You are on page 1of 18

NAMA: NOR DIYANAH BINTI NOR HISHAM

KELAS: 1 AL-KINDI

NAMA GURU: ENCIK ZUBIR BIN AHMAD

SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. SULTAN ISMAIL II
ISI KANDUNGAN

SALASILAH KELUARGA AYAH 1

SALASILAH KELUARGA IBU 2

SALASILAH KELUARGA SAYA 3

PENGHARGAAN 4

PENGENALAN 5

OBJEKTIF KAJIAN 6

KAEDAH KAJIAN 7

PERKEMBANGAN KELUARGA 8

ASAL-USUL KELUARGA 9
TOKOH KELUARGA SAYA 11

LAMPIRAN 14
SALASILAH KELUARGA AYAH

Hairudin Anun

Halijah + Haris Nor Hisham + Amnah Rashid + Hasliza Ayu + Edi
 Erikah 1) Farhan
 Amylia 2) Diyanah
 Daniel 3) Faiz
 Alya
 Danish
SALASILAH KELUARGA IBU

Amran Munah

 Azman + Roziana Amnah + Nor Hisham Asnan + Roshayani

 Aqilah 1) Farhan a) Fadhlin
 Akram 2) Diyanah b) Faris
3) Faiz

 Hanisa + Malik Azlan Azhan
 Hakim
 Rahman
 Anis
 Muhaimin

 Amzari + Syalbiah Alyani + Fain
 Nur Fasya Afrina
SALASILAH KELUARGA SAYA

Nor Hisham + Amnah

 Mohamad Farhan Bin Nor Hisham A) Nor Diyanah Binti Nor Hisham

• Muhammad Faiz Bin Nor Hisham
PENGHARGAAN

Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham , bersyukur kepada Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus
Sejarah ini tanpa menghadapi masalah.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya
untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber
bagi kajian salasilah keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan.
Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja folio
Sejarah ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Zubir iaitu guru
matapelajaran Sejarah saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan
kerjasama cikgu.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Nurul Najiha Binti Abd Rauf, Teh
Masrah binti Md Suhaimi dan Nur Adlin Masliza Binti Mazlan, saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi
sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.

Nor Diyanah Binti Nor Hisham
1 Al Kindi
Pengenalan

Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga, "kulawarga" yang
bererti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana
beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga
bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Menurut Yayasan Budi Penyayang Malaysia pula, keluarga adalah asas kepada
masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri
daripada empat iaitu:

1) Keluarga Asas: terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak;
2)Keluarga Luas: terdiri daripada beberapa keluarga asas yang sama keturunan;
3)Keluarga Orientasi: keluarga yang bertanggungjawab untuk meletak mereka
kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya; dan
4)Keluarga Prokreasi: keluarga yang bertanggungjawab menghasilkan,
membudayakan dan mensosialkan zuriat.

Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal
keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah keluarga adalah
bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan sesebuah
keluarga.
Objektif Kajian

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai
beberapa objektif seperti yang berikut:

1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya
bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya

3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota
keluarga saya

4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala
kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai
sesuatu
kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan
kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan
hilang begitu sahaja

6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki
sebuah keluarga yang harmoni dan ceria

7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan
menganalisis maklumat tentang keluarga saya
Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti
berikut:

1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu
bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada
melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang
sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan
tingkah laku mereka.

3. Kaedah rujukan iaitu mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

Perkembangan Keluarga
Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, emak saya, abang saya, saya dan
adik saya. Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 5 Februari1994, mereka
tinggal di Taman Air Putih, Kemaman, Terengganu. Abang saya, Mohamad
Farhan lahir pada tahun 1995, saya pada tahun 1996 dan adik saya,
Muhammad Faiz pula pada tahun 2001. Kami dibesarkan di rumah tersebut
sehingga saya berusia 10 tahun. Kemudian, pada tahun 2006, kami sekeluarga
berpindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa iaitu di PT10828,
Paya Tempurung, kampong Jaya, 24000 Kemaman, Terengganu. Sehingga kini,
kami masih menetap di sini. Walaupun keluarga saya tidak besar, namun setiap
ahli keluarga memainkan peranan yang penting bagi memastikan suasana
meriah dan harmoni dalam keluarga saya.

Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 Februari 1994 iaitu hari Sabtu, di
mana ayah saya Nor Hisham Bin Hairudin telah berkahwin dengan ibu saya
Amnah Binti Amran. Hasil perkahwinan ayah dan ibu saya, mereka dikurniakan
dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ayah dan ibu saya
dilahirkan di Kemaman, Terengganu. Ayah saya dibesarkan di Pulau Pinang
manakala ibu saya membesar di Terengganu. Ayah saya memulakan kerjayanya
di Pulau Pinang dan ibu saya pula di Johor. Setelah berkahwin, mereka
berpindah ke Kemaman, Terengganu dan terus menetap di situ sehingga
sekarang.

ASAL-USUL KELUARGA
Asal-usul Ayah

Nama ayah saya ialah Nor Hisham Bin Hairudin. Berumur 43 tahun pada tahun
ini dan dilahirkan pada 16 Disember 1966 di Kampung Injin Gergaji, Kemaman,
Terengganu. Beliau merupakan anak kedua daripada 4 orang adik-beradik. Bapa
kepada ayah saya berasal dari Kampung Gajah, Perak manakala ibu berasal
dari Kemaman, Terengganu. Ayah saya memulakan persekolahan di Sekolah
Rendah ( Jenis ) Kebangsaan Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan melanjutkan
peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Bungah.

