1.0 PENDAHULUAN 1.1 Penghargaan Assalamualaikum warahmatullah dan salam satu Malaysia.

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Pepatah Melayu ada mengatakan, “berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Simbolik kepada pepatah warisan nenek moyang ini adalah semangat yang diserlahkan oleh semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam penghasilan kerja projek saya ini. Segala sumbangan buah fikiran, tenaga dan maklumat yang diberikan oleh rakanrakan unit J3 amat dihargai dan akan dijadikan sebagai tugu penghormatan buat kenangan yang indah. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing subjek Bahasa Melayu II Akademik, Encik Khairulanuar bin Ismail dan Encik Abdul Rani bin Hassan kerana sudi memberikan tunjuk ajar sepanjang proses penghasilan kerja projek ini. Waima sepanjang proses penghasilan kerja projek ini terkandung pelbagai kesulitan dan kepayahan, tetapi dengan hadirnya pihak-pihak berhati mulia yang sudi membantu, ucapan syukur kehadrat Illahi akhirnya kerja projek ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Dengan kesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang saya menyiapkan kerja projek ini. Sehubungan dengan itu, saya Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan ingin merangkap sekali lagi untaian penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja projek ini secara langsung mahupun tidak. Yang kecil tidak disebut nama, yang besar tidak dihimbau gelar. Yang cerdik dengan pandainya. Yang jauh tundan-bertundan, yang dekat sogo-bersogo, umpama memanjat dah sampai ke puncak. Yang ruas dah sampai ke buku. Yang kitab dah sampai berkhatam. Yang terniat sudah terkabul. Yang diminta sudah dapat. Akhirul kalam, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah sudi bertungkus lumus membantu saya dalam menghasilkan kerja projek ini. Sekian, wassalam.

2.0 TULISAN JAWI 1

2.1 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan jawi juga dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersamasama dengan kedatangan agama Islam, yang dibawa oleh para pedagang Islam pada ketika itu. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman pemerintahan Kerajaan Islam Pasai, kemudian tersebar secara meluas hingga ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Kerajaan Islam Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan Jawi di Malaysia menjadi lebih kukuh apabila Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui pada pada akhir kurun ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi juga telah menjadi tulisan rasmi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu semasa penguasaan British ketika itu. Pada hari ini, tulisan warisan ini masih diguna pakai untuk hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya digunakan di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Gambar 1.1 Batu Bersurat Terengganu Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini juga digunakan sebagai perantara penting dalam semua 2

urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Gambar 1.2 Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu

J.G de Casparis, seorang sarjana bahasa dari Belanda, dalam penemuannya iaitu inskripsi tulisan Jawi pada batu nisan Makam Shaeikh Ahmad Majanu di Kota 3

Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan telah menterjemahkan tulisan Jawi yang terdapat pada batu nisan tersebut. Penemuan beliau telah diperturunkan oleh Prof. Othman Mohd. Yatim untuk dijadikan bahan rujukan para ahli bahasa tempatan dan luar negara. Antara yang disebut dalam inskripsi tersebut ialah:

“Bismillahirrahmanirrahim dara buta buka atamat Majanu berbawat daya/seda ahmat Pwan balat anak sadang Ahmad Majanu ma Malaga pada Allah”

"Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur."

Gambar 1.3 Batu Nisan Makam Sheikh Ahmad Majanu

Selain itu, para ahli arkeologi telah menemui banyak artifak yang mempunyai tulisan Jawi. Hal ini telah mengukuhkan lagi tanggapan bahawa tulisan Jawi telah lama menapak di rantau ini berbanding tulisan Rumi. Antara penemuan itu ialah duit 4

syiling emas pada zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 – 1687), iaitu ketika zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.

Gambar 1.4 Syiling Zaman Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah

2.2 Sejarah Penyempurnaan Sistem dan Ejaan Jawi Tulisan Jawi merupakan satu elemen dan identiti kepada masyarakat Melayu di rantau Nusantara ini. Berdasarkan fakta sejarah yang diperoleh, tulisan Jawi telah 5

diguna pakai sebagai wacana persuratan, pendokumenan maklumat serta persetujuan perjanjian antara pemimpin tempatan dan luar dahulu. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai prakarsa yang pragmatik diambil oleh kerajaan bagi memurnikan serta melestarikan lagi kualiti sistem tulisan dan ejaan Jawi, sejajar dengan perkembangan dunia masa kini. Merujuk kepada catatan yang diwartakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat dua langkah yang diambil bagi menyempurnakan lagi sistem ejaan Jawi. Usaha ini diambil kira-kira dari tahun 1981 hingga 1989. Usaha tersebut pada mulanya dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, serta usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba pada tahun 1939. Tulisan jawi yang sedia dipakai dalam sektor pendidikan dan dalam pelbagai urursan sejak awal abad ini sehinggalah tahun 1986 dikenali sebagai Sistem Ejaan Jawi Za’ba yang diasaskan pada tahun 1939 pada ketika itu. Kemudian, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Usaha murni bagi melestarikan lagi sistem ejaan dan tulisan Jawi ini mempunyai objektif dan tujuan yang tersendiri bagi mengelakkan warisan budaya Melayu ini daripada pupus dibawa arus pemodenan serta dihanyutkan gelombang globalisasi. Antara tujuan tersebut ialah untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang dikemaskini sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam serta tidak selaras dalam penggunaannya sebelum tahun 1986. Selain itu, penyempurnaan ini juga dilakukan untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan iaitu Sistem Ejaan Jawi Za’ba. Sehubungan dengan itu, usaha ini juga bertujuan untuk memodenkan sistem ejaan Jawi selaras dengan perkembangan ejaan Rumi. Hal ini bertujuan untuk meluaskan dan mempertingkatkan penggunaannya agar menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa sebarang penghapusan ciri-ciri khusus sejarah dan budaya yang terkandung di dalamnya. Rentetan itu, penyempurnaan sistem ini juga bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan Wawasan 2020. 6

Pada tahun 1981, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji penggunaan bahasa Malaysia, terdiri daripada ahli yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan ketika itu . Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia telah memperakukan supaya “Sistem Ejaan Jawi’ yang ada sedia ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Antara kertas cadangan yang dibentangkan ketika itu ialah menerbitkan sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi yang lengkap. Ekoran daripada perbincangan itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada Februari 1983. Jawatankuasa ini dianggotai pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah mengkaji semula Sistem Ejaan Jawi Za’ba iaitu Pelita Bahasa Melayu Penggal I tahun 1941. Hasil kajian yang dilakukan Jawatankuasa Ejaan Jawi itu telah dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah diadakan pada 9 hingga 11 April 1984 di negeri tersebut. Konvensyen ini telah dihadiri 150 orang pakar mengenai ejaan Jawi termasuk yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan tersebut telah diterima dengan baik oleh peserta konvensyen itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar tahun 1985 dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk sebuah buku yang berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Dengan berdasarkan buku tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi buat pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai daftar kata masukan dan serapan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Buku tersebut telah diterima dengan pelbagai reaksi dan pandangan oleh pengguna. Hal ini demikian kerana terdapat banyak kesalahan pengejaan kata. Beberapa orang pakar berpendapat bahawa daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan untuk cetakan kedua pada tahun 1989. Dalam keluaran terbaru itu, terdapat beberapa pembetulan 7

terhadap perkataan yang diceta salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan yang pertama, terutamanya perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab.

2.3 Halaman Novel “Di rumah Lurah Karangwulan. Mertua nakhoda kami yang dahulu itu.” “Bagaimana fikiran Juragan? Malam ini pulang ke hotel, atau tidur di sini saja?” 8

“Tidur di hotel. Besok pagi Sukma Bayu beritahu mereka ehwal perjalananku.” Mbak Sri datang dan bertanya kepda suaminya, “Juragan setuju?” “Syukur Alhamdulillah! Dia mahu.” Jamado berlega hati. “Insya-Allah! Demi Mbak Sri. Lain kali, tolong aku pula, carikan kekasih!” Pasangan suami isteri itu ketawa riang, dan tinggalkan aku sendirian di kamar. Biduri tiba bawakan aku jagung bakar. Dia senyum, elus rambutku, dan berbisik: “Terima kasih Daeng, atas pengorbananmu untuk diriku!” “Lain kali akan berterima kasih juga, jika aku rotan kamu?” Mataku mencerlang. “Aku rela terima rotanmu. Berdoalah! Semoga rotan itu, bukan akibat cemburu.” * * * * * * Semudah itukah? Babi! Jantan setan malaun. Aku maki diri aku sendiri. Kerana jelas apa yang dinamakan suara hati; apa yang dinamakan perasaan; apa yang dinamakan getar naluri; semuanya itu, belum dapat dikawal akal. Malah, tidak ada tenaga jasad yang dapat mengekang itu semua, maka beginilah aku. Oh! Aku pun tidak lebih rasa daripada lelaki biasa. Jantan! Rasakanlah padahnya, engkau si jantan mata keranjang. Mana boleh tidak cemburu? Sebelum kami meninggalkan Syonan To ke Rangoon aku terima kartu pos dari Mbak Tuti, puteri sulung Lurah Karangwulan, di Semarang! Sejak minggu ketiga Julai setiap malam Biduri pulang ke rumah naik mobil Arab Kauman penternak wang. Aduh! Panas! Cemburu aku hendak membakar ombak! Manalah aku tak iri hati? Memang, pada mulanya, aku berasa syukur, kerana Kak Andi Zohorah atau Andi Nuraini di Pontianak bertunang! 9

Warna Sukma Usia Muda, Sasterawan Negara Arena Wati, halaman 185, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.4 Transliterasi Teks Rumi

10

11

12

3.0 SOSIOLINGUISTIK 3.1 Definisi Sosiolinguistik Menurut Dell Hymes (1996), sosiolinguistik ditakrifkan sebagai satu bidang yang menumpukan terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Dalam perspektif yang lebih luas, sosiolinguistik merupakan kajian tentang kesan seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah nilai-nilai budaya, pencapaian dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan. Cabang bidang kajian bahasa ini juga merupakan penyelidikan sesuatu bahasa itu berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial 13

serta kaedah bahasa itu boleh digunakan bagi meletakkan individu tersebut dalam sesuatu kategori. Sosiolinguistik berasal daripada dua patah perkataan, iaitu sosiologi dan linguistik. Sosiologi mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan ilmu tentang segala macam jenis hal masyarakat dengan menyerap ilmu-ilmu sosial yang lain. Linguistik pula didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa dan juga merangkumi semua segi komunikasi manusia. Stork dan Widdowson (1983) menyatakan lingustik merupakan satu bidang kajian dan subjek khusus kajiannya ialah mengenai bahasa. Para ahli bahasa mengkaji semua kebolehan manusia untuk berhubung sebagai pernyataan individu serta sebagai pusaka sepunya sesuatu komuniti bahasa. Selain itu, ahli-ahli bahasa juga mengkaji mengenai bunyi yang dituturkan serta teks yang ditulis oleh manusia melalui bahasa mereka. Secara tuntasnya, Freeman (1972) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai bidang kajian tentang sifat-sifat khusus bagi variasi bahasa, fungsi serta pemakaian bahasa dalam jalinan interaksi dan perubahan dalam penutur bahasa tersebut.

3.2 Konsep Sosiolinguistik Terdapat juga konsep penting dalam sosiolinguistik yang perlu dititikberatkan oleh semua pengkaji bahasa. Konsep pertama dikenali sebagai bahasa. Bahasa ialah alat yang digunakan oleh seseorang untuk melahirkan perasaan, kehendak, fikiran, pendapat dan sebagainya. Selain itu, bahasa juga merupakan alat yang diaplikasikan oleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi antara anggota masyarakat. Menurut Ferdinan de Saussure (1959), beliau mengatakan bahasa merupakan seluruh sistem atau 14

