You are on page 1of 22

PENATAHAN GEGANTI

1.

AM
Penatahan perlu dilakukan kepada geganti supaya ia dapat berfungsi
pada tahap atau keadaan kerosakan yang kita tentukan. Tatahan arus
atau arus dan masa dapat mempastikan sesuatu pemasangan itu
selamat dan memberikan gangguan yang minima sekiranya berlaku
kerosakan.
Sebelum sesuatu geganti itu ditatah, komponen-komponen yang
berkaitan dengannya hendaklah juga diuji dan dipastikan ciri-cirinya
mengikut spesifikasi tertentu. Ini termasuklah alatubah arus yang
memainkan peranan penting memberi maklumat kepada geganti.

2.

ALATUBAH ARUS
Alatubah arus (current transformer/instrument transformer)
menggunakan prinsip alatubah untuk mendapatkan arus yang kecil
tetapi dengan nisbah tertentu.
Ciri-ciri alatubah arus ialah:
a. Menghasilkan arus secondary yang jauh lebih kecil dari arus
primary supaya ianya sesuai dengan geganti atau meter agar ianya
bersaiz kecil, murah dan praktikal.
b. Ia memberikan pengasingan dari voltan palang bas supaya geganti
dan meter hanya perlu ditebat untuk voltan setakat 600V sahaja.
Ini mengurangkan bahaya dan kos peralatan yang terlibat.
c. Memberikan satu standard arus geganti atau meter iaitu 5A atau 1A
supaya saiz dan kadaran geganti serta meter adalah sama walaupun
kadaran arus palang bas berbeza-beza.
Alatubah arus dipasang dipalang bas utama untuk mengesan nilai arus
yang mengalir. Arus yang lebih kecil tetapi dengan nisbah tertentu
akan keluar dari bahagian secondary dan masuk ke geganti. Bahagian
primary adalah palang bas itu sendiri. Satu alatubah arus diperlukan
untuk setiap fasa dan neutral untuk tujuan perlindungan dan satu
alatubah arus lagi diperlukan disetiap fasa sahaja untuk tujuan
pemeteran.

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC06/01 I1R0

Arus yang dikeluarkan dibahagian secondary oleh kebanyakan


alatubah arus voltan rendah dan voltan tinggi sehingga 11,000V ialah
5A, tanpa mengira nisbah alatubah arus tersebut. Walaupun nilai arus
pada palang bas terdapat berbagai-bagai nilai tetapi arus bahagian
secondarynya distandardkan kepada 5A. Untuk pemasangan voltan
amat tinggi (33KV dan keatas), arus secondarynya dinisbahkan
kepada 1A dan ada juga 0.5A.
Kuasa alatubah arus atau Burden hendaklah sekurang-kurangnya
15VA. Nilai-nilai VA lain yang boleh diperolehi ialah 2.5VA, 5VA,
7.5VA, 10VA dan 30VA. Beban yang perlu ditanggung oleh alatubah
arus selalunya ialah gelong geganti dan rintangan dalam pengalir serta
apa-apa jua komponen yang disambungkan kepadanya.
Berikut adalah data-data alatubah arus yang boleh diperolehi:
VA

Arus sekunder

Klas

2.5
5
7.5
10
15
30

0.5A
1A
5A

5P
10P

ALF
(Accuracy Limit
Factor)
5
10
15
20
30

2.1Jenis Alatubah Arus


a. Jenis Perlindungan (Protection C.T)
b. Jenis Pengukuran (Potential C.T)
c. Z c.t (Balanced core current transformer)
Alatubah arus perlindungan disambungkan kepada geganti
perlindungan. Alatubah arus pengukuran disambung kepada metermeter pengukuran seperti Ammeter, kW meter, kWh meter, Power
Factor meter. Z c.t disambung kepada ELR (Earth Leakage Relay).

