You are on page 1of 12

Bab 1 Konsep Teknologi dlm P&P

1.0 Pengenalan & Konsep Teknologi


Teknologi ialah keupayaan dlm menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan
saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan
scr sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dlm melaksanakan

sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. (Galbraith, 1967)


Pengetahuan saintifik ialah himpunan ilmu dan pengetahuan yg telah diuji & dinyatakan

dlm bentuk satu set prinsip am.


Manakala pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) walaupun belum
diuji dan dibuktikan scr saintifik, ttp diterima amalannya sbg suatu pengetahuan yg benar
berdsrkan pengalaman & pengamatan manusia terhdp sesuatu tindakan.

Kecukupan & kesempurnaan pengetahuan tersebut belum pasti mendorong pd sesuatu


amalan yg berteknologi memandangkan teknologi sgt berkait rapat dgn aspek

penggunaannya scr sistematik & praktikal.


Pemahaman terhdp ilmu & pengetahuan yg saintifik ttg proses fotosintesis mendorong
seseorg petani melakukan kerja2 pertaniannya dgn mengambil tindakan yg praktikal dgn

memastikan tanamannya menerima sumber air & sinaran matahari yg cukup.


Hal ini krn kekurangan sumber tersebut menyebabkan tanamannya menjadi tidak subur &

kemungkinan besar akan mati.


Dlm hal ini, petani akan menyediakan air yg cukup utk tanamannya spt pesawah padi yg
membina terusan atau tali air sbg tempat bekalan air utk disalirkan ke sawah bagi

memastikan anak2 padi menerima bekalan air yg cukup utk membesar.


Manakala pd musim padi masak & musim menuai, pokok padi x memerlukan air yg banyak.
Pd waktu ini tali air & terusan akan ditutup bg menghalang air memenuhi sawah.
Amalan yg praktikal & sistematik ini dpt dikategorikan sbg teknologi.
Penjelasan di atas menegaskan bhw teknolgi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan
& bukan jg alat (air utk tanaman dan daun inai utk rambut), bahkan yg dititikberatkan ialah
proses, kaedah dan idea bg memastikan penggunaan sesuatu ilmu & alat atau bahan itu
mencapai kejayaan.
Dlm hal ini, maksud atau makna teknologi yg bergantung semata-mata pd alat adalah
kurang tepat.
Sebilangan besar kita beranggapan bhw sekiranya kita memiliki sebuah komputer kita
sudah

berteknologi.

Bayangkan

pemilikan

sebuah

komputer

tanpa

keupyaan

menggunakannnya dgn berkesan x membawa sebarang makna kpd alat tersebut.


Pd suatu ketika, org kampung membeli peti sejuk & menggunakan peti sejuk tersebut utk
menyimpan pakaian. Dlm hal ini, peti sejuk x berperanan sbg suatu perkakasan atau alat
yg berteknologi apabila peranan peti sejuk gagal digunakan sbg alat utk mendinginbekukan
makanan. Maka, alat semata-mata x dpt membawa makna teknologi, sebaliknya

keupayaan & kemahiran menggunakan alat tersebut yg sesuai dgn peranan atau
fungsinya itulah sebenarnya yg dikatakan teknologi.
Penjelasan di atas sesuai dgn definisi perkataan teknologi spt yg dikemukakan oleh Evans
& Nation (2000) yg menolak pemahaman masyarakat terhdp teknologi ialah alat.
Menurut mereka, teknologi bukan alat semata-mata, sebaliknya teknologi ialah suatu
seni atau sains bagaimana alat itu digunakan utk tujuan-tujuannya.
Maka, teknologi itu sebenarnya ialah penggunaan alat dlm menyempurnakan peranan &
fungsinya bg mencapai sesuatu tujuan.

