You are on page 1of 9

UJIAN 3 GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2008)

Nama :
Tingkatan :

Arahan:
1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan, Bahagian A dan Bahagian B
2. Jawab di ruangan yang disediakan.
3. Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A ( 40 MARKAH )
Soalan 1 dan 2 berdasarkan rajah di bawah

1. Apakah kedudukan A?
A 45ºU 60ºT C 60ºS 45ºB
B 60ºU 45ºT D 45ºS 60ºB

2. Apakah kedudukan B?
A 125ºU 40ºT C 40ºS 125ºB
B 40ºU 125ºT D 125ºS 40ºB

3. Antara berikut, pernyataan manakah yang benar?


1 Satu putaran bumi bersamaan dengan 24 jam
11 Setiap zon waktu mempunyai beza 15º longitud
111 Zon waktu dunia berpandukan Garisan Meridian Pangkal
1V 1º longitud bersamaan dengan 5 minit
A 1, 11 dan 111 C 1, 111 dan 1V
B 1, 11 dan 1V D 11, 111 dan 1V

Soalan 4 hingga soalan 9 berdasarkan peta di bawah


4. Apakah yang terdapat pada bearing 270º dari Bukit Nenas?
A Masjid C Kampung Jimat
B Kampung Payau D Kampung hutan

5 Apakah yang terdapat pada bearing 195º dari Kampung Payau?


A Masjid C Kampung Lang
B Ladang getah D Kawasan paya

6. John sedang memerhati Bukit Nanas dari sekolahnya dengan bearing 45º.
Kemudian dia memerhati masjid pula dengan bearing 5º. Berapakah perbezaan
bearing sudutan kedua-dua tempat yang diperhatikan oleh John?
A 5º C 45º
B 40º D 320º

7. Bearing sekolah dari Kampung Lang ialah


A 5º C 180º
B 170º D 360º

8. Bearing sudutan ladang getah dari kawasan paya ialah


A 0º C 165º
B 45º D 180º

9. Pernyataan benar mengenai skala ialah


1 dapat mengukur ketinggian
11 digunakan untuk mengukur jarak antara dua tempat
111 digunakan untuk mengukur panjang jalan raya
1V digunakan untuk mengukur keluasan sesuatu kawasan
A 1, 11 dan 111 C 1, 111 dan IV
B 1, 11 dan 1V D 11, 111 dan 1V

10. Pakistan mempunyai penduduk berlebihan kerana


A kekurangan kawasan perumahan yang selesa C kadar kelahiran tinggi
B migrasi ke bandar besar D kadar kematian rendah

• Pengangguran tinggi
• Kekurangan sumber semulajadi
11. Pernyataan di atas menunjukkan ciri-ciri yang terdapat di negara
A Kurang penduduk C penduduk optimum
B lebihan penduduk D penduduk seimbang

12. Masalah negara Pakistan dan Bangladesh apabila mengalami penduduk yang
ramai ialah
1 kemajuan sektor pertanian di pedalaman
11 masalah sosial yang meningkat
111 kadar buta huruf yang tinggi
1V terdiri daripada wargatua produktif
A 1 dan 11 C 111 dan 1V
D 11 dan 111 D 1 dan 1V
1000 orang / kilometer persegi

13. Berikut ialah masalah utama yang akan dihadapi oleh sesebuah negara jika
mempunyai kepadatan penduduk seperti pernyataan di atas kecuali
A menghadapi masalah perumahan C menghadapi masalah komunikasi
B menghadapi masalah makanan D mengalami kekurangan kemudahan
inftastruktur
Kadar kelahiran tidak berkurangan

Ramai penduduk
remaja bertambah

14. Situasi yang berlaku seperti rajah di atas kerana


A kemajuan sejagat
B masalah melahirkan anak
C peluang pekerjaan baru tidak diterokai
D tidak mengamalkan perancangan keluarga