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

2.2Klas Alatubah Arus


Klas alatubah arus untuk jenis perlindungan adalah dalam bentuk 5P5,
5P10, 10P5, 10P10, 10P30. Angka pertama ialah current error pada
rated primary current, P bermaksud protection dan angka
dibelakangnya ialah gandaan arus kerosakan.
Alatubah Perlindungan
Klas
5P
10P

Current Error at rated Accuracy


Limit
primary current (%)
Factor
(ALF)
/
Composite Error (%)
+/ 1
+/ 5
+/ 3

+/ 10

Klas alatubah arus untuk jenis pengukuran ialah 0.1, 0.2, 0.5, 1.0, 2.0
dan 5. Klas 0.1 adalah yang paling tinggi ketepatannya dan harganya
mahal. Klas 5 adalah yang paling kurang ketepatannya, selalunya
untuk bacaan anggaraan sahaja.

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

Alatubah Pengukuran
Klas

Penggunaan

Baik dari 0.1

Sebagai pengubah piawai untuk menguji pengubah


lain
Ujian ketepatan / kejituan
Pemeteran jitu mengikut BS 87
Bekalan pukal
Tariff meter biasa / am
Pengukuran bukan hasil, termasuk kuasa dan tenaga
Pengukuran biasa
Pengukuran anggaran

0.1
0.1 atau 0.2
0.2
0.5
1.0
2.0
5.0

Alatubah Klas X
Alatubah klas X pula adalah untuk kegunaan khas dimana ciri-cirinya
hendaklah ditentukan supaya sesuai dengan keperluan tertentu seperti
kadaran arus primary, nisbah, knee point emf dan exciting current
pada knee point emf.
Ketepatan sesebuah alatubah arus adalah bergantung kepada
kehilangan teras feromagnetik (ferromagnetic core losses) iaitu
kehilangan hysterisis dan eddy current.
Jika alatubah arus telah mencapai peringkat tepu (saturation point) ia
tidak akan mengeluarkan voltan yang lebih walaupun arus primarynya
bertambah.
2.3Ujian Kekutuban
Alatubah arus mempunyai kekutuban yang perlu diberi perhatian. Jika
kekutuban tersebut tersalah pasang maka sistem perlindungan tidak
akan berfungsi dengan betul. Oleh itu ujian kekutuban sangat penting
demi untuk menentukan arah pengaliran arus yang betul. Kalau
terbalik arus akan mengalir kearah bertentangan dan menimbulkan
ketidakseimbangan dalam litar kawalan.
Lazimnya terdapat hanya dua terminal secondary alatubah. Ia
ditandakan dengan S1 dan S2. S1 akan disambungkan ke geganti atau
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

meter dan S2 di sambungkan ke bumi. Oleh itu jika S1 dan S2 tersilap


sambung sistem perlindungan tidak dapat berfungsi dengan betul.
Ujian kekutuban adalah untuk menentukan terminal yang mana S1
dan yang mana pula S2.
Alat yang diperlukan ialah:
a.
b.
c.
d.
e.

Alatubah arus
Meter Galvani (Galvanometer)
Bateri kering 1.5V saiz AA
Suis tekan
Kabel yang sesuai

Merujuk kepada rajah ujian kekutuban, terminal positive bateri


hendaklah disambungkan kepada permukaan P1 alatubah arus dan
negative kepada P2 alatubah arus. Sambungkan terminal-terminal
alatubah arus kepada terminal positive dan terminal negative meter
galvani. Jika setelah suis tekan ditekan jarum meter galvani bergerak
kearah positive, maka terminal alatubah arus yang bersambung
dengan terminal positive meter galvanic tadi adalah terminal S1. Jika
jarum tadi bergerak kearah negative makan terminal alatubah arus
yang disambungkan dengan terminal negative meter galvanic menjadi
S1. Begitulah sebaliknya untuk terminal S2.
2.4Ujian Nisbah (Ratio Test)
Kebanyakan alatubah arus mempunyai satu nisbah, contohnya
600/5A, 1000/5A, 1600/5A dan sebagainya.
Sama ada alatubah arus tersebut boleh memberikan kadaran arus
dengan tepat berbanding dengan arus pada palang bas boleh diketahui
dengan membuat ujian nisbah. Jika alatubah arus itu berkadaran
500/5A ia akan memberikan arus secondary sebanyak 3A jika arus
pada palang bas adalah sebanyak 300A. Begitulah juga pada nilai arus
yang lain nisbah tersebut hendaklah sentiasa betul.
Bermula dengan nilai arus yang rendah hinggalah kepada arus
maksima ujian ini dapat menentukan nisbah tadi betul atau sebaliknya.
Jika arus palang bas terlalu tinggi alatubah arus akan menjadi tepu
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

