1 PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PANDUAN PENULISAN DISERTASI

1. PENDAHULUAN

Panduan penulisan Disertasi disediakan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kegunaan calon yang menyediakan Desertasi sebagai memenuhi keperluan untuk pengurniaan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh calon.

2. PENYERAHAN DISERTASI

Calon dikehendaki menyerahkan Desertasi lengkap setelah diperiksa dan diperbaiki mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Siswazah.

2.1 Syarat penganugerahan ijazah

Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka menerima ijazah masing-masing. Universiti tidak menganugerahkan ijazah kepada calon yang gagal berbuat demikian.

2.2 Simpanan naskah Disertasi Empat naskah Disertasi berjilid keras dan dua dalam bentuk “CD” (cakera padat) format PDF perlu diserahkan kepada PPS. Disertasi tersebut diagihkan kepada pihak berikut:

2

i.

Satu “CD” (cakera padat) Satu “CD” (cakera padat) disimpan di PPS.

bersama satu naskah berjilid keras bersama satu naskah berjilid keras

disimpan di perpustakaan universiti. ii.

iii. Satu

naskah

berjilid

keras

diserahkan

kepada

Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. iv. Satu naskah berjilid keras diserahkan kepada penyelia

2.3 Hak milik universiti

Semua Disertasi menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu hak cipta bentuk asal dipunyai oleh universiti, bukan oleh penulis Disertasi.

3. FORMAT LAPORAN

3.1 Kertas

Kertas putih saiz A4 (210 x 297 sm) yang sekurang-kurangnya 80 gsm.

3.2 Penaipan

Disertasi mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon menggunakan pencetak berkualiti.

3.2.1 Huruf Calon mesti menggunakan font „Times New Roman‟ dengan saiz 12 poin.

3 3.2.2 Langkauan Disertasi mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris (double spacing). Walau bagaimanapun perkara dibawah perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dalam teks:

i. Penghargaan

ii. Petikan asal.

iii. Senarai rujukan.

iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah.

v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan.

vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.

3.2.3 Penaipan tajuk

Semua tajuk (kecuali sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal di tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar atas. (Lampiran A ms. 21)

3.3 Santak teks

Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).

4 3.4 Perenggan

i.

Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri.

ii.

Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah 1.25 sm dari birai kiri.

iii. Antara perenggan 2 baris (2 kali ‟enter‟) iv. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3 kali „enter‟) v. Antara tajuk dan perengan pertama 1 baris (1 kali „enter‟).

Perenggan baharu pada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka surat baharu.

3.5 Birai (Margin)

Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut:

Tepi sebelah atas Tepi sebelah kanan Tepi sebelah kiri Tepi sebelah bawah

: 3.0 sm : 2.5 sm : 3.8 sm : 2.5 sm

Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah. (Rujuk lampiran B ms. 22)

5 3.6 Panjang penulisan Disertasi

3.6.1 Disertasi Kedoktoran Panjang penulisan Disertasi untuk Kedoktoran tidak melebihi 100,000 perkataan.

3.6.2 Diserasi Sarjana Panjang penulisan Disertasi Sarjana mengikut mod pengajian: Mod A:tidak melebihi 20,000 perkataan. Mod B: tidak melebihi 40,000 perkataan. Mod C: tidak melebihi 60,000 perkataan.

3.7 Penomboran muka surat

3.7.1 Kedudukan nombor muka surat

Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan 1.5 sm dari jidar atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir nombor berkenaan. (Rujuk Lampiran C ms.23)

3.7.2 Jenis nombor

Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1 pernomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan (i, ii, iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan. Muka surat judul hadapan Disertasi di anggap 1, tetapi nombornya tidak ditaip. Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas muka surat kedua judul.

Teks, rujukan dan lampiran diberi nombor Arab berturutan (2, 3, 4 dan seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks.

6

3.8 Pecahan kecil

Pihak Universiti Pendidkan Sultan Idris tidak menetapkan keperluan tertentu tentang susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada keseluruhan Disertasi.

3.9 Nota kaki

Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam penerbitan sains, kemanusian dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing.

Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.

3.10 Jadual

3.10.1 Penomboran jadual

Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual.

Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.

3.10.2 Kedudukan jadual

Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya dicetak pada

sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada muka surat

7 berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai contoh) `Jadual 5, sambungan`. Keterangan tidak diulangi. Jika jadual petikan, rujukan mestilah dicatatkan. (Rujuk lampiran D ms. 24 dan lampiran E ms.25.)

3.11.3 Bentuk jadual

Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis. Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas perangkaan disusun menegak dengan betul.

Contoh: Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran Mata pelajaran Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

Matematik Fizik Biologi Kimia

52 85 70 66

72 65 86 55

Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk lanskap.

3.11 Rajah

Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang tidak menyerupai skrip atau jadual.

8

3.11.1 Kedudukan rajah

Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya,

peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran rajah juga berurutan.

3.11.2 Gambar foto

Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas.

3.7 Cetakan

Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

4. PENJILIDAN

4.1 Naskah untuk pemeriksaan

Empat salinan Disertasi terakhir (yang dijilidkan dengan kulit lembut) mestilah diserahkan kepada Pusat Pengajian Siswazah bersama borang penyerahan Disertasi yang dilengkapkan.

Selepas pemeriksaan, Disertasi ini dikembalikan kepada calon. Calon dikehendaki membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan diperakui oleh penyelia sebelum menjilid Disertasi dengan kulit keras.

9 4.2 Naskah terakhir untuk universiti

Empat (4) naskah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2) salinan CD (cakera padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada tarikh yang ditetapkan.

4.3 Warna kulit

Warna kulit untuk Disertasi Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Ijazah Sarjana berwarna merah hati.

4.4 Keterangan pada kulit

4.4.1 Muka hadapan

Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas yang bersaiz 18 poin Time New Roman atau Arial.

Tajuk Disertasi disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari birai atas

Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau pasport antarabangsa, pada kedudukan tengah jidar.

Nama universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6.0 sm dari jidar bawah. (Rujuk lampiran F ms. 26)

4.4.2 Tulang belakang

Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut :

10

Nama penulis : Ijazah UPSI : :

3.0 sm dari birai atas Ph.D atau M.Ed Singkatan nama universiti 3.0 sm dari jidar bawah

Tahun penyerahan Disertasi. (Lihat Lampiran G ms 27 untuk laporan yang tebal atau Lampiran H ms 28 untuk laporan yang tipis.)

5. SUSUNAN KANDUNGAN

Setiap Disertasi mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan. Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan tertentu.

Susunan dan kandungan Disertasi perlu mengikut tertib seperti berikut:

Halaman Judul Pengakuan Penghargaan Abstrak dalam Bahasa Melayu Abstrak dalam Bahasa Inggeris Kandungan Senarai jadual Senarai rajah Senarai singkatan / simbol / tatanama / istilah Teks

Rujukan Lampiran (jika ada)

11 5.1 Halaman judul

Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:

i. Judul Disertasi (dalam bentuk piramid terbalik 6.0sm dari jidar atas) (Rujuk Lampiran I ms.29 ) ii. Nama penuh penulis (seperti dalam kad pengenalan/ pasport antarabangsa)

iii. Disertasi yang dikemukakan, contohnya

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH Ph.D (BIDANG). atau DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN SYARAT INI UNTUK MEMENUHI IJAZAH

SEBAHAGIAN

DARIPADA

MEMPEROLEHI

SARJANA PENDIDIKAN (BIDANG)

IV. Nama fakulti

v. Nama universiti (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

vi. Tahun Disertasi itu diserahkan untuk pemeriksaan

5.2 Pengakuan / Declaration

Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di tengahtengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan

12 tersebut. (contoh : lampiran J ms.30) Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris bagi Desertasi yang yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan. (Rujuk lampiran K ms. 31.)

5.3 Penghargaan

Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Disertasi merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Disertasi calon.

5.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan

Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.

Abstrak berupa ringkasan Disertasi yang memberi pendedahan tentang masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat.

5.5 Kandungan

Kandungan perlu dimulakan pada muka surat

baharu. Ia mengandungi senarai

kandungan yang terdapat dalam Disertasi, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk yang bekenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks. (contoh: lampiran L ms. 32) Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

5.6 Senarai jadual Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan. (Contoh : lampiran M ms.33)

13

5.7 Senarai rajah

Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah mengandungi senarai tajuk gambarajah, gambarfoto, peta, graf dan sebagainya yang terdapat dalam penulisan (contoh: Lampiran N ms. 34)

5.8 Senarai singkatan / simbol / tatanama / istilah

Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.

5.9 Teks

Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:

BAB 1 : Pendahuluan

BAB 1 : Pendahuluan

BAB 2 : Tinjauan Literatur

BAB 2 : Tinjauan Literatur

BAB 3 : Metodologi

atau

BAB 3 : Metodologi

BAB 4 : Dapatan kajian

BAB 4 : Dapatan dan Perbincangan

BAB5: Perbincangan dan Kesimpulan.

BAB5: Kesimpulan dan Cadangan

14 5.9.1 Rujukan

Sebarang Disertasi yang menggunakan karya lain sebagai rujukan, mestilah mengandungi bibliografi yang menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya tersebut perlu diisenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM.

Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yang mengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak tujuh ruang.

5.10 Lampiran

Disertasi tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.

6.0 CARA MENULIS RUJUKAN

6.1.

Format

Rujukan perlu dimulakan di muka surat baharu. Ia perlu ditulis menggunakan font Times New Roman saiz 12 point. Ia juga perlu disusun secara urutan abjad berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dan santak kiri kanan.

15

Contoh:

i.

Jika nama sama, disusun ikut tahun. Contohnya, Kieran, C. (1999). ... Kieran, C. (2001). ...

ii.

Jika nama dan tahun juga sama, disusun ikut abjad berasaskan abjad pertama tajuk buku dengan menambah a, b, c dan seterusnya kepada tahun. Kieran, C. (2000a). Algebra ... Kieran, C. (2000b). Functions ...

6.2.

Buku

6.2.1

Satu penulis :

Znaniecki, F. (1934). The method of sociology. New York : Rinehart.

Bagi penulis Barat, nama keluarga (surname) didahulukan diikuti oleh initial nama depan. Contoh, Frederick Znaniecki ditulis Znaniecki, F.

Jika penulis berbangsa Melayu, Cina atau India, kekalkan urutan asal dan gunakan nama penuh tanpa bin atau binti bagi nama penulis berbangsa Melayu dan tanpa a/l atau a/p bagi nama penulis berbangsa India seperti contoh berikut:

Mohd Jamal Iskandar (2002). Sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16 Tan Beng Suan (2001). Penilaian berasaskan sekolah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Murugesan Kaliappan (2002). Kaedah penyelidikan. Kota Bharu: Budiman.

6.2.2

Dua penulis:

Bogdan, R. & Taylor, S. (1976). Introduction to qualitative research methods. New York : Wiley.

Sendainya sesuatu rujukan yang ditulis melebihi satu baris, maka baris kedua dan seterusnya perlu diensot sebanyak tujuh ruang.

6.2.3

Tiga hingga enam penulis:

Davis, A., Gardner, B. & Williams, A. (1941). Deep south. Chicago: Chicago University Press.

6.2.4

Lebih enam penulis:

Tulis nama enam penulis mengikut cara di atas diikuti oleh et al.

Dave, B., Goldin, K., Everett, A., Day, C., Clinton, R., Blair, A., et al. (2001). ThePresidency. London : Venus

6.2.5

Buku yang diedit:

Acker, S. (Ed.). (1989). Teachers, gender and careers. London : Falmer.

17

6.2.6

Buku yang diterjemah:

Kenny, R. (1989). Perkembangan Kognitif (Zuraidah Ismail, Terjemah). Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1985)

(Rujukan di atas bermaksud karya asli diterbitkan pada tahun 1985 dan ditulis oleh Kenny. Buku tersebut diterjemah oleh Zuraidah Ismail, diberi judul Perkembangan Kognitif, dan diterbitkan pada tahun 1989 oleh Universiti Putra Malaysia.) 6.2.7 Buku keluaran institusi/organisasi :

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Matematik Tambahan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

6.2.8

Buku yang ditulis oleh orang yang sama dalam tahun yang berbeza :

Znaniecki, F. (1934). Methods of sociology. New York : Rinehart.

Znaniecki, F. (1944). Reinventing sociology. New York : Rinehart.

(Perhatian : Disusun ikut tahun)

6.2.9

Buku yang ditulis oleh orang yang sama dalam tahun yang sama :

Znaniecki, F. (1934a). Invitation to sociology. New York : Rinehart.

18 Znaniecki, F. (1934b). Methods of sociology. New York : Rinehart.

(Perhatian : Disusun ikut abjad mengikut tajuk buku)

6.2.10 Artikel/Bab yang ditulis seseorang dalam buku yang diedit oleh orang lain:

Erickson, F. (1986). Qualitative methods in research on teaching. Dalam M. Wittrock(Ed.) Handbook of research on teaching (3rd ed., m.s. 304-345). New York: Macmillan.

(Rujukan di atas bermaksud artikel/bab yang ditulis oleh Erickson terdapat dalam buku yang diedit oleh Wittrock edisi ketiga pada muka surat 304345)

6.3

Artikel dalam jurnal:

Everhart, R. (1975). Problems of doing fieldwork in educational evaluation. Human Organization, 34(2), 205-215.

(Rujukan di atas bermaksud artikel yang ditulis oleh Everhart terdapat dalam jurnal Human Organization Jilid 34 Nombor 2 pada muka surat 205-215. Perhatikan, sungguhpun jilid 34 dicondongkan, nombor 2 tidak dicondongkan).

Jika jurnal menyatakan jilid sahaja (iaitu tidak bernombor), maka

Scriven, R. (1975). The politics of educational evaluation. Evaluation, 12, 101113.

19 6.4 Artikel dalam jurnal elektronik:

Kerin, J. (2000). Doctors from teen novel approach [Electronic version]. The Australian, 4. Diperoleh November 20, 2001 daripada http://www.the australian.com.au.

6.5

Artikel daripada Internet tetapi bukan dari jurnal elektronik:

Peters,

K.

(1996)

Interviewing.

Diperoleh

Ogos

3,

1998

daripada

http://www.uea.ac.uk/kp/kp.html

Jika tiada nama penulis,

How to cite references. (1996). Diperoleh November 21, 2001 daripada http://wwwlib.murdoch.edu.au/libinfo/gdes/refgdes/cite/cite.html.

Jika tiada nama penulis dan tahun

Interviewing. Diperoleh Ogos 3, 1998 daripada http://www.uea.ac.uk/kp/kp.html.

6.6

Artikel dalam akhbar

Samad Ismail (2002, April 12). Ke manakah kita ? Berita Harian, 4-5.

Jika penulis tidak dinyatakan,

Ke manakah kita ? (2002, April 12). Berita Harian, 4-5.

20

6.7.

Artikel daripada majalah bulanan:

Zaidi Mohamad (2001, Jun). Kecemerlangan Akademik. Dunia Pendidikan, 1720.

6.8

Artikel daripada majalah mingguan:

Ramesh Krishnan (2002, Ogos 4). A healthy dose of laughter. Newsweek, 100, 74-76.

6.9

Tesis/Disertasi:

Zuraihan Kassim (2001). Pelaksanaan

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Menengah bagi mata pelajaran matematik : Satu kajian kes. Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

6.10

Prosiding Persidangan:

Shukri Zain (2002). Penyebatian nilai dalam pendidikan di Malaysia. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Perlis (m.s.72-89). Kangar : Maktab Perguruan Perlis

21

LAMPIRAN A Contoh Menulis Teks

5.0 sm

BAB 1
4.0 sm

PENDAHULUAN
4.0 sm

2.5 sm 3.8 sm

1.1

Pengenalan

(1 enter)

Pendidikan ialah satu proses yang boleh menyesuaikan individu dengan kehidupan social, undang-undang, kepercayaan dan situasi kemasyarakatan daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya (Mouly 1968). Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan oleh … …1.25 sm………………..

…..
(3 kali enter)

Subtajuk baharu 1.2 Pendidikan

2.5 sm

22

LAMPIRAN B Birai bagi teks

3.0sm

1.1

Kajian rintis.

Draf pertama senarai semak (Lampiran A ms.23) dikemukakan oleh penyelidik dan kajian rintis telah dijalankan di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk menguji kemampuan
3.8 sm

instrument tersebut mengutip data yang dikehendaki. Selepasa beberapa pemerhatian dilakukan dan pemurnian dilakukan sehinggalah terhasilnya senarai semak yang sesuai dan memenuhi keperluan penyelidikan di kemukakan (Lampiran B ms.24)
2.5 sm

1.2

Kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan dilakukan dengan meminta beberapa orang guru biologi berpengalaman dan pensyarah universiti untuk membaca dan memberi komen. Senarai semak yang dibina juga telah disemak dari segi bahasanya oleh pakar bahasa di sebuah universiti tempatan. Ujian kebolehpercayaan juga dilakukan terhadap senarai semak selepas kajian rintis dijalankan dengan menggunakan program SPSS. Nilai alpha bagi senarai senarai semak yang terbaru atau yang dipakai dalam kajian (Lampiran B ms.24) adalah alpha 0.6 dan senarai semak yang sebelumnya (Lampiran A ms.23) adalah alpha 0.5.
2.5 sm

23

LAMPIRAN C Kedudukan nombor muka surat

1.5 sm

37 Nombor Muka surat

2.5 sm

24

LAMPIRAN D Kedudukan jadual

jidar

Jadual 4.3 Penggunaan istilah dalam kelas

Item

Peratus

1. Takat beku 2. takart didih 3. konduktor 4. fotosintesis

81 5 655 77 % 52 %

25

LAMPIRAN E Kedudukan jadual sambungan

Jadual 4.3 (Sambungan).

Item

Peratus

5. pengklorinan 6. keterlarutan 7. pelarut organik 8. 9.

81 5 655 77 %

26

LAMPIRAN F

Contoh keterangan pada kulit hadapan

birai

6.0sm

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEM PENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH DANG ANUM, MELAKA

SITI NOR BAYA BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2003

6.0 sm

27 LAMPIRAN G Contoh keterangan pada tulang belakang (bagi Disertasi yang melebihi 25 mm tebal)

3.0SM

S I T I N O R B A Y A B T A B D U L L A H

SARJANA PENDIDIKAN (SAINS BIOLOGI) UPSI 2003

3.0SM

28 LAMPIRAN H Contoh keterangan pada tulang belakang (bagi Disertasi yang kurang 25 sm tebal)

3.0 sm

NOOR AQILAH BT NOORAZMAN SARJANA PENDIDIKAN(SAINS BIOLOGI) UPSI 2002
3.0 sm

29 LAMPIRAN I Contoh halaman judul jidar

6.0 sm

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEM PENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4, SEKOLAH MENENGAH DANG ANUM, MELAKA.

4.0 sm

SITI NORBAYA BINTI ABDULLAH

4.0 sm

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PEDIDIKAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2003

4.0 sm

30 LAMPIRAN J Contoh halaman pengakuan

5 sm

PENGAKUAN

(2 kali enter)

Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya

15.11.1999

Tandatangan SITI NORBAYA BT ABDULLAH 19980201486

nombor pendaftaran

31 LAMPIRAN K Contoh halaman pengakuan bahasa inggeris

5 sm

DECLARATION

(2 kali enter)

I hereby declare that the work in this dissertation is my own except for quotations and summaries which have been duly acknowledged.

Date

Signature Name Registration no.

32 LAMPIRAN L Contoh kandungan

KANDUNGAN

Muka surat

PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

v

BAB 1 1.1

PENGENALAN Kaedah Pengajaran yang digunakan. ………………………………. ……………. 1 … …

1.2

1.2.1

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

…..

RUJUKAN

98

33 LAMPIRAN M Contoh senarai jadual

SENARAI JADUAL

Jadual

muka surat

2.1

Julat pencapaian subdimensi menganalisis

13

4.3

Kategori eksperimen yang dijalankan

59

4.5

Penggunaan istilah di dalam kelas

63

34 LAMPIRAN N Contoh senarai rajah

SENARAI RAJAH

Rajah

muka surat

3.1

Carta pai peratus pencapaian PMR

10

5.3

Graf peratus pencapaian

45

5.5

Peta Konsep Piawai : Mekanisme Pengangkutan Bahan Merentasi Membran Plasma.

55

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful