You are on page 1of 10

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

Jawab semua soalan.Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan


C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu
jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga Soalan 17
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang
paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. Segala titah perintah tuanku


akan _________ laksanakan,
sembah Tun Ali.
A hamba
B patik
C beta

2. Rakyat Malaysia digalakkan


membeli barang _________
tempatan.
A keluaran
B pengeluaran
C pengeluar
D mengeluarkan

3. Ribuan penonton _________


Stadium Bukit Jalil untuk
menyaksikan upacara
pembukaan Sukan SEA ke-22.
A membanjiri
B melimpahi
C mencucuri
D menghujani
4. Mazni ___________ kerana
baru pertama kali menaiki feri.
A mabuk darah
B mabuk kepayang
C lemah semangat
D mabuk laut
Soalan 5 dan Soalan 6
berdasarkan Gambar 2

5. Tuk Wan sedang membaca


surat yang dikirimkan
__________ cucunya.
A oleh
B pada
C kepada
D daripada

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

6. Tuk Wan memakai cermin


mata kerana dia
___________.
A rambang mata
B buta huruf
C rabun ayam

Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 4

Gambar 3

7. Kami memelihara tiga


_________ ikan emas di dalam
akuarium.
A ekor
C kawan
B pasukan
8. Mangsa-mangsa bot
__________ itu diselamatkan
oleh nelayan.
A gugur
B karam
C kandas
D roboh

9. Menteri Pertanian dan


Industri Asas Tani telah
____________ bangunan baru
itu.
A merasmikan
B membubarkan
C menubuhkan
D memansuhkan
10. Kami tidak ___________
mengenai perlantikan
Pengerusi Kelab Rakan Muda
itu.
A kata-mengata
B tahu-menahu
C kenal-mengenal
D tuduh-menuduh
11. Abang tersentak
__________ ibu mengetuk pintu
biliknya.
A apabila
C sebelum
B bahawa
D jika

SULIT

12. Apa_________ dayaku


yang lemah ini untuk melawannya,
keluh lelaki itu.
A -lah
B pun
C juga
13. Adibah dihormati oleh
rakan-rakannya. _________, dia
ketua pengawas yang berdedikasi.
A Dengan itu
B Lebih-lebih lagi
C Oleh hal yang demikian
D Di samping itu
14. Rozaimi memberi
___________ peliharaannya
makan sayur kangkung.
A pepatung
B kekura
C jejentik
D lelabah
15. Jangan bermain di
________ parit itu. Airnya
dalam, pesan ibu kepada Zabidi.
A tengah
B tepi
C luar
D dalam
16. _____________ deret
kedai musnah dalam kebakaran di
Jalan Pahang pagi tadi.
A Setengah
B Sebahagian
C Beberapa

Akhir Tahun SKM (1)

Soalan 17 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

17. Harga se_________ sayur


bayam itu ialah RM1.20.
A biji
B ikat
C batang
D gugus
Soalan 18
Pilih erti kata bagi kata yang
bergaris.
18. Adik mendesak supaya ayah
membelikannya kereta mainan itu.
A mengugut
B menggesa
C menghasut
D menuntut
Soalan 19
Pilih lawan kata bagi kata yang
bergaris.
19. Daging ayam yang baru
dikeluarkan dari peti sejuk itu
masih beku.
A likat
B lekat
C cair

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

D pekat
Soalan 20
Pilih peribahasa yang paling
sesuai berdasarkan ayat yang
diberikan.
20. Dia berasa tidak selesa
semasa berada di majlis
perkahwinan itu.
A seperti duduk dalam duri
B seperti ikan kena tuba
C bagai kumbang putus tali
D seperti api dalam sekam

Soalan 23 berdasarkan Gambar 6


Pilih jawapan yang betul bagi
ayat tanya yang diberikan.

Sudah berapa
lamakah puan
bergiat dalam
bidang masakan?

Soalan 21 dan Soalan 22


Pilih ayat yang betul.
21.

22.

Eh, sombongnya
setiausaha baru
Encik Omar!
Oh, rupa-rupanya
Kamulah yang
menconteng buku
saya!
Wah, bila kamu
pulang dari Sabah!
tanya Mak Saripah
kepada Khairil.
Nah, comelnya anak
saudara kamu, Siti!
Terdapat banyak
pokok-pokok kelapa
di situ.
Di bahu jalan
kelihatan lebih
indah.
Dia tidak suka akan
sup cendawan.

Gambar 6

23.

Sejak belajar di
sekolah rendah lagi
saya minat memasak.
Saya
memang
meminati bidang ini
sejak kecil lagi.
Tidak lama lagi akan
bersaralah
saya
daripada
bidang
masakan.
Sepanjang yang saya
ingat, sudah enam
tahun saya bergiat
dalam bidang
masakan.

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

Soalan 24
Pilih ayat tanya yang betul bagi
jawapan yang diberikan.

24.

Alam
sekitar
yang
dipelihara dapat menjamin
persekitaran dan udara
yang bersih.
Apakah kebaikan
alam sekitar kepada
kita?
Mengapakah alam
sekitar perlu
dipelihara?
Bagaimanakah alam
sekitar dapat
dipelihara?
Bilakah alam sekitar
perlu dipelihara?