peraturan-peraturan bahasa dan keadaannya adalah abstrak. Bahasa juga disifatkan sebagai alat perhubungan yang timbul secara abitrari dalam sesebuah masyarakat. Konsep seterusnya ialah komuniti bahasa. Komuniti bahasa merupakan kumpulan penutur yang mengiktiraf diri mereka sebagai penutur sesuatu bahasa yang tertentu. Alibinya, komuniti bahasa Melayu ialah penutur-penutur bahasa Melayu di Semenanjung, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan lain-lain kawasan di Nusantara yang mengguna pakai bahasa ini sebagai alat perhubungan atau wahana mobiliti sosial mereka. Selain itu, terdapat juga komuniti bahasa Cina. Kumpulan ini menuturkan bahasa Cina dan mengiktiraf diri sebagai penutur bahasa tersebut. Mereka terdiri daripada penutur dialek Hokkien, Kantonis, Mandarin, Hakka dan Hailam. Masyarakat India juga mengiktiraf diri mereka sebagai penutur mutlak kepada bahasa mereka dan dikenali sebagai komuniti bahasa Tamil. Komuniti ini menuturkan bahasa Urdu, Hindi dan lain-lain lagi. Konsep yang terakhir ialah dialek. Menurut ahli-ahli antropologi, dialek didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa pertuturan yang berkembang dan digunakan dalam ranah komunikasi masyarakat. Manakala, dalam kalangan ahli-ahli bahasa dan linguistik, dialek dikatakan berasal daripada perkataan Greek, dialektos yang menjurus kepada kepelbagaian ciri bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan pengguna atau penutur sesuatu bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard. Dialek juga dikatakan sebagai pelat daerah atau negeri dan loghat. Halliday telah menjeniskan bahasa berdasarkan dua aspek, iaitu pengguna dan penggunaan. Menurut beliau, pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa didapati bahawa bahasa berbeza dari segi siapa-siapa yang menggunakannya, seperti perbezaan yang timbul antara cara orang Kelantan dan orang Perak dan sterusnya menggunakan bahasa. Penggunaan pula bermaksud kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi sewaktu bahasa itu digunakan. Kamus Linguistik memberi maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Dalam sesuatu bahasa yang mempunyai banyak dialek, satu daripada dialek-dialek ini 15

dipilih sebagai variasi yang digunakan oleh semua penutur untuk berhubung. Variasai bahasa Melayu ini disebut sebagai variasi bahasa umum atau bahasa standard atau bahasa baku. Menurut Meilet (1967), dialek seperingkat bentuk ujaran setempat yang berbeza-beza, yang memiliki ciri-ciri umum dan masing-masing lebih mirip sesamanya dibandingkan dengan bentuk ujaran lain daripada bahasa yang sama dan tidak harus mengambil semua bentuk ujaran daripada semua bahasa. Dialek juga boleh dikenal pasti dalam dua bentuk. Bentuk yang pertama ialah dialek baku. Dialek baku ialah dialek yang didukung dan diiktiraf oleh pemerintah dengan menjadikannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sesebuah negara. Manakala, bentuk kedua dikenali sebagai dialek tidak baku. Dialek tidak baku diertikan sebagai bahasa yang tidak mendapat dukungan dan diiktiraf oleh kerajaan sesebuah negara.

3.3 Faktor Kewujudan Dialek Mangantan Simanjuntak dalam bukunya, Aspek Bahasa dan Pengajaran, beliau mentakrifkan dialek sebagai satu variasi bahasa yang digunakan oleh sekumpula manusia yang tinggal di satu kawasan geografi tertentu. Beliau juga menggariskan istilah geografi sebagai bukan menjurus kepada geografi politik secara tegas, bahkan kepada geografi linguistik yang disebut sebagai isoglos atau sempadan linguistik. Selain itu, dialek juga wujud melalui faktor politik. Faktor politik telah membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil sehingga mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hal ini secara tidak langsung 16

telah

menyebabkan

timbulnya

dialek

tempatan.

Dialek-dialek

tempatan

di

Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia terdapat pula ideolek, iaitu kelainan stilistik. Hal ini terjadi kerana perbezaan konteks. Kesemua kelainan ini disebut sebagai dialek tetapi penuturnya masih dapat memahami pertuturan antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, dialek turut dipengaruhi faktor persekitaran pergaulan. Seseorang itu mungkin memperolehi asas yang berbeza dengan dialek pertuturan di persekitaran geografinya kerana ditentukan oleh pergaulannya saja. Sebagai contoh, kita dapati seseorang itu menuturkan dialek Kedah dan bukan dialek Selangor yang menjadi dialek asas penutur itu disebabkan oleh persekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Ahli keluarga di rumahnya secara terus-menerus menggunakan dialek Kedah dalam kehidupan mereka sehari-hari. Begitu juga dalam pergaulan mereka dengan ahli-ahli keluarga lain yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

3.4 Dialek Sosial Dalam pembentangan kertas kerja ini, dialek sosial telah dijadikan fokus utama kajian yang hendak dilakukan. Dialek sosial juga disebut sebagai “register” atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan dalam sesuatu situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu bahasa tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Ferguson (1968) sewaktu membincangkan mengenai ciri-ciri bahasa yang telah maju,

