You are on page 1of 62

00000000000000000000000000

AMALAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG


TENGLU, MERSING, JOHOR
ABSTRAK
Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai adat resam dan kepercayaan seperti adat
bercukur jambul, adat berkhatan, adat berpantang dan sebagainya. Selai itu, adat yang sering
diguna pakai sehinggan hari ini adalah adat perkahwinan. Kajian mengenai amalan adat
perkahwinan ini dijalankan sejak turun temurun lagi. Objektif kajian yang pertama ini ialah
untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu dan tatacara
Perkahwinan Masyarakat Melayu di Kampung Tenglu. Kampung Tenglu, Mersing, Johor dipilh
sebagai lokasi kajian krana Kampung ini mempunyai ramai penduduk dari kalangan masyarakat
Melayu. Soal selidik kaedah Temubual, pemerhatian dan rujukan ( arkib) telah digunakan untuk
menjalankan kajian ini. Seramai 30 orang responden diperlukan untuk menjalankan kajian ini
Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat
peratusan. Keputusan analisis daripada kajian ini menunjukkan bahawa amalan adat
perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu masih diamalkan sehingga kini oleh semua
golongan lapisan umur.

00000000000000000000000000

1.0
2.0
3.0

ASPEK
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
OBJEKTIF KAJIAN
LOKASI KAJIAN

HALAMAN

4.0
4.1
4.2
4.3
5.0
5.1

5.2

Daerah Mersing
Johor
Kampung Tenglu
KAEDAH KAJIAN
PERSAMPELAN
PENGUMPULAN DATA
4.2.1
Data sekunder
4.2.2
Data primer
TEKNIK PENGANALISAAN DATA
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
DEMOGRAFI RESPONDEN
5.1.1
Jantina responden
5.1.2
Umur responen
5.1.3
Bangsa responden
5.1.4
Pekerjaan Responden
5.1.5 Tempat Tinggal Responden
MENGENAL PASTI AMALAN ADAT

PERKAHWINAN

MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG TENGLU.


KANDUNGAN

5.2.1 Amalan adat perkahwinan masyarakat Melayu masih


diamalkan di Kampung Tenglu

ISI

00000000000000000000000000

5.2.2

Perkahwinan masyarakat Melayu dapat mengeratkan

hubungan silatulrrahim antara kedua-dua pihak.


5.2.3

Adat perkahwinan merupakan adat yang mulia dalam

kehidupan bermasyarakat
5.2.4

Keluarga perempuan memberi kad undangan kepada

para tetamu untuk menghadiri majlis perkahwinan


5.2.5 Amalan gotong-royong atau rewang wajar dilakukan
dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu pada masa ini.
5.2.6

Adat sambut menantu dapat mengeratkan lagi

perhubungan pengantin perempuan dengan pihak keluarga lelaki


5.2.7

Barang hantaran adat perkahwinan dahulu mudah

diperoleh berbanding hantaran zaman sekarang ini yang klebih


kompleks.
5.2.8

Konsep gaya pelamin berubah mengikut cita rasa

pengguna.
5.2.9

Pada zaman dahulu pemakaian inai adalah mengikut adat

turun-temurun berbanding pemakaian inai sekarang yang lebih


kreatif dan pelbagai bentuk.
5.2.10 Persiapan perkahwinan lebih meriah diadakan dirumah
berbanding premis lain seperti balai raya dan dewan orang ramai.
5.3 MENGKAJI TATACARA AMALAN ADAT
PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG
TENGLU
5.3.1 Adat merisik perlu diamalkan sebagai proses terawal satusatu dalam perkahwinan
5.3.2 Merisik boleh dilakukan dengan kehadiran ibu bapa ke
rumah pengantin perempuan

00000000000000000000000000

5.3.3 Adat pertunangan amat penting dilakukan

5.3.4 Adat berinai mesti dilakukan pada waktu malam sebelum


perkahwinan
5.3.5 Adat bersanding masih diamalkan pada masa ini

5.3.6 Adat bersanding dapat mengeratkan hubungan


silahtulrrahim antara kedua-dua keluarga
5.3.7 Bersanding diluar rumah diadakan dengan tujuan agar
ramai tetamu dapat menyaksikan raja sehari
5.3.8 Adat bersanding seharusnya dilakukan secara besar-besaran

5.3.9 Makan berdamai dapat mengeratkan hubungan antara


kedua-dua belah keluarga raja sehari
5.3.10 Amalan memberikan cenderamata kepada tetamu oleh
tuan rumah merupakan tradisi yang wajar diteruskan
6.0

RUMUSAN DAN KESIMPULAN


RUJUKAN
LAMPIRAN

Borang soal selidik


Borang temu bual
Borang catatan pemerhatian

00000000000000000000000000

PENGHARGAAN
Salam sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat menyelesaikan kerja
kursus Pengajian Am ini dengan jayanya. Saya telah memperolehi pelbagai pengalaman serta
kenangan yang pahit dan manis sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin memberi penghargaan dan ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing iaitu Puan Hajah Zaleha
Binti Ismail kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kajian ini. Saya
turut ingin berterima kasih kepada guru Pengajian Am saya iaitu Puan Atika Binti Katmin kerana
telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu
Zainordin Bin Said dan Sharipah Arjuna Binti Syed Mohd kerana telah banyak memberi
semangat dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
meluangkan masa untuk menemani saya ketika saya menjalankan pemerhatian saya di lokasi
kajian iaitu Kampung Tenglu.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk-penduduk di
Kampung Tenglu yang telah berbesar hati untuk memberi kerjasama dan membenarkan saya
membuat kajian tentang amalan adat perkahwinan masyarakat Melayu di kampung tersebut.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh 30 orang responden yang ditemu bual sepanjang
menjalankan kajian ini amat saya hargai.
Dengan kerjasama daripada semua pihak, saya dapat menjalankan kajian ini dengan
sempurna. Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi
sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan kerja kursus ini.
Semoga jasa dan sumbangan yang tuan dan puan hulurkan kepada saya akan dapat mendapat
balasan yang baik dari Tuhan. Terima kasih diucapkan sekali lagi.
Sekian, terima kasih.

00000000000000000000000000

1.0 PENGENALAN
Masyarakat melayu sering dikaitkan dengan pelbagai amalan dan tradisi serta adat budaya
masing-masing sama ada yang masih kekal ataupun yang semakin dilupakan. Hal ini juga
termasuklah dalam soal perkahwinan. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat
resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat melayu, adat
resam perkahwinan begitu dititikberatka. Jadi tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu amat
terkenal dengan pegangannya iaitu Biar Mati Anak Jangan Mati Adat
Amalan merupakan sesuatu yang dilaksanakan dan sudah menjadi kebiasaan (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka edisi keempat : m/s 42). Dalam masyarakat melayu juga terdapat amalanamalan yang selalu diguna pakai dan yang sudah menjadi kebiasaan mereka untuk
melakukannya. Sekiranya sesuatu perkara sudah menjadi amalan sesebuah masyarakat ia sukar
dipisahkan kerana sudah menjadi sebahagian dari kehidupan. Seperti amalan adat perkahwinan
masyarakat melayu, ianya sudah menjadi kebiasaan masyarakat pada era kini untuk
melakukannya dan sukar diubah.
Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu
kala. Manakala istiadat pula bermaksud pelbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan
yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis perkahwinan.
Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada
masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakkan fitnah.
Adat perkahwinan diamalkan kerana dipercayai hubungan suami isteri akan berkekalan
selamanya. Selain itu, dalam islam, diwajibkan kepada suami isteri untuk diijabkabulkan oleh
imam atau kadi secara sah. Dengan cara ini pengantin akan sah pertalian suami isteri menurut
islam.Selain daripada itu, adalah menjadi adat orang Melayu turun temurun mengahwinkan
anak-anak mereka dimulai dengan merisik,meminang, bertunang, akad nikah dan kemudian
persandingan. Adalah menjadi budaya untuk berkahwin secara besar-besaran dan meriah. Selain
itu, perkahwinan mengikut adat adat dapat mengenali keluarga mentua dengan lebih mendalam.

00000000000000000000000000

Tujuan pengkaji memilih tajuk kajian adat perkahwinan dalam kalangan masyarakat melayu
kerana pengkaji ingin mengkaji tentang amalan dan tatacara yang betul semasa perkahwinan.
Keistimewaan perkahwinan masyarakat Melayu menarik dan unik berbanding daripada
perkahwinan bangsa lain. Hal ini kerana, terdapat pelbagai adat-adat yang perlu dilakukan
ketika sebelum dan semasa perkahwinan diadakan. Adat perkahwinan Melayu ini lebih mengikut
adat turun-temurun nenek moyang namun ada sesetengah adat perkahwinan melayu pada masa
ini yang telah melanggar syarat sah perkahwinan dalam islam. Sebagai contoh, menabur beras
kunyit dan membaca jampi mantera. Selain itu, pengkaji ingin mengenal pasti jenis tradisi
perkahwinan yang diamalkan pada masa ini di Kampung Tenglu. Pengkaji juga beranggapan
amalan dan tradisi Melayu lama arus diteruskan lagi menukarkan identiti masyarakat Melayu
yang menjadi kebanggaan sejak turun-temurun. Tambahan lagi, kistimewaan perkahwinan
Melayu ini hanya terdapat di negara ini dan tidak terdapat di negara lain.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian ini dibuat adalah berlandaskan
kepada objektif yang telah disusun.

1) Mengenal pasti amalan adat perkahwinan masyarakat melayu di Kampung Tenglu,


Mersing Johor.
2) Mengkaji tatacara amalan adat perkahwinan masyarakat melayu di Kampung Tenglu.

00000000000000000000000000

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta : Mersing
Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato Bentara Luar iaitu Mohd. Salleh bin
Perang. Nama Mersing dipetik dari bahasa Hokkien yang bermaksud muara. Sekitar 1880-an,
Sungai Mersing menjadi tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat
yang membawa ikan kering. Justeru, wujudlah masyarakat Cina sebagai pembuka nama Mersing.
Bandar Mersing telah berkembang dengan maju. Pada tahun 1914, pentadbiran daerah telah
berpindah dari Endau ke bandar Mersing.
8

00000000000000000000000000

Secara umumnya, Bandar Mersing sebagai pusat pentadbiran bagi daerah Mersing yang
terletak di utara pantai timur. Bandar Mersing bersempadan dengan Segamat dan Pahang.
Mersing merupakan bandar pelabuhan yang menjadi pangkalan kepada para pelancong untuk
pergi ke pulau-pulau seperti Pulau Tioman. Keluasan daerah Mersing ialah 700 800 ekar ( 1095
batu persegi ) bersamaan dengan 175.2 kilometer persegi dan dahulunya penduduk daerah
Mersing ini mempunyai seramai 50806 orang penduduk. Daerah Mersing ini mempunyai 10
mukim yang di dalamnya terdapat 73 buah kampung, 4 buah kampung baru beserta 64 buah
pulau.

Peta : Johor
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di Selatan Semenanjung
Malaysia . Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri Johor juga disekililingi oleh kawasan perairan seperti Laut Cina Selatan di timur, Selat
Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula,
negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama provinsi kepulauan Riau, Indonesia .
Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.
9

00000000000000000000000000

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang
penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit
sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula 9
salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis
dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya
ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah , anakanda
Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini
ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung
Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau yang lain di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu serta kumpulan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota
Baru, Kampar dan Siak di Samutera.

Rajah 2 Peta Kg.Tenglu , Mersing , Johor


Sumber : https://maps.google.com.my/
Peta diatas menunjukkan lokasi kajian ini dilakukan di Kampung Tenglu yang terletak di
daerah Mersing. ini terletak di Mersing , Johor . Lokasinya terletak di Jalan Endau dan kira-kira
10 minit dari Bandar Mersing untuk perjalanan yang menggunakan kenderaan sama ada
motosikal mahupun kereta . Kg.Tenglu ini berada berdekatan dengan Kg.Sawah Dato .
Kg.Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan antara pemuda melayu , Abul dan
10

00000000000000000000000000

pemuda cina Lam Seng . Mereka bekerjasama menanam getah di kawasan yang terletak lebih
kurang 5 batu dari sungai mersing . Setalah menjalani proses pembersihan kawasan dan
penanaman , mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan . Abul tidak tahan
menanggung risiko dan ingin segera kembali ke Mersing . Beliau telah berkata kepada Lam Seng
Tinggallah Lu sehingga terbitlah nama Tenglu .

4.0 KAEDAH KAJIAN

Tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan /


objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses
untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah
ditetapkan, Kaedah ini menggunakan instrument kajian iaitu proses menyediakan alat
mengumpul data menerusi konsep berkaitan borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk
mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.1 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan
iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah
dipilih untuk menjawab boring soal selidik, iaitu responden terdiri daripada penduduk setempat
Kampung Tenglu. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 20 orang
perempuan dan 10 orang lelaki dari penduduk Kampung Tenglu akan diambil sebagai responden.
Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudiaan dan kelapangan mereka untuk menjawab
borang soal selidik.
Antara ciri yang diambil kira semasa pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah
penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Hal ini kerana adalah,
mereka mempunyai pandangan tentang amalan adat perkahwinan masyarakat melayu.

11

00000000000000000000000000

4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui kaji selidik, pemerhatian,
temubual dan rujukan (kajian arkib). Soal selidik ini telah dibentuk untuk mendapatkan
maklumat tentang amalan adat perkahwinan dalam masyarakat melayu di Kampung Tenglu,
Mersing Johor.

4.2.1 DATA SEKUNDER

Data sekunder ini diperoleh daripada perpustakaan. Data-data penting termasuklah buku,
majalah, keratin akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta diperoleh
daripada laman web maps.google.com.my.

4.2.2 DATA PRIMER

Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dengan masyarakat melayu Di Kampung
Tenglu. Selain itu, kaedah pemerhatian juga turut digunakan untuk meninjau kawasan kajian di
kampong Tenglu Mersing Johor.
a) Borang Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubungan terus
dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk
soal selidik yang bersesuaian agar tidak berlaku berat sebelah. Kaedah ini adalah kaedah yang
paling popular yang digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal
selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah
12

00000000000000000000000000

ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa yang
digunakan juga perlulah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan
responden. Hal ini supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan
jawapan yang tidak benar.
Borang soal selidik terbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan soal selidik
tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta
jawapan mudah dianalisis. Bagi soal selidik terbentuk terbuka pula, rasionalnya adalah untuk
memudahkan responden bebas memberikan berbagai bentuk jawapan, responden juga bebas
memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternative yang ada dalam
pengumpulan maklumat dan pengumpulan data selain soal selidik dan temubual. Pemerhatian
memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan
pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.
c) Temubual
Temubual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih. Kaedah ini lebih efektif untuk
mengetahui dengan lebih terperinci tentang maklumat yang ingin dicari. Ianya amat penting
kerana membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.
Kaedah temubual juga boleh berlaku secara lisan. Seringkali dalam kajian ada banyak maklumat
yang tidak diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik. Maka, pengkaji perlu
bersemuka untuk mendapatkan maklumat.

4.3 TEKNIK PENGHASILAN DATA


Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan. Analisis data
dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden,
tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada
angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk carta pai.
13

00000000000000000000000000

Dalam borang soal selidik ini, Skala Liket 5 peringkat digunakan dalam menilai persepsi
masyarakat terhadap amalan adat perkahwinan masyarakat melayu di Kampung Tenglu. Setiap
peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka yang menggunakan Skala Liket, dimana
angkat 5 sangat setuju, angka 4 setuju, angka 3 pula mewakili kurang setuju, angka 2 mewakili
tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak setuju.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden dalam kaedah temu
bual dan borang soal selidik. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan
statistik seperti penilaian yang tepat.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal
selidik.huraian analisis latar belakang responden melibatkan pelbagai aspek seperti aspek jantina,
umur, bangsa, pekerjaan dan tempat tinggal.

14

00000000000000000000000000

5.1.1 JANTINA

JANTINA

33%

LELAKI
PEREMPUAN

67%

Rajah 1 Jantina Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang ditemubual, seramai 20 0rang
iaitu bersamaan dengan 67 peratus adalah responden yang terdiri daripada kaum perempuan. Hal
ini menunjukkan bahawa responden perempuan senang untuk memberi kerjasama dan mudah
untuk ditemuramah berbanding responden lelaki. Manakala, selebihnya adalah 10 orang
reponden lelaki yang hanya mencapai statistik 33 peratus. Maklumat yang lebih jelas dapat
dilihat pada rajah 1. Kajian ini adalah melihat persepsi penduduk tempatan terhadap amalan adat
perkahwinan dan tatacara perkahwinan masyarakat melayu.

15

00000000000000000000000000

5.1.2 UMUR

UMUR

23%

20%

19-25 Tahun
26-30 Tahun
31-35 Tahun

23%

33%

36-40 Tahun

Rajah 2 Umur Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan hasil kajian , rajah 2 menunjukkan lingkungan umur responden yang ditemu
bual. Sebanyak 10 orang responden yang terdiri daripada lingkungan umur 26 hingga 30 tahun
iaitu bersamaan dengan 34 peratus. Selain itu, peratusan bagi lingkungan umur 31 hingga 25
tahun adalah sebanyak 23 peratus dengan mewakili 7 orang responden penduduk Kampung
Tenglu. Hal ini turur sama bilangan peratus dan responden yang berumur lingkungan 36 tahun
hingga 40 tahun. Selebihnya adalah bagi kategori lingkungan umur 19 tahun hingga 25 tahun
yang seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20 peratus. Secara rasionalnya, terdapat
pelbagai kategori umur responden yang diperoleh di kawasan kajian.

16

00000000000000000000000000

5.1.3 BANGSA

BANGSA

MELAYU
INDIA
CINA
LAIN-LAIN
100%

Rajah 3 Bangsa Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 3 menunjukkan peratusan bagi responden bangsa. Sebanyak 30 orang responden


yang telah ditemu bual untuk mendapatkan bang bersamaan 100 peratus pengkaji adalah yang
berbangsa melayu. Hal ini menunjukkan bahawa pengkaji memberi tumpuan terhadap satu
bangsa sahaja di kawasan kajian. Tambahan lagi, ini memudahkan pengkaji untuk berhubung
dengan responden mengenai adat perkahwinan kaum Melayu kerana kesemua responden adalah
berbangsa Melayu. Borang soal selidik dan temubual juga turut diedarkan kepada kaum melayu
dk Kampung Tenglu.

17

00000000000000000000000000

5.1.4 PEKERJAAN

PEKERJAAN

BEKERJA

30%

TIDAK BEKERJA
57%

BEKERJA SENDIRI
LAIN-LAIN

13%

Rajah 4 Pekerjaan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2015
Responden yang ditemu bual terdiri daripada pelbagai sektor pekerjaan. Responden yang
terdiri daripada bekerja adalah seramai 17 orang responden bersamaan dengan 57 peratus. Hal ini
diikuti dengan responden yang bekerja sendiri adalah seramai 9 orang dengan 30 peratus
daripada 30 orang responden. Bagi responden yang tidak bekerja terdiri daripada 4 orang dengan
13 peratus. Hal ini jelas menunjukkan, responden penduduk kampung Tenglu mempunyai punca
pendapatan kewangan yang mencukupi. Kerana peratus bilangan katogeri bekerja paling ramai
berbanding kategori lain.

18

00000000000000000000000000

5.1.5 TEMPAT TINGGAL

TEMPAT TINGGAL

KAMPUNG TENGLU
TAMAN INTAN
KAMPUNG SAWAH DATO
TANJUNG GENTING
100%

Rajah 5 Tempat Tinggal Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan dapatan diatas, pengkaij telah menumpukan satu kawasan kajian iaitu di
Kampung Tenglu. Hasil daripada temubual yang dibuat oleh pengkaji terdapat 30 orang
responden bersamaan dengan 100 peratus adalah penduduk Kampung Tenglu yang tetap . hal ini
turut mudah dan senang untuk pengkaji mencari maklumat di Kawasan kajian, kerana kawasan
kajian yang dikaji adalah tempat asal pengkaji. Oleh itu, pengkaji saling mengenali responden
antara satu sama lain di Kampung Tenglu.

