Faktor perkembangan ekonomi yang pesat di asia pada dekat 1990 an The East Asian Miracle

Kebanyakkan negara- negara Asia Timur dan Asia tenggara seperti Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia dan indonesia adalah sebah agian daripada pembangunan East Asian Miracle . Fokus kami hari ini kepada keajaiban di Asia Tenggara. Berikut adalah bukti pertumbuhan ekonomi yang pesat di Asia tenggara berbanding Afrika dan Amerika latin melalui pendapatan perkapita dari tahun 1965 hingga 1995. Pertumbuhan pendapatan perkapita dari tahun 1965-1995. Negara Singapura Indonesia Malaysia Thailand Sub-Saharan Africa Amerika latin peratusan 7.2 4.7 4.8 4.8 0.2 1.9

Kita boleh melihat bahawa pertumbuhan di singapura, Malaysia, Thaiand dan Indonesia adalah l tinggi dalam tempoh masa yang lama, melebihi yang dicapai oleh negara-negara membangun yang lain. Jika dilihat dari tempoh 1980 hingga 1995, kadar pertumbuhan adalah lebih tinggi iaitu purata pertumbuhan keempat-empat negara itu antara 7-8% setahun. Pada tahun 1993, Bank Dunia telah menerbitkan buku berjudul The East Asia Miracle . Buku ini menerangkan pertumbuhan asia timur yang disebabkan oleh pemilihan dasar yang cermat oleh kerajaan.

Faktor-faktor yang ditekankan dan dipuji oleh Bank Dunia termasuk: Dasar Ekonomi
y

Makroekonomi yang stabil mengawal inflasi dan defisit, mengekalkan kestabilan kadar bunga, menggalakkan perniagaan yang mesra alam dan mengikut undang-undang alam sekitar.

y

Sistem kewangan yang efektif dan selamat. penting bagi memberi kemudahan untuk penyimpanan wang di bank dan mengelakkan penyimpanan wang secara tradisional. Hal ini kerana tabungan yang dilakukan akan disalurkan kepada pengusaha sebagai modal kewangan. Peningkatan tabungan domestik akan meningkatkan pelaburan.

y

Limit price distortions in contrast to import substitution industrialization (ISI) which often led to severe price distortions in an attempt to protect domestic, infant industries and which led resources to be used in not the most productive ways, the East Asian countries limited price distortions by competing on the world market. Menerima teknologi luar sentiasa menerima pelaburan asing supaya negara boleh mengikuti perkembangan tekonologi. Singapura adalah antara negara yang sentiasa terbuka untuk menerima teknologi luar. Singapura berkembang dari era 70 an dengan pengeluaran barangan pengguna seperti kasut dan pakaian kepada era 80 an dengan pengeluaran barangan elekronik dan merupakan pengeluar cakera keras untuk komputer yang terbesar didunia pada ketika itu. Pada era 90 an singapura berkembang kepada sektor perkhidmatan seperti to perkhidmatan kewangan. Ini menunjukkan singapura sentiasa mengikut perkembangan arus teknologi untuk meningkatkan daya saing.

y

y

Pembangunan sektor pertanian. kebanyakkan negara kurang memfokuskan kepada sektor pertanian kerana sumbangannya kepada ekonomi adalah kecil jika dibandingkan dengan sektor pembuatan. Oleh itu negara mengabaikan Revolusi Hijau iaitu untuk meningkatkan pengeluaran pertanian. Di Thailand dan Indonesia, masih ramai yang masih tinggal di kawasan pendalaman dan tidak kesemuanya boleh berhijrah ke kawasan bandar. Oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan untuk menjadikan sektor pertanian lebih produktif untuk menyediakan kestabilan taraf hidup untuk populasi yang kekal di kawasan pendalaman.

y

Galakan eksport ini adalah pada amnya dikaitkan dengan East Asian Miracle . Pembangunan barangan untuk pasaran eksport. Sebagai contoh, Singapura yang bermula dengan teknologi yang rendah dan mengambil kesempatan keatas buruh yang murah. Kemudiannya apabila buruh menjadi semakin mahal dan berpendidikan, ia melangkah mengukuhkan kedudukan dengan mengeksport barangan elektronik dan peralatan komputer. Bagi negara seperti Singapura

yang memiliki populasi yang kecil iaitu 3-4 juta penduduk,maka ia tidak boleh hanya memfokuskan kepada pasaran domestik untuk menggalakkan pembangunan. Oleh itu, Singapura menggunakan pasaran asing yang besar untuk mendapatkan wang bagi membiayai pembangunan negara melalui galakan eksport. Bagi Indonesia yang memiliki populasi sebanyak 220 juta penduduk, galakan eksport adalah tidak begitu penting.Malaysia yang mempunyai pasaran domestik untuk 20 juta penduduk mengikuti di belakang singapura. Apabila Singapura tidak lagi mengeluarkan cakera keras, maka pengeluaran berpindah ke Malaysia. Dasar sokongan yang lain:
y

Modal manusia yang tinggi. antara kaedah untuk mendapatkan modal manusia yang tinggi melalui pelaburan dalam pendidikan terutama memfokuskan kepada sekolah rendah dansekolah menengah. Hal ini penting bagi meningkatkan pertumbuhan kemahiran buruh. Mela pendidikan, maka akan lui menghasilkan buruh yang mahir dan ini penting kerana peluang pekerjaan bagi buruh mahir di negara membangun adalah tinggi.

y

Perkhidmatan Awam yang berkualiti tinggi. Perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi berikutan pertadbiran kerajaan yang lebih sistematik dan teratur.

y

Pertukaran maklumat pertukaran maklumat antara kerajaan, perniagaan dan parapekerja bagi menggalakkkan pembangunan yang bermuafakat. Sebagai contoh, Kementerian Tenaga Kerja ditubuhkan untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan para majikan dan pekerja.

y

Kadar tabungan yang tinggi. kadar tabungan yang tinggi penting untuk pembangunan kerana ia akan meningkatkan tingkat pelaburan. Tingkat pelaburan yang tinggi diperlukan untuk meningkatkan output. Lebihan pendapatan yang ditabungkan akan disalurkan kepada pengusaha untuk dijadikan modal kewangan. Pengumpulan modal penting untuk mencapai kemajuan dalam teknik pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.

Penjelasan- penjelasan lain untuk the East Asian miracle :
y

Geografi

Hubungan dan kedudukan geografi yang hampir mendorong untuk mengikut kejayaan yang dicapai Jepun. Contohnya Korea meminjam teknologi Jepun untuk membina Syarikat besar dan menentukan struktur industri. Fokus utama malaysia untuk membangunkan industri berat dan kini kepada membina hubungan perdagangan antara kerajaan. Kedudukan ekonomi yang hampir mendorong pengaliran modal. Contohnya syarikat berintensifkan buruh memindahkan kilang untuk mendapatkan tingkat upah buruh yang murah. Contohnya pelaburan dari Jepun, Hong Kong, Korea, Singapura dan Taiwan ke Indonesia, Malaysia , Thailand. Barang seperti kasut, televisyen, automobil dan pakaian yang dahulunya dikeluarkan di Korea dan Taiwan dan kemudian di asia tenggara, mengambil peluang untuk memulakan atau mewujudkan kedudukan pasaran yang menguntungkan.