You are on page 1of 21

PERANAN TOKOH PENDIDIK LUAR

NEGARA

NAMA : SITI NOOR FATIAH BTE MOHAMED YUSOFF

ANGKA GILIRAN : 20081923068

NO. KAD PENGENALAN : 900824-03-5606

KUMPULAN : PISMP IPG SEMESTER 1 (1D)

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2010

MATA PELAJARAN : FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TARIKH SERAHAN : 19. FEBRUARI. 2010

Isi kandungan
Bi Tajuk m/s
l
1.
Penghargaan 3
2.
Pengenalan 4
3.
Biodata dan sumbangan: 5-12
Robert Manyard Hucthins
1
4.
Biodata dan sumbangan : 13-
John Dewey 18
5.
Kesimpulan 19
6.
Refleksi 20
7.
Rujukan 21

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t....

Perkara pertama saya ingin mengucapkan syukur dan berterima kasih ke
hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia_nya dapat saya menyiapkan
tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
melaksanakan tugasan saya ini.

2
Terima kasih yang tidak terhingga saya ingin ucapkan kepada Tuan Haji
Hosen Bin Attar selaku pensyarah bimbingan saya kerana telah memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu kepada kami supaya kami dapat
melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, rasa berterima kasih
saya tumpahkan kepada rakan sekelas saya kerana memberikan kerjasama yang
tidak berbelah bahagi kepada saya sewaktu melaksanakan tugasan ini.

Sebagai penutup kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat
kesilapan dan kekurangan dalam penghasilan tugasan saya ini. Segala
kekurangan harap dimaafkan kerana segala kelebihan datang dari-Nya dan
segala kelemahan datang dari saya.

SEKIAN, TERIMA KASIH

PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Malaysia (FPM) merupakan salah satu subjek wajib
atau teras untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Tujuan FPM menjadi
subjek teras adalah supaya dapat memberikan kami gambaran awal mengenai
sistem pendidikan terutamanya sistem pendidikan di Malaysia.

FPM mampu membantu kami untuk memahami secara mendalam dan
mempersiapkan kami untuk menghadapi profesyen ini di masa hadapan. FPM
membantu kami untuk memahami falsafah dalam bidang pendidikan dan

3
memberikan kami altenatif untuk menghadapi proses pembelajaran dan
pengajaran sewaktu di sekolah nanti.

FPM telah memberikan kami pelbagai informasi dan maklumat berguna
kepada kami kerana inilah bidang yang amat mencabar jika tiada persediaan
awal untuk menghadapinya. Pembelajaran FPM telah memberikan kami pelbagai
kemudahan disebabkan pendidikan merupakan satu bidang yang luas
cabangnya. Ini menjadikan pelbagai masalah akan timbul jika kami tidak
memahami bermula dari akar umbi makna pendidikan tersebut.

Kajian mengenai tokoh yang dijalankan telah membantu kami untuk
menelusuri dengan lebih dalam mengenai airan-aliran yang terdapat di dalam
bidang Falsafah Pendidikan. Ini amatlah penting kerana Falsafah pendidikan
merupakan salah satu cabang yang banyak membantu kami dalam proses
pembelajaran

Kesimpulanya, Falsafah pendidikan merupakan satu elemen penting untuk
mencorak sistem pendidikan kita di masa hadapan. Falsafah pendidikan telah
menjadi tunjang dalam perkembangan sistem pendidikan bermula semenjak
dahulu lagi.

BIODATA
ROBERT MANYARDHUTCHINS

4
• Robert Manyard Hutchins atau Manyard Hutchins merupakan seorang ahli
falsafah pendidikan.
• Beliau merupakan seorang dekan Yale Law School pada 1927-1929.
• Selepas tahun tersebut, beliau telah menjadi Presiden university Of Chicago
selama 16 tahun bermula dari tahun 1929-1945.
• Namun selepas tahun 1945, beliau masih berkhidmat di universiti tersebut,
namun beliau telah bertukar jawatan kepada seorang canselor dari tahun
1945 hingga 1951.
• Beliau juga merupakan suami kepada penulis novel yang terkenal iaitu Maude
Hutchins.
• Bapa dan datuk Robert Hutchins merupakan menteri Presbyterian, namun
Robert Hutchins merupakan seorang seoarang tokoh sekolah yang terkenal
zaman perennialism.
• Setelah tamat belajar di Oberlin College selama dua tahun (1915-1917),
beliau telah berkidmat untuk perkidmatan ambulans tentera Amerika Syarikat
semasa Perang Dunia Pertama.
• Selepas pulang daripada perkhidmatan tersebut, beliau telah berkidmat di
Universiti Yale (1921).
• Selepas menghabiskan masa mengajar di Sekolah Tinggi Sejarah dan
Inggeris di Lake Placid, New York beliau menyambung pelajaran ke Sekolah
Undang-Undang Yale ( 1925).

5
• Setelah beliau menamatkan pengajianya, beliau telah dijemput untuk
menyertai Sekolah Undang-Undang Yale selama dua tahun selaku Dekan.
• Pada 1929, beliau telah berpindah ke Chicago untuk berkidmt sebagai
Presiden Universiti Chicago sewaktu berusia 30 tahun.
• Beliau kembali ke Sekolah Undang-Undang Yale untuk mempertikaikan “legal
Realism”.
• Beliau tidak mempercayai kajian yang emparikal sesuai untuk menyelesaikan
masalah sosial terutama mereka berhadapan dengan zaman meleset.
• Penghujung tahun 1930 an, beliau cuba membuat pembaharuan kurikulum
untuk Universiti Of Chicago, namun pembaharun yang dicadangkanya telah
ditolak sebanyak tiga kali.
• Hutcins menjalankan tugas sebagai Presiden universiti Of Chicago sehingga
1945, beliau telah mengarahkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat fungsi
sesebuah media.
• Pada tahun 1947, “ Hutcins Commision telah mengeluarkan laporan mengenai
tanggungjawab sosial.
• Selepas bersara daripada universiti, Hutcins telah mengasaskan satu pusat
untuk mengkaji bidang mengenai bidang pendidikan ini.
• Sepanjang kerjayanya, beliau merupakan seorang penyokong yang
mengunakan buku-buku yang terpilih sebagai alat bantu mengajar.
• Temubual beliau pada 1970 yang bertajuk “ Don’t Just Do Something”, beliau
menerangkan, "...the Great Books [are] the most promising avenue to liberal
education if only because they are teacher-proof.".
• Beliau telah menjadi ketua editor untuk Great Books of The Western World
dan Gateway To The Great Books.
• Selepas tempoh tersebut, beliau telah bertugas sebagai coeditor untuk The
Great ideas Today.
• Pengarah untuk ahli lembagaa editor, Encyclopaedia Britannica dari tahun
1943 hingga 1974.

• Sepanjang temph tersebut, beliau telah menghasilkan karya beliau sendiri No
Friendly Voice (1936), The Higher Learning in America (1936), Education For

6
Freedom ( 1943), The University Of Utophia (1953) dan The Learning Society
(1968).

TEORI AKEDEMIK
➢ Menurut Hutcins,objek dalam sistem pendidkan, ialah mengambil
semuanya bukan sahaja menghasilkan tenaga untuk industi ataupun
kehidupan namun untuk melahirkan rakyat yang bertanggungjawab”
➢ Hutcins mengambarkan sesebuah negara yang akan menjadi
masyarakat yang sempurna serta sistem pendidikan, tujuan yang jelas,
untuk perkembangan intelek mereka.
➢ Hutcins tidak menerima beberapa pandangan yang telah diambil oleh
lembaga pendidikan Amerika Syarikat yang tidak tepat.
➢ Hutcins membantah pendidikan yang hanya menjadi sekolah
perdagangan.
➢ Huncins turut membincangkan mengenai hubungan di antara sebuah
faundri dan sebuah kolej tempatan di california
➢ Kolej ini telah menawarkan kursus dalam bidang pembuatan faudri,
yang menjadikan pelajar yang tamat pembelajaran belajar di dalam
bidang tersebut.
➢ Menurut beliau, kolej tersebut lebih mementingkan keperluan
masyarakat dan ekonomi untuk melahirkan pekerja faundri berbanding
keperluan intelek.
➢ Hutcins juga menyatakan pelajar di kolej tersebut tidak menerima
pembelajaran yang baik kerana tenaga pelajarnya tidak mempunyai
pengalaman praktikal dalam bidang faundri.
➢ Hutcins percaya peljr akan mendapat pendidikan yang sempurna jika
pelajar bekerja terus dalam bidang tersebut.
➢ Hutcins mendakwa Universiti seharusnya mengajar kandungan
intelektual khususnya berkitan pekerjaan.

7
➢ Hutcins turut memberi amaran pembelajaran tersebut akan mengalih
tumpuan daripada pendidikan kepada pengjagaan.
➢ Menurit hutcins pengkhususan pendidikan di Amerika Syarikat telah
menjadikan pelajar yang berlainan jurusan tidak boleh berkomunikasi
secara baik.
➢ Hutcins menyatakan pelajar akan belajar untuk membaca, menulis
serta membincangkan isu-isu yang akan menjadi persediaan mereka
belajar untuk masa hadapan.
➢ Pelajar-pelajar akan mempelajari subjek sains, matematik dalam
membentuk persediaan untuk belajar.
➢ Selain itu, pelajar akan turut belajar sejarah, geografi dan kesusuteraan
untuk mengukuhkan pengajian dan kemudahan hidup di masa
hadapan.
➢ The Great Books merupaakn buku yang membentuk pemikiran barat
digunakan sebagai bahan pelajaran dan dibincangkan oleh kelas
mengunakan kaedah Socratic.
➢ Kaedah ini diambil sempena nama Socrates dan kaedah mengajarnya.
➢ Hutcins turut mempercayai sekolah-sekolah merupakan tempat tidak
sesuai untuk mengajar nili-nilai baik.
➢ Hutcins turut percaya bahawa pelajar harus didedahkan idea-idea yang
bertentangan supaya mereka dapat mempertimbangkan keputusanya.
➢ Carl Sagan dalam “ The Demon Hunted world” turut menyatakan
bahawa dia amat bertuah belajar di bawah Hutcins disebabkan sains
telah dibentangkan seperti satu kemahiran daripada pengetahuan
manusia.

8
SUMBANGAN ROBERT
MANYARD HUCTHINS
✔ Merupakan pelopor falsafah aliran perenialisme
✔ Aliran ini menyatakan mengenai kebenaran adalah tetap dan tidak
berubah serta menekankan bahawa manusia adalah sama rata dan
harus mendapatkan pendidikan yang sama rata.

ALIRAN PERENIALISME

➢ Satu aliran yang lahir pad abad ke-20.
➢ Aliran ini lahir disebabkan reaksi terhadap pendidikan progresif.
➢ Perenialis menetang pandangan progresivisme yang menekankan
perubahan dan sesuatu yang baru.
➢ Perenialisme merupakan aliran yang mengunakan kembali nilai-nilai atau
prinsip umum yang menjadi pandangan hidup yang kukuh, kuat pada
zaman kuno dan abad pertengahan.
➢ Pengasas aliran ini adalah Robert Manyard Hutchins dan mortimer Adler.
➢ Hutcins (1963), mengembangkan suatu kurikulum berdasarkan penelitian
Great Books dan perbahasan buku-buku klasik.
➢ Perenialisme mengunakan prinsip yang dikemukakan Plato dan Aristoteles
yang mewakili peradaban Yunani Kuno serta ajaran Thomas Aquino dari
abad pertengahan.
➢ Falsafah perenialisme berasal dari bahasa latin iaitu “ philosophia
Perenis”.
➢ Pendukung utama aliran adalah Aristoteles, namun kemudianya
dilanjutkan oleh St. Thomas Aquinas sebagai perubah utama pada abad
ke-13.
➢ Perenialisme memandang bahawa kepercayaan aksiomatis zaman kuno
dan aabd pertengahan bahawa ianya perlu dijadikan dasar penyusunan
konsep firasat dan pendidikan masa kini.

9
➢ Asas untuk aliran perenialisme bersumber kepada falsafah iaitu
perenialisme theologi dan perenialisme sekular.
➢ Aliran ini ada menyatakan mengenai kebenaran adalah tetap dan tidak
berubah serta menekankan bahawa manusia adalah sama dan harus
mendapat pendiikan yang sama
➢ Perennialisme adalah gerakan pendidikan yang mempertahankan bahwa
nilai-nilai universal, dan bahawa pendidikan hendaknya merupakan suatu
pencarian dan penanaman kebenaran-kebenaran dan nilai-nilai tersebut.

TUJUAN ALIRAN FALSAFAH PERENIALISME

➢ Perenialisme merupakan aliran yang meyokong bahawa pendidikan
sebagai satu jalan yang kembali atau satu proses mengembalikan kedaan
masa sekarang.
➢ Perenialisma merupakan satu aliran yang memberi sumbagan dan
pengaruh baik dalam teori dan praktikal untuk kebudayaan dan pendidikan
sekarang.
➢ Perenialisme merupakan aliran falsafah yang mempunyai kesatuan yang
memberi kemungkinan seseorang itu bersikap tegass dan teratur.

PENERAPAN FALSAFAH PERENIALISME DALAM PENDIDIKAN

✔ Perenialisme menganggap kebenaran sebagai satu tindakan konstant, kekal,
atau perennial.
✔ Tujuan pendidikan adalah untuk memastikan bahawa pelajar memperolehi
pengetahuan mengenai prinsip atau gagasan yang tidak akan berubah.
✔ Falsafah ini menekankan kemampuan berfikir manusia secara rasional.
✔ Menurut falsafah ini, ilmu pengetahuan merupakan falsafah tertinggi, kerana
denga ianya manusia dapat berfikir dan kebenaran akan muncul melalui akal
pemikiran yang logik.
✔ Epistemologi perenialisme adalah pelajar harus memiliki pengetahuan
mengenai realiti, yang dibuktikan bersama kebenaran dan hukum logik
berfikir.

10
✔ Menurut perenialisme penguasaan ilmu pengetahuan mengenai prinsip-
prinsip adalah modal untuk seseorang meningkatkan daya berfikir dan
kecerdasan.
✔ Para pelajar menurut ajaran perenialisme adalah mampu untuk mengenal dan
mengembangkan karya-karya yang menjadi landasan pengembangan disiplin
mental para pelajar.
✔ Tugas utama pendidikan adalah memberi pendidikan ke arah masa hadapan
pelajar itu sendiri.
✔ Sekolah rendah memberikan pendidikan secara dasar kepada paar pelajar
seperti membaca, mengira dan menulis.
✔ Sekolah merupakan tempat utama dalam pendidikan untuk mempersiapkan
pelajar untuk masa hadapan.
✔ Guru merupakan tunjang dalam bidang pendidikan, dimana menjadi tugas
pendidik memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
✔ Perwatakan guru merangkumi seperti berikut iaitu pendidikan mengandungi
proses mengajar.
✔ Mengajar mestilah mengandungi pengetahuan dan pengetahuan adalah
kebenaran.

TEORI PENDIDIKAN FALSAFAL PERENIALISME

 Tujuan pendidikan

Membantu anak menyingkap dan menanamkan kebenaran-kebenaran
hakiki. Oleh karena kebenaran-kebenaran tersebut universal dan konstan,
maka kebenaran-kebenaran tersebut hendaknya menjadi tujuan-tujuan
pendidikan yang murni. Kebenaran-kebenaran hakiki dapat dicapai dengan
sebaik-baiknya melalui:

1) Latihan intelektual secara cermat untuk melatih fikiran

2) Latihan perwatakan sebagai suatu cara mengembangkan semangat
dalaman.

 Kurikulum

11
Kurikulum berpusat pada mata pelajaran, dan cenderung meniti kberatkan
kepada sasetra, matematik, bahasa, termasuk sejarah. Kurikulum ini
merupakan satu pendidikan liberal.

 Pelajar

Manusia rasional yang perlu dibimbing oleh prinsip-prinsip pertama,
kebenaran-kebenaran abadi, pemikiran yang berdasarkan dunia biologi

 Pengajar

1) Guru mempunyai peranan dominan dalam penyelenggaraan kegitan
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

2) Guru hendaknya orang yang telah menguasai sekurang-kurangnya satu
cabang, seorang guru ialah ahli (a master teacher) bertugas membimbing
pembincangan yang akan memudahkan pelajar menyimpulkan kebenaran-
kebenaran yang tepat. Guru dipandang sebagai orang yang memiliki
outoritis dalam suatu bidang pengetahuan dan pengetahuanya tidak
diragukan.

BIODATA JOHN DEWEY

12
➢ John Dewey merupakan seorang ahli falsafah, ahli psikologi Amerika Syarikat.
➢ Beliau amat berpengaruh dalam bidang pendidikan dan pemulihan sosial bersama-
sama Charles anders dan William James.
➢ Beliau bersama dua orang rakanya merupakan pengasas falsafah pragmatisme.
➢ Beliau amat berpengaruh dalam bidang falsafah untuk persekolahan semasa separuh
masa pertama dalam abad ke-20 di Amerika Syarikat.
➢ Walaupun John Dewey banyak menghasilkan buku berkenaan pendidikan, namun
beliau juga banyak menulis mengenai topik lain.
➢ Dalam memperjangkan demokrasi, beliau telah mementingkan dua elemen utama
iaitu sekolah dan masyarakat umum.
➢ Menurut beliau, elemen ini penting untuk mewujudkan kemakmran dan keamanan.
➢ Dewey tellah dilahirkan i Burlington Amerika Syarikat pada 20.Okhtober.1859
dan meninggal dunia di New York pada1.Julai 1952 pada usia 92 tahun.
➢ John Dewey telah mengikut jejak langkah abangnya iaitu Davis Rich Dewey
dengan melanjutkan pelajaranya ke University Of Vermont pada 1879
➢ Setelah tiga tahun mengajar di Sekolah Tinggi Oil City, pennsylvania, beliau
telah mendapati beliau tidak sesuai untuk pengajian dalam pendidikan rendah
dan menegah.
➢ Setelah bekerja di G Stanley Hall, dan bekerja di Makmal Psikologi Amerika
Syarikat, beliau telah menerima PHD daripada Fakulti Pendidikan Seni.
➢ Pada 1899, Dewey telah dipilih untuk menjadi presiden kepada persatuan America
psychological Association.
➢ Bermula daripada tahun 1904 hingga 1952 Dewey merupakan tenaga pengajar di
Universiti Colombia dan Maktab Perguruan Universiti Colombia.

13
➢ Dewey merupakan seorang daripada ahli tetap Persatuan Keguruan Amerika
Syarikat.
➢ Bersama-sama Charles Bread, Thorstein Veblan dan James Harvey Robinson,
mereka mengasaskan The New School.
➢ Penulisan Dewey yang paling penting adalah berkaitan konsep arka refleks dalam
psikologi (1896).
➢ Selain itu, ialah Demokrasi dalam pendidikan (1916) berkaitan dengan pendidikan
progresif.
➢ Karya Sifat manusia dan menjalakanya (1922), satu kajian mengenai fungsi tabiat
dalam tingkahlaku manusia.
➢ Karya lain Dewey adalah “Public And Problem (1927), ‘The Phantom Public (1925)”,
dan karya yang lain lagi.
➢ Dewey mempunyai kehidupan profesional yang sangat sistematik kerana berjaya
menghasilkan 700 artikel dalam 140 jurnal, dan kira-kira 40 buah buku.
➢ Dewey telah berkahwin sebanyak 2 kali. Perkahwina pertama Dewey bersama Alice
Chipman dan perkongsian ini mereka mendapat enam orang anak.
➢ Perkahwinan kedua Dewey bersama Roberta Lowitz Grant.
➢ Pegangan penting dalam penghasilan kerja Dewey adalah kepercayaan Dewey yang
mendalam terhadap demokrasi dalam bidang politik, kewartawanan, dan pendidikan.
➢ Dewey berucap “ Demokrasi dan satu, keunggulan yang muktamad, beretika manusia
adalah untuk fikiran saya” di Universiti Michigan pada 1888.
➢ Menurut Dewey pendidikan merupakan satu kehidupan. Dewey menghasilkan sebuah
buku iaitu “education and democracy 1916” mengenai satu pengenalan kepada
falsafah pendidikan.
➢ Penglibatan aktif Dewey dalam penyediaan institusi pendidikan seperti Univesity of
Chicago Labotary School (1896) dan The New School untuk penyelidikan sosial
(1919).