15. Kekurangan penduduk berlaku di Kanada kerana penduduknya


A miskin C kurang daya tahan penyakit
B malas bekerja D kadar celik huruf yang tinggi

16. Apakah kesan terhadap negara yang mempunyai penduduk berlebihan?


A mesra alam C taraf hidup yang tinggi
B kematian yang rendah D pengangguran yang tinggi

• Taraf hidup yang tinggi


• Pendapatan perkapita tinggi

Negara X
17. Berdasarkan maklumat di atas, negara X mungkin sekali akan mengalami
1 ramai penduduk warga tua
11 kemudahan asas yang lengkap
111 pengangguran yang tinggi
1V kadar kematian bayi tinggi
A 1 dan 11 C 111 dan 1V
B 11 dan 111 D 1 dan 1V

• Pengangguran tinggi
• Pendapatan rendah
• Migrasi penduduk pesat

18. Pernyataan di atas selalu berlaku di negara seperti


1 Pakistan 111 Jepun
11 England 1V India
A 1 dan 11 C 111 dan 1V
B 11 dan 111 D 1 dan 1V
• Pendapatan rendah
• Pengangguran tinggi
• Kelahiran tinggi
19. Pernyataan di atas berkaitan dengan kesan penduduk lebihan yang akan
menyebabkan
A kekurangan belia C masalah jenayah
B tanih tidak subur D kehilangan pasaran tempatan

20. Kesan langsung daripada kurang penduduk di Kanada dalam bidang ekonomi
ialah
1 siswazah menganggur tinggi 111 eksploitasi sumber agak terhad
11 kuasa membeli barangan kurang 1V berstatus negara mundur
A 1 dan 11 C 111 dan 1V
B 11 dan 111 D 1 dan 1V

21. Berdasarkan peta di atas, manakah antara berikut ialah petempatan awal di
Malaysia?
A 1 C 111
D 11 D 1V

22. Petempatan awal di Gua Niah lebih banyak dipengaruhi oleh faktor
A keselamatan C tanah yang subur
B kawasan lapang D petempatan penduduk padat

• Kemudahan perhubungan
• Tanah lapang
• Sumber yang murah

23. Pernyataan di atas menunjukkan ciri-ciri pemilihan petempatan di kawasan


A gua C tepi sungai
B lereng bukit D pedalaman
• Kawasan yang subur
• Tanah lapang

24. Ciri-ciri di atas terdapat di


A lurah C kawasan hutan
B pergunungan D kawasan pertanian
25. Antara berikut, manakah faktor yang mempengaruhi petempatan awal manusia?
A kemudahan awam C kemudahan pengangkutan
B tanah yang subur D tanah tinggi dan pergunungan
• Gua Niah
• Gua Tengkorak
26. Lokasi seperti di atas menjadi pilihan petempatan awal bagi tujuan
1 perlindungan daripada hidupan liar
11 sumber air murah
111 kesuburan tanah tinggi
1V mengelakkan bencana alam
A 1 dan 11 C 111 dan 1V
B 11 dan 111 D 1 dan 1V
• Rumah papan
• Halaman rumah luas
• Kemudahan terhad
27. Pernyataan di atas berkaitan dengan pola petempatan di kawasan
A desa C rumah pangsa
B bandar D taman perumahan
• KETENGAH
• KEJORA
28. Senarai petempatan di kawasan di atas lebih banyak di pengaruhi oleh faktor
A pertanian C perindustrian
B perusahaan D pembandaran

29. Kawasan berlorek dalam peta di atas terdapat pola petempatan


A berjajar C berselerak
B berpusat D terancang

• Yan Kecil – Kedah


• Sungai Tiang – Bagan Datoh
30. Senarai kawasan luar bandar di atas berfungsi sebagai
A pusat pengeluaran hasil pertanian
B pusat pelancongan tanah tinggi
C pusat perusahaan keropok
D pusat perikanan
• Bayan Baru, Pulau Pinang
• Skudai, Johor
31. Bandar-bandar yang tersenarai di atas boleh dianggap sebagai bandar
A megapolis C bandar raya
B primat D satelit