17

mengatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Dalam beberapa buku sosiolinguistik, laras bahasa terbahagi kepada lima jenis laras bahasa. Hal tersebut terdiri daripada laras bahasa cerpen, laras bahasa agama, laras bahasa puisi, laras bahasa ekonomi dan laras bahasa iklan. Dalam buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2, laras bahasa terbahagi kepada tujuh, setelah menerima penambahan beberapa laras bahasa yang lain, iaitu laras bahasa sains, laras bahasa undang-undang dan laras bahasa matematik. Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan, beliau merumuskan dialek sosial berubah bukan sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan golongan sosial. Perbezaan golongan sosial ini juga dikatakan sebagai perbezaan standard taraf hidup antara manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan bawahan. Dalam hal yang lain juga, dialek sosial juga dipengaruhi perbezaan pendidikan. Pendidikan juga sangat memainkan peranan yang penting bagi menentukan taraf kehidupan sosial seseorang dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, perbezaan pekerjaan dan profesion turut diserap dan dikenali sebagai sebahagian daripada dialek sosial. Hal ini demikian kerana setiap profesion dan bidang kerjaya mempunyai perbezaan struktur dan taraf sosial yang tersendiri. Alibinya, profesion guru mempunyai taraf sosial yang tersendiri berbanding kerjayakerjaya yang lain. 3.5 Faktor Kewujudan Dialek Sosial Terdapat beberapa faktor yang menentukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial dalam sesebuah masyarakat. Antaranya ialah faktor taraf pendidikan yang berbeza. Orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi menggunakan laras bahasa yang berbeza daripada orang-orang yang tidak berpendidikan atau hanya mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Pertuturan dan perbendaharaan kata antara kedua-dua golongan ini juga mempunyai perbezaan.

18

Selain itu, faktor kedudukan sosial turut mempengaruhi berlakunya dialek sosial dalam kalangan masyarakat. Dalam bahasa Melayu, kawasan tempat tinggal tidaklah menjadi faktor pembeza yang besar dalam membahagikan penutur-penutur kepada kelas-kelas sosial yang tertentu. Pada amnya, bahasa Melayu terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu bahasa istana atau bahasa dalam dan bahasa luar istana. Perbezaan yang nyata antara kedua-dua laras bahasa ini hanyalah dari segi perbendaharaan kata sementara aspek morfologi, sintaksis dan fonologinya tidak banyak perbezaan. Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga menyebabkan terjadinya dialek sosial dalam masyarakat. Cara pertuturan seseorang yang datang dari keluarga yang berkedudukan tinggi adalah berbeza daripada cara pertuturan orang yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Begitu juga halnya dengan orang yang datang dari kawasan tempat tinggal berlainan. Misalnya, laras bahasa yang digunakan oleh seseorang yang latar tempat tinggalnya di bandar dengan laras bahasa yang digunakan oleh penutur yang tinggal di desa. Perbezaan itu amat ketara dari segi perbendaharaan kata. Gangguan dalam berbahasa juga merupakan faktor terjadinya dialek sosial. Gangguan berbahasa yang dimaksudkan ialah gangguan bahasa ibunda dan dialek daerah. Laras bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Cina berbeza dengan laras bahasa yang dituturkan oleh orang India. Melalui laras bahasa yang digunakan oleh seseorang itu, kita dapat meneka dan mengagak bahasa ibunda yang dikuasai olehnya. Begitu juga halnya dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh orang Perak adalah berbeza dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh orang Johor. Dengan ini, kita dapat mengetahui dialek daerah yang dikuasai oelh seseorang itu. Sementelahan, fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa turut menjadi de factor kepada dialek sosial. Terdapat beberapa aspek dalam fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Perlakuan-perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa ialah sebahagian dariapda perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan, memberi arahan, meminta dan sebagainya. Dalam tiap-tiap situasi sosial, terdapat penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi seperti

19

perbualan, orang-orang yang terlibat dalam perbualan serta peranan terhadap situasi-situasi dalam masyarakat. Akhir sekali, dialek sosial juga dipengaruhi faktor aspek-aspek linguistik bahasa tersebut. Ciri-ciri linguistik dapat dilihat daripada beberapa dimensi. Pada satu pihak ciri-ciri linguistik berkait rapat dengan faktor-faktor sosial. Pada pihak yang lain pula ialah sifat-sifat bahasa itu sendiri membawa perubahan yang antara lain mencakupi aspek-aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, keseringan kehadiran dan susunan-susunan struktur tertentu. Pada amnya, terdapat dua perkara yang membezakan laras-laras yang berkait dengan linguistik, iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata. Walau bagaimanapun, perbezaan antara laras bahasa itu tidaklah terlalu jauh hingga boleh menimbulkan katidakfahaman antara penuturnya. Unsur faham-memahami masih kuat dan kukuh kecuali dari segi pengunaan istilah-istilah dan perkataan-perkataan tertentu yang mempunyai pengertian yang khusus.

