Hubungan antara sektor pertanian dan sektor perindustrian

• Transformasi pertanian menyebabkan sektor pertanian dapat berubah daripada pertanian sara diri kepada sektor pertanian komersial yang khusus dalam pengeluaran tanaman untuk pasaran export.
• Perkembangan ini memberi kesan kepada sektor industri sebagai pergantungan.

• Pekembangan sektor pertanian menyediakan pasaran bagi output industri dan berlakunya pindahan sumber-sumber termasuk modal dan buruh. • Perkembangan sektor industri telah meningkatkan permintaan untuk output pertanian dan menyerap lebihan buruh dalam sektor pertanian.

1.Pertumbuhan Sektor Pertanian
Kadar Syarat Perdagangan

gA
Pertumbuhan

• Semakin tinggi harga barangan pertanian, semakin besar kuasa beli pertanian. • Harga makanan tinggi baik untuk permintaan industri. • Kadar pertumbuhan pertanian bergantung kepada kadar syarat perdagangan industry (SPI) • Perlukan SPI yang lebih rendah supaya pertumbuhan sektor pertanian meningkat. • Hubungan adalah negatif dengan syarat perdagangan industry.

2. Pertumbuhan Sektor Perindustrian
Kadar syarat Perdagangan

gI

min

max

Pertumbuhan

• Harga makanan rendah baik untuk penawaran industri • Perlukan harga makanan yang murah supaya dapat lebihan pendapatan yang dapat ditabung untuk pembetukan modal bagi menampung perkembangan sektor industry yang rendah. • Pada tahap SPI minimum, pertumbuhan perindustrian adalah kosong. • Pertumbuhan perindustrian tidak boleh melebihi tahap maksimum supaya harga barangan perindutrian tidak terlalu tinggi berbanding harga makanan.

3. Penetuan Tingkat Keseimbangan
Kadar Syarat Perdagangan

gI
P1
P*

P2

gA
g1 g2 g*
Pertumbuhan

• Pada peringkat pertumbuhan yang minimum, sector perindustrian tidak mampu beli makanan sektor pertanian. • Pada tahap pertumbuhan yang maksimum, upah sektor pertanian tidak mampu beli output industri. • Mengandaikan keanjalan pendapatan daripada permintaan untuk barangan pertanian dan perindustrian adalah sama. • Kadar pertumbuhan output pertanian mewakili kadar pertumbuhan permintaan untuk barangan perindustrian.

• Kadar pertumbuhan output perindustrian mewakili kadar pertumbuhan permintaan kepada output pertanian. • Pada P1(harga makanan rendah) kadar pertumbuhan DD untuk barangan perindustrian adalah g1. • Pada P2 (harga makanan tinggi) kadar pertumbuhan SS untuk barang perindustrian adalah g2. • Tingkat keseimbangan dicapai apabila gA bersilang dengan gI, harga keseimbangan pada P* dan pertumbuhan maksimun pada g*.

• Titik persilangan gA dan gI, pada tingkat P* dan G* merupakan tingkat keseimbangan yang boleh dicapai oleh kedua-dua sektor tanpa menjejaskan pertumbuhan mana-mana sektor. • Pada P1, gA kurang daripada gI menyebabkan berlaku lebihan SS output industri. • Pada P2, gA lebih daripada gI, menyebabkan sektor industri tidak dapat berkembang kerana output pertanian sangat mahal.

Kajian Kes
• Kes 1: industri – India • Negara India memberi perhatian kepada perkembangan sektor perindustrian dan ia beri dua kesan. 1. Tukaran asingnya merosot kerana terpaksa import lebih banyak makanan. 60% daripada bijirin terpaksa diimport, jentera yang banyak tidak dapat dibeli untuk modenkan sektor pertanian.

2. Sektor pertanian tidak dapat jadi dorongan yang kuat bagi perkembangan sektor perindustrian menyebabkan pasaran domestik untuk keluaran industri tidak dapat berkembang.

3. Maka kerajaan india terpaksa membangunkan semula sektor pertanian.

Kes 2: Pertanian – Sri Lanka
• Sri Lanka lebih fokus kepada pengeluaran padi di bawah dasar penggantian import. • Kerajaannya banyak menjalankan usaha dalam sistem pengairan, harga minimum padi dan peruntukan baja. • Kesannya, pengeluaran pertanian meningkat dan pendapatan penduduk luar bandar meningkat.

• Import barang-barang pembuatan juga meningkat dangan banyak menyebabkan simpanan rizab asing telah menurun.

• Bagi mengatasi masalah ini, kerajaannya menjalankan dasar penggantian import terhadap barang-barang pengguna.

Kes 3:Pembangunan seimbang antara s indusrti dan pertanian – Malaysia
• Negara kita lebih menekankan strategi pertumbuhan seimbang di semua sektor. • Perkembangan dalam sektor pertanian diasaskan daripada jenis tanam dan ternakan yang ada pasaran di luar Negara. • Kesannya, pendapatan luar Bandar meningkat.

• Sektor industri dapat dibangunkan dengan berasaskan input daripada sektor pertanian. • Contohnya kilang-kilang mengetin buahbuahan, sayur-sayuran untuk pasaran tempatan dan dieksport. • Kesimpulannya, Pertumbuhan sektor pertanian berjalan seiring dengan sektor industri.

1. Berupaya ubah sikap petani 2. Berupaya sumbang kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan 3. Berupaya meningkatkan daya pengeluaran 4. Tingkat kebajikan penduduk mesti dapat ditingkatkan

Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 DEB (1970) pula telah dilaksanakan untuk tujuan menyusun semula kegiatan ekonomi antara kaum dan kemajuan sektor pertanian.  Matlamat –matlamat berikut terdapat dalam kerangka DEB : a) Menambahkan peluang pekerjaan –menambahkan penggunaan sumber pengeluaran. b) Menambahkan pendapatan petani – berinsentifkan alat pertanian moden dan membesarkan saiz pengusahaan. c) Memperbanyakkan saiz , jenis, kuantiti keluaran serta memperbaiki mutu keluaran pertanian. d) Memperkukuhkan institusi –institusi seperti persatuan peladangpenduduk diberi peluang mengambil bahagian dalam kehidupan ekonomi dan soial negara. e) Membasmi kemiskinan dan pengenalan ekonomi mengikut kaum.

1. MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN SEKTOR PERTANIAN
Melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi dapat dipertingkatkan semula. 2. MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN PENGUSAHA/PEKEBUN KECIL Melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga dapat diperbaiki. 3. MEMAJU DAN MENINGKATKAN HASIL SERTA MUTU KOMODITI Komoditi pertanian yang mempunyai potensi besar akan dieksport atau digunakan sebagai bahan gantian serta komoditi yang terpilih akan dijadikan sebagai bahan makanan dan perindustrian.

 Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko.  Melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru.  Objektif DPN1 : memaksimumkan pendapatan petani melalui penggunaan sumber-sumber negara secara cekap.  Usaha ini dilakukan menerusi :
o o o o o o penyusunan semula pekebun kecil dan pembukaan tanah baru, penyerapan teknologi, sekuriti makanan, pembekalan subsidi, insentif harga pengembangan industri asas tani.

 Perluasan konsep penswastaan dijalankan dengan mengalakkan penyertaan aktif daripada sektor swasta dalam pembangunan pertanian dengan menekankan projek yang lebih besar dan ekonomi.
 Kegiatan perladangan secara berkelompok dengan menggunakan sistem pengurusan moden dan jentera secara intensif digalakkan.  Galakan-galakan fiskal tertentu dan pengecualian duti, tarif dan perlindungan telah diberikan juga oleh kerajaan.  Masalah dihadapi : -kelambatan sektor swasta bertindak balas terhadap galakan ini menyebabkan kerajaan terus memikul beban utama ini. -sektor pertanian juga mengalami penurunan dari segi sumbangan kepada KDNK, guna tenaga dan mengalami penurunan nilai ditambah.  Maka, DPN2 pun diwujudkan sebagai penerusan dan penambahbaikan daripada DPN1.


Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Strategi baru diberikan kepada penglibatan sektor swasta , reformasi pemasaran dan pembangunan sumber manusia.
DPN2 juga telah membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani. Tujuan : o untuk menambah peluang-peluang pekerjaan, o menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti o menambah hasil pertukaran asing negara. Masalah dihadapi : kekurangan tenaga buruh, kadar upah yang meningkat berbanding produktivti pekerja dan sumber tanah dan air yang semakin terhad disebabkan persaingan kegunaannya oleh sektor perindustrian, perumahan dan perbandaran.

Berdasarkan kepada pertimbangan di atas, pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara.

Objektif: 1. meningkatkan sekuriti makanan 2. Mengukuhkan pertalian sektor pertanian dengan sektor-sektor lain bagi mewujudkan kesinambungan 3. Meningkatkan produktiviti dan daya saing 4. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mapan 5. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru

Dua pendekatan utama telah diberi tumpuan dalam DPN 3 iaitu pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk.

Pertanian dan perhutanan harus berjalan seiring dan menjadi pelengkap antara satu sama lain. Ini bermakna aktiviti perhutanan dan pertanian harus diintegrasikan melalui pembangunan usahasama (joint development) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan. Tujuan seperti : (a) menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburan perhutanan tani. (b) membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru. © menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis perhutanan bersama tanaman industri (sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah. (d) menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

Pendekatan ini mengambil kira kehendak sesebuah pasaran dan pengguna. Sebelum pengeluaran, produk dan pasaran dikenal pasti terlebih dahulu yang berdasarkan kehendak pasaran, cita rasa dan potensi. Tujuannya seperti : (a) dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna. (b) menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian.

© menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.
(d) meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan. (e) menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan diperingkat ladang, yang secara tak langsung dapat meninggikan pendapatan ladang.

Dasar pembangunan luar bandar
Beberapa dasar yang dilaksanakan seperti :

1) Program pembangunan komuniti
-Program industri kecil dan latihan /kemahiran (MARA) - insentif kepada golongan petani -penawaran biasiswa khusus untuk pelajar -Peruntukan untuk program penyelidikan -Program kesedaran

2) Program pembukaan tanah
- Melibatkan juga inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA . -Agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). -menggemblengkan semula sektor pertanian dengan memajukan tanah pertanian terbiar. -Tanah dibebaskan dan diagihkan semula kepada petani yang berminat.

3) Program pendekatan pembangunan bersepadu
• Seperti dalam RMK-3 dan RM-4, penekanan telah diberikan dalam projek pembangunan pertanian bersepadu (IADP). Program ini menekankan penyerangan serentak dan bersepadu kepada masalah seperti kemiskinan, daya pengeluaran yang rendah dan sosioekonomi. Penyediaan infrastruktur yang lengkap (pengairan, jalan raya dan bekalan kemudahan asas). Teknologi dan input moden disediakan melalui subsidi dan institusi sokongan. Penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar. Contoh projek berjaya : Muda, Kemubu, Barat Laut Selangor.


Dasar pertanian negara merupakan sebahagian daripada wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Dasar yang diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan sektor pertanian yang maju, matang, berdaya tahan dan berdaya saing. Penekanan keluaran pertanian dilihat dari sudut peningkatan produktiviti dengan kualiti yang tinggi dari penggunaan teknologi moden dan hasil daripada R& D yang mantap. Maka, bolehlah kita merumuskan bahawa masa depan sektor pertanian adalah cerah. Semua negara di dunia bergantung kepada sektor pertanian kerana peranan utamanya menyediakan makanan, sama ada mengeluarkan sendiri atau mengimport. Walaupun sektor pembuatan dan perkilangan adalah penyumbang terbesar ekonomi negara . Tetapi sektor pertanian tetap berperanan penting kerana membekalkan input pertanian bagi membolehkan kilang dan jentera terus beroperasi.