You are on page 1of 10

Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti

Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti[1]
Jamiah Manap, Prof. Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah, Prof. Madya Dr. Ezhar Tamam, Prof. Madya
Dr. Sidek Mohd. Noah, Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman
dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsatun
Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor
ABSTRAK
Staf berkualiti tinggi merupakan aset utama kejayaan sesebuah organisasi. Bagaimanapun,
kehakisan nilai integriti di kalangan staf mengakibatkan wujudnya pelbagai kepincangan
pentadbiran dan salah laku di sektor kerajaan mahupun swasta (Mustafar Ali, 2004 dan M.
Kamal Hasan, 2004). Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memantapkan nilai
integriti dengan melancarkan Pelan Integrasi Nasional di samping pelbagai dasar kerajaan
sedia ada yang telah digubal dari masa ke semasa (Mustafar Ali, 2004). Menyedari
kepentingan integriti sebagai teras pembangunan staf berkualiti, kertas kerja ini akan
mengupas definisi, kerangka konseptual integriti dan nilai-nilai integriti. Ini selaras dengan
matlamat negara bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa
dan berbudi pekerti luhur. Kertas kerja ini juga turut mengemukakan cadangan bagi
memantapkan nilai integriti individu. Sorotan literatur digunakan sebagai metod asas kajian
dalam kertas kerja ini.
Kata Kunci: Nilai integriti dan pembangunan staf
Individul Integrity Value Enhancement As The Basis of The Development of High Quality
Staff
ABSTRAC
A high quality staff is the most valuable asset of a successful organization. However, a lack
of integrity values among staff contributes to many administrative problems and wrongdoings
in the government and private sectors (Mustafar Ali, 2004 and M. Kamal Hasan, 2004). In
response, the Malaysian government has taken the initiative to inculcate integrity values by
implementing the National Integrity Plan in addition to several other related government
policies. (Mustafar Ali, 2004). Knowing the importance of integrity as the foundation of high
quality staff, this paper lays out the definition, conceptual framework and values associated
with integrity. This is in-line with the nation's vision towards developing a moral and ethical
society with strong religious beliefs and high conscientiousness. The paper also puts forth
suggestions to enhance individual integrity values. Literature review was used as the central
method of research.
Keywords: Integrity value and staff development
PENDAHULUAN
Negara sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M. Kamal Hasan, 2004).
Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya
jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan
kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini berlaku akibat manusia

Memantapkan institusi keluarga 5. penggubalan kod etika. kertas kerja ini akan membincangkan tentang definisi. mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur (Kadir Dikoh. sistem pengurusan akauntabiliti dan integriti. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi 3. Keberkesanan dan penentu kejayaan PIN merangkumi lapan komponen utama iiatu kesediaan individu untuk berubah. piagam pelanggan. institusi politik dan institusi pentadbiran. penerapan nilai-nilai murni. kepimpinan berteladan. kerjasama jentera politik & pentadbiran serta persekitaran budaya yang kondusif (Mustafar Ali. 2004). Tonggak Dua Belas dan kepimpinan melalui tauladan (Mustafar Ali. Malaysia telah melancarkan pelbagai dasar. 2004 dan Mustafar Ali. 2003). Pendefinisian terhadap istilah integriti boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif iaitu ketekalan nilai peribadi. kerangka perundangan berkesan & kehakiman bebas. Menyedari kepentingan dan komitmen negara terhadap pengukuhan integriti sebagai asas pembangunan sumber manusia berkualiti. 2004). 2004). kesediaan individu untuk berubah. 2004). komunikasi berkesan. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan 4. komuniti. institusi agama. kerangka konseptual dan nilai integriti secara menyeluruh dalam usaha menjana sumber manusia dengan kualiti bertaraf dunia. komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy. kempen dan slogan untuk mengukuhkan integriti masyarakat (Mustafar Ali. Justeru. institusi sosiobudaya. pusingan tempat kerja. 2003). pula memberikan takrifan yang lebih mudah iaitu kesatuan di antara komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang . modul pengurusan integriti. program nilai murni. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Strategi pelaksanaan dan pelan tindakan PIN merangkumi lapan komponen institusi masyarakat dan negara iaitu institusi keluarga. penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan 2. Kamal Hasan. 2004 dan Mustafar Ali. manual prosedur kerja dan fail meja. penggunaan tanda nama. sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund. Antaranya Rukun Negara. komitmen terhadap nilai peribadi. institusi ekonomi. LATAR BELAKANG INTEGRITI Integriti merupakan satu konsep yang kompleks (Widang & Fridlund. autonomi and nilai individu. hari bertemu pelanggan. PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti (Kadir Dikoh. 2004). kecukupan & kecekapan sumber.kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai agama (M. laporan perisytiharan harta. Mengurangkan gejala rasuah. masyarakat sivil (pertubuhan bukan-kerajaan). 2004). Integriti berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh. Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat beretika dan dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala matlamat jangka panjang PIN adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. merujuk integriti sebagai tahap/keadaan keseimbangan di antara ruang pribadi (privacy). Justeru ‘Tekad 2008’ dikemukakan iaitu: 1. Pellegrino (1990). 2004). pendidikan berterusan & berulang. Roberts (1994).