3.6 Skop Kajian “Di rumah Lurah Karangwulan. Mertua nakhoda kami yang dahulu itu.” “Bagaimana fikiran Juragan? Malam ini pulang ke hotel, atau tidur di sini saja?” “Tidur di hotel. Besok pagi Sukma Bayu beritahu mereka ehwal perjalananku.” Mbak Sri datang dan bertanya kepda suaminya, “Juragan setuju?” “Syukur Alhamdulillah! Dia mahu.” Jamado berlega hati. 20

“Insya-Allah! Demi Mbak Sri. Lain kali, tolong aku pula, carikan kekasih!” Pasangan suami isteri itu ketawa riang, dan tinggalkan aku sendirian di kamar. Biduri tiba bawakan aku jagung bakar. Dia senyum, elus rambutku, dan berbisik: “Terima kasih Daeng, atas pengorbananmu untuk diriku!” “Lain kali akan berterima kasih juga, jika aku rotan kamu?” Mataku mencerlang. “Aku rela terima rotanmu. Berdoalah! Semoga rotan itu, bukan akibat cemburu.” * * * * * * Semudah itukah? Babi! Jantan setan malaun. Aku maki diri aku sendiri. Kerana jelas apa yang dinamakan suara hati; apa yang dinamakan perasaan; apa yang dinamakan getar naluri; semuanya itu, belum dapat dikawal akal. Malah, tidak ada tenaga jasad yang dapat mengekang itu semua, maka beginilah aku. Oh! Aku pun tidak lebih rasa daripada lelaki biasa. Jantan! Rasakanlah padahnya, engkau si jantan mata keranjang. Mana boleh tidak cemburu? Sebelum kami meninggalkan Syonan To ke Rangoon aku terima kartu pos dari Mbak Tuti, puteri sulung Lurah Karangwulan, di Semarang! Sejak minggu ketiga Julai setiap malam Biduri pulang ke rumah naik mobil Arab Kauman penternak wang. Aduh! Panas! Cemburu aku hendak membakar ombak! Manalah aku tak iri hati? Memang, pada mulanya, aku berasa syukur, kerana Kak Andi Zohorah atau Andi Nuraini di Pontianak bertunang!

Dipetik daripada novel Warna Sukma Usia Muda, karya Sasterawan Negara Arena Wati, halaman

21

185, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.7 Analisis Dialek Sosial Daripada halaman 185 novel Warna Sukma Usia Muda, karya Sasterawan Negara Arena Wati yang telah dikaji, terdapat beberapa ayat yang telah dikenal pasti mempunyai unsur dialek sosial. Antaranya ialah:

“Babi! Jantan setan malaun.” Daripada dialog di atas, didapati bahawa dialog tersebut mempuyai unsur ragam bahasa kesat. Ragam bahasa kesat ialah penggunaan perkataan kesat 22

dalam sebarang pertuturan sama ada dengan diri sendiri mahupun dengan orang lain. Hal ini demikian kerana perkataan babi merupakan sebahagian kata maki yang sering digunakan oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Selain itu, penggunaan perkataan setan juga boleh dikelasifikasikan sebagai unsur bahasa kesat. Melalui novel Warna Sukma Usia Muda, penulis telah menceritakan mengenai diri Daeng yang sedang berperang menangkis perasaan yang dikuasai oleh nafsu dirinya kepada Biduri, anak kepada kedua-dua pasang suami isteri tersebut. Oleh hal yang demikian, Daeng telah menjadikan dirinya sebagai tempat untuk melepaskan amarah kepada nafsu dirinya terhadap Biduri yang dicintainya selama ini.

“Syukur Alhamdulillah.” “Berdoalah.” “Insya-Allah.” Ketiga-tiga ungkapan di atas mempunyai laras bahasa agama. Hal ini dapat dilihat berdasarkan penggunaan perkataan-perkataan syukur, Alhamdulillah, InsyaAllah dan berdoalah. Ketiga-tiga ayat di atas sering kali diucapkan oleh orang Islam setelah mendapat sesuatu kejayaan daripada Allah, meminta sesuatu daripada Allah dan membuat janji dengan sesama Muslim dengannya. Dalam hal ini juga, terdapat unsur pinjaman perkataan daripada bahasa Arab seperti perkataan doa dan syukur. Selain itu juga, penggunaan perkataan Alhamdulillah dan Insya-Allah sudah cukup untuk dikelasifikasikan sebagai laras bahasa agama.