19

00000000000000000000000000

5.2 MENGENAL PASTI AMALAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU


DI KAMPUNG TENGLU MERSING JOHOR.

Bil
1

Perkara
5.2.1 Amalan adat perkahwinan masyarakat

STS

TS

KS

SS

15

14

(3%)

(50%)

(47%)

melayu masih diamalkan di Kampung


Tenglu.

RKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU MASIH DIAMALKAN DI KAM


60

50

50

47

40
30
Kaum Melayu

20
10

3
Sa
ng
at
se
tu
ju

Se
tu
ju

tu
ju
Se
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 6
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan hasil kajian diatas yang ditunjukkan didalam graf bar iaitu 50 peratus bersamaan
dengan 15 responden setuju dengan soalan soal selidik yang pertama di dalam bahgian b iaitu
amalan adat perkahwinan masyarakat melayu masih diamalkan di Kampung Tenglu.Hal ini dapat
menunjukkan bahawa penduduk Kampung tenglu masih mengamalkan adat perkahwinan seperti
adat merisik, bertunang, menikah dan sebagainya. Selain itu, 14 responden iaitu 47 peratus
mendapati bahawa penduduk kampong tenglu sangat setuju dengan amalan adat perkahwinan
masyarakat melayu masih diamalkan di Kampung Tenglu. Manakala, selebihnya iaitu 1 orang
20

00000000000000000000000000

responden bersamaan dengan 3 peratus kurang setuju tentang amalan adat perkahwinan
masyarakat melayu masih diamalkan di Kampung Tenglu. Hal ini demikian kerana, 1 orang
responden ini berpendapat bahawa amalan adat perkahwinan masyarakat melayu tidak kerap
diamalkan . Selain itu, perkahwinan ini merupakan sesuatu yang wajib yang perlu dilakukan oleh
setiap individu untuk mencari pasangan hidup dan ingin mendapatkan zuriat. Tambahan lagi,
perkahwinan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat. Seterusnya, adat
perkahwinan masyarakat Melayu masih diamalkan di Kampung Tenglu kerana adat istiadat
perkahwinan Melayu merupakan adat yang paling menarik. Adat tersebut dapat digambarkan
secara teratur dari satu tahap ke satu tahap, bermula dari seorang lelaki hendak memperisteri
seorang perempuan sehinggalah berakhir dengan majlis perkahwinan, iaitu saat pasangan itu
menjadi pasangan isteri yang sah. Jelaslah perkahwinan perlu diamalkan di setiap golongan
masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Bil
2

Perkara
5.2.2 Perkahwinan masyarakat melayu
dapat mengeratkan hubungan
silahtulrahim antara kedua-dua pihak.

STS
0

TS
0

KS
1
(3%)

S
7
(23%
)

SS
22
(73%)

PAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILAHTULRAHIM ANTARA KED


80
70
60
50
40
30
20
10
0

73

23

Kaum Melayu

21

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

00000000000000000000000000

Rajah 7 Perkahwinan Masyarakat Melayu Dapat Mengeratkan Hubungan Silahtulrahim Antara


Kedua-Dua Pihak
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Setelah 30 borang soal selidik diedarkan kepada penduduk Kampung tenglu, Pengkaji
mendapati bahawa hampir 73 peratus bersamaan dengan 22 orang responden sangat setuju
dengan memberi respon positif terhadap soalan soal selidik yang kedua dalam bahagian b iaitu
perkahwinan masyarakat melayu dapat mengeratkan hubungan silahtulrahim antara kedua-dua
pihak. Hal ini kerana, penduduk tempatan Kampung Tenglu yang sudah berkahwin sangat setuju
dengan pernyataan berikut kerana perkahwinan dapat mengeratkan hubungan antara keluarga
pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Oleh hal yang demikian, seramai 7 orang responden
yang bersamaan dengan 23 peratus setuju dengan pernyataan berikut. Hal ini kerana pengkaji
mendapati sebilangan kecil responden penduduk Kampung Tenglu tidak mempertikaikan
pernyataan yang dibuat oleh pengkaji.Manakala bagi kategori responden yang memilih untuk
menjawab kurang setuju adalah sebanyak 3 peratus bersamaan dengan 1 orang penduduk
Kampung Tenglu. Hal ini dapat membuktikan bahawa responden yang kurang setuju ini tidak
memahami konsep perkahwinan dan kesan yang baik terhadap perkahwinan. Oleh hal tersebut,
pengkaji dapat menyatakan bahawa perkahwinan ini adalah salah satu cara untuk kita saling
menyayangi antara ahli keluarga sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bil
3

Perkara
5.2.3 Adat perkahwinan merupakan

STS
0

adat yang mulia dalam kehidupan


bermasyarakat

22

TS
0

KS
2

13

SS
5

(7%)

(43%)

(50%)

00000000000000000000000000

NAN MERUPAKAN ADAT YANG MULIA DALAM KEHIDUPAN BERM


60

50

50

43

40
30
Kaum Melayu

20
7

10

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 8 Adat Perkahwinan Merupakan Adat Yang Mulia Dalam Kehidupan Bermasyarakat
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan hasil dapatan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kawasan
kajian. Pengkaji telah dapat menganalisis data tentang pernyataan adat perkahwinan merupakan
adat yang mulia dalam kehidupan bermasyarakat merupakan soalan soal selidik yang ketiga
dalam bahagian b . perkahwinan dalam adat istiadat orang melayu merupakan satu upacara yang
panjang lebar hingga memakan belanja yang besar dan masa yang agak panjang. Ini dilakukan
kerana adanya anggapan bahawa perkahwinan seseorang merupakan hari yang istimewa baginya
dan bagi seorang gadis pula merupakan berakhirnya kawalan ibu terhadapnya. Jelaslah
pernyataan yang telah dibuat oleh pengkaji adalah bahawa perkahwinan merupakan satu yang
mulia untuk hidup bermasyarakat. Hasil dapatan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, terdapat
15 orang responden dengan 50 peratus penduduk Kampung Tenglu sangat setuju dengan
pernyataan ini. Oleh hal yang demikian, peratus yang setuju dengan pernyataan ini adalah lebih
rendah berbanding peratus yang sangat setuju iaitu seramai 13 orang responden bersamaan
dengan 43 peratus. Manakala selebihnya adalah 7 peratus yang mewakili 2 orang responden.
Menurut pandangan pengkaji, pengkaji menyatakan bahawa secara tradisi setiap masyarakat
menggalakkan sseseorang untuk berkahwin dengan orang yang jauh untuk mengukuhkan
pertalian keluarga. Tambahan lagi, perkahwinan juga dapat

23

00000000000000000000000000

Bil
4

Perkara
5.2.4 Keluarga perempuan memberi kad

SS
0

undangan kepada para tetamu untuk

TS
2

KS
10

S
15

SS
3

(7%)

(33%)

(50%)

(10%)

menghadiri majlis perkahwinan.

GA PEREMPUAN MEMBERI KAD UNDANGAN KEPADA PARA TET


60

50

50
40

33

30
Kaum Melayu

20

10

10

Sa
ng
at
se
tu
ju

Se
tu
ju

tu
ju
Se
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 9 Keluarga Perempuan Memberi Kad Undangan Kepada Para Tetamu Untuk Menghadiri
Majlis Perkahwinan
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Dalam analisis data diatas, Pengkaji mendapati bahawa responden yang setuju adalah seramai
15 orang bersamaan dengan 50 peratus. Ini menunjukkan penduduk kampung tenglu majoriti
penduduk Kampung tenglu setuju dengan pernyataan yang dibuat oleh pengkaji. Manakala bagi
responden yang memilih kategori sangat setuju seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10
peratus. Kategori kurang setuju sangat tinggi berbanding tidak setuju iaitu seramai 10 orang
responden bersamaan dengan 33 peratus dan selebihnya adalah responden tidak setuju iaitu
sebanyak 2 orang dengan 7 peratus. Tambahan lagi, pengkaji dapat menyatakan bahawa kad
jemputan perkahwinan merupakan kad undangan kepada para tetamu Sebelum hari perkahwinan
24

00000000000000000000000000

diadakan. Kad jemputan ini bertujuan untuk menjemput para saudara mara, jiran tetangga dan
sahabat handai untuk menghadiri majlis perkahwinan bakal pengantin. Dalam carta diatas
pengkaji mendapati hasil kajian yang diperolehi mempunyai jawapan dan tindak balas yang
berbeza-beza daripada responden Kampung Tenglu sama ada tindak balas yang positif dan
negetif. Pada zaman yang serba moden ini, pengkaji dapat menganalisis sebahagian daripada
keluarga tidak memberikan kad jemputan kepada para tetamu malah mereka lebih gemar
mengunjungi rumah tetamu untuk menjemput. Tambahan lagi, kad undangan perkahwinan ini
sudah semakin kreatif dan pelbagai bentuk yang dibuat untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

Bil
5

Perkara
5.2.5 Amalan gotong-royong atau rewang

SS
0

TS
0

wajar dilakukan dalam majlis perkahwinan


masyarakat melayu pada masa ini.

KS
1

S
5

STS
24

(3%)

(17%

(80%)

MALAN GOTONG-ROYONG ATAU REWANG WAJAR DILAKUKAN


90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

80

Kaum Melayu

17

25

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

00000000000000000000000000

Rajah 10 Amalan Gotong-Royong Atau Rewang Wajar Dilakukan Dalam Majlis Perkahwinan
Masyarakat Melayu Pada Masa Ini

Sumber : Kajian Lapangan 2015


Berdasarkan analisis kajian ini, Gotong-royong atau rewang adalah acara persiapan yang
dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau gotong-royong kebiasaanya dilakukan
oleh penduduk kampung atau jiranj tetangga untuk membantu tuan rumah menyediakan
persiapan

ketika

atau

sebelum

kenduri

perkahwinan.