(saturated) iaitu tidak akan menghasilkan arus secondary yang lebih


tinggi.
Ujian nisbah hanya boleh dilakukan dengan membuat ujian suntikan
utama (primary injection).
2.5Ujian Kemagnetan (Magnetising Test)
Ujian ini adalah untuk mencari knee point iaitu peringkat dimana
pertambahan 10% voltan ujaan akan menghasilkan 50% arus ujaan
iaitu peringkat dimana ianya tidak lagi linear dan mencapai tahap
tepu.
Merujuk kepada rajah ujian kemagnetan, arus ujaan dialirkan kedalam
alatubah arus dan voltan yang terhasil diantara terminal S1 dan S2
diukur. Arus ujaan yang bermula dari kosong dinaikkan perlahanlahan sehingga ke nilai 5A atau lebih sedikit. Jika bacaan voltan tidak
lagi bertambah selaras dengan pertambahan arus maka ini
menunjukkan tahap tepu telah dicapai.
Nilai ketepuan alatubah arus perlindungan lebih tinggi dari nilai
ketepuan alatubah arus pengukuran.
Alat-alat uji yang diperlukan ialah:
a.
b.
c.
d.
e.

Secondary Injection Test Set


Alatubah arus
Meter ampiar
Meter Voltan
Kabel

2.6Ujian Rintangan
Ujian ini adalah untuk mengetahui nilai rintangan dalam gelong
alatubah arus. Lazimnya nilai rintangannya rendah. Kalau didapati
rintangannya tinggi, kemungkinan terdapat litar buka pada gelongnya.
Sekiranya arus boleh dialirkan kedalam alatubah arus, ini bermakna
tidak terdapat litar buka didalam gelong alatubah arus tersebut, oleh
itu ujian ini tidak perlu lagi dilakukan.
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

3.

GEGANTI (RELAY)
Geganti adalah satu komponen perlindungan yang tugasnya
menentukan pada tahap kerosakan bagaimana yang memerlukan
pemutus litar bertindak memutuskan litar. Kerosakan yang kecil
mungkin tidak merbahayakan dan boleh diabaikan seketika, oleh itu
geganti tidak perlu memberi signal kepada gelong shunt trip untuk
bertindak.
Geganti yang selalu digunakan terdiri dari pelbagai jenis dan tugas.
Secara amnya geganti yang terdapat pada PSU adalah untuk
perlindungan arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.
Prinsip kerja geganti adalah menggunakan kesan medan magnet
(electromagnet) dan juga haba. Oil dash pot, induction disc dan
induction cub adalah jenis-jenis geganti electromagnet, manakala
thermal overload relay menggunakan kesan haba kepada bi-metal
strip.

3.1

Jenis-Jenis Geganti
Umumnya ada dua jenis geganti yang lazimnya digunakan.
a. Jenis Sertamerta (Instantaneous)
Geganti ini akan menyebabkan pemutus litar terpelantik sertamerta
sebaik sahaja nilai kerosakan yang telah ditentukan (set value)
mencapai tahapnya tanpa sebarang kelewatan. Geganti jenis ini
selalunya menggunakan prinsip electromagnetic.
Antara jenis geganti sertamerta ialah:
Hinged armature type
Magnetic overload with Plunger (Oil Dash Pot)
Attracted armature (Instantenous O/C & E/F CAG 12,
CAG 12C)
Jenis geganti lewat masa pula ialah:

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

Induction cub
Induction disc
Bahagian-bahagian geganti sertamerta:

Die cast frame


Plug setting bridge (plugboard)
Trip coil
Mechanical operation indicator (trip indicator flag)
Trip contact (normally open)
Auxillary contact (alarm)
Safety switch / trip switch
Automatic c.t terminal short switch
Reset push knob

b. Geganti Lewat Masa IDMT (Inverse Definite Minimum Time)


