You are on page 1of 18

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

Tugasan 3 :
Peranan Agensi-Agensi Tempatan Dan Antarabangsa Dalam Usaha Meningkatkan
Sosialisasi Individu Dan Masyarakat
Dan
Cabaran Dalam Usaha Menerapkan Penghayatan Dan Amalan Nilai-Nilai Murni Dalam Diri
Individu Dan Masyarakat Secara Umumnya

1.0

Pengenalan
Masyarakat merupakan sebahagian daripada kajian sosial. Sosiologi merupakan
pengetahuan tentang masyarakat. Manusia dilahirkan sebagai fitrah sebagi mahkluk
sosial maka mereka tentunya saling berinteraksi dan dan hidup bermasyarakat. Oleh
sebab itu, setiap manusia tidak boleh hidup secara bersendrian tanpa adanya orang
lain. Setiap individu dikatakan virtually helpless apabila dilahirkan di muka bumi.
Kehidupan individu selepas kelahiran semestinya melibatkan ibu bapa, adik-beradik,
saudara mara, jiran tetangga dan kumpulan kawan yang dikatakan anggota penting
dalam proses sosial seseorang. Proses penyesuaian individu berdasarkan standard
kumpulan yang sedia ada dikenali sebagai sosialisasi. Sosialisasi melibatkan
penerimaan dan pemindahan sikap, nilai, tingkahlaku, tabiat dan kemahiran yang bukan
sahaja diterapkan dalam sekolah malah diterapkan dalam keluarga, kumpulan rakan
dan media massa. Kandungan pelbagai bentuk sosialisasi ini dikatkan saling
berhubungan antara satu sama lain.
Dalam konteks ini, semua pihak sama ada institusi formal atau badan-badan bukan
kerajaan telah bertindak sebagai saluran membentuk serta meningkatkan proses
sosialisasi, manusia akan dapat berinteraksi walaupun perbezaan agama, suku bangsa,
ideologi dan sebagainya. Dengan kata lain manusia dapat menyesuaikan diri dalam
situasi sosial yang berbeza. Proses sosialisasi adalah proses berterusan dan
kebanyakanya datang dari pengaruh luar. Jadi, institusi formal atau badan-badan bukan
kerajaan dapat memainkan peranan sebagai agen penyaluran dan pengekalan budaya
yang amat penting selain daripada institusi keluarga. Institusi keluarga khasnya keluarga

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

moden kian bergantung kepada institusi formal atau badan-badan bukan kerajaan dalam
mensosialisasikan anak mereka.
Antaranya agensi tempatan yang bertindak sebagai agensi sosialisasi ialah Yayasan
Salam Malaysia, Majlis AIDS Malaysia dan juga agensi daripada luar negara seperti
UNESCO dan UNICEF. Huraian di bawah akan menjelaskan lagi mengenai peranan
bebearpa agensi tempatan dan antarabangsa yang dipilih sebagai agen sosiolisasi
dalam usaha meningkatkan sosialisasi individu dan masyarakat.

2.0

Peranan Agensi Tempatan


Yayasan Salam Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan SALAM merupakan
antara antara agensi tempatan yang banyak menyumbangkan jasanya dalam
meningkatkan sosialisasi di dalam masyarakat. SALAM adalah organisasi bebas yang
bukan bertujuan mencari keuntungan yang telah ditubuhkan untuk menggalakkan
semangat khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Kegiatan SALAM dibiayai
melalui sumbangan daripada dermawan-dermawan perseorangan, badan korporat dan
juga kerajaan. Tujuan SALAM adalah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia
untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan luar negara
yang memerlukan perkhidmatan. SALAM menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
dan kesukarelawan seperti program-program perkhidmatan sukarela dalam pelbagai
bidang dengan tumpuan khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja
pembangunan komuniti. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membantu insaninsan yang memerlukan dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai dunia
kesukarelawan. Antara lain peranan SALAM ialah mereka bertanggungjawab memberi
bantuan dan perhatian kepada golongan miskin, golongan kurang upaya, kanakkanak, pelajar sekolah menengah dan lain-lain lagi. Dengan ini masyarakat dapat
dibantu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Sukarelawan-sukarelawan SALAM
juga akan dilatih untuk membantu masyarakat dengan berkongsi pengetahuan,
kemahiran serta keupayaan dengan masyarakat untuk memajukan diri sendiri.
Secara

tidak

langsung,

SALAM

telah

berjaya

melahirkan sukarelawan yang

mempunyai kemahiran menrancang danmelaksanakan projek.

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

Selain daripada peranan SALAM, Majlis AIDS Malaysia juga tidak kurang memainkan
peranan dalam usaha meningkatkan sosialisasi individu dan masyarakat. Majlis AIDS
Malaysia (MAC) ditubuhkan pada 1992 untuk berkhidmat sebagai payung organisasi
bagi menyokong dan menyelaraskan usaha dan inisiatif mengenai isu berkaitan
penularan HIV/AIDS, termasuk bantuan dari segi penjagaan, rawatan, sokongan bagi
kumpulan

ini.

Majlis

AIDS

meningkatkan kesedaran terhadap

Malaysia
HIV/AIDS

ini
untuk

juga

berperanan

seluruh

rakyat

untuk
Malaysia,

mencegah penyebaran HIV dengan sentiasa aktif menjalankan kempen-kempen.


Mereka juga akan membantu dengan menggalakkan dan melindungi hak asasi
mereka yang terjejas oleh HIV/AIDS serta memastikan kualiti kehidupan yang terbaik
dengan menyediakan

penjagaan

dan

sokongan

kepada

bagi

mereka

yang

dijangkiti HIV/AIDS.
Majlis Aids Malaysia, yang terdiri daripada Sekretariat dan Ahli-ahli Gabungan, juga giat
bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, dan organisasi antarabangsa, bagi
memastikan respons yang komited dan berkesan oleh badan bukan kerajaan yang
bertungkus-lumus dalam memastikan isu berkaitan HIV/AIDS di Malaysia dapat
diselesaikan dengan sempurna. Sekretariat Majlis AIDS Malaysia juga menyediakan
latihan, bantuan sokongan, menyediakan dana yang diperlukan dan sumber rujukan lain
untuk melaksanakan program yang efektif dan berkesan untuk menyebarkan kesedaran
kepada orang awam melalui maklumat terkini dan tepat mengenai epidemik HIV/AIDS
kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia, termasuk isu stigma dan diskriminasi
serta prejudis yang berkaitan denganHIV/AIDS yang dialami mereka.
PEMADAM iaitu singkatan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ditubuhkan
untuk melaksanakan program-program pencegahan dadah di Malaysia. Atas kesedaran
pentingnya satu agensi ditubuhkan untuk membantu mereka yang terlibat dengan
kegiatan dadah ini maka rasminya pada 22 Mac 1976, PEMADAM telah dilancarkan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussien Onn
selaku Penaung PEMADAM Kebangsaan. Penubuhan PEMADAM kemudiannya telah
dipanjangkan ke Negeri Sabah dan mempunyai Jawatankuasa penuh pada 8 Febuari
1982. Antara tujuan utama penubuhan PEMADAM ini ialah untuk bekerjasama dengan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain
badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang
menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. Selain itu

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

penubuhan ini juga bertanggungjawab untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan


mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui
jagaan lanjutan. Seminar-seminar serta kempen-kempen diadakan oleh PEMADAM
untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan
masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan
persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan persatuan
ini. PEMADAM juga berperanan bagi menghulurkan bantuan bagi melancarkan
kegiatan-kegiatan persatuan itu dalam peringkat negeri dan daerah dan memberi
galakan serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan dan badan-badan yang
mempunyai tujuan yang sama dengan persatuan ini.
Antara

lain

agensi

tempatan

yang

banyak

menyumbangkan

jasanya

dalam

meningkatkan sosialisasi individu dan masyarakat di Malaysia ialah Persatuan Bantuan