Asal-usul Ibu

Nama ibu saya ialah Amnah Binti Amran. Berumur 44 tahun pada tahun ini dan
dilahirkan pada 25 Oktober 1965 di Kampung Bukit Mentok, Kemaman,
Terengganu. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik.
Kedua-dua orang tua ibu saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Ibu saya
memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman dan
melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Sulatan Mahmud,
Kuala Terengganu.

Asal-usul saya

Nama saya ialah Nor Diyanah Binti Nor Hisham. Berumur 13 tahun pada tahun
ini dan dilahirkan pada 14 Oktober 1996 di Hospital Besar Kemaman, Kemaman,
Terengganu. Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Saya
berasal dari Kemaman, Terengganu. Saya memulakan persekolahan di Sekolah
Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dan melanjutkan peringkat menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II.
Asal-usul Abang
Nama abang saya ialah Mohamad Farhan Bin Nor Hisham. Berumur 14 tahun
pada tahun ini dan dilahirkan pada 10 Mac 1995 di Hospital Besar Kemaman,
Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-
beradik. Abang saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Abang saya
memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dan
melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail 2 ataupun dikenali sebagai SID, Kemaman.

Asal-usul Adik

Nama adik saya ialah Muhammad Faiz Bin Nor Hisham. Berumur 8 tahun pada
tahun ini dan dilahirkan pada 21 Mac 2001 di Hospital Besar Kemaman,
Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-
beradik. Adik saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Adik saya dimasukkan di
Tadika Norani dan melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah iaitu Sekolah
Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman.

TOKOH KELUARGA SAYA
Bapa saudara, Asnan Bin Amran saya boleh dijadikan tokoh dalam keluarga
saya. Bapa saudara saya boleh dikatakan seorang yang serba boleh, banyak
sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa yang mustahil
dilakukan di dunia ini asalkan kita lakukan adalah terarah kepada perkara
kebaikan dan kejayaan. Beliau juga percaya bahawa kejayaan bagi sesuatu
kerja yang dilakukan adalah hasil kerja keras dan semangat yang tidak mudah
mengaku kalah.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecemerlangan bapa
saudara saya dalam bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah
lagi. Di samping cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan
pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan baik di peringkat
sekolah mahupun universiti. Beliau aktif dalam sukan futsal dan bola sepak
semasa sekolah menengah dan mewakili pasukan bola sepak sekolah. Beliau
merupakan pengawas sekolah dan dilantik menjadi Ketua Pengawas pada tahun
1983. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Matematik dan Sains pada
tahun 1983. Semasa di peringkat menengah, beliau belajar di Sekolah Sains
Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Setelah mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM, beliau telah menerima tawaran untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Boston, Amerika
Syarikat. Walau pun bapa saudara aktif menyertai persatuan, tetapi beliau tidak
pernah melupakan pelajaran kerana mempunyai jadual sendiri selain bertanya
kepada pensyarah jika tidak faham. Ini terbukti di mana beliau adalah salah
seorang pelajar pengajian tinggi yang telah diberi ganjaran biasiswa
sepenuhnya.

Disebabkan bapa saudara saya suka membantu orang lain, beliau juga
melibatkan diri dalam banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak
universiti seperti menderma darah dan bergotong-royong membersihkan
kawasan universiti. Pada keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa sikap
bapa saudara saya yang sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif
menjadikan beliau seorang yang berjaya di dalam akademik dan kepimpinannya.
Kini, bapa diamanahkan untuk menjadi seorang jurutera kimia di sebuah syarikat
di Subang Jaya.

Sejak anak-anak beliau kecil lagi, bapa saudara saya telah menanamkan minat
untuk membaca dalam diri anak-anak beliau disebabkan beliau sendiri suka
membaca. Bapa saudara saya membawa anak-anak beliau ke perpustakaan
awam sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Beliau selalu berkata
bahawa membaca adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca
bukan sekadar membantu anak-anak beliau berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental dan
sosial mereka dengan lebih baik. Setiap kali anak-anak beliau mendapat
kejayaan dalam pelajaran, bapa saudara saya akan menghadiahkan buku
sebagai satu dorongan untuk menambahkan lagi minat anak-anak beliau untuk
membaca. Sehingga sekarang, anak-anak beliau sentiasa membaca buku cerita
pada waktu lapang dan juga sebelum mereka tidur pada waktu malam.

Bapa saudara saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan terbaik
kepada Fadhlin dan juga Faris. Bapa saudara saya sentiasa memberi motivasi
kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang
akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum bagi menjamin kejayaan dalam hidup
mereka pada masa-masa akan datang.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa
mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk
dengan tugas hariannya, bapa saudara saya cuba sedaya upaya meluang dan
memperuntukkan masa yang berkualiti bersama Fadhlin dan juga Faris untuk
berbincang, menyelesaikan masalah, memberi nasihat dan teguran yang
membina.

Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada bapa saudara saya ialah
beliau sangat kreatif. Apa sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan
memastikan bahawa ia adalah kreatif iaitu lain dari yang biasa dibuat oleh orang
lain. Maka, ini menyebabkan saya sentiasa mencari idea baru untuk melakukan
sesuatu.

Banyak yang saya pelajari dari bapa saudara kesayangan saya. Saya amat
bersyukur mendapat bapa saudara yang cemerlang sepertinya, sememangnya
beliau dipilih menjadi tokoh keluarga saya.

LAMPIRAN