Sangat setuju
Jumlah
40
Jadual 4.1: Analisis Tahap Persetujuan Responden

100

Sumber: Kajian Lapangan 2015


Setelah mengira min skor, julat antara min tertinggi dengan min terendah akan
dikira untuk mendapatkan selang skala min. Formula pengiraan skala min adalah
seperti berikut:

Selang Skala Min=

Selang skala min =

Nilai tertinggi Nilai terendah


Bilangan selang
51
3

= 1.33
Berdasarkan formula di atas, selang skala min ialah 1.33. Jadual 4.2 di bawah
menunjukkan selang min berkenaan.

Selang Skala Min

Tahap

11

960711-01-5451
1.00-2.33
Rendah
2.34-3.66
Sederhana
3.67-5.00
Tinggi
Jadual 4.2: Selang Skala Min
Sumber: Kajian Lapangan 2015
4.7 Rumusan
Dalam bahagian ini, kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses pelaksanaan
kajian telah diterangkan. Kaedah-kaedah yang dinyatakan termasuklah reka bentuk
kajian, persampelan kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan
penganalisisan data. Dengan penggunaan kaedah-kaedah tersebut, maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan kajian ini dapat diperoleh dengan tepat dan dianalisis
dengan mudah.

12

You might also like