Perubatan Malaysia atau lebih sinonim dengan panggilan Mercy Malaysia (MERCY)
yang bukan lagi terlalu asing bagi rakyat negara ini khususnya yang aktif terbabit dalam
kerja-kerja sukarela dan misi bantuan. MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi yang
tidak mementingkan keuntungan yang memberi bantuan perubatan, pembangunan
kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang
memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. MERCY ditubuhkan pada Jun 1999
oleh pengasasnya, Tan Sri Dr. Jamilah Mahmood dan beberapa rakan yang sejiwa
rentetan daripada Perang Kosovo pada 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh
puak Serb terhadap penduduk Islam di negara itu. Sebagai sebuah pertubuhan bukan
keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan
sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan
perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima,
sama ada di Malaysia dan luar negara. Mercy Malaysia adalah sebuah pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) yang Mercy Malaysia sudah bertindak sebagai badan bantuan
kemanusiaan antarabangsa serta bertindak mengikut piawaian antarabangsa. Tujuan
penubuhan ialah memberi tindak balas apabila berlaku krisis dan bencana dengan
secepat mungkin iaitu antara 48 hingga 72 jam daripada bermula sesuatu krisis. Malah
tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran pertubuhan bantuan itu sedikit sebanyak telah
menyemarakkan lagi semangat sukarelawan di kalangan masyarakat.

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

3.0

Peranan Agensi Antarabangsa

Antara agensi antarabangsa yang bergiat aktif dalam membantu meningkatkan


sosialisasi individu dan masyarakat ialah UNESCO. UNESCO adalah singkatan
daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB atau dalam Bahasa
Inggerisnya dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization.
UNESCO merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah
ditubuhkan pada tahun 1945 dengan tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang
ke arah kedamaian dan keselamatan dan mempromosikan kerjasama antarabangsa
melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Sehingga kini sebanyak 191 buah
negara telah menyertai UNESCO.

Organisasi ini berpusat di Paris dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi
diseluruh dunia. UNESCO telah menetapkan lima program utamanya iaitu meliputi
bidang pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan
komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan
kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru,
program sains antarabangsa, promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas,
projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia, perjanjian
kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk
memelihara hak

asasi

manusia

dan

percubaan

untuk

menyatukan

rangkaian

antarabangsa.

Selain daripada UNESCO, penubuhan Tabung Alam Sedunia atau The World Wide
Fund for Nature dengan nama singkatannya WWF, adalah merupakan sebuah
pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan,
kajian dan pemuliharaan alam semulajadi. WWF dulunya dikenali dengan nama Tabung
Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang masih kekal sebagai nama rasminya
di Amerika Syarikat dan juga Kanada. Objektif utama penubuhan WWF ialah untuk
menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi. Oleh itu WWF
bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah besar seperti

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

masalah alam sekitar dan membantu manusia serta alam semulajadi untuk terus subur
dan bertambah maju.
WWF telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.
WWF amat prihatin terhadap spesies hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim.
Bagi merealisasikan hasrat ini, pertubuhan ini telah menjalankan lebih 1,200 projek
amali di seluruh dunia dalam setiap tahun. Organisasi ini amat mementingkan
penjagaan alam sekitar seperti kepentingan sungai, hutan dan udara yang segar. Ahli
pertubuhan ini juga dengan berani telah menyuarakan pendapat tentang kepentingan
penggunaan alatan yang mesra alam seperti penggunaan pendingin udara yang bebas
CFC. Mereka juga menyarankan agar mewujudkan pembangunan yang mesra alam
seperti

menanam

pokok-pokok

pada

ruang-ruang

kosong

setelah

menyedari

kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk menyeimbangkan suhu di sesuatu kawasan.

Selain daripada itu, agensi antarabangsa lain yang membantu meningkatkan sosialisasi
individu dan masyarakat ialah United Nations Children's Fund yang dikenali sebagai
UNICEF.

UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang

memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh


dunia. UNICEF beribu pejabat di New York. UNICEF juga bukanlah badan yang
mementingkan keuntungan dan sumber kewangannya

dan bergantung sepenuhnya

kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma peribadi.


Program-program UNICEF biasanya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan
kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat. Atas hasil usahanya, UNICEF telah
dianugerahkan Hadiah Nobel pada 1965 .

Matlamat utama penubuhan UNICEF ini ialah untuk menjalankan program-programnya


di seluruh dunia, terutamanya di benua Afrika memandangkan benua ini amat
memerlukan perhatian yang secukupnya. UNICEF mempunyai lima matlamat utama,
iaitu Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak, Pendidikan Asas dan Kesamaan
Jantina(iaitu pendidikan

untuk

perempuan), Perlindungan Kanak-kanak daripada

Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan, Pencegahan HIV/ AIDS di kalangan kanak-

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

kanak, dan Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta kerjasama dalam
usaha sedemikian.

UNICEF

juga

banyak

membantu

dalam

perkembangan

kanak-kanak

dari

umur mereka masih kecil, perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan
pendidikan. UNICEF amat menyokong pemberian pendidikan asas yang berkualiti
kepada semua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang memberi penekanan kepada
kesamaan jantina dan penghapusan apa-apa jenis perbezaan antara manusia. Dalam
menggalakkan kesaksamaan, UNICEF memberi fokus kepada kanak-kanak yang paling
tidak bernasib melalui program-program pendidikan yang inovatif. UNICEF akan
menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam
isu yang kompleks ini. Melalui pengumpulan dan penganalisaan data, sokongan kepada
penyelidikan mengenai perkembangan kanak-kanak, perlindungan, penglibatan dan
tanggungjawab, dan analisa kritikal mengenai usaha-usaha yang berjaya, programprogram

untuk

mengukuhkan

sokongan

dan

meningkatkan

kesedaran

akan

dipergiatkan. Penglibatan agensi-agensi Kerajaan, pemimpin-pemimpin agama, komuniti


akademik, NGO, institusi latihan dan penyelidikan, media dan sektor swasta adalah
amat penting kepada kejayaan kami.

UNICEF juga akan

bekerjasama dengan pihak-pihak tempatan, nasional dan

antarabangsa

mencapai

untuk

matlamat

yang

ditetapkan

dalam

Matlamat

Pembangunan Alaf Baru dan Deklarasi Pendidikan untuk semua untuk membawa
sebarang perubahan yang diperlukan untuk mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan
untuk semua. Dari sudut pelindungan kesihatan, UNICEF telah berusaha menyediakan
kemudahan-kemudahan melindungi kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia. Usaha ini
termasuk pendidikan kesihatan, pembekalan supplemen nutrien, kelambu dan vaksinasi.
UNICEF juga telah berusaha sebaik mungkin memberikan hak kepada kanak-kanak
termasuk melindungi mereka daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan, termasuk
pelacuran, pemerdagangan dan pemburuhan kanak-kanak dan sebagainya. Sasaran
usaha ini ialah kanak-kanak tanpaibu bapa serta berada dalam konflik undang-undang
atau senjata.

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

Selain itu, UNICEF juga amat prihatin terhadap kanak-kanak yang mengidap AIDS.
Sehingga kini,seramai 15 juta orang kanak-kanak kini menjadi anak yatim kerana AIDS
dan dijangka pada 2018 , seramai 18 juta kanak-kanak akan kehilangan salah seorang
ibu bapa disebabkan AIDS di kawasan sub-Sahara Afrika . UNICEF juga berusaha
membasmi pornografi kanak-kanak.

4.0

Cabaran Penerapan dan Penghayatan Nilai Murni


Nilai murni bolehlah didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Menurut Wan Mohd. Zahid(1988), beliau mentakrifkan nilai murni sebagai tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada
agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan
penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
Secara umumnya, nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam
kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati,
berperikemanusian dan lain-lain lagi. Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang
perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari
norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika
tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan
menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilainilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia. Namun,

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman dan
terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh dalam usaha untuk menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni ini.terdapat tiga elemen utama cabaran yang dikenalpasti
dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni ini iaitu elemen daripada dalam
sekolah, elemen daripada komuniti atau masyaraakt sekeliling dan juga elemen di
peringkat global. Huraian di bawah akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai
cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan nilai-nilai murni ini.
4.1

Perasaan Mementingkan Kebendaan


Selaras dengan pembangunan dan kemajuan di sesebuah negara, unsur-unsur
kebendaan kerap ditekankan. Perkembangan di dalam teknologi dan sains telah
menyebabkan aspek kebendaan lebih dititikberatkan berbanding dengan
perkembangan rohani. Oleh itu tidak hairanlah jika sikap kebendaan atau
materialistik anggota-anggota masyarakat juga semakin bertambah. Contohnya,
seorang

ayah yang

bertugas sebagai

seorang guru mungkin banyak

mengendalikan kelas-kelas bimbingan untuk menambahkan pendapatannya


tanpa menyedari bahawa beliau telah mengabaikan masa untuk bergaul dan
berinteraksi dengan anak-anaknya. Setelah selesai mengajar kelas-kelas
bimbingan, dia akan merasa letih serta kurang berupaya untuk melayani anakanaknya dari segi sosio emosi dan intelek. Seorang ibu yang bersikap
materialistik pula sentiasa merancang cara-cara menambahkan pendapatan
dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling)
seperti Amway, CNI, Shaklee, Coasway dan lain-lain, pelbagai jenis barangan
kegunaan rumah dan sebagainya. Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak
dapat memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.
Kesibukan ahli keluarga terutama ayah dan ibu ini akan memberi kesan terhadap
pengajaran nilai-nilai moral apabila mereka secara langsung memang tidak
dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa yang amat sibuk itu. Mereka juga tidak
dapat memupuk nilai kejiranan. Keadaan ini boleh dilihat di kalangan penghuni di
kawasan perumahan di mana sapa-menyapa jarang berlaku, masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri.
Perasaan dan keadaan mementingkan kebendaan ini dengan juga boleh dilihat
dalam sektor pekerjaan. Contohnya di firma-firma, kilang-kilang dan pejabat. Di
sektor pekerjaan, unsur produktiviti amat ditekankan kerana produktiviti yang

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

tinggi membawa kepada pendapatan yang tinggi. Jika boleh setiap majikan cuba
menggantikan tenaga buruh dengan jentera tanpa memikirkan soal belas
kasihan terhadap pekerja yang diberhentikan.
Antara contoh lain yang boleh dilihat ialah pemilik pekedai runcit yang cuba
memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba menggunakan beberapa penipuan
seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat yang tidak mencukupi,
mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik serta
menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik. Pemilik
kedai tersebut ternyata tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang
rasa serta tidak jujur. Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggotaanggotanya bersaing untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta yang
lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.
Golongan profesional seperti doktor, peguam yang mewakili sesuatu kes dan
juga pengurus-pengurus syarikat besar juga tidak terkecuali. Seakan sudah
biasa kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor yang mengenakan beribu-beribu
ringgit setiap kali mengendalikan kelahiran bayi, peguam yang menipu dan
menyalahgunakan

wang

pelanggannya

serta

pengurus-pengurus

yang

menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri di kalangan orang


miskin-miskin, kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan ahli-ahli politik
menggelapkan wang dan sebagainya. Contoh-contoh ini menyatakan bahawa
penekanan terhadap kebendaan telah menyebabkan nilai moral dan keagamaan
diketepikan.
4.2

Sikap Keterlaluan
Dalam sesebuah masyarakat, biasanya terdapat individu-individu yang berbeza
dari segi fizikal, mental, rohani dan sosio ekonomi. Keseimbangan setiap aspek
tersebut mewujudkan individu yang hamonis serta bersopan. Keterlaluan yang
berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menganggu keseimbangan tersebut
akan menyebabkan tingkah laku seseorang individu melanggar norma-norma
masyarakat. Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar menang nyata
bahawa setengah-setengah kes itu berlaku kerana sifat keterlaluan. Walaupun
mungkin agak keterlaluan, kita pernah mendengar contoh seorang wanita yang
telah dilaporkan pecah cermin kereta kerana bergaduh dengan jirannya
berpunca daripada sebuah pasu bunga yang tanpa sengaja pecah dilanggar oleh

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

jirannya. Jelas bahawa jiran yang merosakkan kereta wanita itu memang
kehilangan akal lalu bertindak secara keterlaluan. Segala unsur kemoralan tidak
dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu tidak dapat dikawal.
Begitu juga keadaannya apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika
menghukum anaknya kerana-satu-satu kesalahan. Dalam keadaan penuh emosi
marah, ibu atau bapa mungkin akan merotan anaknya sehingga menyebabkan
keadaan menjadi parah. Ada bahagian yang bengkak selama berminggu-minggu
dan ada pula bahagian tubuh badan yang dibakar dengan punting pokok.Nilai
moral seperti belas kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah dulupakan
apabila ibu dan bapanya berada dalam keadaan marah.
Sifat keterlaluan boleh juga menyebabkan seseorang perkerja itu mengabaikan
tanggungjawab terhadap rumahtangganya. Misalnya, seseorang yang terus
bekerja dan hanya mementingkan produktiviti firmanya kerap kali balik lewat ke
rumahnya. Setiba sahaja di rumah dia berasa letih lesu. Lantaran itu, dia kurang
berupaya menunjukkan kasih sayangnya serta perhatiannya terhadap anak-anak
serta isteri.
Dalam masyarakat yang materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan seperti
lebih mementingkan firma daripada keluarga telah mencabar nilai-nilai murni
seperti kasih sayang dan bertimbang rasa. Perbuatan ini sebenarnya akan
meretakkan lagi hubungan kekeluargaan. Seseorang ayah atau ibu yang terlalu
sayang kepada anaknya akan memberikan anaknya seberapa banyak wang
yang dikehendaki semasa ke sekolah. Kajian telah menunjukkan bahawa kanakkanak

yang

mempunyai

wang

saku

yang

banyak

cenderung

untuk

menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan disko.


Pelajar-pelajar seperti ini lebih terdedah kepada nilai-nilai yang bertentangan
dengan norma-norma masyarakat seperti membazir dan tidak menggunakan
masa dengan bijak. Ada pula yang menyalahgunakan dadah. Dalam kes seperti
ini, jelaskan bahawa sikap ayah dan ibu yang keterlaluan, iaitu terlalu kasih
saying kepada anak mereka telah menyebabkan kerunuhan akhlak anak mereka
sendiri. Daripada contoh-contoh di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

sifat keterlaluan di dalam satu-satu situasi boleh mencabar nilai-nilai moral


seseorang itu.

4.3

Perasaan Tamakkan Kuasa


Kuasa digunakan apabila seseorang mengambil sesuatu keputusan yang
membawa kesan kepada orang yang lain, dan dihalang daripada mengambil
apa-apa tindakan yang boleh menggugat keputusan yang telah dibuat. Dalam
bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui pilihanraya
untuk mentadbir. Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin digunakan dengan
baik untuk kepentingan rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin menggunakan
kuasa yang diberikan kepada mereka secara adil untuk membangunkan negara.
Salah guna kuasa biasanya berlaku apabila terdapat pemimpin yang bercita-cita
tinggi, pendendam, tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan. Biasanya
untuk menjamin supaya dia dapat terus kekal sebagai pemimpin. Pemimpin yang
sebegini akan mengeksploitasi orang lain dengan menggunakan segala kuasa
yang masih ada padanya dengan berbagai cara. Pemimpin sebegini juga tidak
teragak-agak membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau undang-undang
yang ada.mereka akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam
orang-orang bawahan supaya terus patuh kepadanya. Namun, daripada
pengalaman sejarah, pemimpin yang tamak kuasa dan memerintah secara kuku
besi tidak kekal lama dan akan disingkirkan.
Sejarah telah membuktikan bahaw sikap pemimpin yang tamakkan kuasa di
kalangan pemimpin-pemimpin negara telah mendatangkan berbagai penderitaan
kepada rakyat. Berdasarkan sejarah, jelas menunjukkan bahawa peperangan
dunia dan peperangan antara negara-negara berlaku akibat daripada sikap
pemimpin negara yang tamakkan kuasa. Orang-orang yang berkuasa dalam
politik, pertubuhan, persatuaan, syarikat atau institusi juga kadang-kadang
tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa memberikannya status, kekayaan dan
kedudukan yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa, mereka ingin terus
memilikinya. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah
menfitnah atau memburuk-burukkan antara satu sama lain berlaku. Dalam kes

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

yang serius perbuatan mencedera atau membunuh kerap dilakukan oleh orang
yang berkuasa demi mempertahankan kuasa yang dimilikinya.
Perebutan kuasa juga kerap berlaku antara pemimpin politik negara. Kadangkadang perbuatan yang melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan
sahaja dilakukan oleh pemimpin atau orang yang berkuasa demi mengekalkan
kedudukannya sebagai ketua, mereka yang belum berkuasa dan ingin berkuasa
juga sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa.
Daripada contoh-contoh di atas, nyata orang yang tamakkan kuasa tidak
mengambil kira kebajikan dan kebaikan orang lain. Kebanyakan mereka
membelakangkan nilai-nilai moral atau ajaran agama semata-mata untuk
menjaga periuk nasi sendiri. Mereka sanggup menggunakan apa saja cara dan
menghalalkan apa saja cara hatta sampai kepada mencederakan dan
membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.
4.4

Hilang Rasa Tanggungjawab


Perasaan tidak bertanggungjawab sebenarnya bukan sahaja menyusahkan diri
sendiri malahan juga masyarakat sekeliling. Dalam kehidupan kita sehari-hari,
kita dapati pelbagai situasi yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab.
Contohnya, telefon awam yang dicabut gagangnya serta membuang sampah
sarap merata-rata tempat jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.
Amalan-amalan seperti ini biasanya dikaitkan dengan kegiatan pelajar-pelajar
yang bertingkah laku anti sosial. Di samping amalan tersebut, pelajar juga
didapati menconteng dan menulis tidak tentu arah di atas meja dan kerusi
mereka. Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji, menghina dan mengata
guru dan pensyarah kadangkala terdapat di dinding-dinding tandas. Kertas
pembalut coklat, gula-gula dan keropok sentiasa terdapat di bahagian bawah
meja mereka. Pelbagai garisan didapati di permukaan meja dan kerusi mereka.
Sesetengah pelajar tidak berusaha untuk memadamkan lampu dan kipas apabila
bertukar kelas atau keluar daripada kelas.
Tidak cukup dengan itu, air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja
tidak

ditutup

selepas

digunakan.

Amalan

seperti

ini

adalah

tidak

bertanggungjawab dan membazirkan api dan air. Ada pula pelajar yang meludah
di merata-rata tempat atau mengesat hingus mereka di penjuru-penjuru atau
dinding-dinding bilik kuliah. Satu amalan yang juga tidak bertanggungjawab dan

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

kerap berlaku kepada pelajar ialah cara mereka duduk di atas kerusi. Mereka
gemar duduk secara menonggengkan kaki kerusi menyebabkan kaki kerusi
mudah rosak. Selain itu, kerja-kerja kursus yang disuruh oleh guru adakalanya
tidak dibuat atau disiapkan dengan sempurna. Sesetengah pelajar gemar
menghabiskan masa di kompleks-kompleks membeli belah terutama mereka
yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan
Ipoh Parade daripada menghadiri kelas dan kuliah, dan masalah ini jugalah yang
menyebabkan mereka tidak membuat dan menyiapkan kerja kursus yang telah
diberikan dengan sempurna.
4.5

Perbezaan Kelas dan Status


Dalam sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan
bahawa ada golongan individu yang memperoleh pendapatan yang lebih
berbanding dengan golongan yang lain. Pendapatan yang diperoleh sebenarnya
bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang dikendalikan. Lazimnya, para
peniaga dan pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan berpendapatan
tinggi. Ahli-ahli professional seperti doktor, penguam, arkitek dan akuantan yang
mengendalikan

firma-firma

sendiri

juga

tergolong

dalam

kumpulan

ini.

Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun


penjaja kecil digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan
rendah. Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara
kumpulan

berpendapatan

tinggi

dan

kumpulan

yang

berpendapatan

rendah.Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta


mewah, duduk di kawasan perumahan yang eksklusif dan memakai pakaian
yang berjenama dan mahal.
Kesemua ciri ini dikaitan dengan status yang tinggi. Dengan itu, jelas dapat kita
katakan bahawa individu yang berpendapatan tinggi sekaligus mempunyai
berstatus tinggi. Dalam kehidupan seharian, perbezaan kelas atau status
sentiasa ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keadaan
seperti ini kurang sihat dan ia boleh menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti
atau masyarakat. Kerajaan juga telah berusaha mengambil langkah untuk
mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-langkah membasmi kemiskinan
dibahagikan kepada dua kategori seperti kemiskinan di luar bandar dan
kemiskinan di bandar. Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

bandar menitikberatkan petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh
ladang, penduduk kampong baru dan buruh kasar.
Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun seperti
RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA. Selain badan-badan kanun
tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan. Langkah-langkah
bantuan yang ditawarkan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan
tanah-tanah baru, bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan
baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang
baru. Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat. Strategi
untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan
guna tenaga yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih
meluas berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan serta memperbaiki untuk
memperolehi kemudahan awam yang asas untuk mempertingkatkan taraf hidup.
Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status sememangnya
akan dapat dikurangkan. Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat
negara kita akan terus terjamin.

4.6

Jurang Generasi (Generation Gap)


Jurang dalam generasi merujuk kepada merujuk kepada perbezaan pandangan
dan idea yang wujud di antara generasi muda dengan generasi tua. Dalam
sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi
oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan
sebagainya. Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang
generasi di antara anak-anak dengan ibu bapa mereka.
Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai seluar yang berfesyen baggy
atau bokat akan menghadapi konflik apabila menurut ayahnya, pakaian seperti
itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya. Dengan itu, perselisihan
faham akan timbul di antara ayah dengan anaknya. Dalam satu contoh yang lain,
seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun
rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang ala penyanyi
rock. Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut agar

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

panjangnya tidak melebihi kolar baju. Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin
mendengar muzik yang perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama seperti
dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih meminati lagu berunsur
pop dan rock seperti Siti Nurhaliza dan Awie. Begitu juga dengan program
televisyen. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita Dunia Jam 10
tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris. Contoh-contoh
di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan faham mudah
timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya. Ia timbul kerana jurang generasi
yang wujud itu. Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini,
maka timbullah situasi di mana anak tidak ingin balik ke rumah lagi. Mereka lebih
gemar berfoya-foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan. Dengan
itu, ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud. Ia
dapat dilakukan dengan beberapa pendekatan seperti menerangkan kepada
anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada pakaian, fesyen rambut atau
jenis lagu yang dipilih itu. Ibu bapa juga harus cuba timbulkan kesedaran tentang
nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.
Tidah dapat dinafikan bahawa ibu bapa harus mencuba untuk meningkatkan
pengetahuan agama dan pegangan moral anak-anak serta

ambil tahu jenis

rakan yang didampinginya. Ibu bapa harus sentiasa bertimbangrasa dan


mencuba memenuhi keperluan dan permintaan anak-anak yang berpatutan
seperti keinginan untuk menghadiri majlis keraian. Cubalah untuk melibatkan diri
dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur, monopoli,
badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan hubungan diantara
ayah dengan anak-anak. Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh
orang dewasa yang lain, maka jurang generasi akan dapat dirapatkan.
Perhubungan ibu-bapa dengan anak yang mesra akan mewujudkan suasana
keluarga yang lebih harmonis. Lantaran itu masalah-masalah antisosial akan
dapat dikurangkan

5.0

Kesimpulan

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

Secara kesimpulannya, dengan jelas kita dapat melihat pelbagai pihak termasuk agensiagensi tempatan dan antarabangsa telah mengambil langkah dan memainkan peranan
sewajarnya bagi membantu masyarakat dalam mengatasi masalah sosial yang dihadapi
melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan
perkongsian tanggungjawab yang strategik. Selain daripada agensi-agensi tempatan
dan antarabangsa ini, keluarga dan masyarakat sekeliling juga harus menyedari
peranan mereka dalam mensosialisasikan anak dan orang yang berada di sekeliling
mereka. ibu bapa boleh membantu dengan meluahkan masa bersama anak mereka
demi menigkatkan interaksi sosial antara ahli keluarga. Misalnya, mengadakan hari
keluarga bersama anak-nak, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Keadaan
ini secara langsungnya meningkatkan hubungan sosial sesama ahli komuniti dan
khususnya di kalangan anak-anak muda. Selain itu, kehidupan moden tidak harus
menjadi halangan dalam usaha sosialisasi anak, malah kehidupan moden harus menjadi
pendorong dalam pembentukan kehidupan sosial yang lebih membangun. Masyarakat
juga harus memberikan didikan mengenai norma sosial, amalan sosial serta mengajar
apa yang boleh dibuat dalam komuniti serta larangan sosial. Keadaan ini secara
langsungnya meningkatkan kesedaran sosial anak-anak dan seterusnya berlakulah
proses sosialisasi.

Rujukan

ELM3043 (Isu-Isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni)

Abd. Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan. Petaling Jaya:utusan
Publications.
Azalina Abdullah. (2010). Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada Dekad
Pertama abad 21 di Malaysia. Akademika, 78, 3-14.
Robiatuladawiyah Abd Rashad & Siti Zubaidah Mat Isa. (2011, Nov 24). Jangan SIngkirkan
Mereka. Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/rencana/jangansingkirkan-mereka-1.7613
Sabri.PEMADAM. Retreived from http://ipspemadam.blogspot.com/

Zuhayati Yazid.(2010, Jan 11). Mercy semarakkan semangat sukarelawan. Utusan Online.
Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0111&sec=Rencana&pg=re_08.htm