08.

$',0$+

Assalamua laikum wbt dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana sudi membaca dan memuat turun artikel ini.
Sememangnya apa yang saya ingin berkongsi bersama adalah untuk kecemerlangan dalam melahirkan Modal Insan yang berguna pada masa hadapan. Saya harap artikel ini dapat dijadikan sumber rujukan anda.

DISEDIAKAN OLEH :

Email: Blog : Facebook:

amirazros@yahoo.com http://amirazros.blogspot.com/ http://facebook.com/amirazros

Laman Web: http://www.wangianpemikat.com/

Http://wangianpemikat.com/

Page 1

PENGENALAN

Artikel ini menerangkan tentang satu pendekatan bagi mengurangkan jurang perbezaan kurikulum seluruh sekolah dengan menggunakan penggayaan dan pengajian tertentu bagi meningkatkan pencapaian yang strategik. Proses meningkatkan mutu dalam kurikulum sekolah ini dimulakan dengan analisa yang menyeluruh kekuatan dan kelemahan semua dimensi sekolah itu. Ini akan menjadikan penciptaan satu misi

sekolah, strategi rancangan dengan matlamat-matlamat pengajaran yang lebih meluas, objektif pembelajaran yang lebih khusus dan rancangan tindakan yang lebih terperinci. Pengayaan dan pembezaan telah dipilih sebagai kaedah yang dapati meningkatkan persekitaran pembelajaran berdasarkan hubungan yang dapat meningkatkan pencapaian dan menyediakan pengalaman-pengalaman belajar kepada para pelajar. Selain daripada itu, rancangan strategik juga telah dilaksanakan agar guru dapat menulis semula kurikulum untuk bacaan, menulis, matematik dan sains sosial bagi merangkumi pengayaan dan perbezaan secara menyeluruh. Kaedah ini juga dapat memperkayakan lagi persekitaran pembelajaran dalam satu program di mana guru-guru telah disediakan dengan latihan, memperagakan, kejurulatihan, dan masa perancangan untuk mengintegrasi idea-idea baru itu dan kemahiran-kemahiran kepada pengajaran mereka. Artikel telah dikendalikan selama lapan tahun melalui satu asas dokumendokumen yang terkumpul sepanjang tempoh itu. Maklumat telah diperolehi daripada kakitangan, rancangan strategik, bahan-bahan professional sesi pembangunan dan dokumen daripada Global Studies termasuk sains sosial, matematik dan membaca. Data merujuk kepada maklumat demografi yang telah diambil daripada Profil Sekolah Strategik Tahunan. Manakala data markah pula telah diambil daripada skor yang telah diuji bagi pelajar-pelajar Gred 4.

Http://wangianpemikat.com/

Page 2

PENGGAYAAN SELURUH SEKOLAH Proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi diantara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran tertentu. Mengikut Model Interaksi menghuraikan persekitaran sebagai alam belajar, iaitu keadaan dan organisasi tempat murid, termasuk aspek kedudukan sosioekonomi dan budaya murid-murid yang diajar. Mengikut teori ini keberkesanan sesuatu proses pengajaran bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru menentukan objektif dan isi pelajaran yang berkaitan dengan komponen persekitarannya, serta kecekapan menggunakan teknik mengajar yang sesuai untuk melaksanakan proses pengajaran melalui interaksi antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam persekitarannya. Begitu juga dengan penerimaan dan motivasi yang lahir dari pelajar adalah berkait rapat dengan persekitaran pembelajaran. Rekabentuk kurikulum yang pelbagai yang diajar boleh menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajarannya. Penggayaan kurikulum mungkin menjadi pengukur dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penulis menggunakan Model Tried yang menyediakan struktur untuk menambah pengayaan kepada bahagian lain semasa waktu sekolah dan kurikulum. Model ini mempunyai objektif yang berbeza dimana melalui pengalaman dan aktiviti pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis disiplin, tajuk dan isu yang tidak diajar didalam kelas. Begitu juga dengan kaedah-kaedah pengajaran dan bahan-bahan yang digunakan untuk menggalakkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan bidang afektif yang melibatkan perasaan, berfikir secara kreatif, penyelesaian masalah, pemikiran kritis, afektif latihan, dan belajar bagaimana untuk belajar (contohnya menemuduga dan pengkelasan). Manakala pengayaan lain juga termasuk aktiviti-aktiviti risikan dan pengeluaran artistik di mana pelajar itu memainkan peranan sebagai model bertindak dan berfikir sebagai seorang yang mahir.

