You are on page 1of 1

http://cikgusazali.blogspot.

com
PANDUAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif
1.

Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya.
Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2.

Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya sedang dimarahi oleh guru disiplin yang
garang itu.

3.

Doktor yang berkaca mata itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata itu.

4.

Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai.


Gambar pemandangan di tepi pantai telah saya lukis.

5.

Awak belum menjelaskan yuran keahlian aktiviti kokurikulum.


Yuran keahlian aktiviti kokurikulum belum awak jelaskan.

6.

Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2010 hingga 2014.
Beberapa buah buku masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahun 2010 hingga 2014.

7.

Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.


Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang.

8.

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

9.

Haziq membawa buku-buku teks itu penuh di dalam satu beg.


Buku-buku teks itu dibawa oleh Haziq penuh di dalam satu beg.

10.

Kalian perlu menyiapkan tugasan itu sebelum matahari terbenam di ufuk barat.
Tugasan itu perlu kalian siapkan sebelum matahari terbenam di ufuk barat.

11.

Kerajaan memperkenalkan PLKN supaya remaja Malaysia mempunyai jiwa yang kental.
PLKN diperkenalkan oleh kerajaan supaya remaja Malaysia mempunyai jiwa yang kental.

12.

Kita akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen Kanun Jenayah Berat.
Kes itu akan kita siasat di bawah Seksyen Kanun Jenayah Berat. .

13.

Encik Aziz melanggan beberapa buah majalah terbitan DBP sebagai bahan bacaan untuk keluarganya.
Beberapa buah majalah terbitan DBP dilanggan oleh Encik Aziz sebagai bahan bacaan untuk
keluarganya.

14.

Dia selalu menulis artikel untuk majalah sekolah.


Artikel untuk majalah sekolah selalu ditulis olehnya.

15.

Beliau telah mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan tapak masjid.


Sebidang tanah diwakafkan oleh beliau untuk dijadikan tapak masjid.