➢ Dalam How We Think, Dewey telah menyatakan:
The older type of instruction tended to treat the teacher as a dictatorial ruler. The
newer type sometimes treats the teacher as a negligible factor, almost as an evil,

14
though a necessary one. In reality, the teacher is the intellectual leader of a social
group, He is a leader, not in virtue of official position, but because of wider and deeper
knowledge and matured experience. The supposition that the teacher must abdicate
its leadership is merely silly.
➢ Terdapat ramai penyelidik menjadikan Dewey sebagai seorang berpengaruh untuk
Project Based Learning (PBL).
➢ Teori Dewey telah mempengaruhi ramai sarjana cina termasuklah Hu Shih, Zhang
boling dan Tao Xingzhi dan mereka yang belajar di bawahnya dalam Universiti
Columbia.
➢ Dewey telah menyertai aktiviti-aktiviti penganut humanisme bermula dari tahun
1930-an kepada 1950-an, Penasihat Charles Francis Potter First Humanist Society
New York dan dilantik menjadi ahli kehormat Humanist Press Association (1936).[
➢ Pendapatnya terhadap humanisme boleh dipetik dari kata Dewey daripada sebuah
artikel bertajuk "Apa Cara Humanisme untuk Saya", diterbitkan pada Jun 1930
dalam Thinker edisi kedua.
“What Humanism means to me is an expansion, not a contraction, of human
life, an expansion in which nature and the science of nature are made the
willing servants of human good." — John Dewey.

SUMBANGAN JOHN DEWEY
15
ALIRAN PRAGMATISME
 Aliran ini lebih menjurus kepada cara praktikal iaitu ujikaji untuk meyelesaikan
masalah.
 Menurut Dewey, konsep harus dibentuk oleh pengalaman sebenar dan pengetahuan
sediaada.
 Memperkenalkan sistem pendidikan yang memberi fokus kepada penyelesaian
masalah, ianya akan membantu murid menjadi seorang yang aktif serta mengunakan
semua teknik yang dipelajarinya.
 Menurut Dewey, individu haruslah membuktikan sesuatu berdasarkan pengalaman
sebenar dan pengetahuan sedia ada.

PERANAN ALIRAN PRAGMATSME DALAM BIDANG PENDIDIKAN

 Apresiasi dan sumbangan pemikiran pendidikan John Dewey bukan sahaja kepada
Amerika Syarikat namun ianya turut memberi impak kepada dunia.
 Di Amerika Syarikat, Dewey merupakan orang yang membawa perubahan kepada
sistem pendidikan disana pada tiga dekad yang lalu.
 Dalam semua peringkat pengaruh Dewey telah memberikan rujukan terhadap sistem
persekolahan dari bersifat formal dengan pembelajaran penuh gaya paksaan kepada
konsep pembelajaran lebih selesa.
 Pemikiran Dewey telah memberi rujukan tentang pusat dalam pembelajaran anak dan
berproses dalam pengalamannya.
 Garis besar pemikiran pendidikan yang selalu dikaitkan dengan Dewey dan telah
banyak memberikan keberkesanan terhadap konsep-konsep pendidikan.
 Menurut Dewey, pendidikan merupakan satu elemen atau proses yang mewujudkan
keadaan kondusif dan selesa agar mampu memudahkan individu menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan moral individu terbabit.
 Pendidikan masa kini bukan sahaj dianggap sebagai satu ketetapan dan muktamad,
keperluan pendidikan bergantung kepada negara masing-masing jadi pendidikan
hanya berkesan untuk kawasan dan masa terbabit sahaja.

16
 Matlamat pendidikan adalah untuk membantu individu mencapai potensi diri mereka
demi kpentingan masayarakat kerana setiap individu mempunyai potensi yang unik
berdasarkanciri-ciri fizikal dan psikologi.
 Menyumbang idea yang mengariskan pandangan dalam buku Education Of
Democracy.
• Kaedah pengajaran yang dilaksanakan tidk boleh diasingkan daripada
kandungan mata pelajaran kerana ianya saling bergantung. Pendidik berkesan
berupaya untuk mengaitkan kandungan dengan
keperluan,kehendak,minat,tahap perlembangaan, bersesuaian dengan konteks
fizikal. Sosial, dan politik.
• Pendidikan tidak tamat hanya untuk tahap persekolahan sahaja naun ianya
harus diteruskan sepanjang hayat.

 Pemikiran pendidikan
• Pemikiran Dewey memberi rujukan menhenai pusat dalam pembelajaran anak-
anak dan proses pengalamanya.
 Konsep Dewey menyatakan proses pendidikan mestilah diwarnai dengan
pertumbuhan, perkembangan, evolusi, kemajuan, dan pembaikan daripada elemen-
elemen untuk menghasilakan pendidikan yang progresif.
 Menurut Garforth (1966) terdapat tiga pengaruh pemikiran Dewey dalam pendidikan
yang dirasakan sangat kuat mempengaruhi sehingga hari ini.

PENGARUH PERTAMA
• Dewey telah melahirkan konsep baru mengenai sosial pendidikan.
• Pendidikan memiliki fungsi sosial seperti yang teah dinyatakan oleh
Plato di dalam bukunya.
• Menurut Dewey, pendidikan merupakan alat potensi yang tidak hanya
untuk kegunaan masyarakat tetapi untuk pembaharuan di masa
hadapan
• Selanjutnya, hubungan yang erat diantara pendidikan dan masyarakat
menjadikan pendidikan harus dijadikan tunjang untuk memotivasikan
masyarakat.

17
• konsep pendidikan merupakan suatu proses sosial berkait erat dengan
kehidupan masyarakat secara luas di luar sekolah dan sebaliknya.

PENGARUH KEDUA
• Dewey memberikan bentuk dan bahan baharu terhadap konsep
pendidikan berpusatkan kepada anak (child-centredness).
• Dewey telah membuat dasar kosnsep berpusatkan anak pada
landasan falsafah sehingga pengruh tersebut telah menulaar dengan
lebih kuat berbanding ahli falsafah yang terdahulu.

PENGARUH KETIGA
• Penghasilan projek dan penyelesaian masalah daripada konsep Dewey
mengenai pengalaman telah diterima sebagai sebahagian daripada
teknik pembelajaran di dalam kelas.
• Walaupuan Dewey bukanlah pencetus konsep tersebut namun Dewey
telah membangunkan alat pembelajaran yang lebih sempurna dan
memberikan kerangka teoratik.

KESIMPULAN

18
Pandangan-pandangan yang timbul daripada aliran pragmatisme ( John
Dewey) dan perenialisme ( Robert Manyard Hutchins) telah banyak mempergaruhi
alam pendidikan sama ada di Amerika Syarikat malahan dunia. Contohnya untuk
aliran pragmatisme John Dewey menurut pandangan mereka bahawa tiada hukum
moral yang umum, tiada kebenaran umum dan sebagainya pada masa tersebut.
Akibatnya muncullah subjektifisme, individulisme.

Falsafah pendidan yang telah dihasilakan menjadi satu bentuk sokongan
kepada perkembangan sistem pendidikan di dunia sekarang. Setiap negara
menguanakan falsafah yang telah dicipta dan digunakan semenjak dahulu lagi untuk
menghasilakan sistem pendidikan yang sempurna untuk menjamin perkembangan
negara masing-masing.

Aliran pragmatisme dan aliran perenialisme mempunyai teori yang tersendiri
untuk melancarkan perkembangan sistem pendidikan dunia. Aliran-aliran tersebut
mempunyai perbezaan amat ketara disebabkan aliran pragmatisme lebih
memberikan tumpuan terhadap kemampuan diri dan pembelajaran yang selesa dan
tidak memaksa. Namun aliran perenialisme lebih cenderung kepada pembelajaran
berasaskan pengalaman seperti penyediaan guru yang berpengalaman dalam
bidang yang diajar.

Setiap aliran falsafah bolehlah ditentukan berdasarkan kesesuai sesebuah
negara tersebut. Elemen-elemen yang harus dititikberatkan adalah persekitaran,
sosial, ekonomi, dan keperluan negar terbabit. Pada pandangan saya, malaysia lebih
bersesuain dengan aliran pragmatisme berdasarkan keadaan negara pada masa
sekarang.

SEKIAN, TERIMA KASIH

REFLEKSI

19
Pertama kali saya mendapat tugaasan ini, saya merasakan tugasan ini agak
mudah untuk dilaksanakan. Namun setelah saya mula mencari maklumat yang
berkaitan, abrulah saya sedari bahawa tugasan ini agak susah untuk dilaksanakan.

Maklumat yang diperlukan oleh saya semuanya dalam bahasa inggeris dan
bahasa indonsia. Ini memberikan sedikit kesukaran kepada saya untuk mencari
maklumat dan menentukn tokoh yang ingin saya jadikan sebagai tajuk dan bahan
rujukan.

Setelah maklumat yang diperlukan sudah lengkap, saya menghadapi
kesukaran disebabkan tokoh yang telah dipilih oleh saya mempunyai persamaan
dengan tokoh yang telah dipilih oleh rakan sekelas saya. Namun, saya boleh
menarik nafas lega disebabkan pensyarah pembimbing kami membenarkan kami
membuat kajian terhadap tokoh yang sama. Segala titim peluh saya amatlah berbaloi
disebabkan saya dibenarkan untuk meneruskan dengan tokoh yang telah dikaji.

Akhir sekali, proses penulisan tugasan ini agak kurang berjalan lancar
disebabkan bahan tersebut dalam bahasa indonesia. Kesulitan ini saya atasi dengan
perlahan-lahan dan masalah tersebut dapat saya selesaikan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

RUJUKAN
1) Choong Lean Keow, (2008): Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia:
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

20
2) Prof Dr. Abd. Shukor Bin Hashim, (2006): Pengenalan Pendidikan Seni
Visual: Selangor: Open University Malaysia.
3) Md Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan, (2003): Pendidikan Seni
Untuk Maktab & Universiti: Pahang: Pts Publication & Distributors Sdn.
Bhd:
4) http://abbas85.wordpress.com/2007/12/17/konsep-pendidikan-john-
dewey , 17 Disember 2007
5) http://fajarfitri-uin-bi-2b.blogspot.com/2008/04/teori-john-dewey.html,
Kamis, 10 April 2008
6) http://mimbardemokrasi.blogspot.com/2008/02/dewe.html , Khamis
28.02.2008
7) http://www.scribd.com/doc/15905708/TokohTokoh-Pendidik-Barat-Timur-
Dan-Negara, diakses pada Selasa, 02. Februari.2010
8) http://www.scribd.com/doc/6518843/Refleksi-Modul, diakses pada
Selasa, 02. Februari.2010
9) http://en.wikipedia.org/wiki/John_Dewey , diakses pada Selasa
02.Februari.2010
10) http://sifaunindrabio2a.blogspot.com/2008/06/dasar-dasar-filosofi.html,
Sabtu, 07. Jun.2008
11) http://zahra-zahida.blogspot.com/2009/12/tugas-fils-pendidikan-prof-
muhari.html, Rabu, 09. Desember.2009
12) http://manajemenpendidikanaramsahal-
banjari.blogspot.com/2009/07/tugas-individu.html, Jumaat, 03.Julai.2009

21