“The species of the male.” Kartu pos Lurah Karangwulan Ketiga-tiga ayat tersebut telah dikenal pasti sebagai ragam bahasa pijin. Bahasa pijin ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa. Morfologi dan sintaksis bahasa ini biasanya akan mempunyai suasana dan inovasi tempatan, tetapi tiada perkaitan dengan mana-mana bahasa ibunda para penuturnya. Dalam 23

halaman novel yang telah dipilih dan dikaji, ketiga-tiga ayat tersebut dikategorikan sebagai bahasa pijin kerana pada ayat yang pertama, penulis telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai metafora untuk menerangkan mengenai sifat dan fitrah seorang lelaki yang gemar memikirkan sesuatu yang melebihi batas pemikiran. Manakala, ayat yang kedua dan ketiga mewakili penyerapan bahasa Indonesia. Kartu pos ialah poskad, sementara lurah ditakrifkan sebagai ketua kampung atau penghulu sesuatu kawasan.

“Engkau si jantan mata keranjang.” Berdasarkan petikan dialog yang digunakan oleh Sasterawan Negara Arena Wati, didapati bahawa beliau telah menggunakan ragam bahasa kasar untuk menggambarkan diri Daeng sebagai seorang gila perempuan. Bahasa kasar ialah penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak bertatasusila. Walaupun penggunaan mata keranjang sebagai sama erti kepada seorang lelaki yang gila perempuan, namun pengucapannya dianggap kasar dari segi pengucapannya dan bahasanya.

Cemburu aku hendak membakar ombak. Mataku mencerlang. Merujuk ketiga-tiga ayat di atas, laras bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut ialah laras bahasa cerpen. Laras bahasa cerpen merupakan laras bahasa yang sering digunakan oleh setiap penulis cerpen atau novel. Dalam sesuatu karya kreatif, penulis mempelbagaikan penggunaan perkataan untuk menghidupkan sesuatu perkara. Seperti ayat cemburu aku hendak membakar ombak, penulis menggambarkan perasaan cemburu yang menyelubungi Daeng terhadap Biduri sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan tidak lagi boleh dikawal sehingga membakar sesuatu yang dianggap mustahil untuk dihapuskan. Manakala, pada ayat mataku mencerlang, penulis telah menggunakan perkataan mencerlang untuk menggantikan 24

perkataan berkilau dan bercahaya bagi mempelbagaikan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu.

“Terima kasih Daeng.” Ungkapan di atas merupakan ungkapan yang mempunyai unsur dialek sosial. Dialek sosial tersebut disebut sebagai ragam bahasa halus. Bahasa halus ialah bahasa yang diucapkan dengan penuh sopan santun dan bertatasusila. Berdasarkan ungkapan “Terima kasih Daeng.”, dapat dilihat kesopanan dan kesusilaan Biduri menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Daeng terhadap dirinya daripada dikenakan hukuman rotan daripada Lurah Karangwulan.

Manalah aku tak iri hati? Mana boleh tidak cemburu? Ayat di atas ini mempunyai unsur bahasa basahan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2, ragam bahasa basahan diinterpretasikan sebagai bahasa yang digunakan untuk urusan seharian. Bahasa basahan juga dikenali sebagai bahasa pasar. Hal ini disebabkan oleh faktor untuk memudahkan perbualan dan pemahaman. Selain itu, bahasa ini juga tidak mementingkan pematuhan pada peraturan tatabahasa kerana lebih memfokuskan mesej yang difahami oleh pendengar. Merujuk kepada struktur ayat tersebut, ayatayat yang sepatutnya ialah bagaimana aku tidak iri hati dan bagaimana tidak cemburu. 25

“Mertua Nakhoda kami yang dahulu itu.” “Bagaimana fikiran Juragan.” Setelah dikaji dan diselidik, kedua-dua ayat di atas ini mempunyai unsur ragam bahasa jargon. Bahasa jargon merupakan terminologi yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti tertentu, pekerjaan dan kumpulan penutur yang spesifik. Bahasa jargon juga dikatakan bahasa khusus yang sering digunakan dalam bidang tertentu dan bersifat setempat atau kumpulan sosial, kumpulan sepekerjaan dan dalam kalangan masyarakat kelas bawah. Lantaran itu, ayat-ayat di atas dikelasifikasikan sebagai bahasa jargon golongan pelayar. Hal ini demikain kerana perbualan tersebut berlaku antara pasangan suami isteri yang hidup miskin dan anak kapal Sukma Bayu.