32. Antara berikut, manakah padanan faktor perkembangan dengan bandar yang
betul?
1 Senawang – Perkilangan
11 Kerteh – Petroleum
111 Kemaman – Pembalakan
1V Kuala Lipis – Bandar diraja
A 1 dan 11 C 111 dan 1V
B 11 dan 111 D 1 dan 1V

33. Perkembangan pesat bandar di Malaysia telah menyebabkan


1 pencemaran udara
11 kesesakan lalulintas
111 pertambahan wargatua
1V kadar sewa lokasi semakin tinggi
A 1, 11 dan 111 C 1, 111 dan 1V
B 1, 11 dan 1V D 11, 111 dan 1V

34. Antara berikut, bandar manakah yang dikelilingi oleh ladang pertanian yang
paling luas?
A Air Keroh C Georgetown
B Shah Alam D Bandar Pusat Jengka

35. Antara berikut, manakah ciri persamaan bandar ibu negeri di Malaysia?
1 Jumlah penduduk pusat bandar
11 pusar perdagangan
111 pusat pentadbiran
1V fungsi yang sama
A 1, 11 dan 111 C 1, 111 dan 1V
B 1, 11 dan 1V D 11, 111 dan 1V

36. Antara berikut, bandar raya manakah mencapai taraf bandar raya yang paling
awal?
A Ipoh C Shah Alam
B Kuching D Kuala Lumpur

37. Antara berikut, manakah langkah kerajaan bagi mengurangkan migrasi di pusat
bandar utama?
A Mewujudkan peluang pekerjaan baru di luar bandar
B Menambah bilangan perumahan baru
C Mengurangkan pembangunan di bandar
D Menghadkan masa perniagaan di pusat bandar
• Ipoh
• Kerteh
• Miri

38. Ketiga-tiga buah bandar di atas berkembang disebabkan oleh kegiatan


A perdagangan C perindustrian
B pembalakan D perlombongan

• Johor Bharu
• Petaling Jaya

39. Apakah persamaan antara kedua-dua tempat di atas?


A Kawasan saliran yang baik C kawasan yang padat penduduk
B Kawasan pertanian yang subur D kawasan berpenduduk kurang

40. Mengapakah bandar raya negara membangun menjadi tumpuan migrasi dalaman?
A Bandar raya sangat maju
B Bandar raya ada ruang kediaman selesa
C Bandar raya banyak peluang pekerjaan
D Bandar raya kekurangan buruh kasar

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40

BAHAGIAN B ( 10 MARKAH )

Namakan lokasi petempatan awal di atas

41. (a)
42. (b)

43. (c)

44. (d)

45. Proses perbandaran di Malaysia bermula daripada sektor

Senaraikan kesan positif perkembangan yang pesat di pusat bandar:

46.

47.

48.

49.

50.

Kertas soalan tamat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh

( Cik ) ( Pn. )
Guru Geografi Ketua Panitia Geografi
Skema Jawapan GEOGRAFI TING:2

1. B 2. B 3. A 4. A 5. B 6. B 7. D 8. C 9. D 10. C

11. B 12. B 13. C 14. D 15. D 16. D 17. A 18. D 19. C 20. B

21. D 22. A 23. C 24. D 25. B 26. D 27. A 28. A 29. C 30. A

31. D 32. A 33. B 34. D 35. D 36. D 37. A 38. D 39. C 40. C

41 (a). Lembah Bujang

42 (b). Johor Lama

43 (c). Gua Niah

44 (d). Teluk Darvel

45. pertanian

46. banyak peluang pekerjaan

47. kemajuan perniagaan

48. tarikan pelancong

49. kemajuan negara

50. banyak perkhidmatan kepada penduduk