You are on page 1of 22

Pengenalan

Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa
peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3
fasa.
Antara fungsi kawalan motor ialah :
1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3
fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.
( No- volt coil atau No-volt release ).
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup
Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen
dalam sistem yang mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara
kawalan jauh.
Jenis- jenis Penghidup Motor
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )


Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )
Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )
Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )
Penghidup Mara Songsang ( Forward-Reverse starter)
Penghidup Litar Turutan

Kebaikan mengurangkan arus mula


1. Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.
2. Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran
dalam motor.
3. Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
4. Mengurangkan susutan voltan talian.
5. Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.
Keburukan mengurangkan arus mula
1.
2.
3.
4.

Mengurangkan daya kilas.


Kos meningkat dalam menyediakan alat alat bagi sistem penghidup.
Keperluan penyelenggaraan meningkat.
Alat alat terlalu rumit.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

Ketika sesuatu motor hendak bermula atau dalam kendalian , motor


tersebut perlu dilindungi daripada keadaan beban lampau,litar
pintas dan hidup dengan tersendiri.
BIL

JENIS
PERLINDUNGA
N
Tanpa Voltan

Beban Lampau

Litar Pintas

KETERANGAN
Mengelakkan motor
hidup dengan sendiri
setelah berlaku
kegagalan bekalan.
Penggunaan beban
yang berlebihan
daripada kadar yang
sebenar.
Memberikan
perlindungan
daripada kesan litar
pintas apabila berlaku
sentuhan di antara
talian positif dengan
negative

PERANTI
Gegelung
Penyentuh
Geganti Beban
Lampau
Fius atau
Pemutus Litar

JENIS-JENIS KAWALAN

Kawalan elektrik boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu


kawalan secara insani,separuh automatik dan automatik.

PERBANDINGAN JENIS-JENIS KAWALAN

BIL JENIS
KAWALAN
1
Insani

CIRI-CIRI
Kawalan
secara terus
dengan
tangan/kaki

KEBAIKAN

Mudah
Murah
Cepat
Tidak mudah
rosak

KEBURUKAN

Separuh
Automati
k

Sebahagian
kawalan
insani dan
sebahagian
kawalan
magnet.

Automati
k

Kawalan
sepenuhnya
oleh magnet
atau
elektronik
dengan
menggunakan
kawalan
pandu.

Selamat
Mudah
mengendali
Boleh
mengawal
banyak litar.
Tidak perlu
pekerja mahir.

Tidak perlukan
bantuan
manusia
Boleh
mengawal
berterusan.
Menjimatkan
masa

Pekerja perlu
mahir
Tidak dapat
mengawal
banyak litar
serentak.
Tidak sesuai
untuk kawalan
litar berterusan
dan
berpanjangan.
Mahal
Perlu bantuan
manusia untuk
memulakannya
.
Kerosakan
sukar dibaiki.
Perlukan
penyentuh.
Mahal
Sukar dibaiki
Litarnya rumit
dan sukar
dipasang.
Perlu
penyelenggara
an khas.

AKSESORI KAWALAN MOTOR


PENYENTUH ( CONTACTOR )

Fungsi penyentuh ialah sejenis suis yang dikendalikan oleh satu


elektromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan
melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.
Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.
Penyentuh mempunyai sesentuh utama ,sesentuh tambahan dan gegelung
penyentuh.
Fungsi sesentuh utama ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan
arus kepada motor.
Fungsi sesentuh tambahan pula ialah untuk mengalirkan arus atau
memberhentikan arus kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang lain.
Terdapat sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau
terbuka.

GEGANTI BEBAN LAMPAU (GBL)

Fungsi GBL ialah untuk membuka litar kawalan dan memberhentikan motor
ketika berlaku beban lampau.
Tiga jenis GBL ialah jenis terma ,magnet dan elektronik.

PUNAT TEKAN

Fungsi Punat tekan ialah melengkapkan dan membuka litar kawalan apabila
ditekan.
Terdapat berbagai jenis punat tekan iaitu punat tekan hidup (on) , punat tekan
mati (off) dan juga punat tekan jog.
Tiga jenis rangka ialah jenis bulat ,empat segi dan jenis kepala cendawan.

PEMASA (TIMER)

Fungsi pemasa adalah untuk melengkapkan dan membuka litar kawalan


dalam masa yang tertentu.Masa tersebut boleh disetkan.
Pemasa juga mempunyai sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau
terbuka.
Tiga jenis pemasa yang biasa digunakan ialah jenis motor ,jenis pneumatik
dan jenis elektronik

MCB

Sejenis pemutus litar yang akan berfungsi apabila berlaku lebihan arus
daripada jenis terma,magnetik atau terma hidraulik.
Mempunyai peranti pelantikan terma bagi arus beban lampau dan
magnetik untuk litar pintas.