1.1 Perkaitan Teknologi dlm P&P


Teknologi dlm p&p ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan & kualiti terhadap ilmu
pengetahuan.
Pengajaran dr sudut bhs ialah proses ajar, maka pastinya proses ajar itu drpd guru kpd
pelajarnya.
Sewaktu mengajar guru akan menyampaikan maklumat kpd pelajar atau dlm kata lain
pengetahuan guru dipindahkan kpd pelajar.
Dlm proses ini, guru memberikan dorongan agar pelajar terlibat dlm proses menerima
maklumat & pengetahuan yg disampaikan oleh guru.
Keberkesanan penyampaian maklumat oleh guru akan terbukti melalui perubahan tingkah
laku pelajar.
Cthnya, pelajar yg kurang lancar bacaannya akan menunjukkan peningkatan kelancaran
bacaannya setelah guru mengajarnya.
Pembelajaran pula ialah proses belajar.
Dlm konteks b.d, pelajar yg datang ke sekolah belajar drpd guru yg mengajar.
Seandainya pelajar x mengikutnya pengajaran guru, maka x wujud proses pembelajaran
dlm kalangan pelajar.
Begitu jg proses pembelajaran x berlangsung apabila x ada guru yg mengajar.
Maka P&P harus berlaku serentak apabila guru & pelajar sama2 terlibat dlm proses
memberi & menerima.
Namun begitu, proses p&p kerap terhalang & maklumat yg disampaikan oleh guru x
mampu diterima dgn berkesan oleh pelajar.
Sekiranya maklumat guru gagal diterima, pelajar x akan menunjukkan perkembangan dlm
perubahan tingkah lakunya.
Kegagalan penyampaian maklumat drpd guru kpd pelajar menyebabkan pelajar x mampu
mentafsir diri & kehidupan sekelilingnya dgn tepat, malahan pelajar x mampu
menyelesaikan mslh sendiri, apalagi utk membantu pihak lain.

Keberkesanan pengajaran guru pula bukan shj mampu mendorong pelajar memperoleh
maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat & mengaplikasikannya sehingga
mendorong pembinaan T.L yg baharu.
Antara perubahan T.L apabila pelajar mampu menjalani penerokaan yg membuktikan
kewujudan perubahan minda & pengamatan.
Semua ini berlaku setelah pelajar mengalami pembelajaran yg bermakna sehingga pelajar
mampu memperoleh pengertian yg membawa kebaikan kpd kehidupan di dunia.
Sehubungan itu, proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajaran yg
memanfaatkan pelajar ke peringkat yg maksimum.
Bg mencapai matlamat tersebut, p&p perlu berada dlm proses yg sistematik & praktikal
sehingga mendorong pd perubahan T.L yg membawa kebaikan kpd diri & pihak lain.
Teknologi dlm p&p adalah suatu usaha meningkatkan keberkesanan & kualiti terhdp ilmu
pengetahuan yg disampaikan oleh guru & diterima dgn pemahaman yg mendlm oleh
pelajar.

Dr semasa ke semasa pelbagai usaha dijalankan utk memperbaik masalah & kelemahan

dlm proses p&p.


Cthnya pd tahun 1930-an alat2 visual spt filem, gambar, & slaid dicipta utk meningkatkan

keberkesanan pengajaran guru.


Penciptaan alat2 ini telah melahirkan definisi yg pertama ttg teknologi pengajaran yg

dikenali sbg komunikasi audiovisual pd tahun 1963.


Definisi tersebut telah diperkenalkan oleh Department of Audio Visual Instruction (DAVI) yg

memberikan tumpuan kpd teori komunikasi yg mempunyai pengaruh kuat dlm proses p&p.
Penggunaan perkakasan sbg alat bantu mengajar dikatakan mampu membantu proses

p&p.
Hal itu diteguhkan lagi dgn definisi yg dikemukakan oleh Association for Educational
Communication and Technology (AECT) pd tahun 1994 yg menyatakan bhw komunikasi
audiovisual ialah cabang teori & amalan yg bermula dgn reka bentuk & kegunaan mesej yg

mengawal proses pembelajaran.