Http://wangianpemikat.com/

Page 3

PASUKAN PENGGAYAAN SELURUH SEKOLAH Penggayaan yang digunakan untuk mendedahkan hubungan ibu bapa dan guru untuk bekerjasama dengan guru-guru bagi menentukan jenis-jenis pengayaan yang digunakan. Pelbagai penggayaan digunakan untuk kumpulan dan tujuan yang berbeza. KAJIAN GLOBAL KURIKULUM Mengikut kajian yang telah dilakukan, kurikulum pembelajaran masa kini adalah lebih mencabar. Terbahagi kepada 3 bahagian atau unit. Iaitu Jenis 1: Aktiviti yang melibatkan pengenalan dan isi kandungan. Jenis 2: Proses Pembelajaran Latihan dan Jenis 3 : Minat berdasarkan praktikal. Ketiga-tiga cara pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan disiplin yang sama, iaitu pembelajaran sosial, bahasa dan sains. Penulis menggunakan Jenis Pembelajaran yang berbeza untuk ketiga-tiga disiplin. Jenis pertama pengkaji menggunakan bidang kognitif yang merangkumi segala ilmu pengetahuan yang dipelajari disekolah. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu. Melalui pembelajaran kognitif ini, potensi pelajar dari segi intelek dapat diperkembangkan. Bidang ini dibahagi kan kepada 6 peringkat,

disusun bermula dari aras kemahiran pengetahuan yang terendah kepada penilaian yang tinggi, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sentesis dan penilaian. Bagi kumpulan pelajar kedua, pengkaji menggunakan bidang afektif yang mengutamakan sikap positif dan nilai murni. Proses pembelajaran jenis ini banyak melibatkan penggunaan aspek rohani, emosi dan social pelajar. Bidang ini dibahagikan kepada aras penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Manakala bagi kumpulan ketiga, pengkaji menggunakan bidang psikomotor yang menekankan kemahiran atau kebolehan melaksanakan sesuatu pergerakan dan mengutamakan penggunaan aspek penggunaan fizikal manusia. Pembelajaran jenis ini banyak melibatkan penguasaan kemahiran melalui latihan seperti Kemahiran Hidup atau Sains. Bidang ini juga mempunyai beberapa peringkat seperti pengamatan, set, tindak balas terbimbing, mekanisme, tindak balas kompleks, penyenaraian dan keaslian.

Http://wangianpemikat.com/

Page 4

KEPELBAGAIAN RANCANGAN PENGAJARAN Pengkaji menggunakan Model Pengajaran untuk Kurikulum yang berbeza dari konsep Bilik Darjah. Model ini lebih bersifat Induktif yang melibatkan tiga tahap, iaitu produk, proses dan isi kandungan. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Daripada pendekatan Induktif ini, pengkaji menggunakan dua strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza iaitu Strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan bahan. Strategi

berpusatkan murid bermaksud murid memainkan peranan yang pentig dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Didalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran samaada secara kumpulan atau individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah penyoalan, tugasan, kumpulan, sumbangsaran, belajar berdikari dan simulasi.

Http://wangianpemikat.com/

Page 5

Strategi berpusatkan bahan turut digunakan didalam model ini. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Pengkaji menggunakan pemusatan bahan pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah kaedah audio-visual dengan menggunakan televisyen, perakam pita, projector dan video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti computer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.

Http://wangianpemikat.com/

Page 6

PENGGAYAAN DAN KEPELBAGAIAN MELANGKAU KURIKULUM Pengkaji menggunakan Model Matrix untuk Rancangan Pengajaran yang berbeza. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap aras-aras domain kognitif. Pelajar dibahagikan kepada tiga level. Level 1: pelajar membaca buku yang mempunyai tahap yang tinggi. Level 2: pelajar sederhana dan level 3: pelajar berpotensi. Pengakaji menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif bermaksud kerjasama erat antara dua pihak atau lebih untuk berusaha bersama bagi mencapat sesuatu matlamat yang sama. Pembelajaran kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama kearah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum. Mengikut Colen, pembelajaran kolaboratif mempunyai tiga matlamat yang utama, iaitu matlamat intelek, matlamat soaial dan matlamat penyelesaian masalah disiplin bilik darjah. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan, nilai-nilai soaial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Dalam kajian ini, guru, kakitangan sekolah dan murid bekerjasama dalam satu kumpulan. Dalam kajian ini juga pengkaji menggunakan model behavioral iaitu Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning). Pendekatan ini penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Guru mencipta skop dan kemahiran yang berturutan dan

membangunkan unit dan pengajaran. Guru juga menggunakan arahan yang berbeza menggunakan kumpulan yang fleksibel dengan penggunaaan penilaian formatif dan sumatif. Ujuan ini digunakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Http://wangianpemikat.com/

Page 7

Menjalankan kelas tambahan selepas waktu persekolahan Mengikut tindakan yang dilakukan oleh sekolah ini, didapati sekolah mengadakan kelas tambahan kepada para pelajar untuk menambahkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan sedia ada. Kelas yang dijalankan adalah berdasarkan minat dan keperluan akademik pelajar. Tujuan diadakan kelas ini adalah untuk menambahkan pengalaman pembelajaran di samping para pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ketika di dalam waktu persekolahan. Pertambahan penyertaan dari para pelajar menunjukkan aktiviti yang dijalankan ini mendapat sambutan di kalangan para pelajar. Ini jelas menunjukkan penglibatan guru membantu pelajar selepas waktu persekolahan dapat memberikan impak yang positif. Teknik Scaffolding adalah salah satu teknik yang dapat diaplikasi ketika menjalankan aktiviti ini. Ini kerana teknik ini boleh digunakan oleh guru yang memiliki kemahiran khususnya untuk membantu para pelajar yang kurang pengetahuan dan pengalaman. Pendekatan ini dapat menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri di dalam kelas dengan lebih aktif. Selain daripada itu, para pelajar juga dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu dicapai. Antara sumbangan teknik ini ialah memastikan pelajar melibatkan diri dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, teknik ini adalah sebagai strategi pengajaran memberi impak yang positif atas pembelajaran dan perkembangan intelek seseorang pelajar.

Http://wangianpemikat.com/

Page 8

Selain itu, melalui aktiviti ini, sekolah dapat meningkatkan kecerdasan interpersonal antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Menurut Howard Gardner, teori kepelbagaian kecerdasan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ujian IQ adalah sangat terbatas. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang di sekeliling. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi di

antara mereka. Disamping mereka mudah untuk berkerjasama ketika kelas tambahan ini dijalankan. Pelajar yang yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah bergaul sesama mereka. Jadi secara tidak langsung melalui kelas tambahan ini para pelajar dapat

melakukan latihan kolaboratif, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia berkerjasama serta saling membantu antara satu sama lain. Merancang Program Pembangunan Kakitangan Program pembangunan kakitangan adalah salah satu proses yang penting di dalam kajian ini. Ini adalah kerana kakitangan khususnya guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan tindakan ini. Guru akan mempelajari ³Schoolwide

Enrichment Model(Rezulli & Reis,1985) dan telah mula merancang untuk memastikan para pelajar mendapat pelbagai pengalaman pembelajaran. Melalui proses ini, guru telah mempelajari bagaimana untuk mengenalpasti perbezaan serta kepelbagaian isi kandungan yang pelajar patut pelajari, proses untuk memberi arahan yang sebenar serta proses pembelajaran yang sepatutnya dijalankan. Latihan pembangunan telah diberikan kepada guru bagi mempelajari tentang kepelbagaian dan perbezaan kurikulum. Guru akan dilatih untuk menggunakan pelbagai kaedah pengajaran & pembelajaran untuk diaplikasikan di dalam kelas masing-masing. Jadi secara tidak langsung, guru akan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan para pelajar mereka.

Http://wangianpemikat.com/

Page 9

Di samping itu, proses memperkayakan para pelajar adalah berdasarkan minat dan kelebihan mereka. Jadi guru perlu berhati-hati dan sensitif dengan persekitaran pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, guru telah mendapat latihan khusus melalui ³readers¶ workshop´ dan ³four block´. Latihan pembangunan ini telah diselia dan berjalan seperti yang diperlukan. Guru Besar dan guru pakar dipertanggungjawab untuk memberi latihan serta tunjuk ajar terhadap guru-guru lain. Oleh kerana kesungguhan yang dilakukan oleh para kakitangan maka guru yang tinggi kepakarannya dapat dilahirkan dan idea baru mengenai kurikulum dapat diaplikasi. Melalui apa yang dijalankan oleh kajian ini, jelas menunjukkan bahawa seorang guru perlu mempunyai kecerdasan tertentu. Terdapat pelbagai kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Seorang guru perlu memiliki kecerdasan intrapersonal, interpersonal, kinestatik dan kecerdasan emosi. Kecerdasan interpersonal amat penting dalam persekitaran guru kerana ianya memerlukan seorang guru itu boleh berinteraksi secara harmoni dengan pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, guru juga berkebolehan memahami orang lain. Kecerdasan intrapersonal mempunyai kaitan rapat dengan kecerdasan intrapersonal. Ini kerana kecerdasan intrapersonal mempunyai kesedran tentang diri sendiri, berfikiran

metakognitif serta berkebolehan memahami diri sendiri khususnya. Kinestatik pula penting bagi seorang guru kerana guru perlu aktif bergerak dengan mempunyai kemahiran fizikal seperti mengkoordinasi, keseimbangan, dan kelenturan badan. Guru dapat menggunakan badan untuk menjana idea dan perasaan secara berkesan. Amat penting bagi guru dalam mengawal diri mereka secara fizikal.

Http://wangianpemikat.com/

Page 10

Bagi kecerdasan emosi pula, guru berkebolehan untuk menjadi pemimpin, dan memotivasikan orang lain khususnya pelajar. Kecerdasan ini penting bagi mencapai sesuatu kejayaan(Mayer & Salovey). Apabila kecerdasan ini dimiliki oleh guru maka secara automatiknya guru tersebut akan memiliki kemahiran ³Soft Skill´. Kaedah ³coaching³ yang digunakan di dalam latihan ini menunjukkan guru pakar memberikan tunjuk ajar dan latihan yang secukupnya bagi melahirkan guru yang

berwibawa dalam mendidik para pelajar. Apabila latihan sebegini diberikan maka secara tidak langsung, guru dapat mempelajari dan menambahkan pelbagai ilmu baru yang dapat diaplikasikan ketika mekalukan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya di sini, latihan pembangunan yang dilakukan terhadap guru dapat membantu dalam memastikan jurang dianta pelajar dapat dikurangkan. Seorang guru itu perlu bersedia dari segi fizikal, mental bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan.

Http://wangianpemikat.com/

Page 11

MENAKSIR KEMAJUAN AKADEMIK Taksiran kemajuan akademik dibuat secara formal dan tidak formal. Perkembangan akademik pelajar adalah diukur secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan asas. Peperiksaan daerah dan peperiksaan negeri, penilaian tidak formal dan analisis kerja pelajar membantu panduan pengetahuan, meningkatkan unit-unit kurikulum dan membantu usaha-usaha guru yang pelbagai dalam usaha merapatkan jurang perbezaan pencapaian. Pelajar yang bertanggungjawab adalah kunci utama dalam meningkatkan pembelajaran dan dapat dilihat jelas dengan penyertaan pelajar-pelajar dalam penilaian kerja mereka. Guru membangunkan portfolio-portfolio pelajar supaya guru dapat memantau pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat mengesan keperluan pembelajaran pelajar. Mesyuarat rasmi antara setiap guru dan pengetua akan dikendalikan sepanjang tahun persekolahan bagi mengkaji semula perkembangan pencapaian individu pelajar dan membentuk cadangan untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pelajar. Cadangan yang boleh memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pelajar adalah seperti memberi motivasi, memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif kepada pelajar, memberi tutoring kepada pelajar dan sebagainya. Contohnya, secara umun kita dapat tahu bahawa setiap murid mempunyai perbezaan dalam aspek tingkah laku, pemikiran, emosi, hala tuju dan minat. Jadi, cara guru memotivasikan setiap murid juga adalah berbeza antara satu sama lain. Di mana setiap pelajar memerlukan cara dan proses yang berbeza untuk memotivasikannya. Guru haruslah mencari jalan untuk mengembangkan minat dan bakat yang ada pada pelajar mengikut cara yang sesuai bagi setiap pelajarnya. Dalam proses pengajaran, guru haruslah cuba sedaya upaya untuk memperkembangkan potensi dan bakat yang ada pada pelajar dengan cara yang berlainan dan bersesuaian dengan pelajar. Ini kerana pelajar yang pelbagai mempunyai bakat dan minat yang berlainan antara satu sama lain.

Http://wangianpemikat.com/

Page 12

Jadi, dengan memberi motivasi kepada pelajar yang berada dalam kumpulan pemulihan ia dapat membantu pelajar tersebut meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik. PENUTUPAN JURANG PERBEZAAN Kejayaan usaha-usaha meningkatkan pencapaian sekolah telah ditunjukkan di kalangan pelajar dengan sikap positif mengenai sekolah, bertambah persetujuan dalam pembelajaran dan pencapaian yang bertambah baik pada daerah dan penilaian negeri. Analisis pencapaian pelajar dalam peperiksaan negeri dari 1997 hingga 2004 menunjukkan peningkatan dan berada pada tahap kecekapan. Keputusan ujian dikategorikan kepada tiga tahap pencapaian yang termasuk pemulihan, cekap dan matlamat. Purata peratus pelajar yang berada pada atas matlamat membaca, menulis dan penilaian matematik menunjukkan peningkatan dalam semua bahagian kumpulan. Jurang perbezaan dalam pencapaian antara pelajar yang berlainan taraf sosioekonomi menjadi sempit dari 62% kepada 10%. Semua etnik kumpulan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka. Ini adalah satu pencapaian yang baik dan dapat merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik. Data tambahan menunjukkan peningkatan dramatik oleh pelajar yang berada di kumpulan terendah atau pemulihan pada penilaian negeri. Keputusan untuk pelajarpelajar daripada tahap sosioekonomi yang terendah dan berada dalam kumpulan pemulihan telah dikurangkan dengan 28%, mengakibatkan hanya 4% pelajar yang berada dalam kumpulan pemulihan. Ini adalah satu pencapaian yang amat memuaskan. Pelajarpelajar daripada taraf sosioekonomi yang lebih tinggi telah berpindah keluar daripada kumpulan pemulihan dan mengakibatkan hanya 3% pelajar yang tinggal pada tahap pemulihan. Ini menunjukkan pencapaian yang baik dalam usaha merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik. Analisis data oleh kumpulan etnik didapati tidak terdapat mana-mana lagi pelajar Asia atau Afrika Amerika berada di dalam kumpulan pemulihan. Ini merupakan satu

Http://wangianpemikat.com/

Page 13

perbezaan yang jelas kerana pada 1997 keputusan ujian di mana 23% pelajar Asia dan 21% Afrika Amerika pelajar-pelajar yang menunjukkan berada di tahap pemulihan. Pada tempoh masa yang sama, peratusan bagi pelajar-pelajar Hispanic dalam kumpulan pemulihan dikurangkan dari 22% kepada 7% dan peratusan pelajar-pelajar White pada kumpulan yang sama berkurangan dari 13% kepada 4%. Bila data dikaji semula dan sosioekonomi status, peratusan pelajar-pelajar pada matlamat yang menunjukkan perbezaan pencapaian itu telah dikurangkan secara bertulis kepada 9%, matematik kepada 7% dan membaca kepada 30%. Walaupun jumlah perbezaan pencapaian adalah 15% antara kumpulan pelajar-pelajar ini, ia adalah jauh lebih baik daripada jurang daerah, yang kekal lebih tinggi pada 40%. Data berilustrasi ini menunjukkan bagaimana satu peratusan besar pelajar-pelajar daripada semua kumpulan etnik dan sosioekonomi dipindahkan daripada kumpulan pemulihan dengan menunjukkan peningkatan pencapaian dalam kemajuan akademik. Bukti ini menunjukkan kepercayaan dalam membina kekuatan pelajar dengan satu pendekatan dan diperkayakan dengan pengalaman pembelajaran yang boleh membantu menutup perbezaan jurang pencapaian akademik antara sosioekonomi status yang kaya dan miskin serta antara kumpulan etnik yang berbeza.

Http://wangianpemikat.com/

Page 14

KESIMPULAN Proses peningkatan pencapaian akademik sekolah diiringi oleh soalan ibu bapa dan guru-guru mengenai kepercayaan tentang pembelajaran, motivasi pelajar untuk belajar, cara pelajar untuk melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran kendiri mereka, keperluan unsur-unsur kurikulum dan bagaimana untuk membina kekuatan pelajar dengan tujuan meningkatkan pembelajaran dan menutup perbezaan jurang pencapaian. Sebagai sekolah yang melaksanakan kurikulum berdasarkan pengayaan

pengajaran dan pembelajaran dan strategi-strategi yang berbeza. Keluasan inisiatif pengayaan pelajar-pelajar tentang pengetahuan lanjutan, pemikiran dan pandangan terhadap dunia. Pelbagai pembezaan strategi yang telah diambil memerlukan guru-guru untuk mengetahui setiap pelajar mereka sebagai individu yang mempunyai minat, gaya pembelajaran, kekuatan dan keperluan akademik yang berbeza-beza. Guru-guru haruslah menerima latihan yang luas dan pelbagai dalam semua konsep-konsep baru dan akhirnya dapat menerima idea-idea, menghasilkan strategi dan program,mereka sendiri serta menjadi jurulatih kepada rakan sekerja mereka dalam usaha untuk meningkatkan pencapaiaan pelajar dan merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik.. Kejayaan dalam usaha memperbaiki perbezaan jurang ini adalah jelas dilihat dengan peningkatkan pencapaian pelajar dan pengurangan pencapaian dalam perbezaan jurang. Ini adalah hasil daripada penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam pembelajaran kendiri mereka, penglibatan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak mereka di sekolah dan komitmen guru kepada pelajar mereka. Kelihatan dan kedengaran bunyi kejayaan pelajar ditunjukkan dengan keberanian bagi mencabar dan meneroka dimensi baru dalam pembelajaran untuk menghasilkan keputusan-keputusan yang berkesan.

Http://wangianpemikat.com/

Page 15

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.