LAMPU PANDU

Fungsinya sebagai isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu peringkat


operasi.
Pelbagai warna merah ,kuning, hijau, biru.
Terdapat jenis lampu voltan rendah lengkap dengan perintang siri yang boleh
disambungkan kepada voltan lebih tinggi.

SIMBOL-SIMBOL KAWALAN MOTOR


BIL

SIMBOL

KETERANGAN

PENYENTUH

SESENTUH TAMBAHAN
SEDIA
BUKA

SESENTUH TAMBAHAN
SEDIA TUTUP

PUNAT TEKAN HIDUP

PUNAT TEKAN HENTI

GEGANTI BEBAN LAMPAU

LAMPU PANDU

MCB

PEMASA

10

PUNAT TEKAN DWI LITAR

11

SUIS KAKI

12

SUIS APUNG

13

SUIS HAD

14

GEGANTI LEWAT MASA

PEMULA MARA SONGSANG

Pemula jenis mara songsang ini digunakan untuk menukarkan arah putaran motor 3
fasa sama ada dalam keadaan mara atau songsang dan ke atas atau ke
bawah.Penukaran arah putaran motor dilakukan sama ada menggunakan suis
pengawal atau litar kawalan magnetik. Pemula ini akan menukarkan kedudukan
urutan fasa (M,K,B).

Contoh penggunaan pemula ini adalah seperti pada :

Kren
Lif
Mesin Pelarik

LLITAR UTAMA PENGHIDUP MARA


SONGSANG

LLITAR KAWALAN PENGHIDUP


MARA SONGSANG

PRINSIP KENDALIAN LITAR


PENGHIDUP MARA SONGSANG

Apabila bekalan dimasukkan, arus akan melalui MCB dan seterusnya


melalui punat tekan henti .
Apabila punat tekan hidup untuk mara ditekan, sesentuh tambahan
sedia buka mara akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup
songsang akan terbuka.

Ini akan menyebabkan gegelung M bertenaga dan bersambung ke


neutral lalu lampu hijau akan menyala.
Apabila punat tekan henti ditekan semula, penyentuh mara tidak
akan berkendali.
Kemudian punat tekan hidup bagi songsang pula ditekan.Sesentuh
tambahan sedia buka songsang akan tertutup dan sesentuh
tambahan sedia tutup bagi mara akan terbuka.
Ini akan menyebabkan gegelung S bertenaga dan bersambung ke
neutral lalu lampu kuning akan menyala.
Apabila berlaku beban lampau, lampu merah akan menyala.

PEMULA BINTANG DELTA

Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran
sederhana. Tujuan utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan
ketika motor dihidupkan dan membolehkan motor ditukar arah mara dan songsang
dengan kawalan punat tekan.
Penghidup ini biasanya didapati :

i.
ii.

Injap motor
Pam elektrik
iii. Pengangkut panggul ( converyor belt )
iv. Sistem penghawa dingin dan sebagainya.

KEBAIKAN PENGHIDUP BINTANG DELTA


Penyelenggaraan kurang jika dibandingkan dengan penghidup
alatubah auto.
Bagi keupayaan motor yang sama kos pemasangan adalah lebih
murah dari penghidup alatubah auto.
KEBURUKAN PENGHIDUP BINTANG DELTA
Keupayaan motor yang digunakan terhad kepada 3 hingga 10 kk.
Menggunakan punca punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca

LLITAR UTAMA PENGHIDUP BINTANG


DELTA

LLITAR KAWALAN PENGHIDUP


BINTANG DELTA

PRINSIP KENDALIAN LITAR


PENGHIDUP BINTANG DELTA

Apabila bekalan dibekalkan , arus akan mengalir dari mcb, gbl , hingga punat
tekan henti

Apabila punat tekan hidup ditekan, gegelung M. Litar lengkap disambung ke


neutral.

Bila punat tekan hidup dilepaskan , penyentuh M masih berkendali kerana


sesentuh sedia buka M telah berfungsi sebagai sesentuh pegang.

Arus akan masuk ke gegelung timer TDR ,sesentuh sedia tutup


TDR,sesentuh sedia tutup D, seterusnya gegelung penyentuh S dan S akan
beroperasi.

Waktu motor berada dalam sambungan bintang, arus bekalan masuk melalui
penyentuh M dan ke poin bintang penyentuh S.

Dalam jangka masa yang ditetapkan,gegelung geganti TDR akan membuka


sesentuh TDR 1 dan menutup sesentuh TDR 2. Gegelung penyentuh S
terputus litarnya dan semua sesentuhnya berbalik ke kedudukan asal.

