TUGASAN 3 : PERANAN GURU TERHADAP MURID DARI ASPEK BIMBINGAN DAN KEBAJIKAN

TEMU BUAL BERSAMA GURU PRASEKOLAH TENTANG PERANAN GURU TERHADAP KANAK-KANAK DENGAN MENGAMBIL KIRA ASPEK; • • BIMBINGAN KEBAJIKAN

Tarikh Masa Tempat

: 4 September 2009 : 11.00 pagi hingga 11.15 pagi : Prasekolah Bestari, SK Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, KL

Temu bual; Syaza : Assalamualaikum Puan. Terima kasih kerana sudi ditemu bual untuk tugasan saya ini. Pn Hayati : Wa’alaikum salam. Sama-sama. Tidak mengapa. Saya sekadar hanya boleh membantu apa yang boleh dibantu. Syaza : Saya ditugaskan untuk membuat temu bual mengenai peranan guru terhadap kanak-kanak dengan mengambil kira aspek bimbingan dan kebajikan. Ini termasuklah dari segi pemakanan dan segala aktiviti yang dijalankan di prasekolah termasuklah proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebagai soalan pembukaan, adakah puan setuju dengan pernyataan saya di mana guru perlu memainkan peranan penting terhadap kanak-kanak dengan mengambil kira aspek bimbingan dan kebajikan? Pn Hayati : Sudah semestinya. Peranan sebagai seorang guru prasekolah sangat besar. Ini adalah kerana bilik darjah prasekolah merupakan rumah kedua

kanak-kanak. Guru prasekolah pula adalah ibu bapa kedua mereka selepas ibu dan bapa mereka di rumah. Segala perkara yang berlaku terhadap kanak-kanak di prasekolah adalah menjadi tanggungjawab guru prasekolah. Guru prasekolah sememangnya mempunyai peranan yang sangat besar dari aspek bimbingan dan kebajikan. Syaza : Boleh puan berikan contoh apakah yang dimaksudkan dengan peranan guru dari aspek bimbingan dan kebajikan? Pn Hayati : Dari aspek bimbingan, guru prasekolah perlu memberi bimbingan dari segi akademik. Sebagai contoh dari awal tahun, guru mula mengajar kanak-kanak untuk mengenal huruf dan angka hingga mereka boleh membaca struktur ayat serta menulis. Guru sentiasa bimbingan kepada setiap murid-murid terutamanya kepada murid-murid yang lemah dan tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dalam suatu tempoh tertentu. Bimbingan khusus perlu diberikan kepada kanak-kanak tersebut sehinggalah kanak-kanak itu berjaya menguasai sesuatu kemahiran seiring dengan rakan-rakannya yang lain. Dari segi kebajikan pula, seperti yang saya katakan pada awal tadi, guru perlu memastikan semua kebajikan murid-murid dijaga dengan baik sepanjang mereka berada di bilik darjah prasekolah sama ada dari segi pemakanan, kebersihan, pakaian dan juga kesihatan. Syaza : Oh, begitu. Sekarang saya sudah faham. Bagi kanak-kanak yang bermasalah seperti hiperaktif, lembab dan sebagainya pula, bagaimana puan mengendalikan mereka dari segi bimbingan? Pn Hayati : Pada peringkat awal dulu, saya juga mengalami masalah ini. Memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan walaupun semua pendekatan yang dipelajari dulu telah digunakan. Tetapi saya cuba mendekati mereka dan mencari sebab-sebabnya, saya mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk membantu kanak-kanak tersebut. Ada juga kanak-kanak yang bermasalah ini datang dari keluarga yang bermasalah seperti ibu bapa yang bercerai. Situasi ini memang sukar untuk dibantu. Hanya ibu bapa mereka saja yang dapat menyelesaikan masalah yang mendatangkan

kemurungan kepada anak mereka. sebagai seorang guru, saya hanya dapat berjumpa dengan ibu bapa mereka dan memberi tahu perkembangan anak-anak mereka agar mereka dapat sama-sama mengatasi masalah anak-anak mereka. selain itu, saya hanya boleh membantu anak-anak mereka dari segi akademik sahaja. Saya akan sentiasa membimbing mereka agar mereka dapat mengikui pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang kemurungan dan belenggu masalah keluarga. Syaza : Penjelasan puan itu sebenarnya sudah menjawab soalan saya seterusnya. Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada puan sekali lagi kerana sudi ditemu ramah. Terima kasih juga kerana menerima saya di sini untuk menjalankan tugas saya. Harap apa semua yang saya pelajari di sini memberi manfaat kepada saya pada masa akan datang. Terima kasih dan assalamualaikum. Pn Hayati : Sama-sama. Wa’alaikumsalam.