TRANSFORMASI MASYARAKAT KANDUNGAN TEMA: BAB 5 Penjelajahan dan Campur Tangan Barat Tema 2.

1 BAB 6 Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Tema 2.2 BAB 7 Penentangan Terhadap Campur Tangan Barat Tema 2.3 BAB 8 Penerimaan dan Pengubahsuaian Tema 2.4 PENJELAJAHAN DAN CAMPUR TANGAN BARAT 5.1 Pengenalan 1. Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada masa itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu usaha untuk mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan. Hal ini berlaku kerana pada masa itu orang Eropah terpaksa bergantung kepada orang Arab untuk mendapatkan rempah yang amat diperlukan di Eropah. Mereka berhasrat untuk mendapatkan terus rempah dari Kepulauan Melayu yang akan dapat memaksimumkan keuntungan mereka. 2. Dasar mekantilisme kemudiannya berubah menjadi dasar imperialisme apabila kuasa-kuasa Eropah lebih agresif dan berlumba-lumba untuk menguasai wilayah-wilayah tertentu untuk kepentingan ekonomi dan politik. 3. Dasar imperialisme berkait pula dengan dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru, biasanya melalui peperangan. Seterusnya kuasa Barat itu memulakan system pentadbiran di kawasan tersebut. Kolonialisme membawa kepada penindasan politik, ekonomi dan sosial ke atas penduduk tempatan. 4.Subtopik ini menumpukan kepada dua perkara iaitu faktor-faktor yang menjadi pendorong campur tangan Barat di ketiga-tiga rantau Asia yang kita pelajari, dan yang kedua pula ialah cara kuasa Barat campur tangan sama ada melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. 5.2 Faktor-faktor Campur tangan Kuasa Barat Faktor Ekonomi 1.Perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah menyebabkan kuasa Eropah mula mencari dan menguasai kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkan kepada perusahaan kilang dan untuk dijadikan tempat pemasaran barangan kilang mereka. Bijih timah diperlukan untuk membuat tin bagi menyimpan makanan dan minuman. Perusahaan bijih timah di Cornwall England telah merosot. Begitu juga dengan keperluan membuat enjin kereta. Getah pula diperlukan bagi menghasilkan tayar-tayar kereta.1
1 Getah

asli Kewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik memerlukan getah asli yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut dawai elektrik. Kemunculan perusahaan automobile dan ciptaan tayar angina getah telah menambahkan lagi permintaan untuk getah.

1
2 Mengikut Richard Storry, kapal-kapal asing seperti dari Rusia, British dan Amerika yang tiba di perairan Jepun
apabila meminta sebarang bekalan, kadang-kadang tidak diberi. Anak-anak kapal yang singgah itu disuruh beredar dari pelabuhan itu secepat mungkin. Kapal dari Rusia berada beberapa bulan di Nagasaki cuba memujuk pihak berkuasa Jepun menerima utusan tetapi ditolak. Malah mereka diberitahu supaya jangan lagi menghantar kapalkapal ke negeri Jepun.

2.. Sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Lantaran itu wujud persaingan dalam menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menjamin bekalan yang berterusan. Antara kuasakuasa Barat tersebut ialah Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman. 3. Di Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati. Jika saingannya, Perancis menguasai Myanmar terlebih dulu, hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Kayu jati digunakan untuk membina dan membaiki kapal. 4. Selain itu itu British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalan kepentingan perniagaannya dengan Negara China. Berdasarkan kepentingan inilah British menghantar Kapten

Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya untuk berunding tentang sempadan Arakan, mengadakan perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan meminta Myanmar menutup pelabuhan kepada saudagar Perancis. Myanmar hanya bersetuju menerima seorang Residen British manakala syarat lain ditolak. 5. Perancis berhasrat menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking di Vietnam. Disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan bimbang Tongking akan dikuasai oleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat, Perancis menakluk Tongking pada tahun 1883. 6. Indonesia pula kaya dengan rempah-ratus terutamanya Acheh dan Maluku (terutamanya Ternate dan Tidore). British mahu menguasai hasil barangan India kerana hasil barangan India mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Barat. 7.British memerlukan hasil keluaran China untuk diperdagangkan di Eropah seperti teh dan sutera, dan menjadikan China sebagai pasaran barangannya. Bagaimanapun China menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya dijalankan melalui Co Hong melalui pelabuhan Canton. 8.Kegiatan menangkap ikan paus di Lautan Pasifik kadangkala menyebabkan nelayan Amerika Syarikat terdampar di Jepun. Mereka dibawa ke Nagasaki dengan usungan tertutup yang sempit. Selepas disoalsiasat dan diseksa dan nelayan-nelayan itu terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama sebelum dihantar ke Amerika Syarikat menerusi orang Belanda. 2 9.Perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin berkembang. Justeru Amerika Syarikat perlu mencari tempat persinggahan untuk mendapatkan batu arang dan membaiki kapal. Jepun sesuai untuk tujuan ini. Faktor Politik 2

3 Rancangan Membunuh
Pihak Perancis mengugut Thieu Tri supaya turun dari takhta. Baginda enggan melepaskan takhta dengan alas an ingin meyambut angkatan Perancis di Tourane pada tahun 1847. Sebenarnya baginda merancang menjemput wakil Perancis untuk menonton suatu pertunjukkan di istana dan kemudian membunuh mereka. Setelah itu, baginda merancang untuk menyerang kapal Perancis. Oleh sebab Perancis menolak pelawaan

1.Zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 memperlihatkan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka. 2.Di samping itu, ada dua lagi kuasa Eropah baru yang cuba menjalankan dasar imperialisme di Asia dan Afrika. Kuasa baru itu ialah Jerman dan Itali. Jerman yang disatukan Otto Von Bismark dan Itali pula disatukan Camilio de Cavour mampu menjadi pesaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Jerman misalnya sudah menjalin hubungan perdagangan di Asia Tenggara melalui syarikat-syarikat Jerman dan orang perseorangan. 3.Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain menyebabkan kuasa-kuasa tertentu tidak mengambil masa yang lama untuk campur tangan. Di Myanmar misalnya, Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi melindungi kepentingannya daripada ancaman British. Berikutan itu, beberapa utusan diplomatik telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat. 4. British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemas apabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang berbaik-baik dengan kuasa Barat lain. 5. Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai Myanmar Hulu. Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan menakluki Myanmar Hulu. 6. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesame sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas. Orang British dan Belanda sering menggunakan slogan “beban orang putih” untuk mendapatkan tanah jajahan. 7.Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Oleh itu, timbul rasa tanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula menggunakan slogan “tugas menyebarkan tamadun” yang bermaksud mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang timur. 8. Kerajaan British di India telah mengilhakan wilayah Qudh dengan alasan untuk menjaga kebajikan dan faedah-faedah yang dibawa oleh pemerintahan British ke atas kawasan-kawasan yang menghadapi masalah penyelewengan pemerintah tempatan. Faktor Agama 1.Salah satu aspek yang rapat dengan dasar imperialisme Barat ialah penyebaran agama Kristian di kalangan penduduk Asia. Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama Kristian ekoran kegiatan mubaligh Kristian Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama Kristian. Pada masa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda membenarkan agama Kristian, Buddha dan Confucius berkembang. 2.Pengganti baginda, Minh Mang mengamalkan dasar anti-Kristian. Sesiapa yang menganut agama Kristian dihukum bunuh. Pengganti baginda pula, Maharaja Thieu Tri 3telah meluluskan undangundang yang membuang negeri bagi sesiapa yang menganut 3

baginda, Thieu Tri telah menyerang kapal Perancis. Angkatan Perancis bertindak menenggelamkan kapal Vietnam sebelum meninggalkan Tourine. 4 Terusan Suez Terusan Suez telah dibina oleh pihak Perancis yang diketuai oleh juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Selepas dibuka pada tahun 1869, British sangat berminat untuk menguasai terusan ini kerana sebilangan besar kapalnya menggunakan terusan ini untuk pergi ke India, China dan Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah. Peluang untuk menguasai terusan ini terbuka apabila Gabenor Mesir, Khedif dan salah seorang pemegang saham terusan ini hamper muflis. Khedif terpaksa menjual sahamnya sebanyak 45 peratus dan kedua-dua pihak iaitu British dan Perancis mahu membeli saham tersebut. Disraeli, Perdana Menteri Britain ketika itu meminjam modal daripada bank antarabangsa dan berjaya membeli saham tersebut.

agama Kristian dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh serta paderi Perancis akan dibuang ke dalam sungai atau laut. Petempatan orang Kristian dibakar dan tanah mereka dirampas. 3. Di antara tahun 1851-1852, permusuhan antara Perancis dengan Vietnam semakin kritikal sehingga Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard dihukum bunuh. Kerajaan Vietnam seterusnya mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian dan memusnahkan gereja-gereja. Keadaan ini menyebabkan Raja Perancis, Napoleon III berazam menakluk Vietnam. Akibatnya Tourane, Saigon dan kemudiannya Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis. Faktor Perhubungan dan Teknologi 1.Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan meningkatkan lagi keinginan kuasa-kuasa Barat untuk mempercepatkan dasar imperialisme. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 menyebabkan jarak antara barat dan Timur dapat dipendekkan dan masa perjalanan dikurangkan. Oleh itu kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan perdagangan antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan.4 2..Perkembangan perhubungan laut khususnya penciptaan kapal berkuasa wap mendorong dan mempercepatkan imperialisme Barat di asia Tenggara. Kapal laut boleh membawa muatan yang banyak, lebih selamat dan mempercepatkan perjalanan. 3. Selain itu ciptaan telegraf telah mempercepatkan lagi urusan perniagaan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat. 5.3 Cara Kuasa Barat Campur Tangan 1. Secara umumnya terdapat tiga cara kuasa-kuasa Barat campur tangan di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Cara pertama ialah peperangan. Cara pertama ini dapat dilihat di Myanmar, Vietnam, Indonesia, Vietnam, Filipina dan China. Bagaimanapun peperangan yang tercetus mempunyai sebab-sebab yang berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. 2. Cara kedua ialah melalui perjanjian. Meskipun begitu, cara termaktubnya perjanjian mempunyai persamaan dan perbezaan. Hal ini kerana di sesetengah negara, perjanjian yang ditandatangani tidak melibatkan peperangan, sementara di negara-negara tertentu perjanjian ditandatangani setelah berlakunya peperangan. Myanmar, China, Vietnam dan Indonesia adalah contoh negara yang menandatangani perjanjian setelah berlakunya peperangan. 4

5 Pusat tamadun dunia
Masyarakat China menganggap negara mereka sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat tamadun dunia. Mereka mempunyai tamadun yang lebih superior daripada tamadun lain. Mereka keberatan menjalin hubungan diplomatik dengan orang Barat kerana taraf mereka tidak sama. Orang China menganggap orang Barat sebagai orang gasar (fan len) dan hantu asing (fan Kwae).

3. Cara ketiga ialah melalui pengilhakan. Pengilhakan dijalankan melalui kekerasan seperti ugutan. Ada kalanya cara ini juga membawa kepada peperangan. Cara ini dapat dilihat melalui perluasan kuasa Inggeris di India dan Kampuchea. A. Cara Peperangan dan Perjanjian (Melibatkan China, Myanmar, Vietnam, Indonesia,) CHINA Isu Perdagangan 1. Pada abad ke-19, hubungan kuasa-kuasa Barat dengan China mengalami kesulitan pada pandangan orang-orang Barat. Hal ini timbul kerana kepentingan perdagangan antara kedua-dua pihak bercanggah. Percanggahan berlaku kerana orang Cina merasakan mereka tidak perlu barangan Barat disebabkan mereka mampu mengeluarkan sendiri segala keperluan yang dikehendaki. Negara China dianggap sebagai ‘middle kingdom’ atau pusat tamadun dunia. Justeru semua kuasa hendaklah tunduk di bawah kuasanya.5 2. Bagi orang Barat pula, perdagangan menjadi semakin penting ekoran meletusnya Revolusi Perindustrian. Saudagar-saudagar Barat terutamanya Inggeris mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda dengan negara China, namun impian mereka tidak kesampaian. Keadaan ini disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu, kadang-kadang disebut dasar pemencilan atau isolasi.menganggap perdagangan sebagai pekerjaan hina. Justeru, perdagangan tidak digalakkan terutama dengan kuasa-kuasa Barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri. 3. China mengenakan pelbagai sekatan ke atas saudagar asing. Saudagar asing dibenarkan melaksanakan urusniaga dengan China melalui pelabuhan Canton dan berurusan dengan pedagang yang dikenali sebagai Co Hong. Mereka tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton. Mereka hanya boleh tinggal di musim sejuk dan hanya di kawasan kilang mereka. Mereka juga tidak dibenarkan membawa ahli keluarga mereka ke Canton. Mereka perlu pulang ke Macao selepas berniaga dari bulan Oktober hingga Januari. Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co Hong. 4. Saudagar asing tidak dibenarkan membawa wanita dan senjata ke China. Mereka juga dilarang berkahwin dengan wanita tempatan. Kapal perang tidak dibenarkan masuk. Orang asing juga hanya boleh bergerak dalam satu kumpulan melebihi 10 orang dan mereka dilarang mempelajari bahasa Cina. Isu Undang-undang 1.Faktor perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan lagi hubungan China dengan kuasakuasa Barat. Mengikut sistem keadilan China “seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”(guilty until proven innocent) manakala sistem keadilan Barat menegaskan 5

6 Nyawa dibalas nyawa
Dalam system mahkamah di negara China, tidak wujud Badan Penasihat Undang-Undang(Advice of Council) seperti yang diamalkan oleh orang-orang Barat manakala badan keadilan pula tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata. Dalam kes bunuh, undang-undang China menuntut ‘nyawa dibalas nyawa’

“seseorang yang dituduh melakukan kesalahan adalah dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas” (innocent until proven guilty).6 2. Begitu juga dengan falsafah undang-undang yang dianuti di China amat berbeza dengan falsafah undang-undang yang diamalkan di Barat. Undang-undang Barat berdasarkan konsep “tanggungjawab individu” iaitu hukuman hanya akan dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja. Sebaliknya di China, “doktrin tanggungjawab berkumpulan” diamalkan. Menurut doktrin ini, sekiranya seseorang individu melakukan kesalahan atau tidak dapat dikesan maka kumpulannya bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan salah seorang daripada mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu. 3.Hal ini dapat dilihat dalam kes Terranova yang berlaku pada tahun 1821. Dalam kes ini, Terranova yang berbangsa Itali, merupakan kelasi milik Amerika telah dituduh membunuh wanita Cina Kelasi kapal “Emily” itu diserahkan kepada kerajaan China demi menjaga hubungan perdagangan ChinaAmerika. Beliau dijatuhkan hukuman cekik sampai mati. 4. Dalam kes lain, beberapa kelasi British yang mabuk terlibat dalam pembunuhan Lin Wei Hsi di Kowloon. Penguasa British di Kowloon, Charles Elliot mereka dibicarakan mengikut undang-undang British. Mereka didapati bersalah dan denda 50 paun dan tiga bulan penjara. 5. Pihak berkuasa China tetap menuntut agar pesalah-pesalah tersebut diserahkan kepada mereka untuk diadili mengikut undang-undang negara China. Keengganan Inggeris memenuhi tuntutan itu menyebabkan hubungan antara kedua-dua pihak semakin renggang dan seterusnya membawa kepada meletusnya Perang Inggeris-China Pertama. Isu Candu 1.Saudagar-saudagar Inggeris amat memerlukan teh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Keengganan China untuk membeli barangan dari Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan Inggeris. Matlamat pihak Inggeris untuk menjadikan China untuk memasarkan barangan kilang mereka juga tidak tercapai. Akibatnya berlaku imbangan perdagangan yang tidak seimbang. Tambahan pula pedagang Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang emas dan perak untuk berdagang di negara China. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pengaliran keluar wang emas dan perak yang banyak dari Britain ke China. 2. Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu, pedagang Inggeris membawa masuk candu dari India dan Turki ke China. Candu kemudiannya menjadi barangan yang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bawahan dan atasan. Sekitar tahun 1839, terdapat kirakira 4 juta orang China yang menjadi penagih candu. 3.Kemasukan candu yang banyak mengakibatkan pengaliran wang keluar yang banyak kerana nilai import candu melebihi nilai eksport the dan sutera. Pada tahun 1838 dan 6

7 Jumlah import candu di China
1800-1820 = 4500 peti candu 1820-1830 = 10 000 peti 1838-1839 = 40 000 peti 8 Belot Pada 3 November 1839, pertempuran telah berlaku antara Kapal Perang Inggeris HMS Volage yang membedil kapal Royal Saxon yang juga milik Inggeris. Kapal Royal Saxon tidak sependapat dengan Elliot dan secara sulit menandatangani surat akuan dengan pihak berkuasa China untuk menghentikan penjualan candu di China. Sebagai balasan, mereka diberi kebenaran untuk berdagang di China. Kapal Perang China telah membalas bedilan HMS Volage bagi melindungi Royal Saxon. Peristiwa ini telah menandakan Perang inggeris-China yang pertama.

1839, pengaliran keluar wang perak bernilai 37.9 juta pound. Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi China.7 4.Maharaja Tao Kuang pada tahun 1838 telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu. Baginda mengawal rapi aktiviti penyeludupan candu. 5.Kerajaan China melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton. Beliau mengarahkan supaya candu tidak boleh dibawa masuk ke China. Saudagar asing dikehendaki menandatangani surat akuan yang menyatakan mereka tidak akan menjalankan perdagangan candu. 6. Candu hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan jumlah candu yang diserahkan itu akan dibayar dengan teh bergantung kepada jumlah teh yang diserahkan. Baqgaimanapun arahan tersebut tidak dihiraukan oleh Penguasa Perniagaan British di Canton, Kapten Charles Elliot. Lin Tsu-hse bertindakbalas dengan mengarahkan tentera mengawal kediaman saudagar asing dan memutuskan hubungan perdagangan dengan pihak British.8 7. Untuk memelihara keselamatan para pedagang Inggeris, Kapten Charles Elliot menyerahkan lebih 20 000 peti candu. Seterusnya Pesuruhjaya canton itu meminta saudagar-saudagar asing menandatangani akuan yang mereka tidak akan menjual candu di China lagi. 8.Kapten Charles Elliot pula menuntut supaya pihak China membayar ganti rugi candu yang dimusnahkan, tetapi tidak dilayan oleh pihak China. 9.Kedegilan kedua-dua pihak untuk memenuhi tuntutan masing-masing dirumitkan lagi dengan pembunuhan rakyat China bernama Lin Wei Hsi oleh beberapa kelasi Inggeris yang mabuk. Pihak berkuasa China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserah kepada mereka tetapi Kapten Elliot menolak kerana tidak mahu peristiwa Kapal Lady Hughes9 dan peristiwa Terranova berulang kembali. 7

9 Peristiwa Kapal Lady Hughes
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1784. Ketika kapal ini tiba di pelabuhan Whampoa, seperti biasa tembakan penghormatan telah dilepaskan. Secara tidak sengaja tembakan itu terkena dua orang Cina yang menyebabkan kematian. Seorang lagi tercedera. Pihak berkuasa di Canton mendesak supaya anak kapal yang terlibat diserahkan kepada mereka untuk dibicarakan mengikut system perundangan Cina. Kerajaan Manchu juga mengugut akan menyerang kilang-kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan dengan dengan orang asing sekiranya individu yang melakukan itu tidak diserahkan kepada mereka. Inggeris terpaksa menyerahkan anak kapal tersebut. Anak kapal itu dicekik sampai mati tanpa dibicarakan.

10. Peperangan tidak dapat dielakkan lagi dan pada awal November meletuslah Perang InggerisChina 1 atau Perang Candu. Peperangan yang bermula pada tahun 1839 itu berakhir pada tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking dan selepas itu kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842. 11. Antara syarat-syarat Perjanjian Nanking ialah STPM 1998 K2/S8 i)Lima buah pelabuhan dibuka kepada rakyat dan saudagar British(Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai) ii)China bersetuju membatalkan perniagaan antara saudagar asing dengan Co-hong. Saudagar British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. iii)Konsol British ditempatkan di lima pelabuhan itu untuk mengawal warganegara British dan harta mereka. iv)Hong Kong diserahkan kepada British. v)Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi. vi)Kerajaan China mengakui British setaraf dengan mereka. vii)Kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan cukai import pada kadar tiga peratus. 12.China tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Nanking. Masalah saudagar asing, candu, perdagangan bebas tidak selesai. Tuntutan British untuk menyemak semula Perjanjian Nanking disokong oleh Perancis dan Amerika Syarakat. Pada tahun 1844, China menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat yang dinamakan Perjanjian Wang-Hsia dan dalam tahun yang sama China menandatangani perjanjian dengan Perancis yang dinamakan Perjanjian Whampoa. 13.Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman, luar dari Canton. Ramai juga rakyat China yang berjaya dikristiankan. Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme. Seorang mubaligh Perancis, 8 10 Kesan Konvensyen Peking jelas membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Peluang ini digunakan oleh kuasakuasa Barat untuk terus menekan China. Melalui perjanjian yang dibuat dengan Rusia, China kehilangan Semenanjung Siberia kepada Rusia. Penyebaran agama Kristian juga terus berlaku secara bebas sehingga mencemari adapt resam dan kepercayaan masyarakat tempatan.

Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontak yang menentang kerajaan China. 14.Peristiwa Lorcha Arrow membawa kepada Perang Candu Kedua 1856. Kapal ini milik pedagang China yang didaftarkan di Hong Kong. Kapten kapal berbangsa Inggeris. 12 kelasi kapal ini ditangkap oleh polis dan askar Canton kerana dituduh melindungi seorang lanun yang diburu kerajaan China. Polis dan askar Canton mengoyakkan bendera British. Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan. 15. Konsol British di China, Harry Parkes mengemukakan bantahan mendesak kerajaan China membebaskan kelasi yang ditahan dan meminta maaf secara terbuka. Kerajaan China membebaskan tahanan tetapi tidak meminta maaf. 16. Parkes menjadikan peristiwa kapal Lorcha Arrow untuk melancarkan serangan ke atas China British membedil Canton pada Oktober 1856 dan bermulalah Perang Inggeris-China Kedua.Akhirnya

China menandatangani Perjanjian Tientsin dengan British, Amerika Syarikat (USA), Perancis dan Rusia pada bulan Jun 1858. 17. Antara syarat-syarat Perjanjian Tientsin ialah STPM 2001 K2/S8 i) Perwakilan asing yang terdiri daripada orang Inggeris, Perancis, USA dan Rusia dibenarkan menetap di Peking dan atas dasar persamaan taraf. ii)Orang asing dibenarkan bergerak bebas dan mempunyai hak melawat semua bahagian pedalaman dengan passport yang dikeluarkan oleh konsol asing dan ditandatangani oleh pegawai China tempatan. iii)Kapal asing mempunyai hak berniaga di Sungai Yang-tze hingga Hankow kira-kira 100 km. iv) Kerajaan China bersetuju untuk membuka pelabuhan tambahan untuk perdagangan asing iaitu Nanking, Hankow, Chingkiang dan Kiuching. v) Mubaligh Perancis bebas menjalankan kegiatan agama Kristian dan mempunyai hak perlindungan daripada pihak berkuasa negara China. vi)Orang asing yang melakukan jenayah di China akan diadili mengikut undang-undang Barat. vii)China dikehendaki membayar ganti rugi perang sebanyak empat juta tael kepada Inggeris dan dua juta tael kepada Perancis. vii)Tarif baru ke atas barangan import dan eksport ditetapkan sebanyak lima peratus ad valorem kecuali candu, teh dan sutera. 18. Perjanjian Tientsin tidak dapat menyelesaikan ketegangan antara kuasa-kuasa Barat dengan China. Kerajaan Manchu enggan mengiktiraf perjanjian tersebut. Cara diplomatik tidak dapat berfungsi lagi bagi memulihkan hubungan antara China dengan kuasa-kuasa Barat. 19. Pada bulan Jun 1860, Tentera Bersekutu telah menyerang Tientsin dan Peking. dan seterusnya merosakkan Istana Musim Panas Peking. Maharaja melarikan diri ke Jehol bersama permaisurinya Maharani Dowager. 20. Baginda melantik adiknya Putera Kung sebagai penggantinya. Akhirnya Putera Kung bersetuju mengadakan perundingan damai dengan pihak Inggeris. Perang Inggeris-China Kedua tamat pada bulan Oktober 1860 setelah Konvensyen Peking ditandatangani.10 9

11 Pemerintah Myanmar pada abad ke-19
1. Raja Bodawpaya (1782-1819) 2. Raja Bagyidaw (1819-1837) 3. Raja Tharrawaddy (1837-1846) 4. Raja Pagan Min (1846-1853) 5. Raja Mindon Min (1853-1878) 6. Raja Thibaw (1878-1885)

21.Kesan konvensyen ini menyebabkan China bersetuju mengiktiraf semua syarat-syarat Perjanjian Tientsin. ganti rugi perang ditambah kepada lapan juta tael kepada Inggeris dan Perancis. 22. Mubaligh Perancis boleh membeli dan menyewa tanah serta membina bangunan di China. Pelabuhan Tientsin dibuka kepada perdagangan asing. Buruh Cina boleh dibawa ke luar negara. 23.Orang asing bebas ke kawasan pedalaman negara China dengan surat kebenaran yang ditandatangani oleh konsol mereka dan pegawai China. 24.Selain itu China telah membuka 11 buah pelabuhan untuk perniagaan dan penempatan wakil asing. Dengan itu dasar pemencilan negara China pun berakhir. MYANMAR Inggeris menguasai Myanmar setelah melalui tiga siri peperangan iatu Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826), Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) dan Perang Inggeris-Myanmar III (18851886).11 Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Isu Pelarian Orang Arakan 1.Raja Bodawpaya menjalankan usaha meluaskan kekuasaan Myanmar di kawasan sempadan Myanmar. Baginda menyerang dan menakluk Arakan yang bersempadan British-India. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Myanmar. 2. Bodawpaya telah bertindak kejam terhadap penduduk Arakan. Harta penduduk tempatan dirampas. Penduduk Arakan lari ke Chittagong. Bodawpaya juga memaksa penduduk Arakan memasuki tentera menentang Siam dan menjadi buruh membina pagoda. Mereka sekali beramairamai lari ke Chittagong. Dalam usaha menggempur pemberontak Arakan, tentera Myanmar memasuki sempadan British. 3.Kehadiran pelarian Arakan ke wilayah Chittagong kurang disenangi oleh pentadbiran Inggeris kerana mencetuskan masalah sempadan antara Myanmar dan Inggeris di India. Raja Bodawpaya mendesak pihak Inggeris menyerahkan pemberontak Arakan yang mendapat perlindungan Inggeris di wilayah berkenaan. Pihak Inggeris enggan memenuhi tuntutan tersebut. Hal ini menyebabkan tentera Myanmar memasuki wilayah Inggeris bagi memburu dan menangkap pemberontakpemberontak tersebut. Pihak Inggeris merasa tercabar dengan tindakan tersebut. Pemberontakan Chin Byan(1811) 1.Hubungan British-Myanmar bertambah runcing apabila timbulnya pemberontakan Chin Byan, ketua pemberontak Arakan. Myanmar menuduh British bersubahat dengan Chin 10

12 Kesan Perjanjian Yandabo
a)Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Myanmar b)British berjaya menguasai Myanmar Hilir c)Meletakkan asas campur tangan British ke seluruh Myanmar

Byan. Chin Byan dikatakan telah mempunyai pangkalan tentera di kawasan Chittagong dari telah melancarkan beberapa serangan ke atas Myanmar. 2.Tentera Myanmar cuba menangkapnya tetapi gagal. Untuk meyakinkan Myanmar, pihak Inggeris juga melncarkan gerakan menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan tersebut menyebabkan Myanmar tidak puas hati dengan Inggeris dan menambahkan lagi ketegangan hubungan Myanmar dengan pihak Inggeris. Dasar campur tangan Myanmar di Manipur, Chachar, Assam dan Pulau Shahpuri. 1.Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal-ehwal Manipur, Chachar dan Assam. Baginda membantu Manjit Singh menjadi Raja di Manipur setelah berjaya merampas kuasa daripada abang-abangnya. Saudaranya yang kalah meminta bantuan British. 2.Pada hari pertabalan Raja Bagyidaw, cucu Bodawpaya sebagai pemerintah keeanam Dinasti Konbaung, Raja Manipur tidak hadir dalam upacara tersebut. Alasan tersebut telah digunakan oleh panglima tentera Myanmar, Maha Bandula untuk menyerang Manipur. 3. Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Tentera Myanmar memburunya sehingga ke Chachar. Keadaan ini memaksa pemerintah Chachar lari ke Chittagong untuk mendapatkan bantuan Inggeris. 4. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan tersebut iaitu Manipur, Chachar dan Assam. 5.Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. Sebuah kubu pertahanan telah didirikan di pulau tersebut. Pada tahun 1823, Myanmar telah menyerang pulau itu. Pihak Inggeris mendesak tentera Myanmar meninggalkan pulau itu 6. Sungguhpun Inggeris berjaya menguasai semula Pulau Shahpuri, namun apabila Maha Bandula cuba menyerang Chittagong menyebabkan Inggeris mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada bulan Mac 1824. Dengan itu bermulalah Perang Inggeris-Myanmar I. 7. Raja Bagyidaw akhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian dengan pihak Inggeris. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo yang dimeterai pada bulan Februari 1826.12 8.Syarat-syarat perjanjian ini ialah: i)Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan, Assam dan Tenasserim kepada British. ii)Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayah Assam, Jaintia, Chachar dan Manipur. iii)Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam. iv)Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British sebanyak 10 juta rupi. v)British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar. vi)Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta. vii)Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara Myanmar dengan British. 9. Selepas perjanjian ini, British menguasai Hilir Burma. 11

Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Kesan Perjanjian Yandabo 1. Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandabo berat sebelah dan menjatuhkan maruah Myanmar. Myanmar telah kehilangan wilayah-wilayah penting seperti Arakan dan Tenasserim. 2.Pengambilan kedua-dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak rakyat Myanmar dan Myanmar masih menganggapnya sebagai tidak sah. Baginda tidak menghormati wakil British yang dihantar ke Myanmar dan enggan menubuhkan pejabat perwakilan Myanmar ke Culcutta serta tidak menghantar wakilnya ke situ.Tindakan baginda telah merenggangkan lagi hubungan InggerisMyanmar. 3. Pengambilan Arakan dan Tenasserim merugikan Myanmar. Hal ini kerana kawasan-kawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati. 4. Pihak Inngeris pula tidak berpuas hati dengan Perjanjian Yandabo kerana Myanmar mengengkari perjanjian ini Menurut Perjanjian Yandabo, Myanmar dikehendaki membayar 1000 juta rupee kepada Inggeris tetapi Myanmar enggan menyerahkan ganti rugi itu kepada pihak Inggeris. Layanan buruk terhadap pegawai British 1. John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk mengadakan rundingan tentang isu perdagangan. Hal ini termaktub dalam Perjanjian Yandabo yang menyatakan kedua-dua pihak akan membincangkan isu perdagangan secara berasingan. Kedatangan Crawford bertujuan mendapatkan kebenaran Raja Bagyidaw untuk mengeksport beras dari Ranggon. Utusan Crawford tidak mendapat layanan yang sewajarnya kerana Raja Bagyidaw enggan memberi kebenaran mengeksport beras dan perak. 2. Henry Burney dihantar ke Myanmar (1830) sebagai Residen Inggeris yang pertama. Beliau ditugaskan untuk berunding tentang ganti rugi perang, masalah sempadan dan hak perdagangan. Bagaimanapun tugasnya itu tidak kesampaian kerana Raja Bagyidaw menjadi tidak siuman. 3.Pengganti Bagyidaw, Raja Tharawaddy juga memberi layan buruk kepada Burney. Atas sebab keselamatan, pihak Inggeris telah menindahkan pejabat Residennya dari Amarapura ke Rangoon. 4.Pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga tidak dilayan dengan baik. Akhirnya pentadbiran British terpaksa menutup pejabat Residennya di Myanmar pada tahun 1840. Layanan buruk terhadap saudagar Inggeris 1. Raja Pagan Min bersikap anti-British. Baginda memberi kuasa kepada gabenor Pegu, Maung Ok berurusan dengan British. Maung Ok juga anti-British. Beliau menghalang perniagaan saudagar British di bandar-bandar Myanmar. British pula mahukan kebenaran berniaga di kawasan pedalaman. 2.Maung Ok menuduh Kapten Shepperd dan Lewis melakukan penipuan dan terlibat dalam satu kes pembunuhan. Walaupun tiada bukti yang jelas, Mereka dipaksa 12

membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Pagan Min melucutkan jawatan Maung Ok tetapi enggan berunding tentang ganti rugi. 3.Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar. Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000 paun. British mengisytiharkan perang pada tahun 1852. 4.Kesan Perang Inggeris-Myanmar II ini menyebabkan British berjaya menguasai Arakan, Tenasserim dan Hilir Myanmar. Raja Myanmar hanya berkuasa di bahagian Hulu Myanmar sahaja(Myanmar Utara). 5.British juga menguasai hutan kayu jati yang banyak hasilnya. British meneruskan usaha untuk menguasai seluruh Myanmar. Myanmar pula cuba mempertahankan maruah dan kedaulatannya. Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Isu kasut 1.Walaupun Mindon Minh melaksanakan pelbagai pembaharuan, namun baginda masih berpegang kepada adat dan nilai-nilai tempatan. Antara tradisi yang masih dipegang kuat oleh Mindon Minh ialah adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara. 2.Mindon Minh turut mengarahkan wakil-wakil Inggeris yang ingin mengadap baginda menanggalkan kasut ketika memasuki istana. Peraturan tersebut dianggap menjatuhkan maruah bagi pihak Inggeris. 3.Pentadbiran Inggeris di India mengarahkan supaya pegawai-pegawai Inggeris tidak mematuhi peraturan berkenaan. Perkara tersebut membangkitkan kemarahan Raja Mindon Minh dan baginda bertindak mengusir wakil Inggeris itu dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Inggeris. Peristiwa ini menjejaskan hubungan antara kedua-dua pihak. Keengganan Inggeris memulangkan wilayah Myanmar 1.Raja Mindon Minh kuat berpegang kepada agama. Baginda juga sukakan kedamaian dan bencikan peperangan. Oleh itu cuba berdiplomasi dalam hubungannya denga kuasa-kuasa Barat. 2. Pada peringkat awal, baginda berbaik-baik dengan pihak Inggeris dengan harapan agar pihak Inggeris memulangkan semula wilayah-wilayah Myanmar khususnya wilayah Pegu kepada Myanmar. 3.Kedegilan pihak Inggeris untuk berunding tentang isu tersebut menyebabkan Raja Mindon bersikap dingin terhadap Inggeris. Baginda mula mengubah dasar luarnya dengan menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis, Itali dan Amerika Syarikat. 4.Oleh kerana tidak puas hati apabila pihak British tidak mengendahkan tuntutannya, baginda menghantar wakilnya ke London (Kuliwun Mungyi) untuk berbincang dengan Queen. Bagaimanapun wakilnya itu hanya dibawa berjumpa Setiausaha Luar Negeri British. British juga tidak senang dengan sikap Raja Mindon yang membuat hubungan dengan Perancis. 13 13 Ratu Suyalat 5. Lanjutan daripada itu, Raja Mindon telah menghantar utusan ke Paris untuk menandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan senjata. Inggeris cukup marah dengan tindakan baginda itu kerana jika Perancis membantu Myanmar, cita-cita Inggeris untuk menguasai politik dan ekonomi Myanmar akan terjejas. Perjanjian 1862, Myanmar berjanji menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa ke Hilir Myanmar dan Irriwady. Myanmar juga memberi kebebasan kepada saudagar British menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irriwady. Myanmar juga bersetuju menempatkan seorang ejen British ditempatkan di Mandalay. British juga menuntut bahawa dalam Perjanjian 1867, Raja Myanmar hanya boleh memonopoli batu permata, kayu jati dan minyak. Bagaimanapun Raja Myanmar turut memonopoli perniagaan gula, gading dan gandum. Kekacauan politik dalaman Myanmar.

1.Raja Thibaw telah membunuh lebih 80 ahli keluarganya untuk mengelakkan cubaan rampasan kuasa. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan British menjadikannya sebagai alasan untuk menguasai Myanmar. 2.Kekacauan politik juga berlaku dan memburukkan lagi keadaaan di Myanmar. Misalnya terdapat cubaan untuk merampas takhta kerajaan oleh Putera Byingun. 3.Golongan saudagar di Rangoon bimbang dengan keadaan tersebut dan mendesak pihak Inggeris campur tangan dan menawan Myanmar Hulu. Pihak Inggeris juga mengambil keputusan menutup pejabat Residen di Mandalay pada tahun 1879. Hubungan Myanmar dengan Perancis Raja Thibaw turut membuat hubungan dengan Perancis. Baginda menghantar wakilnya ke Paris untuk menguruskan perjanjian perdagangan dengan Perancis. 2. Melalui perjanjian tersebut, Konsul Perancis dilantik di Mandalay. Syarikat Perancis dibenarkan membuka bank dan membina landasan kereta api di Mandalay. Perancis juga dibenarkan membina konsulnya di Mandalay. 3. Apa yang mengejutkan pihak Inggeris ialah pemerintah Myanmar telah memberi kebenaran kepada Perancis untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan di Myanmar seperti perkhidmatan pos, mengendalikan kapal-kapal wap dan mengambil alih monopoli diraja. 4.Sesungguhnya hubungan baik Raja Thibaw dengan Perancis telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris dan Myanmar. Isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma 1.. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dimiliki oleh Inggeris. Syarikat ini diberi konsesi menjalankan operasi pembalakan dan perdagangan kayu jati di Myanmar. 2. Raja Thibaw mendakwa syarikat ini mengambil kayu jati melebihi peruntukan yang diberikan dan menjalankan operasi di luar kawasan yang ditetapkan.Syarikat ini juga didakwa memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada pekerja Myanmar. 3.Syarikat ini dibicarakan oleh Hlutdaw dan didapati bersalah. Syarikat ini dikenakan membayar denda sebanyak 23 juta rupee kepada Raja Thibaw dan merampas hak pembalakan.13 14

Raja Thibaw sering dipengaruhi oleh permaisurinya Ratu Supayalat dalam setiap tindakan baginda. Ratu tersebut telah mengarahkan baginda menyingkirkan ramai menterinya, memenjara dan membunuh kerabat diraja yang boleh mendatangkan masalah kepada baginda. Ratu ini mempengaruhi Thibaw supaya melantik saudara maranya serta tokoh-tokoh yang disukainya memegang jawatan-jawatan penting dengan membelakangkan kerabat diraja Myanmar. 14 Kesan Perjanjian Inggeris-Myanmar III a) Seluruh Myanmar jatuh ke tangan British b) Myanmar dijadikan wilayah India c) Berakhirnya pemerintahan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752

4.Syarikat tersebut membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya Raja Thibaw mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Permintaan itu tidak dilayan oleh Raja Thibaw. 5.Pada Oktober 1885, pihak Inggeris memberi arahan kepada Raja Thibaw iaitu Raja Myanmar perlu mencari orang tengah untuk menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh British pada masa akan datang. 6. Raja Thibaw diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjawab arahan atau permintaan tersebut. Sementara itu pihak British menghantar kira-kira 10 000 tentera dan memberi amaran kepada Raja Thibaw sekiranya jawapan yang diberikan kepada baginda tidak memuaskan. 7.Raja Thibaw mengemukakan jawapan seperti berikut: i) Baginda bersetuju membatalkan denda yang dikenakan kepada Syarikat Perdagangan BombayBurma sekiranya ada rayuan. ii) Myanmar juga bersetuju menerima wakil British dan ditempatkan di ibu kota Myanmar tetapi dasar luar Myanmar dikendalikan oleh Myanmar.. iii) Myanmar mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain. iv)Semua kuasa Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama. 8.British tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan pada November 1885 British menyerang Myanmar. Setelah bertempur selama dua minggu, tentera British berjaya menguasai Myanmar Hulu.
14

9.Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan mangkat di sana pada tahun 1905. Dengan itu berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung yang memerintah selama 130 tahun. 10. Myanmar menjadi tanah jajahan British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948.. VIETNAM STPM 2003 K2/S9 1.Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam. Maharaja Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. Baginda telah menerima kemasukan agama Kristian di Vietnam. Dikatakan pada tahun 1800, lebih 300 000 penduduk Vietnam menganut agama Kristian. 2.Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan Perancis-Vietnam. Penggantinya, Minh Mang bersikap anti-Barat. Baginda juga berpegang teguh kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Dasarnya bercanggah dengan dasar ayahanda, Maharaja Gia Long. 15

3.Baginda berpendapat kehadiran orang Barat dan agama Kristian menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Vietnam. Penganut agama Kristian mula mengasingkan diri dan meninggalkan adat dan tradisi orang Vietnam. 4.Baginda mula mengambil tindakan tegas terhadap penganut agama Kristian dan mubalighmubaligh Kristian. Baginda menangkap pendakwah Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam. Sesiapa yang menganut agama Kristian akan dihukum bunuh. Angkatan tentera Perancis pernah campur tangan dalam isu agama ini apabila berjaya membebaskan lima pendakwah Kristian yang ditahan dipenjara sementara menunggu hukuman bunuh ke atas mereka. 5. Selain itu, baginda juga mengambil tindakan memusnahkan gereja, melucutkan pegawai Perancis dan mengetatkan hubungan luar dengan orang-orang Barat selaras dengan pengamalan dasar tutup pintu. 6.Dasar anti-Kristian diteruskan oleh pengganti Minh Mang iaitu Maharaja Thien Tri dan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan Tu Duc, gerakan anti-Kristian semakin kuat. Baginda meluluskan undang-undang yang mencatatkan bahawa sesiapa yang menganut agama Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh. Paderi Perancis pula akan dihukum buang ke dalam sungai atau laut. 7. Selain itu petempatan orang Kristian turut dibakar.Tanah mereka dirampas dan dibahagikan kepada mereka yang bukan beragama Kristian. 8. Hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang apabila dua paderi Perancis telah dibunuh iaitu Augustine Schoeffer dan Jean Louis Bonnard. Perancis membantah dan melancarkan serangan ke atas Vietnam. Perancis menguasai Saigon dan akhirnya pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc mengaku kalah. 9.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Vietnam. Syarat-syarat perjanjian tersebut ialah i) Orang Vietnam dibenarkan bebas beragama. Penganut Kristian bebas mengamalkan agama dan mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam. ii)Perancis dibenarkan berdagang dan tinggal di tiga pelabuhan(Da Nang, Dalat dan Quang Yen) iii)Kapal-kapal Perancis boleh menggunakan Sungai Mekong untuk ke Kemboja. Kerajaan Vietnam dikehendaki membayar ganti rugi perang berjumlah empat juta piatres dalam tempoh 10 tahun. Sebahagiannya dibayar kepada pihak Sepanyol. iv)Kerajaan Vietnam tidak dibenarkan menyerahkan sebarang wilayahnya kepada mana-mana kuasa lain kecuali mendapat kebenaran Perancis. v) Perancis tidak wajib membantu Vietnam sekiranya berlaku peperangan. vi) Tiga wilayah diserahkan kepada Perancis(My Tha, Pulau Condore dan Hoa Gra Dinh) 10.Maharaja Tu Duc masih berdendam dengan Perancis. Baginda terus melakukan penindasan ke atas penganut Kristian. Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk menakluk Tongking. 11. Selepas kemangkatan Maharaja Tu Duc, tentera Vietnam semakin lemah. Pemerintahan Vietnam diambil alih oleh Maharaja Hiep Hoe dan baginda bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Perancis pada tahun 1883. 12. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah i) Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan Perancis. Segala hal ehwal Vietnam dikuasai Perancis. 16

15 Peperangan di Filipina.

-Sepanyol menguasai Filipina sejak abad ke-16 lagi. Penguasaan Filipina berterusan sehingga tahun 1898.apabila dikalahkan oleh USA. USA menguasai Filipina melalui peperangan. Peperangan yang berlaku adalah antara tentera Sepanyol dan USA. Peperangan ini dikaitkan dengan letupan kapal USA yang bernama Maine, yang disyaki dilakukan oleh pihak Sepanyol. Angkatan USA menyerang Sepanyol di Filipina Oleh kerana tentangan yang hebat daripada Sepanyol, USA dikatakan meminta bantuan pemimpin tempatan iaitu Aguinaldo. Akhirnya Sepanyol mengaku kalah pada tahun 1898.

ii)Vietnam bersetuju menarik balik tenteranya di wilayah Tongking dan ini bermakna seluruh Vietnam berada di bawah kuasa Perancis.15 INDONESIA 1.Perang Napoleon yang berlangsung di Eropah pada tahun 1793 di Eropah memaksa Belanda menyerahkan empayar mereka di Hindia Timur kepada British. Melalui Perjanjian Surat-Surat Kew yang ditandatangani anatara kedua-dua pihak, British dikehendaki memerintah buat sementara waktu dan menyerahkan kembali wilayah-wilayah berkenaan apabila Perang Napoleon tamat. 2. Sebaik sahaja Perang Napoleon tamat pada tahun 1816, Belanda kembali ke Hindia Timur dan bermulalah campur tangan di Indonesia. 3.Perluasan kuasa Belanda bermula pada abad ke-19 di Sumatera. Belanda ingin menguasai hasil bijih timah dan lada. Kerajaan Palembang di bawah Sultan Badaruddin melancarkan serangan ke atas 87 orang Belanda dan 27 orang daripadanya terbunuh dan markas mereka dirobohkan. 2.Palembang juga menghadapi saingan dengan British. British menyerang Palembang pada tahun 1812. British melantik adik Sultan Badaruddin sebagai sultan. Sultan Badaruddin menyerah diri dan ditabalkan semula sebagai sultan. 3.Bagaimanapun selepas itu Sultan Najmuddin diiktiraf sebagai Sultan Persaingan terus berlaku antara kedua-dua saudara itu dan akhirnya angkatan Belanda datang ke Palembang 1818 menahan Sultan Najmuddin dan dibuang negeri ke Betawi. 4. Perluasan kuasa Belanda di Sumatera dilakukan berperingkat-peringkat kerana mereka mengamalkan dasar yang lebih berhati-hati yang berpandukan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. 5.Untuk melindungi kepentingan dan kedudukan mereka, Belanda terpaksa mematahkan kegiatan lanun pemerintah-pemerintah yang masih mempunyai hubungan dengan pihak British. 6.Sultan Siak misalnya telah meminta bantuan seorang pedagang British yang bernama Wilson apabila diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya menumpaskan musuh Sultan Siak itu. Namun Wilson kemudiannya merampas Siak untuk dirinya. 7. Tindakan Wilson membimbangkan pihak Belanda. Belanda mengusir Wilson. Akhirnya Belanda menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Siak yang menghendaki Sultak Siak meletakkan Siak dan tanah jajahannya di bawah pengaruh Belanda. 8. Perjanjian Sumatera 1871 ditandatangani antara British dan Belanda yang memberi kebebasan kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya di seluruh Sumatera. 9.Kedudukan Belanda di Indonesia semakin kukh selepas kemenangannya dalam Perang Jawa (18251830). Belanda ketika itu menghadapi krisis kewangan yang serius. Hal ini 17

16 Penguasaan Perancis di Laos berlaku melalui peperangan. Namun peperangan berlaku bukannya dengan Perancis sebaliknya

antara Siam dan Perancis. Laos mengakui pertuanan Siam dan menghantar ufti ke Siam. Perancis tidak menyenanginya. Perancis meminta Laos menghantar ufti kepadanya. Laos meminta bantuan Siam, Siam berjaya dikalahkan. Siam menyerahkan Laos kepada Perancis. 17 Pegawai Kanan Tentera Luat USA, Perry ditugaskan untuk:

a) membuka satu atau dua pelabuhan untuk perdagangan b) hak membeli arang batu di pelabuhan-pelabuhan tertentu c) satu jaminan anak-anak kapal USA yang kapalnya karam akan diberi perlindungan dan dilayan dengan sempurna..
18 Kesan Perjanjian Kanagawa a)Kuasa Barat lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun. b)Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat. c) Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah ditetapkan.

disebabkan terpaksa menanggung hutang perangnya yang tinggi dalam Perang Napoleon dan Perang Jawa. 10. Untuk tujuan itu, Belanda telah memperkenalkan tiga dasar ekonomi di Indonesia iaitu Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika.16 B Campur Tangan Tanpa Peperangan (Perjanjian) JEPUN 1.Seperti negara-negara Barat lain, USA mempunyai banyak kepentingan dengan Jepun terutamanya dari segi ekonomi. Aktiviti penangkapan ikan paus semakin berkembang pesat. Anak kapal USA sering terkandas di pinggir laut Jepun telah dilayan dengan buruk. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelaut USA. 2. Di samping itu, perdagangan antara USA dan China semakin maju. Sehubungan itu, kapal-kapal USA memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan yang sesuai untuk mendapatkan bekalan air, arang batu dan membaiki kapal.17 3.Atas alasan di atas ini, USA berhasrat menjalin hubungan dengan Jepun. Pada tahun 1853, angkatan USA di bawah Komoder Perry menghampiri Nagakasi dan memberi kata dua kepada Shogun supaya membuka perdagangan kepada kuasa luar. Beliau akan datang lagi dengan angkatan yang lebih besar pada tahun hadapan . 4. Pada tahun 1854, Perry datang semula. Jepun di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur dengan kehendak USA. Pada bulan Mac 1854, termeterailah Perjanjian Kanagawa. 18 STPM 1998 K2/S8 5. Syarat-syarat perjanjian adalah seperti berikut i) Jepun akan memberi bantuan dan bekalan kepada kelasi serta kapal USA yang terkandas. ii)) Dua buah pelabuhan akan dibuka iaitu Shimoda dan Hakodate kepada kapal-kapal USA mendapatkan bekalan dan berdagang. iii) USA diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda. iv) USA diberi layanan ‘most favoured nation’ 6. Perjanjian Kanagawa telah merintis hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat lain. Jepun kemudiannya membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856). Syarat utama dalam perjanjian tersebut ialah: i) Kebenaran mendapatkan bekalan di pelabuhan Shimoda, Hakodate dan Nagasaki. 18 19 Mongkut dan Chulalongkorn mengamalkan dasar tolak-ansur terhadap kuasa-kuasa Barat. Tolak-ansur yang
dapat disesuaikan dengan kehendak dan tuntutan ekonomi yang diminati oleh kuasa Barat. Meskipun dasar seperti ini sekali pandang menggambarkan kelemahan pemerintah tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah. Siam tidak menggadai kedaulatan negaranya dan tetap menjadi sebuah negara yang merdeka.

ii)Kebenaran berurusniaga dengan pihak Jepun iii) Hak tempat tinggal bagi lelaki di Nagasaki iv)Kebenaran melantik konsol v)Bidang kuasa perundangan 7. USA memperbaharui perjanjian yang dibuat dengan Jepun. Wakil USA Townsend Harris telah membuat perjanjian dengan pihak Jepun 1858. Antara syarat-syarat perjanjian itu termasuklah: i) pertukaran diplomat di ibu kota masing-masing ii) pembukaan pelabuhan-pelabuhan baru kepada pedagang-pedagang asing iii) Seorang menteri ditempatkan di Edo (Tokyo). 8.Dasar buka pintu Jepun berlanjutan dan diperkukuhkan semasa era pemerintahan Meiji pada tahun 1868. Dasar yang diamalkan ini (buka pintu) menjadikan Jepun terselamat daripada ancaman kuasakuasa Barat. THAILAND 1.Sebagai seorang pemerintah yang peka kepada perkembangan politik di Asia, Mongkut menyedari bahawa tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa Barat akan mengancam kedaulatan Siam. 2.Baginda sedar dasar pemencilan dan sikap degil kepada kehendak kuasa Barat seperti yang diamalkan di Myanmar dan China bukan sahaja gagal menyekat kemaraan kuasa-kuasa Barat tetapi juga membawa kepada penjajahan kuasa Barat ke atas sesebuah negara di Timur. 3. Demi mengekalkan kemerdekaan Siam, Mongkut telah memulakan dasar buka pintu dan melakukan pemodenan di Siam. Baginda telah menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring 1855. 4. Antara syarat-syarat Perjanjian Bowring ialah i) cukai ke atas barangan import dihadkan kepada tiga peratus ad valorem dan cukai ke atas barangan eksport sebanyak lima peratus advalorem ii) eksport beras dibenarkan iii)kapal British boleh memasuki semua pelabuhan Siam iv)pihak British dibenarkan mengimport candu, tetapi mesti mematuhi undang-undang v) British diberi hak wilayah asingan di Siam vi) Seorang konsol British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok 5.Dengan perjanjian ini Siam didedahkan dengan perdagangan antarabangsa. Kesannya penguasaan golongan bangsawan dalam bidang perdagangan semakin merosot Sistem kewangan Siam disusun semula. 6.Siam kemudiannya menandatangani perjanjian dengan USA(1855), Perancis (1856), Belanda(1860) dan Prusia (1862). Siam menjalankan pembaratan, menamatkan pemencilan dan berjaya mengekalkan kemerdekaannya.19 BRUNEI 19

1. Wilayah Brunei iaitu Sarawak diduduki oleh James Brooke, rakyat British. Brooke mendapat Sarawak setelah terlibat dalam membantu Pangeran Muda Hashim dalam mengatasi kekacauan yang disebabkan oleh penentangan penduduk tempatan terhadap pemerintahan Pangeran Indera Mahkota. 2.Pangeran Muda Hashim menyerahkan Sarawak kepada James Brooke melalui perjanjian pada tahun 1841. James Brooke kemudiannya mengembangkan pengaruh dan menguasai daerah Brunei di Sarawak. 3.Kegiatan James Brooke telah mengancam kedudukan dan keselamatan Brunei. Justeru Brunei menandatangani perjanjian dengan British 1847 untuk mendapat perlindungan. Pada tahun 1888 sekali lagi Brunei menandatangani perjanjian dengan British. 4.Syarat-syarat perjanjian: i)Brunei akan terus diperintah oleh sultan dan penggantinya sebagai negeri yang merdeka, di bawah perlindungan Great Britain. ii).Sekiranya ada sebarang persoalan tentang hak mewarisi takhta Brunei, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh baginda Queen. iii) Hubungan Brunei dengan semua negeri asing akan diputuskan oleh kerajaan Baginda Queen. iv)Kerajaan baginda Queen berhak menempatkan pegawai-pegawai Konsul British di sebarang tempat di Brunei. v)Penyerahan sebarang bahagian wilayah Brunei mestilah dipersetujui oleh kerajaan Queen. vi)Pengadilan awam dan jenayah terhadap rakyat British atau harta benda mereka dalam Brunei adalah terserah kepada Baginda Queen. C Campur Tangan Melalui Pengilhakan 1.Walaupun cara pengilhakan bukan melalui proses peperangan tetapi kuasa-kuasa Barat turut menggunakan kekerasan iaitu memeras ugut pemerintah tempatan bagi meluaskan pengaruh mereka. Adakalanya cara ini juga melibatkan peperangan. 2. Cara ini digunakan di India, Kampuchea dan Vietnam. INDIA STPM 2003 K2/S9 1. Proses pengilhakan di India dilakukan oleh British pada abad ke-19 melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick(1825-1835), zaman Lord Ellenborough(1836-1846) dan zaman Lord Dalhousie(1846-1856). 2.Bentick yang menjadi Gabenor India telah mengilhakan beberapa wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore. Raja Chachar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan Bentik mengilhakan kawasan tersebut. 3. Di Coorg dan Mysore, beliau telah menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau. 4.Lord Ellenborough ingin merampas Sind. Beliau membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir di Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar wilayah20 20 Lord Dalhousie telah menawarkan satu perjanjian baru kepada Nawab. Mengikut perjanjian tersebut, Syarikat
Hindia Timur Inggeris akan mengambil alih kerajaan Qudh manakala Nawab dibenarkan mengekalkan gelarannya dan dibayar 15 000 000 rupi. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie mengambil keputusan untuk mengilhakan Qudh atas alas an penyelewengan dan penyalahtadbiran tempatan.

wilayah mereka dan melepaskan hak mereka untuk membuat mata wang sendiri. Hanya mata wang Inggeris diakui sah. 5. Amir-amir menjadi marah dan menyerang pihak British. Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di bawah pentadbiran British. 6.Ellenborough juga mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua puak Maratha yang digeruni iaitu Daulat Rao Sindhia. 7. Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk mengilhakan lebih banyak wilayah-wilayah di India. Beliau menggunakan tiga cara. cara pertama ialah menakluk Punjab. Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Akhirnya Punjab diilhakan.

8. Cara kedua yang dilakukan oleh Dalhousie ialah melalui ‘Undang-undang Lesap Waris’(Doctrine of Lapse). Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas kemangkatan mereka, secara automatic negeri itu akan jatuh kepada pihak British. 9.Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi dan Tanjore. 10.Cara ketiga ialah melalui ‘kebaikan untuk diperintah’. Cara ini dilakukan atas alasan berlakunya penganiayaan, kezaliman dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri. Pentadbiran Qudh dikuasai Nawab Khan. Qudh berada dalam huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Lord Dalhousie kemudiannya menggunakan cara ketiga ini untuk mengilhakan Qudh. 20 KAMPUCHEA ( KEMBOJA) 1.Vietnam dan Siam sering bersaing untuk menguasai Kemboja pada abad ke-19. Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya. 2.Bagi menghalang pengaruh British dan Siam, Perancis berusaha menguasai Kemboja bagi dijadikan negeri penampan. 3.Perancis turut campur tangan di Kemboja akibat berlaku masalah perebutan takhta kerajaan semasa pemerintahan Raja Norodom. Penglibatan pihak Perancis telah di bantah oleh Siam. 4.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Siam. Perjanjian ini membolehkan Kemboja menjadi negeri naungan Perancis kesan daripada Siam menarik tuntutan ke atas Kemboja. Keadaan ini menamatkan persaingan antara Perancis dan Siam dalam soala Kemboja. Sebagai balasan, kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siem Reap diakui British. 5.Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom pada tahun 1862. Baginda telah diminta untuk membayar ufti kepada Perancis dan bukan kepada Vietnam. 21

6. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja Norodom dengan Perancis pada tahun 1863 selepas dipaksa oleh pihak Perancis. Perjanjian ini ialah untuk menghentikan penghantaran ufti ke Vietnam dan Siam. Rumusan Kuasa Barat meminati benua Asia atas faktor ekonomi walaupun terdapat sebab-sebab politik dan agama. Demi mencapai matlamat ekonomi, kuasa-kuasa Barat sanggup melakukan apa saja yang termampu termasuk kehilangan nyawa. Tiga cara mereka lakukan untuk menguasai negara-negara berdaulat di Asia iaitu cara peperangan, perjanjian dan pengilhakan. Di negara Thai, walaupun British campur tangan melalui Perjanjian Bowring tetapi tidak diakhiri dengan penjajahan kerana kebijaksanaan pemerintah Thai yang rela menerima Barat sebelum Barat menggunakan kekerasan. Jepun juga bernasib baik kerana tidak banyak karenah kepada Barat. Biarpun begitu, campur tangan Barat telah memulakan gerakan untuk membebaskan tanah air khususnya untuk memerdekakan negara masing-masing ataupun pemodenan seperti yang berlaku di Thailand dan Jepun. Soalan latihan 1.Sejauh manakah masalah candu menjadi faktor utama yang mencetuskan Perang Candu 18391842?. Bincangkan. 2. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi dorongan utama penglibatan British di China dan Myanmar? Bincangkan. 3.Bincangkan cara perjanjian yang digunakan untuk menguasai China dan Jepun oleh kuasa-kuasa Barat. 4.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa Barat campur tangan di Indonesia dan Vietnam. 5. Bincangkan penglibatan pihak Inggeris di India pada abad ke-19. 6.Bandingkan kejayaan campur tangan Inggeris di China dan Myanmar sehingga penghujung abad ke-19. 22

Tema 2.2 BAB 6 Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat. SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SUPTOPIK 6.1 Pengenalan

HURAIAN Mengetahui latar belakang kemasukan masyarakat Cina dan India ke Asia Tenggara Menghuraikan struktur masyarakat di Asia Tenggara selepas kemasukan orang India dan China ke negera-negara berkenaan

6.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful