You are on page 1of 25

Penghargaan

    Semasa membuat projek ini, kami telah mendapat bantuan dan sokongan daripada
ibu bapa, guru serta pengetua dan juga rakan-rakan yang menyertai kumpulan kami.

  Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Tinggi
Kluang sebab memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, ibu bapa
kami juga memberi sokongan kepada kami. Semasa menjalankan projek ini, kami
telah menhadapi pelbagai masalah. Namun, dengan dorongan ibu bapa kami, kami
dapat menjalankan kajian ini dengan sempurna.

  Di samping itu, kami juga hendak berterima kasih kepada guru bimbingan kami iaitu
Pn Norzaidah  yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.
Dengan ini, kami dapat menjalankan projek ini dengan secepat mungkin. 

  Akhir sekali, tidak lupa juga rakan-rakan satu kumpulan kami kerana telah memberi
sepenuh kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan
kajian ini.
Isi Kandungan
Penghargaan                                                                                                     i

Isi Kangungan                                                                                                ii

Sinopsis                                                                                                          1

1.0 Pengenalan                                                                                              2

2.0 Definisi Konsep                                                                                        3

3.0 Objektif kajian                                                                                         4

4.0 Kesan Negatif Sistem Kuliah dan Tutorial                                              5-6

5.0 Keputusan Kajian                                                                                     7-16

6.0 Cadangan                                                                                                 17

7.0 Rumusan                                                                                                  18

Rujukan                                                                                                          19

Lampiran                                                                                                       20
SINOPSIS

Kolokium merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk
membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara
berkumpulan. Kumpulan kami telah memilih tajuk “Pro Dan Kontra Sistem Kuliah
Dan Tutorial”. Tetapi selepas melalui perbincangan dengan guru kami, kami telah
mencapai kata sepakat untuk hanya membincangkan “Keburukan Sistem Kuliah Dan
Tutorial”.

Dalam bidang akademik, kolokium mengandungi syarahan yang diberikan oleh ahli
komuniti akademik tentang kerjanya kepada rakan yang bekerja dalam bidang
berdekatan. Dalam hal ini, kumpulan kami akan membuat pembentangan mengenai
“Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Kemudian, kami akan membincangkan topik
ini dengan para pendengar kami dan mereka akan bersoal jawab dengan kami untuk
menanyakan perkara yang tidak difahami dan mereka juga akan menilai kerja yang
kami bentangkan
Pengenalan

Tingkatan 6 sekarang dikenali sebagai pra-universiti.  Ia merujuk kepada laluan ke


university selepas peringkat menengah sama ada tingkatan 6 atau matrikulasi. 
Sekarang sistem kuliah dan tutorial diperkenalkan di peringkat Tingkatan 6
menggantikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan untuk
memudahkan pelajar-pelajar untuk menyesuaikan diri di universiti dengan sistem ini
kelak.  Kertas kerja kami memfokuskan soal selidik tentang penerimaan pelajar serta
guru terhadap sistem yang baru ini.
Definisi Konsep

 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada halaman 724 sistem kuliah bermaksud
pelajaran yang disampaikan secara bersyarah atau berpidato oleh mahaguru atau
pensyarah di universiti atau maktab. Manakala pada halaman 1501 sistem tutorial
ialah kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor dalam mata
pelajaran tertentu.
Kesan Negatif Sistem Kuliah dan Tutorial

1. Kuliah gagal untuk menyediakan instruktur dengan umpan balik tentang lingkup
pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar.

2. Pelajar akan sentiasa pasif dalam masa kuliah kerana tidak ada mekanisme untuk
memastikan bahawa mereka secara intelektual yang terlibat dengan materi.

3. Maklumat cenderung dilupakan dengan cepat ketika pelajar menjadikan pasif.

4. Cikgu mengganggap bahawa semua pelajar belajar dengan kelajuan yang sama
dan berada pada tahap yang sama pemahaman.

5. Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar pelajar yang berfikir arahan yang lebih
tinggi seperti aplikasi,analisis,sintesis,atau evaluasi,untuk mengajar keterampilan
motorik,atau untuk menpegaruhi sikap atau nilai.

6. Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar kompleks,bahan alstrak.

7. Kuliah yang berkesan memerlukan speaker.

8. Kuliah menekankan belajar dengan mendengarkan yang merupakan kerugian bagi


pelajar yang mempunyai gaya belajar yang lainnya.
9. Pelajar tidak dapat berkonsentrasi selepas lima belas minit hingga dua puluh lima
minit.

10. Sistem kuliah sangat susah untuk mengekalkan minat dan perhatian pelajar
selama satu jam penuh dan lima puluh minit dari kuliah.

11. Informasi kuliah akan cepat dilupakan, selama dan setelah kuliah

12. Kuliah tidak berkesan bila tujuan pengajaran berfikir.

13. Pelajar tidak aktif ketika mendengarkan sahaja.Mereka akan berasa bosan dan
kurang minat dengan sistem kuliah ini.

14. Pelajar (terutamanya pelajar kurang matang) cenderung hilang minat selepas 
masa yang singkat.

15. Mungkin tidak akan berkesan untuk berfikir tahap tinggi kemahiran, bergantung
pada pengetahuan dan kemahiran daripada guru.

16. Pelajar tidak dapat fokus.

 
Objektif Kajian

Objektif Umum

1. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam sistem


pembelajaran kuliah dan tutorial.
2. Mengenalpasti cara-cara atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk
memastikan sistem kuliah dan tutorial dapat dijalankan dengan lebih
berkesan.
3. Mengenalpasti tempoh waktu para pelajar dapat memberikan perhatian yang
maksimum ketika proses pengajaran.

Objektif Khusus

1. Mengenalpasti pendapat para pelajar sama ada setuju atau tidak sistem
kuliah dan tutorial dijalankankan untuk pelajar pra-universiti.
2. Mengenalpasti sama ada sistem pembelajaran kuliah dan  tutorial sesuai
untuk dipraktikkan kepada para pelajar pra universiti.
3. Mengenalpasti sistem pembelajaran yang sesuai untuk pelajar pra-universiti
sama ada sistem pembelajaran kuliah dan tutorial atau sistem pengajaran
dan pembelajaran.
4. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam pelajaran melalui sistem
pembelajaran kuliah dan tutorial.
5. Mengenalpasti kekurangan bilik kuliah yang menyebabkan sistem
pembelajaran kuliah dan tutorial kurang berkesan atau tidak sama dengan
peringkat matrikulasi dan universiti   
 

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem Kuliah

Survey (Tingkatan 6 Atas)

Perkara Ya Tidak
100%  perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’ 20 40


Keselesaan 3 57
Masa kuliah terlau panjang 48 12

Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja 21 39

Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 22 38


Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 13 47

 
 
Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem
Kuliah(Tingkatan 6 Atas)
Tafsiran Data (Tingkatan 6 Atas)

Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem
Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang
Sistem Kuliah tidak sesuai dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah
melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 atas. 

Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang
hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem
kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian
mereka. 

Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, hanya 33.3% daripada mereka ataupun
20 orang daripada mereka yang dapat memahami pengajaran dan pembelajaran
melalui “slide show”. 66.7% ataupun 40 orang pelajar yang selebihnya menunjukkan
respons yang negative.

Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada
mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 3 orang ataupun 5% daripada pelajar
yang disoal selidik yang berasa selesa. 57 orang atau 95% pelajar tidak berasa selesa
di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya. 

48 orang pelajar atau 80% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa
masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di
antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.

65% daripada pelajar yang disoal selidik atau 39 orang pelajar tidak berpuas hati
dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di
bahagian belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat
melihat screen di hadapan. 

Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah.
Dalam kajian kami terdapat 63.3% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang
mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik
kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan
semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka.

78.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak
dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam
erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya
sistem tutorial.

Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini
haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk
menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga
dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.      
Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem Kuliah
(Tingkatan 6 Bawah)

Perkara Ya Tidak

100%  perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’ 30 30

Keselesaan 50 10

Masa kuliah terlau panjang 53 7

Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja 13 47

Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 40 20

Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 4 56

  
Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem
Kuliah(Tingkatan 6 Bawah)
Tafsiran Data (Tingkatan 6 Bawah)

Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem
Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang
Sistem Kuliah tidak sesuai dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah
melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 bawah.

Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang
hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem
kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian
mereka. 

Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, separuh daripada 60 pelajar dapat
memahami pengajaran melalui ‘slide show’ iaitu 50% ataupun 30 pelajar.Keputusan
ini sama dengan pelajar yang tidak memahami pengajaran melalui ‘slide show’.

Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada
mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 10 orang ataupun 16.7% daripada
pelajar yang disoal selidik yang berasa selesa.  Sebanyak 50 orang atau 83.3% pelajar
tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya.

Sebanyak 57 orang pelajar atau 95% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju
bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di
antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.

78.3% daripada pelajar yang disoal selidik atau 47 orang pelajar tidak berpuas hati
dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di
bahagian belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat
melihat screen di hadapan.
Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah.
Dalam kajian kami terdapat 66.7% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang
mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik
kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan
semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka. 

93.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak
dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam
erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya
sistem tutorial. 

Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini
haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk
menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga
dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.      

Penyelidikan Perbandingan Antara Sistem Kuliah & Tutorial Dengan P&P


Biasa

Sistem Pembelajaran Bilangan Pelajar


Sistem Kuliah dan Tutorial 25
Sistem Pengajaran dan Pembelajaran 95

Carta Menunjukkan Pilihan Sistem Pembelajaran Oleh


Pelajar Prauniversiti
 

   
Tafsiran Data Bagi Pilihan Sistem Pengajaran Oleh
Pelajar Pra-U
  Sebanyak 120 pelajar Pra-U telah menyertai kajian yang dibuat oleh kami mengenai
kefahaman antara sistem kuliah dan tutorial dengan sistam P&P seperti biasa. 
Menurut keputusan kajian, sebanyak  95 orang pelajar ataupun 79.2% daripada 120
orang pelajar lebih memahami sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. 
Pilihan ini telah melebihi sistem pengajaran melalui sistem  kuliah dan tutorial
sebanyak 58.4% iaitu sebanyak 70 orang pelajar.   Ini telah menunjukkan sebahagian
besar pelajar tidak dapat memahami sistem pengajaran yang kami jalankan sekarang
iaitu sistem  kuliah dan tutorial.

Cadangan
1. Memendekkan masa kuliah
-Merujuk pada kajian, kebanyakan pelajar berasa masa kuliah terlalu panjang dan
membosankan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian semasa kuliah dijalankan.   Oleh itu daripada cadangan pelajar, satu
setengah jam adalah masa yang dicadangkan oleh kebanyakan pelajar.

2. Menaik taraf sistem suara yang sedia ada

-Menurut kajian, kebanyakan pelajar tidak dapat mendengar dengan jelas kepada
maklumat yang disampaikan oleh guru di hadapan.  Terutama pelajar yang duduk di
belakang.  Ini akan mejejaskan pembelajaran dan keputusan pelajar.  Justeru,
dengan bantuan sistem suara pelajar dapt mendengar dengan lebih jelas dan lebih
memahami ajaran yang disampaikan oleh guru.

3. ‘Screen’ perlu dibesarkan

-Menurut kajian, pelajar telah menghadapi masalah melihat ‘screen’ di hadapan. 


Kajian mengatakan di bilik kuliah terlalu kecil sehingga menyebabkan mereka tidak
dapat melihat nota yang  di sampaikan oleh guru yang mengajar. Letakan ‘screen’
juga merupakan satu masalah kepada pelajar. Pelajar yang duduk di sebelah kiri
mendapi masalah ini.  Dengan meletakkan ‘screen’ di tengah-tengah bilik kuliah,
semua pelajar dapat melihat dengan lebih jelas dan teliti.

4. Menaik taraf  bilik kuliah yang sedia ada

-Menurut kajian, pelajar berasa tidak selesa belajar di bilik kuliah dengan suasana
yang panas dan bising. Bilik kuliah yang dapat dimasuki hampir lapan puluh orang
pelajar dengan hanya lima buah kipas telah menyebabkan pelajar berasa tidak selesa
belajar di dalam bilik kuliah.   Oleh itu, ada sebahagian pelajar mencadangkan untuk
memasang alat penghawa dingin di bilik kuliah untuk menambahbaikkan suasana
yang terlalu panas  dan tidak selesa supaya mereka dapat belajar dengan suasana
yang lebih selesa.
Rujukan

1.      www.wcer.wisc.edu.com

2.      www.amazon.com

3.      www.wiki.answers.com

4.      www.books.google.com

5.      www.teachphilosophy.org.com
6.      www.samford.edu.com

7.      www.adprima.com

8.      www.kuliahonline.unikom.com

9.      www.scribd.com

10.  Bahan sumber yang tidak diterbitkan:Kolokium Pelajar-pelajar  Pra-universiti


Sekolah-sekolah  Menengah Negeri Johor 2009

Rumusan
  Menurut kajian yang dijalankan oleh kami, banyak bukti telah membuktikan
bahawa sistem kuliah dan tutorial masih mempunyai kekurangannya.  Seperti yang
dilihat, pelajar sendiri merasakan sistem kuliah dan tutorial ini tidak membantu
mereka dalam pembelajaran malah sistem ini telah manjadi suatu halangan
pembelajaran bagi pelajar.  Dengan fakta yang sedia ada dan keputusan soal selidik
kami, seramai 95 orang pelajar dari 120 orang pelajar yang disoal selidik telah
memilih sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
  Secara tuntasnya, dengan bukti yang dibuktikan oleh kumpulan kami, kami tidak
setuju sistem kuliah dan tutorial yang masih mempunyai kekurangan dijalankan di
sekolah.

KETIDAKSESUAIAN SISTEM KULIAH DAN TUTORIAL


DIJALANKAN  DI SEKOLAH 

 
 
 
NG YEE XVAN
YASHENI A/P TINABALAN

ONG SEOW YIN

SINUSHA A/P MURTHY

LIM HUEY JIUAN

NURUL FARHANAH BINTI MISLAN

 
 

SEKOLAH TINGGI KLUANG

 
 

 
 

You might also like