Biografi Abraham Maslow

Nama sebenar Abraham Maslow ialah Abraham Harold Maslow. Beliau dilahirkan dalam tahun 1908 di Brooklyn, New York. Bapanya bernama Samuel Maslow manakala ibunya bernama Rose. Abraham Maslow lebih menyayangi bapanya berbanding ibunya ini kerana ibunya merupakan seorang yang amat berpegang teguh kepada agama dan selalu membuatkan Maslow serba salah dengan dirinya sendiri. Ibunya selalu membandingkan Maslow dengan adikberadiknya yang lain bahkan ibunya lebih menyayangi mereka semua berbanding Maslow dan Maslow seringkali dihina oleh ibunya. Maslow pernah menyatakan bahawa dia agak benci dan marah akan setiap tindakan ibunya terhadap dirinya pada zahirnya akan tetapi ketika ibunya meninggal dunia Maslow enggan menghadiri majlis pengkebumiannya. Maslow amat menyayangi ayahnya sehingga di anggap sebagai anak bapa tetapi Maslow tidak mengambil peduli akan semua itu dan menganggap bapanya sebagai kawan. Pada tahun 1934, Abraham Maslow telah mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts dan beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, Maslow telah banyak menghasilkan artikelartikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan dan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya. Maslow telah berkahwin dengan seorang gadis bernama Bertha pada tahun 1928. Pada usia 62 tahun, Maslow telah meninggal dunia akibat terkena serangan jantung

Teori Humanistik Abraham Maslow
Istilah humanistic psychology telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow. Humanistic psychology menggambarkan penekanan yang diberi ke atas potensi kreativiti dalaman manusia yang membantu mereka menyedari matlamat yang paling tinggi dalam hidup mereka. Perkembangan ini telah diberi pelbagai label seperti self actualization, selfhood atau self realization di mana ia bermaksud ke arahkesempurnaan kendiri. Perspektif humanism menekankan keunikan individu dan percaya manusia bebas membuat pilihan sendiri.Manusia dilihat sebagai mempunyai keinginan untuk berusaha secara semula jadi ke arah kebahagiaan dan kreativiti.

Konsep dan Prinsip
Maslow menekankan aspek manusia mempunyai naluri semula jadi yang baik dan mempunyai keinginan mencapai kesempurnaan kendiri. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Maslow telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keperluan

keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Menurut Maslow, manusia mempunyai 2 keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan perkembangan. Hierarki Keperluan Maslow Sempurna kendiri Penghargaan kendiri Keperluan kasih saying Keperluan Keselamatan Keperluan fisiologi

Keperluan Asas
Keperluan Fisiologi Keperluan fisiologi adalah keperluan manusia yang paling asas untuk meneruskan kehidupan. Manusia memerlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan terutama sarapan pagi tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas dan juga mengantuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran kerana kekurangan oksigen dalam otak. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. Selain daripada udara, air , makanan dan tempat tinggal, keperluan seks juga menjadi salah satu keperluan asas manusia. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan fisiologi ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, pengawasan masyarakat dan undang-undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman hidup. Keselamatan di dalam bilik darjah dapat dijamin sekiranya seseorang guru itu bertindak dengan konsisten termasuklah dalam guru mampu mengawal perasaan dengan mengasingkan masalah peribadi dengan kerja. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau “mood’’ guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Keperluan Kasih Sayang

Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Sebgai contoh, kadang-kadang pelajar akan berasa terganggu apabila terjadi perbalahan antara satu sama lain. Ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang sekiranya mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru. Ekoran daripada minat dan motivasi mereka untuk belajar akan pudar. Dalam konteks ini, guru perlulah menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Disamping itu, cara ini dapat memelihara hubungan baik antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka dihormati oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya. Keperluan Penghargaan Kendiri Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Apabila guru memberikan tugasan hendaklah sesuai untuk diterokai serta yang mampu dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah. Keperluan Kesempurnaan Diri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri. Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciriciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya mempunyai persepsi yang efisien terhadap realiti, penerimaan terhadap diri mereka, orang lain dan alam sekeliling, merupakan seorang yang spontan, mudah dan natural, memberikan komitmen serta mempunyai keperluan untuk bersendirian dan mempunyai banyak pengalaman hidup. Selain itu, mereka juga mempunyai minat social yang tinggi, mampu menjalinkan hubungan interpersonal, demokratik dan juga seorang yang kreatif.

Sumber Rujukan

http://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/8 http://www.scribd.com/doc/17520047/TEORI-HUMANISTIK-MASLOW http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html http://www.slideboom.com/presentations/55325/Asas-Psikologi