Soalan 25 dan Soalan 26


Pilih ayat yang sama maksudnya
dengan ayat yang diberikan.
25. Naim gembira mengikut
Izzat pulang ke kampungnya
kerana dia berpeluang merasai
cara kehidupan kaum nelayan.
A
Cara kehidupan kaum
nelayan membuatkan
Naim dan Izzat
gembira berada di
kampungnya.
B
Naim gembira kerana
berpeluang merasai
cara hidup nelayan
apabila mengikut
Izzat pulang ke

kampungnya.
Naim gembira
melihat kehidupan
kaum nelayan di
kampung Izzat.
Kaum nelayan
berasa gembira
mengikut Naim dan
Izzat pulang ke
kampungnya.

26. Kami tidak kering gusi


mendengar ceritanya yang lucu
itu.
A Gusi kami sentiasa kering
kerana geli hati mendengar
ceritanya itu.
B Ceritanya yang lucu itu
benar-benar mencuit hati
kami.
C Kami tidak henti-henti
tertawa mendengar
ceritanya yang lucu itu.
D Ceritanya yang lucu itu
menyebabkan kami tertawa
sepanjang masa.

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

Soalan 27 dan Soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan
kata yang bergaris dengan betul.
27. I
Cerah betul cuaca
pada hari ini, kata
Fakhrul.
II
Pemain yang berusia
19 tahun itu
mempunyai masa
depan yang
cerah dalam sukan
boling.
III Kulit Helwa lebih
cerah daripada kulit
kakaknya.
IV
Air tasik itu
kelihatan tenang dan
cerah.
A II dan III saja
B I, II, dan III saja
C II, III, dan IV saja
D I, II, III, dan IV
28.

II

III

IV

Shafwan tidak
pernah bercakap
kasar dengan ibu
bapanya.
Pendapatan kasar
Encik Ammar ialah
RM900 sebulan.
Warganegara asing
itu bekerja sebagai
buruh kasar.
Hasil kerja
tangannya agak
kasar.

A I, II, dan III saja


B I, III, dan IV saja
C II, III, dan IV saja

D I, II, III, dan IV


Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
29.

II
III

IV

A
B
C
D
30.

Saya hendak
menemukan
Fazeera petang
nanti.
Cara Aizad bercakap
terlalu meninggi.
Bayi itu sedang
menyusu di pangkuan
ibunya.
Zaki sedang tidur
semasa saya sampai
di rumahnya.
I dan II saja
III dan IV saja
I, II, dan III saja
II, III, dan IV saja

II

III

IV

Semua guru-guru
sedang
bermesyuarat di
bilik guru.
Yang berbaju biru
tua itu kakak ipar
saya.
Nenek sayang akan
Siti sepenuhpenuhnya.
Pihak polis bergegas
ke tempat itu apabila
menerima panggilan
telefon.

A I dan III saja


B II dan IV saja
C I, II, dan III saja

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

D II, III, dan IV saja


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca syarahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya.
Yang dihormati Pengerusi Majlis, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah "Pentingnya Memulihara Sumber Semula
Jadi".
Sebelum saya berhujah, eloklah saya terangkan maksud pemuliharaan
lebih dahulu. Pemuliharaan bermaksud usaha melindungi sesuatu supaya
berada dalam keadaan yang baik. Sumber semula jadi pula termasuklah air,
tanah, hutan, galian, bahan api, dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Sumber semula jadi yang ada di seluruh dunia hari ini amat terhad
kerana sumber tersebut digunakan secara berlebih-lebihan. Contohnya,
tanah hutan diteroka untuk membina bandar, kilang, atau jalan raya. Bahan
api pula diperlukan untuk menjana kuasa. Sementara itu, bahan galian digali
untuk membekalkan bahan mentah bagi pelbagai industri.
Tahukah anda kesan penggunaan sumber semula jadi secara berlebihlebihan kepada manusia dan haiwan? Untuk pengetahuan anda, tanpa pokok,
struktur tanah menjadi longgar sekali gus menyebabkan berlakunya
hakisan tanah seterusnya mengakibatkan tanah runtuh. Pembakaran dan
pembersihan kawasan hutan turut memusnahkan pelbagai spesies tumbuhtumbuhan. Haiwan-haiwan liar pula semakin pupus kerana habitat mereka
telah dimusnahkan oleh manusia.
Hadirin sekalian,
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memulihara sumber
semula jadi. Kita dapat membantu melindungi sumber tersebut dengan
pelbagai cara. Pertama, mengurangkan penggunaan sumber semula jadi.
Kedua, menggunakan semula barang-barang yang kita gunakan setiap hari.
Ketiga, mengamalkan sistem kitar semula.
Berdasarkan hujah-hujah saya tadi, jelaslah menunjukkan betapa
pentingnya memelihara dan memulihara sumber semula jadi demi
kesejahteraan sejagat. Sekian, terima kasih.

SULIT

31. Perkara-perkara yang


berikut ada dinyatakan dalam
syarahan, kecuali
A kesan penggunaan sumber
semula jadi.
B kepentingan sumber semula
jadi.
C jenis-jenis sumber semula
jadi.
D langkah untuk
meningkatkan penggunaan
sumber semula jadi.
32. Apakah fungsi bahan api?
A untuk memusnahkan
bakteria
B untuk membina kilang dan
jalan raya
C untuk menjana kuasa
D untuk membekalkan bahan
mentah
33. Kata pupus sama
maksudnya dengan
A tidak bernyawa lagi.
B terlepas daripada sesuatu.
C tidak kelihatan lagi.
D habis sama sekali.

Akhir Tahun SKM (1)

34. Yang berikut merupakan


kesan penerokaan hutan,
kecuali
A menggalakkan pemburuan
binatang secara haram.
B menyebabkan berlakunya
kejadian tanah runtuh.
C struktur tanah menjadi
longgar dan menyebabkan
hakisan tanah.
D spesies flora dan fauna
semakin pupus.
35. Antara yang berikut, yang
manakah bukan cara untuk
memelihara dan memulihara
sumber semula jadi?
A mengurangkan penggunaan
sumber semula jadi
B menggunakan semula
barang yang telah
digunakan
C mengamalkan sistem kitar
semula
D menggalakkan sumber
penggunaan sumber semula
jadi

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca berita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
KUALA LUMPUR, 16 Februari Beberapa kawasan hutan di sekitar
Lembah Klang terbakar ekoran daripada musim kemarau dan angin kuat
yang berlaku ketika ini. Kawasan hutan yang terbakar sejak beberapa hari
yang lepas dikatakan telah merebak semula. Kebakaran ini telah
memusnahkan berpuluh-puluh hektar kawasan hutan. Antara kawasan yang
dikenal pasti ialah Wangsa Maju, Bukit Setiawangsa, Jalan Ipoh, Kepong,
dan Bukit Lanjan, Damansara.
Pihak Bomba dan Penyelamat Wilayah ketika ditemui pemberita sedang
bertungkus- lumus mengawal api di kawasan Bukit Setiawangsa. Hal ini bagi
mengelakkan api merebak ke kawasan perumahan yang berhampiran.
Helikopter turut digunakan untuk membantu kerja-kerja memadamkan api,
khususnya di kawasan puncak bukit. Kebakaran di kawasan Bukit
Setiawangsa pula telah memusnahkan kira-kira 100 ekar kawasan bukit.
Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah, Abu Obaidat Mohamed yang
berada di tempat kejadian menasihati orang ramai supaya tidak melakukan
pembakaran secara terbuka. Beliau turut melarang orang ramai membuang
puntung rokok di merata-rata tempat.
Mereka yang berkelah atau berkhemah di kawasan hutan juga diminta
tidak memasang unggun api dalam keadaan cuaca kering begini. Hal ini
demikian adalah bagi mengelakkan api daripada merebak sekiranya api
tidak dapat dipadamkan sepenuhnya, tambah beliau lagi.
Pembakaran sampah sarap secara terbuka yang dilakukan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab ini banyak menimbulkan masalah kepada
semua pihak. Antaranya, keadaan menjadi semakin panas kerana cuaca
semakin tidak menentu. Bukan itu saja, keadaan udara yang berjerebu dan
kurang bersih akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti batuk dan
sakit kepala. Selain itu, semakin banyak hidupan musnah sebagai akibat
pembakaran secara terbuka ini.

SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

36.
Isi utama berita di atas ialah
A pemberitahuan tentang musim kemarau dan angin kuat.
B amaran daripada Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah.
C pembakaran secara terbuka di kawasan Lembah Klang.
D tugas-tugas anggota bomba untuk memadamkan kebakaran.
37.
A di
B di
C di
D di

Di kawasan manakah pemberita itu membuat liputan?


Bukit Lanjan
Wangsa Maju
Bukit Setiawangsa
Kepong

38. Mengapakah agaknya helikopter diperlukan untuk memadamkan


kebakaran di kawasan puncak bukit?
A untuk memudahkan tugas-tugas anggota bomba
B untuk mencegah kebakaran tersebut daripada merebak
C kebakaran di kawasan itu sukar dipadamkan oleh kakitangan bomba
dan penyelamat
D kebakaran di kawasan itu jarang-jarang berlaku
39.

Semua yang berikut adalah pesanan daripada Penguasa Bomba dan


Penyelamat Wilayah, kecuali
A jangan membuang puntung rokok merata-rata.
B jangan memasang unggun api ketika perkhemahan.
C jangan melakukan pembakaran secara terbuka.
D jangan berkelah atau berkhemah di kawasan hutan.

40. Pada pendapat anda, apakah kesan pembakaran secara terbuka


kepada alam sekitar?
A menyebabkan masalah jerebu dan pencemaran udara
B kawasan menjadi semakin sesak dan sempit
C taburan hujan akan berkurang
D tugas-tugas anggota bomba dan penyelamat bertambah

SOALAN TAMAT
PASTIKAN ANDA MENJAWAB SEMUA SOALAN