Matlamat yg paling bermakna & bermanfaat ialah apabila setiap kaedah & medium
komunikasi dpt digunakan dgn berkesan yg mampu menyumbang ke arah perkembangan
potensi pelajar.
Lonjakan drpd teori kognitif & konstruktif telah melahirkan definisi teknologi dlm
pengajaran yg seterusnya, iaitu definisi yg dikaitkan dgn mereka bentuk, membina,
mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori & amalan
drpd bidang2 lain.

o Tumpuan terhdp teknologi dlm pengajaran x tertumpu pd perkakasan semata2, sebaliknya


lebih menekankan cara pemikiran yg memblhkan pelajar mencapai matlamat pendidikan
sesuai dgn persekitaran mereka.

o Oleh itu, penekanan yg perlu diutamakan adalah terhdp pemilihan strategi pengajaran &
penggunaan medianya.
o Teknologi dlm p&p ialah proses perancangan & penciptaan yg mampu mengintegrasikan
nilai kebudayaan dgn amalan pengajaran berserta sumber demi mencapai matlamat
pendidikan yg seimbang & bersepadu.
o Di msia, kita merujuk definisi yg dikeluarkan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Msia
(1988) yg menyatakan bhw teknologi dlm pengajaran merupakan proses yg kompleks dlm
menganalisis keperluan pendidikan scr sistematik, saintifik, & rasional utk menyepadukan
idea, tenaga, sumber bahan serta kaedah dlm meningkatkan keberkesanan proses p&p.
o Satu lg definisi telah dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM yg lebih
tertumpu pd aspek aplikasi media, sistem, pendekatan, & teknik dlm mencapai
keberkesanan proses p&p.
o Dlm usaha membina modal insan yg seimbang dr sudut intelek, emosi & spiritualnya, maka
keberkesanan dlm proses p&p x blh mengabaikan peranan teknologi dlm membangunkan
sahsiah & personaliti unggul manusia.
o Teknologi dlm p&p wajar memberikan ruang yg cukup bg mengungkapkan definisi yg turut
memberikan tumpuan dlm pembinaan modal insan dlm usaha melahiran masyarakat yg
berdaya saing bukan shj dlm aspek intelek, malah dlm aspek emosi & spiritual (ESQ).
o Sehubungan itu, teknologi dlm p&p x sepatutnya terbatas dlm proses di b.d semata2,
sebaliknya aspek persekitaran dlm kehidupan manusia jg perlu diberikan perhatian.
o Hal ini akan mendorong & mengembangkan potensi masyarakat apabila berdepa dgn
pelbagai mslh & halangan dlm kehidupan sehingga mampu menyelesaikan masalah.
o Sekiranya kita menghalusi definisi yg dikemukakan oleh AECT bhw teknologi dlm
pengajaran ialah proses yg kompleks & bersepadu, melibatkan manusia, prosedur, idea,
peralatan & organisasi utk menganalisis mslh serta mereka bentuk, menilai &
menyelesaikan mslh di mana proses pembelajaran itu bermatlamat & terkawal, maka kita
sama sekali x dpt menyangkal aspek ESQ bg melengkapkan & menyempurnakan definisi
tersebut.

1.2 Domain Teknologi dlm P&P


Domain teknologi dlm P&P melalui 2 fasa, iaitu fasa pertama pd tahun 1977 yg dikeluarkan oleh
AECT. Manakala fasa kedua telah muncul pd tahun 1994 setelah Seels & Richey mengkaji
semula definisi teknologi dlm P&P.
1.3 Domain Teknologi dlm P&P Fasa Pertama
Domain berdsrkan 3 fungsinya:

1. Pengurusan Pengajaran
2. Pengembangan pengajaran
3. Sumber pembelajaran
Setiap domain memainkan peranan masing2 yg bertujuan utk mewujudkan keberkesanan
prose pengajaran bg menghasilkan pelajar yg cemerlang.
Domain2 ini akan bergerak scr sistematik & bersepadu ke arah pelajar & kandungan setiap
domain dpt ditunjukkan menerusi rajah yg berikut:

Pengurusan
Fungsi
organisasi
Pengurusan

Pengajaran
Pengurusan
kakitangan

Penyelidikan
Fungsi
teori
pengembang
Reka bentuk
an
Penerbitan

pengajaran

Mesej
Fungsi
Manusia
sumber
Bahan

Pelajar

pembelajaran

PenilaianPemilihan
Logistik
Penggunaan
Pengedaran

Peralatan
Teknik
Seting

1.4 Fungsi Pengurusan Pengajaran

Fungsi ini bertujuan utk mengarah, menyelaras & mengawal fungsi2 yg seterusnya, iaitu

fungsi pengembangan pengajaran & fungsi sumber pembelajaran.


Fungsi pengurusan bertanggungjawab dlm memastikan teknologi dlm pengajaran berjalan
lancar & berkesan.

Pengurusan organisasi melaksanakan urusan mentadbir projek yg mencakupi perkara2 yg


berikut:
1
2
3
4
5

Mengenal pasti keperluan organisasi


Menentukan matlamat & objektif
Anggaran perbelanjaan
Urusan pembeliaan
Prosedur pentadbiran bg hubungan dlm & luar organisasi

Pengurusan kakitangan pula meliputi tugas yg berhubung dgn pengambilan, penyeliaan, &
penilaian pekerja.
Tanggungjawab - utk memastikan hubungan baik antara pekerja dgn cara mewujudkan
kerberkesanan komunikasi.

1.5 Fungsi Pengembangan Pengajaran


Fungsi domain ini mencakupi aspek menganalisis masalah2 pembelajaran & seterusnya
mereka bentuk, melaksana, dan melakukan penilaian dlm menyelesaikan mslh yg dihadapi.
Fungsi tersebut dpt dilaksanakan melalui beberapa peringkat spt berikut:
1 Peringkat penyelidikan yg bertanggungjawab memperoleh maklumat saintifik berhubung
dgn pelajar, pengajaran & pembelajaran serta sumber pembelajaran.
Dlm peringkat ini, teori & model dihasilkan & diuji.
2 Peringkat mereka bentuk pengajaran dijlnkan setelah teori & model yg sesuai dikenal
pasti.
Teori yg dikenal pasti pd peringkat awal akan ditukar menjadi spesifikasi yg menjadi
asas kpd pembinaan bahan & modul p&p.
3 Peringkat penerbitan merupakan peringkat yg menerbitkan media atau bahan2
pengajaran dlm pelbagai bentuk spt skrip, grafik, gambar dan pelbagai bentuk media yg
lain yg mampu membantu proses pengajaran.
Pd peringkat ini pelbagai peralatan & perkakasan dpt digunakan bg membantu
penerbitan bahan & media tersebut (multimedia) spt penggunaan komputer &
kamera.
4 Peringkat penilaian & pemilihan merupakan peringkat yg menentukan keberkesanan
proses2 terdahulu.
Pd peringkat ini, bahan & media yg direka bentuk & diterbitkan akan melalui proses
penilaian bg memastikan keberkesanan proses pengajaran.
Antara perkara penting yg akan dinilai adalah dari sudut kemampuannya dlm
mencapai matlamat & objektif.
Pd peringkat ini, bahan yg diterbitkan itu akan diberikan keputusan sama ada dpt
diterima pakai, ditolak atau memerlukan penambahbaikan.
5 Peringkat penggunaan hanya dpt dilaksanakan setelah melalui peringkat penilaian.
Pd peringkat penggunaan, pelajar akan dibantu utk memilih bahan pembelajaran yg
sesuai dgn mereka & mereka jg dibantu ttg cara menggunakan bahan tersebut.

Pd peringkat ini, pelajar jg akan dipantau sepanjang menjalani aktiviti pembelajaran


yg berbantukan bahan & media tersebut.
6 Peringkat logistik penting dlm memastikan bahan & media yg dihasilkan sentiasa tersedia
setiap kali hendak diguna pakai.
Peringkat logistik merupakan tempat pengumpulan bahan, mengkatalogkan,
menyelenggarakan, & mengedarkan bahan.

1.6 Fungsi Sumber Pembelajaran


Sumber pembelajaran ialah pihak atau bahan2 & media yg berupaya utk menyelesaikan
mslh.
Sumber pembelajaran blh terdiri drpd mesej, manusia, peralatan, teknik atau seting.
Sumber2 ini dpt digunakan scr terpisah ataupun scr pakej asalkan penggunaannya mampu
meningkatkan mutu pembelajaran pelajar.
Domain sumber pembelajaran ialah hasil yg telah melalui proses2 dlm domain pengurusan
& domain pengembangan pengajaran.
Sumber pembelajaran ialah apa2 saja yg blh menyimpan & menghantar maklumat kpd
pelajar, cthnya isi pelajaran.
Manusia yg terdiri drpd guru, ibu bapa & pelajar merupakan antara penyimpan, penyampai
& pengedar maklumat.
Selain manusia, bahan yg terdiri drpd buku, nota, pita rakaman, modul pembelajaran, &
cakera padat jg ialah penyimpan maklumat.
Antara peralatan yg berfungsi utk menghantar maklumat yg disimpan dlm bahan ialah
projector, perakam audio video, pemain cakera padat, televisyen, & radio.
Teknik jg tergolong dlm sumber pembelajaran memandangkan teknik tertumpu pd
fungsinya yg menentukan cara bahan, peralatan & manusia digunakan utk menghantar
maklumat.
Antara jenis teknik ialah perbincangan, sumbang saran, lawatan, projek, mel elektronik &
lain2 lagi.
Sumber pembelajaran jg termasuklah seting yg terdiri drpd persekitaran di mana maklumat
dihantar & disebarkan spt b.d, pusat sumber, makmal (makmal sains, komputer atau bhs),
bilik muzik & bilik seni lukis.

1.7 Domain Teknologi dlm P&P Fasa Kedua

Heinich (1991), berpendpt bhw teknologi dlm p&p perlu menjadi satu entity & berdiri sendiri
di atas label teknologi spy ia bebas menjalankan kajian dlm reka bentuk & sistem
pengajaran, strategi, teknik, & sistem penyampaian yg mampu membantu sector
pendidikan & latihan.
Pd thn 1994, AECT mengemukakan definisi teknologi dlm p&p yg lebih terkini dgn
menegaskan dgn menegaskan bhw teori & amalan ialah asas dlm setiap tindakan.
Definisi yg dikemukakan oleh AECT pd tahun 1994 menegaskan bhw teknologi dlm p&p
ialah teori & amalan berhubung dgn reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan
& penilaian proses serta sumber utk pembelajaran.
Sehubungan itu, dominan teknologi terbahagi kpd 5 domain yg lebih sesuai dgn
penggunaannya bukan shj dlm skop p&p bahkan penggunaannya turut meliputi bidang
latihan.
Walaupun terdpt penambahan dominan tersebutdrpd 3 kpd 5, ttp penambahan tersebut x
memberikan perubahan yg banyak dgn pembahagian dominan dlm fasa pertama.
Dominan teknologi p&p yg terkini adalah spt berikut:

Teknologi percetakan
T. audiovisual
T. berasaskan komputer
T. bersepadu

Analisis mslh
Pengukuran rujukan kriteria
Penilaian formatif
Penilaian sumatif

Penggunaan media difusi & inovasi


Pelaksanaan
Polisi & peraturan
Reka bentuk sistem pengajaran
Reka bentuk mesej
Strategi pengajaran
Ciri2 pelajar

Pengurusan projek
P. sumber
P. sistem penyampaian
P. maklumat

Pembangunan
Penilaian
Penggunaan
Reka bentuk
Pengurusan

Domain reka bentuk


Domain ini mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi
pengajaran & ciri-ciri pelajar.
Domain pembangunan
Domain ini mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan
komputer & teknologi bersepadu.
Teknologi cetak: penghasilan bahan spt buku, bahan visual statik melalui bahan
cetak mekanikal atau fotografi.
Teknologi pandang dengar: teknologi ini adalah teknologi yg menghasilkan bahan
melalui mesin mekanikal dan elektronik.

Teknologi berasaskan komputer: teknologi ini adalah penghasilkan bahan melalui


sumber berasaskan mikroprosesor.
Domain penggunaan
Domain penggunaan tindakan menggunakan proses, sumber & persekitaran.
Penggunaan menglibatkan penggunaan media & kaedah, penyerapan inovasi.
Pelaksanaan & proses pengekalan inovasi atau institusionalisasi.
Domain pengurusan
Domain ini mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem
penyampaian & pengurusan maklumat.
Domain penilaian
Domain ini mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif
dan penilaian sumatif.

Dlm bidang latihan, teknologi berperanan sbg usaha dlm meningkatkan prestasi pekerja
demi meningkatkan produktiviti sektor industri.
Teknologi dlm skop p&p yg lebih luas yg melepasi persekitaran b.d mempunyai beberapa
tujuan:
a Melahirkan pekerja yg mahir & produktif
b Mewujudkan masyarakat yg bermaklumat serta bijak menggunakan maklumat
c Mewujudkan sistem penyampaian dlm pengajaran bg memantau dlm mengurangkan mslh
pembelajaran & latihan dlm kalangan pelajar.
d Membuka peluang pendidikan yg adil kpd seluruh masyarakat melalui penggunaan
teknologi maklumat & komunikasi.

1.8 Peranan & Kepentingan Teknologi dlm P&P


1 Pembelajaran Kendiri
Dlm sesuatu proses pembelajaran, kehadiran guru sekurang-kurangnya adalah utk
memberikan arahan kpd pelajar utk melaksanakan pembelajaran mereka.
Namun, penggunaan teknologi dlm p&p menjadikan pembelajaran kendiri dpt
dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru.
Penggunaan pelbagai jenis teknologi dlm pembelajaran melatih pelajar agar
bertanggungjawab terhdp perkembangan & prestasi akademik mereka tanpa
bergantung pd guru.

Cthnya, melalui tugasan yg disediakan kpd pelajar berserta arahan yg lengkap,


pelajar blh mencari & mengumpulkan maklumat yg dikehendaki & seterusnya
menyediakan peta minda & bahan grafik yg lain utk memindahkan bahan yg
diperoleh kpd satu bentuk yg mudah difahami.
2 Meningkatkan keberkesanan pembelajaran
Teknologi dlm p&p dpt membantu guru dlm menyampaikan isi kandungan pelajaran.
Penerangan & penjelasan guru ttg sesuatu perkara akan lebih mudah difahami
apabila guru dibantu oleh pelbagai bahan & peralatan yg mampu menterjemahkan
maksud yg jelas berhubungan dgn penerangan guru.
Cthnya, dlm tajuk Pencemaran Alam Sekitar Berpunca drpd Sikap Manusia, guru blh
menggunakan slaid atau video utk menunjukkan bagaimana perlakuan manusia
telah mencemarkan alam sekitar.
Bahan visual yg menarik & konkrit itu bukan shj meningkatkan pemahaman pelajar
terhdp tajuk tersebut, bahkan mampu meninggalkan kesan yg mendalam dlm jiwa
pelajar.
3 Peluang belajar kpd semua
Teknologi dl p&p membuka peluang belajar kpd sesiapa shj walaupun tanpa sekolah
atau guru.
Teknologi dlm p&p telah mengubah sistem & proses pembelajaran yg konvensional
kpd suati sistem yg lebih terbuka & bebas.
Melalui teknologi dlm p&p, pelajar blh belajar dgn cara jarak jauh & ini menjadikan
proses pembelajaran lebih terbuka & bebas.
Selain itu, teknologi dlm pengajaran jg telah mengubah sistem p&p apabila pelajar
mampu belajar menguasai sebarang ilmu & kemahiran melalui komputer.
Penyusunan jadual waktu kpd pelajar mudah disusun & disesuaikan dgn kehendak
pelajar & pelajar dpt belajar scr separuh masa, teknologi dlm pengajaran membuka
peluang kpd mereka utk meneruskan pengajian.

Kepentingan teknologi pendidikan dlm p&p

Melicinkan proses pengajaran & pembelajaran kerana berfokuskan kpd isi2 penting kpd

topik yg akan disampaikan.


Menjimatkan masa, tenaga & wang.
Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia jg blh

menghiburkan pelajar.
Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria

melihat, mendengar atau menyentuh.


Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran
yg menyeluruh & jelas sesuatu konsep & kaitannya dgn kehidupan seharian.

Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yg diikuti oleh audio akan
melibatkan deria lihat & dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan

meningkatkan daya ingatan.


Memberi kelainan & kepelbagaian kpd kaedah mengajar.
Membantu pelajar mendpt kesan pembelajaran yg maksimum dgn penggunaan masa yg

minimum.
Memperkayakan

pengalaman

pelajar.

Cth:

media

bergerak

blh

memperkayakan

pengalaman murid. Kejadian yg tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka
saksikan sendiri & ini menjadikan mereka seolah-olah mereka mengalaminya.

You might also like