4.0 RUMUSAN Setelah membuat kajian dan penyelidikan mengenai dialek sosial

berdasarkan satu halaman novel, iaitu novel Warna Sukma Usia Muda, karya Sasterawan Negara Arena Wati halaman 185, barulah saya faham mengenai kepelbagaian dialek yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu di dalam negara ini. Terdapat beberapa faktor dominan yang telah menyebabkan terjadinya perbezaan dialek sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah latar belakang keluarga dan tempat tinggal. Secara keseluruhannya, dialek sosial yang berlaku dalam satu halaman novel yang telah dikaji ini dipengaruhi keadaan

26

kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan. Hal ini juga berikutan persekitaran mereka yang dikelilingi golongan kelas bawahan atau kelas rendah. Seterusnya, kedudukan sosial dalam masyarakat juga telah menyebabkan wujudnya dialek sosial dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dilihat antara pasangan suami isteri yang masih menggelar besannya Lurah Karangwulan, walaupun mereka sudah pun menjadi besan. Selain itu, dialek sosial yang terdapat dalam halaman novel ini berlaku disebabkan desakan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui Daeng yang berperang dengan perasaannya terhadap Biduri. Dia berusaha untuk tidak berprasangka buruk terhadap perasaannya daripada dikuasai syaitan. Konklusinya, dialek sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia

dipengaruhi banyak perkara sama ada faktor penarik mahupun faktor penolak. Dialek sosial berlaku apabila terdapat perbezaan latar belakang dan tempat tinggal. Selain itu, dialek sosial juga berlaku disebabkan oleh kedudukan sosial dalam masyarakat. Akhir sekali, perkara ini juga dipengaruhi desakann sendiri ataupun faktor dalaman.

5.0 REFLEKSI Alhamdulillah, akhirnya selesai juga tugasan bahasa Melayu ini. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini walau apa-apa jua keadaan. Pada masa yang sama juga, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini, terutamanya maklumat daripada buku. Kami terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat sumber institut, disebabkan kekurangan sumber rujukan yang berteraskan buku. Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. Disebalik kekurangan itu, 27

rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini. Selain itu, saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumatmaklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya. Semua maklumat yang diperoleh, telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang lain. Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian, kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agar mereka dapat merasainya seperti yang saya rasai. Banyak perkara yang dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan. Sekian, terima kasih.

6.0 BIBLIOGRAFI Buku-buku Hashim Bin Musa, 1999. Sejarah Perlambangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999. Hashim Bin Musa, 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.

28

Mangantar Simanjuntak, 1982. Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1982. Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin, 2008. Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar, 2008. Peter Trudgill, 1984. Sosiolinguistik Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984. Sasterawan Negara Arena Wati, 2005. Warna Sukma Usia Muda. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Laman Web Mahmud Saefi, 2006. Dialektologi: Langkah Kerja dan Aplikasinya.

www.contohskriptesis.com. Akses pada 9 September 2009. Naim Firdaus, 2007. Tulisan-tulisan Di Rantau Nusantara. http://naim-

firdaus.blogspot.com. Akses pada 9 September 2009. Prof. Emiretus Abdullah Hassan, 2007. Pengenalan Dialek Sosial.

http://sosiolinguistik.blogspot.com. Akses pada 9 September 2009.

29

7.0 LAMPIRAN Senarai Gambar Gambar 1.1 Batu Bersurat Terengganu Gambar 1.2 Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu Gambar 1.3 Batu Nisan Makam Sheikh Ahmad Majanu Gambar 1.4 Syiling Zaman Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah

30

8.0 BORANG KOLABORASI NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING
TARIKH

: MOHD FATHUL KHAIR BIN MOHD DAHLAN : 26315 : PPISMP UNIT J3 SEMESTER/PERINGKAT: 1 : BAHASA MELAYU II AKADEMIK : TN. HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN
KOMEN T/ TANGAN PENSYARAH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

31

32

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful