‫ﺘﻴﻨﻭم ﺘﻴﻨﻴﻐﻜﻎ ﺒﺎﺘﻭ‬ ‫ﻜﺒﻐﺴﺎﺀن ﺴﮐﻭﻠﻪ‬

SK BATU TININGKANG WDT 12 89907 TENOM SABAH

Tel

: 087-721 276 (Pejabat Am) : 087 -721 217 (Bilik Komputer)

Ruj : XBA 1302/JOKUM/10/01 Tarikh : 12.01.2010 Kepada; Guru Besar SK Batu Tiningkang WDT 12 89907 Tenom MEMOHON PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAINAN Dengan hormatnya membawa perhatian puan untuk merujuk perkara yang bergaris di atas. 02. Untuk makluman pihak puan, Bahagian Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Tiningkang, Tenom berhasrat untuk menubuhkan beberapa Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan yang berdaftar di sekolah ini. Objektifnya ialah untuk membantu mempertingkatkan ketahanan, kemahiran serta disiplin diri murid dalam semua bidang di samping mampu melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 03. Berserta ini dilampirkan bersama senarai Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan bagi SK Batu Tiningkang, Tenom. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak puan meluluskan permohonan penubuhan unit-unit ini dan seterusnya memberikan sokongan padu bagi setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam semua peringkat. 04. Atas kerjasama dan perhatian pihak puan dalam mempertimbangkan perkara ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. “BERBAKTI BERBUDI BERHEMAH TINGGI” Yang menjalankan tugas …………………………… (PN. SITI ALINAH BUKARI) Penolong Kanan KOKUM SK Batu Tiningkang, Tenom.

Sk

: Pejabat Pelajaran Daerah Tenom (Unit Kokurikulum) Fail

LAMPIRAN Senarai Unit Beruniform SK Batu Tiningkang Bil. Unit Beruniform Guru Penasihat 1. Pengakap En. Mohd Fauzil Kaimah En. Ridzuan Razlee En. Rauzly Awah 2. 3. 4. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Tunas Puteri Pn. Noraida Aziz Cik Hapsah Abd. Ghani Pn. Juliana Saimon Pn. Surina Suparman Catatan

Tunas Kadet Remaja Sekolah Pn. Musiah Pansoi (TKRS) Pn. Siti Alinah Bukari En. Mohd Ashraff Musa Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) En. Razalie Sahimin

5.

Senarai Kelab dan Persatuan SK Batu Tiningkang Bil. Kelab dan Persatuan Guru Penasihat 1. Kelab Bahasa 2. 3. 4. Kelab Keceriaan Persatuan Sains dan Matematik Persatuan Agama Islam

Catatan

Senarai Sukan dan Permainan SK Batu Tiningkang Bil. Sukan dan Permainan Guru Penasihat 1. Bola Jaring 2. 3. 4. 5. Bola Sepak Bola Tampar Permainan dalaman Olahraga

Catatan

‫ﺘﻴﻨﻭم ﺘﻴﻨﻴﻐﻜﻎ ﺒﺎﺘﻭ‬ ‫ﻜﺒﻐﺴﺎﺀن ﺴﮐﻭﻠﻪ‬
SK BATU TININGKANG WDT 12 89907 TENOM SABAH Ruj : XBA 1302/JOKUM/10/02 Tarikh : 13.01.2010 Kepada; Unit Ko-Kurikulum SK Batu Tiningkang, TENOM. (U.P: PK. KOKUM)

Tel

: 087-721 276 (Pejabat Am) : 087 -721 217 (Bilik Komputer)

KEBENARAN MENUBUHKAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAINAN Perkara di atas adalah di rujuk. 02. Berdasarkan permohonan puan melalui surat ruj: XBA 1302/JOKUM/10/01 bertarikh 12.01.2010, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan puan untuk menubuhkan Pasukan Unit beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan SK Batu Tiningkang, Tenom telah diluluskan. Dengan itu secara tidak langsung semua pasukan ini akan didaftarkan ke dalam Unit Ko – Kurikulum SK Batu Tiningkang, Tenom. 03. Oleh yang demikian diharapkan agar semua pasukan ini boleh bergerak secara aktif bagi membantu melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Sekian dan terima kasih. “BERBAKTI BERBUDI BERHEMAH TINGGI” Yang menjalankan tugas ………………………….. (Pn. Musiah Pansoi) Guru Besar SK Batu Tiningkang, Tenom. Sk : Pejabat Pelajaran Daerah Tenom (Unit Kokurikulum) Fail