Selain

itu,

penanggah

juga

bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu. Kebiasaanya tuan
rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk wang atau
hadiah. Pengkaji telah mengedarkan 30 borang soal selidik kepada responden . Berdasarkan hasil
kajian yang telah pengkaji dapati, responden penduduk Kampung Tenglu sangat setuju dengan
pernyataan amalan gotong-royong atau rewang wajar dilakukan dalam majlis perkahwinan
masyarakat melayu pada masa ini iaitu seramai 24 orang responden bersamaan dengan 80
peratus. Manakala, responden yang hanya setuju dengan kenyataan ini adalah seramai 5 orang
bersamaan dengan 17 peratus. Selebihnya adalah kurang setuju yang berbakikan 1 orang
responden dengan 3 peratus . Walau bagaimanapun, pada pendangan pengkaji adat rewang ini
semakin pudar dikalangan masyarakat Melayu kerana budaya buffet atau katering kian
popular dan sering diamalkan oleh masyarakat kita. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini
secara subjektifnya merupakan golongan yang terdiri daripada professional dan berkerjaya.
Kabanyakan mereka menyerahkan persiapan majlis perkahwinan sepenuhnya kepada pihak
tertentu seperti penyediaan makanan dan kelengkapan perkahwinan. Ini disebabkan oleh faktor
kekangan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengelolakannya.

26

00000000000000000000000000

Bil
6

Perkara
5.2.6 Adat sambut menantu dapat mengeratkan lagi

STS
0

perhubungan pengantin perempuan dengan pihak

TS
0

KS
1

S
13

(3%) (43%

keluarga lelaki.

SS
16
(53%)

MENGERATKAN PERHUBUNGAN PENGANTIN PEREMPUAN DENG


60

53

50

43

40
30
Kaum Melayu

20
10

3
et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Tid
ak

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Sa
ng
at
Tid
ak

se
tu
ju

Rajah 11 Adat Sambut Menantu Dapat Mengeratkan Lagi Perhubungan Pengantin Perempuan
Dengan Pihak Keluarga Lelaki
Sumber : Kajian Lapangan 2015

27

00000000000000000000000000

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji umum mengetahui bahawa adat atau
acara yang paling popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu.
Seminggu selepas majlis perkahwinan di rumah perempuan, adat menyambut menantu atau
mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia dipanggil majlis bertandang.
Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah
semeriah majlis di rumah perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang dengan
mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung. Setelah
beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami isteri akan dibawa melawat ke rumah
kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya untuk merapatkan hubungan silahturrahim antara
keluarga. Menurut pengkaji, jelaslah bahawa pernyataan yang dibuat iaitu adat sambut menantu
dapat mengeratkan lagi perhubungan

pengantin perempuan dengan pihak keluarga lelaki.

Pengkaji telah berhasil mendapatkan jawapan yang kukuh daripada responden penduduk
Kampung tenglu iaitu seramai 16 orang responden bersamaan dengan 53 peratus sangat setuju
dengan pernyataan ini. Manakala, responden yang hanya setuju adalah seramai 13 orang dengan
43 peratus. Selebihnya adalah 1 orang responden bersamaan 3 peratus yang kurang setuju dengan
pernyataan ini.

Bil
7

Perkara
5.2.7 Barang hantaran adat perkahwinan dahulu
mudah diperoleh berbanding zaman sekarang
yang ini yang lebih kompleks.

28

STS
0

TS
1

KS
6

(3%)

(20%)

SS

15

(50%)

(27%)

00000000000000000000000000

NAN DAHULU MUDAH DIPEROLEH BERBANDING ZAMAN SEKA


60

50

50
40

27

30

20

20
10

Kaum Melayu

3
et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 12 Barang Hantaran Adat Perkahwinan Dahulu Mudah Diperoleh Berbanding Zaman
Sekarang Yang Ini Yang Lebih Kompleks
Sumber : kajian Lapangan 2015
Dalam carta diatas, rajah 12 iaitu dengan pernyataan barang hantaran adat perkahwinan
dahulu mudah diperoleh berbanding zaman sekarang ini yang lebih kompleks. Seramai 50
peratus bersamaan 15 orang responden di kawasan kajian setuju dengan pernyataan ini. Hal ini
kerana,pengkaji mendapati responden yang memilih jawapan setuju tersebut memberitahu
bahawa barang hantaran pada zaman dahulu sangat mudah dan ringkas dan tidak banyak perkara
yang perlu dititikberatkan berbanding zaman sekarang yang lebih kompleks. Bagi responden
yang memilih kategori sangat setuju adalah seramai 8 orang responden dengan mewakili 27
peratus. Responden ini sangat setuju tentang pernyataan pengkaji dan responden berpendapat
barang hantaran zaman dahulu tidak memerlukan terlalu banyak hantaran hanya sekadar apa
yang perlu dan apa yang diwajibkan sahaja. Manakala bagi responden yang memilih kurang
setuju adalah sebanyak 20 peratus dengan 6 orang responden penduduk Kampung Tenglu.
Responden ini kurang setuju kerana mereka berpendapat barang hantaran zaman sekarang ini
lebih mudah dicari di kedai-kedai yang berdekatan dan para bakal pengantin boleh menempah
barang hantaran tersebut jika mereka mahukan. Selebihnya adalah responden yang memilih
kategori tidak setuju iatu sebanyak 3 peratus mewakili 1 orang responden. Hal ini sangat jelas
responden tersebut tidak boleh menerima pernyataan yang dibuat oleh pengkaji.

29

00000000000000000000000000

Bil
8

Perkara
5.2.8 Konsep gaya pelamin berubah mengikut

SS
0

citarasa pengguna

TS
1

KS
5

(3%) (17%)

SS

17

(57%)

(23%)

KONSEP GAYA PELAMIN BERUBAH MENGIKUT CITARASA


57

60
50
40
30

23

17

20
10

Kaum Melayu

3
et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 13 Konsep Gaya Pelamin Berubah Mengikut Citarasa Pengguna


Sumber : Kajian Lapangan 2015
Kajian diatas menunjukkan, konsep gaya pelamin berubah mengikut citarasa pengguna.
Pengkaji telah mendapati bahawa sebilangan besar masyarakat Melayu mempunyai pilihan untuk
meletakkan pelamin diluar rumah ataupun di bawah kanopi.pelamin turut dijadikan pilihan ini
antara yang terbaik supaya ruang rumah tidak terlalu sarat dengan tetamu dan dekorasi pelamin
yang besar. Oleh itu, dekorasi pelamin di kanopi ini sesuai buat bakal pengantin yang inginkan
keselesaan. Selain itu, pelamin di kanopi juga sesuai buat seseorang yang inginkan konsep
perkahwinan dalam taman. Cita rasa dan keinginan yang tinggi untuk majlis perkahwinan
menjadi perkara biasa untuk semua pengantin. Setiap individu yang bakal menjadi pengantin
inginkan sesuatu yang menarik untuk meraihkan hari istimewa mereka jadi mereka sudah
semestinya inginkan pelamin yang mereka impikan. Pengkaji mendapati bahawa konsep yang
30

00000000000000000000000000

selalu diinginkan bakal pengantin ialah konsep yang nampak mewah seperti gaya-gaya pelamin
dari barat (Style English). Pelamin pada masa sekarang ini lebih kepada mengikut kemodenan
iaitu sebagai contoh kerusi yang digunakan ialah guna sofa, kerusi cleopatrala dan kerusi
sampan. Berdasarkan pernyataan di atas, dalam rajah 13, terdapat 17 orang responden dengan 57
peratus setuju dengan pernyataan ini. Manakala,responden sangat setuju dengan konsep gaya
pelamin berubah mengikut cita rasa pengguna adalah seramai 7 orang bersamaan dengan 23
peratus. Selebihnya adalah responden yang kurang setuju dan tidak setuju. Responden kurang
setuju adalah seramai 5 orang dengan peratus yang agak sedikit iaitu 17 peratus dan tidak setuju
adalah 1 orang responden dengan 3 peratus.

Bi
l
9

Perkara
5.2.9 Pada zaman dahulu pemakaian inai adalah

SS

S
0

mengikut adat turun-temurun berbanding pemakaian

KS

SS

SS

19

(20%)

(63%)

(17%)

inai sekarang yang kreatif dan pelbagai bentuk.

RUN-TEMURUN BERBANDING PEMAKAIAN INAI SEKARANG YANG KRE


25
20

20
15
10
3.33

Kaum Melayu

31

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

00000000000000000000000000

Rajah 14 Pada Zaman Dahulu Pemakaian Inai Adalah Mengikut Adat Turun-Temurun
Berbanding Pemakaian Inai Sekarang Yang Kreatif Dan Pelbagai Bentuk
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Pemakaian inai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah
antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu
berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku
tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai keharuman bau asli selain perubatan.
Selain digayakan pada semua jari, jari kaki juga dianggap penting walaupun ketika ini
kebanyakan pengantin sudah memakai kasut walaupun di dalam rumah. Ada juga kawasan
tertentu yang mempunyai adat meletakkan inai pada bahagian tengah tapak tangan dan tapak
kaki selain garisan tebal 1 cm di keliling kaki. Kini, ramai pengantin Melayu lebih berminat
memakai inai dan membuat ukiran lukisan pelbagai corak bermula hujung jari ke lengan. Bukan
sahaja bahagian tangan, tetapi juga kaki kerana ia adalah satu seni lukisan yang menarik.
Pengkaji mendapati gaya terbaru corak lukisan inai ini selalunya rekaan Arab atau India dan juga
bunga. Corak rekaan arab lebih besar berdasarkan corak tumbuh-tumbuhan sementara rekaan
india bergaris halus dan penuh kombinasi antara corak renda dan tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden, pengkaji telah
memperolehi 19 orang responden sebanyak 63 peratus mempunyai pandangan setuju dengan
pernyataan pada zaman dahulu pemakaian inai adalah mengikut turun-temurun berbanding
pemakaian ini sekarang yang kreatif dan pelbagai penting. Responden yang memilih kategori
sangat setuju adalah seramai 5 orang responden bersamaan dengan 17 peratus manakala
selebihnya adalah responden yang memilih kategori kurang setuju yang berbakikan 6 orang
responden dengan sebanyak 20 peratus.

32

00000000000000000000000000

Bil
Perkara
10 5.2.10 Persiapan perkahwinan lebih meriah

STS
0

TS
0

diadakan dirumah berbanding di premis lain

KS
0

SS
25

(17%)

(83%)

seperti balai raya dan dewan orang ramai.

AHWINAN LEBIH MERIAH DIADAKAN DIRUMAH BERBANDING D


83

90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Kaum Melayu

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

se
tu
ju

17

Rajah 15 Persiapan Perkahwinan Lebih Meriah Diadakan Dirumah Berbanding Di Premis Lain
Seperti Balai Raya Dan Dewan Orang Ramai
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Mengikut kajian yang dilakukan, majoriti responden penduduk Kampung tenglu sangat
setuju dengan pernyataan yang dibuat iaitu persiapan perkahwinan lebih meriah diadakan
dirumah berbanding di premis lain seperti balai raya dan dewan orang ramai dengan peratus 83
peratus bersamaan dengan 25 orang responden. Hal ini kerana, apabila sesuatu perkahwinan itu
dibuat dirumah, ianya lebih selesa dan pengantin akan berasa suasana perkahwinan. Tambahan
lagi, di premis lain seperti balai raya dan dewan orang ramai ianya agak terhad dan bakal
pengantin berasa kelainan kerana perkahwinan mereka bukannya dirumah sendiri, jika dirumah
sendiri kenangan-kenangan semasa hari perkahwinan dirumah akan diingati berbanding di
33

00000000000000000000000000

premis lain. Bagi sesetengah responden, mereka hanya setuju dengan pernyataan ini iaitu seramai
5 orang responden dengan sebanyak 17 pertus. Selain itu, menurut pandangan pengkaji,
masyarakat melayu kini semakin tidak gemar mengadakan perkahwinan di rumah malah mereka
terlalu obses dengan perkahwinan cara barat seperti mengadakan majlis perkahwinan secara
besar-besaran di hotel dan juga dewan terkemuka. Pengkaji juga menyatakan, segelintir
masyarakat sebegini percaya dengan cara ini mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja
untuk menjayakan majlis perkahwinan itu.

5.3 MENGKAJI TATACARA AMALAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT


MELAYU.
Bil
1

Perkara
5.3.1 Adat merisik perlu diamalkan sebagai

STS
0

proses terawal satu-satu dalam perkahwinan.

TS
0

KS
1

S
15

SS
14

(3%)

(50%

(47%)

MERISIK PROSES TERAWAL SATU-SATU DALAM PERKAHWINAN


60
47

50
40
30

Kaum Melayu

20
10

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 16 Adat Merisik Perlu Diamalkan Sebagai Proses Terawal Satu-Satu Dalam Perkahwinan
34

00000000000000000000000000

Sumber : Kajian Lapangan 2015


Pernyataan rajah 16 di dalam borang soal selidik bahagian c iaitu adat mersisik perlu
diamalkan sebagai proses terawal satu-satu dalam perkahwinan. Merisik dari segi istilah lain
iaitu meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis
yang dihajati oleh seseorang itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam islam
seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumah tangga, adab sopan, tingkah laku,
paras rupa serta pengetahuan agamanya. Berdasarkan hasil kajian yang saya perolehi tentang
pernyataan di atas, didapati 16 orang responden (53%) setuju dengan pernyataan ini. Hal ini
kerana, merisik perlu dilakukan untuk proses terawal. Manakala, 13 orang responden bersamaan
dengan 43 peratus sangat setuju tentang pernyataan ini. Hal ini jelas menunjukkan penduduk
kampung tenglu masih menggunakan proses merisik untuk proses terawal yang dilakukan
sebelum perkahwinan. Selebihnya, adalah 1 orang responden bersamaan 3 peratus kurang setuju
dengan pernyataan ini. Tambahan lagi, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Menurut pandangan pengkaji, pada masa
ini, pasangan yang ingin berkahwin akan terus menjalankan adat meminang dan menjimatkan
kos dan masa. Adat merisik mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Bi
l
2

Perkara
5.3.2 Merisik boleh dilakukan dengan
kehadiran ibu bapa ke rumah pengantin
perempuan.

35

STS

TS

KS

SS

15

13

(7%)

(50%)

(43.3%)

00000000000000000000000000

MERISIK DILAKUKAN DENGAN KEHADIRAN IBU BAPA


60

50

50

43.3

40
30
Kaum Melayu

20
7

10

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 17 Merisik Boleh Dilakukan Dengan Kehadiran Ibu Bapa Ke Rumah Pengantin
Perempuan
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Dalam carta diatas menyatakan tentang pernyataan mengenai merisik boleh dilakukan dengan
kehadiran ibu bapa ke rumah pengantan perempuan. Pengkaji mendapati seramai 15 orang
responden bersamaan dengan 50 peratus setuju tentang hal ini. Manakala kategori yang memilih
sangat setuju adalah sebanyak 43.3 peratus dengan mewakili 13 orang responden di kawasan
kajian tersebut. Selain itu, kategori sangat tidak setuju serta tidak setuju adalah kosong peratus
dan kurang setuju pula seramai 2 orang responden bersamaan dengan 7 peratus. Menurut
pengetahuan pengkaji, proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak. Oleh hal demikian, proses merisik ini perlulah
dilakukan dengan kehadiran kedua ibu bapa. Pada zaman dahulu, adat merisik ini dilakukan oleh
orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain.
Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun
sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan
bakal pasangan telahpun mengenali antara satu sama lain. Dalam kefahaman pengkaji, adat
merisik ini merupakan peluang untuk kedua-dua pihak keluarga saling mengenali. Adat merisik
ini adalah untuk ibu bapa melihat sendiri bakal menantu yang dipilih oleh si anak sama ada
sesuai atau tidak. Tambahan lagi, pengkaji berpendapat bagi pasangan yang telah mengenali
antara satu sama lain maka adat merisik ini tidaklah terlalu sukar.

36

00000000000000000000000000

Bil
3

Perkara
5.3.3 Adat pertunangan amat penting

STS
0

dilakukan.

TS
2

KS
23

SS

(7%)

(77%)

(3%)

(13.3%
)

PERTUNANGAN AMAT PENTING DILAKUKAN


90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

77

Kaum Melayu
13.3

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

3.33

Rajah 18 Adat Pertunangan Amat Penting Dilakukan


Sumber : kajain Lapangan 2015
Berdasarkan hasil kajian diatas, dalam rajah 17 mendapati penduduk Kampung Tenglu
mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Pengkaji memperolehi jawapan yang negetif tentang
pernyataan adat pertunangan amat penting dilakukan. Kajian menunjukkan seramai 23 responden
iaitu bersamaan dengan 77 peratus penduduk Kampung Tenglu memilih kurang setuju, peratus
ini adalah yang tertinggi dalam graf diatas. Hal ini kerana responden berpendapat adat
pertunangan tidak perlu dilakukan atas sebab-sebab tertentu seperti membazir masa, wang dan
peredaran zaman yang semakin moden. Responden yang tidak setuju pula adalah 2 orang yang
mewakili 7 peratus. Kategori yang memilih jawapan setuju menunjukkan seramai 1 orang iaitu
sebanyak 3.33 peratus dan selebihnya kategori sangat setuju mewakili 4 orang responden
bersamaan 13.3 peratus. Menurut pengkaji bertunang atau meminang bererti seseorang lelaki
37

00000000000000000000000000

atau wakil dari keluarganya melahirkan hasrat hati untuk berkahwin dengan seorang wanita yang
tertentu untuk menjadi bakal isterinya. Antara tujuan pertunangan ialah untuk menghebahkan
kepada masyarakat sekeliling, persetujuan mengikat janji untuk perkahwinan, mengeratkan
hubungan silatulrrahim di antara keluarga kedua belah pihak, melahirkan sikap jimat cermat
dalam berbelanja kepada yang lebih mustahak serta menentukan tarikh, tempat dan hari
perkahwinan yang dipersetujui. Setelah menganalisis tentang adat pertunangan pengkaji telah
mengenal pasti keperluan yang perlu dibawa oleh pihak keluarga lelaki adalah sebentuk cincin.
Selain itu, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain atau selendang, kasut,
kuih-muih dan yang paling utama adalah sireh junjung. Semua hantaran akan dihias dengan
cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima
pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan
dibalas lebih oleh pihak perempuan. Sebagai contoh, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran
dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas dengan 9 dulang.

38

00000000000000000000000000

Bil
4

Perkara
5.3.4 Adat berinai mesti dilakukan pada waktu

STS
0

malam sebelum malam perkahwinan.

TS
0

KS
4
(13%

SS

21

(70%)

(17%)

BERINAI MESTI DILAKUKAN PADA WAKTU MALAM


80
70
60
50
40
30
20
10
0

70

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Se
tu
ju
Sa
ng
at
Tid
ak

Kaum Melayu

17

13.3

Rajah 19 Adat Berinai Mesti Dilakukan Pada Waktu Malam Sebelum Malam Perkahwinan
Sumber : kajian Lapangan 2015
Berdasarkan hasil kajian diatas dalam rajah 19 iaitu tentang pernyataan adat berinai mesti
dilakukan pada waktu malam sebelum malam perkahwinan. Pengkaji mendapati seramai 21
orang responden mewakili 70 peratus setuju dengan hal ini. Mereka berpendapat berinai amat
sesuai dilakukan pada waktu malam supaya bakal pengantin lebih nampak berseri dengan
pemakaian inai di tangan dan kaki pada waktu tersebut. Bagi responden yang sangat setuju
dengan isu ini adalah sebanyak 17 peratus bersamaan 5 orang responden Penduduk Kampung
Tenglu. Manakala, bagi persepsi responden yang kurang setuju adalah sebanyak 13.3 peratus
bersamaan dengan 4 orang responden. Menurut pengetahuan am pengkaji adat berinai biasanya
diadakan secara berperingkat-peringkat. Setelah mengkaji, pengkaji mendapati 3 peringkat adat
berinai diadakan. Iaitu peringkat pertama yang dinamakan berinai curi, berinai curi diadakan tiga
39

00000000000000000000000000

malam sebelum hari langsung untuk saudara mara. Peringkat kedua iaitu diadakan dua malam
sebelum hari langsung untuk saudara mara, iiran tetangga dan sahabat handai. Manakala,
peringkat ketiga iaitu berinai besar, berinai besar pula melibatkan persandingan kedua pasangan
pengantin yang telahpun selamt dinikahkan. Selain itu, pasangan pengantin lebih suka
mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabor ataupun songket bunga
penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga
pengantin lelaki dan perempuan di rumah pengantin perempuan. Tujuan majlis berinai besar ini
diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin
berkenalan sesame ahli keluarga.

Bi
l
5

Perkara

STS

TS

KS

5.3.5 Adat bersanding masih diamalkan pada


masa ini.

SS

14

16

(47%

(53%)

ADAT BERSANDING MASIH DIAMALKAN PADA MASA INI


60

53

47

50
40
30

Kaum Melayu

20
10
et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 20 Adat Bersanding Masih Diamalkan Pada Masa Ini


40

00000000000000000000000000

Sumber : Kajian Lapangan 2015


Rujuk kepada carta diatas, sebanyak 53 peratus dengan 16 orang responden sangat setuju
dengan pernyataan adat bersanding masih diamalkan pada masa ini. Hal ini kerana, pada masa
sekarang bersanding adalah adat yang perlu dilakukan kerana ketika proses bersanding adalah
untuk memperkenalkan pengantin kepada para tetamu yang hadir. Tambahan lagi, bersanding
perlu dikekalkan kerana ianya merupakan adat yang wajar dilakukan. pada masa tersebut
merupakan hari kemuncak perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh bakal pengantin serta para
tetamu yang datang untuk menyaksikan kedua mempelai duduk bersebelahan di sertakan dengan
pelamin yang indah. Manakala, kategori responden yang memilih setuju dengan pernyataan adat
bersanding masih dimalkan adalah sebanyak 47 peratus dengan mewakili 14 orang responden.
Selain itu, pengkaji mendapati penduduk Kampung Tenglu tidak memilih kategori sangat tidak
setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Hal ini jelas menunjukkan pernyataan yang dibuat oleh
pengkaji adalah amat benar dan kukuh. Pada pendapat pengkaji, majoriti masyarakat melayu di
Malaysia masih mengamalkan adat bersanding ketika hari perkahwinan mereka berlangsung.
Selain itu, bersanding merupakan adat yang paling releven pada masa dahulu dan sekarang tetapi
adat bersanding pada zaman sekarang sudah semakin moden berbanding zaman dahulu. Pengkaji
juga sudah sedia maklum adat bersanding ini dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan.
Secara rasionalnya, bersanding perlu diteruskan dan dikekalkan di setiap majlis perkahwinan
yang diadakan.

Bil
6

Perkara
5.3.6 Adat bersanding dapat mengeratkan
hubungan silahtulrahim antara kedua-dua
pihak.

41

STS
0

TS
0

KS
17

SS
12

(3%)

(57%)

(40%)

00000000000000000000000000

PAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILAHTULRAHIM ANTARA KED


57

60
50

40

40
30

Kaum Melayu

20
10

3
et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 21 Adat Bersanding Dapat Mengeratkan Hubungan Silahtulrahim Antara Kedua-Dua


Pihak
Sumber : Kajian Lapangan 2015

Bersanding bermaksud duduk bersebelah-belahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini
dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam perkahwinan melayu.
Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin. Majlis
perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan.Merujuk carta di
atas, sebanyak 57 peratus bersamaan dengan responden setuju dengan adat bersanding dapat
mengeratkan hubungan silahtulrahim antara kedua-dua pihak. Hal ini ketara menunjukkan
responden mengetahui tentang perkara tersebut. Selain itu, seramai 12 orang responden memilih
sangat setuju dengan mewakili 40 peratus. Manakala responden memilih kategori kurang setuju
adalah sebanyak 3 peratus dengan 1 orang responden penduduk Kampung Tenglu. Ini
menunjukkan badiberikan oleh responden kawasan kajian. Mereka menyatakan ketika
bersanding kedua ahli keluarga mempelai akan saling mengenali antara satu sama lain dan
42

00000000000000000000000000

sekaligus dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak pengantin
lelaki mahupun pengantin perempuan. Hubungan yang baik antara mereka dapat memupuk
perasaan kasih sayang. Selain itu, pihak keluarga pengantin lelaki dan perempuan dapat juga
bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai diri sendiri, keluarga dan juga kedua
mempelai. Secara rasionalnya, menurut pandangan pengkaji adat bersanding ini mempunyai
kebaikannya yang tersendiri.

Bil
7

Perkara
5.3.7 Bersanding diluar rumah diadakan

STS
0

dengan tujuan agar ramai tetamu dapat

TS
2

KS
12

S
10

SS
6

(7%)

(40%)

(33%

(20%)

menyaksikan raja sehari.

DILUAR RUMAH AGAR RAMAI TETAMU DAPAT MENYAKSIKAN RA


45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

40
33
20
Kaum Melayu

et
uj
u
Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

Rajah 22 Bersanding Diluar Rumah Diadakan Dengan Tujuan Agar Ramai Tetamu Dapat
Menyaksikan Raja Sehari
Sumber : kajian Lapangan 2015

43

00000000000000000000000000

Berdasarkan kajian yang diperoleh, pengkaji mendapati seramai 12 orang responden


bersamaan 40 peratus kurang setuju dengan pernyataan graf 22. Selain itu, bagi kategori
menjawab tidak setuju adalah sebanyak 7 peratus dengan seramai 2 orang responden. Manakala
responden setuju adalah ramai berbanding sangat setuju. Kategori setuju adalah sebanyak 33
peratus dengan mewakili 10 orang penduduk Kampung Tenglu. Selebihnya adalah responden
yang berpendapat sangat setuju dengan pernyataan pengkaji di atas iaitu seramai 6 orang yang
bersamaan 20 peratus. Menurut pengetahuan pengkaji, bersanding di luar rumah ini diadakan
dengan tujuan agar ramai tetamu dapat menyaksikannya. Saiz anjung rumah tradisional yang
kecil, rumah papan dan bertiang tidak membenarkan puluhan orang masuk ke dalam untuk
menyaksikannya. Ketika bersanding di li luar rumah, acara silat, tarian, menabur gula-gula,
menabur duit syiling dan lain-lain persembahan diadakan. Selepas mempelai ditabur beras
kunyit, kedua-dua mempelai akan didudukkan di atas kerusi berhadapan dengan khemah
tetamu. Jadi semua orang yang hadir akan dapat menyaksikan mempelai yang berpakaian baju
melayu songket. Selain itu, sejambak bunga telur diletkan dihadapan mempelai. Bunga telur
akan dihadiahkan kepada mereka yang sudi mempersembahkan silat pulut. Menurut persepsi
pengkaji, terdapat unsur khurafat dalam persandingan perkahwinan masyarakat melayu yang
bercanggah dengan hukum islam. Antara perkara khurafat yang diamalkan ketika majlis
persandingan ialah menabur beras kunyit. Beras kunyit ini bertujuan memberi semangat kepada
pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah
semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah sesuatu yang syirik. Ianya bercanggah
dengan surah al-Fatihah: ayat 5. Tinjauan yang dibuat, membaca jampi mantera dalam
persandinagn turut mempunyai unsur khurafat. Perbuatan ini dikatakan bercanggah dengan
hukum islam sekiranya pihak yang melakukannya beriktikad bahawa melalui pembacaan jampi
atau mantera oleh bomoh mahupun pawing dapat memelihara sesuatu majlis itu daripada
gangguan roh jahat.

Bil

Perkara

STS
44

TS

KS

SS

00000000000000000000000000

5.3.8 Adat bersanding seharusnya dilakukan


secara besar-besaran.

11

11

(3%)

(37%)

(37%)

(7%)

(17%)

BERSANDING SEHARUSNYA DILAKUKAN SECARA BESAR-BESAR


37

40
35
30
25
20
15
10
5
0

37

17
Kaum Melayu

Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

et
uj
u

Rajah 23 Adat Bersanding Seharusnya Dilakukan Secara Besar-Besaran


Sumber : Kajian Lapangan 2015
Borang soal selidik telah pengkaji edarkan kepada 30 orang responden yang terpilih. Pengkaji
ingin mengetahui pendapat responden tentang adat bersanding dilakukan secara besar-besaran
atau tidak. Seramai seorang responden 3 peratus sangat tidak setuju dengan pendapat pengkaji
kerana bagi responden bersanding secara kecil-kecilan lebih bagus dan lebih mengikut sunnah.
Seterusnya, seramai 11 orang responden mewakili 37 peratus tidak setuju dengan bersanding
secara besar-besaran, hal ini kerana mereka berpendapat bersanding secara besar-besaran akan
membazirkan wang. Manakala responden kurang setuju mempunyai bilangan peratus dan
responden yang sama dengan kurang setuju. Bagi responden yang gemar melakukan adat
bersanding secara besar-besaran mereka sangat setuju dengan pernyataan pengkaji iaitu seramai
5 orang responden bersamaan dengan 17 peratus. 77 peratus responden yang sangat tidak setuju,
45

00000000000000000000000000

tidak setu dan kurang setuju berkenaan adat bersanding dilakukan secara besar-besaran. Hal ini
demikain kerana responden beranggapan bahawa adat bersanding perlu dibuat mengikut
kemampuan individu sendiri. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana
sabda baginda Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Bil
9

Perkara
5.3.9 Makan berdamai dapat mengeratkan

STS
0

TS
0

hubungan antara kedua-dua belah keluarga raja

KS
0

S
22

SS
8

(73%)

(27%)

sehari.

ENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUA BELAH KELUAR


80
70
60
50
40
30
20
10
0

73

et
uj
u

Kaum Melayu

Sa
ng
at
S

Se
tu
ju

Se
tu
ju
Ku
ra
ng

Se
tu
ju
Tid
ak

Sa
ng
at
Tid
ak

Se
tu
ju

27

Rajah 24 Makan Berdamai Dapat Mengeratkan Hubungan Antara Kedua-Dua Belah Keluarga
Raja Sehari
Sumber : Kajian Lapangan 2015
46

00000000000000000000000000

Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden penduduk
Kampung Tenglu. pengkaji menganalisis di data diatas, seramai 73 peratus bersamaan dengan
22 orang responden setuju dengan pernyataan yang dibuat oleh pengkaji tentang makan damai
dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah keluarga raja sehari. Manakala, sangat
setuju adalah seramai 8 orang responden bersamaan dengan 27 peratus. Hal ini jelas
menunjukkan makan berdamai wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan dijalankan , iaitu
makan berdamai. Makan berdamai biasanya dijalankan untuk pasangan pengantin dan turut
ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hal ini juga boleh diperkukuhkan lagi dengan
pernyataan pengkaji bahawa makan berdamai ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Hidangan yang disediakan untuk adat makan berdamai ini lebih istimewa berbanding makanan
yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan
menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat makan beradap diakhiri dengan upacara
memotong kek atau pulut kuning. Kemudian dihidangkan kepada tetamu yang dijemput.
Bil
10

Perkara
5.3.10 Amalan memberikan cenderamata

STS
0

TS
0

kepada tetamu oleh tuan rumah merupakan

KS
12

S
8

SS
10

(40%)

(27%)

(33%)

tradisi yang wajar diteruskan.

ATA KEPADA TETAMU MERUPAKAN TRADISI YANG WAJAR DITER


45
40

40
33

35
30

27

25

Kaum Melayu

20
15
10
5
0
Sangat Tidak Setuju

Setuju

Rajah 25 Amalan Memberikan Cenderamata Kepada Tetamu Oleh Tuan Rumah Merupakan
Tradisi Yang Wajar Diteruskan

47

00000000000000000000000000

Sumber : kajian Lapangan 2015


Hasil dapatan kajian mendapati daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik seramai
12 orang responden yang kurang setuju dengan mewakili 40 peratus. Sebanyak 27 peratus
dengan mewakili 8 orang responden yang setuju mengenai pernyataan amalan memberikan
cenderamata kepada tetamu oleh tuan rumah merupakan tradisi yang wajar diteruskan..
Manakala seramai 10 orang responden bersamaan 33 peratus pula sangat setuju dengan perkara
diatas. Amalan memberi cenderamata ini ada amalan yang wajar diteruskan. Selepas tetamu
hadir dan makan, tetamu akan bersalam-salaman dengan ibu bapa pengantin untuk memberikan
duit salam kukut dengan ikhlas dan ketika itu tuan rumah akan memberikan sedikit cenderamata
yang berbentuk bunga telur. pemberian bunga telur merupakan salah satu cenderamata yang
masih dititikberatkan sama ada digunakan untuk hiasan pelamin atau dihulurkan kepada
jemputan kahwin sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluahkan masa untuk datang.
Untuk pengetahuan umum bunga telur ini akan diisi dalam beg khas dan dihadiahkan kepada
jemputan kahwin sebagai cenderahati perkahwinan. Walaupun tradisi pemberian cenderamata
berbentuk bunga telur dikekalkan, namun pada masa ini pemberian cenderamata kepada tetamu
telah dipelbagaikan seperti mengikut peredaran masa. Tuan rumah pada masa kini juga telah
memilih dan memberi coklat, kek, gula-gula, tuala, lilin perkahwinan, sabun kahwin, key chain,
alas meja dan sebagainya kepada jemputan kahwin bergantung kepada bajet yang diperuntukkan.
Rasionalnya, pemberian cenderamata kepada tetamu adalah satu budaya melayu yang masih
kekal diamalkan hingga ke hari ini.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa adat perkahwinan
melayu semakin releven pada masa ini. Pengkaji juga berpendapat bangsa yang bertamadun
boleh dikenali melalui budaya dan adat istiadat yang diamalkan. Sekiranya adat perkahwinan ini
terus dilupakan maka tamadun sesebuah Negara turut terjejas. Seperti yang kita ketahui, adat
istiadat merupakan tingkah laku sosial, cara berfikiran, dan cara bertindak sesebuah masyarakat
yang terbentuk setelah dilakukan berulang kali dengan tokok tambah menurut keperluan dan cara
berfikir masyarakat tersebut.
48

00000000000000000000000000

Berdasarkan hasil kajian pengkaji, dalam objektif pertama iaitu mengenal pasti amalan adat
perkahwinan masyarakat melayu. Majoriti responden penduduk Kampung Tenglu masih lagi
mengamalkan amalan adat perkahwinan. Hal ini kerana, perkahwinan merupakan sesuatu yang
wajib bagi sesorang individu mengikut hukum islam. Hasil tinjauan yang diperoleh, sebilangan
besar penduduk kawasan kajian sangat setuju dengan pernyataan mengenai perkahwinan
masyarakat melayu dapat mengeratkan hubungan silahtulrahim antara kedua-dua belah pihak.
Tambahan lagi, pengkaji mendapati amalan adat perkahwinan merupakan adat yang mulia dalam
kehidupan bermasyarakat dan perkara ini juga turut disokong oleh responden penduduk
Kampung Tenglu. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui bahawa pemberian kad undangan
kepada tetamu pada zaman yang serba moden ini semakin pudar. Hal ini turut dipertegaskan
kerana zaman sekarang kebanyakan bakal pengantin akan menggunakan media sosial seperti
facebook, whatssap dan kemudahan sumber internet lain untuk menjemput tetamu menghadiri
majlis perkahwinan. penggunaan Ini juga akan menjimatkan masa sekaligus menjimatkan dari
segi kos kewangan.
Menurut tinjauan pengkaji, gotong-royong atau rewang jarang diamalkan pada masa ini oleh
segelintir masyarakat. Hal ini disebabkan oleh faktor kekangan masa yang sangat terhad.
Pengkaji turut membuat analisis, majoriti jumlah responden memilih jawapan sangat setuju
mengenai adat sambut menantu dapat mengeratkan perhubungan pengantin perempuan dengan
pihak keluarga lelaki. Sebahagian besar responden penduduk Kampung Tenglu masih lagi setuju
dengan barang hantaran perkahwiann dahulu mudah diperoleh berbanding zaman sekarang. Ini
kerana zaman dahulu barang hantaran hanya sekadar perlu dan tidak merumitkan seperti masa ini
yang lebih menitikberatkan barang hantaran. Pengkaji dapat menganalisis pada masa ini konsep
gaya pelamin berubah mengikut cita rasa pengguna. Gaya pelamin amat penting kepada bakal
pengantin. Responden kawasan kajian tersebut juga sangat setuju dengan pernyataan ini, namun
ada sebahgian masyarakat penduduk Kampung Tenglu kurang setuju. Secara umumnya, pada
zaman dahulu pemakaian inai adalah mengikut adat turun-temurun tetapi Negara kita sudah
semakin moden oleh itu terdapatlah pemakaian inai sekarang yang lebih kreatif dan pelbagai
bentuk. Hal ini juga majoriti responden sangat setuju dan setuju dengan isu ini. Hal ini demikian
kerana, pemakaian inai ketika hari perkahwinan adalah satu lambang yang semakin diteruskan.
Mengikut analisis data yang pengkaji dapati, persiapan perkahwinan akan lebih meriah jika
diadakan dirumah berbanding di premis lain. Responden juga ada berpendapat menyatakan
49

00000000000000000000000000

perkahwinan diadakan dirumah lebih selesa dan sangat sesuai. Oleh itu, Persiapan perkahwinan
adalah yang paling utama yang perlu dilakukan kerana persiapan ini adalah yang dititikberatkan
untuk majlis perkahwinan berjalan dengan lancar, tetapi menurut pendapat pengkaji, sebahagian
besar masyarakat melayu sekarang ini gemar mengadakan majlis perkahwinan di dewan
terkemuka dan hotel besar-besaran kerana mereka beranggapan di tempat tersebut lebih glamour
dan menarik.
Dalam objektif kedua pula, pengkaji ingin mengkaji tatacara amalan adat perkahwinan
masyarakat Melayu. Mengikut hasil borang soal selidik yang telah diedarkan dan hasil
temuramah pengkaji, pengkaji mendapati sebahagian besar responden sangat setuju dengan adat
merisik perlu dilakukan sebagai proses terawal, tidak ndapat dinafikan lagi merisik ini amat
penting dan patut dikekalkan, malah pengkaji mendapati pada zaman era globalisasi yang serba
moden ini, merisik kini kian pudar di tidak diamalkan lagi oleh faktor yang menyebabkan
mereka berpendapat merisik ini adalah membuang masa. Ketika merisik, kehadiran ibu bapa ke
rumah pengantin perempuan amatlah diperlukan. Responden turut menyokong pernyataan
mengenai merisik perlu dilakukan dengan kehadiran ibu bapa. Namun, pada masa ini,
kebanyakan masyarakat melayu sekarang sudah tidak lagi mengikut adat turun-temurun dengan
membawa ibu bapa mereka untuk merisik si gadis malah bakal pengantin lelaki tersebut mersisik
calon isterinya sendiri dengan mengunjungi rumah si gadis. Adat pertunangan merupakan adat
yeng penting untuk dilakukan. Tetapi menurut hasil tinjauan responden penduduk Kampung
Tenglu kini tidak lagi mengamalkan adat pertunangan. Malah ada segelintir responden sahaja
yang beranggap pertunangan amat penting. Adat pertunangan kini kian semakin lenyap dalam
kehidupan masyarakat Melayu.
Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap responden penduduk Kampung Tenglu pengkaji
dapat menganalisis data mengenai berinai. Menurut pernyataan pengkaji yang dibuat dalam
objektif kedua soalan ke empat iaitu mengenai adat berinai mesti dilakukan pada waktu malam
sebelum perkahwinan. Pengkaji dapat simpulkan dengan bilangan kategori responden yang
memilih jawapan setuju merupakan peratus yang paling tinggi berbanding dengan kurang setuju
dan sangat setuju. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi masyarakat Melayu kini masih mengamalkan
adat berinai pada waktu malam yang lebih sesuai mengikut adat turun-temurun nenek moyang
kita dahulu. Seterusnya,mengenai adat bersanding masih diamalkan pada masa ini. Umumnya,
50

00000000000000000000000000

adat bersanding yang diperkatakan sebahagian ulama adalah mengharamkan dan sebahagian lagi
mengharuskan. Hukum bersanding secara umum menurut majoriti ulama ahlu al-sunnah mazhab
shafiI di Malaysia adalah harus. Namun, pengkaji mendapati hampir kesemua responden sangat
bersetuju dan menyukai dengan pernyataan ini. Malahan mereka berpendapat bersanding adalah
adat yang paling releven dan diteruskan pada masa ini.
Menurut dapatan yang diperoleh oleh pengkaji, majoriti responden kawasan kajian sangat
setuju dan setuju dengan pernyataan pengkaji yang menyatakan adat bersanding dapat
mengeratkan hubungan silatulrrahim antara kedua-dua pihak. Hal ini disebabkan kerana semasa
bersanding setiap ahli keluarga dan saudara-mara dari kedua-dua belah pihak akan mengenali
antara satu sama lain ketika sesi bergambar dengan pengantin yang sedang bersanding diatas
pelamin. Manakala pernyataan yang berikutnya ialah bersanding di luar rumah diadakan dengan
tujuan agar ramai tetamu dapat menyaksikan raja sehari. Mengikut hasil dapatan yang diperolehi,
sebilangan kecil penduduk Kampung Tenglu tidak setuju dan kurang setuju dengan perkara ini.
Malahan, responden yang memilih kategori setuju adalah lebih ramai berbanding sangat setuju.
Ini disebabkan ketika bersanding tetamu yang hadir dapat menyaksikan raja sehari. Selain itu,
adat bersanding yang dilakukan secara besar-besaran mendapat jawapan yang kurang
memuaskan. Menurut pandangan pengkaji, bersanding secara besar-besaran tidak perlu
dilakukan kerana akan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Seterusnya, makan berdamai dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak
keluarga raja sehari. Pengkaji memperolehi jawapan yang positif daripada hasil borang soal
selidik dan temubual yang diberikan kepada responden. Pernyataan terakhir yang dibuat oleh
pengkaji dalam objektif kedua iaitu mengenai amalan memberi cenderamata kepada tetamu oleh
tuan rumah merupakan tradisi yang wajar diteruskan. Dalam analisis data yang diperolehi,
terdapat sebilangan besar responden kawasan kajian kurang setuju dan tidak menyukai
pernyataan yang dibuat, tetapi sebilangan kecil yang masih memberi respon yang positif
terhadap pernyataan ini dan menyatakan tradisi ini perlu diteruskan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai pandangan dan persepsi yang berbeza daripada responden
penduduk Kampung Tenglu. Amalan adat perkahwinan masyarakat Melayu merupakan adat yang
patut diteruskan. Manakala, tatacara amalan perkahwinan masyarakat Melayu perlu dikekalkan
dan mengikut turutan proses perkahwinan yang betul.
51

00000000000000000000000000

RUJUKAN
Pengkaji melayari beberapa laman web untuk mendapatkan lebih maklumat tentang isu yang
dikaji. Berikut ialah senarai laman web tersebut :

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-amalan-tradisi.html
http://www.pengantin.com.my/
http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/perkahwinan#tradisi_lapuk

Penyelidik menjadikan buku sebagai sumber rujukan

Buku-1989 Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Buku-1994 Denyse Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduan lengkap tentang adat

resam, etiket dan adab sopan. Times Book Intenational 1992.


Buku-2001, Drs. A. Munir, Drs sudarsono, S.H.M.Si. Dasar-dasar Agama Islam. PT
Rineka Cipta 2001

LAMPIRAN

52

00000000000000000000000000

53

00000000000000000000000000

Amalan Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Kampung Tenglu, Mersing johor

Makluman Kepada Responden :Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji
amalan adat perkahwinan masyarakat melayu di Kampung Tenglu, Mersing Johor. Segala maklumat
yang diberikan akan dirahsiakan dan akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja

Terima kasih atas kesudian tuan/puan melibatkan diri sebagai responden dalam kajian ini.
Soalan-soalan ini bukanlah merupakan satu kajian, jadi tiada jawapan betul dan salah. Tuan/puan
hanya diminta menjawab soalan tuan/puan rasa bertepatan dengan peribadi masing-masing.
Dipohon kerjasama tuan/puan memberi jawapan secara jujur dan ikhlas kepada setiap soalan
dalam kaji selidik ini. Sila berikan jawapan sejelas dan secepat yang mungkin.
BAHAGIAN A

: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan : Tandakan () pada ruangan yang disediakan


JANTINA :
UMUR

Lelaki

Perempuan

19 hingga 25 tahun

31 hingga 35 tahun

26 hingga 30 tahun

36 hingga 40 tahun

BANGSA :
Melayu

Cina

India

Lain-Lain

PEKERJAAN :
Bekerja

Bekerja Sendiri

Tidak Bekerja

Lain-lain
54

00000000000000000000000000

TEMPAT TINGGAL :
Taman Intan

Kampung Tenglu

Kampung Sawah Dato

Tanjung Genting

BAHAGIAN B

: Mengenal Pasti Amalan Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu

1 : SANGAT TIDAK SETUJU

3 : KURANG SETUJU

2 : TIDAK SETUJU

4 : SETUJU

5 : SANGAT SETUJU

Amalan Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu


Arahan: Tandakan () pada ruangan jawapan yang dipilih
Sangat
BIL

Tidak

PERKARA

Setuju
1

1
2
3
4
5
6

Amalan adat perkahwinan masyarakat melayu masih


diamalkan di Kampung Tenglu.
Perkahwinan masyarakat melayu dapat mengeratkan
hubungan silahtulrahim antara kedua-dua pihak.
Adat perkahwinan merupakan adat yang mulia dalam
kehidupan bermasyarakat.
Keluarga perempuan memberi kad undangan kepada para
tetamu untuk menghadiri majlis perkahwinan
Amalan gotong-royong atau rewang wajar dilakukan dalam
majlis perkahwinan masyarakat melayu pada masa ini.
Adat sambut menantu dapat mengeratkan lagi perhubungan
pengantin perempuan dengan pihak keluarga lelaki.
Barang hantaran adat perkahwinan dahulu mudah diperoleh
berbanding hantaran zaman sekarang ini yang lebih
kompleks.

Konsep gaya pelamin berubah mengikut citarasa pengguna.


Pada zaman dahulu pemakaian inai adalah mengikut adat

turun-temurun berbanding pemakaian inai sekarang yang


kreatif dan pelbagai bentuk.
55

Tidak

Kuran

Setuj

Setuju

Setuj

Sa

Se

00000000000000000000000000

Persiapan perkahwinan lebih meriah diadakan dirumah


10

berbanding di premis lain seperti balai raya dan dewan orang


ramai.

BAHAGIAN C : Mengkaji Tatacara Amalan Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu


1 : SANGAT TIDAK SETUJU

3 : KURANG SETUJU

2 : TIDAK SETUJU

4 : SETUJU

5 : SANGAT SETUJU

Tatacara Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu


Arahan: Tandakan () pada ruangan jawapan yang dipilih
Bil

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

PERNYATAAN

Adat merisik perlu diamalkan sebagai proses terawal satusatu dalam perkahwinan.
Merisik boleh dilakukan dengan kehadiran Ibu bapa ke
rumah pengantin perempuan.
Adat pertunangan amat penting dilakukan.
Adat berinai mesti dilakukan pada waktu malam sebelum
perkahwinan.
Adat bersanding masih diamalkan pada masa ini.
Adat bersanding dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara kedua-dua pihak.
Bersanding diluar rumah diadakan dengan tujuan agar ramai
tetamu dapat menyaksikan raja sehari.
Adat bersanding seharusnya dilakukan secara besar-besaran.
Makan berdamai dapat mengeratkan hubungan antara keduadua belah keluarga raja sehari.
Amalan memberikan cenderamata kepada tetamu oleh tuan
rumah merupakan tradisi yang wajar diteruskan.
SOAL SELIDIK TAMAT
56

Sangat

Tidak

Kuran

Tidak

Setuj

Setuju
1

u
2

Setuju
3

Setuj

Sanga

Setuju

00000000000000000000000000

*TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA ANDA*

Borang Temubual
AMALAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
KAMPUNG TENGLU MERSING, JOHOR
Arahan:
Maklumat am dan soalan-soalan temubual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan
dirakam menggunakan perakam digital / dicatat oleh pengkaji secara bersemuka
Nama Penyelidik

Nama Responden

TarikhTemuBual

TempatTemuBual

SOALAN TEMUBUAL
1. Adakah perkahwinan masyarakat melayu masih diamalkan secara tradisional?
:

2. Berapa kalikah kekerapan anda menghadiri majlis perkahwinan pada tahun


2014?
:

3. Adakah masyarakat melayu sekarang masih mengamalkan adat resam seperti


mandi bunga ?
:

57

00000000000000000000000000

4. Apakah kepentingan menghadiri majlis perkahwinan ?


5. Apakah contoh amalan dalam adat perkahwinan melayu yang semakin
dilupakan?
:

6. Apakah keistimewaan perkahwinan masyarakat melayu dahulu berbanding


masyarakat zaman sekarang?
:

7. Adakah adat merisik perlu sebagai proses terawal satu-satu perkahwinan?


:

8. Apakah yang menarik perhatian anda ketika menghadiri majlis


perkahwinan?
:

58

00000000000000000000000000
BORANG CATATAN PEMERHATIAN

Nama Penyelidik

NORFATIHAH BINTI ZAINORDIN

Tarikh

14/03/2015

Hari

SABTU

Masa

10.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI

Lokasi

KAMPUNG TENGLU

ITEM PEMERHATIAN

CATATAN

MERISIK
MEMINANG
MENGHANTAR TANDA
MENGHANTAR BELANJA
MENJEMPUT
MENIKAH

BERINAI

PERSANDINGAN
JEMPUT MENANTU

Pemerhatian terhadap ketiga-tiga item disertakan dengan rakaman foto pegun.


Disediakan Oleh :

59

00000000000000000000000000
( NORFATIHAH BINTI ZAINORDIN )
Tarikh :14/03/2015.

CONTOH BORANG PEMERHATIAN


Nama Penyelidik

Tarikh

Hari

Masa

Lokasi

Item Pemerhatian

Catatan

60

00000000000000000000000000

Pemerhatian terhadap semua item disertakan dengan rakaman foto pegun.


Disediakan Oleh :

( NAMA PELAJAR )
Tarikh :.

61