kecenderungan melakukan aktiviti yang dilarang di tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan (Mehrabian. kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan (Hardingham. 2001). 2003). dedikasi terhadap tugas dan optimis terhadap kerjaya seseorang berbanding kebiasaan kerja yang teruk dan tidak dapat dipercayai. 1996). kejayaan kerja. Takrifan Roberts (1994) selari dengan Musschenga (2001) yang menakrifkan integriti sebagi konsistensi dan koherensi dalaman keyakinan seseorang dengan penyataan dan tindakannya (Musschenga. 2003). Justeru. 2001 mencadangkan pengambilan individu berintegriti tinggi untuk meminimumkan kadar kaunter produktif di tempat kerja (Mikulay & George. tembakau dan penagihan dadah serta kekerapan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan akibat penyakit kesilapan sendiri (Mehrabian. Kejayaan kerja didefinisikan dalam aspek produktiviti tinggi. 2000). 2000). integriti juga didefinisikan sebagai kepercayaan terhadap komitmen dan kemampuan seseorang memelihara moral diri tanpa sebarang kompromi (Gross. perpisahan dan kesengsaraan. 2003 dan Mikulay & George. 1996). kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf (Mehrabian. Sebaliknya. Pembentukan Integriti Staf Individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. kejayaan kerjaya dan kewangan. Kejayaan emosi merupakan pengaruh untuk menjadi gembira. 2000). 2004). 2001) dan bebas daripada tingkah laku kaunter produktif (Mikulay & George. Kejayaan fizikal didefinisikan dalam aspek kebiasaan berorientasikan kesihatan (seperti senaman berterusan. 2004). Individu juga perlu mempunyai keberanian untuk menentukan sempadan untuk mempertahankan diri daripada perkara yang . Menurut Aristotle. hubungan yang buruk dengan rakan sekerja dan penyelia. Kajian terdahulu mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund. 2004) serta melaksanakan perkara yang betul (Musatafar Ali. kecewa. pertentangan. penyalahgunaan arak. Integriti juga menerangkan elemen tingkahlaku pekerja dan kejayaan yang melibatkan urusan yang adil. Aristotle berpendapat adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan (Wakin. kekecewaan. rakan sekerja. 2000). keharmonian dan hubungan yang menggembirakan dengan rakan. Al. individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin. Peranan dan Kepentingan Integriti di Kalangan Staf Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Oleh itu. cemas. 2001). Integriti mempengaruhi kejayaan emosi. Al. 2001). Kejayaan dalam perhubungan didefinisikan dalam konteks kepuasan umum. memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George. puas hati atau tenang dan sebaliknya risau. 2000). 2001). Integriti merupakan konsep penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund. kejujuran dan kebolehpercayaan di tempat kerja (Mehrabian.dalam setiap ucapan dan tindakan seseorang. kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones et. vandalisme. saudara mara dan pasangan berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik.. 2000). diet yang sihat dan rehat yang mencukupi) dan penjagaan kesihatan yang minima berlawanan dengan pengabaian kesihatan dengan kekurangan nutrisi. Mikulay dan George. Sehubungan itu. 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad. 2001). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et.. Kejayaan kerjaya dan kewangan didefinisikan dalam konteks kejayaan kerja dan keupayaan mengawal kebiasaan perbelanjan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang (Mehrabian. marah atau tidak berpuas hati (Mehrabian. Antara tingkah laku kaunter produktif tersebut adalah mencuri. keseronokan bekerja.

Nilai tersebut adalah nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia kerana kakitangan perkhidmatan awam adalah cermin dan tauladan kepada masyarakat Malaysia khususnya dalam konteks kerjaya. berusaha mengikis sikap mementingkan diri. tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor. keseronokan bekerja.dan konteks organisasi atau jabatan. 2004). secara dasarnya integriti terbentuk daripada kekuatan rohani dan kesucian aqidah tauhid (M. nilai kepimpinan. Menurutnya. Komuniti mempengaruhi integriti professional kerana komuniti profesion tersebut terlibat dalam setiap tahap pembangunan profesional (Wakin. bekerja dengan penuh tanggungjawab. kemuliaan kesederhanaan. menyucikan hati.merosakkan dirinya sediri dan nilai yang dipegang (Widäng & Fridlund. Pembangunan integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham. Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti. kewajipan menjalankan tugas. bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan. melakukan perkara yang betul. Pendapat ini selaras dengan Musschenga (2001). bertaqwa kepada Allah serta memantapkan aqidah dan akhlak tepuji. nilai profesionalisme. M. menghargai masa. nilai-nilai murni tersebut adalah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia. Jadual 1 menunjukkan nilai dan etika perkhidmatan awam berasaskan tiga klasifikasi tersebut. individu perlu mengawal hawa nafsu. pengaruh teladan. Nilai dalam Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras Perkhidmatan Awam. ketinggian peribadi. nilai mengutamakan pelanggan. kebijaksanaan berhemat. amanah (trustworthiness) dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak (wisdom). 1996). Kamal Hasan. Nilai-nilai ini dikongsikan bersama di dalam pelbagai kempen dan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan serta diwartakan melalui perantaraan media massa dan program-program khusus di seluruh Negara. berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang efektif. Komuniti menentukan kelayakan dan standard kecekapan ahli (Wakin. Nilai Murni Profesional. Beliau kemudiannya menyimpulkan. Organisasi pula perlu mematuhi kod etika Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam. Tonggak Dua Belas berasaskan tujuh teras etika perkhidmatan awam iaitu: berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. 1998) untuk menjana integriti diri mereka. 1994). 1994). dalam konteks peribadi. peningkatan bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara. pula menyarankan agar individu menyerlahkan kreativiti. ketekunan membawa kejayaan. bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. tidak bersifat taksub kepada pribadi tertentu dan mendengar pendapat orang lain (Koonce. Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George. kekuatan sifat baik hati. 2001). 2004). nilai produktiviti/kualiti dan nilai-nilai keagamaan. Koonce (1998). Nilai dan etika perkhidmatan awam terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu. yang menekankan kepada pendidikan sebagai pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah dan kepentingannya serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri. Kamal Hasan (2004). keutamaan kesabaran. Kesemua nilai-nilai ini adalah penting untuk memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai kualiti bertaraf . Kesemua nilai-nilai murni tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kesucian hati (purity). mengemukakan penyelesaian kepada kemelut integriti dalam konteks pribadi. bekerjasama dalam membenteras kelemahan serta musuh negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama (Institut Tadbiran Awam Negara. 2003). Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam: nilai peribadi asas. Nilai-Nilai Integriti Oleh kerana kajian integriti ini dibuat dalam konteks staf di Malaysia. 1996).

kebijaksanaan berhemat dan kesabaran Nilai Murni Profesional Ikhlas Adil. bersih. kemualiaan kesederhanaan. ertanggungjawab. bekerjasama dan tekun Sederhana Kesucian Hati Kebertanggungjawaban (Amanah) Kebijaksanaan Nilai Mengutamakan Pelanggan Berbudi mulai. sopan santun dan peramah Nilai-nilai Kepimpinan Adil Berani dan syura Nilai-nilai Profesionalisme Jujur. nikmat mencipta. bekerjasama membenteras kelemahan & musuh negara Tidak mementingkan diri. inovatif.dunia. benar dan sopan Adil dan berani Pemaaf. Nilai-nilai Produktif/ Kualiti Produktiviti dan kualiti . neutraliti. bertanggungjawab memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. integriti. peningkatan bakat kreatif. kreatif. berdisiplin. neutraliti. bersabar. berdedikasi. bekerja penuh muhibbah & kemesraan Tonggak Dua Belas Ketinggian peribadi dan baik hati Menghargai masa dan ketekunan menjalankan tugas. Jadual 1: Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam Kesucian Hati Amanah Kebijaksanaan Teras Perkhidmatan Awam Berpegang teguh kepada ajaran agama Meningkatkan mutu perkhidmatan. pengaruh teladan keseronokan bekerja. Amanah. dedikasi. sabar. mudah didampingi dan simpati Nilai-Nilai Peribadi Asas Ikhlas. tenang. bertanggungjawab. intelektual. akauntabiliti dan berkecuali Berilmu. tekun dan berdisiplin Etika Pentadbiran Awam Jujur. amanah.

Akhlak sepertimana integriti adalah nilai yang telah kukuh sebati dalam diri individu dan diikuti dengan komitmen sepenuhnya terhadap nilai tersebut sehingga ianya menjadi tabiat kebiasaan. kerangka konseptual integriti tidak dapat lari daripada membicarakan persoalan akhlak kerana nilai akhlak bersifat mutlak dan terdapat perkongsian nilai di dalam kedua-dua aspek tersebut (aspek integriti dan akhlak). Perbezaan diantara keduanya adalah pada piawaian dan motif nilai tersebut. Fokus ini diberikan setelah menyedari kepentingan integriti kepada kesejahteraan dan kejayaan individu. penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi”. motif atau niat yang betul. Ilmu ini kemudiannya akan memberikan kesedaran untuk menghayati nilai integriti bagi mencapai kecemerlangan diri dan organisasi. Piawaian integriti adalah berasaskan nilai etika yang diterima sebagai nilai yang positif dan baik secara universal (nilai-nilai murni atau moral virtues). Piawaian nilai akhlak pula berpaksikan kepada nilai yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah. Perbincangan dimulakan dengan pendefinisian terhadap konsep integriti. Sehubungan itu. Rajah 1 menunjukkan model integriti yang merangkumi empat komponen penting iaitu ilmu. kepentingan dan tujuan integriti dengan jelas dan mendalam. Ilmu dalam konteks ini adalah pegetahuan dan kefahaman tentang falsafah. Berasaskan model integriti yang dikemukakan. Integriti dalam konteks kertas kerja ini didefinisikan sebagai: “pengetahuan. Ilmu merupakan teras utama integriti. nilai. Apabila nilai tersebut telah sebati dengan jiwa individu. Definisi tersebut kemudiannya dikembangkan kepada model integriti untuk memahami konsep integriti secara lebih menyeluruh. empat aspek di bawah perlu diambil kira: . terdapat empat peringkat dalam proses pembentukan integriti iaitu ilmu (knowledge). organisasi dan negara. Oleh itu. motif (motive) atau niat. penghayatan nilai-nilai murni dan komitmen terhadap nilai tersebut. penghayatan (internalization) dan komitmen (commitment) atau amalan. Sehubungan itu. Motif integriti adalah kesejahteraan sejagat (universal peace) manakala motif akhlak adalah keredaan Allah SWT. individu akan berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap nilai yang dipegang dalam setiap tutur kata dan tindakannya. kesedaran. Motivasi yang kuat dan matlamat yang teguh ini kemudiannya akan mendorong individu untuk menghayati nilai-nilai integriti secara mendalam dan menjadikan ianya sebagai nilai yang sebati dengan dirinya.Nilai-nilai Keagamaan Bersyukur dan Beriman Bertakwa Perbincangan dan Cadangan Kertas kerja ini memfokuskan kepada definisi. dalam usaha untuk memantapkan integriti staf. individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila tindakannya selaras dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya. RAJAH 1 Model Integriti Definisi dan model integriti yang dibincangkan hampir mempunyai persamaan dengan akhlak. kerangka konseptual dan nilai-nilai integriti yang perlu diterapkan sebagai asas pembangunan staf.

dedikasi. bersopan. menetapkan niat dan matlamat diri b. kemanan. komitmen/amalan a. lima nilai terminal. bersopan dan adil. 37 nilai instrumental. Nilai sekunder atau pinggiran merupakan nilai pengembangan daripada nilai-nilai teras tersebut seperti syukur.1. kebebasan. sederhana. menetapkan motif atau matlamat yang ingin dicapai a. mengaplikasikan nilai-nilai murni di tempat kerja b. fizikal dan kerja). . Selain daripada lima nilai teras tersebut. ilmu dan kesedaran a. Kejayaan hubungan memerlukan individu bersifat adil. Oleh itu. nilai pinggiran. menjadikan nilai-nilai murni sebagai nilai diri b. beriman. Nilai amanah adalah nilai wajib yang membolehkan individu menyempurnakan amanah atau tanggungjawab yang diberikan. Nilai eksplisit merupakan nilai luaran individu manakala nilai implisit pula merupakan nilai dalaman individu. amanah. membincangkan setiap nilai yang dihayati c. jujur dan pemaaf (Nelson. Nilai terminal merupakan tujuan akhir (end states) sesuatu tingkahlaku seperti nilai kehidupan selesa. kelima-lima nilai teras ini dikongsikan bersama bagi setiap sub elemen kejayaan di bawah (kejayaan emosi. nilai pusat. 10 nilai pusat. nilai eksplisit dan nilai implisit. lima nilai teras telah dipilih iaitu berilmu. pemaaf. hubungan. 19 nilai amanah. 2004). nilai instrumental. 17 nilai eksplisit dan 31 nilai implisit dikenalpasti daripada nilai-nilai integriti tersebut. mengetahui spesifikasi tugas dengan jelas d. nilai terminal. ikhlas dan tenang kerana ianya merupakan teras untuk mencapai kejayaan hidup. penghayatan nilai-nilai murni a. nilai bijaksana. Nilai instrumental merupakan cara bertingkah laku (ways of behaving) seperti nilai rajin. benar. Nilai utama atau pusat merupakan nilai utama yang paling penting terhadap organisasi. 32 nilai sekunder. mengetahui misi dan visi organisasi b. nilai-nilai integriti disenaraikan dalam Jadual 2 dicadangkan sebagai nilai integriti yang perlu dihayati bersama. sabar. Berasaskan jadual di bawah. Sehubungan itu. Setiap nilai integriti tersebut dikategorikan kepada lapan jenis nilai iaitu nilai amanah. menggalakkan orang lain mengamalkan nilai-nilai murni 4. Kejayaan emosi memerlukan individu berfikiran positif. kepentingan dan falsafah setiap nilai murni kepada diri dan organisasi 2. baik hati dan bersyukur. tertib dan cergas. memastikan matlamat diri selari dengan matlamat organisasi c. kebahagiaan. mengaplikasikan nilai-nilai murni di mana sahaja Nilai-Nilai Integriti Nilai-nilai integriti dalam konteks kajian ini adalah nilai-nilai murni yang perlu diketahui. setiap sub elemen kejayaan yang juga tergolong sebagai nilai terminal memerlukan nilai-nilai instrumental untuk mencapai matlamatnya. Jadual 2: Matrik Nilai Integriti Mengikut Jenis Nilai Nilai bijaksana merupakan nilai yang memerlukan kebijaksanaan individu dalam berfikir dan bertindak untuk mencapai misi dan visi organisasi. sederhana. keharmonian dan kejayaan organisasi (Nelson. mengetahui peranan staf kepada pencapaian matlamat organisasi c. Dalam kajian ini. mengetahui matlamat. Kejayaan fizikal memerlukan individu bersifat ceria. menetapkan nilai-nilai murni yang ingin dihayati dan diamalkan 3. dihayati dan diadaptasikan di dalam kehidupan seharian oleh staf dalam organisasi untuk menjamin kesejahteraan dan kejayaan organisasi tersebut. 22 nilai bijaksana. 2004).

Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan tingkah laku dan pentadbiran dapat dikurangkan kerana staf yang tidak mempunyai integriti berkecenderungan mempengaruhi staf lain untuk melakukan kesilapan yang sama samada secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana kedudukan integriti yang lemah boleh mengakibatkan tsunami di dalam organisasi. Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu boleh berubah mengikut masa dan situasi. ithar (mementingkan orang lain) dan sabar.mesra. Oleh itu. strategi pemantapan integriti dan motif utama integriti. Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan melahirkan staf berintegriti tinggi di dalam organisasi. produktif. penyeliaan dan latihan yang berkesan diperingkat organisasi. Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen yang padu. berdisiplin. bertimbangrasa. Kejayaan kerja pula memerlukan individu mempunayi nilai kreatif. Staf yang berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan visi organisasi. Kerangka Konseptual Integriti Berasaskan sorotan literatur yang dibuat. bertanggungjawab. berhemat. beradab sopan. tegas. tekun. Integriti yang tinggi di kalangan staf ini kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang tinggi samada dalam aspek fizikal. teliti. berdedikasi. inovatif. Maklumat yang tentang profail integriti staf membolehkan organisasi mengenalpasti strategi berkesan untuk mengukuhkan integriti staf. adil. psikososial mahupun intelek. model pemantapan integriti dicadangkan untuk memahami kerangka konseptual pemantapan integriti secara lebih meluas dan menyeluruh. menyediakan persekitaran yang membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang berkesan dari masa ke semasa. Tsunami dalam konteks ini adalah kerosakan sumber manusia dan material yang mengakibatkan kualiti dan produktiviti organisasi terjejas. penyayang. penilaian integriti. Staf berintegriti tinggi pula perlu dilibatkan dalam program tersebut untuk memperkukuhkan lagi integriti mereka disamping membantu staf lain mengukuhkan integriti dengan menunjukkan teladan yang baik dan perhubungan yang membina. iman dan akhlak serta mekanisme pentadbiran. berketerampilan dan berkepimpinan. syura. Rajah 2 menunjukkan hubungan di antara integriti staf. bekerjasama. Status integriti staf dapat diukur melalui alat ukuran psikologi. Staf yang dikenalpasti mempunyai integriti yang lemah perlu dibantu melalui program-program latihan ke arah pemantapan ilmu. Justeru. sehubungan itu organisasi digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan staf berintegriti tinggi ke dalam organisasi. individu perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan integriti mereka manakala organisasi perlu melakukan pemantauan. MATRIK NILAI INTEGRITI STAF Bibliografi . berani. proses pemantapan berlaku lebih cepat kerana faktor persekitaran kerja memberikan pengaruh yang besar terhadap integriti RAJAH 4 Cadangan Model Pemantapan Integriti Model Pemantapan Integriti Staf individu. rekod kakitangan dan status produk atau perkhidmatan yang diberikan serta beberapa aspek lain.

Vol. Psychodynamic Counselling. Roberts. Apr2003. May2001. (2003). Integrity. p133. S. S. Values and Political Culture. R. p19. Journal of Personality. http://psweb. Self-respect. Vol. Kuala Lumpur pada 8 Januari 1998. Vol. Social & General Psychology Monographs. (2003). B... The Relationship of Autonomy and Integrity in Medical Ethics.sbs. 2. dan Schmidt. T. Vol. pS19. Issue 2. 8. (2001). B. 5 Issue 2. (2004). I. p127. (1998). L..ohio-state. Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success Potential or ‘Emotional Intelligence’. Integrity and Moral Residue: Nurses as Participants in a Moral Community. (2000). Mar98. Dilihat pada 12 Januari 2004.. Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara Berkesan. Nelson. Vol. Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004. 7 Issue 2.edu/entries/integrity/ Widang.. L. 35. Kolokium Pengukuhan Integriti. Vol. Genetic. (2004).. (1990). Genetic.. Kamal Hassan. (2001). Airpower Journal. F. (2004). 1p. Vol. dilihat pada 17 Januari 2004. Malaysia: Institut Tadbiran Awam Negara Koonce. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. No. 17 Issue 2. 127. Stanford Encyclopedia of Philosophy. Personality and Absenteeism: A Meta-Analysis of Integrity Tests European. Practice Your Own Successful Habits.edu/faculty/tnelson/503/503Values. A. 8p Institut Tadbiran Awam Negara. Mehrabian. 42 Issue 1. Petikan ucapan semasa melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Mikulay. N. Kolokium Pengukuhan Integriti.. E. L. (2004). B. Citrakarya: Falsafah. di Ibu Pejabat BPR Malaysia. http://plato. Dignity and Confidence: Conceptions of Integrity Among Male Patients. p47. 126 Issue 2. 1p. and George. p207. 1bw. Aug2001. 361-371. and Fridlund. 2001 Mustafar Ali. Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global. D. On Integrity. A. Mar/Apr2003 Supplement 1. Journal of Advanced Nursing. Nursing Philosophy. Jul 2004. Vol. Core values in a Quality Air Force. C. (1998). 107p Musschenga. Mahathir Mohamed. Counterproductive Workplace Behaviors. 52 Issue 3. (2004).stanford. Education for Moral Integrity. . 10p Hardingham. Viswesvaran. A. Summer94. 87567547. The Journal of The Philosophy of Education. W. (2001). 4 charts Pellegrino E..pdf Ones. Social & General Psychology Monographs. Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004..Gross. (1994). (1994). Training & Development. F. Issue 3 M. May2000. S. Vol. Bulletin of PAHO 24.

M. (1996). Issue 2 [1] Kertaskerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Sumber Manusia. Summer96. Professional Integrity.02578. DOI: 10..10p. Universiti Teknologi Malaysia pada 2 & 3 Febuari 2005 di Hotel Sofitel. Airpower Journal. Vol. Senai. Johor Bahru .1365-2648. 08970823.2003. 10. W. Wakin.1046/j.