You are on page 1of 7

BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA: ……………………………………………….. TAHUN 2 :…………………….


Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat petikan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Pilih
satu jawapan yang betul sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 5.


Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari Ahad yang lepas, Amir dan rakan-rakannya pergi ke sungai. Mereka
hendak memancing ikan, tetapi sungai itu telah tercemar. Banyak sampah dibuang
ke dalam sungai itu. Ikan-ikan di sungai itu telah mati. Mereka pulang ke rumah
dengan perasaan yang sedih.

1. Ke manakah Amir dan rakan-rakannya pergi ?


A. bandar B. sekolah C. sungai D. hospital

2. Apakah yang mereka hendak lakukan di sana ?


A. berkelah B. memancing C. berehat D. melancong

3. Bagaimanakah keadaan sungai itu ?


A. tercemar B. jernih C. bersih D. seperti sediakala

4. Apakah tindakan Amir dan rakan-rakannya apabila melihat keadaan sungai tersebut ?
A. memberitahu penjaga B. membersihkan sungai
C. memberitahu guru D. memberitahu Jabatan Alam Sekitar

5. Setelah melihat kejadian tersebut, bagaimanakah perasaan mereka ?


A. gembira B. biasa C. dukacita D. riang

Soalan 6 hingga Soalan 10.


Baca iklan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Datanglah segera ke " GEDUNG BORONG ".


Jualan murah selama sebulan mulai 1.3.2010
Sehingga 1.4.2010. Kami menjual barangan yang
Bermutu tinggi dengan harga yang sungguh
Murah. Harga yang menyebabkan anda
Tersenyum. Potongan hebat sehingga 75 %.
Nama Barangan Peratus Potongan
1. Barangan dapur 50%
2. Perabut kayu 35%
3. Peralatan elektrik 40%
4. Pakaian kanak-kanak 75%
5. Bahan pencuci 30%
6. Makanan dalam tin 25%
Jimatkan wang anda. Cepatlah datang dan
Balik dengan senyuman yang lebar.
1
6. Apakah nama kedai yang menawarkan jualan murah ini ?
A. Kedai Gedung B. Gedung Borong
C. Kedai Borong D. Pasar Borong

7. Berapa jeniskah barangan yang dijual dengan potongan harga istimewa ?


A. 4 jenis B. 5 jenis C. 6 jenis D. 7 jenis

8. Berapakah potongan hebat tertinggi diberikan ?


A. 25% B. 75% C. 45% D. 57%

9. Berapa lamakah jualan murah ini diadakan ?


A. satu minggu B. satu bulan C. Dua minggu D. satu hari

10. Jika datang ke kedai ini, kita akan pulang dengan ………………… .
A. menanggis B. senyum lebar C. ketawa D. tangis ketawa

Soalan 11 hingga Soalan 15.


Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apabila waktu rehat, Amir dan Sarjit duduk di bawah pokok. Mereka makan bekalan yang di
bawa dari rumah. Amir mendapati Sarjit kelihatan sedih.

Amir : Mengapa kamu bersedih, Sarjit ?


Sarjit : Saya susah hati, Amir.
Amir : Apakah maksud kamu ? Beritahulah saya.
Sarjit : Saya terpaksa bercuti selama beberapa hari. Ibu saya sudah seminggu Sakit.
Dia tidak dapat menjual sayur di pasar.Saya pula anak sulung. Oleh sebab itu
saya terpaksa melakukan kerja itu sementara waktu. Kalau tidak keluarga saya
tentu menghadapi masalah kewangan.
Amir : Jangan kamu susah hati. Saya akan membantu kamu. Saya akan memberitahukan hal ini
kepada Cikgu Kamisah.
Sarjit : Saya malu jika Cikgu Kamisah dan kawan-kawan mengetahui hal ini.
Amir : Janganlah malu. Saya percaya bahawa Cikgu Kamisah akan membantu kamu.
Sarjit : Terima kasih Amir kerana membantu saya.

11. Bilakah perbualan antara Amir dengan Sarjit berlaku ?


A. waktu pulang dari sekolah B. waktu pagi
C. waktu makan tengah hari D. waktu rehat

12. Mengapakah Sarjit terpaksa bercuti selama beberapa hari ?


A. kerana dia dimarahi Cikgu Kamisah B. kerana dia anak sulung
C. kerana dia terpaksa membantu ibunya D. kerana ibunya sakit

2
13. Apakah pekerjaan ibu Sarjit ?
A. menjual sayur B. menjual kuih
C. menjual makanan D. bekerja di pasar

14. Bagaimanakah Amir menolong Sarjit ?


A. meminta bantuan daripada ayahnya
B. membantu Sarjit menjual sayur
C. meminta bantuan daripada Cikgu Kamisah
D. memberikan wang belanja

15. Simpulan bahasa anak sulung dalam dialog ini bermaksud ………………….
A. anak yang paling kecil dalam keluarga
B. anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
C. anak yang pertama dalam keluarga
D. anak yang kedua dalam keluarga

Soalan 16 hingga Soalan 20.


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamal dan Sobri adik-beradik. Mereka bersekolah di SK Kayan, Sitiawan.


Kamal adalah pelajar tahun dua dan Sobri pelajar tahun enam.Kedua-duanya
sangat rajin dan pandai.
Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu bersukan. Kamal gemar
bermain ping pong dan Sobri pula gemar bermain badminton. Sobri mewakili
sekolahnya dalam Pertandingan Badminton Daerah Manjung.

16. Berapakah umur Kamal ?


A. lapan tahun B. sembilan tahun
C. sepuluh tahun D. sebelas tahun

17. Apakah hobi mereka pada masa lapang ?


A. belajar B. bersukan C. berkebun D. bermain

18. Permainan apakah yang digemari oleh Sobri ?


A. ping pong B. bola sepak
C. badminton D. hoki

19. Sobri telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan ……………. .


A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki

20. Kedua-duanya mempunyai sikap yang rajin dan …………….. ?


A. cerdik B. biasa C. baik D. pemalas

3
Bahagian ini terdiri daripada 30 soalan (soalan 21 hingg 50). Jawab semua soalan.

Soalan 21 hingga 28
Jawab soalan berdasarkan maklumat diberi.

21. Rajin lawannya ………………………


A. tekun B. malas C. lemah D. penat

22. Jika segar : letih


maka sedih : ………………………….
A. kecewa B. gembira C. lesu D. lupa

23. Berdasarkan gambar di bawah ini, padanan kata yang manakah yang sesuai.

A. berat : ringan
B. kuat : lemah
C. besar : kecil
D. tinggi : rendah

24. Jika tali : pinggang


maka sapu : ………………

A. perut B. tangan C. muka D. mulut

25. Jururawat : hospital


guru : ………………………

A. sekolah B. padang sekolah C. balai polis D. rumah

26. Jika sawah : padi


maka kebun : …………………….
A. ladang B. emas C. getah D. beras

27. Pilih pasangan yang tidak sesuai.


Jam : Tangan
A. songkok : kepala
B. rantai : leher
C. kasut : kaki
D. cincin : lutut

4
28. Pilih pasangan yang sesuai
A. emas : pelombong
B. ayam : pembajak
C. ikan : petani
D. padi : pekebun

Soalan 29 hingga soalan 38.


Pilih jawapan yang sesuai.

29. Langit mendung, …………………. pun turun.


A. hujan B. kilat C. guruh D. ribut

30. 31 Ogos ialah hari ……………………………….


A. Buruh B. Kebangsaan C. Raya Puasa D. Deepavali.

31. Ikan paus membiak secara ……………………………….


A. melahirkan anak B. berenang
C. menetas D. bertelur

32. Abang pergi ke ………………………… untuk membeli setem.


A. pasar B. balai polis C. pejabat pos D. klinik

33. Di taman bunga itu banyak ………………………………


A. bunga-bungaan B. buah-buahan
C. sayur-sayuran D. haiwan-haiwan

34. Asrul pelajar yang ……………………. . Dia ………………………….., oleh gurunya.


A. jahat ……………. dipuja B. jujur ………….. dimarahi
C. baik …………… dipuji D. bodoh ……….. dipukul

35. Gambar di atas menunjukkan ……………………………………


A. dalam B. lebar C. panjang D. luas

36. Kamu suka bermain congkak ……………………… guli?


A. atau B. jika C. dan D. tetapi

37. ……………………. Kamu menangis?


A. Apakah B. Mengapakah C. Kemanakah D. Siapakah
5
38. “Bilakah awak hendak datang ke rumah …………………….?” Tanya Encik Azmee kepada Taufiq.
A. kamu B. saya C. rakan D. saudara

Soalan 39 hingga soalan 44.


Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dan kata seerti atau sinonem.

39. Puan Shida membeli ………………………. Baju untuk anaknya.


A. sebuah B. sepasang C. seekor D. seketul

40.

Penjodoh bilangan bagi gambar di atas ialah


A. buah B. biji C. keping D. hiris

41.

Kata manakah yang menunjukkan maksud di atas?


A. bulat B. masam C. masin D. manis

42. Jujur ertinya ………………..


A. setia B. iklas C. patuh D. baik hati

43. Cari kata yang sama makna.


A. pendek : panjang B. besar : kecil
C. cantik : lawa D. dekat : jauh

44. Pilih pasangan yang seerti.

A. menyanyi : mencari
B. mengira : membilang
C. menyusun : mengesat
D. menanduk : menendang

6
Soalan 45 hingga soalan 50.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

45. Ammar seorang yang …………….. kerana tidak tahu bermain bola.
A. kaki botol B. kaki judi C. kaki bangku D. kepala batu

46. Idham pergi …………………………….. ke Teluk Batik.


A. makan angin B. makan ikan C. langkah kanan D. mulut tempayan

47. Ibu Aqilah sakit, Amira membawa ……………………………


A. buah tangan B. buah hati C. cahaya mata D. cepat tangan

48. Pravin tidak mempunyai abang atau adik. Dia ……………………………


A. anak buah B. anak emas C. anak angkat D. anak tunggal

49. Simpulan bahasa bagi orang yang sombong ialah ………………………….


A. hidung tinggi B. jauh hati C. bulat hati D. hati batu

50. Orang yang suka mencuri = x


x ialah ………………………………
A. cakar ayam B. kepala batu C. panjang tangan D. bekas tangan

SELAMAT MENJAWAB. SEMOGA BERJAYA