Dalam masa yang sama juga, gegelung penyentuh D dilengkapkan dalam


sambungan TDR 2 dan sesentuh S sentiasa tertutup.

Ini menyebabkan semua sesentuh D akan beroperasi dan motor beroperasi


pada sambungan delta.

Litar gegelung penyentuh S dan gegelung geganti TDR tidak lagi


diperlukan.Litar ini dibuka oleh sesentuh D yang sentiasa tertutup.

Litar yang masih beroperasi ialah litar gegelung penyentuh M dan D untuk
motor terus beroperasi dalam sambungan delta. Jika berlaku beban
lampau,termal beban akan membuka litar dan motor akan berhenti
beroperasi.

NOTA TAMBAHAN
KADARAN MCB BAGI:
LITAR UTAMA
: 20 A
LITAR KAWALAN : 6 A
SAIZ KABEL BAGI :
LITAR UTAMA : 2.5 MM
LITAR KAWALAN : 1.0 MM

Kesemua litar kawalan magnetik adalah berasaskan daripada


penghidup talian terus (DOL). ( Rujuk lampiran)
PERBEZAAN ANTARA PENYENTUH DAN GEGANTI
KAWALAN .
BIL PENYENTUH

GEGANTI
KAWALAN

Kadaran arus lebih dari 5A

Kadaran arus
kurang dari 5A

Membawa arus litar utama dan


litar kawalan.

Membawa arus
litar kawalan
sahaja.

Sesentuh utama dengan


sesentuh tambahan yang
berbeza dari segi saiznya.

Saiz sesentuh
utama dan
tambahan adalah
sama

Saiz binaan lebih besar

Saiz binaan lebih


kecil

Sambungan kabel terus ke


sesentuh

Sambung kabel
ke tapak dan
seterusnya ke
sesentuh.

NOTA TAMBAHAN

Selain punat tekan henti dan hidup, kita juga boleh menggunakan punat
tekan jog. (Rujuk contoh punat tekan jog di lampiran 1 litar DOL )
JOGGING/INCHING
Jogging atau inching bermaksud kawalan litar untuk pergerakan
motor berdikit-dikit. Selagi punat tekan atau suis jogging itu ditekan,
motor atau litar kawalan itu akan berkendali.Sebaik sahaja punat
tekan atau suis jog itu dilepaskan,motor atau litar akan berhenti
berkendali dengan serta merta.

Istilah jog biasa digunakan untuk kawalan motor arus terus pada
talian sementara istilah inching digunakan untuk pemula voltan
terturun.
Tujuan kawalan ini ialah untuk memeriksa secara kasar hasil sesuatu
putaran motor dan pelarasan yang telah dibuat seperti pelarasan
mata mesin pelarik agar tidak terlalu ke dalam semasa kerja
sebenar dijalankan,pelarasan mesin penghantar supaya ia dapat
menyampaikan barangan itu betul pada tempatnya dan sebagainya.

NOTA TAMBAHAN

PEMULA TALIAN TERUS / DIRECT ONLINE STARTER (DOL)


Pemula jenis ini diigunakan untuk menghidupkan motor yang berkadar 1
kk hingga 5 kk seperti :
Pengisar
Pam air

Mesin yang memerlukan kelajuan tetap dengan keadaan


beban yang berubah.
DOL terdiri daripada jenis magnetik dan elektronik yang membekalkan
voltan penuh terus kepada beban.
Untuk gambarajah litar utama dan kawalan. Sila rujuk lampiran 1 dan 2.

LAMPIRAN 1

LITAR UTAMA DOL STARTER.

LAMPIRAN 2

LITAR KAWALAN DOL STARTER BERSERTA PUNAT TEKAN JOG

Prinsip kendalian
Apabila bekalan dibekalkan, arus akan melalui mcb , gbl, hingga punat
tekan henti.apabila punat tekan hidup dilepaskan, gegelung penyentuh C
akan bertenaga kerana disambung ke neutral. Litar lengkap. Sesentuh
tambahan sedia buka C akan menutup dan bertindak sebagai sesentuh
pegang walaupun punat tekan hidup dilepaskan.Lampu 2 akan
menyala.Kemudian, apabila punat tekan jog ditekan , litar akan berkendali
seperti biasa. Tetapi apabila punat tekan jog dilepaskan, litar akan
berhenti berkendali. Hal ini kerana, tiada sesentuh pegang di punat tekan
jog yang bertindak sebagai pemegang setelah punat tekan jog ditekan.
Apabila terdapat beban lampau, L1 akan menyala. Ini menunjukkan litar
dalam keadaan trip.

LAMPIRAN 3

BINAAN PENYENTUH