Geganti jenis IDMT ini pula digunakan apabila nilai arus beban
lebih boleh dibenarkan berlaku untuk beberapa ketika. Jika
keadaan tersebut berlaku untuk jangkamasa yang pendek dan
bersifat sementara dan tidak memudaratkan pemasangan, maka
tidak perlulah pemutus litar terpelantik. Contohnya arus permulaan
untuk motor adalah tinggi, tetapi ia tidak memudaratkan
pemasangan, oleh itu tidak perlulah pemutus litar memutuskan
bekalan.
Jangka masa beban lebih yang dibenarkan berlaku boleh jadi
beberapa saat atau beberapa minit. Ia bergantung kepada
magnitude beban lebih tersebut. Lebih tinggi beban lebih tersebut
maka semangkin cepatlah geganti akan bertindak, begitulah
sebaliknya. Ciri masa ini juga penting untuk mengujudkan
diskriminasi dalam pemasangan.
Geganti jenis ini ada yang menggunakan prinsip haba, seperti
thermal overload relay, dan ada yang menggunakan prinsip
electromagnetic. Jenis electromagnetic perlukan alat tambahan
iaitu induction disc untuk melewatkan trip contact menutup

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

(closing). Terdapat juga geganti yang boleh memberikan keduadua ciri tersebut.
Relay pick-up time / creep time selalunya melebihi 105% dari arus
tatahan tetapi hendaklah tidak melebihi 130%.
Jenis-jenis geganti IDMT:
a.
b.
c.
d.
e.

Long time delay standby (GDG 12)


Inverse time O/C & E/F (CDG 11)
Very Inverse GDG 13
Definite Minimum Time
Inverse Definite Minimum Time (IDMT)

c. Bahagian-Bahagian Geganti IDMT jenis Induction Disc Relay.

Time multiplier (TMS)


Die cast frame
Moving contact
Helical control spring
Damping magnet
Plug setting bridge
Disc
Spindle
Operating electromagnet
Mechanical operation indicator (trip indicator flag)
Fixed contact
Safety switch / trip switch
Automatic c.t terminal short switch
Reset push knob

Induction disc akan membawa bersama-samanya moving contact.


Moving contact akan bersentuh dengan fixed contact untuk
menutup trip contact. Kedudukan jauh atau dekat moving contact
dengan fixed contact adalah bergantung kepada setting pada TMS.
TMS mempunyai kedudukan dari 0 hinggalah 1.

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

10

Jika TMS berada pada kedudukan 1, ini bermakna moving contact


berada pada kedudukan paling jauh dengan fixed contact, oleh itu
masa pergerakan (traveling time) yang diperlukan untuk trip
contact menutup adalah paling lama.
Jika TMS berada pada kedudukan 0.1, ini bermakna moving
contact berada pada kedudukan paling hampir dengan fixed
contact, oleh itu masa yang diperlukan untuk trip contact menutup
adalah paling pendek. Oleh itu pengiraan perlu dibuat untuk
menentukan kedudukan setting untuk TMS.
Pergerakan induction disc adalah dikawal oleh helical control
spring yang dipasang pada hujung bahagian atas induction disc
spindle.
Salah satu ciri-ciri geganti ini ialah pada 20 kali ganda plug setting
dan lebih geganti akan beroperasi pada definite minimum time 2.2
saat pada TMS bersamaan 1. Jika TMS di tatah pada 0.1 maka
definite minimum time dikurangkan kepada 0.22 saat, iaitu satu
persepuluh dari nilai nominal.
Operating electromagnet winding pada magnet utama mempunyai
tapping yang disambung kepada Plug setting multiplier/bridge
(PSM). Tapping-tapping ditandakan sebagai peratus atau arus
operasi (operating current).
Plug setting untuk geganti arus lebih (O/C)
50%

75%

100%

125%

150%

175%

200%

2.5A

3.75A

5A

6.25A

7.5A

8.25A

10A

Plug setting untuk geganti rosak ke bumi (E/F)


10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

0.5A

0.75A

1.0A

1.25A

1.5A

1.75A

2.0A

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

11

Damping magnet berfungsi sebagai satu brek untuk mengawal


pergerakan induction disc supaya stabil dan tidak terlalu laju
sehingga mengakibatkan overshoot yang berlebihan.
Apabila geganti dikeluarkan dari housing box, automatic c.t
terminal switch akan menutup dan melitarpintaskan terminal S1
dan S2 secara sendirinya.
Terminal-Terminal Sambungan.
Terdapat 10 terminal dibelakang relay housing. Kegunaannya
adalah seperti berikut:
Untuk geganti O/C & O/L
1 dan 2
3 dan 4
5 dan 6
7 dan 8
9 dan 10

Trip circuit
Trip circuit dengan isolating switch
Kosong
Kosong
Sambungan dari S1 & S2

Trip circuit
Trip circuit dengan isolating switch
Kosong
Kosong
Sambungan dari alatubah arus neutral

Untuk geganti E/F


1 dan 2
3 dan 4
5 dan 6
7 dan 8
9 dan 10

Safety Margin untuk tujuan diskriminasi hendaklah sekurangkurangnya 0.4 saat. Masa ini diperuntukan untuk perkara-perkara
berikut:

0.1 saat untuk pemutus litar bertindak


0.05 saat untuk relay overshoot
0.15 untuk error
0.1 saat untuk safety

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

12

Tatahan arus untuk geganti IDMT adalah dengan memilih satu dari
tujuh kedudukan plug setting multiplier / tap setting (PSM).
Tatahan masa pula hendaklah menggunakan Time Multiplier
Setting (TMS) atau time dial. Kedudukan TMS boleh dipilih dari
kedudukan 0 hingga 1 untuk kedua-dua geganti sertamerta ataupun
IDMT.
d. Time Lag Fuse
Time lag fuse digunakan diperingkat awal sebelum terciptanya
geganti-geganti yang lain. Sejenis fius yang tertentu kadarannya
dipasang selari dengan gelong pelantikan (trip coil). Didalam
keadaan normal arus dari c.t akan mengalir melalui fius kerana
gelong pelantikan mempunyai galangan yang tinggi. Apabila
kerosakan berlaku dan arus sekunder c.t melebihi hadnya fius akan
lebur. Oleh itu arus tadi tiada pilihan terpaksa melalui gelong dan
seterusnya menyebabkan trip contact menutup (close) dan
membekalkan gelong shunt trip.
Terdapat satu dail untuk membuat tatahan arus dari 2.5A hingga
10A yang akan menyebabkan trip contact menutup (close contact).
Lazimnya tatahan ditentukan pada 3.75A (75% arus beban penuh).
Fius yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
SWG 29
SWG 22
SWG 21

2.5A
5A
7.5A

e. Geganti Oil Dash Pot


Geganti oil dash pot banyak digunakan untuk perlindungan O/C
dan O/L pada papan suis utama voltan rendah.
Kebaikan

- Murah, stable, boleh diharap, bersaiz kecil, boleh


ditatah pada sebarang kedudukan arus secondary.

Keburukan - Tidak tepat, menggunakan minyak, rumit untuk


ditatah
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

13

Bahagian-bahagian geganti oil dash pot:

Trip contact
Plunger
Trip coil
Oil pot (to contain oil)
Disc (with various hole sizes)
Reset push switch

Plunger akan menolak trip contact menutup jika trip coil menerima
isyarat beban lebih dari alatubah arus. Piring tetap (fixed disc) di
bahagian bawah plunger akan ikut menaik keatas tetapi cuba dihalang
oleh minyak. Pergerakan piring tetap itu juga akan mengujudkan
keadaan hampagas dibahagian bawah dash pot.
Dalam masa yang sama minyak akan mengalir kebahagian bawah
melalui lubang yang terdapat pada disc tetap dan disc tambahan.
Tindakan ini akan memberikan ciri-ciri lewat masa dan kesetabilan
kepada geganti ini supaya ia tidak terpelantik jika keadaan tidak betulbetul memerlukannya.
Tatah arus pelantikan dibuat dengan meninggi atau merendahkan
kedudukan pot yang mengandungi minyak tadi. Plat penunjuk
dibahagian hadapan geganti akan memberitahu nilai arus tatahan
selaras dengan kedudukan pot tadi.
4.

UJIAN PENATAHAN GEGANTI


Geganti adalah komponen yang penting dan kritikal untuk
menentukan sistem perlindungan berfungsi mengikut ciri-ciri yang
dikehendaki. Oleh itu ia perlu diuji dan ditentukur serta ditatah
dengan betul dan tepat oleh orang yang mempunyai siji kekompetenan
dan bertauliah.

5.

UJIAN SUNTIKAN UTAMA (Primary Injection Test)


Sistem perlindungan papan suis utama dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu primary dan secondary. Bahagian primary ialah palang

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

14

bas dan alatubah arus. Bahagian secondary ialah geganti, gelong shunt
trip dan litar yang melengkapkannya.
Ujian suntikan utama (primary) adalah lebih kepada untuk
menentukan nisbah alatubah arus adalah betul dan mempunyai ciriciri yang dikehendaki. Dalam ujian ini nilai arus sebenar dialirkan di
dalam palang bas dengan menggunakan alat uji primary injection test
set. Alat uji ini boleh menghasilkan arus setinggi 2000A dan 3000A
mengikut model masing-masing. Bacaan arus keluaran dari terminal
S1 dan S2 di catatkan dan diperika supaya menepati dengan
kadarannya.
Ujian ini hanya boleh dilakukan semasa palang bas tidak mempunyai
bekalan. Oleh itu ia selalunya dibuat sebelum pemasangan diberikan
bekalan elektrik.
Alat uji yang diperlukan ialah:
a. Alat uji Primary Injection Test Set (Control Unit dan Loading
Unit)
b. Alatubah arus
c. Tong tester (untuk mengukur arus primary)
d. Meter ampiar (untuk mengukur arus secondary)
e. Kabel yang sesuai
Arus primary dinaikkan perlahan-lahan dalam perbezaan 20% setiap
bacaan. Rekodkan kedua-dua bacaan arus primary dan secondary
alatubah arus menggunakan borang yang standard. Jika bacaan arus
secondary telah mencapai 5A atau lebih sedikit, ujian ini bolehlah
ditamatkan.
6.

UJIAN SUNTIKAN SEKUNDER (Secondary Injection Test)


Ujian suntikan sekunder pula adalah untuk menentukan geganti
berfungsi dengan baik pada tatahan arus atau arus dan masa yang
ditentukan, contohnya PSM pada 3.75A dan TMS pada kedudukan 1.

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

15

6.1

Test Setting
Test setting bermaksud setting yang dibuat semasa ujian performance
geganti dibuat. Lazimnya setting ini ialah tatahan arus berada pada
kedudukan minima (0.5A untuk E/F dan 2.5A untuk O/C), manakala
tatahan masa pada kedudukan maksima iaitu pada kedudukan 1.

6.2

Setting
Setting adalah kedudukan muktamad bagi PSM dan TMS sebelum
geganti disealkan. Contohnya PSM pada 0.5A (E/F) atau 3.75A (O/C)
manakala TMS pada 0.1.
Alat-alat yang diperlukan ialah:
a.
b.
c.
d.
e.

Alat uji suntikan secondary (Secondary Injection Test Set)


Meter ampiar
Geganti
Stop watch
Kabel yang sesuai

Alat uji suntikan secondary akan menghasilkan arus seperti sebuah


alatubah arus. Arus ujian dialirkan ke dalam geganti dan pastikan
geganti boleh terpelantik atau bertindakbalas mengikut spesifikasi
tertentu.
Tindakbalas geganti sertamerta adalah tertakluk kepada kedudukan
plug setting/tap setting (PSM) manakala tindakbalas geganti IDMT
pula tertakluk kepada kedudukan PSM dan time multiplier (TMS).
Bacaan yang perlu direkodkan ialah:
a. Arus merangkak (creep current/pick up current) setiap plug setting
(IDMT)
b. Arus pelantik (trip current) setiap plug setting (instantenous relay)
c. Masa terpelantik setiap plug setting dengan TMS = 1 untuk geganti
IDMT
d. Run back time / Reset time untuk geganti IDMT
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

16

Ujian ini boleh dilakukan walaupun papan suis mempunyai bekalan,


tetapi terminal S1 dan S2 hendaklah di litarpintaskan. Oleh itu ia
sesuai untuk senggaraan berkala dan mengikut peraturan-peraturan
elektrik 1994, ia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali bagi
setiap dua tahun.
Ujian suntikan utama boleh juga merangkumi ujian suntikan sekunder
tetapi hanya sesuai untuk ujian memulatugas (commissioning test) dan
tidak sesuai untuk ujian senggaraan berkala (routine maintenance
test).
7.

UJIAN PELANTIKAN (TRIP TEST)


Setelah kedua-dua ujian sempurna dijalankan tidak bermakna sistem
perlindungan kita telah sempurna dan dapat berfungsi apabila berlaku
keadaan kerosakan yang sebenarnya berlaku. Dalam hal ini alat yang
akan memutuskan bekalan apabila berlaku keadaan tidak normal
adalah pemutus litar samada ACB atau MCCB.
Pemutus litar akan terpelantik jika gelong shunt trip nya mendapat
tenaga (energised). Tenaga ini datangnya dari palang bas melalui fius,
kemudian melalui sesentuh sentiasa buka geganti (relay trip contact)
dan terus ke sliding contact pemutus litar sebelum ke gelong shunt trip
dan balik ke neutral.
Oleh itu jika sesentuh, sambungan dan wayer-wayer yang berkaitan
terdapat kecacatan maka pemutus litar mungkin gagal untuk berfungsi
jika berlaku kerosakan yang sebenar. Oleh itu ujian pelantik penting
dilakukan bagi memastikan pemutus litar akan berfungsi untuk
memutuskan litar jika berlaku keadaan tidak normal yang akan
memudaratkan pemasangan.

8.

BORANG UJIAN
Semua keputusan ujian yang perolehi hendaklah direkodkan dan
disahkan oleh orang yang bertauliah dan berdaftar dengan Jabatan
Bekalan Elektrik serta masih sah pendaftarannya.

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

17

9.

PENANDAAN
Huruf-huruf berikut digunakan sebagai penandaan. Disamping itu
penggunaan nombor juga adalah untuk memudahkan pendawaian dan
mengesan litar-litar.
H

bekalan AC

bekalan DC

bekalan DC untuk shunt trip coil

bekalan DC untuk indication

dari alatubah arus ke geganti arus lebih dan rosak ke


bumi

dari alatubah arus ke meter-meter pengukuran

dari palang bas ke meter voltan

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

18

INVERSE TIME OVERCURRENT AND EARTH FAULT


RELAY
Types CDG11 & 16
The type CDG11 relay is a heavily damped induction disc unit with an
inverse definite minimum time/current characteristic. The relay gives
selective phase and earth fault overcurrent protection in time graded
systems to transformers, a.c machines and feeders, etc., and ensures
that a minimum number of circuit breakers are tripped to clear a
faulted section.
The operating coil is wounded to give time/current curves of the same
shape on each of seven current taps, which are selected by a plug
setting bridge. The highest current tap is automatically selected when
the plug is removed, so that adjustments can be made on load without
open-circuiting the current transformer.
The relay has a high torque movement to ensure consistent timing
even under adverse conditions, and a low burden and overshoot.
Adjustment of the time setting is made by rotating a knurled moulded
disc against a graduated time multiplier scale.
A high set overcurrent unit (type CAG) can be fitted in the same case
to provide instantenous protection under maximum short circuit
conditions.
The type CDG21 relay is either a double pole version (with two earth
fault units or two overcurrent units) of the type CDG11, or a type
CDG11 with an instantenous unit.
The type CDG31 relay is a triple pole version (with three overcurrent
units or two overcurrent units and one earth fault unit in the center) of
the type CDG11.
2.

CURRENT SETTINGS

2.1

Equally spaced tap ranges

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

19

10 - 40%, 20 - 80%, 50 - 200% of 0.5A, 1.0A or 5.0A 50Hz or 60Hz


adjustable in seven equal steps.
2.2

Graded Tap Ranges


10 - 40%, 20 - 80% or 50 - 200% of 0.5A, 1.0A or 5.0A
30-120% or 80-320% of 5 amps 50 or 60 Hz adjustable in seven
unequal steps as follows 25%, 30%, 37.5%, 50%, 60%, 75% and
100% of top tap value.

2.3

Starting Current
103-105% of current setting

2.4

Burdens
Standard 3VA nominal
2 VA at current setting on lowest tap
3.5VA at current setting on highest tap
Alternative with lower operating torque (1VA nominal)
0.75VA at current setting on lowest tap
1.3VA at current setting on highest tap

3.0

Thermal Rating
The relay will withstand twice the setting current continuously and 20
times the maximum setting current for three seconds.

4.0

Accuracy
The relay is calibrated at 50 Hz and 20 degrees C and falls into error
class index E7-5 as given in B.S 142:1966
4.1

Frequency Error

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

20

Less than 8% for frequency variation of 2 cycles: the time


grading of a protective system would be unaffected by this error
since all the relays would be similarly affected.
4.2

Temperature Error
For an overload equal to ten times the current setting, the
percentage timing error at +45 degrees C and 5 degrees C are
respectively:
1.3 second relay
3.0 second relay

5.0

4% and +4%
3% and +4%

Auxiliary Units and Operation Indicators


Shunt reinforcing or series seal in auxiliary attracted armature units
with a hand reset operation indicator can be fitted. Relays supplied
without an auxiliary unit have a hand reset operation indicator
mechanically operated by the disc.

6.0

Standard Coil Ratings


Voltage operated (shunt) auxiliary units: 30, 110, 125 or 220 volts d.c
at a nominal burden of 3 watts continuously rated.

7.0

Contacts
One or two electrically separate normally-open self or hand reset
contacts are fitted which will make and carry 7500VA for 0.5 second
with maxima of 30 amps and 660 volts a.c or d.c
Relays supplied without an auxiliary unit have one or two pairs of
normally-open self reset contacts which will make and carry 2500VA
for 0.5 second with maxima of 10 amps and 660 volts a.c or d.c. The
two contacts relay has a modified disc/contact assembly and is
designated CDG16, CDG26 or CDG36.

8.0

A.C Trip Circuit

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

21

Where a tripping supply is not available, a modified relay can be


supplied which trips the circuit breaker directly using current from the
line transformer. The a.c tripping circuit incorporates a current
transformer and an instantenous unit, which will safely control a.c trip
coil currents up to 150 amps at 150 volts. Application where the trip
current exceeds this value can also be catered for.
9.0

Cases
The relay are supplied in drawout cases available for flush or
projecting mounting, and finished in phenolic black as standard. These
cases offer many advantages including ease of maintenance and
testing, and are fitted with a contact which short circuits the associated
current transformer on withdrawal of the unit. A filter is fitted which
equalizes the pressure inside and outside the case without admitting
dust.

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

ILPK/ELC 06/01 I1R0

22

1.

SOALAN
Tentukan TMS setting baru untuk arus kerosakan 3300A
menggunakan alatubah arus 500/5A. Arus beban penuh di set pada
400A. TMS sedia ada = 1. Geganti dikehendaki untuk terpelantik
dalam masa 1.8 saat. Jika TMS = 0.1 apakah masa pelantikan yang
baru.
P.S
T
TMS baru

=
=
=

3300/500
= 6.6 kali ganda
3.7 saat pada TMS = 1 (dari geraf)
(1.8 x 1.0) / 3.7 = 0.5

TMS pada kedudukan 0.1.


x / 3.7
x

Kumpulan IKRAM Sdn Bhd

= 0.1
= 0.1 x 3.7 = 0.37 saat

ILPK/ELC 06/01 I1R0